matematik tahun 6

6
KUMPULAN 10 MATEMATIK TAHUN 6 Tajuk : Bentuk dan Ruang Bidang: Bentuk Tiga Dimensi (3-D) Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 10.2 Mencari isipadu gabungan bentuk 3D kubus dan kuboid. Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: (i) Mengira isipadu gabungan bentuk 3D kubus dan kuboid. Objektif Pengajaran Murid dapat membuat satu binaan kreatif dengan menggunakan gabungan bentuk 3 dimensi ( kubus dan kuboid ) yang mempunyai isipadu yang berbeza. Masa: 60 minit (2 waktu)

Upload: nursalalida

Post on 18-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kjklj

TRANSCRIPT

KUMPULAN 10

MATEMATIK TAHUN 6Tajuk : Bentuk dan Ruang

Bidang: Bentuk Tiga Dimensi (3-D)Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:

10.2 Mencari isipadu gabungan bentuk 3D kubus dan kuboid.Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:

(i) Mengira isipadu gabungan bentuk 3D kubus dan kuboid.Objektif PengajaranMurid dapat membuat satu binaan kreatif dengan menggunakan gabungan bentuk 3 dimensi ( kubus dan kuboid ) yang mempunyai isipadu yang berbeza. Masa: 60 minit (2 waktu)

FASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASI

1. Persediaan

Tinjauan berfokus

/berstruktur

penyoalanMurid diminta menunjukkan kotak yang mereka bawa sendiri.

Guru membawa contoh bentuk 3-D kubus dan kuboid. Guru membimbing murid untuk membanding beza antara bentuk kubus dan kuboid.

Murid menunjukkan bentuk kotak masing dan menamakan bentuk tersebut samada kubus atau kuboid.Murid diminta untuk membezakan bentuk kubus dan kuboid.

Apakah nama bahan ini ?

Apakah bentuk bahan yang ditunjukkan ?

Adakah bentuk kotak A sama seperti kotak B?

Bagaimanakah kamu membezakan bentuk 2-D dan 3-D?

2. ImaginasiMeneroka

Merancang

Meramal

Guru membimbing murid untuk mengenal panjang, lebar dan tinggi bentuk kubus dan kuboid.

Murid menamakan bentuk dan melabelkan sisi panjang, lebar dan tinggi bentuk tersebut.Menjelaskan kepada murid bahawa bentuk-bentuk 3-D tersebut mempunyai

isipadu masing-masing.

Guru membimbing murid-murid mengukur sisi panjang, lebar dan tinggi. Guru memilih 5 orang murid secara rawak untuk merekodkan ukuran yang diperoleh pada jadual yang dilekatkan di papan putih. Guru meminta murid-murid lain meramalkan isipadu kotak-kotak berdasarkan saiz kotak dan ukuran yang diperoleh oleh rakan-rakan mereka.

Penerapan nilai murni :

a) Kerjasama di dalam kumpulan.Apakah bentuk 3-D yang kamu perolehi ?

Tunjukkan sisi panjang, lebar dan tinggi?

Berapakah jumlah sisi panjang, lebar dan tinggi?

3. Perkembangan

Meneroka

Mencari maklumat

Membuat prototaipGuru memperkenalkan formula untuk mengira isipadu kubus dan kuboid secara tepat.

Guru membimbing murid mengira isipadu kubus dan kuboid menggunakan formula tersebut.Murid berada dalam kumpulan 6 orang.Murid merekodkan ukuran sisi panjang, lebar dan tinggi serta isipadu kotak masing-masing ke dalam lembaran jadual yang dibekalkan.

Murid-murid berbincang di dalam kumpulan masing-masing untuk mendapatkan idea untuk membuat projek berasaskan bentuk-bentuk kubus dan kuboid mereka.Murid bertanya kepada guru jika perlu.

Murid boleh merujuk kepada buku seperti mencari gambar atau lakaran serta maklumat tambahan yang sesuai bagi membentuk bahan atau benda yang dikehendaki.

Murid menyusun bentuk-bentuk kubus dan kuboid untuk menyatakan idea projek dan menunjukkan pada guru. Guru akan memberikan cadangan dan pandangan serta pendapat terhadap idea yang ditunjukkan itu sebagai penambahbaikan.

Murid dibimbing membuat projek / membina prototaip masing-masing.

Murid diingatkan oleh guru tentang kekemasan dan ketelitian semasa membuat binaan tersebut.

Penerapan nilai murni: a) Cermat ketika menyusun

b) Kemas

4. Tindakan

Menganalisis maklumat

Mentaksir

Menguji prototaip

Melapor

Dokumentasi dan

Merumus

Meminta murid mengira jumlah isipadu binaan yang terhasil daripada beberapa kubus dan kuboid yang mereka bina bagi melaporkan tentang hasil karya yang telah dibuat.

Pastikan murid mengukur sisi panjang, lebar dan tinggi setiap bentuk yang dibina dengan tepat.

Minta murid mencatat ukuran bilangan sisi, bentuk 3-D dan ukuran sisi yang digunakan bagi membentuk bahan yang dihasilkan pada bahagian belakang kolaj yang dibuat. Namakan hasil prototaip yang dibuat.

Memeriksa hasil prototaip yang bina/di buat dengan memeriksa tampalan, guntingan, kekemasan dan hasil karya murid yang dibuat.

Menilai hasil kerja murid dengan meminta murid memberikan pendapat dan pandangan.

Guru membuat rumusan daripada hasil yang diterima. Mempamerkan hasil binaan di sudut pameran di belakang kelas.

Apakah nama hasil prototaip kamu itu ?

Soal jawab tentang hasil yang dibuat oleh murid:

a) Model apakah yang telah dibina oleh kumpulan ini?

b) Berapakah jumlah kubus yang digunakan untuk menghasilkan binaan?c) Berapakah jumlah kubus yang digunakan untuk menghasilkan binaan?

d) Apakah bentuk-bentuk 3-D yang paling banyak digunakan untuk membina projek ini?

Pentaksiran

Pembentangan murid berkaitan model yan dibina dan respon murid terhadap soalan yang diutarakan guru dan murid.

Nilai dan Sikap

Kerjasama, saling bantu membantu, ketelitian semasa membanding beza dan menganalisa.