m\im m f-mt'dur arahan kesci amatan drkgkfl icayu i:mi pi:[ajar

24
\>\m\im m f-mt'DUR arahan kesci amatan DrKGKfl ICAYU i : Mi Pi:[AJAR KEitfRUTERAAN KUITTHO TAtro RfN ABU HUM J t u m m i l i lEKNOtOGi TUN HUSSEIN ONN

Upload: nguyenkhanh

Post on 03-Feb-2017

234 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

\>\m\im m f-mt'DUR arahan kesci amatan DrKGKfl ICAYU i :Mi Pi:[AJAR KEitfRUTERAAN KUITTHO

TAtro RfN ABU

HUM J t u m m i l i lEKNOtOGi TUN HUSSEIN ONN

cn :4>-j

P E R P U S T A K A A N K U i T T H O

3 OOOO 00077123 2

JPTV/2804

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS* JUDUL: PENGHASILAN PROSEDUR ARAHAN KESELAMATAN BENGKEL

KAYU BAGIPELAJAR KEJURUTERAAN KUiTTHO

SESIPENGAJIAN 2002/2003

Saya TALIB BIN ABU (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Saijana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syarat berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( • )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdaijah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap :

No. 48 KAMPUNG BINTANG, Ml)KIM 3 PESERAI. 83000 BATU PAHAT, JOHOR

Tarikh : 3 hb. Mac, 2003

(TANDATANGAN PENYELIA)

DR. MAIZAM BTE ALIAS Nama Penyelia

Tarikh : 3 hb. Mac, 2003

Catatan : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskansebagai SULIT atau TERHAD.

* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional ".

Tandatangan : Nama Penyelia : Tarikh

^ : .

Dr. Maizam Bte Alias 3 Mac, 2003

PENGHASILAN PROSEDUR ARAHAN KESELAMATAN BENGKEL KAYTJ BAGI PELAJAR KEJURUTERAAN KUiTTHO

TALIB BIN ABU

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Teknologi Kejuruteraan

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

MAC, 2003

PRODUCTION OF WOODWORKING SAFETY INSTRUCTION PROCEDURE FOR KUiTTHO ENGINEERING STUDENT

TALIB BIN ABU

Project report is submitted as a partial requirement for the award of the Master Degree of Technique and Vocational Education

Department of Technique and Vocational Education Faculty Engineering Technology

College University Technology Tun Hussein Onn

MAC, 2003

akui karya ini adalah hasil keija saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ".

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

Talib Bin Abu 3 Mac, 2003

... kfias Buat 6onda yang banyaf^6er(q)rban adi^Beradil^dan fcehiarga yang m&mberi -pertoCongan

Suat yang te.ristime.zua ,.. fcauCafi segaCanya serta tcman-teman seperfuangan

jutaan terima kgsifi...

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek, Dr. Maizam Bte Alias atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh projek ini dijalankan.

Keijasama daripada pihak Makmal Pembinaan, Bata dan Kayu, KUiTTHO amatlah dihargai.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek ini.

VI

ABSTRAK

Keselamatan adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh pelajar semasa menjalankan amali dalam bengkel Kayu. Ini disebabkan pelajar perlu menggunakan mesin dan peralatan tangan semasa melaksanakan keija amali tersebut. Penggunaan mesin dan peralatan ini menimbulkan risiko yang tinggi terhadap berlakunya kemalangan atau kecelakaan kepada pelajar. Salah satu cara dalam mempertingkatkan kesedaran dan keselamatan di kalangan pelajar adalah dengan mewujudkan satu prosedur arahan bercetak. Tujuan utama kajian ini ialah menghasilkan satu prosedur arahan keselamatan yang menjadi bahan rujukan dan panduan bagi pelajar. Prosedur arahan ini mengandungi langkah keselamatan dan pencegahan serta panduan pertolongan cemas bersesuaian dengan keperluan keselamatan bengkel kayu. Justifikasi pembangunan produk (Prosedur Arahan Keselamatan Bengkel Kayu) adalah berasaskan tinjauan terhadap amalan, persepsi dan pengetahuan pelajar. Penilaian terhadap produk telah dilakukan dengan melihat persepsi pelajar terhadap kebolehgunaan produk dan pengetahuan pelajar tentang keselamatan di dalam bengkel kayu. Sampel kajian bagi tinjauan awalan dan penilaian produk terdiri daripada 60 orang pelajar Kejuruteraan Awam (Perkayuan), KUiTTHO yang terdiri daripada pelajar Ijazah dan Diploma dari tahun satu hingga tahun lima. Dapatan kajian awalan menunjukkan responden berpendapat bahawa amalan keselamatan di bengkel kayu adalah pada tahap yang baik. Responden juga berpendapat bahawa prosedur arahan perlu diwujudkan dan pengetahuan mereka tentang keselamatan adalah memuaskan. Penilaian terhadap produk menunjukkan bahawa produk mempunyai ciri-ciri yang memuaskan. Kesimpulannya, terdapat keperluan bagi produk yang dibangunkan bagi memantapkan amalan keselamatan sedia ada, didapati produk boleh diterima pakai sebagai panduan pelajar di bengkel kayu dan dicadangkan untuk dihasilkan dalam bentuk interaktif.

