memahami konsep dan definisi pendidikan jasmani

4
Memahami Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani, pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettifor, dalam Wee Eng Hoe, 2005). Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui penyediaan skop pengalaman pembelajaran yang berturutan serta rapi. Secara ringkasnya, Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik serta berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam Pendidikan Jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai perkembangan kemahiran dan kecergasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Pendidikan Jasmani juga berperanan membangun serta membina aspek kognitif murid melalui aktiviti-aktiviti penerokaan, penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir. Di sini kita dapat lihat dengan jelas bahawa subjek ini merupakan satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek mahupun sosial. Kerelevanan Pendidikan Jasmani untuk diajar di sekolah juga disebabkan subjek ini memiliki kesepaduan di antara domain psikomotor dan domain kognitif. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamik dan progresif (Asiah Abu Samah, 1993).

Upload: ramesh-nathan

Post on 11-Dec-2015

255 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pj

TRANSCRIPT

Page 1: Memahami Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani

Memahami Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh

yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial

dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani, pelajar akan diberi ruang untuk mencuba

dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettifor,

dalam Wee Eng Hoe, 2005).

Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya

hidup sihat dan aktif melalui penyediaan skop pengalaman pembelajaran yang

berturutan serta rapi. Secara ringkasnya, Pendidikan Jasmani adalah merupakan

satu bentuk pembelajaran yang holistik serta berupaya membangunkan pelajar dari

pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar

dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan

pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam Pendidikan Jasmani masa kini tertumpu

antaranya kepada nilai perkembangan kemahiran dan kecergasan jasmani serta

menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Pendidikan Jasmani juga

berperanan membangun serta membina aspek kognitif murid melalui aktiviti-aktiviti

penerokaan, penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir. Di sini kita dapat lihat

dengan jelas bahawa subjek ini merupakan satu keperluan bagi membina

perkembangan keseluruhan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek

mahupun sosial.

Kerelevanan Pendidikan Jasmani untuk diajar di sekolah juga disebabkan subjek ini

memiliki kesepaduan di antara domain psikomotor dan domain kognitif. Kesepaduan

ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan

insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamik dan

progresif (Asiah Abu Samah, 1993).

Page 2: Memahami Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani

Aspek Psikomotor

Aspek psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang

mampu dipamerkan.Aspek ini melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan,

kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan serta

kelajuan. Di dalam subjek Pendidikan Jasmani suaian, aspek ini perlu difokus

selepas pelajar melepas tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.

Weston (1979) menyatakan bahawa kurikulum yang dihasilkan adadalah program

yang dirancang untuk kepentingan pelajar dan mengambil kira semua faktor utama

seperti keperluan pelajar dan sekolah sebagai matlamat utama. Bucher (1979)

berpendapat bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani mampu untuk membuahkan

hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah

digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar.

Raddick (1982) pula berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian

daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium

pendidikan., ia menekankan tentang pembentukan sikap, pengetahuan dan

kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan

cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Pukal KBSM

(1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)

bertujugan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga

unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap,

pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang menekankan kepada proses

pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah

pertumbuhan mental, fizikal, emosi dan soail (Teng Boon Tong, 2001).

Page 3: Memahami Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani

Dapat disimpulkan bahawa Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang

memberi penekanan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti

fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi.

Subjek ini juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif

melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan

kecergasan dalam kehidupan seharian.

Aspek Kognitif

Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan

berfikir serta memahami. Pembangunan kognitif juga melibatkan rangsangan

pemikiran yang terdiri daripada elemen kreativiti, penyelidikan, perkaitan, kebolehan,

pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar misalnya

dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya

sebelum mengikuti pendidikan luar, pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan

sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan

penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa

kepada pelaksanaan aktiviti dengan lebih cekap dan berkesan.

Pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti seperti permainan padang, permainan

gelanggang, olahraga serta rekreasi juga penting bagi menjadikan aktiviti yang

diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Hasil yang baik akan diperolehi

bukan saja memberi kekuatan fizikal malah harus memberi kekuatan kognitif.

Kecekapan pelajar untuk memahami sesuatu teknik, peraturan ataupun disiplin serta

melakukan keputusan untuk menghasilkan pergerakan yang sesuai dan kerjasama

dengan rakan sepasukan melalui persefahaman yang baik adalah kunci utama

penerapan aspek kognitif dalam Pendidikan Jasmani.

Page 4: Memahami Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani

Aspek Afektif

Matlamat utama yang diingini dalam semua program Pendidikan Jasmani pada

umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial.

Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai serta

pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak

komunikasi dengan orang lain. Pendidikan Jasmani memberi sumbangan terhadap

perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan akan terjalin ketika

melakukan aktiviti secara berpasukan.

Pendidikan Jasmani juga perlu menekankan nilai yang baik seperti tolong-menolong,

menghargai sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan fizikal, menghomati orang

lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti. Emosi adalah

suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan

bersama rakan sebaya. Aktiviti Pendidikan Jasmani dapat membentuk emosi yang

stabil di kalangan pesertanya. Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat

membantu dalam pembangunan sosial. Seorang murid yang pada mulanya jenis

pemalu dan tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan, akan menjadi seorang yang

periang serta dapat menjalinkan persahabatan dengan rakan lain sekiranya aktiviti

yang dilakukan dapat memenuhi kepuasannya ketika terlibat dalam suatu aktiviti.

Sebagai kesimpulan, Pendidikan Jasmani membantu individu menyesuaikan diri

dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan

teratur oleh guru subjek akan menjadikan Pendidikan Jasmani sebagai wahana

penting untuk mencapai matlamat sosial.