merokok dalam kalangan remaja

31
MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA ‘RISIKO, TINGKAH LAKU, DAN CARA MENCEGAH OLEH : SUFENA HUSSIN, LAI CHIN CHIN, MOHD FIRDAUS HUSIN, ABD RAHIM ABD RASHID Merokok dikalangan remaja memang sinonim pada masa ini. Isu yang dibincangkan oleh penulis ialah kelakuan, kebimbangan dan masalah berkaitan. Dapatan kajian mendapati 70% remaja mengetahui kesan negatif merokok. Namun ini bukan jaminan untuk menyebabkan mereka berhenti merokok. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan penulis. Menurut Ismail Rais (2009) Di seluruh dunia, 4 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan penggunaan tembakau dan menjelang penghujung tahun 2020, dianggarkan kadar kematian akan mencecah 10 juta orang. Fakta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menyatakan setiap hari, lebih kurang 45 hingga 59 remaja di bawah umur 18 mula merokok di negara kita. Jumlah remaja lelaki yang merokok berusia 12 hingga 18 tahun pula adalah sebanyak 30 peratus. Sementara itu, bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4 peratus ke 8 peratus. Perkara ini sangat membimbangkan negara. Usia remaja merupakan fasa yang paling sensitif kepada permulaan tingkah laku merokok. Perubahan demi perubahan dalam diri remaja bersama transisi zaman kanak-kanak ke alam dewasa membawa kepada pelbagai keinginan untuk mencuba perkara-perkara yang baru termasuklah merokok. Penggunaan rokok dalam usia remaja dilihat sebagai tingkah laku untuk bereksperimen sebelum remaja tersebut kekal menjadi perokok apabila dewasa.

Upload: mohd-muizzuddin

Post on 10-Aug-2015

61 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA

‘RISIKO, TINGKAH LAKU, DAN CARA MENCEGAH

OLEH : SUFENA HUSSIN, LAI CHIN CHIN, MOHD FIRDAUS HUSIN, ABD RAHIM

ABD RASHID

Merokok dikalangan remaja memang sinonim pada masa ini. Isu yang

dibincangkan oleh penulis ialah kelakuan, kebimbangan dan masalah berkaitan.

Dapatan kajian mendapati 70% remaja mengetahui kesan negatif merokok. Namun ini

bukan jaminan untuk menyebabkan mereka berhenti merokok. Saya sangat bersetuju

dengan kenyataan penulis. Menurut Ismail Rais (2009) Di seluruh dunia, 4 juta orang

meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan penggunaan tembakau

dan menjelang penghujung tahun 2020, dianggarkan kadar kematian akan mencecah

10 juta orang. Fakta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,

menyatakan setiap hari, lebih kurang 45 hingga 59 remaja di bawah umur 18 mula

merokok di negara kita. Jumlah remaja lelaki yang merokok berusia 12 hingga 18 tahun

pula adalah sebanyak 30 peratus. Sementara itu, bilangan remaja perempuan yang

merokok semakin bertambah. Dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja

perempuan yang merokok telah bertambah dari 4 peratus ke 8 peratus. Perkara ini

sangat membimbangkan negara.

Usia remaja merupakan fasa yang paling sensitif kepada permulaan tingkah laku

merokok. Perubahan demi perubahan dalam diri remaja bersama transisi zaman kanak-

kanak ke alam dewasa membawa kepada pelbagai keinginan untuk mencuba perkara-

perkara yang baru termasuklah merokok. Penggunaan rokok dalam usia remaja dilihat

sebagai tingkah laku untuk bereksperimen sebelum remaja tersebut kekal menjadi

perokok apabila dewasa.

Risiko seseorang remaja untuk kekal menjadi perokok bermula dengan

percubaan pertamanya. Remaja yang mencuba untuk merokok akan lebih cenderung

untuk terus merokok sehingga dewasa, berbanding dengan remaja yang tidak

mencuba. Ini kerana, nikotin boleh membawa kepada sindrom ketagihan yang sama

dengan ketagihan heroin dan kokain. Jika dilihat, sangat sedikit remaja yang berjaya

meninggalkan tabiat merokok apabila mereka telah mula merokok. Disebabkan inilah

kita akan mendapati tidak ramai perokok tetap mula merokok di usia dewasa. Terdapat

tiga peringkat yang membawa kepada ketagihan nikotin di kalangan remaja. Peringkat-

peringkat tersebut ialah permulaan (initiation), penggunaan bermasalah (problem use)

dan pergantungan (dependency). Peringkat yang pertama iaitu permulaan, merujuk

kepada faktor-faktor yang mempengaruhi dan mendorong remaja untuk merokok.

Faktor-faktornya termasuklah tahap pendidikan yang rendah, terdapat perokok di

kalangan ahli keluarga, sama ada ibu bapa atau adik-beradik dan terdapat perokok di

kalangan rakan sebaya. Pada peringkat permulaan, remaja yang merokok mahu dilihat

sebagai seorang yang berdikari dan bebas untuk melakukan apa yang disukai.

Isu rupa fizikal juga memainkan peranan apabila terdapat remaja perempuan

yang percaya dengan merokok mereka dapat kekal langsing. Pengaruh media, artis

dan filem juga berperanan dalam peringkat pertama ini. Remaja akan terdorong untuk

merokok, apabila media menggambarkan tingkah laku tersebut sebagai satu tingkah

laku yang bergaya dan sebagai ekspresi penentangan jiwa mereka. Peringkat

permulaan merokok ini kemudiannya akan membawa kepada peringkat ketagihan,

apabila remaja merasakan merokok dapat memberi kelegaan dan menenangkan diri

mereka.