VI

ABSTRACT

Safety is the most important aspect of woodworking. This is because, during woodworking, students use machines and hand tools, which involve elements of risk. There is always a possibility of accidents due to students' carelessness or students' lack of awareness on safety procedures. One way to increase students' awareness on safety is to have safety instruction procedure available in the workshop. The aim of this project is to develop a safety instruction procedure to be used as reference for students in the woodworking workshop. The product was developed based on an earlier survey, which indicated that students welcome instruction procedures for woodworking. This product (instruction procedure) includes preventive as well as first aid measures that are relevant to those doing woodworking. Evaluation of this product was again through a survey of students' perception of its usefulness and students' increase in knowledge on safety measures. The survey sample was made up of 60 Civil Engineering who specialised in timber technology. Students sample include those in the Degree and Diploma programmes ranging from the first to fifth year. Evaluation of the product showed that students perceived the procedure as being useful which is supported by an increase in knowledge after using the procedure. In conclusion, the finding supported the use of the safety procedure as part of safety measures to improve safety practices in the woodworking workshop. It is recommended that the procedure be developed in a CD form for future applications.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

Pengesahan Penyelia Judul Pengakuan ii Dedikasi iii Penghargaan iv Abstrak v Abstract vi Kandungan vii Senarai Jadual xii Senarai Rajah xiii Senarai Lampiran xiv

BAB I Pendahuluan

1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Masalah 2 1.2 Pernyataan Masalah 3 1.3 Objektif Kajian 4 1.4 Persoalan Kajian 4 1.5 Hipotesis Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian 5 1.7 Batasan Kajian 6 1.8 Defmisi Konstruk 6

viii

BAB II Kajian Literatur

2.0 Pengenalan 8 2.1 Akta Keselamatan Dan

Kesihatan Pekeij a 1994 9 2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Tahap

Keselamatan di Bengkel Kayu 9 2.3 Sikap dan Emosi 10 2.4 Pengetahuan dan Kemahiran Bekeija

Di Bengkel Kayu 13 2.4.1 Keselamatan Mesin atau

Alat Mekanikal 13 2.4.2 Keselamatan Elektrik 14 2.4.3 Keselamatan Kebakaran 15 2.4.4 Peralatan Perlindungan Diri 17 2.4.5 Perkakas Tangan 18

2.5 Organisasi Keselamatan Dalam Bengkel Kayu 18 2.5.1 Peranan Pihak Pengurusan 19 2.5.2 Peranan Pekeij a 20

2.6 Sorotan Kajian Lalu 20 2.7 Rumusan 22

BAB III Metodologi Kajian

3.0 Pengenalan 23 3.1 Rekabentuk Kajian 23 3.2 Populasi dan Sampel Kajian 24 3.3 Instrumen Kajian 25

3.3.1 Kajian Rintis Soal Selidik 26 3.4 Prosedur Kajian 27 3.5 Analisis Data 29

BAB IV Rekabentuk dan Penilaian Produk

4.0 Pengenalan 31 4.1 Latarbelakang Teori Penghasilan Produk 31 4.2 Rekabentuk Produk 33

4.2.1 Analisis 34 4.2.2 Rekabentuk 35 4.2.3 Pembangunan 35 4.2.4 Perlaksanaan 36 4.2.5 Penilaian 37

4.3 Konsep dan Ciri-Ciri Prosedur 37 4.3.1 Kandungan Pro sedur 3 8 4.3.2 Format Kandungan Prosedur 38 4.3.3 Kronologi Pembinaan Produk 39 4.3.4 Permasalahan dalam Membina

