matlamat sebutan baku bahasa melayu word

7
2.1 MATLAMAT SEBUTAN BAKU 2.1.1 Latar Belakang Sebutan Baku Maklumat yang termuat dalam Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu ini berdasarkan kepada dokumen-dokumen pedoman sebutan baku bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, khususnya daripad terbitan-terbitan yang berikut : i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1!. ii. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1". iii. Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 11. Peran#angan mengenai pembakuan sebutan bahasa Melayu men$adi salah satu ob$ekti% Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu yang telah termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 & Disemak 1'!( Pindaan dan Peluasan 1)*. +erdapat beberapa ob$ekti% yang di#atatkan sebagai tu$uan-tu$uan embaga Pengelola DBP mengenai perkara ini iaitu untuk membakukan e$aan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebagsaan( 2.1.2 Matlamat dan Tujuan Sebutan Bahasa Melayu Baku Bahasa Melayu baku merupakan bahasa standard yang mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem e$aan, tatabahasa dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai empat sistem utama iaitu %onologi, mor%o sintaksis dan semantik. Menurut Menurut /wang Sariyan &0 "*, sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam 2ongres Bahasa dan Persuratan Melayu 2ali 2e-3 &1)4 yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan yang disebut berdasarkan e$aan atau %onemik dan bukan mengikut sebutan Melayu standard iaitu kela5iman dialek 6ohor 7iau. Sebutan baku di institusi pendidikan khususnya di sekolah telah dilaksanakan s serentak dengan 2BSM &1!!*. Matlamat Sebutan baku ini dilaksanakan dengan bertu$uan untuk mewu$udkan satu 8ariasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi yang %ormal atau rasmi.

Upload: anitawatiguwindasamy

Post on 04-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kkkk

TRANSCRIPT

2.1 MATLAMAT SEBUTAN BAKU

2.1.1 Latar Belakang Sebutan Baku

Maklumat yang termuat dalam Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu ini berdasarkan kepada dokumen-dokumen pedoman sebutan baku bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut :i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1998.ii. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1994.iii.Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991.

Perancangan mengenai pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadi salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu yang telah termaktub dalamAkta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959( Disemak 1978; Pindaan dan Peluasan 1995). Terdapat beberapa objektif yang dicatatkan sebagai tujuan-tujuan Lembaga Pengelola DBP mengenai perkara ini iaitu untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebagsaan;

2.1.2 Matlamat dan Tujuan Sebutan Bahasa Melayu Baku

Bahasa Melayu baku merupakan bahasa standard yang mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai empat sistem utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. MenurutMenurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan yang disebut berdasarkan ejaan atau fonemik dan bukan mengikut sebutan Melayu standard iaitu kelaziman dialek Johor-Riau.

Sebutan baku di institusi pendidikan khususnya di sekolah telah dilaksanakan secara serentak dengan KBSM (1988). Matlamat Sebutan baku ini dilaksanakan dengan bertujuan untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi yang formal atau rasmi.

Selain itu, matlamat sebutan baku dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. Selain itu juga, sebutan baku dilihat bertujuan untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu agar sistem sebutannya menjadi mantap sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata yang merangkumi perbendaharaan kata umum dan istilah, sistem ejaan serta laras bahasa.

Secara khususnya, perlaksanaan sebutan baku ini adalah untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah.

2.1.3 Masalah Sebutan Baku Bahasa Melayu

Kekangan sebutan disifatkan sebagai kekangan yang merumitkan. Oleh itu,perancangan dalam pembakuannya di Malaysia dilaksanakan selepas memantapkan aspek-aspek bahasa yang lain. Beberapa kegiatan yang diperturunkan adalah :

i.Kegiatan kajian mengenai sistem fonologi dialek dan bahasa Melayu yang diadakan sejak tahun 1980-an lagi. Beberapa bengkel diadakan sehingga akhir tahun 1987.ii.Perumusan mengenai pedoman sebutan baku bahasa Melayu dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, PLM, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar-pakar bahasa sekitar tahun 1987.iii.Mengadakan penyelidikan melalui beberapa seminar dan bengkel sejak awal Rancangan Malaysia Keempat 1981.iv.Siri bengkel sebutan baku 1987 antara Persatuan Linguistik Malaysia dan DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia serta pakar-pakar bahasa.

Penggunaan sebutan baku dalam sektor pendidikan di Malaysia telah dilaksanakan pada dua penggal iaitu pada tahun 1988. Sebutan baku ini dilaksanakan berdasarkan arahan Pekeliling Ikhtisas Bil. II/ 1988: Pelaksanaan Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di Sekolah-sekolah yang bertarikh pada 2 April 1988 yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, pelaksanaan mengenai sebutan baku bahasa Melayu di seluruh negara memerlukan masa yang lama. Punca utama ialah kebiasaan sebutan lama yang sukar hendak diubah kepada sistem baharu.

2.1.4 Penggunaan Sebutan Baku

Merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu 1996: 46 telah mentakrifkan sebutan baku sebagai sebutan yang digunakan dalam situasi rasmi. Segala urusan yang ditakrifkan sebagai rasmi termasuklah:

i.Siaran melalui media elektronik seperti pembacaan berita, ulasan, dan pengacaraan sesuatu majlis.ii.Ucapan pada khalayak ramai seperti pidato, ceramah, perbahasan, kuliah dan pengumuman.iii.Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan oleh [pegawai pensyarah, pelajar dan guru.]iv.Komunikasi rasmi dan perbincangan di sector awam, seperti mesyuarat rasmi, temu duga ucapan dalam upacara rasmi dan wawancara.

2.1.5 Dasar Sebutan Baku

Penetapan dasar umum sebutan baku bagi kata bahasa Melayu perlulah berdasarkan ejaan, iaitu penyukuan kata dan sebutan menurut pelambangan huruf, serta fungsinya dalam ayat. Sebagai garis panduan umum tentang sebutan baku bahasa Melayu , perhatian perlu diberikan kepada ciri-ciri sebutan yang berikut :

i.Sebutan Kata : Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata, sama ada kata dasar atau kata terbitan.ii.Sebutan Huruf : Pada asasnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi hendaklah dilafazkan dengan jelas menurt nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya. (e,)iii.Intonansi : Ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendahnya sewaktu berbicara, dan hendaklah berdasarkan bentuk ayat atau kalimat dan jenis dalam bahasa Melayu serta keprihatinan keadaan yang berkenaan.

Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita, alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi, ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, 2008 bahawa:Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yangkukuh . Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang, bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Kini, bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. Penggiat bahasa risau, pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya. Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: i.Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi. ii.Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. iii.Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa. iv.Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah

Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu

Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita, alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi, ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, 2008 bahawa:

Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh .

Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang, bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Kini, bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. Penggiat bahasa risau, pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya.

Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

i. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.

ii. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa.

iii. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa.

iv. Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah

1.Pembakuan Bahasa Melayu bertujuan menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan pelbagai variasi sebutan pengguna bahasa Melayu.Selain matlamat di atas, berikan DUA matlamat pembakuan bahasa Melayu