minggu 4-isl ks

14
Minggu 4: Budaya, masyarakat dan negara ELEMEN-ELEMEN BUDAYA 1. Bahasa Semua masyrakat manusia yang berkebudayaan mempunyai bahasanya yang tersendiri. Melalui bahasalah manusia dapat menghasilkan, menyatakan, berkongsi bersama segala idea, nilai, kepercayaan dan pengetahuan sesama sendiri. Bahasa merupakan satu sistem simbol yang mempunyai makna yang standard yang digunakan oleh anggota sesuatu masyarakat untuk berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain. Melalui perantaraan bahasa, manusia boleh berhubung antara satu sama lain sama ada melalui pertuturan atau tulisan. Bagi membolehkan manusia mengeluarkan buah fikirannya dengan jelas, maka ucapan harus mengandungi makna dan pertalian antara kata-kata melalui susunan kalimat atau bahasa. Bahasa sebagai satu cabang kebudayaan manusia sudah tentu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejarah bahasa itu menerangkan tentang asal usul kelahiran sesuatu bahasa dan perkembangan penulisannya. Permulaan penulisan yang tertua sekali berlaku dalam sejarah bahasa-bahasa ialah bahasa Mesir kuno dan bahasa Cina kira-kira 5 000 tahun yang silam. Pepatah Melayu menyatakan "bahasa menunjukkan bangsa'. Oleh itu daripada pepatah tersebut dapat ditafsirkan bahawa bahasa satu sistem komunikasi masyarakat yang berinteraksi antara satu sama lain untuk menyalurkan imej, simbol yang boleh membawa kepada sesuatu makna kepada mereka. Melalui bahasa, masyarakat atau individu dapat menyampaikan maklumat tertentu kepada individu tertentu tidak kira di mana jaraknya dan tempatnya ia boleh disampaikan. Tegasnya mesej yang ingin disampaikan akan dapat difahami dan maklum balas akan diperolehi dengan secepat mungkin. Penyampaian ini boleh disampaikan secara abstrak atau secara langsung. Penyampaian secara abstrak dapat diberikan contoh seperti berikut: YAHOO! aku berjaya....". Daripada bahasa yang dikeluarkan itu jelas menunjukkan ia merupakan satu gambaran yang menunjukkan situasi individu tersebut berada dalam keadaan gembira. 2. Normatif Komponen bagi kebudayaan normatif ialah elemen yang berbentuk norma sosial. Setiap budaya itu mengandungi peraturan yang menga perlakuan anggota masyarakat dalam setiap situasi kehidupan. Peraturan ini dikatakan sebagai norma yang dimiliki dan dikongsi bersama oleh anggota masyarakat dan diterima sebagai perlakuan yang sesuai untuk situasi tertentu.

Upload: mcharrel90

Post on 09-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Minggu 4: Budaya, masyarakat dan negaraELEMEN-ELEMEN BUDAYA1. BahasaSemua masyrakat manusia yang berkebudayaan mempunyai bahasanya yang tersendiri. Melalui bahasalah manusia dapat menghasilkan, menyatakan, berkongsi bersama segala idea, nilai, kepercayaan dan pengetahuan sesama sendiri. Bahasa merupakan satu sistem simbol yang mempunyai makna yang standard yang digunakan oleh anggota sesuatu masyarakat untuk berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain. Melalui perantaraan bahasa, manusia boleh berhubung antara satu sama lain sama ada melalui pertuturan atau tulisan. Bagi membolehkan manusia mengeluarkan buah fikirannya dengan jelas, maka ucapan harus mengandungi makna dan pertalian antara kata-kata melalui susunan kalimat atau bahasa. Bahasa sebagai satu cabang kebudayaan manusia sudah tentu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejarah bahasa itu menerangkan tentang asal usul kelahiran sesuatu bahasa dan perkembangan penulisannya. Permulaan penulisan yang tertua sekali berlaku dalam sejarah bahasa-bahasa ialah bahasa Mesir kuno dan bahasa Cina kira-kira 5 000 tahun yang silam.Pepatah Melayu menyatakan "bahasa menunjukkan bangsa'. Oleh itu daripada pepatah tersebut dapat ditafsirkan bahawa bahasa satu sistem komunikasi masyarakat yang berinteraksi antara satu sama lain untuk menyalurkan imej, simbol yang boleh membawa kepada sesuatu makna kepada mereka. Melalui bahasa, masyarakat atau individu dapat menyampaikan maklumat tertentu kepada individu tertentu tidak kira di mana jaraknya dan tempatnya ia boleh disampaikan. Tegasnya mesej yang ingin disampaikan akan dapat difahami dan maklum balas akan diperolehi dengan secepat mungkin. Penyampaian ini boleh disampaikan secara abstrak atau secara langsung. Penyampaian secara abstrak dapat diberikan contoh seperti berikut: YAHOO! aku berjaya....". Daripada bahasa yang dikeluarkan itu jelas menunjukkan ia merupakan satu gambaran yang menunjukkan situasi individu tersebut berada dalam keadaan gembira.

