mengenali kanak-kanak autisme · istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang...
TRANSCRIPT
GGGE2153
Teknologi Pendidikan
Tajuk
Mengenali Kanak-kanak Autisme
Tarikh Dihantar
17. Disember. 2012
Disediakan oleh
Siti Hajar Binti Abdul Talib (A137562)
Noor Asheikin Binti Ja’afar ( A137085)
Nur Izzati Binti Shahidan (A138511)
Dihantar kepada
En. Mohd Yusoff Bin Daud
Apa itu Autisme
Ketika memerhatikan anak-anak bermain, ada ketikanya kita mendapati sesetengah kanak-
kanak berada di dalam dunianya sendiri. Mereka gagal bercampur dan bermain dengan riang
seperti anak-anak lain. Bahkan, ada antara anak-anak ini sangat cepat mengamuk. Mereka juga
mempunyai masalah pertuturan, walaupun secara logiknya pada usia tertentu mereka sudah
boleh bercakap. Apabila berbual, mata mereka akan menoleh ke arah lain dan bukannya kepada
si penutur.
Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang bersikap seperti ini jangan mengandaikan ia
perkara normal. Ada kemungkinannya anak-anak ini menghidap autisme. Sebenarnya, ada
banyak tanda lain yang boleh diperhatikan pada anak-anak austisme ini. Mereka juga bermain
dengan cara yang janggal dan suka menyusun mainannya. Mereka seolah-olah sedang bermain
dalam dunianya sendiri dan tidak menghiraukan orang lain, walaupun mereka sedang bermain
dengan anak-anak lain.
Ada ketikanya, mereka ini sangat hiperaktif dan cenderung bermain dengan benda yang
tidak dianggap barang mainan seperti barang-barang di dapur dan sebagainya. Sebab itulah, ibu
bapa seharusnya memerhatikan sindrom autisme ini sepatutnya diperhatikan. Adakalanya tanpa
rawatan awal, sindrom ini akan melarat sehingga dewasa yang menyebabkan tindakan yang
diambil pada waktu itu mungkin sudah terlambat. Inilah hakikat yang perlu diperhatikan oleh ibu
bapa apabila kanak-kanak ini membesar. Sehingga kini, punca autisme masih samar-samar.
Bagaimanapun, autisme bukanlah penyakit yang berjangkit. Walaupun belum ada
penawar, tetapi pengetahuan ibu bapa mampu memberikan mereka harapan. Mereka patut
didedahkan dengan spesifikasi keupayaan tertentu. Secara umumnya, autisme wujud dalam
semua budaya. Di Malaysia, pada tahun 2000 dianggarkan terdapat 47,000 rakyat Malaysia yang
menghidap austisme. Di United Kingdom, dianggarkan setengah juta orang mengalami autisme.
Sekiranya ada dalam kalangan ahli masyarakat yang mempunyai anak-anak autisme, ia tidak
perlu berakhir dengan kekecewaan.
Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada
kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik
hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak
mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau
bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan
mendapati semasa bayi, anak mereka jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk
didukung.
Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca
gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca
daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya
tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur.
Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan
menghabiskan masa bermain seorang diri.
Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda
dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika
diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya
untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka
terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan
tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayatinya.
Tanda-tanda autisme
Tidak suka bersosial.
Pendengaran tidak normal.
Mengelak daripada bertentang mata.
Gangguan pertuturan.
Corak kelakuan yang berulang.
Tidak mengendahkan rasa sakit.
Seorang anak yang menghadapi masalah autisme, memang sukar untuk dididik secara
biasa dan ianya memerlukan kesabaran serta perhatian yang khusus kepadanya. Ada juga anak
istimewa, selain mempunyai masalah autisme mereka juga menaglami masalah hiperaktif. Hanya
Allah yang mengetahui bagaimana kesabaran yang perlu ada untuk mendidik anak yang begini.
Anak istimewa adalah anugerah Allah, dan berapa istimewanya juga ibu bapa yang terpilih untuk
mengasuh mereka.
Definisi Autisme
Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan
bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada
seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo
Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau
terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi
dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara
komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean
Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause
Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap
autisme.
Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah ‘a mental condition in which a
person is unable to communicate or form relationships with other’. Kamus Electronik Encarta
terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah ‘a disturbance in
phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the
world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern’.
Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan
komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan.
Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk “Pencegahan Autis
Pada Anak”, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun
perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap
sesuatu perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara
tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.
Punca-punca Autisme
Berbagai-bagai kajian telah dijalankan bagi mengkaji punca kepada masalah autisme.
Sejak tahun 1930 lagi banyak penyelidikan telah mula dijalankan, namun setelah kajian-kajian
tersebut dilakukan, punca yang konkrit masih belum dapat dipastikan. Namun begitu,
berdasarkan kajian-kajian tersebut, kebanyakan pengkaji dalam bidang perubatan menyatakan
bahawa autisme berkemungkinan satu penyakit keturunan. Ia merupakan satu masalah biologi
yang menganggu perkembangan dan sistem saraf otak. Seperti yang dinyatakan oleh Patricia M.