Peringkat kedua, iaitu penggunaan bermasalah merujuk kepada keadaan remaja

yang akan merokok apabila mereka bersama rakan-rakan atau ketika mereka bosan

dan gelisah. Lama-kelamaan, tingkah laku merokok ini terus akan menjadi tabiat yang

tidak dapat dibuang. Peringkat pergantungan bermula apabila remaja yang merokok

merasakan tingkah laku tersebut sebagai satu keseronokan. Namun begitu, akhirnya

nikotin bertindak sebagai cara untuk remaja berhadapan dengan tekanan dan masalah

seharian. Remaja yang ketagihan nikotin akan mencari rokok sebagai satu cara mereka

melepaskan rasa rungsing dan kebimbangan. Apabila berada di peringkat ini, remaja

sebenarnya sudah mengalami ketagihan nikotin, yang menyebabkan mereka berasa

tidak selesa dan murung sekiranya mereka tidak merokok.

Kecenderungan remaja untuk merokok atau tidak merokok adalah berdasarkan

kekerapan dan jangka masa mereka berhubungan dengan individu yang merokok.

Hubungan yang lebih rapat dan lebih lama yang muncul dalam diri remaja adalah

sangat penting dalam proses pembelajaran sosial. Untuk itulah, keluarga dan rakan-

rakan berada dalam kategori utama yang boleh mempengaruhi tingkah laku remaja

seperti merokok. Remaja yang merokok mungkin berasa lebih yakin dengan diri mereka

atau merasa lebih disukai oleh orang lain disebabkan oleh tingkah laku tersebut.

Sekiranya tidak ada kawalan, sekatan dan hukuman kepada tingkah laku merokok, pola

tingkah laku merokok ini akan kekal dan penglibatan seseorang dalam tingkah laku

merokok ini akan menjadi lebih serius. Konsep kendiri yang dibina oleh remaja dalam

diri mereka adalah penting dalam menentukan identiti sosial dan kumpulan. Lalu ia

membawa kepada kecenderungan untuk mempunyai tingkah laku yang sama di

kalangan remaja dalam satu kumpulan.

Remaja menjadikan tingkah laku tertentu seperti merokok ini sebagai tunjang

kepada identiti kumpulan mereka. Jika status perokok dan bukan perokok dilihat

penting dalam menentukan identiti sosial kumpulan, maka ahli-ahli sesebuah kumpulan

selalunya akan berkongsi tingkah laku yang sama. Ideanya ialah akan terdapat

kumpulan-kumpulan remaja yang boleh dikategorikan sebagai kumpulan merokok dan

tidak merokok. Proses sosialisasi mempengaruhi pembentukan tingkah laku dan

personaliti remaja. Proses ini membolehkan seseorang itu mengenal diri sendiri dan

mempelajari apa yang dipercayai oleh orang lain di sekelilingnya, dan mempelajari

bagaimanakah cara bertingkah laku yang bersesuaian (Musgrave, 1988). Melalui

proses inilah, individu belajar tentang nilai dan norma dalam budaya. Individu akan

terdorong untuk mengikuti perkara-perkara yang dianjurkan oleh budaya masyarakat di

sekeilingnya. Sosialisasi juga membolehkan individu mengenal dirinya dan belajar

menempatkan dirinya dalam masyarakat.

Keluarga dan rakan-rakan merupakan dua kumpulan agen sosialisasi terpenting

selain sekolah dan media. Sebagai agen sosialisasi, keluarga dan rakan-rakan

memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk tingkah laku dan kendiri

seseorang remaja. Keluarga merupakan agen sosialisasi utama bermula dari awal

kelahiran sehinggalah seseorang itu dewasa. Apabila seseorang itu meninggalkan alam

kanak-kanak dan memasuki alam remaja, pengaruh ibu bapa sebagai agen sosialisasi

mula diganti dengan peranan rakan-rakan. Rakan-rakan menjadi tempat untuk remaja

berkongsi interaksi sosial dan mengatasi ketakutan, kekeliruan dan masalah. Selain itu,

rakan-rakan menjadi tempat untuk remaja bersama-sama cuba untuk keluar daripada

kawalan orang dewasa dan peraturan-peraturan.

Pengaruh keluarga dalam menentukan tingkah laku merokok telah menarik minat

ramai pengkaji-pengkaji isu sosial. Terdapat banyak kajian yang menyatakan hubungan

antara tingkah laku merokok dengan faktor keluarga. Kajian mendapati tingkah laku

merokok di kalangan adik beradik yang lebih tua mendorong remaja untuk turut sama

merokok. Sebagai agen sosialisasi utama, tingkah laku ahli keluarga terutamanya ibu

bapa menjadi contoh dan ikutan oleh anak-anak. Ibu atau bapa yang merokok memberi

gambaran awal kepada anak-anak bahawa tingkah laku tersebut adalah sebahagian

daripada norma yang biasa dalam keluarga. Apabila tingkah laku tersebut dilihat

sebagai norma dan kebiasaan, maka anak-anak akan menjadi lebih cenderung untuk

turut serta.

Jika tingkah laku merokok oleh ahli keluarga menjadi ikutan oleh remaja kerana

kebiasaan melihat tingkah laku tersebut seharian, pengaruh oleh rakan-rakan pula lebih

menjurus kepada tekanan. Walaupun tidak dipaksa secara langsung oleh rakan-rakan

untuk merokok, remaja sebenarnya berasa tertekan untuk turut merokok sekiranya

rakan-rakan di sekeliling mereka adalah perokok. Dalam hal ini, remaja merokok

disebabkan mereka mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan, dan untuk

mengelakkan mereka daripada tersisih. Dengan turut sama merokok, remaja

memperolehi pengesahan sosial dan interaksi sesama rakan sekumpulan.

