menjelajah maimunah aminuddin pengurusan bersama … bm.pdf · bertukar kerja di tempat lain. anda...

13
MENJELAJAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA bersama MAIMUNAH PENGAMBILAN PEKERJA Topik-topik utama dalam Ruang ini adalah: Perancangan Sumber Manusia dan Pengambilan Pekerja Tanggungjawab mendapatkan pekerja untuk organisasi adalah satu tugas utama pengurusan sumber manusia. Anda perlu laksanakan tugas ini dengan hati-hati. Menggajikan orang yang tidak sesuai adalah merugikan. Misalnya: 1. Pekerja yang tidak berkebolehan membuat kesilapan yang merugikan. 2. Pekerja yang tidak berkebolehan menyebabkan pelanggan lari. 3. Pekerja yang tidak berkebolehan menyusahkan rakan kerja yang mungkin berhenti kerja, dan ini menambahkan kos pengambilan. 4. Perkhidmatan pekerja yang tidak berkebolehan perlu diberhentikan dan ini boleh mengakibatkan tindakan undang-undang dan bayaran pampasan kepada pekerja berkenaan. 5. Pekerja yang tidak berkebolehan menyebabkan kemalangan. Maimunah Aminuddin merupakan seorang pensyarah, penulis terkenal dan perunding di bidang pengurusan sumber manusia. Tajuk buku beliau termasuk: Human Resource Management (2 nd ed, 2011, Oxford University Press) Malaysian Industrial Relations and Employment Law (7th ed, 2011, McGraw Hill) Termination of Employment: Understanding the Process (2010, CLJ Publication)

Upload: hadan

Post on 26-Mar-2019

273 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENJELAJAH Maimunah Aminuddin PENGURUSAN bersama … BM.pdf · bertukar kerja di tempat lain. Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan

MENJELAJAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA bersama MAIMUNAH PENGAMBILAN PEKERJA

Topik-topik utama dalam Ruang ini adalah:

Perancangan Sumber Manusia dan

Pengambilan Pekerja

Tanggungjawab mendapatkan pekerja untuk organisasi adalah satu tugas utama

pengurusan sumber manusia. Anda perlu laksanakan tugas ini dengan hati-hati.

Menggajikan orang yang tidak sesuai adalah merugikan. Misalnya:

1. Pekerja yang tidak berkebolehan membuat kesilapan yang merugikan.

2. Pekerja yang tidak berkebolehan menyebabkan pelanggan lari.

3. Pekerja yang tidak berkebolehan menyusahkan rakan kerja yang mungkin berhenti

kerja, dan ini menambahkan kos pengambilan.

4. Perkhidmatan pekerja yang tidak berkebolehan perlu diberhentikan dan ini boleh

mengakibatkan tindakan undang-undang dan bayaran pampasan kepada pekerja

berkenaan.

5. Pekerja yang tidak berkebolehan menyebabkan kemalangan.

Maimunah Aminuddin merupakan

seorang pensyarah, penulis terkenal dan

perunding di bidang pengurusan sumber

manusia. Tajuk buku beliau termasuk:

Human Resource Management (2nd ed, 2011, Oxford University Press)

Malaysian Industrial Relations and Employment Law (7th ed, 2011, McGraw Hill)

Termination of Employment: Understanding the Process (2010, CLJ Publication)

Page 2: MENJELAJAH Maimunah Aminuddin PENGURUSAN bersama … BM.pdf · bertukar kerja di tempat lain. Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan

Setiap pekerja yang diambil ke dalam perniagaan mesti mempunyai peranan yang jelas dan

mesti boleh jalankan kerja yang diberi. Pengambilan dan pemilihan yang cermat akan

membantu mencapai objektif ini. (PEMILIHAN akan dibincang di Ruang akan datang).

Malangnya kejayaan keputusan dalam pengambilan dan pemilihan tidak terjamin, walaupun

prosedur yang betul telah diikuti seperti digariskan dalam Ruang ini dan seterusnya.

PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

Dalam suasana yang diimpikan, anda akan sediakan satu pelan sumber manusia supaya

organisasi anda akan sentiasa mempunyai bilangan pekerja yang tepat pada bila masa

mereka diperlukan. Pelan yang tetap mungkin tidak sesuai dalam dunia perniagaan yang

cepat berubah sekarang. Dengan itu pihak pengurusan atasan sepatutnya ambil masa untuk

bincang bersama dan rangkakan pelan perniagaan disertakan dengan pelan kakitangan.

Sesi-sesi perancangan ini harus fokus kepada keperluan enam bulan hingga satu tahun yang

dianggap lebih berguna. Meniru kerajaan dengan mengadakan draf pelan 5-tahun adalah

tidak sesuai.

Tujuan pelan sumber manusia ialah untuk menentukan bilangan pekerja yang diperlukan

dalam tempoh berkenaan.

Sekiranya organisasi dijangka akan mempunyai

terlalu ramai pekerja, pemberhentian (retrenchment) atau

dengan apa cara lain pengkecilan bilangan pekerja mesti

dilakukan.

Sekiranya organisasi dijangka akan mengalami

kekurangan pekerja, langkah tertentu mesti diambil untuk

mendapatkan lebih pekerja atau cari sumber buruh yang

lain.

Sekiranya perniagaan tidak merancang untuk

perubahan besar, bilangan pekerja mungkin akan kekal.

Bagaimana pun, tindakan mesti diambil untuk

mengurangkan kemungkinan pekerja yang terbaik berhenti

dan meninggalkan organisasi anda.

Perancangan sumber manusia ialah untuk mengelakkan krisis:

Anda tidak mahu terlalu ramai staf. Memberhentikan staf adalah tugas yang

menyedihkan. Dalam jangka masa pendek ia mungkin juga mahal, kerana mereka

yang diberhentikan mesti dibayar faedah-faedah penamatan kerja. Jika perniagaan

Peringatan:

Menggajikan pekerja

baru tidak begitu susah;

Memberhentikan

pekerja adalah sangat

susah!

Page 3: MENJELAJAH Maimunah Aminuddin PENGURUSAN bersama … BM.pdf · bertukar kerja di tempat lain. Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan

meningkat setelah pemberhentian dilakukan, anda bukan sahaja mempunyai kurang

pekerja, tetapi mendapatkan pekerja baru menjadi lebih sukar kerana mereka

mungkin memboikot syarikat anda yang dikenali pernah membuang pekerja.

Anda tidak mahukan kekurangan pekerja hinggakan tidak dapat memenuhi pesanan

pelanggan seperti yang dijadualkan. Pelanggan akan cari pembekal lain jika ini

berlaku. Untuk mengatasi keadaan begini anda mesti ada satu pelan kontingensi.

Kenalpasti tugas utama dalam organisasi anda. Tugas utama ialah tugas di mana

sekiranya tidak ada pekerja, ia tetap mesti dijalankan. Jikalau tidak, pengeluaran atau

perkhidmatan akan terhenti.

Anda mesti pastikan bahawa, jika boleh, keperluan staf anda pada bila-bila masa sama

dengan bekalan yang ada.

Cadangan-cadangan mengenai pengambilan dan pemilihan dimasukkan dalam Ruang ini dan

Ruang akan datang. Bagaimana hendak lakukan pemberhentian pekerja akan diterangkan

dalam Ruang kemudian.

Keperluan Pengambilan Pekerja Baru

Adakah anda pasti bahawa pekerja baru diperlukan? Anda mahu elakkan mengambil pekerja

baru yang akan naikkan kos penggajian melainkan jika ia betul-betul perlu.