Rodier ( 2000 ), beliau menyatakan bahawa hal ini mungkin juga berpunca daripada
pengambilan pil ‘Thalidomide’’ yang digunakan untuk mengatasi masalah ‘’morning sickness’’
yang sering menyerang ibu-ibu yang sedang mengandung. Kajian beliau telah membuktikan
bahwa satu kajian yang telah dijalankan oleh Milller dan Stromland mendapati bahawa 5%
daripada mangsa yang ibunya mengambil pil tersebut.
Deskripsi awal yang telah dibentangkan oleh Kanner ialah kontroversu “nature of
nature”. Kannaer mengatakan bahawa berlaku masalah ketidakupayaan atau kegagalan untuk
menunjukkan kasih sayang dan kurang perhubungan antara anak-anak dengan ibu bapa yang
terdiri daripada golongan sosio ekonomi yang tinggi. Keadaan ini menyumbang kepada suatu
persekitaran yang akan menyebabkan masalah autisme boleh berlaku. Frances Tustin
menyokong pernyataan tesebut dengan bersungguh-sungguh dan beliau turut menjelaskan
bahawa pada peringkat awal , bayi berada dalam keadaan yang tidak sedar mengenai bahagian-
bahagian tubuhnya dan orang lain atau objek sebagai satu unit yang berasingan.
Namun begitu, apabila seorang bayi mencecah usia 6 bulan mereka sudah mula boleh
membezakan antara objek dengan manusia. Hubungan baik antara ibu dan anak adalah melalui
penyusuan. Sebagai seorang ibu, seorang ibu juga tidak mungkin akan dapat memenuhi semua
kehendak bayi mereka kerana mereka sendiri tidak dapat memahami apa kehendak bayi mereka.
Fasa perkembangan ini juga dikenali sebagai fasa percaya dan tidak percaya. Beliau juga turut
menggunakan istilah normal primary autism untuk fasa tersebut. Semasa fasa ini, bayi akan
berasa terancam dan akan menarik diri mereka dari dunia luar dan mereka akan menjadi seorang
yang autistik.
Bruno Bettelheim pula telah memperkenalkan istilah psychogenic dimana ia bermaksud
kanak-kanak yang sangat aktif pada peringkat awal dan dapat memberikan respon atau isyarat
adalah semasa mereka lapar. Tetapi sebaliknya apabila mereka berasa seperti terhalang untuk
melakukan sesuatu yang mereka mahukan, mereka akan berasa kecewa dan berasakan mereka
tidak boleh melakukan apa-apa dan ini menyebabkan mereka menarik diri dari sesuatu situasi
dan menjadi autistik.
Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengalami
tekanan semasa mengandung juga akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungannya. Bayi
berkenaan akan mengalami masalah perkembangan sensori yang perlahan. Terdapat juga kajian
yang menunjukkan bahawa masalah rubella semasa mengandung juga turut mengundang kepada
masalah autisme. Rubella boleh mengakibatkan kesan kesihatan yang agak serius di kalangan
kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang dijangkiti. Antara penyakit yang terjadi disebabkan
masalah rubella adalah penyakit sawan dan pekak. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa
kanak-kanak autisme boleh mendapat penyakit sawan di peringkat dewasa. Hasil-hasil kajian ini
memungkinkan rubella menjadi punca utama kepada masalah autisme.
Selain rubella, ada juga hasil kajian yang menunjukkan bahawa autisme juga mungkin
berpunca darpada jangkitan virus. Desmond (dalam Paluszny 1979) dalam kajiannya mendapati
bahawa 64 kes yang dijangkiti rubella, 8 adalah autistik. Selain itu, kajian Chess (dalam
Paluszny 1979) , beliau mendapati bahawa 243 kes yang dijangkiti rubella, 10 daripada mereka
mengalami masalah autisme.
Namun begitu, selain dari punca-punca di atas, antara punca lain yang memungkinkan terjadinya
autisme hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, antaranya ialah :
Teori Kelebihan Opioid
Teori Gluten atau Casean dan Hubunutoimun dengan Penyakit Celiac
Kolokistokinin
Metilation
Imunitasi Teori Autoimun dan Alergi makanan
Zat darah penyerang kuman ke Myelin Protein Basic
Teori Sekratin
Teori kelainan saluran cerna
Kekurangan vitamin, mineral nutrisi tertentu
Selain daripada punca-punca yang dikenalpasti di atas, terdapat satu lagi punca yang
mungkin menyebabkan terjadinya autisme. Masalah autisme turut dikaitkan dengan masalah
pencernaan. Lebih daripada 60% daripada mereka memiliki sistem pencernaan yang kurang baik.
Makanan yang berasakan susu haiwan dan tepung gandum merupakan antara makanan yang
tidak dapat dicernakan dengan baik oleh kanak-kanak autisme. Protein daripada makanan-
makanan tersebut tidak bertukar menjadi asid amino atau peptone yang dibuang. Sebaliknya ia
diserap kembali ke tubuh, memasuki aliran darah lalu terus masuk ke otak dan berubah menjadi
morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang seterusnya akan merosakkan sel-sel otak. Ini
seterusnya akan menyebabkan fungsi otak mereka terganggu. Fungsi otak melibatkan fungsi
kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah laku mereka.
