mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan …dun.penang.gov.my/images/pdf/jawapan lisan...

131
1 ID683/08 MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020 PERKARA : 4(A)45 SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN YB. NOR HAFIZAH BINTI OTHMAN 45. Isu pencemaran sungai akibat pembuangan najis babi. (a) Berapakah jumlah ladang babi yang terdapat di Pulau Pinang? (b) Apakah cadangan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai akibat najis babi dari ladang ternakan di Kampung Selamat? (c) Bagaimanakah langkah untuk memastikan pencemaran bau dapat dihapuskan dari mengganggu ketenteraman penduduk sekitarnya? YB. PHEE BOON POH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B KETUA MENTERI 45. (a) Sebagai makluman Yang Berhormat, terdapat sebanyak 166 ladang babi yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPV). (b) Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah pencemaran yang berpunca dari ladang ternakan babi termasuk ladang-ladang

Upload: others

Post on 09-Dec-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID683/08

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)45

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN YB. NOR HAFIZAH BINTI OTHMAN 45. Isu pencemaran sungai akibat pembuangan najis babi.

(a) Berapakah jumlah ladang babi yang terdapat di Pulau

Pinang?

(b) Apakah cadangan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai akibat najis babi dari ladang ternakan di Kampung Selamat?

(c) Bagaimanakah langkah untuk memastikan pencemaran bau dapat dihapuskan dari mengganggu ketenteraman penduduk sekitarnya?

YB. PHEE BOON POH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B KETUA MENTERI 45. (a) Sebagai makluman Yang Berhormat, terdapat sebanyak 166

ladang babi yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan

Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPV).

(b) Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam usaha untuk

menyelesaikan masalah-masalah pencemaran yang

berpunca dari ladang ternakan babi termasuk ladang-ladang

Page 2: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID683/08

yang beroperasi di kawasan Kampung Selamat, Tasek

Gelugor, Seberang Perai Utara.

Berasaskan komitmen ini, Kerajaan Negeri telah meluluskan

Enakmen Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang 2016 yang

mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2020. Enakmen ini

mewajibkan penternak untuk menaik taraf ladang sedia ada

sebelum 1 Januari 2022 kepada Modern Pig Farming (MPF)

yang mempunyai empat (4) kriteria seperti berikut:-

(i) Menaik taraf kepada sistem kandang tertutup;

(ii) Zon penampan dengan jarak 200 meter,

(iii) Mengguna pakai sistem kumbahan sifar; dan

(iv) Amalan penternakan yang baik.

Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan ke atas

penternak-penternak yang gagal melaksanakan MPF

bermula 1 Januari 2022.

Sebagai makluman Yang Berhormat juga, Peraturan-

Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Negeri Pulau

Pinang) 2020 telah mula dikuatkuasakan pada 1 Mac 2020.

Page 3: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID683/08

Berdasarkan kepada Peraturan 37, penternak babi adalah

diwajibkan memohon lesen daripada Jabatan

Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang dalam

tempoh enam (6) bulan daripada tarikh kuat kuasa iaitu

pada bulan September 2020.

Mengambil kira kekangan pelaksanaan semasa tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lesen yang

dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri

Pulau Pinang (JPVPP) kepada penternak babi hanya akan

bermula pada tahun 2021 dan tindakan ke atas penternak

babi di bawah Peraturan-Peraturan Pelesenan

Penternakan Babi (Negeri Pulau Pinang) 2020 akan juga

mula dilaksanakan pada 1 Januari 2021.

Selain itu, isu mengenai pencemaran ladang ternakan babi

di Kampung Selamat telah juga dibincangkan antara Y.A.B.

Ketua Menteri dengan YB. Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri

Alam Sekitar dan Air semasa satu sesi pertemuan pada 24

September 2020. Pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air

(KASA) secara dasar bersetuju untuk bekerjasama dengan

Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mengatasi isu-isu

Page 4: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID683/08

pencemaran ternakan babi yang berlaku di Kampung

Selamat.

Justeru itu, melalui penguatkuasaan Enakmen Ternakan Babi

2016 dan kerjasama dari pihak KASA, Kerajaan Negeri yakin

bahawa isu-isu berkaitan pencemaran air dan bau dari ladang-

ladang ternakan babi akan dapat diselesaikan dengan

sewajarnya.

Page 5: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID686/07

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)46

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA YB. SYERLEENA BINTI ABDUL RASHID 46. Apakah status terkini Penang Arts District (PAD) dan sekiranya

kos pembinaan terlalu tinggi, adakah wajar untuk meneliti semula projek tersebut dari aspek pembinaan tapak lokasi atau menaik taraf salah sebuah bangunan milikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk tujuan PAD?

YB. YEOH SOON HIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 46. Kerajaan Negeri sedang dalam usaha untuk membangunkan

projek Penang Art District (PAD) sebagai pemangkin dalam

bidang kesenian dan kebudayaan. Tapak projek ini terletak di

antara Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan Gat Lebuh

Macallum. Projek PAD di tapak tersebut hanya dapat dimulakan

setelah pembinaan pylon bagi stesen Light Railway Transit

(LRT) diselesaikan. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri

sedang meneliti semula rancangan pembangunan projek

tersebut dalam aspek kos projek, kemampuan kewangan dan

kesesuaian tapak. Kerajaan Negeri juga sedang

Page 6: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID686/07

mempertimbangkan penggunaan bangunan milikan agensi-

agensi Kerajaan yang bersesuaian bagi tujuan PAD sementara

menunggu perkembangan projek LRT.

Page 7: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID691/07

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)47

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM YB. SATEES A/L MUNIANDY 47. Nyatakan bilangan Sekolah Persendirian Antarabangsa

(International Schools) di Pulau Pinang, berbanding dengan keseluruhan negara. (a) Bilangan pelajar dalam sekolah antarabangsa mengikut

kewarganegaraan.

YB. PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 47. Terdapat 12 sekolah antarabangsa di Negeri Pulau Pinang

berbanding dengan 175 sekolah antarabangsa di seluruh

Malaysia.

(a) Berdasarkan rekod Jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang (JPNPP), terdapat seramai 5,426 pelajar di

sekolah antarabangsa di Negeri Pulau Pinang. Daripada

jumlah tersebut, seramai 2,963 pelajar merupakan

warganegara Malaysia manakala 2,463 adalah bukan

warganegara. Pelajar bukan warganegara yang paling

ramai adalah dari 10 negara yang berikut yang membawa

jumlah pelajar seramai 1,916 orang:

Page 8: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID691/07

BIL NEGARA BILANGAN PELAJAR

1. China 397

2. Korea Selatan 255

3. Amerika Syarikat 255

4. Korea Utara 229

5. India 194

6. Jepun 191

7. United Kingdom 137

8. Thailand 93

9. Australia 88

10. Hong Kong 77

Jumlah 1,916

547 orang pelajar lagi adalah dari negara-negara lain

seperti Singapura, Indonesia, Jerman, Canada, Taiwan

dan sebagainya.

Page 9: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID694/15

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)48

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG 48. Apakah tindakan yang akan dan telah diambil oleh Kerajaan

Negeri untuk menegakkan Artikel 14A (1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang terhadap empat ADUN yang telah berpaling tadah dari gabungan Pakatan Harapan (PH) setelah memenangi PRU-14 terakhir atas tiket PH?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI 48. Memandangkan keempat-empat ADUN ini gagal

mengosongkan kerusi walaupun mereka hendaklah berbuat

demikian di bawah Perkara 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau

Pinang, Kerajaan Negeri pada mulanya bertekad untuk

membentangkan suatu usul untuk pengosongan kerusi-kerusi

yang terbabit dalam persidangan Dewan Undangan Negeri

(“Dewan”) yang Keempat Belas.

Walau bagaimanapun, penambahan kes-kes COVID-19 yang

mendadak di seluruh negara lanjutan daripada pilihan raya

negeri Sabah yang berlangsung baru-baru ini dikhuatiri akan

berulang sekali lagi sekiranya pilihan raya kecil diadakan di

Page 10: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID694/15

Pulau Pinang susulan daripada pengosongan kerusi-kerusi

tersebut.

Berpandukan matlamat bahawa kesihatan dan keselamatan

rakyat Pulau Pinang adalah jauh lebih penting dalam usaha

Kerajaan Negeri untuk membendung wabak COVID-19,

Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk tidak meneruskan

dengan pembentangan usul pada sidang Dewan kali ini.

Usul tersebut akan dibentangkan dalam persidangan Dewan

yang seterusnya, atau apabila wujudnya keadaan yang

mengizinkan untuk pilihan raya kecil diadakan tanpa

menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Page 11: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID696/05

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)49

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PENAGA YB. MOHD YUSNI BIN MAT PIAH 49. Senaraikan nama dan jumlah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)

yang tidak berdaftar di setiap daerah di Pulau Pinang. (a) Apakah tindakan perundangan kerajaan bagi RIBI tidak

berdaftar yang melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan senaraikan garis panduan RIBI di Pulau Pinang?

(b) Berapa banyak tindakan RIBI tidak berdaftar telah diambil tindakan setakat ini?

YB. CHONG ENG MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 49. Kerajaan Negeri tidak mempunyai data terperinci mengenai nama

dan jumlah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang tidak berdaftar

di setiap daerah di Pulau Pinang. Namun begitu, berdasarkan

rekod Pejabat Daerah dan Tanah, terdapat sejumlah 78 RIBI yang

dibina secara haram di Pulau Pinang sejak tahun 2015.

Page 12: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID696/05

(a) Antara tindakan perundangan kerajaan yang boleh diambil

terhadap RIBI yang tidak berdaftar dan melanggar peraturan

Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:

(i) Pengeluaran Notis Binaan Tanpa Kebenaran di bawah

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133);

(ii) Pengeluaran Notis Tukar Guna Bangunan di bawah Akta

Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172); dan

(iii) Notis 425 Kanun Tanah Negara mengenai pendudukan

secara tak sah di tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah

perlombongan.

Kerajaan Negeri pada tahun 2019 telah memutuskan supaya

semua tindakan penguatkuasaan terhadap RIBI diambil

selepas mendapat keputusan Jawatankuasa Tanah Negeri

berdasarkan ulasan daripada Jawatankuasa Penyelarasan

RIBI. Jawatankuasa Penyelarasan RIBI akan meneliti isu

berkaitan RIBI bersama agensi teknikal dan ADUN kawasan

berdasarkan kepada peruntukan perundangan yang sedang

berkuatkuasa.

Page 13: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID696/05

Senarai Garis Panduan yang digunakan dalam pengurusan

RIBI di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) Garis Panduan untuk Penyediaan Kemudahan

Masyarakat di Kawasan Pemajuan Perumahan

Baharu;

(ii) Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang;

(iii) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133);

(iv) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);

dan

(v) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1986.

(b) Berdasarkan rekod Pejabat Daerah dan Tanah dari tahun

2015 sehingga 2020 (sehingga Ogos), sejumlah 78 RIBI

telah diambil tindakan dengan pengeluaran Notis 4525

Kanun Tanah Negara. Perincian mengikut daerah adalah

seperti berikut:

DAERAH BILANGAN TINDAKAN

Timur Laut 20

Barat Daya 15

Seberang Perai Utara 11

Page 14: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID696/05

Seberang Perai Tengah 27

Seberang Perai Selatan 5

JUMLAH 78

Page 15: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID700/12

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)50

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN TELOK BAHANG YB. ZOLKIFLY BIN MD. LAZIM 50. Kadar Pengangguran di Pulau Pinang.

(a) Nyatakan dengan terperinci kadar pengangguran terkini

seluruh negeri Pulau Pinang khususnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca PKP serta tindakan kerajaan menempatkan semula mereka dalam sektor pekerjaan.

(b) Adakah peruntukan sedia ada untuk membantu golongan terjejas akibat COVID-19 ini mencukupi?

YB. PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI (a) Berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) yang dijalankan

oleh Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), kadar

pengangguran di Pulau Pinang pada suku tahun pertama

2020 adalah 2.1% dan telah meningkat pada suku tahun

kedua 2020 kepada 4.4%. Kadar pengangguran di Pulau

Pinang bagi suku tahun ketiga belum dikeluarkan lagi.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Pusat Bantuan

Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang (Penang Career

Assistance and Talent (CAT) Centre) telah melaksanakan

inisiatif-inisiatif untuk menempatkan semula rakyat Pulau

Page 16: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID700/12

Pinang yang kehilangan kerja disebabkan oleh pandemik

COVID-19 seperti berikut:

(i) Menjalani pemadanan kerja secara berkumpulan

(group job matching) untuk membantu pencari kerja

dengan menjalankan pemadanan jawatan

bersesuaian apabila menerima permintaan dari

majikan/syarikat. Pusat CAT akan mendapatkan

maklumat tentang jenis pekerjaan untuk syarikat yang

mengalami penutupan. Susulan itu, Pusat CAT akan

menjalani prosedur pemadanan kerja secara

berkumpulan dengan syarikat yang memperluaskan

operasi;

(ii) Laman sesawang Pusat CAT menjadi satu titik

tumpuan kepada majikan dan juga pencari kerja.

Melalui perkhidmatan percuma laman sesawang

Pusat CAT ini, pihak majikan dapat mempromosi

peluang pekerjaan yang ditawarkan manakala pencari

kerja juga dapat memohon pekerjaan yang ditawarkan

menerusi laman sesawang tersebut;

Page 17: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID700/12

(iii) Jangkauan kepada agensi-agensi pekerjaan lain

secara proaktif bagi memahami peluang-peluang

pekerjaan yang aktif untuk dipanjangkan kepada

pencari kerja melalui laman sesawang serta Facebook

Pusat CAT;

(iv) Bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial

(PERKESO) dalam membantu pencari kerja melalui

program-program seperti latihan, kaunseling, insentif

kewangan dan lain-lain; dan

(v) Bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk

mempromosikan maklumat tentang peluang pekerjaan

yang tersedia seperti dengan Pihak Berkuasa

Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi program

JomKerja dan JomNiaga di bawah Pelan Jana Semula

Ekonomi Negara (PENJANA) dan TalentCorp untuk

program Career Comeback.

(b) Peruntukan sedia ada untuk membantu golongan terjejas

akibat COVID-19 adalah mencukupi buat masa ini.

Kerajaan Negeri telah merangka dan melaksanakan Pakej

Page 18: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID700/12

Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 1.0, 2.0 dan 2.1

(Penang Lawan COVID-19) bagi membantu rakyat Pulau

Pinang yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19

dengan implikasi kos berjumlah RM155.5 juta.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menyemak dan

meneliti semula perancangan dan pelaksanaan program

serta projek bagi tahun 2020 agar keutamaan diberikan

kepada penyediaan peruntukan yang mencukupi bagi

menangani kesan penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

Page 19: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID708/08

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)51

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SEBERANG JAYA YB. DR. AFIF BIN BAHARDIN

51. Bagaimanakah prestasi industri pelabuhan Negeri Pulau Pinang yang terkesan akibat COVID-19?

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

51. Industri pelabuhan negeri Pulau Pinang sangat terkesan akibat

daripada penularan wabak COVID-19 berdasarkan rekod dan

stastistik pengendalian seperti berikut:

(i) Pengendalian kontena dijangka mencatatkan penurunan

sebanyak 6.6% jika dibandingkan dengan jumlah

pengendalian pada tahun 2019 yang menjadikan penurunan

dari jumlah pengendalian sebanyak 1,113,618 Twenty-foot

Equivalent Unit (TEU) pada tahun 2019 kepada

1,040,098 TEU bagi tahun 2020;

Page 20: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID708/08

(ii) Pengendalian kargo konvensional dijangka menyusut 17.2%

jika dibandingkan dengan pengendalian pada tahun 2019.