2. NormatifKomponen bagi kebudayaan normatif ialah elemen yang berbentuk norma sosial. Setiap budaya itu mengandungi peraturan yang menga perlakuan anggota masyarakat dalam setiap situasi kehidupan. Peraturan ini dikatakan sebagai norma yang dimiliki dan dikongsi bersama oleh anggota masyarakat dan diterima sebagai perlakuan yang sesuai untuk situasi tertentu.Norma sosial merupakan kelakuan yang standard yang dikongsi oleh anggota masyarakat dan anggota tersebut dijangka akan mematuhinya. Sebagai tingkah laku yang standard, norma sosial merupakan peraturan yang ditentukan dan dipersetujui oleh sebahagian besar anggota masyarakat tentang munasabah atau tidaknya sesuatu tingkahlaku itu. Norma akan memberi garis panduan kepada tingkah laku yang wajar sama ada ia betul atau salah. Ia ditentukan oleh isbat iaitu ganjaran bagi tingkah laku yang dianggap betul dan hukuman bagi tingkahlaku yang dianggap salah.Ahli sosiologi telah membezakan norma sosial kepada dua bentuk laitu secara formal dan tidak formal. Norma sosial yang berbentuk formal bermaksud ialah norma-norma yang telah ditulis dan melibatkan hukuman yang berat kepada individu yang tidak mematuhinya seperti hukuman mati terhadap pengedar dadah dalam konteks masyarakat kita Malaysia. Manakala norma sosial yang berbentuk informal bermaksud norma yang tidak tertulis tetapi difahami dan diterima oleh semua anggota masyarakat sama ada ia betul ataupun salah.Oleh itu norma masyarakat menentukan cara-cara bagaimana perlakuan anggota sesebuah masyarakat disusun dan bagaimana pula mereka bertindak. Namun menjadi garis panduan tingkah laku yang patut dilakukan dalam sesuatu situasi sosial. Seorang ahli sosiologi, William Graham Sumner (1959) telah memperkenalkan dua konsep berbeza tentang norma sosial iaitu folk-ways' dan `mores'.(i) folk-waysFolk-ways merupakan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku seharian yang diterima oleh masyarakat dan ianya berasaskan adat resam yang diwarisi oleh anggota masyarakat tersebut. Ia merupakan tingkah laku yang standard dilakukan seharian yang dianggap wajar dalam sesuatu masyarakat. Folkways terdiri daripada contohnya: bentuk sopan santun, tatatertib di meja makan, bersalam tangan, berpakaian untuk makan kenduri, kematian dan sebagainya. Folkways merupakan kelakuan yang diwarisi dalam masyarakat melalui proses sosialisasi yang dilalui oleh anggota masyarakat tersebut. Cara-cara yang bertindak yang diterima dalam kehidupan sosial sesuatu masyarakat itu berbeza daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain. Perlakuan bentuk folkways ini tidak dikuatkuasa oleh undang-undang ataupun isbat tetapi oleh kawalan sosial yang tidak formal seperti teguran ataupun pujian. Perbuatan yang bertentangan dengan folkways biasanya tidak dianggap sesuatu yang serius.(ii) MoresMores adalah tingkah laku standard yang lebih penting daripada folkways. Anggota masyarakat adalah wajib mematuhi mores dan ketidakpatuhan akan mengakibatkan hukuman tidak formal yang keras seperti ejekan, hinaan dan penyingkiran daripada kelompok berkenaan.Mores merupakan norma sosial yang lebih asas bagi kehidupan sosial dan ia menentukan standard moral bagi sesuatu tingkah laku. Norma yang digelar mores ini merupakan tingkah laku yang difikirkan penting bagi kestabilan sesuatu masyarakat itu. Sebarang percanggahan terhadap perlakuan mores ini akan membawa kepada hukuman yang berat. Percanggahan kepada mores tersebut tidak boleh ditolak ansur kerana ia mengancam dan membahayakan amalan yang wujud dan dikongsi bersama dalam sesuatu kumpulan. Sekiranya seseorang itu melanggar nilai kumpulan tersebut, maka kumpulan itu akan berasa patut untuk bertindak dengan menghukum sesiapa sahaja anggota kumpulan yang telah mengamalkan nilai-nilai yang bercanggah itu. Seseorang anggota individu yang melanggar mores dihukum supaya memberi pengajaran kepada anggota yang lain supaya tidak bertindak sedemikian.Jadi mores juga merupakan satu bentuk kawalan sosial. Satu contoh mores yang boleh dikatakan sejagat ialah pantang larang inses iaitu satu larangan terhadap perkahwinan antara adik-beradik dalam satu keluarga.