Sebelum memulakan proses pengambilan, anda dan pihak pengurusan anda perlu

mengambil kira beberapa kemungkinan berikut:

1. Bolehkah beban kerja disusun semula supaya tidak perlu mengambil pekerja baru?

2. Bolehkah kerja itu, yang bakal diberikan kepada pekerja baru, diberi kepada syarikat

lain? Bolehkah kerja itu dilakukan oleh seorang individu melalui kontrak untuk

perkhidmatan?

3. Adakah anda perlukan pekerja tetap atau bolehkah kerja itu ditawarkan melalui

kontrak jangkamasa pendek?

4. Adakah kerja yang ditawarkan dilakukan sepenuh masa atau separuh masa?

KEPERLUAN

=

BEKALAN

Page 4: MENJELAJAH Maimunah Aminuddin PENGURUSAN bersama … BM.pdf · bertukar kerja di tempat lain. Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan

Pengambilan hanya boleh dilakukan setelah mendapat persetujuan daripada ketua eksekutif

dan ketua jabatan yang membuat permintaan. Borang permintaan pengambilan selalunya

diperlukan apabila seorang ketua jabatan perlukan staf. Sediakan borang yang mudah untuk

ketua jabatan atau pegawai yang membuat permintaan pengambilan mengisi maklumat

seperti:

1. Nama beliau

2. Tarikh permintaan

3. Nama jawatan dan salinan keterangan tugas jawatan yang akan diisi

4. Alasan permintaan, iaitu menggantikan pekerja yang telah berhenti atau

pembesaran jabatan

5. Tarikh sasar pekerja baru akan mula kerja

Borang permintaan pengambilan ini mesti ditandatangani oleh pengurus yang membuat

permintaan dan juga oleh ketua eksekutif sebelum langkah seterusnya diambil dalam proses

pengambilan pekerja.

PENGAMBILAN

Pengambilan dan pemilihan ialah proses digunakan untuk mendapatkan pekerja. Dalam

Ruang ini, pengambilan akan dibincang, manakala pemilihan akan dibincang dengan teliti

dalam Ruang akan datang. Kedua proses ini bertujuan supaya anda mendapat pekerja yang

betul sesuai. Dengan itu, beberapa prosedur tertentu mesti diikuti. Itu pun kadang kala

keputusan yang dibuat tidak memberikan hasil yang terbaik seperti diharapkan.

Dua aktiviti utama terlibat dalam pengambilan adalah:

1. Penentuan ciri-ciri individu yang sesuai dengan jawatan kosong itu, dan

2. Mendapatkan beberapa calon untuk memohon jawatan kosong.

Mendapatkan Gambaran Jelas Jawatan yang akan Diisi

Menerbitkan gambaran yang jelas mengenai orang yang macam mana diperlukan mengisi

kekosongan yang ada adalah berguna sebelum usaha pengambilan bermula. Sekurang-

kurangnya anda perlu tahu apakah ciri dan tugas jawatan yang ditawarkan. Dengan

maklumat ini, anda boleh putuskan orang yang bagaimana akan berjaya dalam pekerjaan

berkenaan.

Analisis Kerja

Apabila anda mengkaji pekerjaan tertentu untuk mengetahui tugas dan tanggungjawabnya,

anda sedang melakukan suatu proses dipanggil analisis kerja. Proses ini mungkin telah

dilakukan dahulu. Maka tentukan sama ada huraian kerja dan spesifikasi kerja telah sedia

Page 5: MENJELAJAH Maimunah Aminuddin PENGURUSAN bersama … BM.pdf · bertukar kerja di tempat lain. Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan

ada. Jika ada, pastikan ianya terkini. Pekerjaan berubah dari masa ke semasa dan dokumen

itu mungkin tidak lagi sesuai untuk masa kini. Sekiranya belum ada analisis kerja dijalankan,

maka anda hendaklah dapatkan maklumat yang diperlukan.