Prestasi pengendalian pada tahun 2019 ialah

7,167,415 Freight Weight Tonnes (FWT) dan dijangka

Penang Port Sdn Bhd (PPSB) hanya akan mengendalikan

kargo konvensional sebanyak 5,934,435 FWT sahaja pada

tahun 2020; dan

(iii) Bagi operasi “cruise” di Swettenham Pier Cruise Terminal,

dijangka akan mencatatkan penurunan pengendalian

sebanyak 70.6% berbanding pengendalian pada tahun 2019.

Prestasi pengendalian pada tahun 2019 adalah sebanyak

733,789 penumpang dan dijangka PPSB hanya dapat

mengendalikan 212,627 penumpang sahaja pada tahun

2020.

Page 21: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID3/14

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)52

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA YB. ONG KHAN LEE 52. Apakah pakej rangsangan ekonomi yang bakal dilaksanakan

oleh Kerajaan Negeri pada 2021,2022 dan 2023?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI 52. Kerajaan Negeri belum memutuskan untuk melaksanakan Pakej

Rangsangan Ekonomi bagi tahun 2021, 2022 dan 2023. Walau

bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan, ianya akan

dirangka dengan mengambil kira kesan dan impak penularan

COVID-19 serta keberhasilan tindakan-tindakan yang

dilaksanakan oleh Penang Socio Economic Recovery

Consultative Council (PSERCC) serta kedudukan kewangan

Kerajaan Negeri.

PSERCC merupakan sebuah jawatankuasa khas yang

dipengerusikan oleh YAB. Ketua Menteri dan dianggotai oleh

ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan berkaitan, Setiausaha Kerajaan

Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Timbalan Setiausaha

Kerajaan (Pembangunan) serta wakil-wakil daripada industri

berkaitan. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk

Page 22: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID3/14

mengenal pasti isu dan cabaran yang menghalang pertumbuhan

ekonomi dan mencadangkan langkah pemulihan yang sesuai

untuk merangsang pertumbuhan ekonomi serta menentukan

pembangunan sosio-ekonomi yang mampan demi

kesejahteraan rakyat selepas penularan wabak COVID-19.

Di bawah jawatankuasa tersebut, enam (6) Jawatankuasa

Kumpulan Kerja turut ditubuhkan untuk membantu PSERCC

yang mana masing-masing diterajui oleh seorang pengerusi dan

keahlian oleh wakil kerajaan dan industri yang berkaitan.

Jawatankuasa Kerja tersebut terdiri daripada pelbagai sektor

iaitu:

(i) Industri/SMI/SME/Peruncitan;

(ii) Pasaran Tenaga Kerja;

(iii) Perumahan;

(iv) Infrastruktur dan Pengangkutan;

(v) Pelancongan; dan

(vi) Industri Makanan.

Page 23: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID3/14

Pada masa ini, semua Jawatankuasa Kerja telah mengenal pasti

dan akan melaksanakan tindakan-tindakan jangka masa pendek

dan sederhana untuk memulihkan ekonomi Pulau Pinang.

Melalui Belanjawan Tahun 2021, Kerajaan Negeri akan

memberikan fokus untuk memulihkan ekonomi Pulau Pinang

serta meminimakan kesan penularan COVID-19. Inisiatif di

bawah fokus-fokus utama ini akan diterangkan dengan lebih

terperinci melalui Pembentangan Rang Undang-undang

Perbekalan 2021 dan Usul Anggaran Pembangunan 2021

dalam sidang kali ini.

Page 24: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID6/10

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)53

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TAMBUN YB. GOH CHOON AIK 53. Apakah hasil mesyuarat antara Y.A.B. Ketua Menteri dengan

Menteri Pengangkutan pada 27 Ogos 2020? (a) Adakah Kerajaan Negeri dijemput menyertai kajian

strategik pembesaran dan pembinaan lapangan terbang?

(b) Huraikan status pembinaan tempat letak kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

(c) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengambil alih

perkhidmatan Rapid Ferry?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI 53. Perjumpaan antara Y.A.B. Ketua Menteri bersama YB. Menteri

Pengangkutan pada 27 Ogos 2020 membincangkan perkara

berkaitan dengan status pembesaran Lapangan Terbang

Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), perkhidmatan feri dan

projek Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT). Susulan daripada

perjumpaan tersebut, Y.A.B. Ketua Menteri telah

mengemukakan surat mengenai isu-isu yang dibincangkan

kepada YB. Menteri Pengangkutan pada 8 September 2020.

Page 25: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID6/10

Sehingga kini, tiada maklum balas yang diterima daripada pihak

YB. Menteri Pengangkutan.

(a) Buat masa ini Kerajaan Negeri masih belum dijemput

untuk menyertai kajian National Airports Strategic Plan

(NASP) oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

(b) Status pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat di

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP)

setakat 30 September 2020 adalah 94% siap. Projek ini

tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang telah

ditetapkan susulan daripada arahan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Persekutuan yang

menyebabkan kerja-kerja pembinaan di tapak terpaksa

dihentikan buat sementara waktu.

Cadangan tempoh siap projek ini pada mulanya adalah

pada penghujung April 2020. Projek ini telah disambung

semula pembinaannya pada 11 Jun 2020 setelah

mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Projek ini

dijangka akan disiapkan pada suku ke empat tahun 2020

Page 26: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID6/10

dengan memperolehi Certificate of Practical Completion

(CPC) dan dapat digunakan pada suku pertama tahun

2021 tertakluk kepada kelulusan Certificate of Completion

and Compliance (CCC).

(c) Setakat ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk

menguruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang. Operasi

perkhidmatan feri Pulau Pinang buat masa ini

dilaksanakan oleh Rapid Ferry Sdn. Bhd. Semasa

perjumpaan bersama Kementerian Pengangkutan pada

27 Ogos 2020, Kerajaan Negeri dimaklumkan mengenai

cadangan pengoperasian feri oleh pihak Penang Port

Sdn. Bhd. Namun, cadangan ini masih belum

dimuktamadkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan.

Page 27: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID91/01

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)54

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BATU LANCANG YB. ONG AH TEONG 54. Apakah perkembangan dan status pembinaan kolam takungan

bawah tanah Solok Van Praagh yang sepatutnya ditender untuk pembinaan pada tahun ini? Tetapi sampai sekarang tiada apa-apa kerja yang dijalankan di tapak.

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 54. Kejadian banjir kilat yang sering berlaku di Solok Van Praagh

adalah disebabkan oleh limpahan air Sungai Jelutong sewaktu

hujan lebat dan faktor air pasang laut daripada muara Sungai

Jelutong Diversion.

Bagi penyelesaian jangka panjang, Jawatankuasa Majlis

Mesyuarat Kerajaan (MMK) Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang

yang bermesyuarat pada 5 Disember 2019 telah meluluskan

peruntukan sebanyak RM350,000.00 kepada Jabatan

Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang untuk menjalankan

kajian rekabentuk terperinci bagi cadangan struktur takungan

Page 28: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID91/01

bawah tanah di Solok Van Praagh dalam usaha mengurangkan

impak banjir kilat. Namun lawatan pada 24 Ogos 2020

mendapati keluasan kawasan lapang yang asalnya

dicadangkan untuk pembinaan struktur takungan bawah tanah

adalah kurang sesuai dan tidak menepati spesifikasi bagi tujuan

rekabentuk tersebut.

JPS dalam tindakan untuk melantik perunding setelah

dibentangkan di peringkat Lembaga Perolehan Negeri pada 25

September 2020. JPS dan juru perunding yang dilantik

kelak akan mencadangkan rekabentuk alternatif atau lokasi

struktur takungan bawah tanah yang paling optimum bagi

penyelesaian jangka panjang terhadap isu banjir kilat lokaliti

tersebut di samping mengambil kira kemungkinan / mengelak

isu pengambilan balik tanah.

Page 29: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID675/14

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)55

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN MACHANG BUBUK YB. LEE KHAI LOON 55. Senaraikan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan ke atas

pembuangan sampah haram serta pembakaran terbuka mengikut KADUN sejak 2019 sehingga kini. (a) Kenapa masalah ini tidak dapat dibendung dengan berkesan? (b) Nyatakan usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Daerah dan Tanah dalam membanteras tapak pelupusan sampah haram.

YB. JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 55. Semenjak tahun 2019 sehingga kini, sebanyak 2,534 kompaun,

1,287 notis dan dua (2) tindakan mahkamah telah diambil oleh

Pihak Berkuasa Tempatan terhadap kesalahan pembuangan

sampah secara haram.

Dalam tempoh yang sama sebanyak 102 kompaun dan 62 notis

dikeluarkan untuk kesalahan pembakaran terbuka oleh Pihak

Berkuasa Tempatan dan Jabatan Alam Sekitar. Senarai

Page 30: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID675/14

tindakan penguatkuasaan ke atas pembuangan sampah secara

haram dan pembakaran terbuka mengikut KADUN semenjak

tahun 2019 adalah seperti di lampiran yang akan diletakkan di

atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan.

(a) Masalah pembuangan sampah haram dan pembakaran

terbuka masih tidak dapat dibendung kerana terdapat

kekangan yang perlu dihadapi oleh pihak berkuasa.

Antara kekangan adalah dari segi peruntukan undang-

undang untuk mengawal aktiviti perkhidmatan pungutan

sampah oleh private haulier, kurangnya tanggungjawab

pemaju dan syarikat utiliti untuk memastikan sisa-sisa

yang dihasilkan daripada kerja perobohan dan

pengorekan adalah dipantau kaedah pelupusan (permit

dan slip timbang) ke tapak pelupusan yang dibenarkan

oleh Majlis. Majlis juga tiada peruntukan undang-undang

bagi menyita kenderaan yang didapati membuang

sampah secara haram. Majoriti aktiviti pembuangan

sampah haram berlaku pada luar waktu bekerja dan

kekurangan tenaga kerja untuk melakukan pemantauan.

Kerajaan Negeri juga menghadapi masalah tindakan

penguatkuasaan yang dijalankan secara berasingan oleh

Page 31: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID675/14

semua jabatan atau agensi penguatkuasaan berikutan

senarai peruntukan undang-undang yang berbeza dan

tindakan penguatkuasaan tidak menyeluruh. Disamping

itu, terdapat kurang kesedaran di kalangan masyarakat

mengenai tatacara pelupusan sampah yang betul serta

kekurangan lokasi pelupusan yang sesuai. Jarak lokasi

pelupusan sedia ada di Seberang Perai Selatan jauh

daripada kawasan sisa pembinaan dijana. Selain itu,

terdapat tanah-tanah kosong dan terpencil yang tidak

berpagar atau dijaga oleh pemilik yang memberi peluang

bagi menjadi lokasi sampah haram.

(b) Usaha yang diambil untuk membanteras tapak pelupusan

sampah haram adalah dengan mengambil tindakan untuk

memberhentikan dan menghapuskan segala kacau

ganggu terhadap pemunya tanah dan pemilik berdaftar

kenderaan yang membuang sampah di bawah Seksyen

80 Akta Kerajaan Tempatan 1976, pengeluaran notis

dibawah seksyen 46(1)(e) Akta Jalan Parit Dan Bangunan

1974 meletakkan atau menyebabkan diletakkan kayu-

kayan, besi sekerap atau lain – lain benda di tempat awam

serta seksyen 47(2)(a) Akta Jalan Parit Dan Bangunan

Page 32: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID675/14

1974 meninggalkan bahan binaan di tempat awam. Bagi

tanah milik persendirian, Kerajaan Negeri akan

mengenal pasti lokasi tapak sampah haram tersebut dan

membuat carian rasmi bagi pemilik tanah tersebut

seterusnya mengeluarkan notis Seksyen 74, Akta

Kerajaan Tempatan 1976. Tuan tanah tersebut

dikehendaki membersihkan tanah tersebut.

Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan

Alam Sekitar dan Pejabat Daerah dan Tanah telah

melaksanakan inisiatif untuk membanteras pembuangan

sampah haram serta pembakaran terbuka dengan pemasangan

Removeable CCTV, mewujudkan lokasi khas bagi pembuangan

sisa binaan (C&D) dengan teknologi pemprosesan C&D sebagai

satu sumber baru yang boleh diguna semula. Kerja-kerja

pembersihan dan pengindahan dilakukan di lokasi sampah

haram. Kaedah ini berjaya mengurangkan bilangan lokasi

sampah haram tegar dari semasa ke semasa. Rondaan secara

berkala dan intipan diadakan di lokasi hot spot dengan

meletakkan pasukan intipan bagi mengenal pasti pelaku

kesalahan dan tindakan penguatkuasaan di bawah akta dan

undang-undang kecil sedia ada. Lain-lain usaha termasuk

Page 33: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

5 ID675/14

pemberian ganjaran kepada pemberi maklumat aktiviti sampah

haram, meletakkan halangan di kawasan sampah haram di atas

rezab tanah kerajaan dan mengeluarkan notis kepada pemilik

tanah serta mendaftarkan semua pengangkut sampah melalui

permit yang dikeluarkan.