3. Kawalan SosialKawalan sosial bermaksud segala amalan dalam kumpulan-kumpulan sosial yang mengkehendaki supaya anggota-anggotanya menuruti norma-norma kumpulan berkenaan. Terdapat dua pembahagian asas kawalan sosial. Pertamanya yang bersifat internalisasi norma dan nilai. Dalam konteks ini seseorang individu akan menerima atau patuh kepada norma-norma masyarakat tanpa banyak bantahan. Keduanya ialah kawalan sosial yang memerlukan isbat dikenakan terhadap pelanggar-pelanggar norma. Isbat yang berbentuk positif adalah seperti memberikan galakan atau pujian kepada perlakuan-perlakuan yang dikehendaki. Isbat negatif pula adalah dalam bentuk hukuman. Hukuman berbentuk formal adalah seperti merotan atau memenjara. Hukuman berbentuk tidak formal pula adalah seperti dengan membuat teguran atau celaan.Peranan sekolah sebagai agen kawalan sosial sama ada Tanya secara formal ataupun informal sangat nyata. Kurikulum sekolah Malaysia yang disesuaikan dengan masyarakat makro telah mengambil kira fungsi sekolah sebagai agen kawalan sosial. Kurikulum sekolah telah mendedahkan murid-murid kepada perlakuan-perlakuan yang patut dan yang tidak patut misalnya melalui penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran. Nilai-nilai yang diterapkan adalah bersesuaian dengan norma-norma masyarakat dan ideologi negara.Di samping itu secara mikro pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan formal atau disiplin yang ditentukan oleh pihak sekolah. Di dalam bilik darjah, guru-guru akan menentukan murid-muridnya patuh kepada arahan-arahan. Isbat-isbat menjadi alat rutin guru. Mereka yang berkelakuan baik selalu mendapat pujian sementara yang tidak mengikuti norma yang dikehendaki akan ditegur. Malah terdapat murid-murid yang dikenakan tindakan formal seperti dirotan, digantung sekolah ataupun dibuang sekolah. Penerimaan murid terhadap isbat-isbat adalah melambangkan sifat interaksi dan konflik yang kompleks.Terdapat murid-murid yang menerima secara positif dan tidak kurang pula yang menentangnya. Narnun adalah menjadi tanggungjawab murid sebagai golongan subordinat patuh kepada kuasa kawalan sosial yang dikenakan terhadap mereka.

4. NilaiNilai ialah komponen penting, bagi setiap budaya sesuatu masyarakat. Nilai adalah idea yang dikongsi bersama berkenaan sesuatu yang penting dan berguna. Ia bukanlah suatu objek yang mempunyai warna atau bentuk tetapi suatu pembentukan mental yang dihasilkan daripada tingkah laku manusia. Nilai merupakan satu prinsip anggota masyarakat untuk bertindak dan nilai adalah anggapan yang mustahak, baik dan dikongsi. Kadangkala nilai yang terdapat dalam sebuah masyarakat bertentangan dengan nilal orang lain, contohnya nilai masyarakat Melayu bertentangan dengan nilai masyarakat Barat. Nilai dihasilkan daripada tingkah laku manusia dan apa yang-dipelajari. Oleh itu manusia akan bertindak mengikut apa yang ada pada dirinya. Ia merupakan prinsip atau pegangan yang menjadi garis panduan sesuatu masyarakat.Nilai bagi seseorang individu terbentuk berdasarkan kepercayaan dan agama yang dianuti oleh mereka. Sumber-sumber nilai dapat diperolehi dan dihayati daripada keluarga, sekolah. dan institusi agama. Masyarakat yang berlainan antara satu sama lain akan mempunyai budaya yang berbeza seterusnya mempunyai nilai yang berbeza. Nilai bersama ialah nilai yang dikongsi bersama atau diterima oleh anggota-anggotanya dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat Malaysia contohnya mementingkan nilai bersama yang menekankan kepada kesatuan dan perpaduan. Dengan wujudnya nilai bersama ini masyarakat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera dan harmoni. Contoh nilai bersama ialah semangat kejiranan, gotong-royong dan menerima bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Manakala nilai individu ialah nilai yang ada pada individu tersebut apabila dia dilahirkan. Nilai yang wujud pada individu miingkin dipengaruhi oleh faktor keturunannya. Contohnya, jika ibu atau bapa menganggap bahawa perbuatan mengambil barangan yang dijumpai di jalanan adalah tidak salah dan melakukan perkara tersebut. Jadi tidak menjadi kesalahan jika anak mereka melakukan perkara yang sama.Selain itu nilai individu juga boleh wujud pada diri individu tersebut melalui apa yang dipelajari, pemerhatian, pengaruh kawan dan masyarakatnya. Oleh itu sikap, tingkah laku atau segala yang dilakukan oleh individu membayangkan nilai yang ada pada dirinya. Jika, nilai yang ada padanya adalah positif, tingkah lakunya juga baik atau menyenangkan semua pihak.Selain itu, wujud juga nilai keluarga iaitu hasil daripada percantuman nilai individu yang berkahwin dengan individu lain. Di dalam nilai keluarga, individu mula memikirkan dan membentuk nilai bersama di