mengenali hadith maudhu

4
8/14/2019 Mengenali Hadith Maudhu' http://slidepdf.com/reader/full/mengenali-hadith-maudhu 1/4 Mengenali Hadith Mawdhu’ (Palsu) Hadith-hadith Mawdhu’ itu dapat dikenali pada sanadnya dan juga pada matannya. Di antara ciri- cirinya yang utama ialah: 1. Pengakuan yang dibuat oleh pembuat hadith itu sendiri Umpamanya seperti yang diakui sendiri oleh Abdul Karim bin Abu Al-Auja’, Maisarah bin Abdul Rabbih dan Nuh bin Abi Maryam. 2. Perawinya terkenal pembohong Sedangkan Hadith yang diriwayatkan tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang tsiqah (dipercayai). 3. Bertentangan dengan kenyataan (fakta) sejarah Umpamanya seorang perawi meriwayatkan sebuah hadith dari seorang guru, yang menurut kenyataan ia tidak pernah menemui guru itu, atau ia dilahirkan sesudah guru yang dikatakan itu meninggal dunia, ataupun ia tidak pernah datang berguru dengan guru tersebut. Ma’mun bin Ahmad Al-Harawi mendakwa ada mendengar hadith dari Hisyam bin ‘Amman kekanda kepada Ibn Hibban, maka Ibn Hibban bertanya: “Bilakah engkau ke kota Syam?” Ma’mun menjawab: “Pada tahun 250H.” Mendengar itu Ibn Hibban berkata: “Hisyam meninggal dunia pada tahun 245H.” Termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang yang mengaku sebagai sahabat Nabi dan mendengar hadith-hadith Nabi dari Nabi SAW atau dari sahabat-sahabat Nabi SAW, padahal mereka hidup ratusan tahun setelah Nabi SAW dan para sahabat meninggal dunia. 4. Motif yang mendorong membuat hadith palsu itu Sebenarnya ada motif dan tujuan yang tertentu yang mendorong orang membuat hadith-hadith palsu itu, seperti politik, fanatik golongan, fanatik mazhab, kerana membodek raja, kerana mencari rezeki atau sebagainya. Contoh-contohnya: "Bubur Harisah itu akan menguatkan belakang." Hadith ini dibuat oleh Muhammad bin al-Hajjah Al-Lakhmi, seorang penjual bubur Harisah untuk melariskan buburnya itu. "Aku beriman kepada Jibril di sisi Ka ‘bah, maka Ia mengeraskan bacaan." Hadith ini dibuat untuk mempertahankan pendapat dalam mazhab Syafi’e yang mengatakan Bismillah adalah salah satu ayat dari surah al-Fatihah yang wajib dibaca dengan suara keras dalam solat Jahriyyah. Apa yang telah lalu disebutkan ialah mengenai ciri-ciri Hadith Mawdhu’ pada sanadnya. Selain itu Hadith Mawdhu’ dapat diketahui melalui matannya, iaitu:

Upload: moch-i-w

Post on 30-May-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mengenali Hadith Maudhu

8/14/2019 Mengenali Hadith Maudhu'

http://slidepdf.com/reader/full/mengenali-hadith-maudhu 1/4

Mengenali Hadith Mawdhu’ (Palsu)

Hadith-hadith Mawdhu’ itu dapat dikenali pada sanadnya dan juga pada matannya. Di antara ciri-cirinya yang utama ialah:

1. Pengakuan yang dibuat oleh pembuat hadith itu sendiri

Umpamanya seperti yang diakui sendiri oleh Abdul Karim bin Abu Al-Auja’, Maisarah bin AbdulRabbih dan Nuh bin Abi Maryam.

2. Perawinya terkenal pembohong

Sedangkan Hadith yang diriwayatkan tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang tsiqah (dipercayai).

3. Bertentangan dengan kenyataan (fakta) sejarah

Umpamanya seorang perawi meriwayatkan sebuah hadith dari seorang guru, yang menurutkenyataan ia tidak pernah menemui guru itu, atau ia dilahirkan sesudah guru yang dikatakan itumeninggal dunia, ataupun ia tidak pernah datang berguru dengan guru tersebut.

Ma’mun bin Ahmad Al-Harawi mendakwa ada mendengar hadith dari Hisyam bin ‘Ammankekanda kepada Ibn Hibban, maka Ibn Hibban bertanya:

“Bilakah engkau ke kota Syam?” Ma’mun menjawab: “Pada tahun 250H.” Mendengar itu IbnHibban berkata: “Hisyam meninggal dunia pada tahun 245H.” 

Termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang yang mengaku sebagai sahabat Nabi danmendengar hadith-hadith Nabi dari Nabi SAW atau dari sahabat-sahabat Nabi SAW, padahalmereka hidup ratusan tahun setelah Nabi SAW dan para sahabat meninggal dunia.

4. Motif yang mendorong membuat hadith palsu itu

Sebenarnya ada motif dan tujuan yang tertentu yang mendorong orang membuat hadith-hadithpalsu itu, seperti politik, fanatik golongan, fanatik mazhab, kerana membodek raja, keranamencari rezeki atau sebagainya.

Contoh-contohnya:

"Bubur Harisah itu akan menguatkan belakang." 

Hadith ini dibuat oleh Muhammad bin al-Hajjah Al-Lakhmi, seorang penjual bubur Harisah untuk

melariskan buburnya itu.

"Aku beriman kepada Jibril di sisi Ka ‘bah, maka Ia mengeraskan bacaan." 

Hadith ini dibuat untuk mempertahankan pendapat dalam mazhab Syafi’e yang mengatakanBismillah adalah salah satu ayat dari surah al-Fatihah yang wajib dibaca dengan suara kerasdalam solat Jahriyyah.

Apa yang telah lalu disebutkan ialah mengenai ciri-ciri Hadith Mawdhu’ pada sanadnya. Selain ituHadith Mawdhu’ dapat diketahui melalui matannya, iaitu:

Page 2: Mengenali Hadith Maudhu

8/14/2019 Mengenali Hadith Maudhu'

http://slidepdf.com/reader/full/mengenali-hadith-maudhu 2/4

1. Perkataan dan ayat-ayatnya sangat jelek dan janggal

2. Kerosakan maknanya:

(a) Berlawanan dengan perkara yang mudah diketahui oleh akal dan tak dapat pula dita’wil

Contoh: "Bahawasanya bahtera Nuh bertawaf di Baitullah selama 7 hari dan bersolat 2 rakaat di Maqam Ibrahim." 

(b) Berlawanan dengan hukum akal mengenai Allah. Akal menetapkan bahawa Allah sucidaripada menyerupai makhluk

Seperti hadith:

"Bahawasanya Allah menciptakan kuda lalu dipacunya kuda itu hingga berpeluh, maka Iamenciptakan dirinya dari kuda itu." 

"Allah mengadu sakit mata, maka para Malaikat datang melawatnya." 

(c) Berlawanan dengan ilmu kedoktoran

Contoh: "Buah terung itu adalah penawar bagi segala penyakit." 

(d) Mengandungi dongeng yang tidak diterima akal

Seperti hadith: "Ayam putih itu adalahku dan kekasih bagi kekasihku Jibril." 

(e) Bertentangan dengan kenyataan dan ilmu

Seperti hadith:

"Bahawasanya Qaf itu adalah sebuah bukit dari permata zamrud hijau yang mengelilingi duniabagaikan tembok mengelilingi kebun dan bahu-bahu langit terletak di atasnya." 

"Bahawasanya bumi ini di atas batu hampar dan batu hampar di atas tanduk lembu, makaapabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya bergeraklah batu hampar itu." 

Al-Imam Ar-Razi berkata:

"Semua hadith yang kau dapatinya bertentangan dengan akal, berlawanan dengan dasar-dasar agama dan berlainan dengan yang dinukilkan dari Nabi, maka ketahuilah bahawa itu adalah

Hadith Mawdhu’." 

(f) Menyalahi keterangan Al-Quran yang qathi’e dan tidak pula dapat dita’wilkan

Contoh: "Anak zina tidak akan memasuki Syurga sampai 7 keturunan." 

Hadith ini bertentangan dengan Al-Quran:

"Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain." (Al-An'am: 64)

Page 3: Mengenali Hadith Maudhu

8/14/2019 Mengenali Hadith Maudhu'

http://slidepdf.com/reader/full/mengenali-hadith-maudhu 3/4

(g) Menyalahi Hadith Mutawatir 

Contoh: "Apabila diriwayatkan kepada kamu sebuah hadith yang sesuai dengan kebenaran,maka ambillah dia sama ada saya mengkhabarkannya ataupun tidak." 