Antara punca lain yang boleh menyebabkan autisme adalah :
i. Organik : kerosakan otak ( 30% daripada mereka mengalami epilepsi )
ii. Biokimia : gangguan metabolism
iii. Imunologi HLA atau Human Leucoyle Antigen yang terdapat dalam serum ibu bapa
iv. Faktor alam sekeliling
Selain itu, salah satu punca autisme yang dikenali adalah pendedahan pada bahan-bahan
toksik atau keracunan arsenik yang seterusnya akan menyebabkan mereka mengalami masalah :
i. Sistem imun menjadi lemah
ii. Alergi pada sesuatu makanan
iii. Masalah gastrointestinal
iv. Gangguan tidur
v. Isu neurologi seperti gangguan pertuturan
vi. Mengasingkan diri
vii. Perasaan bimbang
viii. Gangguan masalah koordinasi motor halus dan motor kasar
ix. Mudah tertekan dan murung
Berdasarkan punca-punca yang dibincangkan di atas, telah terbukti bahawa mungkin satu
atau lebih punca yang menyebabkan terjadinya autisme. Disebabkan bukti-bukti punca yang
menyebabkan autisme masih lagi kabur, kajian-kajian haruslah diteruskan pada masa akan
datang.
Antara penyebab lain autisme ialah:
1. Vaksin yang mengandungi thimerosal
Thimerosal adalah zat pengawet yang digunakan sebagai vaksin. Ada pendapat yang
mengatakan bahwa jika terlalu banyak vaksin Hepatitis B yang termasuk dalam MMR (Mumps,
Measles dan Rubella ) boleh mengakibatkan anak mengidap penyakit autisme. Ini kerana vaksin
ini mengandung zat pengawet Thimerosal, yang terdiri dari Etilmerkuri yang menjadi penyebab
utama sindrom Autisme Spectrum Disorder. Biasanya, vaksin mengandungi plumbum, merkuri
dan aluminium. Bahkan sesetengah vaksin ditambah dengan ekstrak punggung babi, anjing dan
monyet yang kebanyakannya diimport dari luar Negara.
2. Televisyen dan komputer
TV dan komputer mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap minda seseorang kanak-
kanak. Sesetengah pakar berpendapat pengaruhnya boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak
boleh menghidap pelbagai penyakit otak termasuk autisme.
3. Genetik
Ini adalah dugaan awal dari penyebab autisme, kerana autisme juga boleh diturunkan dari
orang tua kepada anak, cucu dan cicitnya.
4. Makanan
Makanan menjadi penyumbang utama terhadap pelbagai penyakit termasuk autisme. Ini
kerana pelbagai bahan kimia dan bahan pengawet terdapat disetiap makanan yang kita beli di
pasaraya. Lebih-lebih lagi kadar melamin yang agak tinggi di setiap makanan bersusu dan
berperisa coklat. Sesetengah makanan ringan pula mengandungi plumbum, merkuri dan
aluminium yang jika diambil berpanjangan akan menjejaskan sistem saraf kanak-kanak sehingga
otak kanak-kanak tersebut menjadi lemah atau hyperaktif.
Pada tahun 1970an, seorang pengkaji makanan bernama Dr. Feingold telah menyaksikan
peningkatan kes ADHD (Attention Dificit Hyperactivity Disorder) dalam skala yang sangat
besar. Sebagai seseorang yang pernah hidup di era tahun 1920an hingga 1930an, beliau masih
ingat bahawa kes ADHD nyaris tidak ada sama sekali di zaman tersebut.
Dr. Feingold berpendapat punca kes ADHD meningkat ialah kerana makanan moden
yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar yang kebanyakannya mengandungi bahan pengawet
dan bahan kimia yang berlebihan. Sejak Dr. Feingold membongkar bahan kandungan yang
digunakan oleh industri pemakanan, semenjak itu beliau di khianati oleh The Nutrition
Faundation, di mana Coca-Cola, Kraft Food dan beberapa syarikat besar idustri makanan adalah
ahlinya. Namun, beliau tetap tidak putus-putus menulis buku tentang bahaya makanan moden.
5. Imbasan ultrasound
Para saintis telah cuba meyedarkan orang ramai mengenai bahaya imbasan Ultrasound
kepada otak bayi. Disebabkan kepala berbentuk mangkuk, radiasi bertambah besar dan boleh
mengakibatkan beberapa bahagian otak terdedah kepada kepanasan tambahan yang tinggi. Satu
kajian menunjukkan bahawa bayi yang terkena gelombang Ultrasonic berlebihan akan cenderung
menjadi kidal. Dengan semakin banyaknya radiasi di sekitar kita, ada kemungkinan radiasi juga
berperanan menyebabkan penyakit autisme.
6. Folic asid
Zat ini biasanya diberikan kepada wanita hamil untuk mencegah kecacatan pada janin.
Hasilnya memang cukup memberangsangkan, kadar kecacatan pada janin menurun sehingga
30%. Namun, jika diambil berlebihan ia boleh menyebabkan penyakit autism. Untuk
menggantikan Folic Asid, para ibu yang mengandung disarankan memakan buah-buahan segar
sebanyak mungkin.
Ciri-ciri Kanak-kanak Autisme
Kanak-kanak autisme selalunya mengalami masalah pembelajaran menyeluruh
termasuklah mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membersihkan diri, berpakaian dan
makan. Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling sukar untuk berkomunikasi dengan
kanak-kanak autisme ini. Oleh sebab itu, orang sekelilingnya, terutama sekali ibu bapa dan guru-
guru sukar untuk menentukan apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui mereka. Terdapat
juga sesetengah kanak-kanak autistik yang mungkin mempunyai pengetahuan atau ingatan secara
terperinci tentang sesuatu perkara dalam bidang tertentu. Walau bagaimanapun, mereka tidak
dapat memanfaatkan pengetahuan ini sekalipun sekiranya ia boleh dipraktikkan.