mana setiap tindakan dan tingkah laku mereka dipengaruhi oleh keputusan bersama.Kemudian wujud juga apa yang dikatakan nilai masyarakat. Nilai masyarakat ialah satu bentuk nilai yang lebih luas dan kompleks. Anggota di dalam masyarakat yang simple contohnya sangat bersetuju terhadap satu set nilai manakala masyarakat yang kompleks akan menyebabkan sistem nilai yang berkonflik.Sebenarnya nilai sesuatu masyarakat adalah pelbagai disebabkan terdapat ramai individu yang mempunyai nilai yang berbeza. Nilai ini juga dipengaruhi oleh bangsa, agama dan media massa selain daripada keluarga dan kawan-kawan. Berlainan bangsa mempunyai berlainan nilai. Contohnya, bagi orang Melayu perbuatan memegang kepala kawan-kawan adalah kurang ajar tetapi bagi bangsa lain tidak salah. Di dalam masyarakat individu bertindak mengikut apa yang disukai oleh sesuatu masyarakat dan tidak boleh bertentangan dengan ciri atau prinsip masyarakat tersebut. Di dalam masyarakat Malaysia wujud niiai yang baik seperti semangat tolong-menolong, semangat kejiranan dan hubungan persaudaraan. Sebenarnya masyarakat Malaysia saling faham-memahami nilai yang wujud pada ras dan agama masing-masing daripada nilai ini akan mewujudkan suatu masyarakat Malaysia penyayang, utuh lagi kukuh.

Minggu 5: Budaya, masyarakat dan negaraINTERAKSI DAN LATAR BELAKANG MASYARAKATSeringkali dinyatakan bahawa fungsi utama persekolahan ialah untuk memenuhi kehendak-kehendak masyarakat. Para ibu bapa atau penjaga menghantar anak-anak mereka ke sekolah mempunyai harapan utama agar anak-anak mereka mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Di samping itu masyarakat juga mengharapkan sekolah dapat membentuk generasi baru yang berguna demi keberlangsungan sesebuah masyarakat. Umumnya pada hari ini kejayaan akademik dan tahap disiplin sesebuah sekolah kerapkali menjadi tanda ukur untuk mengkategorikan sesebuah sekolah baik atau buruk.Isu pengajaran dan pembelajaran yang semakin kompleks merupakan suatu diskusi penting dalam dunia pendidikan. Masalah yang selalu diberi perhatian dan mempunyai pertalian ialah fenomena apa yang dikatakan kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah di mana ianya dijustifikasikan dengan keputusan peperiksaan yang tidak baik. Pernah juga guru-guru dipersalahkan dalam hal ini. Namun begitu rumusan akhir selalunya mempersoalkan keupayaan pelajar-pelajar terutamanya dari segi kegagalan mereka menerima pengajaran ataupun gangguan disiplin yang ditimbulkan oleh para pelajar. Dalam perbincangan seterusnya, penulis ingin menimbulkan beberapa dimensi isu sosiologikal yang saling berkaitan dan mempunyai kaitan dengan interaksi serta pedagogi sekolah. Dimensi yang dimaksudkan ialah konflik-konflik interaksi yang berlaku antara murid dengan murid, murid dengan guru dan dengan pihak pentadbiran yang berkaitan isu-isu kelas sosial, etnik dan gender. Umumnya isu-isu latar belakang dalam masyarakat terutamanya dari segi kelas sosial, etnik dan gender dikatakan sering mempengaruhi pelajar-pelajar dalam interaksi mereka di sekolah.Kelas Sosial, Etnik dan Gender dalam InteraksiIsu konflik dalam interaksi di sekolah boleh dikesan melalui diskusi hubungan kelas sosial dengan pendidikan. Kelas sosial para pelajar selalu dikaitkan dengan kelakuan dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Dengan kata lain latar belakang sosioekonomi mempunyai korelasi terhadap perangai dan pencapaian. Sebagaimana yang dibincangkan pada awal buku ini, banyak ahli-ahli sosiologi pendidikan sama ada yang beraliran fungsionalisme, konflik dan interaksionisme telah membuktikan fenomena kelas sosial dalam membentuk cara-cara pelajar menerima pendidikan. Sejauh mana fenomena kelas sosial berpengaruh dalam sistem persekolahan di Malaysia merupakan suatu yang boleh dibincangkan. Persoalan-persoalan yang kita boleh tanyakan adalah seperti sejauh manakah guru-guru melayan murid berdasarkan latar belakang sosioekonomi, atau sejauh manakah guru tidak peduli terhadap pelajar-pelajar daripada kelas-kelas tertentu. Bagi pihak murid pula, persoalan yang timbul ialah adakah mereka dapat merasakan bahawa situasi sekolah sesuai , untuk kelas sosial mereka.Perkara kedua yang mempunyai kaitan dengan pencapaian dan tingkah laku pelajar ialah berkaitan dengan isu-isu ras dan etnik. Jika di barat, selalu ditonjolkan bentuk-bentuk layanan berbeza antara etnik di sekolah yang telah menimbulkan isu perkauman. Di dalam penyelidikan-penyelidikan barat sering dikaji sejauh mana masalah perkauman wujud di kalangan murid ataupun di antara guru dengan murid. Di barat perkauman selalu ditafsirkan sebagai suatu bentuk amalan diskriminasi serta prejudis individu dan kumpulan yang menghadkan peluang-peluang kejayaan individu daripada etnik