Page 34: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

ID1675/14

LAMPIRAN A

SENARAI TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

MENGIKUT KADUN SEJAK 2019 SEHINGGA KINI

Bil Kadun Sampah Haram Pembakaran Sampah Terbuka

Kompaun Notis Mahkamah Kompaun Notis Mahkamah

1 N22 - Tanjong Bunga 70 2 0 0 0 0

2 N23 – Air Putih 65 - 0 0 0 0

3 N24 – Kebun Bunga 78 - 0 0 0 0

4 N25 – Pulau Tikus 31 - 0 0 0 0

5 N26 – Padang Kota 268 - 0 0 0 0

6 N27 - Pengkalan Kota 61 - 0 0 0 0

7 N28 - Komtar 220 - 0 0 0 0

8 N29 - Datok Keramat 54 - 0 0 0 0

9 N30 - Sungai Pinang 139 2 1 0 0 0

10 N31 - Batu Lancang 59 - 0 0 0 0

11 N32 - Seri Delima 41 - 0 0 0 0

12 N33- Air Itam 43 - 0 0 0 0

13 N34 - Paya Terubong 50 - 0 0 0 0

14 N35 - Batu Uban 219 1 0 0 0 0

15 N36 - Pantai Jerejak 161 - 0 0 0 0

16 N37 - Batu Maung 120 1 0 0 0 0

17 N38 - Bayan Lepas 88 - 0 0 0 0

18 N39 - Pulau Betong 38 1 0 0 0 0

19 N40 - Telok Bahang 85 - 0 0 0 0

Jumlah 1890 7 1 0 0 0

1898

Page 35: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

LAMPIRAN B

SENARAI TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI MENGIKUT

KADUN SEJAK 2019 SEHINGGA KINI

ID675/14

Bil Kadun Sampah Haram Pembakaran Sampah Terbuka

Kompaun Notis Mahkamah Kompaun Notis Mahkamah

1 Penaga 3 32 0 0 0 0

2 Bertam 26 61 0 1 1 0

3 Pinang Tunggal 25 53 0 1 1 0

4 Permatang Berangan 9 37 0 0 0 0

5 Teluk Air Tawar 30 71 0 0 0 0

6 Sungai Dua 41 81 0 1 1 0

7 Sungai Puyu 5 32 0 2 2 0

8 Bagan Jermal 51 89 0 1 1 0

9 Bagan Dalam 25 69 0 0 0 0

10 Seberang Jaya 54 109 0 3 1 0

11 Penanti 3 27 0 1 1 0

12 Permatang Pasir 5 31 0 1 0 0

13 Berapit 43 102 0 4 0 0

14 Padang Lalang 53 113 0 1 0 0

15 Machang Bubok 34 93 1 5 1 0

16 Perai 12 25 0 2 0 0

17 Bukit Tengah 30 55 0 5 2 0

18 Bukit Tambun 73 40 0 2 1 0

19 Jawi 1 10 0 0 0 0

20 Sungai Bakap 72 90 0 1 1 0

21 Sungai Acheh 49 60 0 3 2 0

644 1280 1 34 15 0

1974

Page 36: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

LAMPIRAN C

SENARAI TINDAKAN PENGUATKUASAAN YANG DIJALANKAN KE ATAS PEMBAKARAN TERBUKA

OLEH JABATAN ALAM SEKITAR MENGIKUT KADUN SEJAK 2019 SEHINGGA KINI

KADUN KOMPAUN NOTIS

ARAHAN MAHKAMAH

Bertam 6 4 0

Pinang Tunggal 7 3 0

Sungai Dua 8 5 0

Telok Air Tawar 2 0 0

Sungai Puyu 1 0 0

Bagan Jermal 1 0 0

Bagan Dalam 2 2 0

Seberang Jaya 1 0 0

Permatang Pasir 4 3 0

Penanti 7 0 0

Berapit 2 2 0

Machang Bubok 7 7 0

Padang Lalang 0 0 0

Perai 3 2 0

Bukit Tengah 12 10 0

Bukit Tambun 1 1 0

Jawi 1 0 0

Sungai Bakap 1 0 0

Air Putih 1 5 0

Batu Maung 1 3 0

JUMLAH 68 47 0

ID675/14

Page 37: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

ID89/10

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)56

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN JAWI YB. H'NG MOOI LYE 56. Sila nyatakan status terkini bagi projek pembinaan gelanggang

badminton di Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal.

YB. SOON LIP CHEE MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 56. Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang

pada 9 September 2020 telah meluluskan reka bentuk konsep

Projek Pembinaan Gelanggang Badminton di Nibong Tebal

atau dinamakan sebagai Projek Nibong Tebal Arena.

Pihak Jabatan Kerja Raya dalam proses menyediakan

rekabentuk lengkap serta dokumen kontrak yang dijangka untuk

pengiklanan tender pada Mac 2021.

Page 38: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID702/03

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)57

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI PINANG YB. LIM SIEW KHIM 57. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pengusaha

Taska, Tadika dan Pusat Jagaan mengalami masalah kewangan akibat daripada kekurangan pelajar. Bagi pengusaha yang berdaftar, pelbagai bantuan disalurkan oleh kerajaan. (a) Adakah kerajaan akan memudahcarakan proses pendaftaran supaya pengusaha tidak berdaftar yang juga menawarkan khidmat sosial ini dapat menikmati bantuan? (b) Huraikan, jika sebarang usaha/bantuan dari kerajaan.

YB. CHONG ENG MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 57. (a) Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan keselamatan

kanak-kanak serta penghuni yang mendapatkan

perkhidmatan di TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan di

Pulau Pinang. Terdapat sejumlah 250 TASKA, TADIKA

dan Pusat Jagaan yang tidak berdaftar di Pulau Pinang

dan Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk

memudahcara pengusaha TASKA, TADIKA dan Pusat

Page 39: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID702/03

Jagaan yang tidak berdaftar untuk mendapatkan perakuan

pendaftaran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

Negeri Pulau Pinang.

(b) Antara inisiatif Kerajaan Negeri dalam memudahcara

pengusaha TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan untuk

mendapatkan perakuan pendaftaran demi keselamatan

kanak-kanak dan penghuni adalah seperti berikut:

(i) Kerajaan Negeri sedang menyediakan satu garis

panduan bagi memudahcara pengusaha TASKA,

TADIKA dan Pusat Jagaan di Pulau Pinang untuk

mendapatkan perakuan pendaftaran daripada Jabatan

Kebajikan Masyarakat;

(ii) Kerajaan Negeri telah menawarkan diskaun sebanyak

90% terhadap caj tukarguna bangunan kepada semua

pengusaha TASKA dan Pusat Jagaan yang beroperasi

sebelum 15 September 2017 dengan tempoh

permohonan bagi diskaun bermula dari 15 September

2017 hingga 30 Jun 2020;

Page 40: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID702/03

(iii) Memberikan pengecualian kepada 250 TASKA,

TADIKA dan Pusat Jagaan yang belum berdaftar di

Pulau Pinang seperti berikut:

(a) Pengecualian sumbangan menggantikan

tempat letak kenderaan yang tidak disediakan;

(b) Pengecualian sumbangan untuk penanaman

pokok; dan

(c) Pengecualiaan denda 10 kali ganda daripada

fi permohonan yang dikenakan kepada

TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan yang

beroperasi tanpa kelulusan.

Selain daripada inisiatif Kerajaan Negeri ini, terdapat

juga perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan

Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang dan

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk

memudahcara pengusaha TASKA, TADIKA dan Pusat

Jagaan seperti berikut:

Page 41: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID702/03

(i) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau

Pinang memberikan advokasi dan khidmat

nasihat kepada semua pengusaha dan orang

awam yang ingin mendapatkan maklumat

berkaitan proses pendaftaran TASKA mengikut

Akta TASKA 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993,

peraturan dan garis panduan yang telah

ditetapkan;

(ii) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau

Pinang melaksanakan program seperti Kempen

Jom Daftar kepada orang awam bagi

mengalakkan lebih ramai orang menjalankan

operasi TASKA dan Pusat Jagaan secara

berdaftar dan memberi maklumat jelas tentang

proses pendaftaran TASKA dan Pusat Jagaan;

dan

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mengadakan

bengkel berkenaan kurikulum dan tatacara pengurusan

tadika kepada pengusaha dan guru tadika.

Page 42: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID151/04

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)58

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PULAU BETONG YB. HAJI MOHD TUAH BIN ISMAIL 58. Rumah-rumah kampung perlu mendapat kelulusan Majlis

Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) atau Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk membinanya. Untuk mengelakkan banjir kilat sistem perparitan perlu ada untuk rumah-rumah kampung. (a) Bagaimanakah sistem perparitan dirancang untuk rumah-

rumah kampung?

YB. DR. HAJAH NORLELA BINTI ARIFFIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 58. Memandangkan kebanyakan rumah-rumah kampung

merupakan pembangunan lama yang tiada sistem perparitan

di kawasan kampung yang sukar dilaksanakan. Antara usaha

yang masih dilaksanakan secara berterusan melalui Pejabat

Daerah dan Tanah (PDT) untuk membina dan naiktaraf sistem

perparitan di kampung. Walau bagaimanapun, usaha ini

tertakluk kepada kebenaran tuan tanah sekiranya perparitan

ini dibina di atas tanah milik. Bagi membolehkan satu sistem

perparitan bersepadu diwujudkan di kawasan perkampungan,

kebenaran tuan tanah daripada keseluruhan kawasan

Page 43: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID151/04

kampung adalah diperlukan sebelum projek dapat

dilaksanakan.

Secara amnya, sistem perparitan sedia ada di kebanyakan

kampung adalah dibina oleh pemilik tanah sendiri atau oleh

pihak kerajaan dengan kebenaran tuan tanah dan kebanyakan

parit kampung ini disambung ke sistem perparitan berdekatan

yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan

Kerja Raya (JKR) atau parit-parit di bawah selenggaraan

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai final discharge.

(a) Semua pemajuan termasuk pembinaan rumah kampung

dan perancangan sistem perparitan perlu mendapatkan

kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau pihak

berkuasa yang berkaitan sebelum sebarang kerja

dijalankan. Namun begitu, kebanyakan rumah di kawasan

perkampungan dibina tanpa pelan pemajuan, pelan kerja

tanah, pelan bangunan atau pelan parit dan jalan yang

dikemukakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk

ulasan dan kelulusan sebelum kerja-kerja pembinaan

dijalankan. Disebabkan ini, perancangan sistem perparitan

Page 44: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID151/04

yang teratur dan sistematik di dalam kawasan kampung

sukar dilaksanakan.

PEJABAT DAERAH BARAT DAYA

Buat masa ini, tiada perancangan khusus untuk sistem

perparitan di kampung memandangkan kebanyakan

rumah-rumah kampung merupakan pembangunan lama.

Walau bagaimanapun, usaha berterusan masih

dilaksanakan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Daerah

Barat Daya PDTDBD untuk membina dan naiktaraf sistem

perparitan di kampung. Walau bagaimanapun, usaha ini

tertakluk kepada kebenaran tuan tanah sekiranya

perparitan ini dibina di atas tanah milik.

PEJABAT DAERAH TIMOR LAUT

Pentadbiran ini tidak terlibat dalam perancangan sistem

perparitan rumah-rumah kampung. Ia terletak di bawah

tanggungjawab dan bidang kuasa Pihak Berkuasa

Tempata (PBT). Pentadbiran ini hanya melaksanakan

projek pembaikan dan naiktaraf sistem perparitan

kampung sediada yang tidak diselenggara oleh agensi-

Page 45: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID151/04

agensi lain seperti JPS, PBT dan JKR mengikut keperluan

dan tertakluk kepada kesediaan peruntukan.

PEJABAT DAERAH SEBERANG PRAI SELATAN

Rancangan pembinaan rumah di kawasan kampung

adalah di luar bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah

Sebarang Perai Selatan (PDTSPT). PDTSPS hanya akan

menaiktaraf longkang yang sedia ada dan mendapat

kebenaran daripada pemilik tanah yang berdaftar.

Sekiranya tiada kebenaran daripada pemilik tanah, maka

projek membina dan menaiktaraf tidak akan dilaksanakan

oleh PDTSPS. PDTSPS mengesyorkan supaya pelan

perparitan di kawasan kampung perlu disyaratkan di

dalam permohonan pembinaan rumah di peringkat Majlis

Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

PEJABAT DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Sistem perparitan sedia ada di kebanyakan kampung

adalah dibina oleh pemilik tanah sendiri atau oleh pihak

kerajaan dengan kebenaran tuan tanah dan kebanyakan

parit kampung ini disambung ke sistem perparitan

Page 46: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

5 ID151/04

berdekatan yang disediakan oleh PBT, JKR atau parit-

parit di bawah selenggaraan JPS sebagai final discharge.

JABATAN KERJA RAYA

JKR tidak menguruskan keluluskan rumah-rumah

kampung dan perlu dirujuk kepada PBT. Manakala untuk

mengelakkan banjir kilat, sistem perparitan sememangnya

perlu ada untuk rumah-rumah kampung. Justeru itu,

pertimbangan bagi pelaksanaan projek perparitan adalah

berdasarkan permohonan/aduan yang diterima daripada

penduduk/MPKK/ADUN Kawasan/Ahli Parlimen Kawasan

dan tertakluk kepada kebenaran tuan tanah. Selain itu,

bagi pertimbangan pelaksanaan projek terutamanya bagi

Rancangan Tebatan Banjir perbincangan bersama

jabatan teknikal seperti JPS dan JKR turut diadakan

terlebih dahulu mengikut keperluan sebelum projek

dilaksanakan.

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

Sistem perparitan di kawasan kampung adalah dibawah

bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah.

Page 47: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID677/08

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)59

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BATU UBAN YB. KUMARESAN A/L ARAMUGAM 59. Apakah kebajikan dari segi pendidikan dan kerjaya yang

diberikan kepada atlet dan bekas atlet Negeri Pulau Pinang oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan?

YB. SOON LIP CHEE MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 59. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

(MSNPP) sentiasa menitik beratkan hal-hal kebajikan para atlet

mahupun bekas atlet negeri Pulau Pinang.

Dari segi pendidikan, MSNPP telah menjalinkan kerjasama

dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang,

Universiti Sains Malaysia (USM), Politeknik Seberang Perai dan

enam (6) buah Kolej Komuniti dalam Negeri Pulau Pinang bagi

mewujudkan platform kepada atlet dan bekas atlet untuk

melanjutkan pelajaran atau meningkatkan kemahiran dalam

bidang yang diminati. Sehingga kini, MSN telah berjaya

Page 48: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID677/08

menempatkan tiga (3) orang atlet Pulau Pinang bagi

melanjutkan pelajaran di USM dan UiTM.

Dari segi kerjaya, MSNPP dalam usaha menjalinkan kejasama

dengan Agensi Kerajaan Negeri dan syarikat-syarikat swasta di

Pulau Pinang bagi menyediakan laluan kerjaya kepada atlet dan

bekas atlet. Beberapa siri perbincangan dengan Jabatan

Tenaga Kerja, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Majlis

Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Penang Development

Corporation, Penang Youth Development Corporation (PYDC)

dan Penang Women’s Development Corporation (PWDC) telah

diadakan untuk menempatkan para atlet dan bekas atlet dalam

bidang pekerjaan.

Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telah

melancarkan program One State, One University, One Center

(1S1U1C) yang bertujuan menjadikan universiti yang dipilih

berperanan sebagai pusat latihan negeri dan dalam masa yang

sama lebih ramai atlet negeri dari pelbagai jenis sukan dapat

ditempatkan di universiti tersebut untuk melanjutkan pengajian.

Pelaksanaan program 1S1U1C ini secara langsung dapat

menggalakkan lebih ramai atlet dan bekas atlet di negeri untuk

Page 49: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID677/08

melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi kerana program

ini menawarkan syarat kemasukan yang lebih fleksibel ke dalam

program yang dimohon yang bersesuaian dengan minat dan

kelayakan atlet. Sehingga kini, sebanyak empat (4) buah Institut

Pengajian Tinggi Awam/Swasta telah menandatangani

Memorandum of Understanding (MoU) bagi program 1S1U1C

ini iaitu :-

(i) Universiti Selangor (MoU - 18 April 2017);

(ii) UiTM (MoU - 29 Jan 2019) (14 Kampus);

(iii) Universiti Sultan Zainal Abidin (MoU - 17 Feb 2019); dan

(iv) Universiti Utara Malaysia (MoU - 30 Apr 2019).