Produk 40 4.3.5 Bahan, Kos dan Masa Membina

Produk 40 4.4 Penilaian Produk 41

BAB V Analisis Data

5.0 Pengenalan 42 5.1 Analisis Pra-Tinjauan 43

5.1.1 Analisis Komponen Amalan Keselamatan Di Dalam Bengkel Kayu 43

5.1.2 Analisis Komponen Persepsi Terhadap Keperluan Prosedur Arahan Keselamatan 45

5.1.3 Analisis Komponen Pengetahuan Keselamatan Dalam Bengkel Kayu 47

5.2 Analisis Pasca-Tinjauan 48

5.2.1 Analisis Komponen Persepsi Terhadap Keperluan Prosedur Arahan Keselamatan 48

5.2.2 Analisis Komponen Pengetahuan Keselamatan Dalam Bengkel Kayu 50

5.3 Analisis Perbezaan Antara Pra-Tinjauan dan Pasca-Tinjauan 51 5.3.1 Analisis Perbezaan Komponen

Pengetahuan Keselamatan Dalam Bengkel Kayu Berdasarkan Persepsi Pelajar 52

5.4 Analisis Tahap Kebolehgunaan Produk 54

BAB VI Kesimpulan dan Cadangan

6.0 Pengenalan 58 6.1 Kesimpulan 59

6.1.1 Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Kayu 59

6.1.2 Perbezaan Komponen Persepsi Terhadap Keperluan Prosedur 62

6.1.3 Perbezaan Komponen Pengetahuan Keselamatan Dalam Bengkel Kayu 63

6.1.4 Kebolehgunaan Produk 64 6.2 Cadangan 64

6.2.1 Pihak Pengurusan Bengkel 64 6.2.2 Kajian Akan Datang 65

6.3 Penutup 66

BIBLIOGRAFI L AM PI RAN

Lampiran A

ii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Penentuan Saiz Sampel Untuk Kajian 24 3.2 Skala Likert 4 Mata 26 3.3 Analisis Skor Min 30 5.1 Pecahan kumpulan responden berdasarkan kursus 43 5.2 Analisis komponen amalan keselamatan di dalam bengkel kayu 44 5.3 Analisis Skor Min 45 5.4 Analisis komponen persepsi terhadap keperluan prosedur arahan

keselamatan 46 5.5 Analisis komponen pengetahuan keselamatan dalam bengkel kayu 47 5.6 Analisis komponen persepsi terhadap keperluan prosedur arahan

Keselamatan 49 5.7 Analisis komponen pengetahuan keselamatan dalam bengkel kayu 50 5.8 Penentuan kesetaraan varian peringkat Pra-Tinjauan 52 5.9 Keputusan penentuan pencapaian pelajar 54 5.10 Analisis tahap kebolehgunaan produk 55

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 28 4.1 Model Addie 34

x i v

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Penentuan Saiz Sampel Untuk Kajian 71 B Borang Soal Selidik 72 C Senarai Semak 78 D Data Analisis Kajian Rintis Soal Selidik 81 E Data Analisis Ujilari Produk 84 F Data Analisis Demografi Responden Peringkat Pra-Tinj auan

(Kumpulan Kawalan) 86 G Data Analisis Demografi Responden Peringkat Pra-Tinj auan

(Kumpulan Eksperimen) 90 H Data Analisis Penentuan Kesetaraan Kumpulan (Pra-Tinjauan) 94 I Data Analisis Penentuan Perbezaan Komponen Pengetahuan 95 J Prosedur Arahan Keselamatan Bengkel Kayu 96

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Keselamatan ialah satu keadaan aman, sejahtera, selamat dan merapakan satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Sesetengah tempat seperti bengkel adalah lebih berisiko dari tempat yang lain, sekiranya tahap keselamatan di dalam bengkel adalah rendah, ini bermakna keadaan itu berada dalam situasi yang bahaya yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap pelajar atau pengguna bengkel tersebut.