yang berbeza daripada kumpulan yang dominan. Perkauman melibatkan kepercayaan bahawa kaum lain secara warisannya berkedudukan lebih rendah dari segi moral, budaya dan intelektual. Namun dalam masyarakat Malaysia,setakat ini masalah perkauman tidak dilihat sebagai factor penting yang mempengaruhi pencapaian akademik dan bukan factor utama yang mengganggu pengajaran-pembelajaran bilik darjah. Setakat ini tidak pernah ditimbulkan sesebuah sekolah mendiskriminasikan mana-mana etnik ataupun tidak banyak bukti yang menunjukkan terdapat guru secara aktif mempunyai sikap etnosentrik dan memandang rendah etnik lain. Ringkasnya masalah perkauman di sekolah belum lagi dilihat sebagai isu yang membimbangkan dalam amalan pedagogi di Malaysia.Seterusnya ialah perbezaan dari segi gender. Diskriminasi gender melibatkan penafian peluang, peranan atau ganjaran berasaskan jantina. Iamungkin diamalkan oleh individu, institusi,undang-undang, peraturan-peraturan dan masyarakat. Di sekolah, diskriminasi gender lebih merujuk kepada perbezaan layanan dan bentuk interaksi antara pelajar lelaki dan perempuan. Di barat, kajian-kajian gender di sekolah sering mengenengahkan bagaimana golongan perempuan selalu menerima tekanan kuasa daripada lelaki. Pelajar lelaki selalu ditonjolkan sebagai golongan yang suka membuli perempuan dan guru perempuan. Begitu juga sekolah dikatakan mengamalkan hegemoni yang member keutamaan kepada pihak lelaki. Dalam konteks pedagogi bilik darjah Malaysia ketika ini, walaupun isu gender diketengahkan, ia tidak menunjukkan terdapat tekanan kuasa yang kuat terhadap pelajar-pelajar perempuan. Malah pada ketika ini, pedagogi bilik darjah mungkin lebih menyebelahi pihak wanita apabila mereka seringkali dikaitkan dengan kejayaan-kejayaan pepeiksaan.Pendidikan dan Hubungan EtnikEtnik atau ethnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang karib. Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan kedudukan etnik berkenaan dalam masyarakat. Di Malaysia, komposisi penduduk yang pelbagai etnik telah menjadi signifikan semenjak kolonialisasi Inggeris.Kita telah melihat sebelum kemerdekaan pendidikan telah memisahkan etnik-etnik di Malaysia. Selaras dengan hasrat perpaduan negara, selepas kemerdekaan semua kaum telah tuba disatukan dengan sistem persekolahan yang sama. Mereka diberikan peluang bercampur gaul dalam sekolah-sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu Malaysia sebagai pengantarnya. Begitu juga di peringkat universiti awam Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar. Di samping penggunaan bahasa Melayu, polisi pendidikan merdeka telah menetapkan kurikulum, penggunaan teks, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Sungguhpun di peringkat sekolah rendah sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina masih diteruskan, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa Melayu di peringkat menengah.Merujuk kepada peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, memang nyata bahawa majoriti yang memasukinya adalah orang-orang Melayu. Begitu juga kuota diberikan kepada bumiputera untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Ini mungkin menimbulkan persoalan penafian peluang kepada etnik-etnik lain. Untuk membincangkan hal ini, kite perlu i-nerujuk semula kepada dasar-dasar kerajaan yang memberikan keutamaan kepada etnik Melayu berdasarkan faktor-faktor tertentu. Pertama sekali adalah kerana etnik Melayu telah jauh ketinggalan dari segi pendidikan semasa zaman penjajahan. Keduanya kaum Melayu telah ketinggalan jauh dalam bidang ekonomi. Ketiganya sekolah-sekolah asrama penuh didirikan untuk golongan miskin di luar-luar bandar yang majoritinya adalah orang-orang Melayu. Keempat kewujudan sekolah-sekolah berkenaan adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. Kelima adalah berdasarkan hak-hak keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.Namun demikian, adalah sangat menarik melihat di mana sungguhpun anak-anak etnik Cina tidak diberikan banyak kemudahan ke asrama penuh, mereka masih mampu meneruskan kejayaan pendidikan malah terus mengungguli dari segi pencapaian. Ramai daripada mereka memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Di IPTA pula mereka menonopoli ijazah-ijazah kelas pertama. Malah sehingga tamatnya tempoh Dasar Ekonomi Baru, etnik Melayu dan golongan bumiputera lain masih belum dapat menandingi ataupun sekurang-kurangnya menyamai keunggulan etnik Cina dalam bidang perniagaan dan pekerjaan-pekerjaan dianggap profesional. Keadaan yang serupa juga berlaku dalam perbandingan etnik India dengan etnik Cina. Ini membuktikan bahawa orang-orang Cina telah jauh meninggalkan etnik Melayu dan India dalam pendidikan yang diwarisi semenjak zaman