Antara salah satu ciri-ciri kanak-kanak autisme adalah mereka tidak mahu memandang
muka orang yang berada di sekeliling mereka. Terutama sekali muka orang yang sedang
bercakap dengan mereka. Walaubagaimanapun, dalam banyak budaya terutama sekali budaya
dalam kalangan masyarakat di Malaysia, merenung mata orang dewasa adalah tidak sopan.
Walaupun ini merupakan salah satu ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami autisme, tapi
kecenderungan ini tidak disenaraikan sebagai kriteria untuk mengesan autisme. Hal ini kerana,
terdapat banyak kanak-kanak tipikal yang tidak memandang wajah orang yang bercakap dengan
mereka. Jadi, memang agak sukar untuk mengesan kanak-kanak autisme dengan hanya sekali
pandang. Pemerhatian haruslah dilakukan dengan lebih teliti sebelum membuat kesimpulan
seseorang individu itu mengalami autisme.
Terdapat banyak ciri-ciri autisme yang telah dikenal pasti oleh pakar-pakar perubatan,
pengkaji-pengkaji tingkah laku, ahli-ahli psikologi dan ramai lagi. Walaubagaimanapun, jika
seseorang individu itu mengalami masalah autisme ini, tidak semestinya dia akan menunjukkan
semua ciri-ciri autisme yang akan dibincangkan nanti. Mungkin dia hanya menunjukkan
sebilangan kecil sahaja ciri-ciri autisme, atau mungkin dia menunjukkan semua ciri-ciri yang
akan dibincangkan nanti atau mungkin lebih.
Individu yang selalu dapat mengesan ciri-ciri tingkah laku yang berbeza pada seseorang
kanak-kanak yang menghidapi autisme ini biasanya ibu bapa dan guru-guru. Hal ini kerana, ibu
bapa dan guru-guru adalah orang yang selalu mendampingi kanak-kanak tersebut. Walaupun
begitu, guru akan lebih peka terhadap perbezaan tingkah laku yang ditunjukkan. Ini adalah
disebabkan oleh, seseorang individu yang mengambil bidang perguruan, mereka perlu
mempelajari ciri-ciri perkembangan kanak-kanak tipikal. Oleh itu, lebih senang untuk mereka
mengesan perbezaan perkembangan atau tingkah laku seseorang kanak-kanak yang mengalami
autisme.
Mari kita sama-sama bincangkan apakah ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak autisme bagi memudahkan guru atau ibu bapa untuk mengenal pasti perbezaan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid atau anak mereka. Antara ciri-ciri tingkah laku yang
sangat ketara ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme adalah masalah interaksi dan komunikasi
yang sangat teruk dengan orang sekelilingnya. Ini termasuklah ibu bapa, guru-guru, pengasuh
dan juga rakan sebaya mereka.
Ciri yang kedua adalah apabila kanak-kanak itu memandang orang dewasa yang sedang
berkomunikasi dengannya, orang tersebut akan merasakan kanak-kanak itu sebenarnya tidak
memandangnya. Hal ini mungkin disebabkan oleh pergerakan mata mereka yang pantas untuk
mengelakkan mereka memandang wajah orang lain atau mungkin juga disebabkan oleh masalah
tumpuan mereka yang sangat terhad.
Seterunya, kanak-kanak yang menghidapi autisme ini selalunya menunjukkan sikap
yang negatif dalam kalangan rakan sebayanya. Sebagai contoh, dia akan menunjukkan sikap
tidak mahu berinteraksi dengan rakan-rakan sebayanya. Dia akan menjadi seorang kanak-kanak
yang sangat pasif dalam kalangan rakan sebayanya yang lain. Dia akan menunjukkan sikap tidak
mahu bergaul dengan rakan-rakannya, tidak mahu bermain bersama-sama, dan lebih suka
menyendiri di sudut yang di gemarinya. Apabila guru meminta dia melakukan aktiviti
berkumpulan bersama-sama rakannya pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran, dia
biasanya tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.
Ciri keempat yang dapat dilihat pada kanak-kanak autisme ini adalah mereka
menunjukkan bentuk interaksi yang sangat luar biasa. Sebagai contoh, ketika berada di dalam
kelas, apabila guru menyoal padanya, dia tidak akan menjawab pertanyaan guru tersebut, tetapi
sebaliknya dia akan mengulangi pertanyaan dan kata-kata guru tersebut. Ini adalah salah satu
contoh bentuk interaksi yang luar biasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme.
Seterusnya, kanak-kanak ini mungkin akan menangis atau pun menjerit tanpa sebab yang
ketara. Hal ini sering berlaku di mana-mana sahaja, seperti di dalam bilik darjah, di rumah, di
pusat membeli belah dan lain-lain tempat lagi. Ciri keenam yang ditunjukkan adalah dia tidak
suka disentuh oleh sesiapa pun. Sebagai contoh, ketika berada di dalam bilik darjah, guru sedang
mengajar di hadapan, dan dengan tiba-tiba kanak-kanak ini akan menjerit atau menangis dengan
kuat sehingga mengejutkan orang yang berada di sekelilingnya, dan apabila guru atau rakannya
ingin menyentuhnya untuk tujuan memujuknya agar tidak menangis lagi, dia akan menepis
tangan tersebut kerana dia tidak suka disentuh.