Hadith ini bertentangan dengan Hadith Mutawatir:

"Barangsiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja maka bersedialah mengambil tempatnya dari Neraka." (Hadith Muttafaq ‘Alaih dan Hadith ini adalah Mutawatir)

(h) Menyalahi kaedah umum yang diambil dari al-Quran dan Sunnah

Contoh: "Barangsiapa yang dilahirkan untuknya seorang bayi lelaki lalu diberi nama Muhammad,maka dia dan anaknya di dalam Syurga." 

Ini bertentangan dengan kaedah umum, iaitu masuk Syurga mesti melalui amal soleh, bukansemata-mata kerana nama atau gelaran belaka.

(i) Menyalahi kenyataan sejarah yang memang sudah terkenal pada zaman Nabi SAW

Umpamanya hadith yang menerangkan bahawa Nabi SAW memberatkan jizyah atas penduduk-penduduk Khaibar dengan disaksikan oleh Sa’ad dan dituliskan oleh Abu Sufyan, pada halmenurut riwayat yang benar bahawa jizyah itu belum lagi dikenakan pada waktu itu. Ia barudikenakan sesudah peperangan Tabuk. Sa’ad meninggal sebelum itu pada tahun peperanganKhandak dan Abu Sufyan memeluk Islam setelah pembukaan kota Makkah.

(j) Hadith yang sesuai benar dengan mazhab yang dipegang oleh perawinya dan ia pulaterlalu sangat fanatik kepada mazhabnya

Misalnya hadith: Kata Ali: "Aku menyembah Allah bersama-sama Rasul-Nya sebelum lagi Diadisembah oleh seseorang dari umat ini 5 tahun atau 7 tahun." 

Hadith ini diriwayatkan oleh Habbah bin Juwain yang terlalu fanatik kepada mazhab Syi’ah.

(k) Hadith yang menerangkan pahala yang sangat besar terhadap sesuatu kebajikan yangsangat kecil

Misalnya:

"Sesuap makanan yang diberikan kepada orang lapar lebih utama daripada membina 1,000 jami’ 

(masjid)." 

"Barangsiapa mengucapkan Laa ilaha Illallah, maka Allah menjadikan untuknya seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah dan bagi tiap-tiap lidah 70,000 bahasa yang mereka beristighfar dengannya untuknya." 

"Barangsiapa bersolat Dhuha sekian rakaat, maka akan diberikan kepadanya pahala 70 orang Nabi." 

Page 4: Mengenali Hadith Maudhu

8/14/2019 Mengenali Hadith Maudhu'

http://slidepdf.com/reader/full/mengenali-hadith-maudhu 4/4

(l) Hadith yang menerangkan dosa dan siksa yang sangat besar atas kesalahan yang kecil

Umpamanya: "Barangsiapa memakan bawang putih pada malam Jumaat, maka hendaklah iamasuk Neraka selama 70 tahun." 

(m) Hadith yang menerangkan sesuatu urusan agama yang kalau ada semestinyadiriwayatkan oleh orang ramai

Demikianlah ciri-ciri Hadith Mawdhu’ itu, dan dengan memerhatikan ciri-ciri itu, maka HadithMawdhu’ dapat dikenal dengan mudah.

Ar-Rabi’ mengatakan:

"Bahasawanya di antara Hadith-hadith itu ada Hadith yang bersinar seperti sinaran waktu siang dan bahawasanya di antara Hadith-hadith itu ada Hadith yang gelap seperti malam, kitamengetahuinya dengan gelap itu." 

Perkataan Ar-Rabi’ ita menunjukkan, bahawa perbezaan antara Hadith Nabi dengan Hadith

Palsu itu terlalu sangat jelas dan terang, dan tanda-tandanya sangat mudah diketahui, iabagaikan malam dengan siang.

Dan Al-Imam Ibn Al-Jawzy pula berkata:

"Hadith Mungkar yakni Hadith Mawdhu’ itu menggementarkan kulit (badan) penuntut ilmu dankebiasaannya tidak diterima oleh hati." 

Allahu a'lam bisshawab

*Dipetik dari kitab Himpunan Hadith Dha'if dan Mawdhu’, susunan Drs Abdul Ghani Azmi Haji 

Idris

dari: http://dhanysarip.blogspot.com/2005/11/ciri-ciri-hadith-maudhu-palsu.html