Bagaimanakah maklumat mengenai sesuatu kerja itu dikumpulkan? Jika kerja itu sudah

sedia ada dalam organisasi, anda boleh:

1. Perhatikan individu berkenaan atau mereka yang menjalankan kerja berkenaan dan

catitkan apa yang mereka buat

2. Bincang dengan pekerja berkenaan untuk mengetahui kemahiran dan pengetahuan

yang mereka fikir penting untuk kerja mereka

3. Bincang dengan pengurus atau penyelia kepada pekerja yang menjalankan kerja

berkenaan untuk mengetahui kemahiran dan pengetahuan apa yang mereka anggap

penting untuk kerja itu.

Pendekatan anda akan berbeza sekiranya pekerjaan itu baru diwujudkan. Anda boleh:

1. Adakan perbincangan dengan ketua jabatan yang berkenaan. Minta beliau terangkan

kerja itu kepada anda serta senaraikan kemahiran dan pengetahuan yang perlu

untuk pekerjaan itu.

2. Lihat dalam Internet. Cari sekiranya ada huraian kerja untuk jawatan yang sama.

3. Tanya kenalan anda di syarikat lain sama ada mereka ada jawatan yang sama. Jika

ya, minta satu salinan huraian kerja dan spesifikasi kerja daripada mereka.

Bandingkan ini dengan maklumat yang diberi oleh ketua jabatan.

Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan?

1. Apakah tugas-tugas yang perlu disempurnakan oleh pemegang jawatan? Boleh juga

dimasukkan kekerapan setiap tugas. Adakah tugas tersebut dilaksanakan sepanjang

hari, sekali seminggu, setiap bulan atau sekali sekala?

2. Dengan siapakah pemegang jawatan berinteraksi? Pekerja lain yang membuat kerja

yang sama, mereka di jabatan lain, pelanggan atau pembekal? Perlu tepat dan

khusus. Jangan cuma terangkan bahawa pemegang jawatan bekerja dalam

kumpulan. Nyatakan kelompok manakah yang menjadi ahli kumpulan.

3. Kemahiran apakah yang diperlukan untuk membuat kerja berkenaan? Cuba

bahagikan kemahiran kepada dua kumpulan: kemahiran yang penting dan kemahiran

yang berguna tetapi tidak penting.

4. Pengetahuan apakah yang diperlukan untuk membuat kerja berkenaan?

5. Mesin, peralatan dan kelengkapan apakah yang digunakan untuk kerja tersebut?

6. Dalam suasana apakah kerja berkenaan dijalankan? Dalam pejabat berhawa dingin

atau di luar bangunan? Adakah ia melibatkan perjalanan? Kerja berkenaan dari 9

hingga 5 petang atau ikut syif atau melibatkan kerja lebih masa?

Page 6: MENJELAJAH Maimunah Aminuddin PENGURUSAN bersama … BM.pdf · bertukar kerja di tempat lain. Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan

Sebaik sahaja seberapa banyak yang mungkin maklumat mengenai jawatan yang perlu diisi

dikumpulkan, anda perlu sediakan dua dokumen: huraian kerja dan spesifikasi kerja.

Dokumen tersebut berguna apabila memohon pensijilan ISO. Dokumen tersebut juga

berguna apabila menentukan jenis latihan untuk pekerja dan bagaimana hendak menilai

prestasi mereka.

Huraian Kerja

Huraian kerja yang lengkap boleh diperolehi dalam Internet di mana terdapat banyak laman

yang menyediakan berbagai huraian kerja. Bagaimana pun anda patut gunakannya sebagai

panduan sahaja, kerana ia perlu disesuaikan supaya padan dengan jawatan yang kosong itu.

Kebanyakan huraian kerja mempunyai tajuk berikut:

Nama jawatan

Tujuan keseluruhan jawatan (pernyataan ringkas memadai)

Senarai tugas dan/atau tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pemegang jawatan

Perhubungan antara pemegang jawatan dan pihak lain

Terma dan syarat utama perkhidmatan yang berkait dengan jawatan berkenaan

Spesifikasi Kerja

Spesifikasi kerja boleh disediakan sebaik sahaja huraian kerja telah dirangka. Spesifikasi

kerja ialah keterangan bertulis mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada individu yang akan

mengisi jawatan kosong itu.

