metodologi pendidikan anak menurut surah · pdf filedalam ayat 12 hingga 19 surah luqman....

22
METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH LUQMAN WAN NURULHUDA BINTI WAN JUSOH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hadiep

Post on 25-Mar-2018

299 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH LUQMAN

WAN NURULHUDA BINTI WAN JUSOH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH LUQMAN

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya WAN NURULHUDA BINTI WAN JUSOH

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Alamat Tetap:

94, KG KUBANG MENERONG,

PADANG SIDING, 02600,

ARAU, PERLIS. Tarikh: 16 MEI 2011 Tarikh: 16 MEI 2011

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Nama Penyelia: PM DR AZHAR BIN MUHAMMAD

Tarikh : 16 MEI 2011

Page 4: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH LUQMAN

WAN NURULHUDA BINTI WAN JUSOH

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : Wan Nurulhuda binti Wan Jusoh

Tarikh : 16 Mei 2011

Page 6: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

iii

Dedikasi

Ya Allah

“Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya

sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku,

Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Mak dan Ayah tersayang

Chek binti Man dan Wan Jusoh bin Wan Ahmad

yang tidak pernah jemu mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anaknya. Tanpa kalian

siapalah diriku ini.

Saudara kandungku yang dikasihi,

Abang Din, Kak Nani, Abang Khairul, Abang Lie dan Adik Nadia

Yang menghiasi setiap hariku dengan pelbagai telatah dan kerenah semenjak lahirku,

kalian penyeri dalam hidupku

Penyelia yang dihormati,

PM Dr Azhar bin Muhammad

Yang sentiasa memberikan panduan dan tunjuk ajar , syukran jazilan.

Para pensyarah daripada Fakulti Tamadun Islam dan juga Fakulti Pendidikan,

Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan saban waktu

Sahabat seperjuangan

SPI 2007-2011

Yang sering bersama tika susah dan senangku sepanjang di kampus

persatuan PMI

Yang senantiasa memberikan semangat dan sokongan kepadaku

Dan semua yang bergelar

muslim

Moga hasil ini ada sedikit manfaat buat kalian

Page 7: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

iv

PENGHARGAAN

بسم اهلل الرمحن الرحيم

Alhamdulillah, setinggi syukur ke hadrat Illahi, selawat dan salam ke

atas junjungan besar Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda.

Syukur yang tidak terhingga kepada Illahi atas nikmat sihat dan masa lapang

yang diberikan-Nya penyelidik berjaya juga menyiapkan projek sarjana

muda ini sehingga titik yang terakhir. Tiadalah daya upaya buat penyelidik

kecuali dengan rahmat dan kasih sayang-Nya semata.

Sekalung penghargaan buat mak dan ayah tercinta, yang tidak putus-

putus mendoakan kejayaan dan kebahagian anaknya. Setinggi penghargaan

juga ditujukan buat penyelia projek, PM Dr Azhar bin Muhammad atas

segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang proses menyiapkan

projek ini.

Turut dihargai, sahabat-sahabat seperjuangan (SPI 07-11) yang

saling bahu membahu memberikan sokongan dan dorongan untuk terus

berjaya bersama-sama.

Akhirnya, buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung dalam proses penyediaan laporan projek sarjana muda ini. Semoga

Allah memberkati dan merahmati kita semua. InsyaALLAH.

Jadilah si kelip-kelip

yang bercahaya tika datangnya senja

yang bersinar tika kegelapan malam menyapa

hingga hujung nyawa

tak segan menunjukkan laluan kepada manusia..

Page 8: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

v

ABSTRAK

Luqman Al-Hakim cukup terkenal sebagai seorang yang memiliki hikmah dan

kebijaksanaan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat metodologi pendidikan

Luqman Al-Hakim kepada anaknya dari segi kaedah dan aspek pendidikan dengan

memfokuskan pada ayat 12 hingga 19 di dalam Surah Luqman. Di samping itu,

kajian dijalankan kepada pensyarah di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia untuk melihat pengaplikasian kaedah dan aspek

pendidikan yang ditekankan oleh Luqman Al-Hakim. Pengkaji menjalankan kaedah

kajian perpustakaan, analisis tafsiran ayat yang dikaji dan mengedarkan soal selidik.