Selain daripada itu, kanak-kanak autisme ini juga mungkin akan melakukan pergerakan
kompulsif atau ritualistik atau berulang-ulang tanpa tujuan. Tingkah laku yang ditunjukkan ini
sangat pelik dan berbeza dengan rakan-rakan sebayanya yang lain. Rakan-rakannya akan
menganggap dia seorang yang pelik dan membuatkan mereka tidak mahu berkawan dengannya
kerana takut akan menjadi pelik sepertinya. Antara pergerakan yang biasa dilakukan oleh kanak-
kanak ini adalah menggoyang-goyangkan tangan di hadapan mukanya, berjalan-jalan keluar
masuk bilik tanpa sebab, dan menggoyangkan daun atau jerami.
Ciri yang kelapan yang akan dibincangkan adalah kanak-kanak ini akan memperlihatkan
gabungan kemahiran motor yang sangat baik dalam beberapa aspek, tetapi pergerakan yang
kekok dalam aspek yang lain. Sebagai contoh, kanak-kanak ini menunjukkan kemahiran yang
baik dalam menangkap bola dan membaling bola, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang
baik dalam memegang pensil atau pemadam atau pembaris.
Kanak-kanak yang menghidapi masalah autisme ini selalunya sangat gemar mendengar
muzik, dan apabila dia berbuat demikian, kita dapat lihat dia seolah-olah sedang berada dalam
‘dunianya sendiri’. Dia tidak suka diganggu apabila dia sedang mendengar muzik. Mungkin itu
yang menyebabkan orang sekelilingnya melihat dia seperti berada dalam dunianya sendiri.
Tambahan pula, kanak-kanak ini sering menujukkan sikap yang pasif terhadap persekitarannya.
Ini juga menyumbang kepada anggapan masyarakat yang dia mempunyai dunianya sendiri dan
tidak mempedulikan dunia luar yang sebenar.
Ciri seorang kanak-kanak autisme yang ke sepuluh adalah mereka akan dikategorikan
sebagai kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Hal ini demikian kerana, mereka
ini mengalami masalah untuk belajar 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini kerana,
kemahiran 3M merupakan satu kemahiran asas yang harus dikuasai oleh setiap kanak-kanak bagi
membolehkan mereka terus mempertingkatkan ilmu mereka dari semasa ke semasa.
Walaubagaimanapun, terdapat juga sesetengah kanak-kanak autisme yang berjaya mempelajari
kemahiran membaca atau menulis tetapi malangnya, mereka tidak memahaminya atau tidak
berupaya menggunakan kemahiran tersebut.
Selain daripada itu, setiap kanak-kanak autisme ini mempunyai rutin mereka sendiri dan
mereka tidak suka andai rutin mereka diganggu. Ini akan menyebabkan mereka marah, geram,
mengamuk dan sebagainya. Mereka akan menunjukkan sikap yang sangat agresif andai rutin
mereka diganggu. Sebagai contoh, jika pada pukul 10 pagi adalah masa untuk kanak-kanak itu
makan, tetapi guru tidak membenarkan dia untuk keluar makan sebagai denda kerana tidak
menjawab pertanyaan guru dengan betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran itu tadi,
kanak-kanak ini akan mengamuk dan menjadi sangat marah. Oleh yang demikian, kanak-kanak
yang mengalami masalah autisme akan menghadapi masalah bagi menyesuaikan dengan rutin
bilik darjah. Hal ini kerana, ketika berada dalam bilik darjah, setiap hari guru yang berbeza akan
masuk dan mengajar mata pelajaran yang berbeza dan membuat aktiviti yang berbeza. Bagi
kanak-kanak yang mengalami masalah autisme, ini merupakan satu perkara yang sukar untuk
mereka.
Ciri yang terakhir yang akan dibincangkan pada kali ini adalah kanak-kanak yang
mengalami masalah autisme ini akan menjadi sangat susah hati apabila dia disuruh untuk
melakukan sesuatu. Mereka akan menunjukkan sikap yang tidak senang dengan perkara tersebut.
Ciri ini juga boleh dikaitkan dengan ciri sebelum ini iaitu mereka mempunyai rutin mereka
sendiri dan tidak suka andai rutin mereka diganggu. Hal ini kerana, melakukan sesuatu yang baru
tidak termasuk dalam rutin harian mereka. Oleh yang demikian, mereka akan berasa takut dan
gelisah atau marah andai disuruh melakukan sesuatu perkara yang baru.
Keperluan Kanak-kanak Autisme
Sesetengah kanak-kanak yang mempunyai autisme ini mengelirukan guru kerana mereka
pandai dalam bidang akademik, tetapi pada masa yang sama mereka juga menunjukkan tingkah
laku yang pelik daripada rakan sebayanya dan tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh
masyarakat. Jadi, apakah yang dapat dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa bagi membantu
keperluan kanak-kanak autisme ini?