Libatkan ketua jabatan atau penyelia yang berkenaan dalam penyediaan spesifikasi kerja.

Hati-hati dengan prasangka peribadi. Ada orang berpendapat bahawa jawatan tertentu

tidak sesuai untuk wanita (atau lelaki), atau mereka dalam golongan umur tertentu sahaja

berkebolehan dalam jawatan berkenaan. Dalam banyak keadaan prasangka begini akan

menghadkan peluang organisasi mendapatkan individu yang paling sesuai.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan untuk jawatan berkenaan bergantung kepada huraian

kerjanya. Perkara yang biasa diguna untuk spesifikasi kerja ialah:

Pengetahuan dan pendidkan yang diperlukan untuk jawatan

Kemahiran yang diperlukan

Ciri-ciri fizikal yang diperlukan, jika ada

Keperibadian yang diperlukan

Anda perlu nyatakan dengan tepat apabila menerangkan kemahiran yang diperlukan untuk

sesuatu jawatan. Sekiranya “kemahiran komunikasi” diperlukan, adakah anda bermaksud:

1. Kemahiran bercakap?

Page 7: MENJELAJAH Maimunah Aminuddin PENGURUSAN bersama … BM.pdf · bertukar kerja di tempat lain. Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan

2. Kemahiran menulis?

3. Kemahiran mendengar?

Sekiranya jawatan memerlukan kemahiran teknologi maklumat, adakah anda mencari

seorang yang boleh tulis program atau seorang yang boleh mengguna perisian tertentu?

Kemahiran perisian apa yang diperlukan?

Cuba masukkan ciri-ciri yang penting sahaja untuk berjaya dalam jawatan. Mari kita ambil

contoh ciri-ciri fizikal yang mungkin mustahak dan bergantung kepada sifat jawatan. Ciri-ciri

tersebut termasuk:

Ketinggian (berat badan jarang diambilkira)

Penglihatan dan pendengaran

Kekuatan badan (jika perlu mengangkat barang)

Kecergasan am dan kesihatan baik

Tidak ada penyakit berjangkit (penting dalam pengendalian makanan)

Koordinasi penglihatan dan pergerakan badan

Kecantikan muka dan badan

Jawatan yang berbeza mempunyai keperluan berbeza. Masukkan ciri-ciri fizikal sahaja

sekiranya ianya penting untuk tugas seperti yang dinyatakan dalam huraian kerja.

Perhatikan bahawa semua ciri di atas boleh diperiksa oleh doktor atau syarikat, kecuali ciri

terakhir – kecantikan muka dan badan, yang sangat subjektif dan tidak relevan dengan

kebanyakan jawatan.

Cari Pemohon Sesuai

Apabila kekosongan wujud, ada baiknya maklumkan kepada pekerja yang ada dan beri

peluang kepada mereka untuk memohon jawatan berkenaan. Jika ada di antara mereka

sesuai dengan spesifikasi kerja dan mempunyai sikap positif serta rekod kerja yang baik,

mereka patut dibenarkan berpindah ke jawatan itu. Tentu sekali kekosongan akan wujud

dan perlu diisi apabila seorang pekerja berpindah ke jawatan baru.

Jika pekerja yang ada dibenarkan berpindah ke jawatan yang disukai, besar kemungkinan

mereka akan bekerja lebih lama dengan anda. Ini adalah baik untuk organisasi sekiranya

pekerja cergas, efektif dan rajin. Jangan paksa mereka meninggalkan organisasi anda untuk

bertukar kerja di tempat lain.

Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan

jawatan dan mereka yang mana permohonan ditolak. Mereka hendak tahu kenapa mereka

tidak sesuai untuk jawatan itu. Terangkan kepada mereka sebab-sebabnya.

