menurut kamus dewan.docx

11
Menurut Kamus Dewan (2005:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40) menyatakan bahawa “fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu”. Oleh yang demikan, dapatlah difahami bahawa kajian fonetik lebih tertumpu kepada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri manakala fonologi pula ialah kajian tentang fungsi-fungsi bunyi bahasa. Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut bahasa lisan pertuturan, kalimat atau ujaran. Terdapat sebilangan orang berupaya menginterpretasikan perkara yang dituturkan oleh orang lain dengan cara membaca pergerakan bibir penutur. Walau bagaimanapun, terdapat permasalahan dalam hal ini kerana terdapat sebilangan yang lain pula mempunyai pergerakan bibir yang tidak menepati ujaran yang dilafazkannya. Banyak faedah yang diperolehi dengan mempelajari ilmu fonetik dan fonologi ini. Antaranya ialah kita dapat mengetahui bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dtuturkan. Contohnya bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa Melayu dihasilkan. Mempelajari ilmu fonetik dan fonologi ini juga dapat membantu kita mengenali alat-alat artikulasi yang terlibat dan daerah mana pada alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa Melayu. Kesimpulannya, dengan adanya ilmu pengetahuan tentang fonetik dan fonologi ini sedikit sebanyak dapat memperluaskan ilmu guru bahasa Melayu untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajarannya. Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message | Forum 1 Fonetik Mama Re : FORUM 1 01 Oct 2012 09:32:06 PM Posted By : Rogayah Binti Abdul Hamid 01 Oct 2012 06:50:33 PM Reply To : Noor Azlin Bt Lope Keman Hakim

Upload: nicole-schmidt

Post on 11-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Menurut Kamus Dewan (2005:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Oleh yang demikan, dapatlah difahami bahawa kajian fonetik lebih tertumpu kepada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri manakala fonologi pula ialah kajian tentang fungsi-fungsibunyi bahasa.Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut bahasa lisan pertuturan, kalimat atau ujaran. Terdapat sebilangan orang berupaya menginterpretasikan perkara yang dituturkan oleh orang lain dengan cara membaca pergerakan bibir penutur. Walau bagaimanapun, terdapat permasalahan dalam hal ini kerana terdapat sebilangan yang lain pula mempunyai pergerakan bibir yang tidak menepati ujaran yang dilafazkannya.Banyak faedah yang diperolehi dengan mempelajari ilmu fonetik dan fonologi ini.Antaranya ialah kita dapat mengetahui bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dtuturkan. Contohnya bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa Melayu dihasilkan. Mempelajari ilmu fonetik dan fonologi ini juga dapat membantu kita mengenali alat-alat artikulasiyang terlibat dandaerah mana pada alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa Melayu.Kesimpulannya, dengan adanya ilmu pengetahuan tentang fonetik dan fonologi ini sedikit sebanyak dapat memperluaskan ilmu guru bahasa Melayu untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajarannya.

Attachment :No File Attach...

|Reply to This Message| Print Message|

Forum 1 Fonetik Mama

Re : FORUM 101 Oct 2012 09:32:06 PM

Posted By:Rogayah Binti Abdul Hamid01 Oct 2012 06:50:33 PM

Reply To:Noor Azlin Bt Lope Keman Hakim

Attachment:No File Attach

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..Memang betul pandangan saudari tentang faedah mempelajari ilmu fonetik dan fonologi sepertidapat mengetahui bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan. Ilmu ini juga akan memudahkan kita sebagai guru untuk mengucapkan bunyi , huruf, perkataan dan seterusnya ayat dengan betul dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui pengetahuan tentang organ artikulasi juga membolehkan kita mengetahui alat yang terlibat dalam penghasilan sesuatu bunyi seperti lidah, mulut, pita suara dan sebagainya lagi.