penjajahan. Keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa etnik telah berjaya membekalkan anak-anak mereka dengan modal ekonomi dan modal budaya menandingi etnik-etnik lain.Isu etnik dan kuota selalu mendapat perhatian kerana ianya mempunyai pertentangan dengan dasar meritokrasi. Ada pandangan mengatakan bahawa kuota yang diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu telah menjejaskan kecemerlangan akademik mereka. Kelayakan masuk ke IPTA bagi pelajar-pelajar Bumiputera dikatakan lebih rendah berbanding pelajar-pelajar bukan Bumiputera. Kemasukan ke IPTA berdasarkan kuota dianggap menyebabkan pelajar-pelajar Bumiputera tidak perlu berusaha lebih untuk bersaing dengan pelajar-pelajar bukan Bumiputera. Ini mungkin menyebabkan mereka secara relatif kurang rajin berbanding bukan Bumiputera. Apabila berada di IPTA, pelajar-pelajar Melayu didakwa tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran tetapi lebih terlibat dengan aktiviti- aktiviti di luar bidang akademik. Lantas pelajar-pelajar Melayu gagal mencapai kecemerlangan sebagaimana yang diharapan. Akhirnya timbul dilema sama ada untuk mengekalkan kuota ke IPTA bagi membantu etnik Melayu yang jauh ketinggalan ataupun dasar meritokrasi sepenuhnya berserta penghapusan kuota perlu dilaksanakan untuk memperbaiki kelemahan berkenaan.Pendidikan dan GenderPerbincangan mengenai gender, iaitu yang berkaitan dengan aspek-aspek maskuliniti dan femininiti bukanlah suatu topik yang secara tradisi dianggap popular dalam diskusi pendidikan di Malaysia. Cuma mulai akhir tahun 1980-an dan 1990-an persoalan gender mula mendapat tempat. Ini terutamanya dengan munculnya beberapa persoalan mengenai kebajikan kaum wanita dalam masyarakat.Timbul kesedaran di kalangan wanita memperjuangkan golongannya yang menghadapi masalah-masalah sosial akibat daripada `penindasan' lelaki seperti masalah penderaan oleh suami, kes-kes rogol, pencabulan di tempat kerja, kes-kes ibu tunggal dan sebagainya.Kesedaran terhadap perjuangan gender mempunyai kaitan dengan pendidikan moden yang diterima oleh rakyat Malaysia. Pendidikan moden telah mendedahkan rakyat kepada perjuangan menuntut hak sama rata antara gender lelaki dan gender perempuan seperti yang berlaku di barat. Justeru wanita Malaysia hari ini memperjuangkan hak-hak yang lebih daripada sebelumnya. Mereka menuntut peluang-peluang yang saksama diberikan dalam bidang-bidang sosial, politik, ekonomi dan tidak terkecuali bidang pendidikan. Isu-isu wanita Malaysia ternyata mendapat dokongan daripada pihak pemerintah.Tidak dinafikan bahawa pada zaman tradisional fungsi wanita secara umumnya adalah lebih rendah berbanding lelaki. Kerjaya mereka adalah terhad kepada pembantu suami. Wanita zaman tradisional tidak diterima sebagai tentera, polis apatah lagi menjadi menteri. Kebanyakan wanita yang bekerja di istana berfungsi sebagai 'pelayan raja' yang dalam bahasa lembut istana disebut sebagai 'dayang'. Kedudukan wanita berkekalan pada zaman penjajahan. Peluang-peluang pendidikan diutamakan untuk lelaki. Perlu juga diingatkan bahawa tidak timbul desakan yang ketara daripada rakyat bagi pendidikan wanita. Oleh itu masyarakal padanya amnya rnerestui amalan patriarki iaitu yang menerima Ielaki sebagai ketua yang mempunyai kuasa dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak. Sekolah asrama penuh untuk wanita hanya bermula pada tahun 1947 apabila Kolej Tuanku Khursiah dibuka. Ini diikuti dengan Sekolah Tun Fatimah pada tahun 1956.Selepas kemerdekaan, dasar pendidikan Malaysia tidak membezakan antara lelaki dengan perempuan. Sebuah lagi sekolah asrama penuh untuk wanita iaitu Sekolah Seri Putri telah diasaskan pada tahun 1968. Pada peringkat awal, sistem pendidikan Malaysia cenderung memisahkan sekolah-sekolah wanita dengan sekolah-sekolah lelaki. Namun begitu selepas tahun 1970-an, kerajaan cenderung untuk mengamalkan sistem sekolah campuran lelaki dan perempuan. Ini adalah selari dengan modenisasi dalam sistem pendidikan.Peluang wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi tidak disekat. Pemilihan ke institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia adalah berdasarkan kelayakan akademik, bukan gender. Akibatnya wanita Malaysia hari ini dapat mnyaingi lelaki untuk melanjutkan pelajaran sama ada di dalam ataupun di negara. Malah ada ketika bilangan wanita dalam kursus-kursus tertentu di pusat-pusat pengajian tinggi melebihi lelaki. Di bidang perguruan misalnya, diakui bahawa kalangan wanita lebih cenderung memasuki maktab-maktab perguruan dan universiti berbanding lelaki. Bilangan terhad wanita mengikuti kursus-kursus tertentu seperti bidang kejuruteraan bukanlah disebabkan faktor sekatan peluang tetapi lebih kepada faktor minat yang kurang.