Pengurus anda patut berperanan sebagai agen pengambilan sepanjang masa. Jika mereka

berjumpa sesiapa yang mereka fikirkan sesuai, mereka patut dapatkan nama dan nombor

Page 8: MENJELAJAH Maimunah Aminuddin PENGURUSAN bersama … BM.pdf · bertukar kerja di tempat lain. Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan

telefon orang yang berkenaan, dan sampaikan kepada pengetahuan pegawai sumber

manusia. Sekiranya ada kekosongan, orang berkenaan boleh dihubungi sama ada berminat

memohon dan bekerja di organisasi anda.

Mengiklankan Jawatan Kosong

Ada banyak pilihan cara pengiklanan. Pilih mengikut:

Peruntukan bajet yang ada

Kedudukan jawatan

Lokasi organisasi

Mengiklankan di Laman Web Organisasi

Laman Web organisasi, jika wujud, adalah tempat pertama sepatutnya pengiklanan

dipaparkan. Di sini kos adalah kecil, atau tidak ada kos tambahan untuk masukkan bahan

tambahan berkaitan dengan kekosongan jawatan. Walau bagaimanapun, jikalau organisasi

tidak terkenal, mungkin bilangan lawatan ke laman web anda adalah terhad. Oleh itu anda

mungkin terpaksa letakkan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan dalam

laman web dan juga adakan iklan kecil menerangkan alamat laman web anda di dalam

akhbar.

Minta Pekerja yang ada Mengesyorkan Orang Yang Sesuai

Minta pekerja yang ada dalam organisasi mengesyorkan kawan atau ahli keluarga mereka

memohon jawatan kosong itu. Insentif kewangan selalunya ditawarkan untuk tujuan ini.

Pekerja yang kenalkan seorang pemohon jawatan akan dibayar wang tunai sekiranya

pemohon itu terima jawatan tersebut dan berjaya menyempurnakan tempoh percubaan.

Satu borang ringkas perlu disediakan untuk tujuan ini dan akan diserahkan oleh pekerja

yang membuat pengesyoran. Borang berkenaan perlu mengandungi:

Nama dan pengenalan pekerja yang kenalkan pemohon

Nama pemohon

Nama jawatan yang dipohon

Borang tersebut perlu juga ada bahagian untuk pengurusan menyatakan:

Tarikh pemohon mula kerja, jika ditawarkan jawatan

Tempoh percubaan pekerja baru dan

Tarikh bila insentif kewangan dibayar kepada pekerja yang kenalkan pemohon

Mengiklankan dalam Akhbar atau Majalah

Mengiklankan dalam akhbar untuk mendapatkan pemohon jawatan adalah kaedah yang

masih popular. Anda perlu putuskan:

Page 9: MENJELAJAH Maimunah Aminuddin PENGURUSAN bersama … BM.pdf · bertukar kerja di tempat lain. Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan

Dalam akhbar atau akhbar-akhbar manakah anda akan adakan iklan

Pada hari apakah iklan itu akan diterbitkan dan berapa hari iklan itu akan diterbitkan

Saiz iklan

Kandungan iklan

Faktor utama pengiklanan dalam akhbar ialah kos. Ada akhbar yang kenakan bayaran yang

tinggi untuk iklan perjawatan tetapi akhbar tersebut mempunyai bilangan pembaca yang

ramai.

Ada juga majalah yang terima iklan untuk kekosongan jawatan. Pada amnya kos iklan

tersebut adalah jauh lebih rendah daripada yang dikenakan oleh akhbar. Walau

bagaimanapun, kebanyakan majalah keluar sebulan sekali sahaja. Oleh itu, pengiklanan

dalam majalah sesuai sekiranya pihak organisasi tidak perlukan pekerja baru dengan segera.