Terdapat banyak keperluan yang harus di sediakan oleh guru-guru dan ibu bapa bagi
membantu kanak-kanak autisme ini. Oleh yang demikian, kita akan membincangkan apakah
keperluan yang boleh disediakan untuk membantu mereka. Yang pertama, guru-guru dan ibu
bapa perlulah menyediakan persekitaran yang terurus dan tersusun bagi membantu kanak-kanak
autisme ini. Hal ini kerana, kanak-kanak yang menghidapi autisme ini tidak boleh berada dalam
keadaan yang bersepah dan tidak kemas. Mereka akan berasa rimas dan tidak selesa.
Yang kedua, guru-guru dan ibu bapa haruslah menyediakan satu ruang yang selesa di
sekitar kerusinya. Hal ini kerana agar tumpuan kanak-kanak tersebut tidak terganggu dengan
keadaan persekitarannya. Seterusnya, guru terutamanya haruslah peka terhadap minat kanak-
kanak autisme tersebut agar dapat memberikan tugasan yang bersesuaian dengan minat kanak-
kanak tersebut. Dengan cara ini, guru dapat menarik minat pelajar tersebut agar dia boleh belajar
sesuatu yang bermanfaat pada dirinya.
Yang keempat, guru juga haruslah memberi arahan yang jelas dan ringkas. Hal ini
kerana, kanak-kanak autisme ini mempunyai tumpuan yang sangat rendah. Oleh itu, arahan yang
panjang dan kurang jelas tidak dapat menarik perhatian kanak-kanak tersebut. Selain itu juga,
guru haruslah memberi tugasan yang guru kenal pasti berkemungkinan pelajar tersebut dapat
selesaikan. Hal ini penting kerana, ia akan memberikan pelajar tersebut perasaan gembira kerana
dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan guru dan dia dapat menguasai kemahiran tersebut.
Guru juga boleh memecahkan tugasan tersebut kepada beberapa bahagian kecil. Hal ini
penting kerana pelajar-pelajar dengan masalah autisme ini tidak dapat melakukan satu tugasan
yang banyak dalam satu masa yang singkat. Oleh yang demikian, dengan memecahkan tugasan
tersebut kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Yang ketujuh, guru yang sedang mengajar
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran haruslah memberikan ‘masa selingan’ kepada pelajar-
pelajar. Hal ini kerana, ini dapat memberikan ruang kepada pelajar-pelajar autisme ini untuk
bergerak ke sana ke mari agar mereka tidak berasa bosan berada di dalam kelas.
Keperluan lain yang harus disediakan oleh guru kepada kanak-kanak autisme ini adalah
memberi galakkan dan bersabar. Hal ini kerana kanak-kanak ini tidak dapat mengawal perasaan
gelisahnya. Selain itu, guru juga haruslah memberi pujian kepada kanak-kanak ini apabila
mereka berjaya melakukan sesuatu perkara. Walaupun perkara tersebut bagi kita adalah biasa,
tetapi bagi mereka, itu satu pencapaian yang membanggakan. Tetapi andai mereka gagal dalam
melakukan tugasan atau sesuatu perkara, galakan dan dorongan haruslah diberikan untuk mereka
terus berusaha lagi sehingga berjaya. Hal ini penting bagi menunjukkan bahawa guru memberi
perhatian kepada dirinya.
Langkah seterusnya adalah, jika guru tersebut mencapai persetujuan dengan kanak-
kanak tersebut dalam sesuatu perkara, persetujuan itu mestilah sejajar dengan potensi kanak-
kanak tersebut. Ini penting kerana, setiap kanak-kanak autisme ini mempunyai potensi yang
berbeza dan kehendak yang berlainan antara satu sama lain. Akhir sekali, guru haruslah cuba
untuk memastikan sama ada menyanyi boleh menenteramkan jiwa kanak-kanak itu dan
membawa kesan penenang apabila kanak-kanak itu susah hati. Agar kanak-kanak tersebut dapat
menjalankan aktiviti dengan baik.
Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah, setiap kanak-kanak yang menghidapi
masalah autisme ini adalah berbeza keperluan mereka. Oleh yang demikian, guru-guru dan ibu
bapa haruslah mempunyai komunikasi yang baik agar dapat bekerjasama bagi memastikan
keperluan kanak-kanak tersebut memenuhi kesesuaian dirinya. Dengan cara itu, kanak-kanak
tersebut akan dapat hidup dalam suasana yang membantu perkembangan dirinya.
Aktiviti untuk kanak-kanak autisme
Kanak-kanak autisme ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai sifat di mana mereka
ini tidak atau sukar untuk bergaul dengan orang lain. Mereka ini seolah-olah berada di dalam
dunia mereka sendri tanpa menghiraukan keadaan persekitaran. Disebabkan itu, aktiviti yang
menarik dan bersesuaian perlu disediakan kepada kanak-kanak ini terutama sekali dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah sentiasa berfikiran kreatif dan kritis ketika
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana kanak-kanak ini tidak
menyukai aktiviti yang membosankan dan tidak menarik minat mereka.
Kanak-kanak autisme ini sangat sukar dalam memberikan tumpuan atau fokus ketika
berada di dalam kelas. Hal ini akan menyukarkan guru untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran kepada mereka. Selain itu, kanak-kanak autisme juga mengalami masalah
pertuturan yang kurang jelas dan sukar untuk difahami. Hal ini akan menyukarkan mereka dalam
menyampaikan apa yang diigini serta menyukarkan orang di sekeliling untuk memahami apa
yang diingini oleh kanak-kanak tersebut.