Minggu 6: Budaya, masyarakat dan negara1. EtnosentrismeIstilah bahasa Inggeris 'ethnocentrisme' ini mula digunakan oleh William G. Sumner. Ia bermaksud apabila seseorang itu mempunyai anggapan bahawa kepercayaan, nilai, tingkah laku anggota masyarakatnya lebih baik, betul daripada yang lain. Justeru itu ia memberi keutamaan terhadap kebudayaan sendiri, mempunyai perasaan mengagung-agungkan kebudayaan sendiri di samping memperkecil kebudayaan lain. Walau bagaimanapun sikap etnosentrik ini dilihat oleh ahli sosiologi membawa fungsi yang tertentu. Ia akan memperkuat unsur budaya anggota masyarakat, memupuk perpaduan antara anggota masyarakat dan membantu mengekalkan disiplin dan semangat perjuangan sesuatu masyarakat tersebut.2. Relativisme BudayaKonsep ini bermaksud sesuatu budaya itu mestilah dilihat dan dinilai dalam konteks masyarakat itu sendiri bukan daripada standard masyarakat lain. Sesuatu budaya itu bukanlah ianya betul atau tidak baik atau tidak. Ia mesti dinilai dalam konteks masyarakatnya sendiri, mungkin apa yang sesuai pada suatu masyarakat mungkin tidak sesuai di masyarakat yang lain, contohnya cara makan antara masyarakat adalah berbeza. Masyarakat Melayu tidak boleh memandang rendah terhadap cara makan masyarakat Cina yang menggunakan kayu penyepit sebaliknya masyarakat Cina juga tidak boleh memandang rendah terhadap cara makan masyarakat Melayu yang menggunakan tangan.Sebenarnya anggapan ini ialah satu alternatif kepada mereka yang bersikap etnosentrik. Sikap terhadap menyetujui tentang anggapan relativisme kebudayaan memang sukar untuk dicapai oleh kerana ia memerlukan pemahaman yang mendalam tentang nilai dan norma sosial kebudayaan yang lain tetapi penting dalam memperolehi kestabian masyarakat.PELBAGAI BENTUK BUDAYA DALAM SATU MASYARAKAT.Di samping wujud pelbagai sikap dan tafsiran tentang pemahaman sesuatu kebudayaan ahli sosiologi juga telah mengenal pasti beberapa bentuk atau struktur budaya yang wujud dalam sesuatu masyarakat itu. Selain kewujudan berbagai-bagai kebudayaan yang berbeza terdapat juga bentuk-bentuk kebudayaan yang dipengaruhi oleh keadaan geografi, agama, gaya hidup, dan sebagainya. Kita dapat mengenalinya daripada beberapa konsep seperti yang berikut:3. Subbudaya Dalam hampir semua masyarakat terdapat beberapa kelompok kecil yang mempunyai tradisi dan nilai kebudayaan yang berlainan. Norma dan nilai yang membezakan satu kelompok daripada masyarakat yang lebih besar dikenali sebagai kebudayaan kecil ataupun subbudaya. Faktor-faktor yang menyebabkan norma dan nilai yang berlainan ini ialah kelas sosial, latar belakang etnik, agama, kawasan tempat tinggal dan pekerjaan. Nilai yang ada pada kebudayaan kecil ini menjadi sebahagian daripada personaliti anggotanya. Perbezaan kebudayaan kecil ini tidak bermakna anggota menolak kebudayaan kebangsaan tetapi hanya menyeleweng. Ia tidak bermakna kebudayaan kecil ini bertentangan dengan kebudayaan besar. Contohnya kaum 'mak nyah'.Pada hari ini masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai jenis subbudaya. Orang Melayu contohnya mempunyai pelbagai loghat yang dituturkan mengikut negeri asal masing-masing. Orang India dan Cina juga mempunyai subbudaya mereka sendiri. Kemasukan orang Indonesia,FiIipina, Burma dan sebagainya turut menambah subbudaya yang sedia ada di Malaysia ini.