Tampalkan Notis di Tempat Awam

Iklan untuk jawatan separuh mahir atau tidak mahir boleh ditampal di beberapa tempat

awam. Contohnya:

Di pintu depan/ pagar/ dinding yang mengadap jalan besar di premis organisasi anda

Atas papan kenyataan yang disediakan untuk orang awam seperti di pasar raya dan

kedai serbanika

Di kenderaan awam (di mana bayaran mungkin dikenakan)

Adalah diingatkan bahawa kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan mungkin

diperlukan untuk meletak notis atau sepanduk di tempat awam. Bayaran mungkin juga

dikenakan. Semak dengan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab di kawasan

yang anda ingin letakkan iklan anda.

Pastikan iklan yang diletak di tempat awam senang dibaca dari jauh dan isinya tersusun

kemas. Sepanduk dan notis yang mengandungi kesilapan ejaan dan atas bahan yang kotor

tidak akan dapat menarik pemohon untuk jawatan kosong.

Jangan tampal notis di atas harta kemudahan awam seperti tiang lampu, isyarat jalanraya

dan isyarat lalulintas. Melakukannya adalah satu kesalahan dan anda hanya akan membuat

penduduk tempatan dan pihak berkuasa tempatan marah.

Edarkan Risalah kepada Rumah-rumah di Kawasan Keliling

Sekiranya anda mencari pekerja tidak mahir atau separuh mahir, anda boleh sediakan

risalah satu muka surat yang boleh dimasukkan ke dalam peti surat rumah di kawasan yang

bersesuaian. Ada beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk mengedar

risalah mengikut spesifikasi anda. Pilih betul-betul lokasi yang sesuai untuk edaran risalah

berkenaan. Misalnya, di pangsapuri berharga rendah anda mungkin akan mendapati ramai

Page 10: MENJELAJAH Maimunah Aminuddin PENGURUSAN bersama … BM.pdf · bertukar kerja di tempat lain. Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan

yang berminat dengan kerja bukan eksekutif tetapi anda tidak akan mendapati ramai ahli

profesional seperti jurutera atau akauntan yang berpengalaman di situ.

Maklumat di dalam Iklan

Kos iklan di dalam akhbar bergantung kepada saiz iklan. Isu ini biasanya tidak timbul dengan

pengiklanan dalam talian, di mana setiap iklan ada kos tetap tanpa menghiraukan jumlah

maklumat di dalamnya.

Iklan yang tidak lengkap adalah membazir. Pastikan apabila anda menyediakan iklan jawatan

kosong anda, maklumat berikut dimasukkan:

Nama jawatan

Lokasi jawatan

Senarai ringkas tugas utama jawatan, jika nama jawatan tidak jelas menunjukkan

tugas yang terlibat

Kelayakkan pendidikan, bidang kemahiran atau pengalaman pekerjaan penting yang

diperlukan. Jangan jadikan keperluan ini terlalu terhad kerana ia mungkin tidak

dapat menarik pemohon.

Mana-mana ciri khas jawatan yang akan menyebabkan ada orang mengambil

keputusan bahawa jawatan berkenaan tidak sesuai untuk mereka. Anda tidak mahu

mereka memohon jawatan tersebut, membuang masa dan tenaga anda menyenarai

pendekkan mereka, dan mendapati bahawa mereka tidak mampu atau enggan

memenuhi keperluan tertentu yang penting untuk jawatan seperti kerja malam,

kerja pada hari cuti am, dan kerap bekerja luar pejabat

Tarikh akhir permohonan

Nama, e-mel dan nombor telefon pegawai dalam organisasi untuk dihubungi

Keterangan ringkas mengenai organisasi sekiranya ia tidak terkenal. Jangan melebih-

lebih atau kurang jelas mengenai keterangan tersebut

Anggaran gaji yang ditawarkan, contoh RM800-1,000 sebulan

Faedah, jika ada seperti masa kerja anjal yang boleh menarik pemohon

Hubungi Kolej Tempatan

Walaupun anda tidak ada banyak jawatan eksekutif atau pengurus untuk diisi, anda boleh

cuba hubungi sekolah, pusat latihan, kolej yang sesuai dan juga universiti. Kebanyakan

institusi pendidikan ada seorang dua pegawai yang bertanggungjawab membantu pelajar

mencari pekerjaan. Mereka akan iklankan apa-apa jawatan kosong yang anda ada dan

sesetengah mereka pun ada sediakan kemudahan untuk anda menemuduga pemohon di

dalam kampus.