Menurut Maslow, yang dipetik daripada buku Charles G. Morris (1993), seorang pakar psikologi yang terkenal menjelaskan mengenai keselamatan. Menurutnya, dalam teori keperluan manusia, terdapat lima keperluan asas bagi manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Beliau telah memajukan satu hirarki keperluan manusia dimulai dari yang terendah sekali iaitu fisiologi dan seterusnya dituruti oleh yang lebih tinggi iaitu keselamatan, kasih sayang, penghargaan dan akhirnya yang tertinggi iaitu kesempurnaan kendiri. Mengikut hirarki keperluan manusia, keselamatan terletak di tahap kedua di antara lima tahap yang ada. Ini jelas menunjukkan bahawa keselamatan dan kesejahteraan adalah dua perkara penting selain daripada makan dan minum dalam kehidupan manusia.

Pepatah Melayu ada menyatakan, "Ingat sebelum kena, malang tidak berbau". Ungkapan di atas adalah ke arah beringat-ingat sebelum berlaku sesuatu

?

kemalangan. Aspek kesediaan keselamatan adalah penting dimana langkah-langkah pencegahan perlu dipratikkan untuk mewujudkan suasana yang selamat dan sihat. Di samping untuk mencegah sebarang kecederaan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda sesebuah organisasi. (Hussain Yusof, 1986).

Kemalangan merupakan satu tragedi yang tidak diingini oleh sesiapa pun. Walaupun usaha-usaha dibuat untuk mengelakkan terjadinya kemalangan namun kemalangan tetap berlaku juga. Risiko kemalangan yang lebih tinggi biasanya berlaku kepada keija-keija melibatkan mesin-mesin, peralatan yang tajam, pendawaian elektrik dan sebagainya. Oleh itu satu prosedur perlu diwujudkan yang meliputi aspek pengetahuan sebagai panduan dalam meningkatkan keselamatan di dalam Bengkel Kayu.

1.1 Latar Belakang Masalah

Kemalangan di dalam bengkel kayu biasanya berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi dan sekolah-sekolah jurusan pertukangan dan kejuruteraan. Walaupun beberapa peraturan dan langkah-langkah keselamatan dikenakan tetapi kemalangan sukar dielakkan. Oleh yang demikian sejajar dengan itu pendidikan mengenai kesediaan atau langkah-langkah keselamatan perlu diajar dan didedahkan kepada semua pelajar yang terlibat dalam keija-keija di bengkel supaya berhati-hati dalam menjalankan keija yang dikehendaki dan bersedia dalam menghadapi suasana kemalangan.

Di bengkel-bengkel sekolah gurulah orang yang pertama dipertanggungjawabkan dalam mengawasi perkara-perkara yang tidak diingini. Oleh itu setiap orang guru mestilah bersedia memperlengkapkan diri menghadapi masa-masa kecemasan dengan mempelajari kaedah-kaedah pertolongan cemas dan cara-cara rawatan sebahagian daripada kemalangan-kemalangan yang biasa berlaku di bengkel, selain menyediakan pengetahuan keselamatan di dalam bengkel kepada pelajar.

3

Diharapkan dengan adanya prosedur arahan keselamatan ini dapat menjadi petunjuk kepada guru atau pensyarah dan pelajar-pelajar di samping menambahkan pengetahuan melalui pembacaan, latihan dan seminar.

1.2 Pernyataan Masalah

Menurut Laney (1982), menjelaskan bahawa kawasan tempat kerja yang selamat bermaksud satu kawasan kerja yang dapat menjamin para pekeij a dari sebarang risiko kemalangan. Beliau juga berpendapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kemalangan ialah sikap pekeija yang kurang displin ketika bekeija, kecuaian persekitaran tempat keija yang tidak selamat, komunikasi yang lemah seperti tiada penerangan, tiada amaran yang lengkap, jelas dan mudah difahami pekeija di sesuatu tempat.Memandangkan keselamatan adalah penting terhadap individu, masyarakat dan negara, maka kesedaran terhadap keselamatan perlu diserapkan dan diamalkan oleh pelajar ke alam pekeijaan nanti. Lebih-lebih lagi kebanyakan pelajar tidak mengetahui sepenuhnya langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil apabila menjalankan tugasan di dalam bengkel kayu yang melibatkan peralatan-peralatan tajam dan mesin-mesin.