4. Pertentangan BudayaKewujudan satu kebudayaan kecil dalam masyarakat yang bertentangan dengan budaya dominan masyarakat tersebut. Kebudayaan kecil tersebut dipandang serong atau dicurigai oleh masyarakat besar. Ini disebabkan nilai dan amalan kelompok tersebut bertentangan dengan bahagian-bahagian utama dalam masyarakat besar. Kedua-dua kebudayaan kecil dan kebudayaan besar bertentangan tentang pakaian, pertuturan dan cara melahirkan perasaan yang tersendiri. Contoh kebudayaan bertentangan ialah hippi, penagih dadah, koloni bogel atau fesyen rambut punk. kebudayaan bertentangan sering menerima reaksi yang kuat daripada pihak yang berkuasa seperti polis. Tetapi kadangkala terdapat toleransi terhadap kebudayaan bertentangan seperti fesyen rambut dan fesyen pakaian.Di samping konsep dan pentafsiran tentang wujudnya perbezaan budaya dalam satu masyarakat terdapat dua fenomena yang dikenal pasti oleh ahli sosiologi akan berlaku hasil daripada perbezaan bentuk kebudayaan.Menurut William F. Ogburn akan berlaku satu fenomena atau situasi yang dikatakan masyarakat akan mengalami cultural lag atau ketinggalan kebudayaan. Keadaan ini berlaku apabila perubahan kebendaan mengatasi keupayaan kebudayaan bukan kebendaan seperti adat resam, kepercayaan, falsafah dan undang-undang sehinggakan kebudayaan bukan kebendaan ini tidak dapat menyesuaikan dengan kebudayaan kebendaan. Akibatnya, menurut Ogburn, timbulnya masalah sosial baru yang kadangkala tidak diselesaikan. Contohnya kemajuan teknologi yang sofistikated seperti penggunaan peti sejuk, penyaman udara telah mengakibatkan pencemaran udara yang mengeluarkan bahan-bahan yang boleh menipiskan lapisan ozon dan seseterusnya membawa kemusnahan kepada alam sejagat. Begitu juga contohnya, ada sesetengah anggota masyarakat yang merasa takut untuk menggunakan peralatan komputer seolah-olah ia akan meletup.5. Kejutan BudayaSelain mengalami cultural lag ada kalanya sesetengah anggota masyarakat akan mengalami cultural shock atau mengalami kejutan budaya. Kejutan budaya ialah perasaan terkejut, gerun, panik akibat perbezaan budaya atau amalan hidup. Ia juga merupakan satu kejutan budaya yang terjadi kepada sesetengah individu akibat daripada penghijrahan seseorang itu ke dalam masyarakat lain masyarakat tersebut mengamalkan kebudayaan yang berbeza daripada kebudayaannya. Contohnya dalam masyarakat Malaysia khususnya Melayu, budaya asal adalah budaya luar bandar dan budaya bandar, terutama bandar-bandar besar. Cara hidup luar bandar meliputi pergerakan yang perlahan, lembut, segala yang tenteram, tidak banyak berdasar pada bukti dan percubaan. Manakala budaya barat lebih individualistik, laju, sibuk, penuh dengan `siapa kuat dia menang, siapa kuat dia dapat' dengan terwujudnya konsep eksploitasi dan personaliti yang kuat dari segi lebih berdikari dan bebas. Perbezaan yang ketara inilah menyebabkan wujudnya kejutan budaya.Oleb itu perbincangan dalam bab ini telah memperlihatkan bahawa tiap-tiap kebudayaan mempunyai nilainya yang tersendiri berdasarkan pandangan dan penghayatan. Demikian juga masyarakat tertentu mempunyai beberapa corak kebudayaan yang tersendiri. Kebudayaan dalam masyarakat tersebut itu tumbuh dalam masyarakatnya dan diwarisi dari satu generasi yang diamalkan dari semasa ke semasa yang berikutnya melalui proses sosialisasi.Tiap-tiap anggota masyarakat apabila dilahirkan akan diperkenalkan kepada kita budaya masyarakat yang dianggotainya oleh keluarganya, tetangga dan anggota masyarakat itu. Sistem budaya dalam sesebuah masyarakat dipengaruhi oleh lingkungannya yang membuat seseorang itu melihat atau bersikap dengan cara tertentu. Setiap anggota masyarakat secara disedari atau tidak adalah digerakkan dan diarah kepada satu sistem budaya yang tertentu. Oleh sebab itu, kebudayaanlah yang mengambil peranan membentuk sesebuah pola masyarakat.