Page 11: MENJELAJAH Maimunah Aminuddin PENGURUSAN bersama … BM.pdf · bertukar kerja di tempat lain. Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan

Sekiranya anda boleh tawarkan latihan praktik kepada pelajar yang perlukan latihan di mana

ia adalah sebahagian daripada program pengajian mereka atau kepada mereka yang ingin

belajar mengenai dunia pekerjaan semasa cuti penggal, anda juga boleh belajar banyak

mengenai bakal pekerja. Sekiranya mereka pelatih baik, anda mungkin ingin tawarkan

pekerjaan kepada mereka apabila mereka tamat pengajian. Jika anda beri elaun kepada

pelatih-pelatih tersebut, anda berpeluang tinggi menarik pelajar yang baik berlatih dengan

anda. Mereka biasanya menghargai syarikat yang menawarkan elaun cukup untuk

menanggung belanja makanan dan pengangkutan.

Hubungi Agensi Pekerjaan

Agensi pekerjaan boleh menawarkan banyak bantuan dalam proses pengambilan dan

pemilihan. Walau bagaimanapun, dengan pengecualian JobsMalaysia, sebuah agensi yang

diurus oleh Kementerian Sumber Manusia, anda perlu bayar untuk mendapat perkhidmatan

daripada agensi tersebut.

Untuk mengurangkan kos pengambilan dan pemilihan, agensi yang pertama sepatutnya

anda hubungi untuk bantuan ialah JobsMalaysia. Sekiranya anda menimbang untuk

mengambil perkerja asing, anda perlu letak iklan dengan JobsMalaysia sebelum

permohonan anda untuk mengambil pekerja asing diluluskan.

Beberapa agensi swasta yang terkenal wujud. Kebanyakannya gunakan kaedah-kaedah

dalam talian untuk mencari calon dan juga mengiklan dalam akhbar.

Setengah agensi khusus membantu syarikat mendapatkan dan mengambil pekerja asing.

Peraturan berhubung dengan proses pengambilan pekerja asing selalu berubah. Adalah

penting mendaptakan perkhidmatan agen yang boleh dipercayai dan berpengalaman

apabila melaksanakan proses tersebut. Anda perlu bekerja rapat dengan agen berkenaan

untuk menyediakan maklumat yang diperlukan oleh pihak berkuasa, kerana organisasi anda

pada akhirnya yang bertanggungjawab mengenai pekerja asing dan apa-apa masalah yang

akan timbul daripada pengambilan mereka.

Page 12: MENJELAJAH Maimunah Aminuddin PENGURUSAN bersama … BM.pdf · bertukar kerja di tempat lain. Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan

SENARAI SEMAK

PENGAMBILAN

Sudahkah borang permintaan

jawatan diisi oleh pengurus

yang memohon mendapatkan

pekerja?

Sudahkah anda sediakan

huraian kerja bagi jawatan

kosong tersebut?

Sudahkah anda sediakan

spesifikasi kerja bagi jawatan

kosong tersebut?

Sudahkah anda putuskan

bagaimana anda akan

menarik pemohon?

Borang & Dokumen

Diperlukan Dalam

Proses Pengambilan:

Borang permintaan

jawatan

Huraian kerja

Spesifikasi kerja

Page 13: MENJELAJAH Maimunah Aminuddin PENGURUSAN bersama … BM.pdf · bertukar kerja di tempat lain. Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan

Pemilihan

Induksi

Persekitaran perundangan dalam pekerjaan