Page 50: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID706/08

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)60

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN AIR ITAM YB. JOSEPH NG SOON SIANG 60. Sila nyatakan misi yang telah dicapai sejak Perbadanan Stadium

dan Kawasan Lapang Pulau Pinang ditubuhkan. (a) Apakah strategi Perbadanan Stadium untuk mempromosikan

stadium-stadium yang sedia ada di Pulau Pinang kepada orang ramai terutamanya Stadium Batu Kawan?

YB. SOON LIP CHEE MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 60. Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telah

ditubuhkan pada 1 Januari 2020.

Misi penubuhan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau

Pinang adalah untuk menjadikan kemudahan-kemudahan sukan

dan rekreasi di bawah pengurusan Perbadanan Stadium dan

Kawasan Lapang Pulau Pinang sebagai pilihan utama

penggunaan dan penganjuran acara sukan dan rekreasi di

peringkat antarabangsa.

Page 51: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID706/08

Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telah

menaik taraf padang bola sepak dan trek balapan di Stadium

Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan mengikut spesifikasi Fédération

Internationale de Football Association (FIFA) dan International

Association of Athletics Federations (IAAF). Ini akan menjadikan

Stadium Negeri sebagai pilihan utama penggunaan dan

penganjuran acara sukan dan rekreasi di peringkat antarabangsa.

Pada tahun 2020, berikutan pendemik COVID-19 yang melanda

seluruh dunia, program-program di peringkat antarabangsa tidak

dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, perbadanan akan

menganjurkan program-program peringkat antarabangsa seperti

Petronas Cubprix dan Penang International Flower, Fruit & Food

Festival pada tahun 2021.

Buat masa ini, adalah terlalu awal kepada perbadanan untuk

menyatakan pencapaian misi penubuhan.

(a) Perbadanan telah merangka strategi-strategi berikut

untuk mempromosikan penggunaan stadium

terutamanya Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan

kepada orang ramai seperti membenarkan orang ramai

Page 52: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID706/08

menggunakan trek balapan di stadium negeri untuk

bersenam jogging dan aktiviti larian secara

rekreasi tanpa perlu membuat tempahan mulai 1 Ogos

2020;

(b) Menyediakan sebuah bilik perbincangan bagi

penggunaan oleh kumpulan tumpu bincang atau untuk

penggunaan persatuan-persatuan sukan dan belia;

(c) Akan menganjurkan program-program yang melibatkan

penyertaan selebriti;

(d) Akan menganjurkan program-program bertaraf

antarabangsa atau kebangsaan; dan

(e) Akan berkolaborasi dengan kilang-kilang di Pulau Pinang

bagi penganjuran Hari Sukan bagi sekolah-sekolah.

Page 53: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID705/06

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)61

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PENGKALAN KOTA YB. GOOI ZI SEN 61. Perumahan.

(a) Apakah pendekatan Kerajaan Negeri berhubung

pembangunan perumahan mampu milik meskipun berhadapan dengan pandemik COVID-19?

(b) Apakah status terkini program penyelenggaraan perumahan yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri?

YB. JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 61. (a) Kerajaan Negeri mengambil pendekatan mengutamakan dan

menyusun semula (repriotizing and restrategizing) dasar yang

menyentuh kepada pembinaan perumahan dengan

mensasarkan tiga (3) kelompok seperti berikut:

(i) Bakal pembeli (buyer)

Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) menyaksikan aspek utama isi rumah (household)

perlu diberi perhatian iaitu kesan ekonomi dan

Page 54: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID705/06

keperluan kediaman yang selesa. Sehubungan dengan

itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan penurunan paras

maksima harga Rumah Mampu Milik (RMM) sebanyak

10 peratus di Pulau dan Seberang Perai menjadikan

harga rumah mampu milik bagi unit berkeluasan 850

kaki persegi maksima RM270,000.00 di Pulau dan

RM225,000.00 seunit di Seberang Perai. Sekiranya

pemaju ingin mengekalkan harga lama iaitu

RM300,000.00 di Pulau dan RM250,000.00 di Seberang

Perai, saiz hendaklah ditingkatkan menjadi minima 900

kaki per segi. Selain daripada itu, pelbagai kemudahan

dan fasiliti kegunaan bersama seperti tempat riadah,

dewan serbaguna, ruang bacaan juga perlu disediakan.

Ringkasan kepada pengurangan harga tersebut adalah

seperti berikut:

Jenis

Hartanah

Had Siling /

Keluasan Semasa

Had Siling /

Keluasan Baharu

Majlis

Bandaraya

C3 RM300,000.00

(minima 850 kps)

C3 RM300,000.00

(minima 900 kps) /

Page 55: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID705/06

Pulau Pinang

(MBPP)

C3 270,000.00

(minima 850 kps)

C2 RM200,000.00

(minima 800 kps)

C2 RM180,000.00

(minima 800 kps)

C1 RM150,000.00

(minima 750 kps)

tanpa kemasan

C1 RM135,000.00

(minima 750 kps)

tanpa kemasan

Majlis

Bandaraya

Seberang

Perai

(MSBP)

C3 RM250,000.00

(minima 850 kps)

C3 RM225,000.00

(minima 850 kps) /

C3 RM250,000.00

(minima 900 kps)

C2 RM200,000.00

(minima 800 kps)

C2 RM180,000.00

(minima 800 kps)

C1 RM150,000.00

(minima 750 kps)

tanpa kemasan

C1 RM135,000.00

(minima 750 kps)

tanpa kemasan

Page 56: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID705/06

(ii) Pemaju

Kerajaan Negeri perlu merancakkan sektor pembinaan

hartanah khususnya kediaman sebagai penggerak

kepada ekonomi Pulau Pinang di mana tidak kurang 140

sektor akan mendapat manfaat darinya. Strategi

pertama adalah mengurangkan jumlah unit siap tidak

terjual (overhang) yang berjumlah 3,043 unit bernilai

RM2.546 billion. Strategi kedua adalah mengurangkan

kos pembangunan di mana Kerajaan Negeri memberi

pelbagai insentif dan diskaun seperti premium tukar

guna tanah, kadar sumbangan dan caj pembangunan.

Strategi ketiga pula adalah meningkatkan penyertaan

pemaju dalam membina rumah mampu milik melalui

pemberian nisbah plot lebih tinggi iaitu kepada 4:1.

(iii) Pemilik rumah

Kesan ekonomi akibat COVID-19 turut menyebabkan

pemilik rumah terpaksa melepaskan kediaman mereka

untuk mengurangkan komitmen bulanan. Insentif

pengecualian bayaran fi 2% terhadap pindah milik

hartanah yang diperolehi mereka ini kurang tiga (3)

Page 57: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

5 ID705/06

tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli ditandatangani

dapat mengurangkan bebanan mereka ini.

Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa

memantau iklim ekonomi rakyat Pulau Pinang dan

industri berkaitan untuk merangka langkah dan

pendekatan yang boleh membantu melegakan mereka

dan supaya Pulau Pinang bangkit semula.

(b) Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah tadbir urus yang

cekap, akauntabiliti dan telus akan terus melaksanakan kerja

- kerja penyelenggaraan di kesemua perumahan awam dan

swasta yang layak di Negeri Pulau Pinang. Sehingga

September 2020, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah

membelanjakan hampir RM259.76 juta bagi projek - projek

penyelenggaraan di kesemua perumahan awam dan swasta

seluruh negeri Pulau Pinang. Perincian mengikut peruntukan

adalah seperti berikut:

BIL. PROJEK AMAUN

1. Penyelenggaraan Perumahan

Awam (Selenggara) RM194,694,146.60

Page 58: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

6 ID705/06

2. Penyelenggaraan Perumahan

Awam (Pembangunan) RM2,245,445.69

3.

Penyelenggaraan Perumahan

Majlis Bandaraya Pulau Pinang

(MBPP)

RM21,940,302.62

4.

Penyelenggaraan Perumahan

Majlis Bandaraya Seberang

Perai (MBSP)

RM3,980,890.13

5. Tabung Penyelenggaraan

Maksima 80 Pulau Pinang RM36,905,861.22

JUMLAH BESAR RM259,766,646.26

Page 59: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID689/03

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)62

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BAYAN LEPAS YB. AZRUL MAHATHIR BIN AZIZ 62. Dalam mengadaptasi `Tadbir Urus Yang Baik` dalam Kerajaan

Negeri Pulau Pinang. (a) Apakah Kerajaan Negeri sentiasa mendengar dan sentiasa respon setiap permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat dan wakil rakyat? (b) Apakah Kerajaan Negeri telah ada mekanisme bagi memantau setiap permasalahan yang disampaikan dalam DUN telah diselesaikan atau diambil tindakan yang sewajarnya?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI 62. Dalam mengadaptasi `Tadbir Urus Yang Baik` dalam Kerajaan

Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sentiasa mendengar.dan

memberi maklum balas serta berusaha untuk menyelesaikan

terhadap permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat dan wakil

rakyat. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil maklum dan

tindakan terhadap permasalahan yang disampaikan semasa

persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ketua

Jabatan/wakil sentiasa hadir bertugas mewakili Jabatan

Page 60: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID689/03

masing-masing sepanjang persidangan. Isu-isu atau

permasalahan yang dibahaskan oleh ahli-ahli Yang Berhormat

dalam membantu dan menegakkan hak rakyat akan diambil

tindakan diperingkat Jabatan yang berkenaan. Tambahan,

siaran secara langsung persidangan sentiasa disediakan dan

dapat diakses oleh semua tanpa perlu berada di tempat

persidangan. Ini dapat memastikan setiap perkara berbangkit

dapat terus sampai kepada jabatan yang berkaitan untuk

tindakan susulan awal. Selain daripada itu, MPKK juga

memainkan peranan dalam menyampaikan permasalahan yang

dibangkit oleh rakyat dan juga wakil rakyat melalui Pejabat

Daerah dan Tanah. Setiap masalah yang dibangkitkan akan

dipanjangkan kepada jabatan berkenaan untuk tindakan lanjut

mengikut peraturan dan undang-undang yang sedang

berkuatkuasa.

Kerajaan Negeri melalui ahli-ahli Ecxo dan agensi-agensi yang

bertanggungjawab sebenarnya akan merekod permasalahan

yang dibangkitkan oleh wakil rakyat dalam sidang DUN dan

akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk

menyelesaikan masalah tersebut. Setiausaha Majlis Mesyuarat

Page 61: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID689/03

Kerajaan (MMK) akan berada di DUN sepanjang Dewan

bersidang bagi membantu urusan mengikut portfolio masing-

masing.

Disamping itu, Ketua Jabatan diwajibkan hadir ketika sidang

DUN membahaskan soalan lisan dan mempastikan ada wakil

jabatan berada di DUN sepanjang sidang DUN bersidang. Ini

bagi mempastikan jabatan mencatatkan sebarang isu atau

masalah yang dibangkit oleh YB. ADUN dan juga bagi memberi

maklum balas segera kepada YB. Exco yang berkaitan.

Page 62: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID664/15

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)63

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN AIR PUTIH YB. LIM GUAN ENG 63. Sila nyatakan langkah-langkah kewangan yang diambil untuk

menangani krisis ekonomi pasca-penularan wabak COVID-19 agar meringankan beban kewangan kepada rakyat dan perniagaan di Pulau Pinang.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI 63. Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah proaktif

untuk menangani impak daripada penularan wabak COVID-19

di Negeri Pulau Pinang. Antara langkah utama yang diambil bagi

meringankan beban rakyat berikutan kesan wabak ini ialah

dengan pelaksanaan Pakej Bantuan Khas (Penang Lawan

COVID-19) dengan implikasi kos berjumlah RM155.5 juta. Pakej

ini mempunyai tiga objektif utama iaitu :

(a) Memberikan bantuan segera kepada golongan yang

paling terkesan (the most vulnerable group), iaitu penjaja,

Page 63: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID664/15

peniaga kecil, pemandu teksi, penarik beca, pemandu e-

hailing, orang kurang upaya dan kumpulan B40.

(b) Mengupayakan golongan pekerja untuk berdiri semula

dan meneruskan usaha menjaga diri, keluarga serta

membangunkan negeri melalui produktiviti.

(c) Membolehkan kelangsungan perniagaan atau business

continuity di Negeri Pulau Pinang bagi memastikan

ekonomi negeri akan terus dibangunkan selepas Perintah

Kawalan Pergerakan berakhir.

Senarai bantuan dan insentif yang dilaksanakan di bawah

Pakej Bantuan Khas (Penang Lawan COVID-19) ini adalah

seperti di LAMPIRAN A,B dan C yang akan diletakkan di

atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan.

Page 64: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID664/15

Page 65: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID664/15

LAMPIRAN A

FASA 1

LAPORAN PERBELANJAAN PAKEJ BANTUAN KHAS (PENANG LAWAN COVID-19)

KEMASKINI SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2020

BIL. PAKEJ BANTUAN ANGGARAN PENERIMA MANFAAT

ANGGARAN PERUNTUKAN

BILANGAN PENERIMA MANFAAT SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(TERMASUK KEHILANGAN

HASIL)

PERATUS PERBELANJAAN

BAKI

(RM) (RM) (%) (RM)

1 One-off RM500 kepada peniaga dan penjaja berlesen

14,012 peniaga

MBPP- 6957 MBSP- 6324

7,006,000.00

11,324 peniaga (MBPP- 6,806

MBSP- 4,518)

5,662,000.00 80.82 1,344,000.00

FAMA – 731 (Pasar tani)

66,000.00 132 66,000.00 100.00 0.00

2

Bekalan peralatan keselamatan diri (face mask, hand sanitizer dll.)

Rakyat Pulau Pinang dan kakitangan

barisan hadapan

10,000,000.00

Rakyat Pulau

Pinang dan kakitangan

barisan hadapan

8,416,587.00 84.17 1,583,413.00

Page 66: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID664/15

3

Bantuan tunai one-off kepada pesakit COVID-19 Pulau Pinang

Pesakit dan waris COVID-

19 300,000.00 92 46,500.00 15.50 253,500.00

4 One-off RM500 kepada pemandu pelancong berdaftar

1,367 pemandu pelancong

685,000.00 751 375,500.00 54.82 309,500.00

5

One-off RM500 kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan AES dibawah BPEN

18,007 (JKM) 9,003,500.00 18,087 9,043,500.00 100.44 -40,000.00

650 (AES) 325,000.00 660 330,000.00 101.54 -5,000.00

6

Penambahan RM200 dalam wang insentif tahunan kepada penarik beca dan upfront RM300 (April, Mei, Jun)

318 penarik beca

63,600.00 189 94,500.00 148.58 -30,900.00

7

Penambahan RM200 dalam wang insentif tahunan kepada pemandu teksi dan upfront RM300 (bayaran fasa 2)

2,248 pemandu teksi

449,600.00 2,221 1,110,500.00 247.00 -660,900.00

Page 67: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID664/15

8 One-off RM300 kepada pemandu e-hailing

10,000 pemandu e-

hailing 3,000,000.00 8,390 2,517,000.00 83.90 483,000.00

9 Bantuan kewangan khas kepada masjid dan surau

226 masjid, 538 surau

495,000.00 226 masjid, 476 surau

464,000.00 93.74 31,000.00

10

Bantuan Khas Kewangan one-off RM300 kepada kakitangan barisan hadapan kedua-dua PBT

4,791 kakitangan MBPP-1700

MBSP - 3091

1,437,300.00

4,983 kakitangan

MBPP - 1,892

MBSP - 3,091

1,494,900.00 104.01 -57,600.00

11

Bantuan Khas Kewangan one-off RM300 kepada 10,511 kakitangan barisan hadapan jabatan persekutuan.