Tingkah laku merokok di kalangan remaja juga membuatkan remaja berasa

memperoleh kebebasan dan autonomi. Tekanan lain yang turut dihadapi oleh remaja

agar menghisap rokok juga berlaku secara langsung. Remaja sering berhadapan

dengan rakan-rakan yang akan menggalakkan mereka agar mencuba merokok.

Remaja mungkin akan dipaksa dan juga diusik sekiranya enggan berbuat demikian.

Kedua-dua agen ini memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk tingkah

laku dan tabiat merokok di kalangan remaja. Remaja bukanlah satu entiti yang

berasingan dengan kedua agen ini, sebaliknya ia saling mempengaruhi.

Sebenarnya agen sosialisasi yang kedua iaitu rakan-rakan, juga sebenarnya

bermula dengan peranan keluarga. Rakan sebaya ini juga mempunyai keluarga dan

dipengaruhi oleh tingkah laku keluarga mereka. Kedua-dua agen ini seolah-olah

berantai dan saling mempengaruhi. Keluarga berperanan mengawal pemilihan rakan

sebaya anak-anak. Keluarga yang sensitif akan cenderung untuk mengenali rakan

sebaya remaja dan boleh mempengaruhi keputusan remaja untuk memilih rakan

mereka. Untuk mengawal atau mengelakkan remaja merokok, ibu bapa berperanan

mengenal pasti sama ada anak-anak mereka berkawan dengan golongan yang

merokok ataupun tidak.

Seseorang yang telah membentuk tabiat merokok pada usia yang muda akan

mempunyai tahap ketagihan nikotin yang lebih serius berbanding dengan mereka yang

bermula merokok pada usia yang lebih tua. Tingkah laku merokok yang kerap di

kalangan remaja akan membawa kepada masalah kesihatan semasa dan juga kelak

apabila dewasa. Tabiat merokok seawal usia remaja akan mengurangkan kadar

tumbesaran paru-paru untuk berfungsi pada kadar maksimum. Remaja yang merokok

juga mempunyai kadar kecergasan yang lebih rendah berbanding dengan remaja yang

tidak merokok. Tahap kecergasan seseorang perokok itu adalah berkadar langsung

dengan jangka masa dan kekerapan merokok. Remaja yang merokok akan sering

mengalami sesak nafas, batuk, pitam, berkahak dan secara keseluruhannya

mempunyai tahap kesihatan yang rendah.

Selain dari itu, penglibatan awal remaja dalam tingkah laku merokok juga berkait

dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular dan gangguan kepada kadar

kolesterol. Jika tingkah laku merokok berlarutan sehingga dewasa, tabiat ini akan

meningkatkan risiko pembentukan awal penyakit kardiovaskular. Kebimbangan kepada

pertambahan jumlah perokok di negara kita, membawa kepada usaha kerajaan

melancarkan Kempen Tak Nak iaitu kempen kesedaran yang disasarkan kepada

golongan remaja pada 9 Februari 2004. YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam

ucapannya di perasmian kempen tersebut menganjurkan agar golongan dewasa dapat

memberi teladan dengan berhenti merokok.

Kempen ini bertujuan mencegah keinginan golongan remaja untuk merokok dan

menyangkal tanggapan bahawa tabiat merokok adalah suatu yang diterima dalam

masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak

untuk kempen anti merokok sejak tahun 2000 lagi.

Jadual Perbelanjaan Kempen Anti Merokok oleh Kerajaan, 2000-2003

Tahun RM

2000 RM 70,000

2001 RM 94,000

2002 RM 88,000

2003 RM 80,000

Jumlah RM 332,000

Sumber: Bernama, 22 September 2004.

Sebagaimana kerajaan melihat kepentingan menjadikan golongan remaja

sebagai sasaran kempen anti merokok, industri tembakau pula sebaliknya terlebih

dahulu telah melihat kepentingan golongan ini dalam usaha mengukuhkan pasaran

mereka. Untuk itu, kita sering melihat promosi demi promosi oleh industri ini yang dibuat

dalam persekitaran sosial yang digemari oleh remaja. Sebagai contoh, memberi tajaan

kepada aktiviti-aktiviti sukan dan di pusat-pusat hiburan.

Perkara sebeginilah yang menyebabkan golongan remaja memberi gambaran

yang positif kepada tingkah laku merokok ini. Golongan remaja merupakan pasaran

utama kepada produk tembakau. Ini berkaitan dengan percubaan awal merokok

bermula pada usia awal remaja. Golongan kanak-kanak dan remaja terus-terusan

didedahkan dengan kaedah pemasaran oleh syarikat-syarikat tembakau yang mampu

mempengaruhi tingkah laku remaja. Kaedah pengiklanan yang mempromosikan gaya

hidup bergaya misalnya mampu menggalakkan remaja berkeinginan untuk turut serta.

Para remaja sering mengaitkan diri mereka sebagai perokok sosial yakni mereka

merokok untuk mendapat tempat dalam persekitaran sosial mereka dan tidak percaya

bahawa mereka sebenarnya telah ketagih kepada rokok. Ini telah memudahkan lagi

promosi pasaran tembakau kerana remaja mengaitkannya dengan cara bersosial,

bukannya sebagai satu bentuk ketagihan yang berbahaya dan perlu dijauhi.