Penafsiran maksud ayat dilakukan dengan merujuk kepada pelbagai kitab tafsir.

Hasil kajian mendapati bahawa Luqman Al-Hakim menggunakan kaedah nasihat dan

menekankan tiga aspek penting dalam pendidikan anaknya iaitu aqidah, ibadah dan

akhlaq. Manakala, hasil soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical

Package for Social Science for Windows version 15.0 secara deskriptif dan

dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α =

0.903. Secara keseluruhan hasil kajian soal selidik menunjukkan majoriti responden

mengaplikasikan aspek pendidikan aqidah, ibadah dan akhlaq kepada anak mereka

dengan purata min sebanyak 4.20. Di akhir kajian, penulis mencadangkan beberapa

pendekatan pendidikan anak selaras yang ditekankan oleh Luqman Al-Hakim di

dalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan

untuk penyelidikan akan datang.

Page 9: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

vi

ABSTRACT

Luqman al-Hakim is known as one who has the wisdom and discretion. Therefore, this study

is to look at the educational methodology of Luqman Al-Hakim to his son in terms of method

and aspects of education with a focus on verse 12 up to 19 in Surah Luqman. In addition,

studies carried out to a lecturer in the Foundation of Education Department, Faculty of

Education, University of Technology Malaysia to see the application of methods and aspects

of education that is emphasized by Luqman Al-Hakim. Researcher carrying out the method of

literature review, analysis, interpretation of the verse under review and also distribute

questionnaires. Interpretation of the meaning of the ayah made with reference to various

tafsir. The study found that Luqman al-Hakim using the advice and emphasize three

important aspects in the education of children which are faith, worship and manners. The

questionnaire was analyzed using Statistical Package for Social Science for Windows version

15.0 descriptively and presented by means of tabulation. The value of the reliability of the

questionnaire was α = 0.903. Overall survey results show a majority of respondents to apply

the methodical aspects of faith, devotion and behaviour for their children with an average

means of 4.20.Finally, some suggestions were forwarded about children education in line

with the aspect stressed by Luqman Al-Hakim through ayah 12 till 19 in Surah Luqman. The

research concluded by forwarding a few suggestions for further studies.

Page 10: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS

TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiiii

BAB I PENGENALAN

1.I Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop dan Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.9 Kesimpulan 9

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Pengenalan Surah Luqman

2.2.1 Asbab Nuzul

10

12

Page 11: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

viii

2.2.2 Hubungan surahLuqman

dengan Surah sebelumnya.

2.2.3 Luqman Al-Hakim di sisi

Ulama’