Anggaran 11,000

ATM - 240 RELA - 164

PDRM - 1,787 JKNPP - 7,570 APM - 300 JIM

- 450

3,300,000.00

ATM - 240 72,000.00

73.16 885,600.00

RELA - 164 49,200.00

PDRM - 1,787

536,100.00

JKNPP - 5,107

1,532,100.00

APM - 300 90,000.00

JIM - 450 135,000.00

12 Peruntukan khas RM30,000 kepada setiap ADUN

40 ADUN 1,200,000.00 40 ADUN 1,200,000.00 100.00 0.00

Page 68: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID664/15

13

Pinjaman Tanpa Faedah Kelangsungan Perniagaan Pulau Pinang (Penang Business Continuity Zero Interest Loan)

SME dan Mikro

30,000,000.00 1,649 28,715,000.00 95.72 1,285,000.00

14 Bantuan zakat sebanyak RM3 juta kepada golongan asnaf

Golongan asnaf (Peniaga kecil / penjaja)

3,000,000.00 5,250 2,625,000.00 87.50 375,000.00

15

Pengecualian sewa bulanan Rumah Sewa Kerajaan Negeri (RSKN) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kelolaan Kerajaan Negeri

4,860 keluarga

932,844.00 4,860 932,844.00 100.00 0.00

16

Pengecualian sewa premis-premis perniagaan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)

10,999 premis perniagaan

1,610,000.00 10,999 1,610,000.00 100.00 -

17

Penangguhan tempoh pembayaran kepada Kerajaan Negeri bagi cukai tanah/petak, byrn skim sewa beli RSKN dan pinjaman (SPH, TUT dan penuntut)

Rakyat Pulau Pinang

- - - - -

JUMLAH 72,873,844.00 67,118,231.00 92.10 5,755,613.00

Page 69: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

5 ID664/15

Kelulusan Tambahan

18

Pegawai Penyelaras Khas Parlimen Tasek Gelugor/ Kepala Batas dan Balik Pulau (YAB KM)

Rakyat di Kawasan Parlimen berkaitan

60,000.00

Rakyat di Kawasan Parlimen berkaitan

60,000.00 100.00 0.00

19

Pengawai Penyelaras KADUN Penaga, Sungai Dua dan Permatang Berangan (YAB KM)

Rakyat di KADUN

berkaitan 90,000.00

Rakyat di KADUN

berkaitan 90,000.00 100.00 0.00

20 Bantuan untuk pelarian Rohingya (NGO)

Pelarian di Pulau Pinang

100,000.00 1 100,000.00 100.00 0.00

21

Peruntukan kepada Pg Science Cluster untuk menyediakan facemask bagi petugas barisan hadapan

Petugas barisan

hadapan 60,000.00 1 60,000.00 100.00 0.00

22

Bantuan Barang Keperluan Harian kepada rakyat yang kurang berkemampuan

20,650 keluarga

1,032,500.00 20,650 1,032,500.00 100.00 0.00

23

Bantuan Khas Kewangan one-off RM300 kepada kakitangan barisan hadapan Bhgn. Perumahan, PSUKPP

51 kakitangan 15,300.00 51 15,300.00 100.00 0.00

Page 70: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

6 ID664/15

24 Peruntukan Makanan dan Minuman Petugas Ops COVID-19 PDRM

Petugas Ops COVID-19

120,000.00 Petugas

Ops COVID-19

120,000.00 100.00 0.00

25

Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada pengusaha kuda

9 4,500.00 9 4,500.00 100.00 0.00

26

Bantuan Khas Kewangan one-off RM200 kepada pemandu bas dan upfront RM300 bayaran Fasa 2

521 260,500.00 463 231,500.00 88.87 29,000.00

27

Pembelian Face Mask bagi perlindungan dan Mitigasi ancaman COVID-19

Rakyat PP 35,000.00 Rakyat PP 35,000.00 100.00 0.00

28

Projek Penyediaan Makmal Minilab di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas

Rakyat yang pulang dari luar negara

186,100.00 - 90,000.00 48.36 96,100.00

JUMLAH 1,963,900.00 1,838,800.00 93.63 125,100.00

JUMLAH KESELURUHAN

74,837,744.00 68,957,031.00 92.14 5,880,713.00

Page 71: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID664/15

LAMPIRAN B

FASA 2

LAPORAN PERBELANJAAN PAKEJ BANTUAN KHAS FASA 2 (PENANG LAWAN COVID-19)

KEMASKINI SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2020

BIL CADANGAN

INSENTIF/BANTUAN ANGGARAN PENERIMA

IMPLIKASI KEWANGAN

(RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(TERMASUK KEHILANGAN HASIL) (RM)

PERATUS BELANJA

(%)

BAKI (RM)

1 Rebat bagi cukai taksiran tahun 2020

Jumlah:597,806 MBPP:281,949 MBSP:315,857

47,311,854.20 Jumlah:597,806 MBPP:281,949 MBSP:315,857

47,311,854.20 100.00 0.00

2

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 secara one-off penjaja/penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan/ kedai persendirian (shoplot).

Jumlah:3,103 MBPP:1,950 MBSP:1,153

1,551,500.00 Jumlah: 1,670 MBPP: 1,229 MBSP: 441

835,000.00 53.82 716,500.00

3

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada penjaja/penggerai yang mempunyai tagging dan berdaftar dengan PBT.

Jumlah:5,666 MBPP:2,673 MBSP:2,993

2,833,000.00 Jumlah: 1,586 MBPP: 1,345 MBSP: 241

793,000.00 27.99 2,040,000.00

4

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM300 secara one-off kepada kakitangan barisan hadapan yang terlibat dalam menangani wabak COVID-19.

Jumlah:6,179 1,853,700.00

Jumlah: 6,390 1,917,000.00 103.41 -63,300.00

Polis DiRaja Malaysia 4090 4090

Page 72: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID664/15

Angkatan Tentera Malaysia 1436 1436

Angkatan Pertahanan Awam 60 60

RELA 239 239

VETERAN ASKAR WATANIAH 63 277

BOMBA 211 211

PSUKPP (Pengawal Keselamatan)

80 77

5

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM300 secara one-off kepada ahli MPKK dan JPWK sebagai penghargaan dalam usaha membantu kerajaan negeri membendung penularan wabak Covid 19.

Jumlah : 6,050

1,815,000.00

Jumlah : 3,401

1,020,300.00 56.21 794,700.00

MPKK (364) 5,460 3,092

JPWK (40) 594 309

6

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada pemandu bas/van persiaran, kereta sewa / limosin pelancongan.

331 165,500.00 332 166,000.00 100.30 -500.00

7

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM300 secara one-off kepada pengusaha lancang air (watercraft operator) di Pulau Pinang.

23 6,900.00 21 6,300.00 91.30 600.00

Page 73: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID664/15

8

Peruntukan RM200,000 untuk pelaksanaan Show Penang, sebuah projek bagi membangunkan kandungan digital (digital content) sektor seni, budaya dan warisan yang pertama dalam negara.

Golongan yang terlibat dengan seni, budaya dan warisan

200,000.00 9 24,397.00 12.20 175,603.00

9

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Masyarakat dan tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Jumlah : 645

322,500.00

Jumlah : 450

225,000.00 69.77 97,500.00

TADIKA (BPEN) 465 270

TASKA (JKMPP) 118 118

Pusat Jagaan Kanak-kanak (JKMPP)

62 62

10

Peruntukan RM100,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang membantu masyarakat Pulau Pinang menangani masalah keganasan rumah tangga.

NGO dan individu

100,000.00 4 55,000.00 55.00 45,000.00

11

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM400 secara one-off kepada Nelayan Pesisir Pantai (Zon A)

5,814 2,325,600.00 3,998 1,599,200.00 68.77 726,400.00

Page 74: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID664/15

12 Bantuan kotak insulasi (RM180) kepada 250 nelayan darat/sungai

250 45,000.00 0 0.00 0.00 45,000.00

13

Insentif makanan ternakan bagi penternak tradisional untuk komoditi unggas, ruminan dan babi.

988 200,147.00 988 200,001.50 99.93 145.50

14 Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Sektor Pelancongan - Skim PEKA

Peniaga 10,000,000.00 71 2,445,000.00 24.45 7,555,000.00

15 Bantuan Zakat Pekerja Harian /

e-hailing dsb. 5,000,000.00 3,769 1,884,500.00 37.69 3,115,500.00

16

Pengecualian Kadar Sewaan dan Pajakan bagi Projek-projek CMI dan SSI bagi bulan April dan Mei 2020

33 pengusaha / syarikat

271,926.00 33 271,926.00 100.00 0.00

17

Diskaun dan Pengecualian Kadar Sewaan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 bagi premis-premis tertentu milik PDC

387 syarikat / premis /

penghuni 1,030,000.00 387 1,030,000.00 100.00 0.00

18

Konsesi sewa kepada 24 lot komersial Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang untuk setengah bulan pada Januari dan Februari 2020, dan sepenuhnya untuk Mac, April dan Mei 2020. Bantuan one-off RM500 kepada pengendali servis jip di Bukit Bendera.

24 lot komersial / 13 pengendali

jip 448,253.00

24 lot komersial / 13 pengendali

jip 448,253.00 100.00 0.00

Page 75: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

5 ID664/15

19 Pengecualian Sewa Bulanan RSKN dan PPR untuk bulan Jun dan Julai 2020

2,911 unit 516,000.00 2911 516,000.00 100.00 0.00

20

Pengecualian bayaran sewa bagi unit kedai dibawah pengurusan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri untuk bulan Mei, Jun dan Julai 2020

122 unit 76,741.00 122 76,741.00 100.00 0.00

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 76,073,621.20 60,825,472.70 79.96 15,248,148.50

Page 76: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID664/15

LAMPIRAN C

FASA 2.1

LAPORAN PERBELANJAAN PAKEJ BANTUAN KHAS FASA 2.1 (PENANG LAWAN COVID-19)

KEMASKINI SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2020

BIL CADANGAN INSENTIF/BANTUAN ANGGARAN PENERIMA

IMPLIKASI KEWANGAN

(RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(RM)

PERATUS BELANJA

(%)

BAKI (RM)

1

Cadangan pemberian insentif input pertanian (baja/benih tanaman) bernilai RM400 kepada petani yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian

1,142 456,800.00 - - - -

2 Bantuan Khas Kewangan one-off RM500.00 kepada pengusaha kantin sekolah

439 219,500.00 - - - -

3

Bantuan Khas Kewangan one-off RM500.00 kepada syarikat penganjuran acara (event organizer) di Pulau Pinang.

100 50,000.00 - - - -

4

Bantuan Khas Kewangan one-off RM1,000.00 kepada Pertubuhan Rumah Ibadat Bukan Islam yang berdaftar dengan ROS Pulau Pinang.

1,711 1,711,000.00 - - - -

5

Bantuan Khas Kewangan one-off RM500.00 kepada Pertubuhan/ Persatuan yang aktif dan berdaftar dengan ROS Pulau Pinang.

3,996 1,998,000.00 - - - -

Page 77: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID664/15

6 Bantuan Khas Kewangan one-off RM500.00 bagi pengusaha penjual akhbar dan buku Pulau Pinang

150 75,000.00 - - - -

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 4,510,300.00 - - - -

Pakej ini dalam proses bayaran oleh pihak BPEN.

Page 78: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID669/12

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)64

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG PASIR YB. MUHAMMAD FAIZ BIN FADZIL 64. Mohon pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan

apakah kesan akibat wabak COVID-19 dari sudut jumlah pelancong dan hasil industri pelancongan di Pulau Pinang? (a) Nyatakan berapakah jumlah hotel yang ditutup akibat

COVID-19?

YB. YEOH SOON HIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 64. Wabak COVID-19 telah menjejaskan sektor pelancongan bukan

hanya di Pulau Pinang, malah di seluruh Malaysia dan dunia.

Berdasarkan statistik daripada Kementerian Pelancongan, Seni

dan Budaya (MOTAC), bagi tempoh Januari hingga Mac 2020,

perbelanjaan pelancong antarabangsa di Malaysia adalah

RM12.5 billion iaitu penurunan sebanyak 41.5% berbanding

RM21.4 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2019.

MOTAC juga mengunjurkan kerugian melebihi RM31 bilion

untuk pelancongan antarabangsa sahaja bagi tempoh Januari

hingga Jun 2020. Manakala bagi pelancongan domestik pula,

MOTAC mengganggarkan kerugian melebihi RM13 bilion

Page 79: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID669/12

perbelanjaan daripada pelancong domestik bagi tempoh yang

sama.

Pelancongan merupakan salah satu sektor yang amat penting

bagi Pulau Pinang dan berkait rapat dengan rantaian ekonomi

negeri. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah

menyebabkan kawalan sempadan negara diperketatkan dan

pelancong asing tidak dibenarkan untuk memasuki negara. Oleh

itu, jumlah pelancong telah berkurang secara drastik dan

menyebabkan perbelanjaan dalam negeri turut berkurangan.

Dengan pengurangan pelancong, perniagaan-perniagaan

dalam sektor pelancongan turut terjejas seperti yang dihadapi

dalam bidang penginapan, pengangkutan, pusat membeli-

belah, makanan dan minuman serta penganjuran acara-acara

perniagaan (MICE-Meetings, Incentives, Conventions and

Exhibitions). Hasil industri pelancongan yang disumbangkan

oleh kegiatan ekonomi tersebut turut berkurangan.

Pengurangan pelancong ke Pulau Pinang turut memberi kesan

langsung kepada pengurangan peluang pekerjaan dan

perniagaan.

Page 80: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID669/12

Berdasarkan kepada laporan daripada National Corridor

Implementation Authority (NCIA), Pulau Pinang dianggarkan

mengalami pengurangan sebanyak 43,000 orang pelancong

dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Selain itu,

dianggarkan terdapat pengurangan sebanyak 64%

penerbangan komersial ke Lapangan Terbang Antarabangsa

Pulau Pinang pada bulan April 2020.