Isu merokok di kalangan remaja bukanlah satu isu kelompok tertentu atau

dalam jangka masa tertentu sahaja. Kempen yang berterusan mungkin dapat

membantu usaha mengurangkan jumlah perokok remaja sementara kawalan dan

penguatkuasaan secara fizikalnya menyukarkan remaja untuk mendapatkan bekalan

rokok. Namun, perkara ini bukanlah petunjuk yang kukuh kepada perubahan sikap dan

definisi yang diberikan oleh remaja kepada tingkah laku merokok.

Perkara utama yang penting untuk diusahakan ialah perubahan kepada definisi

yang diberikan oleh remaja terhadap tingkah laku tersebut. Perubahan definisi merokok

sebagai diterima secara sosial perlu bermula dengan pendidikan. Pendidikan ini

merangkumi kesedaran kepentingan kehidupan yang berkualiti, bebas daripada

sebarang bentuk ketagihan. Perlu ditanam dalam diri remaja bermula dari keluarga

bahawa kebolehan untuk tidak terlibat atau meninggalkan tabiat merokok sebagai

sesuatu yang membanggakan. Cabarannya ialah untuk membolehkan remaja

mendefinisikan tingkah laku tidak merokok sebagai keupayaan mereka untuk memilih

gaya hidup. Remaja perlu dibakar semangat mereka bagi meyakinkan mereka, di usia

yang muda mereka sudah boleh memilih gaya hidup yang berkualiti dan tidak tunduk

dengan tekanan dan pengaruh.

Ibu bapa dan keluarga perlu menyedari keunggulan jiwa dan kekuatan remaja

untuk tidak terlibat dengan tabiat merokok, sangat bergantung dengan pendekatan dan

tingkah laku seharian isi rumah. Dan perkara ini bermula daripada pendidikan isi rumah.

Keluarga perlu mempunyai maklumat dan kesedaran tentang bahaya merokok dan

melihat tingkah laku tersebut lebih daripada perspektif budaya dan kesihatan

PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

OLEH : ANN WAN SENG & KHADIJAH ALAVI

Artikel ini diambil daripada buku Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia yang dikarang

oleh Ann Wan Seng dan Khadijah Alavi. Di dalam buku ini, terdapat beberapa tajuk

yang menarik mengenai penderaan kanak-kanak yang semakin berleluasa berlaku di

Malaysia. Namun, saya hanya mengambil tiga isu berdasarkan topik yang ada di dalam

buku ini sebagai ulasan kritik. Antaranya ialah :

Berdasarkan undang-undang yang telah digubal dan diluluskan oleh negara mengikut

Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947, penderaan kanak-kanak ialah mereka yang

tidak dijaga hak keperluan sepenuhnya sehingga menjejaskan pertumbuhan dan

kesihatan serta emosi. (m/s 21)

Berdasarkan isu di atas, saya bersetuju dengan kenyataan tersebut yang mana

penderaan kanak-kanak akan dianggap sebagai penderaan apabila kanak-kanak

tersebut menghadapi ancaman yang boleh memudaratkan dirinya sendiri. Pelbagai

bentuk ancaman yang boleh kita tafsirkan seperti memperkosa, dicederakan, dipaksa

bekerja dalam umur masih muda dan juga diperhambakan. Hal ini disokong oleh

Clinard dan Meier (1985) yang menyatakan penderaan boleh dilakukan oleh ibu bapa

atau penjaga yang mencederakan tubuh kanak-kanak, memperkosa, memaksa kanak-

kanak bawah umur bekerja, membenarkan mengemis dan mendedahkan mereka

kepada bahaya moral sehingga menjejaskan pertumbuhan atau kesihatan emosi dan

fizikal mereka.

Di samping itu, penderaan kanak-kanak juga tidak terbatas pada situasi kanak-

kanak, ibu bapa atau penjaga, tetapi juga termasuk sesiapa sahaja yang diamanahkan

dalam penjagaan dan pengawalan kanak-kanak seperti pembantu rumah, saudara-

mara, jiran atau guru-guru. Kajian mengenai penderaan adalah rumit dan kompleks.

Salah satu sebab kekeliruan dalam kalangan masyarakat ialah mengenai definisi

penderaan kanak-kanak. Contohnya memukul anak. Tindakan ini boleh dianggap

sebagai tindakan disiplin daripada ibu bapa terhadap anaknya dari satu segi dan dari

segi yang lain dilihat sebagai penderaan. Oleh itu, penderaan kanak-kanak sangat

bergantung kepada pemahaman dan penerimaan masyarakat terhadap definisi

penderaan.

Setiap kanak-kanak haruslah dijaga dan diberi perlindungan oleh golongan

dewasa. Hal ini demikian kerana kanak-kanak ini masih kecil, lemah dan tidak berupaya

untuk menyara kehidupannya sendiri tanpa bantuan daripada orang lain. Sekiranya ia

berlaku, maka kehidupan kanak-kanak akan terumbang-ambing dan mungkin akan

terjerumus ke lembah yang tidak sepatutnya. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga

menerusi Deklarasi Hak Kanak-kanak telah membuat penegasan bahawa setiap kanak-

kanak harus dipenuhi segala keperluan asasnya serta diberikan perlindungan daripada

sebarang pengabaian, kekejaman dan eksploitasi. Namun, jika dilihat di negara Bosnia,

Somalia dan Palestin, kanak-kanak terus-menerus menjadi mangsa penderaan oleh

orang dewasa. Kanak-kanak di negara itu juga tidak diberi penjagaan mengenai hak

keperluan asasnya. Oleh yang demikian menyebabkan ramai kanak-kanak telah

diserang penyakit seperti taun, malaria, kekurangan zat makanan dan kebuluran.

