masyarakat melayu champa di terengganu

Upload: zuhairi-n-rozni

Post on 08-Jul-2015

1.213 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

KANDUNGAN Surat 1. Penghargaan 1. 2. Kemboja:Sejarah Sepintas Lalu 24 3. Masyarakat Melayu Champa di Kampung Che Lijah,Dungun 3.1 Sejarah asal-usul 3.2 Persekitaran Fizikal 3.3 Sistem Sosial 11 3.4 Sistem Ekonomi -13 3.5 Adat Resam dan Budaya 18 4. Penutup 5. Bibliografi 20 57

Muka

5

89 9 11 14

18 - 19

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

2

PENGHARGAANAlhamdulillah dan syukur ke hadrat lllahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya ,menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih terutamanya kepada Encik Hamdan bin Aziz pensyarah Pengajian Sosial kerana dengan bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya untuk menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, tidak lupa kepada Encik Omar bin Sulaiman

sekeluarga, Encik Abdullah bin Ismail serta keluarga, isteri tersayang Nik Rozni bt Nik Lah yang telah banyak membantu serta memberi sokongan dari aspek moral kepada saya. Dorongan dan kerjasama yang diberi amat saya hargai. Semoga Allah memberkati setiap kerja yang dilakukan dan menjadikan saya insan yang berjasa. Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu berkongsi idea, sama-sama mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan saya ini. Tunjuk ajar serta Allah pengkongsian maklumat amatlah hargai. Semoga

melimpahi syukur dan hidayah kepada kita kerana sikap tolongmenolong serta bantu-membantu ini.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

3

Kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. Sekian ,terima kasih..Wassalam

Kemboja : Sejarah Sepintas Lalu Enam puluh tahun pertama abad ke 19, Kemboja1 menjadi medan pergelutan dua kuasa besar serantau-Siam dan Vietnam. Percaturan politik istana Raja Kemboja merupakan dinamika untuk memelihara, menyekat ataupun mengembangkan pengaruh salah satu kuasa besar ini. Maharaja Vietnam menegaskan dengan sinis Kemboja merupakan satu negara yang berdaulat dan hamba kepada dua (iaitu Vietnam dan Siam) .1

Kerajaan Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadan Thailand di barat,Laos di timur,Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

4

Dengan tiadanya pemerintahan pusat yang kuat, muncullah pemerintahpemerintah setempat yang mempunyai wewenangnya2 yang tersendiri untuk terus berkuasa. Rakyat jelata hanya dilihat sebagai sumber hasil percukaian yang mesti sentiasa diperah. Pemerintahan Perancis bermula pada tahun 1863 apabila Raja Kemboja Norodom menandatangani perjanjian keselamatan dengan pegawai-pegawai Perancis melalui konsesi 3 balak dan logam galian. Penjajahan Perancis berterusan sehingga kemerdekaan Kemboja tercapai pada tahun 1953. Corak pemerintahan di Kemboja selepas ini banyak diwarnai oleh personaliti Raja Sihanouk. Indo-Cina pada masa itu sedang terus bergolak dengan penglibatan langsung kuasa-kuasa besar dunia-Amerika, Russia dan Cina. Keamanan serta kemakmuran Kemboja tertakluk kepada arus-arus pergolakan politik yang sedang bergelora. Perang saudara meletus pada tahun 1970 apabila General Lon Nol merampas kuasa dengan sokongan Amerika dan Sihanouk mendapat sokongan daripada Cina dan Pol Pot. Bermulalah malapetaka yang menimpa rakyat Kemboja termasuk umat Islam Melayu-Champa. Inilah yang berlaku pada zaman pemerintahan rejim komunis Pol-Pot di Kemboja pada tahun 1975-79. Bangsa Melayu-Champa yang keseluruhannya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Cham4 serta mempunyai adat resam dan sejarah yang tersendiri menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai. Sejak tahun 1974 lagi alim ulama' Islam sudah mula dibunuh. Apabila Pnom Penh, ibukota Kemboja jatuh pada tahun 1975, keseluruhan ahli Majlis Mufti Kemboja telah ditangkap, dipenjara dan kemudiannya terus dibunuh. Imam Abdullah bin Idris Mufti Kemboja turut syahid.2 3

Wenang - hak dan kekuasaan hak atau keizinan yg diberikan kpd syarikat dll utk menggunakan sesuatu kawasan bagi tujuan melombong (membalak dll) 4 Bahasa pertuturan orang Melayu Champa

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

5

Polisi penghapusan etnik 5 ini terlaksana dengan beberapa pendekatan: Pendekatan pertama ialah penghinaan jiwa dan maruah bangsa Cham. Lelaki bangsa Cham yang konon berdegil untuk terus bersongkok, berkopiah atau berserban akan dibunuh. Begitu juga orang perempuan yang ingin terus berselendang, bersanggul dan berpakaian labuh seperti baju kurung. Semua dipaksa berpakaian hitam. Bahasa Melayu-Champa diharamkan langsung. Pendekatan kedua ialah pengharaman amalan-amalan beragama.