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Penang

Institute, kesemua responden daripada sektor pelancongan

memaklumkan bahawa pandemik COVID-19 merupakan

kejutan terburuk bagi perniagaan mereka sejak penubuhannya

dan hampir kesemuanya (96.4%) mengalami penurunan

pendapatan lebih daripada 50%. Antara bulan Januari hingga 20

Mac 2020, terdapat 18,476 pembatalan bilik hotel di Pulau

Pinang dengan anggaran nilai RM8.96 juta. Dengan

kemerosotan sektor pelancongan, Kerajaan Negeri telah

memberikan pengecualian Fi Hotel bagi tempoh dari 1 Julai

2020 hingga 31 Disember 2020, manakala Kerajaan

Persekutuan pula telah memberikan pengecualian Cukai

Pelancongan dari 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.

Page 81: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID669/12

Pengecualian ini adalah bagi mengaktifkan kembali sektor

pelancongan di Pulau Pinang.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

(PKPP), pelancongan domestik adalah dibenarkan. Oleh itu,

sektor pelancongan Pulau Pinang dapat digerakkan semula

dengan memberi fokus kepada pelancongan domestik. Tempoh

pemulihan sektor pelancongan adalah bergantung kepada

situasi kawalan wabak COVID-19 di peringkat negara dan

global.

(a) Berdasarkan laporan oleh pihak pengurusan hotel kepada

Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang, sebanyak lapan (8)

buah hotel di Pulau Pinang telah menghentikan operasi

sepanjang tempoh musim COVID-19 daripada bulan Mac

sehingga September 2020 iaitu Hotel Jazz, Hotel Penaga,

Hotel Jerejak, Hotel Rainbow, Hotel Holiday Inn, Hotel

Copthorne Orchid, Hotel Vouk dan Hotel OYO Jalan

Sultan Ahmad Shah. Walau bagaimanapun, kebanyakan

daripada hotel tersebut telah mengembalikan operasi

selepas bulan September dan telah menerima respons

Page 82: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

5 ID669/12

yang stabil setelah aktiviti pelancongan domestik

dibenarkan.

Page 83: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID672/06

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)65

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI ACHEH YB. ZULKIFLI BIN IBRAHIM 65. Sila nyatakan jumlah eksport sarang burung walit mentah dari

Pulau Pinang ke luar negara melalui kilang Primary Processing Establishment pada tahun 2020. (a) Apakah langkah yang telah diambil bagi membantu

meningkatkan jumlah eksport memandangkan industri tersebut merupakan komoditi perladangan yang bernilai tinggi dan mampu menyumbang kepada nilai eksport industri pertanian?

YB. DR. NORLELA BINTI ARIFFIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 65. Sebagai makluman Yang Berhormat, Primary Processing

Establishment (PPE) merujuk kepada kilang atau pusat

pemprosesan yang melaksanakan aktiviti pemprosesan sarang

burung walit belum bersih (raw unclean edible bird nest) yang

membolehkan mereka mengeskport sarang burung walit (SBW)

ke Negara China. PPE tersebut hendaklah memperolehi skim

pensijilan Good Veterinary Hygienic Practice (GVHP) melalui

Page 84: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID672/06

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Kementerian Pertanian

dan Industri Makanan (MAFI) Malaysia.

Melalui skim pensijilan yang dilaksanakan untuk tujuan

pengeskportan, industri makanan berasaskan haiwan berskala

kecil dan sederhana (EKS) termasuk pengeluar sarang burung

(edible bird nest) perlu melalui proses pemeriksaan veterinar

secara berkala oleh pegawai - pegawai pemeriksa veterinar

yang terlatih. Ini adalah untuk memastikan EKS tersebut akur

sepenuhnya kepada piawaian asas kebersihan dan

keselamatan makanan yang ditetapkan oleh JPV.

Bagi membolehkan premis pemprosesan PPE tersebut

mengeksport ke Negara China, premis pemprosesan hendaklah

mengikuti Standard Operating Procedure (SOP) yang telah

ditetapkan dan dipersetujui oleh General Administration of

Customs, P.R. China (GACC) serta premis akan diverifikasi oleh

GACC sebelum menerima kelulusan eksport tersebut.

Terdapat sebuah PPE yang didaftarkan di Pulau Pinang iaitu

Syarikat Sarang Jaya Sdn. Bhd. yang telah berjaya

Page 85: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID672/06

memperolehi pensijilan GVHP dan dalam proses permohonan

kelulusan eksport sarang burung walit ke Negara China. Jumlah

sarang burung walit mentah yang telah dieskport dari Negeri

Pulau Pinang bagi tahun 2020 adalah 2.54 tan metrik (Januari

– September 2020).

(a) Langkah-langkah yang telah diambil bagi meningkatkan

jumlah eksport komoditi sarang burung walit ke luar negara

adalah seperti berikut:

(i) Mengadakan rundingan dengan negara pengimport

dan penetapan syarat import yang dipersetujui oleh

kedua - dua belah pihak;

(ii) Menganjurkan program promosi secara berterusan di

negara-negara yang berpotensi untuk menjadi

negara pengimport sarang burung walit;

(iii) Mewujudkan sistem QR Code Sticker bagi produk

sarang burung walit untuk tujuan eksport ke Negara

China sebagai satu kaedah kawalan daya jejak

(traceability) yang memberi keyakinan kepada

Page 86: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID672/06

pengguna bahawa produk yang dihasilkan di

Malaysia selamat serta berkualiti; dan

(iv) Pemantauan secara berkala ke atas premis

pemprosesan sarang burung walit bagi pematuhan

syarat - syarat piawaian pensijilan Veterinary Health

Mark (VHM) / Good Veterinary Hygienic Practice

(GVHP).

Page 87: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID681/13

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)66

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PULAU TIKUS YB. LEE CHUN KIT 66. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mewajibkan semua

pusat membeli-belah untuk memberi peletakan kereta kepada kakitangan-kakitangan penyewa lot mereka untuk menghentikan peletakan kereta secara haram di kawasan-kawasan perumahan?

YB. JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 66. Setakat ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk

mewajibkan semua pusat membeli-belah untuk menyediakan

tempat letak kereta kepada kakitangan-kakitangan penyewa lot

bagi menghentikan aktiviti meletak kereta secara haram di

kawasan-kawasan perumahan berdekatan. Sehubungan

dengan itu, untuk mengurangkan tempat letak kereta oleh

pekerja-pekerja kompleks membeli-belah di kawasan-kawasan

perumahan di Bahagian Pulau, adalah disarankan supaya

pekerja-pekerja mengamalkan car pooling atau pun

Page 88: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID681/13

menggunakan perkhidmatan bas awam percuma seperti bas

CAT atau e-hailing.

Di kawasan Seberang Perai pula tiada masalah mengenai

perletakan kereta perkerja di kompleks membeli-belah di

kawasan perumahan kerana tempat letak kereta bagi kawasan

komersial dan kompleks membeli-belah masih dapat

menampung keperluan pekerja dan pelanggan.

Page 89: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID703/05

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)67

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI DUA YB. DATO' MUHAMAD YUSOFF BIN MOHD NOOR 67. Jelaskan secara terperinci kedudukan kerja penebangan pokok

di Bukit Relau dan Bukit Botak pada 2013 dan tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). (a) Kerja penebangan hutan untuk tanam durian seluas 16

hektar di kawasan yang sama. Jelaskan mengapa masih berlaku tanpa kelulusan dan kebenaran MBPP?

(b) Jelaskan pembangunan lereng bukit dengan tanaman durian mengikut plan struktur MBPP dan syarat pertanian negeri.

YB. JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

67. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil maklum

mengenai isu penebangan pokok di Bukit Relau dan Bukit Botak

pada tahun 2013. Bagi isu penebangan pokok di Bukit Botak

iaitu di Lot 11396, pihak MBPP telah mengenakan tindakan

penguatkuasaan dengan mengeluarkan dua (2) notis denda

kepada pihak pemaju Tetuan General Accomplishment Sdn.

Bhd. sebanyak RM50,000.00 pada 13 Julai 2014 di atas

Page 90: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID703/05

kesalahan melakukan kerja tanah tanpa kelulusan dan denda

sebanyak RM40,000.00 pada 19 Mei 2016 di atas kesalahan

gagal mematuhi notis menghendaki kerja tanah diberhentikan.

Bagi isu penebangan pokok di Bukit Relau pula iaitu di Lot 277

dan 271 pula, dua (2) notis denda telah dikeluarkan kepada dua

(2) pihak pemaju atas kesalahan melakukan kerja tanah tanpa

kelulusan di bawah Seksyen 70A, Akta Jalan, Parit dan

Bangunan 1974 iaitu denda RM 10,000 dikeluarkan pada 3

Ogos 2015 kepada Tetuan Lucky 18 Sdn. Bhd manakala denda

RM30,000 dikeluarkan pada 1 Oktober 2014 kepada Tetuan

Modern Rewards Sdn. Bhd.

(a) Lot yang terlibat bagi isu kerja-kerja penebangan hutan

dan pembinaan jalan serta pembentukan tanah berteres

untuk tanaman durian adalah Lot 274, Lot 275, Lot 276

dan Lot 6621 di Mukim 13, Daerah Timur Laut. Walau

bagaimanapun, hanya sebahagian daripada kawasan lot-

lot tersebut terlibat dengan aktiviti berkenaan. MBPP telah

dimaklumkan bahawa kerja-kerja tanah tanpa kelulusan

masih berlaku kerana pemilik tanah enggan memohon

kelulusan melakukan kerja tanah kerana bimbang

Page 91: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID703/05

permohonan yang dikemukakan oleh mereka tidak akan

mendapat kelulusan MBPP. Dalam masa yang sama,

masih ada antara pekebun kecil yang tidak mengetahui

bahawa aktiviti kerja-kerja tanah ini memerlukan kelulusan

daripada pihak MBPP.

Selain daripada itu, pemaju juga tidak mempunyai garis

panduan khusus berkaitan kerja-kerja pembersihan hutan

bagi melakukan aktiviti pertanian dan perkebunan. Hal ini

juga menyebabkan pihak pemaju melakukan aktiviti haram

ini sewenang-wenangnya. Tambahan pula, hukuman dan

denda yang dikenakan ke atas pihak yang menjalankan

kerja-kerja tanah tanpa kelulusan juga adalah tidak

setimpal dan tidak cukup untuk menghalang para pemaju

melakukan aktiviti kerja-kerja tanah tanpa kelulusan.

(b) Mengikut Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang,

sebarang pembangunan perbandaran yang meliputi

pembangunan skim perumahan, perhotelan, resort,

perdagangan, perindustrian dan sebarang struktur

bangunan (footprint) adalah tidak dibenarkan di kawasan

tanah tinggi yang diwartakan di bawah Akta Pemeliharaan

Page 92: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID703/05

Tanah 1960 (Akta 385) atau sebarang tanah yang berada

pada aras 76 meter (250 kaki) ke atas dan berkecerunan

25 darjah ke atas. Namun demikian, pembangunan skim

ini adalah dibenarkan bagi pemajuan infrastruktur dan

utiliti dengan syarat-syarat yang dipersetujui dari jabatan

teknikal yang berkaitan serta mendapat kelulusan dari

Pihak Berkuasa Negeri. Bagi aktiviti pertanian pula

dihadkan di kawasan tanah berketinggian 76 meter (250

kaki) ke atas kecuali tanaman kekal sahaja selaras dengan

peruntukan Akta Pemeliharaan Tanah 1960.

Page 93: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID684/01

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)68

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PERMATANG BERANGAN YB. NOR HAFIZAH BINTI OTHMAN 68. Perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk pemulihan

ekonomi pasca COVID-19. (a) Nyatakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang

Kerajaan Negeri dalam menangani isu kejatuhan ekonomi kepada golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

(b) Senaraikan agensi yang melaksanakan usaha-usaha memulihkan kedudukan ekonomi rakyat Pulau Pinang dan bagaimanakah perancangan tersebut dilaksanakan?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI

68. (a) Penularan pandemik COVID-19 menuntut Kerajaan Negeri

bertindak proaktif untuk meneliti kesan-kesan sosio ekonomi

wabak tersebut terhadap golongan yang paling terkesan dan

merangka pelan pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

Berikutan itu, antara perancangan jangka pendek Kerajaan

Negeri dalam menangani isu kemerosotan ekonomi akibat

pandemik COVID-19 adalah meluluskan Pakej Bantuan

Page 94: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID684/01

Rakyat Pulau Pinang menerusi tiga (3) fasa. Seminggu

selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

pada 25 Mac 2020, Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang

Fasa 1 telah diumumkan dengan peruntukan sejumlah RM75

juta. Seterusnya, pada awal Mei 2020, sejumlah RM76 juta

lagi diperuntukkan dalam Fasa 2.0. Prihatin dengan rintihan

rakyat, peruntukan tambahan sejumlah RM4.5 juta

diluluskan melalui Fasa 2.1 pada penghujung Ogos 2020.

Ketiga-tiga Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang yang

disalurkan secara berfasa ini menjadikan keseluruhan

peruntukan diluluskan berjumlah RM155.5 juta.

Pakej-pakej bantuan ini adalah 0.16% daripada jumlah

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri pada tahun

2019 mempunyai tiga (3) objektif bagi memastikan ekonomi

negeri akan terus dibangunkan pasca pandemik melalui

produktiviti. Bantuan-bantuan yang telah disalurkan ini

diberikan kepada rakyat Pulau Pinang merentas pelbagai

kategori dan sektor seperti berikut:

Page 95: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID684/01

(i) Memberikan bantuan segera kepada golongan yang

paling terkesan;

(ii) Mengupayakan golongan pekerja dan meneruskan

usaha menjaga diri, keluarga serta membangunkan

negeri; dan

(iii) Membolehkan kelangsungan perniagaan atau business

continuity di Negeri Pulau Pinang.

Untuk merangka strategi jangka pendek, sederhana dan

panjang bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, menarik

pelaburan asing dan tempatan serta menentukan

pembangunan sosioekonomi yang mampan demi

kesejahteraan rakyat pasca PKP dan penularan COVID-19,

Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penang Socio Economic

Recovery Consultative Council (PSERCC), sebuah

jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Ketua

Menteri dan dianggotai oleh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan

Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)

Page 96: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID684/01

serta wakil-wakil daripada industri berkaitan bertujuan untuk

mengenal pasti isu dan cabaran yang menghalang

pertumbuhan ekonomi dan mencadangkan langkah

pemulihan yang sesuai untuk merangsang pertumbuhan

ekonomi serta menentukan pembangunan sosioekonomi

yang mampan demi kesejahteraan rakyat selepas penularan

wabak COVID-19.

Di bawah jawatankuasa tersebut, enam (6) Jawatankuasa

Kumpulan Kerja turut ditubuhkan untuk membantu PSERCC

yang mana masing-masing diterajui oleh seorang pengerusi

dan keahlian oleh wakil kerajaan dan industri yang berkaitan.

Jawatankuasa Kerja tersebut terdiri daripada pelbagai sektor

iaitu:

(i) Industri/SMI/SME/Peruncitan;

(ii) Pasaran Tenaga Kerja;

(iii) Perumahan;

(iv) Infrastruktur dan Pengangkutan;

(v) Pelancongan; dan

(vi) Industri Makanan.