2.2.4 Terjemahan ayat 12-19 Surah

Luqman

13

15

15

2.3 Pendidikan Anak

2.3.1 Tanggungjawab ibubapa

terhadap anak-anak

2.3.2 Peringkat Pendidikan Anak

2.3.3 Proses Pendidikan Islam

18

20

25

26

2.4 Metodologi Pendidikan dalam Islam 29

2.5 Kajian Lepas 39

2.6 Kesimpulan 44

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 45

3.2 Reka Bentuk Kajian 45

3.3 Tempat Kajian 48

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 49

3.5 Instrumen Kajian 49

3.6 Kajian Rintis 51

3.7 Analisis Data 51

3.8 Jangka Masa Kajian 53

3.9 Kesimpulan 53

BAB IV DATA DAN ANALISIS

4.1 Pendahuluan 54

4.2 Analisis Data (Ayat Fokus)

4.2.1 Huaraian dan analisis ayat 12

4.2.2 Huraian dan analisis ayat 13

4.2.3 Huraian dan analisis ayat 14

4.2.4 Huraian dan analisis ayat 15

54

55

57

59

61

Page 12: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

ix

4.2.5 Huraian dan analisis ayat 16

4.2.6 Huraian dan analisis ayat 17

4.2.7 Huraian dan analisis ayat 18

4.2.8 Huraian dan analisis ayat 19

64

66

68

70

4.3 Analisis Data (Soal Selidik)

4.3.1 Analisis Bahagian A

4.3.1.1 Maklumat Umur Responden

4.3.1.2 Maklumat Jantina

Responden

4.3.1.3 Maklumat tempoh

berkhidmat responden

4.3.1.4 Maklumat bilangan anak

4..3.1.5 Maklumat umur anak

4.3.2 Analisis Bahagian B, C dan D

71

72

73

73

74

74

75

75

4.4 Kesimpulan 97

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan 98

5.2 Perbincangan

5.2.1 Bahagian Analisis Tafsir

5.2.2 Bahagian Analisis Soal Selidik

99

106

5.3 Rumusan 110

5.3 Cadangan 110

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 111

5.5 Kesimpulan 112

BIBILIOGRAFI 113

LAMPIRAN

Page 13: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

x

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK

HALAMAN

3.6.2 Pengelasan Skala Likert 50

3.7.1 Skala Item 52

3.7.2 Tahap Skor Min 52

4.1 Latar Belakang Responden mengikut umur 73

4 2 Latar belakang responden mengikut jantina 73

4. 3 Latar belakang responden mengikut tempoh berkhidmat 74

4.4 Latar belakang responden mengikut bilangan anak. 74

4.5 Latar belakang responden mengikut purata umur anak 75

4.6 Taburan skor bagi item B1 76

4.7 Taburan skor bagi item B2 77

4.8 Taburan skor bagi item B3 77

4.9 Taburan skor bagi item B4 78

4.10 Taburan skor bagi item B5 78

4.11 Taburan skor bagi item B6 79

4.12 Taburan skor bagi item B7 79

4.13 Taburan skor bagi item B8 80

4.14 Taburan skor bagi item B9 80

4.15 Taburan skor bagi item B10 81

4.16 Taburan skor bagi item C1 81

4.17 Taburan skor bagi item C2 82

4.18 Taburan skor bagi item C3 82

4.19 Taburan skor bagi item C4 83

4.20 Taburan skor bagi item C5 83

4.21 Taburan skor bagi item C6 84

4.22 Taburan skor bagi item C7 84

4.23 Taburan skor bagi item C8 85

4.24 Taburan skor bagi item C9 85

Page 14: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

xi

4.25 Taburan skor bagi item C10 86

4.26 Taburan skor bagi item D1 86

4.27 Taburan skor bagi item D2 87

4.28 Taburan skor bagi item D3 87

4.29 Taburan skor bagi item D4 88

4.30 Taburan skor bagi item D5 88

4.31 Taburan skor bagi item D6 89

4.32 Taburan skor bagi item D7 89

4.33 Taburan skor bagi item D8 90

4.34 Taburan skor bagi item D9 90

4.35 Taburan skor bagi item D10 91

4.36 Rumusan dapatan kajian mengenai metodologi

pendidikan asas aqidah anak-anak menurut surah

Luqman.

91

4.37 Rumusan dapatan kajian mengenai metodologi

pendidikan asas ibadah anak-anak menurut surah

Luqman.

93

4.38 Rumusan dapatan kajian mengenai metodologi

pendidikan asas akhlak anak-anak menurut surah

Luqman.

95

5.1 Skor min untuk setiap bahagian

108

Page 15: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

xii

SENARAI SINGKATAN

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

SAW Sallahu ‘Alaihi Wasallam

PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah

SPSS Statistical Package For Social Science

SS Sangat Setuju

S Setuju

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

Page 16: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

1 Soal selidik

2 Surat kebenaran mendapatkan maklumat

3 Surat kebenaran PSZ

Page 17: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan suatu perkara penting yang menjadi asas kepada

penentuan jalan hidup seseorang. Cara didikan yang diterima oleh seseorang itu

pastinya akan mencorakkan cara berfikir dan tingkah lakunya. Oleh itu pendidikan

merupakan suatu aspek yang amat penting dan perlu diberikan perhatian khusus agar

seseorang itu dapat dibentuk menjadi insan yang sebaik-baiknya. Pendidikan atau

disebut tarbiyyah di dalam bahasa Arab merupakan satu elemen yang bukan sahaja

melibatkan fizikal bahkan turut menekankan aspek-aspek lain seperti rohani dan

akal. Ia merupakan gabung jalin setiap unsur yang terdapat pada diri manusia yang

seterusnya akan memberikan kesan pada tingkah dan perlakuan seseorang.