|Reply to This Message|Print Message|

Re : FORUM 103 Oct 2012 12:52:58 AM

Posted By:Nadzrah Binti Bakia01 Oct 2012 06:50:33 PM

Reply To:Noor Azlin Bt Lope Keman Hakim

Attachment:No File Attach

A'salam,Dapatlah saya simpulkan bahawa bidang Fonetik dan Fonologi ini sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji fungsi-fungsi bunyi sesuatu bahasa dan sistem bunyi sesuatu bahasa yang dibentuk.Bunyi bahasa yang diujar/dihasilkan oleh manusia meliputi beberapa bahagian pancaindera seperti sistem artikulasi yang berperanan dalam pengeluaran bunyi vokal dan konsonan dengan alat tutur seperti lidah,gusi,bibir,laluan udara dan sebagainya.Fonetik akustik pula adalah berkenaan gelombang bunyi dan cara gelombang tersebut mencapai pendengaran manusia seperti frekuensi kuat dan jarak bunyi.Sistem auditori pula melibatkan bunyi 'desis' yang berdesing dan boleh didengar dengan kuat oleh telinga.Peranan vokal,konsonan dan diftong bahasa Melayu sangat penting untuk menghasilkan bunyi sebutan dan fonem yang betul dalam menerbitkan makna.Pengetahuan dan manfaat mempelajarai ilmu ini sangatlah berguna kepada para guru,pelajar dan pengguna bahasa agar bunyi yang diujar dapat difahami oleh pendengar dalam proses komunikasi amnya.Pembelajaran berkaitan fonemik juga dapat mendedahkan para pelajar tentang penggunaan dan saluran yang betul sewaktu pertuturan seperti penggunaan alat-alat artikulasi tadi,secara tidak langsung ada elemen merentas bahasa di situ.Pendek kata fonetik fonologi adalah"The study and classification of speech sounds", The Penguin Dictionary(2004:1046)

Secara ringkasnya pada pendapat saya,fonetik boleh didefinisikan sebagai mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi penyebutan , pendengaran atau amnya pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi. Manakala fonologi pula ialah bidang pengkajian yang melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. mempelajari kedua-dua bidang ini dapat memberikan banyak faedah. Kita dapat mempelajari bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan atau terbentuk..seperti bunyi vokal..Kita juga dapat mempelajari cara sebutan atau pengucapan yang betul dan tepat.Mempelajari Fonetik dan fonologi juga dapat membantu para pelajar menggunkan bahasa yang standard atau bahasa Melayu Baku.Secara tidak langsung dapat memartabatkan lagi bahasa Melayu . Seterusnya kita dapat meningkakan kefahaman tentang penggunaan alat artikulasi dalam pengucapan kita.

Attachment :No File Attach...

|Reply to This Message| Print Message|

Re : Forum 104 Oct 2012 10:54:22 AM

Posted By:Nor Ashikin Binti Daross04 Oct 2012 08:51:12 AM

Reply To:Awang Bin Ismail

Attachment:No File Attach

Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.Dalam bidang fonetik, terdapat tiga aspek kajian yang dilakukan, iaitu:(i) fonetik artikulasi(ii) fonetik akustik(iii) fonetik auditoriFonologi pula dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Maksudnya bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa. Dengan ini kita dapat mengenali alat artikulasi yang sebenar dalam penghasilan bunyi huruf vokal mahupun konsonan.

|Reply to This Message|Print Message|

Re : Re : Forum 104 Oct 2012 10:46:12 PM

Posted By:Rosman Bin Tahir04 Oct 2012 10:54:22 AM

Reply To:Nor Ashikin Binti Daross

Attachment:No File Attach

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Saya bersetuju dengan pendapat cikgu ,bagi saya Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi.Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologiboleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan.Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan.Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan :The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology .Bidang ini juga umumnya disebut sebagai fonemik atau functional phonetics .Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat.Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik.

Forum 2 mmaSaya ingin menambah tentang daerah artikulasi iaitu kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan apabila menyentuh daerah arikulasi yang berlainan. Penamaan bunyi-bunyi bahasa adalah berdasarkan kepada cara sesuatu bunyi itu dihasilkan. Ini melibatkan alat dan daerah yang disentuh oleh alat artikulasi tersebut. Contohnya, apabila hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi dan lelangit lembut pula menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi ( t ).

|Reply to This Message|Print Message|

Re : FORUM 212 Nov 2012 10:32:00 PM

Posted By:Rohani Binti Ali24 Oct 2012 01:38:42 PM

Reply To:Rosni Binti Ab Samat

Attachment:No File Attach

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu. Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripadalidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.Kesemua alat yang dinyatakan di atas berfungsi bagi menghasilkan bunyi bahasa ( vokal, konsonan dan diftong ) yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat. Tegasnya bunyi bahasa merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam pertuturan. Bunyi-bunyi bukan bahasa pula adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat tutur ( artikulasi ) manusia tetapi masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia ini. Contoh-contoh bukan bunyi bahasa ialah bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi orang berdehem, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang kedinginan (menggigil) dan sebagainya.