Sesungguhnya, kanak-kanak memerlukan perlindungan dan jagaan yang sempurna,

termasuk perlindungan undang-undang kerana mereka masih belum matang dari segi

zahir dan batin serta perlu dilindungi hak asasi mereka. Kanak-kanak seharusnya

menikmati satu keadaan yang selamat di mana sahaja mereka berada. Mereka harus

dibesarkan dalam keadaan sihat, tenteram dan ibu bapa serta guru-guru mereka perlu

memberi perlindungan yang sepenuhnya

Walau bagaimanapun, di negara kita, kes yang dilaporkan oleh Jabatan

Kebajikan Masyarakat Malaysia dari tahun 2002 sehingga 2007 menunjukkan bahawa

kes-kes yang dilaporkan tidak statik dan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Kes penderaan di Selangor telah meningkat pada tahun 2002, tetapi pada tahun 2003

dan 2005 menurun kepada 368 kes dan 446 kes sahaja. Namun dari tahun 2005 hingga

2007, kes penganiayaan kanak-kanak telah meningkat secara drastik dari 446 kes

kepada 816 kes. Begitu juga di Kuala Lumpur menunjukkan peningkatan kes daripada

269 kes kepada 444 kes pada jarak tahun yang sama. Ini menunjukkan bahawa

peningkatan 50% kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak dalam jangka masa 2

tahun. Secara keseluruhan, kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak di Malaysia

menunjukkan peningkatan secara drastik setiap tahun daripada 2002 sehingga 2007

dan dijangkakan akan terus meningkat. Pada pendapat pengkaji, turun-naik atau

peningkatan jumlah kes yang dilaporkan tidak setimpal dengan kesan terhadap fizikal,

kognitif dan emosi mangsa yang memikul beban penderaan serta penganiayaan dan

ianya harus dibendung dengan segera.

Seterusnya, penderaan fizikal yang berlaku ke atas kanak-kanak merupakan salah satu

sub topik di bawah penderaan kanak-kanak. Antara isunya ialah:

Penderaan fizikal adalah merujuk kepada kecederaan secara sengaja hasil daripada

tindakan atau layanan yang tidak wajar, salah, bahaya dan menghancurkan.

Kenyataan ini adalah benar kerana penderaan fizikal boleh dianggap sebagai

satu fenomena sosial yang didefinisikan sebagai keganasan secara fizikal di mana

tindakan boleh menyebabkan kecederaan otak, lebam yang teruk, kecacatan anggota

tubuh, retak, patah tulang, lecur atau terbakar, dicucuh dengan puntung rokok dan

sebagainya. Di Malaysia, kebanyakan bentuk penderaan fizikal dilakukan dengan

menggunakan rotan, tali pinggang, batang kayu, getah, ubat nyamuk dan cecair panas.

Tidak hairanlah, kecederaan yang dialami hasil daripada penderaan fizikal

menyebabkan luka-luka, lebam, parut, calar dan sebagainya pada tubuh badan kanak-

kanak. Menurut pakar perubatan mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan

yang boleh menyebabkan kecederaan seperti pendarahan otak (Birrell & Birrell 1968),

lebam yang teruk (Silverman 1968 dan Cafey 1972), kecacatan akibat penderaan fizikal

(Camerin 1972), retak dan patah tulang (O’Neil et al. 1973), bekas gigitan (Sims et al.

1973), lecur dan terbakar dicucuh puntung rokok (Smith & Hanson 1974). Di samping

itu, Oates (1993:57) membuktikan penderaan fizikal boleh membawa maut kepada dua

kumpulan kanak-kanak iaitu kanak-kanak cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak

cacat akibat penderaan tersebut.

Salah satu kes penderaan fizikal yang pernah berlaku ialah:

“Ibu saya masih dalam pantang, ayah seorang penagih dadah – dah lapan kali

keluar masuk penjara. Keluarga saya tinggal di sebuah bilik kecil [8 kali 6 kaki]. Saya

[12 tahun] terpaksa menyara ibu dan adik saya yang berumur 7 tahun dan 4 tahun.

Sejak umur saya 10 tahun, saya bekerja di pasar malam sebagai pencucuk sate. Wang

gaji saya digunakan untuk perbelanjaan rumah, sewa rumah dan kadang kala ayah

memintanya untuk membeli dadah. Jika tidak diberi, saya dan adik dipukul, ibu juga

dipukul kerana melindungi saya dan adik dari dipukul ayah. Pada suatu tengah hari,

ketika saya sedang bermain, ayah tiba-tiba menjadi bengis apabila ibu berbincang

mengenai pekerjaan saya dengan ayah. Saya diheret dari tempat permainan dan

dipukul dengan tali pinggang dan ditumbuk dengan batu lesung. Kali ini saya tak dapat

melarikan diri, apabila ayah marah. Ibu bawa saya ke balai polis dan melaporkannya.

Pihak polis pula telah bawa saya ke hospital ini.” (Shuaime, 12 tahun).

Secara kasarnya, melalui kes penderaan yang dilalui oleh Shuaime ini, tabiat

penagihan bapa mangsa dera ini telah membuat mereka sekeluarga hidup dalam

kesusahan dan selalu berpindah-randah. Perhubungan di antara ahli juga keluarga

mangsa adalah tidak harmoni dan adik-beradik mangsa mempunyai perasaan benci

dan takut kepada bapa mereka. Di samping itu juga, mangsa dera tersebut telah

bekerja sejak umur 10 tahun untuk menanggung nafkah keluarganya. Hal ini sepatutnya

tidak boleh berlaku kerana kanak-kanak ini masih di bawah umur dan tidak layak untuk

bekerja apatah lagi menyara serta mencari nafkah terhadap keluarganya. Malahan

pengabaian mengenai keperluan asas kanak-kanak ini berserta dengan keluarganya

juga berlaku akibat daripada tindakan bapa yang tidak bertanggungjawab ke atas

keluarganya sendiri. Menurut Ammerman dan Hersen (1990), pengabaian kanak-kanak

merujuk kepada pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanak dari segi keperluan asas

seperti keselamatan, makanan berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal.