Pendidikan agak berbeza dengan pengajaran. Pengajaran adalah suatu

konsep menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang yang mendengarnya, seperti

seorang guru yang mengajar di dalam bilik darjah. Namun pendidikan adalah

sesuatu yang datang dari hati dan disampaikan juga melalui hati agar lekat di hati

orang yang mendengarnya.

Masyarakat Melayu amat terkenal dengan pepatah melentur buluh biarlah

dari rebungnya. Pepatah ini merujuk kepada proses pendidikan itu hendaklah

dimulai semenjak awal lagi. Diibaratkan batang rebung yang masih muda, jika

dilentur dan dibentuk dengan baik pasti ia akan membesar mengikut bentuk yang

Page 18: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

2

telah dipilih itu. Namun sekiranya rebung tersebut sudah tua dan menjadi buluh,

maka pastilah sukar untuk dilenturkan lagi kerana batangnya sudah mengeras. Jika

dipaksa secara keterlaluan mungkin akan menyebabkan patah. Begitulah juga

dengan pendidikan yang perlu diterapkan kepada anak-anak. Mereka hendaklah

dididik semenjak mereka kecil lagi. Didikan yang tepat pastinya akan menghasilkan

generasi yang berdaya saing dan mempunyai jati diri yang utuh.

Anak-anak merupakan anugerah dan amanah yang telah diberikan oleh

Allah kepada insan yang bergelar ibu dan bapa. Anak yang dilahirkan dalam

keadaan yang fitrah dan suci murni ibarat kain putih yang bersih tanpa sebarang

kotoran. Maka menjadi tanggungjawab ibubapalah untuk mencorakkan dan

memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada mereka. Kasih sayang keluarga

inilah yang sebenarnya dapat menjadikan pendidikan itu lebih berkesan kerana anak-

anak amat rapat dengan ibubapa masing-masing dan sentiasa bersama mereka.

Di dalam al-Quran terdapat sebuah surah yang mengisahkan nasihat-nasihat

dan teguran seorang bapa kepada anaknya. Teguran dan nasihat si bapa ini

merupakan suatu didikan yang sangat utuh untuk membina sahsiah dan peribadi

anaknya. Surah ini dinamakan surah Luqman sempena nama bapa yang telah

dikurniakan oleh Allah hikmah dan kebijaksanaan. Terdapat beberapa suruhan dan

larangan yang disampaikan kepada anaknya dengan harapan segala yang

disampaikan itu akan dituruti anaknya sekaligus melindungi anak daripada terjebak

ke arah kebinasaan. Pesanan disampaikan dengan penuh kasih sayang dan langsung

tidak mengharapkan balasan daripada anak. Inilah yang disebut sebagai pendidikan

dari hati ke hati.

1.2 Latar Belakang Masalah

Remaja merupakan aset yang paling berharga untuk negara. Mereka

merupakan generasi pelapis yang dilihat bakal menerajui kepimpinan negara pada

suatu masa nanti. Namun, kebelakangan ini timbul pelbagai isu negatif yang

Page 19: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

3

mengaitkan remaja dengan pelbagai aktiviti yang tidak menyenangkan. Kes

pembuangan bayi sebagai contohnya telah memperlihatkan betapa teruknya

kebejatan sosial yang telah melanda remaja di negara ini. Itu tidak dikira dengan kes

melarikan diri dari rumah dan meninggalkan ibubapa semata-mata terpengaruh

dengan rakan taulan. Gejala lepak dan sebagainya pula telah lama melanda para

remaja kita.

Terdapat banyak pihak yang saling tunding menunding dalam hal ini.

Kelambakan kes yang melibatkan remaja ini sering cuba disabitkan kesalahannya

kepada pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa, guru-guru, pihak media dan juga

kerajaan. Pelbagai langkah diatur dan dilaksanakan bagi membendung segala

masalah ini namun tiada yang dilihat dapat memberikan hasil yang benar-benar

berkesan. Ini disebabkan pembaikan itu hanya dilakukan apabila sesuatu masalah itu

telah pun berlaku.