Alat artikulasi atau alat atau rongga, berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa atau alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri daripada lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.Antara alat artikulasi utama dan fungsinya seperti jadual di bawah:Alat artikulasiFungsi

1. Bibir- menyekat perjalanan udara- bibir bawah boleh menutup rongga mulut dengan merapatkan bibir atas atau gigi atas- bunyi letupan dan geseran dikeluarkan menggunakan bibir bawah.

2. Lidah- hujung lidah- tengah lidah- belakang lidah- membuat sekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut.- bahagian tengah dan belakang lidah digunakan dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal.- hujung lidah bahagian paling aktif untuk menyekat perjalanan udara.

3. Gusi- terletak antara gigi dan lelangit keras- daerah artikulasi dan dibantu oleh hujung lidah dalam pengeluaran bunyi

4. Lelangit- lelangit keras- lelangit lembut- lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi- lelangit lembut berfungsi sebagai daerah pengeluaran. Boleh dinaik dan diturunkan. Jika diturunkan, rongga mulut tertutup dan bunyi yang keluar ialah sengau dan sebaliknya.

5. Anak tetak- terletak di bahagian belakang rongga mulut-bersama-sama lelangit lembut untuk menentukan bunyi sengau atau tidak kerana strukturnya yang boleh dinaik dan diturunkan.

6. Gigi- menahan udara daripada keluar bebas daripada rongga mulut.

7. Rongga- rongga mulut- rongga hidung- bahagian lapang yang menjadi laluan dari paru-paru- rongga boleh dibuka dan ditutup oleh anak tekak dan lelangit lembut.

8. Pita suara- menentukan bunyi suara atau tidak melalui penyempitan atau renggangan glottis. Penyempitan glottis akan menghasilkan bunyi bersuara kerana berlaku getaran.

9. Rahang-kedudukan rahang penting dalam proses membunyikan vokal. Vokal [i] dan [u] dua rahang disempitkan manakala vokal [a] dan [o] terbuka luas.

10. Paru-paru- Sumber terjadinya suara melalui pengaliran keluar udara.

Attachment :No File Attach...

|Reply to This Message| Print Message|

Re : ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN FUNGSINYA16 Oct 2012 10:26:40 PM

Posted By:Rosman Bin Tahir16 Oct 2012 03:29:43 PM

Reply To:Sazlinda Bt. Abdul Karim

Attachment:No File Attach

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,bagi saya artikulasi ialah alat yang terlibat dalam penghasilan bunyi supaya kita dapat menggunakan pengetahuan tentang alat-alat dan cara penghasilan bunyi fonem bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, sebagai guru bahasa Melayu kita haruslah dapat menggunakan pengetahuan tentang fonem segmental dan suprasegmental dalam pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Hal ini akan memudahkan kita membetulkan kesilapan sebutan yang dilakukan oleh murid-murid kita terutama sebutan fonem yang sukar dihasilkan oleh mereka yang menuturkannya sebagai bahasa kedua.

|Reply to This Message|Print Message|

Re : ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN FUNGSINYA21 Oct 2012 11:58:58 AM

Posted By:Mas Aiu Bt Che Am16 Oct 2012 03:29:43 PM

Reply To:Sazlinda Bt. Abdul Karim

Attachment:No File Attach

1.Bibir atas11.Tengah lidah

2.Bibir bawah12.Belakang lidah

3.Gigi atas13.Akar lidah

4.Gigi bawah14.Epiglotis

5.Gusi15.Pita suara

6.Lelangit keras16.Rongga tekak

7.Lelangit lembut17.Rongga Hidung

8.Anak tekak18.Rongga mulut

9.Hujung lidah19.Rahang

10.Hadapan lidah20.Tenggorok

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu di atas ini saya sertakan gambar kedudukan alat-alat artikulasi tersebut.

Farum 3