Tambahan lagi, jika dibandingkan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak

perempuan, kanak-kanak perempuan kerap menjadi mangsa penderaan fizikal kerana

kanak-kanak ini dianggap golongan yang pasif, tidak pandai melawan, lembut dan

sensitif. Kebiasaannya, kecederaan fizikal yang dialami oleh kanak-kanak perempuan

adalah lebam dan kesakitan akibat dipulas, dipukul dan dirotan.

Isu seterusnya ialah :

Langkah-langkah pencegahan ialah mengadakan satu kawalan dan perlindungan

kepada kanak-kanak yang berisiko tinggi supaya mereka tidak terus-menerus menjadi

mangsa deraan. Ini dapat dilakukan menerusi penganjuran aktiviti-aktiviti sosial yang

bertujuan untuk mengurangkan kadar bilangan kes dan kejadian yang berlaku dalam

masyarakat. (m/s 140)

Saya bersetuju dengan pernyataan di atas di mana langkah pencegahan

merupakan salah satu inisiatif yang perlu dijalankan oleh pelbagai pihak bagi mengatasi

masalah penderaan ini. Pada bulan Mac 2010 yang lalu, negara dikejutkan dengan

berita mengenai kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun. Kanak-kanak ini

telah menjadi mangsa penderaan teman lelaki kepada ibu kandung sendiri.

Allahyarham adik Syafia Humairah Sahari telah didera dengan kejam sehingga

mengalami kecederaan dalaman yang kritikan sehingga menyebabkan kematian.

Pendera tersebut telah didapati bersalah dan telah dijatuhi hukuman mati oleh

mahkamah. Kejadian ini sepatutnya tidak boleh diambil ringan oleh semua pihak dan

seharusnya ditangani dengan kadar yang segera. Oleh itu, pelbagai langkah

pencegahan haruslah dijalankan. Apabila masalah penderaan kanak-kanak dapat

diselesaikan, maka kadar berlakunya penderaan di setiap negara akan semakin

berkurangan dan kesejahteraan kanak-kanak akan lebih terjamin. Kanak-kanak akan

hidup dalam dunia keseronokan mereka tanpa perlu memikirkan hukuman yang bakal

mereka terima sekiranya mereka melakukan kesalahan. Keperluan asas mereka juga

akan dipenuhi dan tidak terabai..

 Penganjuran sesuatu aktiviti yang bertemakan keluarga juga adalah salah satu

cara terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti-aktiviti

kekeluargaan ini akan menyebabkan sesebuah institusi kekeluargaan akan lebih

harmoni dan bertambah erat. Jadi, masalah penderaan kanak-kanak tidak akan

berlaku. Ibu bapa akan sentiasa bertanggungjawab dalam memastikan anak mereka

dalam keadaan yang baik dan tidak berada dalam situasi keluarga yang tertekan. Nilai-

nilai murni akan dipupuk di dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa akan menjadi ‘role

model’ kepada anak-anak dengan mempamerkan imej yang baik.

Selain itu juga, pendekatan kaunseling yang dianjurkan oleh pihak-pihak

kerajaan dan swasta serta pihak sekolah dan pihak institut juga membuka jalan

penyelesaian bagi mengatasi masalah ini dengan sebaiknya. Kaunseling merupakan

salah satu cabang ilmu yang haruslah dimulakan pada peringkat persekolahan dan

tidak tertumpu pada pembinaan kerjaya tetapi juga harus menitikberatkan kesihatan

emosi seseorang itu. Kini, di setiap sekolah dan institut telah mempunyai seorang guru

kaunseling atau kaunselor yang ditugaskan untuk membantu dan membimbing para

pelajar dalam menangani isu permasalahan yang dihadapi. Peranan kaunselor ini

sangat penting dalam membantu perkembangan psikologi pelajar secara sihat.

Tambahan lagi, kes penderaan kanak-kanak bukan lagi menjadi tugas teras

Jabatan Kebajikan Masyarakat, malahan Kementerian Pelajaran Malaysia juga

ditugaskan untuk menggalas tanggungjawab dalam mengambil langkah yang proaktif

dan efektif untuk menangani masalah penderaan yang semakin serius dalam

masyarakat kita. Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita,

keluarga dan Masyarakat perlu berganding bahu dengan Kementerian Pelajaran

Malaysia dalam mengorak langkah merancang satu strategi program penyediaan

latihan kemahiran dan peningkatan pengetahuan yang sewajarnya kepada guru-guru,

pentadbir sekolah, pihak persatuan ibu bapa dan komuniti setempat dalam

mengendalikan kes penderaan kanak-kanak. Selain itu juga, langkah pencegahan

seperti memperkenalkan skim jawatan pekerja sosial di sekolah serta mewajibkan

sekurang-kurangnya seorang pekerja sosial di hantar ke setiap sekolah bagi membantu

pihak sekolah menangani kes-kes yang melibatkan kanak-kanak yang didera dan

teraniaya.

Rujukan

Amla Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat. (2006). Bimbingan dan kaunseling sekolah.

Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ann Wang Seng & Khadijah Alavi. (1997). Penderaan Kanak-kanak di Malaysia. Shah

Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Khadijah Alavi. (2007). Penderaan kanak-kanak; cabaran, cegahan dan membantu.