Selain itu, kanak-kanak autisme juga tidak suka untuk melakukan kerja sekolah. Hal ini
akan menyebabkan mereka sentiasa mengelak daripada membuat kerja dengan cara menangguh,
berlari, atau membuat perangai seperti menangis, dan menjerit. Kanak-kanak autisme juga sering
melakukan perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku yang berulang-ulang tanpa
tujuan tertentu. Contohnya, seperti berjalan mundar mandir, ketawa secara berlebihan, bermain
dengan jari dan sebagainya.
Oleh itu guru-guru perlu menjalankan proses pengajaran yang boleh menarik minat
mereka. Contohnya, guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang mudah untuk
berinteraksi seperti buku berwarna-warni ataupun kad bergambar (flash cards). Pada peringkat
awal, guru perlu mengunakan bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut
keupayaan kanak-kanak tersebut. Dengan cara ini, kita dapat melatih mereka mengolah deria
visual mereka dengan lebih baik dan dapat menarik perhatian mereka untuk belajar dengan
mudah.
Disamping itu, guru-guru juga boleh mengajar kanak-kanak tersebut meminta atau
menerima sesuatu dengan cara beratur terlebih dahulu ( how to takes turn ). Contohnya, ketika
guru hendak memberikan makanan atau sesuatu benda seperti alat tulis dan sebagainya. Guru-
guru juga perlu mengajar mereka cara untuk berkomunikasi dengan baik contohnya
mengucapkan terima kasih atau menggunakan pandangan mata (eye contacts) kepada orang yang
memberikan sesuatu. Cara ini akan melatih mereka untuk bertenang dan bersabar dalam setiap
perkara yang mereka hendak lakukan. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan
mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
Seterusnya, guru juga boleh menggunakan alunan muzik dan disertai pergerakan badan
yang tersusun seperti di dalam kelas khas bagi melatih kebolehan tindak balas terhadap arahan
yang mudah di dalam pembelajaran. Contohnya, apabila lirik lagu menyuruh mereka ‘please sit
down and turn around’, mereka akan melakukan setiap langkah itu satu per satu mengikut urutan
dan meniru apa yang guru mereka lakukan walaupun dalam keadaan yang lambat. Jika dipraktis
setiap minggu, kepantasan tindak balas gerakan tubuh mereka akan meningkat.
Aktiviti seterusnya yang boleh dijalankan kepada kanak-kanak autisme ialah dengan
menggunakan konsep pembayang awal. Contohnya, jika mahu menghentikan sesuatu aktiviti
guru hendaklah memberikan amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit
supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti secara mendadak kerana walaupun mereka
tahu bercakap, kanak-kanak autisme mempunyai masalah untuk mengenali konsep masa.
Contohnya cikgu memberikan arahan bahawa ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’.
Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme
mendengarnya. Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kepada kanak-kanak autisme
bersedia untuk peralihan aktiviti.Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin atau aktiviti akan
menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme perubahan rutin atau aktiviti akan
membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama kepada kanak-kanak yang kurang
memahami bahasa.
Akhir sekali, perkara ini perlu dilakukan secara berulang-ulang kali agar kanak-kanak
autisme ini mengingati apa yang telah diajarkan. Oleh itu, ibu bapa juga harus memainkan
peranan dalam mendidik anak mereka. Ibu bapa seharusnya mempelbagaikan aktiviti dirumah
serta mengulangi semula apa yang diajarkan oleh guru ketika di sekolah. Pendekatan ini perlu
dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah bagi mendapat perubahan yang
memberangsangkan. Kesimpulannya, ibu bapa harus sentiasa berbincang dengan guru-guru
supaya dapat membantu perkembangan anak mereka.
Teknologi yang boleh membantu kanak-kanak autisme
Kini pelbagai teknologi yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk membantu pelajar supaya lebih memahami apa yang diajarkan. Hal ini
adalah kerana dengan penggunaan teknologi guru-guru dapat mempelbagaikan kaedah
pengajaran mereka seperti memasukkan video yang berkaitan dengan subjek yang diajar dan
sebagainya. Penggunaan teknologi ini juga tidak terkecuali kepada kanak-kanak autisme untuk
membantu perkembangan mereka.
Antara teknologi yang boleh digunakan untuk membantu perkembangan kanak-kanak
autisme ini adalah ‘Anugerah Agung Brainwave For Autism Therapy’. Alat ini merupakan
sejenis alat terapi audio dan stimulasi gelombang otak untuk kanak-kanak yang mengalami
autisme. Ianya dapat membantu mengurangkan gejala-gejala autisme dan menyokong agar
kanak-kanak ini boleh hidup dengan normal.
Alat ‘Brainwave Autisme Therapy’ ini sangat sesuai untuk kanak-kanak autisme kerana
ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia, steroid dan dadah. Ianya hanya merawat melalui
kaedah berasaskan gelombang tenaga. Alat ini bertindak merangsang 'Central Nerve System'
(CNS) bagi mengaktifkan dan merawat fungsi organ serta meningkatkan sistem imun tubuh
badan secara semula jadi. Ia juga mampu bertindak memperbaiki kerosakan DNA seseorang
pesakit.