Page 97: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

5 ID684/01

Pada masa ini, semua Jawatankuasa Kerja telah mengenal

pasti isu dan cabaran semasa dan akan melaksanakan

tindakan-tindakan jangka masa pendek, sederhana dan

panjang untuk memulihkan ekonomi Pulau Pinang mengikut

sektor masing-masing.

(b) Semua agensi kerajaan terlibat dalam melaksanakan usaha-

usaha memulihkan kedudukan ekonomi rakyat Pulau Pinang

mengikut skop kerja yang diliputi oleh agensi masing-masing

mengikut pelan perancangan pemulihan ekonomi yang

dirangka oleh jawatankuasa PSERCC. Selain itu, kerjasama

dan sokongan daripada pihak swasta juga amat diperlukan

memandangkan Kerajaan Negeri tidak boleh bergerak sendiri

dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19.

Page 98: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID687/15

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)69

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SERI DELIMA YB. SYERLEENA BINTI ABDUL RASHID 69. Apakah tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk

menyempurnakan dan menyegerakan penyerahan kompleks-kompleks yang dahulunya di bawah milikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) seperti Astaka Taman Tun Sardon dan Astaka Persimpangan Gelugor?

YB. JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 69. Astaka Persimpangan Gelugor dan Astaka Tun Sardon adalah

bangunan yang dibina oleh Pejabat Pembangunan Negeri Pulau

Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana

Menteri (ICU, JPM). Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

telah mengambil alih Astaka Persimpangan Gelugor pada 30

Ogos 2018 dan Astaka Taman Tun Sardon pada 30 Januari

2019. Terdapat kelewatan dalam pengambilalihan tanah untuk

kedua-dua astaka dan kronologi kelewatan seperti berikut :

Page 99: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID687/15

(a) Pada 30 Mei 2018, MBPP telah menerima surat daripada

pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau

Pinang untuk menyerahkan kompleks.

(b) Pada 30 Ogos 2018: MBPP bersetuju menerima kompleks

selepas pembaikan kecil dilaksanakan.

(c) Pada 25 Januari 2019, Pejabat Pembangunan

Persekutuan Negeri Pulau Pinang memaklumkan kepada

MBPP untuk menyerahkan lapan (8) kompleks. Perkara ini

dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian

Harta Bil.7/2019 pada 26 Julai 2019 dan diputuskan

supaya penyerahan bangunan mestilah bersama dengan

tanah untuk memudahkan pihak MBPP merancang naik

taraf dan pembaikan;dan

(d) Proses permohonan pemilikan tanah untuk kedua-dua

astaka sedang diaturkan dan surat terkini telah dihantar

kepada Pegawai Daerah dan Tanah Timur Laut pada 25

Ogos 2020.

Page 100: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID687/15

Astaka Persimpangan Gelugor mempunyai 21 gerai, 16

gerai diisi dan 5 gerai masih kosong, manakala Astaka

Taman Tun Sardon mempunyai 26 gerai dan semua gerai

diisi.

Senarai penjaja di Astaka Persimpangan Gelugor dan

Astaka Tun Sardon adalah seperti di LAMPIRAN A dan

LAMPIRAN B dan lampiran ini akan diletakkan di atas

meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan.

MBPP sedang memantau kedua-dua astaka berkenaan

dengan menjalankan pembaikan dan penyelenggaraan

kerosakan dan pembersihan di kedua-dua astaka

berkenaan. Sebanyak RM90,765.50 dibelanjakan untuk

pembaikan pada tahun 2019 dan RM46,836.40 untuk

tahun 2020 sehingga Ogos.

Page 101: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang
Page 102: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang
Page 103: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang
Page 104: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang
Page 105: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang
Page 106: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang
Page 107: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID693/04

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)70

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BAGAN DALAM YB. SATEES A/L MUNIANDY 70. Sila perincikan kesemua Lembaga Rayuan yang wujud di bawah

Kerajaan Negeri dan apakah tugas dan peranan Lembaga Rayuan ini? (a) Sila perincikan kes yang dibawa ke hadapan kesemua

Lembaga Rayuan ini dan keputusannya dari tahun 2010 sehingga 2020.

YB. JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 70. Lembaga Rayuan yang wujud di Kerajaan Negeri adalah

Lembaga Rayuan di bawah seliaan PLANMalaysia Pulau

Pinang.

Lembaga Rayuan adalah badan berkecuali yang diwujudkan

oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta Perancangan Bandar

dan Desa 1976 (Akta 172) yang mempunyai sifat-sifat sebuah

inferior tribunal dan melaksanakan fungsi quasijudicial bertindak

sebagai satu tribunal bertanggungjawab mendengar,

mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes

Page 108: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID693/04

sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (Pindaan)

A933, Akta Perancangan Bandar dan Desa seperti berikut:

i. Notis Permintaan;

ii. Rayuan Oleh Pemohon Terhadap Keputusan Majlis

(Seksyen 23 (1)(a) & (b));

iii. Amaun Pampasan (Seksyen 25(9));

iv. Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan (Seksyen

30(7));

v. Rayuan Terhadap Perintah Pemeliharaan Pokok

(Seksyen 35 C);

vi. Pampasan Di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok

(Seksyen 35 D); dan

vii. Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semula

(Seksyen 35 E).

Lembaga tersebut mempunyai peranan untuk mendengar,

menyelesaikan pertikaian dan memutuskan rayuan yang timbul

antara dua (2) pihak iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

dengan pihak awam yang terkilan dengan keputusan pihak

Page 109: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID693/04

berkuasa tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

Akta 172.

(a) Kes yang dibawa ke Lembaga Rayuan tersebut dari tahun

2010 sehingga September 2020 adalah berjumlah 297 kes.

Daripada pecahan tersebut, 134 kes adalah di bawah

Seksyen 23 (1) (a) iaitu pemohon kebenaran merancang

dan 163 kes di bawah Seksyen 23 (1) (b) iaitu pemohon lot

berjiran.

Sepanjang tahun 2010 sehingga September 2020,

keputusan daripada Lembaga Rayuan tersebut bagi kedua-

dua Seksyen 23 (1) (a) dan 23 (1) (b) adalah seperti berikut:

Bil. Keputusan Bilangan

1 Dibenarkan 61

2 Ditolak 37

3 Dibatalkan 163

4 Tiada Perintah 2

5 Ditarik Balik 5

6 Belum Selesai 29

JUMLAH 297

Page 110: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

ID693/04

LAMPIRAN A

KES-KES YANG DIBAWA KE LEMBAGA RAYUAN PLANMALAYSIA

TAHUN 2010 HINGGA 2020

Nota:

Seksyen 23 (1) (a) - Pemohon Kebenaran Merancang (134 kes)

Seksyen 23 (1) (b) - Pemohon lot berjiran (163 kes)

TAHUN KES

KEPUTUSAN

JUMLAH Dibenar kan

Ditolak Dibatalkan Tiada

Perintah Ditarik Balik

Belum Selesai

2010 (42 kes)

23 (1) (a) 6 8 13 - - - 27

23 (1) (b) 2 8 5 - - - 15

2011 (37 kes)

23 (1) (a) 15 1 10 - - - 26

23 (1) (b) 3 - 8 - - - 11

2012 (43 kes)

23 (1) (a) 5 5 10 - - 1 21

23 (1) (b) 11 2 6 - - 3 22

2013 (22 kes)

23 (1) (a) 3 2 11 - - - 16

23 (1) (b) - - 6 - - - 6

2014 (31 kes)

23 (1) (a) 1 1 7 - - 1 10

23 (1) (b) 2 2 17 - - - 21

2015 (37 kes)

23 (1) (a) 3 1 4 - - - 8

23 (1) (b) 2 5 14 2 5 1 29

2016 (27 kes)

23 (1) (a) 1 2 5 - - 2 10

23 (1) (b) 2 - 12 - - 3 17

2017 (21 kes)

23 (1) (a) - - 5 - - - 5

23 (1) (b) 3 - 11 - - 2 16

2018 (20 kes)

23 (1) (a) - - 5 - - 1 6

23 (1) (b) 1 - 10 - - 3 14

2019 (12 kes)

23 (1) (a) - - 2 - - 2 4

23 (1) (b) 1 - 2 - - 5 8

Sehingga Sept. 2020

(5 kes)

23 (1) (a) - - - - - 1 1

23 (1) (b) - - - - - 4 4

JUMLAH 61 37 163 2 5 29 297

Page 111: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID697/06

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)71

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN BUKIT TENGAH YB. GOOI HSIAO-LEUNG 71. Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula pelantikan

Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. sebagai pemaju untuk Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang memandangkan tuduhan rasuah tidak berasas yang dibuat oleh Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, pengarah eksekutif kanan syarikat itu dalam penganugerahan projek tersebut?

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

71. Y.A.B. Ketua Menteri semasa sidang media berkenaan status

Projek Jalan-Jalan Utama di Pulau Pinang pada 8 Ogos 2020 telah

menegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan meneruskan

pelaksanaan tiga (3) komponen projek jalan oleh pihak Consortium

Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZC) yang telah dilantik menerusi

proses tender terbuka. Ini adalah kerana kajian kebolehlaksanaan

bagi tiga (3) komponen projek jalan telah disiapkan pada Mei 2015

Page 112: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID697/06

dan kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) dari Jabatan

Alam Sekitar (JAS) telah diperolehi pada November 2017.

Manakala bagi projek terowong dasar laut, keputusan Kerajaan

Negeri untuk meneruskan pelaksanaan projek ini adalah tertakluk

kepada hasil kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut yang

masih belum dimuktamadkan oleh pihak CZC.

Page 113: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID698/01

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)72

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PENAGA YB. MOHD YUSNI BIN MAT PIAH 72. Berapa bilangan nelayan di pengezonan zon A, B, C dan ke atas?

(a) Nyatakan jenis-jenis pukat perikanan yang dibenarkan di

setiap zon di Pulau Pinang.

(b) Bagaimana kawalan penguatkuasaan dilakukan pihak Agensi Kerajaan?

(c) Berapa jumlah pukat yang dirampas dan apakah yang dilakukan kepada pukat-pukat tersebut dan cara penghapusannya?

YB. DR. HAJAH NORLELA BINTI ARIFFIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 72. (a) Bilangan nelayan mengikut Zon dan jenis-jenis pukat perikanan

yang dibenarkan bagi setiap zon di Pulau Pinang adalah seperti

berikut:

No.

Zon Nelayan

Bilangan Nelayan

(orang)

Jenis pukat

perikanan yang

dibenarkan

Page 114: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID698/01

1 Zon A 4,193 Pukat hanyut

2 Zon B 212 Pukat tunda dan

Pukat jerut 3 Zon C 200

4 Zon C3 97 Rawai tuna

Jumlah: 4,702

Sumber: Jabatan Perikanan Pulau Pinang

(b) Kawalan penguatkuasaan dilakukan sama ada melakukan

bertindak atas aduan yang diterima atau mengadakan operasi

bersepadu bersama agensi lain seperti Polis Marin dan

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Setiap

kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Perikanan 1985

boleh dikenakan kompaun, penyitaan barang perikanan atau

digantung lesen berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh

nelayan atau pengusaha perikanan.

(c) Sejumlah 442 pukat telah dirampas dari tahun 2017 sehingga

Julai 2020 oleh Jabatan perikanan adalah seperti di Lampiran

A. Pelupusan barang yang telah dirampas pula adalah

Page 115: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID698/01

bergantung kepada keputusan yang dikeluarkan oleh

Pegawai Undang-Undang Jabatan Perikanan. Kebiasaannya,

pukat atau bubu naga yang dirampas akan ditanam atau

dibakar mengikut keadaan mana yang lebih sesuai dan

ekonomik.

Page 116: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID698/01

Lampiran A KES TANGKAPAN TERKUMPUL MENGIKUT PERALATAN

PANGKALAN PERLINDUNGAN SUMBER PULAU PINANG TAHUN 2017 HINGGA 2020

BIL. PERALATAN / 2017 2018 2019

2020 (Sehingga

Julai)

KES TANGKAPAN

1 Pukat Tunda 21 17 28 17

2 Pukat Jerut Ikan 2 0 0 5

3 Pukat Hanyut 4 1 1 5

4 Kenka 2 Bot (Apollo) 22 19 5 7

5 Kenka 1 Bot 0 0 0 1

6 Rawai/Mengail 1 0 1 0

7 Bubu Naga 21 119 53 28

8 Saiz Mata Keroncong bawah 38 mm 0 2 0 0

9 Ikan Larangan 1 1 2 0

Page 117: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID698/01

10 Mamalia Terdampar 7 5 1 0

11 Guna Kru Asing 0 0 4 0

12 Rawa Surong 3 0 0 0

13 Kor Bergalah 13 7 6 2

14 Jumpa Pukat Kenka 2 Bot 0 6 3 0

15 Sampan Tunda Ganding (Apollo) 0 0 1 0

JUMLAH 95 177 105 65

Page 118: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID701/03

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)73

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN TELOK BAHANG

YB. ZOLKIFLY BIN MD. LAZIM

73. Penang South Reclamation (PSR).

(a) Sila sebutkan status terkini mengenai projek tersebut dalam

semua aspek.

(b) Adakah rungutan, kesan dan persoalan yang dibangkitkan

telah diselia dengan baiknya oleh Kerajaan Negeri?

(c) Berapakah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri

sebelum projek bermula, contoh seperti kajian EIA, FIA, etc

dan sila beri perinciannya?

YB. ZAIRIL KHIR JOHARI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 73. (a) Projek Penang South Reclamation (PSR) telah dibentangkan

kepada Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) pada 18

April 2019. MPFN telah memberi 18 nasihat bagi pelaksanaan

projek ini. Selain itu, projek ini juga telah mendapat kelulusan

Environmental Impact Assessment (EIA) pada 25 Jun 2019

dengan 72 syarat. PSR juga telah memperoleh surat

kelulusan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) daripada

PLAN Malaysia pada 27 Ogos 2019.