Kuala Lumpur: Unit Penerbitan Institut Sosial Malaysia Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Laporan Akhbar Mingguan Malaysia, 28 Februari 2010

Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2008.

http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=1135

http://azemi09.wordpress.com/2010/02/28/esei-membanteras-penderaan-ke-atas-kanak-

kanak/

PENGARUH MEDIA TERHADAP REMAJA

OLEH :NADIA AMIRA AMIR

Dalam menuju Wawasan 2020, terdapat banyak cabaran dan dugaan yang

terpaksa ditempuh oleh semua pemimpin di negara ini. Dewasa ini, jika kita lihat media

massa mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kalangan remaja. Sebut tentang

internet, televisyen, dan radio. Semua orang tahu.

Berdasarkan buku pertama yang saya kaji bertajuk Pengaruh Media Terhadap

Remaja, saya sangat bersetuju dengan penulis bahawa remaja sangat terpengaruh

dengan media. Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi ke-empat, media ialah alat atau

perantara komunikasi (perhubungan) seperti radio, televisyen dan akhbar. Secara

amnya, pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi ini dapat menyampaikan

maklumat dan berita kepada orang ramai dengan cepat.

Menurut Purnawati dan Eldarni (2001), media merupakan segala sesuatu yang

dapat digunakan untuk menyalurkan pesan dan pengirim ke penerima sehingga dapat

meransang fikiran, perasaan dan perhatian serta minat sehingga terjadi proses belajar.

Media massa merupakan satu bahagian daripada media seperti radio,

televisyen dan internet yang dapat mencapai khalayak yang besar seperti penduduk

sesebuah negara. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1920an dengan kemajuan

rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah yang diedarkan besar-

besaran. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku dan manuskrip sudah

digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam mempunyai makna yang sama:

Media massa merupakan satu bahagian daripada media seperti radio, televisyen

dan internet yang dapat mencapai khalayak yang besar seperti penduduk sesebuah

negara. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1920an dengan kemajuan rangkaian radio

yang luas, dan surat khabar dan majalah yang diedarkan besar-besaran. Tetapi,

beberapa bentuk media massa seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak

berkurun lamanya.

Dalam penulisan ini, penulis mengajak pembaca menyelami isu pengaruh

internet yang berleluasa dalam kalangan remaja dewasa ini. Saya membuat kesimpulan

terhadap diri saya sendiri. Saya juga tidak lari dari terpengaruh dengan internet ini.

Menurut Nadia Amira Amir (2009), dalam konteks masyarakat hari ini, internet

telah menjadi sebahagian daripada norma kehidupan masyarakat terutamanya dalam

proses komunikasi dan juga sebagai satu sumber untuk mendapatkan maklumat dan

berita semasa baik bersifat tempatan mahupun di luar negara.

Melihat kepada perkembangan ini, internet bakal melahirkan generasi baharu,

kanak-kanak dan juga orang dewasa yang akan mempunyai lebih banyak kebebasan

untuk berfikir dan ia sebenarnya akan memberikan satu kesan yang besar kepada

masyarakat kini. Berada di depan komputer dengan tangan menekan kekunci

computer, segala maklumat yang dikehendaki akan dipaparkan di skrin komputer.

Singkat, pantas dan menjimatkan masa adalah ciri-ciri yang berada pada internet.

Saya juga bersetuju dengan penulis yang menyatakan bahawa internet sangat

berfaedah dalam pendidikan. Sesuatu yang diharapkan oleh pihak kerajaan ialah

supaya penggunaan internet yang meluas dalam kalangan pelajar mampu melahirkan

generasi yang maju dalam teknologi maklumat pada masa akan datang. Keadaan ini

juga menjadikan pengajaran dan pebelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan

bagi para peljar.

Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat

menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika

komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu

menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan

pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa internet dan komputer dapat

memperkayakan teknik pengajaran.

Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang

perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi

peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad

grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).

Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus

bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan internet berinteraksi dengan pengguna

membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara

lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan internet boleh bekerja pantas

serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan

tepat. Penggunaan internet ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan

komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana

internet dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari

atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu

contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang

berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era

teknologi maklumat dan komunikasi.

Jadi, dengan penggunaan internet, keadaan ini sudah pasti akan memberi

banyak kelebihan kepada guru mahupun kepada murid. Internet akan memberi banyak

maklumat dan rujukan tambahan kepada para pelajar yang sekali gus dapat

meningkatkan pengetahuan mereka. Dalam pada itu, proses pengajaran dan

pembelajaran bertambah baik.

Untuk pengetahuan guru pula, internet telah menyediakan latihan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) bagi membolehkan mereka melaksanakan integrasi

ICT dengan lebih yakin dan sekali gus dapat meningkatkan kepelbagaian kaedah

pengajaran dalam kelas dengan lebih produktif.

Di samping itu, penulis juga mengajak pembaca menyelami penyalahgunaan

internet dalam kalangan remaja sekarang. Seperti yang kita tahu, tidak semua perkara

positif yang dibawa oleh internet. Terdapat beberapa pihak yang tidak

bertanggungjawab menggunakan internet sebagai medium untuk merosakkan akidah

remaja sekarang ini.

Leftenan (Lt.) Kolonel Husin Jazri, Pengarah Pusat Keselamatan ICT dan Tindak

balas Kecemasan Kebangsaan (NISER), menyatakan bahawa buat masa ini tidak ada

satu definisi ancaman keganasan atau penyalahgunaan yang sesuai dan diterima pakai

oleh semua. Beliau berkata, adalah lebih baik kita gunakan istilah ``ancaman siber'' dan

tidak ``ancaman keganasan siber'' kerana ancaman siber walaupun tidak semestinya

ganas, mampu membawa implikasi yang buruk secara global dalam masa yang amat

singkat. (Utusan Malaysia, Februari 2004).