Islam telah menggariskan panduan yang jelas dalam proses pentarbiyyahan

anak-anak. Ia hendaklah dimulai dari awal kelahiran seorang anak sehinggalah

mereka meningkat dewasa. Pendidikan pertama yang perlu diberikan adalah dengan

mengenalkan anak-anak kepada Pencipta yang Maha Kuasa yakni Allah. Khaliq

yang telah menetapkan peraturan hidup melalui syariat-Nya agar manusia dapat

hidup dengan aman dan tenteram. Konsep pendidikan ini ada disebut di dalam surah

Luqman melalui kaedah dialog antara seorang bapa kepada anaknya.

Justeru itu, penelitian yang khusus terhadap kaedah atau metodologi

pendidikan anak-anak yang telah diperkenalkan oleh Allah menerusi surah Luqman

ini sewajarnya diberikan perhatian agar kaedah ini dapat diaplikasikan di dalam

pendidikan anak-anak pada masa kini. Hal ini dikatakan berpunca daripada beberapa

faktor. Namun, faktor utama yang sering ditekankan adalah faktor asuhan oleh

ibubapa.

Page 20: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

4

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah sosial yang berlaku di kalangan mayarakat negara ini dilihat semakin

meruncing. Dengan statistik masalah sosial yang semakin meninggi dari tahun ke

tahun menunjukkan betapa seriusnya masalah yang telah melanda negara.

Menurut penulis laman web mutiaraislam.wordpress.com, saudara Lokman

Mohd Hashim (2009) mengatakan bahawa salah satu faktor utama yang mendorong

masalah sosial di kalangan remaja adalah kegagalan asuhan oleh ibubapa sendiri.

Beliau menyebutkan bahawa:

“Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca

keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan

dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan

oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup,

sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam

aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak

kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk

bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama

lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan

ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri

tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.”

(mutiaraislam.wordpress.com:17 April 2011, 10.16pm)

Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa betapa pentingnya asuhan dan didikan yang

bertepatan oleh ibubapa kepada anak-anaknya.

Selain itu, Norhamimah Md Amin (2003:23) dalam laporan projek sarjana

mudanya memetik laporan akhbar Berita Harian yang bertarikh 20 Oktober 1998

sebagai melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu mendapati

keruntuhan institusi keluarga adalah punca utama kepada peningkatan masalah moral

di kalangan remaja bawah umur di negeri tersebut.

Page 21: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

5

Sehubungan itu, amatlah wajar untuk ibubapa mencari satu kaedah asuhan

anak-anak yang sebenarnya untuk mengelakkan perkara-perkara ini daripada

berterusan. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan mengenai metode pendidikan yang

dianjurkan di dalam surah Luqman dan aspek-aspek (disiplin ilmu) yang diberikan

penekanan terhadapnya.

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini ialah:

1.4.1 Mengenal pasti kaedah atau metodologi pendidikan anak dalam Islam

berdasarkan surah Luqman.

1.4.2 Menjelaskan aspek-aspek penting yang perlu diterapkan dalam pendidikan

anak-anak berdasarkan surah Luqman.

1.4.3 Mengenal pasti kecenderungan staf-staf Universiti Teknologi Malaysia dalam

mengaplikasikan kaedah pendidikan anak berdasarkan surah Luqman.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ditimbulkan adalah:

1.5.1 Apakah metodologi pendidikan anak-anak yang diajarkan di dalam surah

Luqman?

1.5.2 Apakah aspek-aspek penting yang perlu diberikan penekanan dalam proses

pendidikan anak seperti yang terdapat dalam surah Luqman?

Page 22: METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH · PDF filedalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang. vi ABSTRACT Luqman

6

1.5.3 Sejauh manakah staf-staf Universiti Teknologi Malaysia mengetahui

metodologi pendidikan anak yang terdapat di dalam surah Luqman dan

adakah mereka mengaplikasikannya?