Melalui tinjauan awalan, menurut Pengajar Mahnal Pembinaan, Kayu dan Bata, KUiTTHO, En. Mohamad Ismail, pengetahuan mengenai keselamatan dalam bengkel hanya diberikan pada permulaan kuliah atau semester dimana pelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai keselamatan dalam bengkel, termasuk peraturan dan penggunaan alat keselamatan yang berbentuk tugasan. Pelajar tidak didedahkan tentang aspek keselamatan di dalam bengkel untuk jangkamasa panjang hanya sekadar pengetahuan untuk jangkamasa pendek. Dengan kata lain, pengetahuan tentang keselamatan dan kesedaran untuk menghadapi kemalangan akan menjadi satu ilmu yang hanya diketahui pada awal sesi kuliah atau amali. Lebih-lebih lagi kemalangan pernah berlaku di dalam bengkel kayu ini pada tahun 2002 dimana melibatkan seorang pelajar lelaki, Diploma Kejurateraan Awam (Perkayuan) telah kehilangan tiga jari tangan kanan apabila mengendali mesin pengetam kayu atau mesin penghalus permukaan (Thicknesser). Kemalangan

4

disebabkan kecuaian kerana kurang pengetahuan untuk mengendalikan mesin tersebut dan kemungkinan pelajar terbabit dalam keletihan.

Permasalahan ini hanya dapat di atasi sekiranya diwujudkan satu prosedur arahan keselamatan yang mengandungi aspek-aspek keselamatan sebagai rujukan dan panduan pensyarah, pelajar atau pengguna bengkel tersebut. Prosedur arahan ini juga dapat menanamkan rasa kesedaran melalui pendidikan untuk mengelakkan kejadian seumpamanya daripada berlaku

1.3 Objektif Kajian

Terdapat empat objektif utama dalam kajian ini iaitu :

i. Mendapatkan pandangan pelajar tentang keselamatan yang dilaksanakan di dalam Bengkel Kayu.

ii. Menentukan adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap keperluan prosedur arahan keselamatan dalam bengkel kayu sebelum dan selepas menggunakan prosedur.

iii. Menentukan sejauh manakah prosedur tersebut beijaya meningkatkan pengetahuan tentang keselamatan di kalangan pelajar kejuruteraan.

iv. Menghasilkan Prosedur Arahan Keselamatan Bengkel Kayu bagi pelajar kejuruteraan.

1.4 Persoalan Kajian

Terdapat empat persoalan kajian untuk mencapai objektif kajfaji yang telah dinyatakan di atas iaitu : ^

\ ;

\ i. Sejauh manakah amalan keselamatan di dalam Bengkel Kayu ?

5

ii. Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap keperluan prosedur arahan keselamatan dalam bengkel kayu sebelum dan selepas menggunakan prosedur ?

iii. Sejauh manakah tahap pengetahuan pelajar dapat dipertingkatkan melalui Prosedur Arahan Keselamatan tersebut ?

iv. Sejauh manakah tahap kebolehgunaan prosedur arahan keselamatan yang dihasilkan ?

1.5 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian seperti yang telah dinyatakan, hipotesis yang dapat dibuat mengenai kajian ini ialah amalan keselamatan, persepsi terhadap keperluan prosedur dan tahap pengetahuan akan teijawab. Prosedur Arahan Keselamatan sesuai digunakan dalam bengkel kayu dari segi keblehgunaan, tetapi secara keseluruhan persoalan kajian yang telah dinyatakan seperti di atas akan teijawab setelah kajian ini selesai.

1.6 Kepentingan Kajian

Beberapa kepentingan dalam kajian ini dapat dinyatakan seperti berikut:

i. Maklumbalas yang berguna kepada pihak pengurusan intitusi pengajian tinggi atau sekolah dalam memperbaiki dan menaikkan taraf kemudahan keselamatan untuk digunakan sekiranya berlaku kemalangan terutamanya di kalangan pelajar kejuruteraan.

ii. Meningkatkan penghargaan di kalangan warga kejuruteraan, dalam melestarikan penggunaan kemudahan pertolongan cemas dan prosedur arahan keselamatan apabila berada dalam bengkel tersebut.

iii. Meningkatkan kesedaran pelajar kejuruteraan untuk mendalami ilmu-ilmu keselamatan dalam penggunaan alat-alat keselamatan,