Internet merupakan gedung ilmu yang tiada sempadan dan tiada tepinya.Tidak

dinafikan lagi penggunaannya memberi banyak faedah kepada pengguna.Namun

begitu,internet juga dapat memerangkap minda remaja marcapada ini terpengaruh

dengan dunia maya.Unsur-unsur negatif seperti,bahan lucah dan aksi ganas

dipaparkan melalui skrin komputer memberi impak negatif yang besar pada anak watan

negara ini dan mampu membawa padah.

Menurut penganalisa Michelle Weil (2011), seorang pakar psikologi dan

pengarang buku terkenal, memberikan contoh konkrit tentang seorang gadis yang

dijauhi oleh teman-temannya lalu kemudian menghabiskan masanya dengan dengan

memujuk diri berchatting ria dengan manampilkan karakter yang sangat berbeza

dengan karakter aslinya.

Lama-kelamaan, dia semakin jauh daripada kenyataan sosial yang ada, bahkan

tidak mampu menerima diri sendiri seadanya. Reid Steere, seorang sosiologi dari Los

Angeles mengatakan, jika seseorang menggunakan internet sebagai media eksplorasi

diri, mereka akan menjadi hilang keyakinan terhadap diri mereka sendiri. Perkara

seperti ini perlu dijauhi oleh semua lapisan masyarakat supaya mereka tidak terjebak

dengan perkara yang negatif seperti ini.

Saya juga berasa sangat setuju dengan pendapat penulis bahawa

penyalahgunaan internet yang terbesar ialah penyebaran bahan lucah dan pornografi.

Fauziah Abd Ralip dalam bukunya yang berjudul Permasalahan Remaja dan Kaedah

Mengatasinya (2003) menyatakan bahawa pornografi tidak akan menjadi masalah bila

ia tidak membawa dampak negatif bagi masyarakat. Lebih-lebih lagi bagi masyarakat

yang tidak menjunjung tinggi nilai-nilai kesusilaan dan moral agama.

Bagi saya, naluri itu ada pada setiap manusia normal. Naluri itu memerlukan

kepuasan. Sekalipun jika tidak dipenuhi tidak akan membawa kepada kematian, namun

menimbulkan keresahan di dalam diri. Lantaran itu, ajaran Islam melarang kita

melakukan perbuatan yang dimungkari tuhan, termasuk masalah seksual ini.

Menurut Internet Filter Review (2004) di Malaysia berbanding wanita, lelaki

adalah populasi utama yang mengunjungi laman web yang berunsurkan erotic

sepanjang Ogos 2003 iaitu 65 % dengan purata masa kunjungan lima minit. Daripada

jumlah tersebut, 72% mengunjungi daripada rumah dan 28% dari tempat mereka

bekerja.

Jika kita lihat fakta tersebut, Malaysia kini sudah diancam dengan

penyalahgunaan internet di tahap yang membimbangkan. Keadaan ini perlu dipantau

dan dikawal supaya minda dan perlakuan generasi muda tidak terus hanyut sehingga

membawa mereka terjebak dalam gejala social yang tidak diingini.

Jika kita sekarang ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sentiasa

memantau kandungan Internet yang bersifat lucah, menghasut, menipu atau

mengandungi unsur jenayah. (MyMetro 14 April 2012). Perkara ini sangat baik kerana

dengan adanya usaha seperti ini, gejala tidak sihat seperti penyalahgunaan internet

dapat dikurangkan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Konklusinya, dalam konteks masyarakat hari ini, internet telah menjadi

sebahagian daripada norma kehidupan masyarakat terutamanya dalam proses

berkomunikasi dan juga sebagai suatu sumber untuk mendapatkan maklumat dan

berita baik bersifat tempatan mahupun luar negara. Internet juga boleh menjadi tempat

utama untuk merosakkan akidah remaja pada masa kini.

Seterusnya,akibat daripada penyalahgunaan internet,ini akan membantutkan

misi negara untuk mencapai wawasan 2020 sekaligus menyekat pembangunan negara

untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama yang unggul.Kesannya negara kita

akan kehilangan tonggak peneraju negara.Dengan mudah musuh luar dapat menakluk

negara kita jika tiada pemimpin yang berkaliber dan bijaksana.Dalam pada itu,ekonomi

negara turut terjejas bak kata pepatah melayu ” cubit paha kanan,paha kiri terasa

juga”.Natijahnya,kemerosotan ekonomi memandu negara ke arah kemiskinan.

Nama negara yang gah di mata dunia tercalar akibat daripada rakyatnya yang

terperangkap oleh alam maya dan kerajaan gagal untuk melahirkan modal

insancemerlang seperti yang digariskan dalam wawasan 2020.Negara kita akan

dipandang rendah oleh negara membangun lain jika hal sedemikian terus berleluasa.Di

manakah semangat remaja untuk membantu negara?Menurut statistik,pelajar

cemerlang yang dilahirkan semakin merosot dari tahun ke tahun.Adakah ini tanda-tanda

awal yang membawa negara ke arah hari kekalahan?

Bangunlah wahai ummah.Pihak berkuasa,pihak sewasta atau semua pihak

harus berganding bahu dalam mencegah hal sedemikian dan jangan bersikpa

meterialistik dan individualistik.Anak watan peneraju negara harus dibentuk dengan

acuan yang betul agar tidak dipenjara oleh diri sendiri akibat daripada sikapt diri.