Page 119: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID701/03

Secara keseluruhannya, Projek PSR telah mendapat

kesemua kelulusan wajib yang diperlukan daripada Kerajaan

Persekutuan. Lanjutan daripada kelulusan EIA, salah satu

syarat adalah untuk menyediakan Laporan Pelan Pengurusan

Alam Sekitar (EMP) bagi kelulusan Jabatan Alam Sekitar

(JAS) Negeri Pulau Pinang. Laporan EMP ini akan

mensyaratkan kontraktor yang dilantik dalam mematuhi

syarat-syarat kelulusan EIA semasa kerja-kerja penambakan

dilaksanakan. Langkah-langkah kawalan alam sekitar dan

program pengawasan alam sekitar di dalam Laporan EMP ini

perlu dipatuhi sepenuhnya oleh kontraktor yang akan dilantik

Pada masa ini, laporan EMP (Pindaan 1) telah dikemukakan

kepada pihak JAS Negeri Pulau Pinang pada 17 Julai 2020

dan masih menunggu kelulusan. Kerajaan Negeri bersama

dengan rakan pelaksana Project Delivery Partner (PDP) juga

sedang memperhalusi langkah-langkah mitigasi bagi

meminimakan impak sosial dan alam sekitar sebelum projek

bermula secara fizikal. Kerajaan Negeri kini dalam fasa

menyediakan reka bentuk dan penyediaan dokumen-

dokumen tender. Tender dijangka akan dilaksanakan pada

suku pertama tahun 2021 untuk memulakan kerja-kerja tebus

Page 120: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID701/03

guna tanah. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengambil

inisiatif menganjurkan Master Design Competition (MDC) di

mana syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang

berminat dalam penyediaan reka bentuk dapat mengambil

bahagian dalam MDC. Lima (5) syarikat telah dipilih ke

pusingan akhir bagi pertandingan tersebut dan pemenang

yang berjaya iaitu Bjarke Ingels Group (BIG) telah diumumkan

pada 19 Ogos 2020 yang lalu. Pihak BIG akan menyediakan

reka bentuk terperinci ini dalam masa yang terdekat.

(b) Kerajaan Negeri telah mengadakan sesi libat urus

(engagement) bersama 5,774 orang, termasuk nelayan, pihak

berkepentingan, wakil rakyat, penduduk, agensi kerajaan dan

pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dari Jun 2015 hingga 31

Ogos 2020.

Laporan EIA PSR juga dipamerkan kepada awam sebanyak

dua (2) kali pada tahun 2017 dan 2019 sebelum mendapat

kelulusan pada 25 Jun 2019. Semasa sesi pameran awam

ini, orang awam telah diberi peluang mendapatkan maklumat

tepat mengenai PSR dan memberi maklum balas mereka.

Sebanyak 371 maklum balas bertulis diterima daripada orang

Page 121: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID701/03

awam dan agensi-agensi teknikal pada 2017, dan 834 lagi

diterima pada 2019. Kesemua maklum balas dan isu yang

dibangkitkan berhubung dengan PSR telah dijawab secara

bertulis dan lisan melalui penerangan secara individu dan

berkumpulan seperti di dialog awam dan melalui sidang

Dewan Undangan Negeri (DUN). Sejak dahulu lagi, Kerajaan

Negeri telah mengamalkan pendekatan yang terbuka dan

telus dalam menghadapi dan menjawab bantahan nelayan,

pihak berkepentingan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Kerajaan Negeri akan meneruskan sesi libat urus bersama

pihak berkepentingan dalam membantu rakyat memahami

keperluan dan kepentingan PSR kepada Pulau Pinang.

(c) Anggaran kos yang terlibat bagi kesemua kajian untuk projek

PSR setakat ini berjumlah RM8.04 juta. Walau

bagaimanapun, Kerajaan Negeri dalam tindakan menyemak

perincian pembayaran kajian ini dengan dibantu oleh pihak

perunding kewangan yang dilantik memandangkan kos kajian

ini telah ditanggung oleh pihak Rakan Pelaksana Projek

(PDP) terlebih dahulu. Anggaran kos ini hanya akan

dimuktamadkan selepas perunding kewangan lantikan

Kerajaan Negeri telah meneliti semua tuntutan yang

Page 122: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

5 ID701/03

dikemukakan oleh PDP bagi tujuan kajian tersebut. Senarai

kajian yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA);

(ii) Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA);

(iii) Kajian Hidraulik (termasuk tinjauan batimetri);

(iv) Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak;

(v) Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP);

(vi) Kajian Penilaian Impak Perikanan (FIA);

(vii) Kajian Penilaian Risiko Trafik Marin (MRTA);

(viii) Kajian Penilaian Impak Trafik (TIA);

(ix) Kajian Impak Tsunami & Peningkatan Aras Laut; dan

(x) Aktiviti ‘Soil Investigation’ Awalan

Page 123: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

1 ID709/12

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS 12 OKTOBER 2020

PERKARA : 4(A)74

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN SEBERANG JAYA YB. DR. AFIF BIN BAHARDIN 74. Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri dari segi

infrastruktur, sumber manusia dan kewangan untuk mengekalkan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan utama untuk tujuan pelaburan dan industri menjelang tahun 2030?

YB. DATO' HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI HUSSAIN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI 74. Perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri dari segi infrastruktur,

sumber manusia dan kewangan untuk mengekalkan Negeri Pulau Pinang

sebagai destinasi pilihan utama untuk tujuan pelaburan dan industri

menjelang tahun 2030 adalah seperti berikut:

(a) Infrastruktur

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

telah menyediakan infrastruktur seperti pembangunan taman-taman

perindustrian baru di kawasan Batu Kawan, Penang Science Park North

dan Byram. Selain daripada penyediaan tapak pembinaan kilang, taman-

taman perindustrian ini juga dilengkapi dengan infrastruktur asas seperti

jalan raya, saliran, elektrik, bekalan air, telekomunikasi, sambungan jalur

Page 124: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

2 ID709/12

lebar, gas (kawasan tertentu) dan sebagainya untuk menarik para

pelabur.

Taman-taman perindustrian ini dibangunkan secara berfasa mengikut

keperluan dari semasa ke semasa dan pihak Kerajaan Negeri

memastikan bekalan tapak pembinaan kilang untuk para pelabur adalah

sekurang-kurangnya 200 ekar pada setiap masa.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga melakukan kerja-kerja naik taraf

infrastruktur di taman-taman perindustrian sedia ada seperti Taman

Perindustrian Bayan Lepas, Taman Perindustrian Perai, Taman

Perindustrian Bukit Minyak dan Taman Peindustrian Batu Kawan. Kerja-

kerja naik taraf termasuk pelebaran jalan raya, lampu jalan, lampu isyarat,

kemudahan rekreasi, kemudahan pejalan kaki dan sebagainya. Kerja-

kerja naik taraf jalan raya dengan membina jejantas kenderaan di

kawasan persimpangan Batu Kawan juga sedang dijalankan untuk

menampung keadaan lalu lintas yang semakin sesak. Tambahan lagi,

Projek Penang South Reclamation (PSR) merupakan perancangan

jangka panjang bakal menyediakan tanah seluas 800 ekar di atas Pulau

A untuk industri hi-technology, elektrik dan elektronik.

Rancangan jangka masa panjang lain yang telah dicadangkan juga

termasuk pengwujudan persimpangan baharu dari kawasan Batu Kawan

Page 125: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

3 ID709/12

ke Lebuhraya Utara-Selatan, penaiktarafan jalan raya di kawasan Bukit

Tambun, Juru-Autocity dan sebagainya. Rancangan-rancangan ini

dijangka dapat membantu menarik pelaburan baharu ke Pulau Pinang.

(b) Sumber manusia

Rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri dari segi

sumber manusia untuk mengekalkan negeri Pulau Pinang sebagai

destinasi pilihan utama untuk tujuan pelaburan dan industri menjelang

tahun 2030 adalah seperti berikut:

(i) Menganjurkan program Career Exploration Week: My Penang, My

Workplace yang berlangsung secara virtual pada 26 September

hingga 2 Oktober 2020 bagi membantu pencari kerja terutamanya

yang terjejas dengan keadaan semasa pandemik COVID-19;

(ii) Penyediaan khidmat fasilitasi untuk pemadanan pekerjaan (job

matching) melalui Penang Career Assistance and Training Centre

(Pusat CAT). Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT menjalani

pemadanan kerja secara berkumpulan (group job matching) untuk

membantu pencari kerja dengan menjalankan pemadanan jawatan

bersesuaian apabila menerima permintaan dari majikan/syarikat.

Pusat CAT akan mendapatkan maklumat tentang jenis pekerjaan

Page 126: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

4 ID709/12

untuk syarikat yang mengalami penutupan. Susulan itu, Pusat CAT

akan menjalani prosedur pemadanan kerja secara berkumpulan

dengan syarikat yang membesarkan operasi. Selain itu, pihak

majikan dan pekerja juga boleh menggunakan laman sesawang

Pusat CAT yang merupakan satu perkhidmatan yang percuma.

Pihak majikan dapat mempromosi peluang pekerjaan yang

ditawarkan manakala pencari kerja juga dapat memohon pekerjaan

yang ditawarkan menerusi laman sesawang tersebut;

(iii) Kerjasama dengan PERKESO dalam membantu pencari kerja

melalui program-program yang ditawarkan oleh PERKESO (latihan,

kaunseling, insentif kewangan dan lain-lain);

(iv) Kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara

(NCIA) dalam mempromosikan program di bawah Pelan Jana

Semula Ekonomi Negara (PENJANA) iaitu program JomKerja &

JomNiaga melalui saluran komunikasi sedia ada seperti laman

sesawang InvestPenang, Pusat CAT serta menyalurkan inkuiri

daripada golongan yang disasarkan terus kepada pihak yang

berkaitan;

Page 127: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

5 ID709/12

(v) Kerjasama dengan TalentCorp dalam mempromosikan program

Career Comeback melalui Facebook Pusat CAT Centre serta

menyalurkan inkuiri daripada golongan yang disasarkan terus

kepada pihak yang berkaitan;

(vi) Bekerjasama dengan pemain industri untuk inisiatif Biasiswa

Penang Future Foundation (PFF). Biasiswa PFF bertujuan untuk

menarik anak Malaysia berumur 25 tahun dan ke bawah yang

sedang atau bakal mengikuti pengajian dalam bidang STEAM

(Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Perakaunan dan Matematik) di

institusi pendidikan tinggi awam atau swasta dalam Malaysia untuk

bekerja di negeri Pulau Pinang selepas tamat pengajian. Biasiswa

ini layak untuk dimohon oleh semua anak Malaysia, tanpa mengira

bangsa atau negeri asal mengikut syarat dan terma yang telah

disenaraikan di laman sesawang

https://penangfuturefoundation.my/scholarship-eligibility/. Penerima

Biasiswa PFF perlu bekerja di negeri Pulau Pinang, tidak kira dalam

sektor swasta mahupun sektor awam, untuk tempoh antara satu (1)

hingga lapan (8) tahun bergantung kepada amaun biasiswa yang

diterima;

Page 128: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

6 ID709/12

(vii) Bekerjasama dengan Penang Skills Development Centre (PSDC)

yang berperanan untuk melatih modal insan dalam pelbagai bidang

kemahiran bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi

tinggi di negeri ini. Antara program khusus yang menjadi agenda

utama Kerajaan Negeri melalui PSDC ialah penguasaan kemahiran

ilmu Industri 4.0 dalam bidang Automation dan Robotic Teknologi

Pemesinan Kepersisan, Kejuruteraan (Komputer, Elektronik,

Mekatronik, Telekomunikasi), dan Teknologi Pembuatan

(CAD/CAM);

(viii) Membangunkan sistem pendidikan vokasional ala Negara Jerman

iaitu Program German Dual Vocational Training (GDVT) dan

Malaysian Meister Program di negeri Pulau Pinang. Melalui sistem

ini, pusat latihan akan didirikan di kilang-kilang serta institusi-

institusi perniagaan bagi membolehkan pelajar mempelajari

pengetahuan secara teori dan menjalani latihan praktikal pada

masa yang serentak;

(ix) Bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara

(NCIA) dalam melaksanakan program-program latihan kemahiran

secara berterusan seperti Talent Enhancement Program (NTEP).

NTEP adalah program khas untuk memastikan tenaga kerja mahir

Page 129: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

7 ID709/12

yang mencukupi bagi memenuhi keperluan industri di Northen

Corridor Economic Region (NCER) di samping meningkatkan

peluang pekerjaan dan kualiti hidup graduan tempatan. Melalui

program NTEP, pekerja akan diberi latihan kemahiran bermutu

tinggi, diikuti dengan latihan kemahiran insaniah untuk

meningkatkan tahap daya saing mereka; dan

(x) Mewujudkan peluang pekerjaan baru melalui aktiviti promosi dan

menarik pelaburan baharu. Justeru, peluang perkerjaan secara

langsung akan terhasil dan ini membuka peluang yang luas kepada

penduduk tempatan bagi memenuhi kekosongan yang ditawarkan.

Pada Januari 2019 hingga Jun 2020, Pulau Pinang mencatatkan nilai

pelaburan yang diluluskan sejumlah RM25.97 bilion di dalam sektor

pembuatan. Dianggarkan sebanyak 25,857 peluang pekerjaan di Pulau

Pinang akan diwujudkan di dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang

seperti berikut:

Tempoh Jumlah Pelaburan dari

sektor pembuatan (RM) Peluang pekerjaan

Jan-Dec 2019 16,855,360,334 18,886

Jan-Jun 2020 9,116,296,758 6,971

Page 130: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

8 ID709/12

Total 25,971,657,092 25,857

Sumber: MIDA

(c) Kewangan

Kerajaan Negeri memberi diskaun sebanyak 10% ke atas tanah

perindustrian milik PDC untuk sebarang pelaburan bernilai RM1 bilion dan

ke atas. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri tidak memberi sebarang

insentif kewangan atau pengecualian cukai untuk menarik pelaburan

asing/tempatan.

Pelabur juga layak untuk mendapatkan insentif yang disediakan oleh

Kerajaan Persekutuan melalui MIDA dan NCIA.

Pulau Pinang juga telah memohon dana daripada Kerajaan Pusat

dibawah RMK12 untuk penubuhan pusat R&D atau Technology

Enabler bagi melestarikan Pulau Pinang sebagai pusat industri teknologi

tinggi di rantau Asia ini dan seterusnya mengekalkan pembangunan bakat

(talent) tempatan berkhidmat di negeri ini.

Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi pada tahun 2019

sejumlah RM16.9 billion menduduki tempat kedua selepas Selangor yang

mencatat RM17.0 billion dan Kedah tempat ketiga dengan jumlah RM11.5

Page 131: MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN …dun.penang.gov.my/images/pdf/Jawapan Lisan Soalan... · 1 id683/08 mesyuarat kedua penggal ketiga dewan undangan negeri pulau pinang

9 ID709/12

billion. Pada 6 bulan pertama 2020, Pulau Pinang mencatatkan jumlah

pelaburan RM9.1 billion, tempat kedua selepas Sabah yang menduduki

tempat pertama dengan nilai pelaburan RM11.72 billion dan Selangor di

tempat ketiga dengan RM3.38 billion.

Dari segi usaha-usaha untuk terus menarik pelaburan ke Pulau Pinang,

Kerajaan Negeri akan manfaatkan perang dagang AS-Eropah, AS-China

bagi menarik pelabur baharu ke Pulau Pinang yang mempunyai kelebihan

dari segi lokasi yang strategik, bakat dalam bidang teknologi, eko-sistem

industri teknologi dan supply chain yang sedia ada.

Yang terkini penganjuran Penang WCIT TECHFEST secara atas talian

pada 18 hingga 20 adalah usaha bagi memperkenalkan dan menarik

pelabur ke Pulau Pinang. Penang TECHFEST secara 'virtual' ini ialah

satu landasan menuju Penang WCIT 2022 yang telah dijadualkan semula

tarikhnya akibat COVID-19.