Terapi Brainwave secara amnya adalah teknik terapi dengan memperdengarkan pelbagai
macam bunyi kepada kanak-kanak autisme. Bunyi yang diperdengarkan tersebut dapat
merangsang perkembangan fungsi bahasa verbal dan tidak verbal, interaksi sosial, dan
kemahiran motor mereka. Terapi ini menggunakan stimulasi gelombang otak yang akan
memberikan rangsangan berupa gelombang bunyi dengan frekuensi tertentu yang boleh berubah-
ubah frekuensinya dalam jangka masa yang tertentu untuk melatih fleksibiliti anak autisme. Cara
untuk menggunakan alat ini ialah alat ini dimainkan ketika anak tidur dan bangun atau
beraktiviti dengan volume kecil yang cukup didengari oleh semua orang yang berada
disekitar mereka.
Selain itu, guru-guru dan ibu bapa juga boleh menggunakan komputer untuk mengajar
komunikasi kepada kanak-kanak ini. Contohnya, latihan untuk meningkatkan kosa kata dan
perkataan boleh diajari melalui program yang boleh diprogramkan di dalam komputer. Namun,
kanak-kanak ini mungkin akan melupai sebahagian perkara yang diajarkan selepas tiga bulan.
Oleh itu guru-guru serta ibu bapa perlulah sentiasa mengulangi apa yang diajarkan supaya
mereka boleh mengingati dengan lebih lama.
Antara program komputer yang boleh diprogramkan ialah VOCA iaitu satu program
yang dapat membantu kanak-kanak ini di dalam pertuturan. Selain itu, terdapat juga soalan-
soalan ringkas dimana kanak-kanak ini boleh memberikan jawapan yang mudah seperti ya atau
tidak serta menggunakan ayat yang kompleks. Soalan-soalan yang dikemukakan juga disertakan
dengan gambar-gambar yang dapat memudahkan kanak-kanak autisme untuk membuat pilihan.
Seterusnya, terdapat juga program komputer iaitu ‘Picture Exchange Communication
System’ (PECS). Antara kelebihan program ini ialah ianya menggunakan keupayaan visual
untuk membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, memperbaiki interaksi sosial dan
mengurangkan masalah tingkah laku. Bahasa isyarat juga dipadankan dengan penggunaan
gambar dan ianya meningkatkan peluang serta menggalakkan kanak-kanak autisme untuk
berinteraksi.
Akhir sekali, program penggunaan komputer iaitu sistem representasi visual juga boleh
digunakan. Kebanyakkan program komputer yang sesuai bagi kanak-kanak ini ialah program
komputer yang bergambar serta mempunyai ayat yang ringkas. Hal ini penting untuk kanak-
kanak ini lebih memahami tentang perkara yang dilihatnya. Contohnya, terdapat pelbagai sistem
visual yang boleh digunakan seperti foto, gambar garis, dan perkataan.
Kebanyakkan kanak-kanak autisme ini tidak bercakap, oleh itu penggunaan gambar
boleh membantu mereka untuk menyatakan apa yang mereka ingini. Mereka akan menunjukkan
gambar yang berkaitan untuk menyatakan apa yang mereka ingini. Jadi persekitaran di sekolah
dan rumah harus dihiasi dengan gambar-gambar yang bersesuaian agar memudahkan komunikasi
kanak-kanak autisme ini. Kesimpulannya, kanak-kanak autisme ini boleh berkomunikasi dengan
menggunakan pelbagai kaedah jika dibantu.
Kesimpulan
Setelah membincangkan mengenai definisi, punca-punca, ciri-ciri, keperluan, aktiviti, serta
teknologi yang bersesuaian untuk kanak-kanak autisme ini, kita dapat mengetahui mengenai
serba sedikit maklumat tentang kanak-kanak autisme ini. Melalui maklumat ini kita dapat
membantu kanak-kanak autisme ini dari pelbagai aspek seperti aspek tingkah laku, pengurusan
diri dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa dan guru juga dapat menggunakan bahan bantu
mengajar berteknologi dalam membantu perkembangan kanak-kanak ini. Dewasa ini, terdapat
pelbagai bahan bantu mengajar yang berteknologi telah dihasilkan bertujuan untuk membantu
kanak-kanak yang mengalami masalah autisme. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar
berteknologi ini sedikit sebanyak ianya dapat menjimatkan masa guru dan ibu bapa kerana
terdapat pelbagai program komputer yang disediakan. Justeru itu, tiada alasan untuk kita
membantu perkembangan kanak-kanak ini kerana terdapat pelbagai maklumat serta bahan bantu
mengajar yang boleh kita jadikan rujukan.
Rujukan
http://www.excelqhalif.com/2012/02/22/cara-terbaik-menangani-anak-autisme/
http://pkhasipip2008.blogspot.com/2008/10/3.html
http://www.terapiotak4u.com/b-autism-aspergers-syndrome.htm
http://syueworld.blogspot.com/2012/04/autisme-punca-punca.html
http://www.currentlife2u.com/2012/04/28/apa-itu-austisme-bagaimana-mengesannya/
http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/2009/07/autisme-sindrom-
asperger-dan-sindrom.html
Jamila K.A. Mohamed. 2006. Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa : 63-65
Vijayen Gopal. Autisme:Satu Pengenalan : 27-33
Buku Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan
Zalizan Mohd Jelas 2012