Sembahyang, berpuasa, membaca Al-Quran merupakan amalanamalan yang ditegah. Masjid atau surau dirobohkan atau dijadikan stor makanan atau barang. Memakan daging babi dijadikan petanda untuk menguji kesetiaan dan keikhlasan seseorang Cham itu kepada perjuangan komunis. Dua kampung kecil orang Islam di Kahpol dan di Svey Kliang telah bangun melancarkan jihad. Mereka rela mati daripada tunduk kepada kekuasaan komunis. Pendekatan ketiga ialah pemindahan-paksa. Masyarakat Cham dari sesuatu kampung dipecah-pecahkan dan dihantar ke tempat-tempat yang jauh di antara satu sama lain. Ketiga-tiga pendekatan ini mengorbankan banyak nyawa. Faham komunis dan ras yang dijiwai oleh Pol Pot dengan impian kemegahan bangsa Khmer seperti zaman Angkor Wat tidak dapat menerima kewujudan Bangsa Cham di bumi Kemboja. Polisi pembunuhan langsung dimulakan terutamanya di tebing timur Sungai Mekong mulai tahun 1978. Namun rahmat Allah swt sentiasa bersama mereka yang sabar. Vietnam dengan bala tentera yang besar telah melanggar Kemboja dan menjatuhkan pemerintahan rejim Pol Pot pada 7 Januari 1979.. Pada keseluruhannya 90,000 atau 36% umat Islam mati di antara tahun 1975-79 di Kemboja.5

berkenaan bangsa manusia

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

6

Masyarakat Melayu Champa di Kampung Che Lijah, Dungun, Terengganu. 1. Sejarah asal-usul. Pelarian Melayu Champa ke Malaysia bermula pada awal tahun 1975 setelah berlakunya pergolakan politik oleh rejim komunis Pol Pot di Kemboja. Orang-orang Islam Kemboja di bawa masuk oleh kerajaan Malaysia dan di tempatkan di beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu. Mereka dilindungi dan ditempatkan di kem sementara sebelum diberi peluang untuk meneruskan hidup dengan cara sendiri di bumi yang bertuah ini. Menurut cerita seorang pelarian Islam berketurunan Melayu Champa bernama Omar bin Sulaiman. yang berasal dari sebuah perkampungan di Phnom Penh . Pelarian beliau bermula pada awal tahun 1980 ketika berumur 19 tahun.6 Pada awal 1975 rejim komunis Pol Pot telah masuk ke kampung-kampung dan membunuh orang-orang cerdik pandai, memaksa penduduk Islam meninggalkan ajaran Islam, memisahkan ahli keluarga dan menyeksa penduduk dengan menyatu makanan dan memerah tenaga untuk menyiapkan jalan kereta api untuk pengangkutan askar, ramai di antara penduduk lari meninggalkan kampung ke khemah-khemah pelarian di sempadan Thailand dan Vietnam.7

6

Omar bin Sulaiman, Kampung Che Lijah, Dungun, Terengganu, Temu bual pada 11 Oktober 20077

Ibid

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

7

Tidak tahan dengan penyeksaan dan melihat ramai penduduk yang dibunuh secara kejam, beliau bersama abang, beberapa orang sepupu dan sanak saudara dan orang-orang kampung telah meninggalkan Pnom Penh dengan menaiki kereta lembu dan berjalan kaki selama satu hari satu malam ke satu tempat bernama Swai Sees Kong dan bermalam di kem baru askar Vietnam Jerom Kmai yang terletak jauh ke dalam hutan di sempadan Vietnam-Kemboja. Dari Jerom Kmai mereka menaiki lori ke kem Batubong yang terletak di sempadan Thailand-Kemboja.8 Dari kem Batubong mereka menaiki kereta api ke Malaysia.9 Sebelum dibawa masuk ke Malaysia, orang-pelarian Kemboja ditemu duga berkaitan rukun-rukun Islam, bersolat dan bacaan al-Quran untuk mengesahkan mereka adalah benar-benar beragama islam. Dari kem Chambori orang-orang Islam Melayu Champa ini di bawa menaiki bas dan di bawa ke negeri Kelantan dan seterusnya ke kem sementara di Cherating, Pahang.10 Mereka kemudian dibawa masuk ke ladang-ladang kelapa sawit, membuat kerja-kerja pembinaan di tapak pembinaan dan lain-lain kerja untuk meneruskan hidup mereka. Hari ini kebanyakan orang-orang pelarian Melayu Champa ini menjalankan perniagaan menjual pakaian di bandar Dungun. Mereka telah berjaya membina empayar perniagaan kain dan pakaian kerana mereka mempunyai semangat tolong-menolong dan saling membantu antara sesama mereka sehingga sebuah perkampungan orang-orang Melayu Champa wujud di Kampung Che Lijah, Dungun.118 9

kem Khoi Idan di

Thailand dan seterusnya dihantar ke kem Chambori di sempadan Thailand-

ibid ibid 10 ibid 11 ibid

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

8

Perkampungan ini diasaskan oleh seorang pelarian terawal sekitar tahun 1975 yang bernama Haji Mat Zain. Beliau berusaha membeli tanah-tanah di Kampung Che Lijah dan mengumpul seberapa ramai masyarakat Melayu Champa di Dungun dan beberapa daerah lain untuk berkampung di perkampungan ini. Pada asalnya orang-orang Melayu Champa ini tinggal di merata tempat di Dungun dan juga daerah-daerah lain. Mereka menyewa rumahrumah orang tempatan dan kemudiannya ditawarkan tanah untuk dibeli. Menurut Encik Omar, beliau telah di tempatkan di Sungai Ular, Kuantan. Beliau telah tinggal di sebuah tanah milik penduduk tempatan yang bersimpati kepadanya. Apabila mendapat tahu tentang penempatan masyarakat Melayu Champa di Che Lijah dari abangnya yang telah tinggal di situ, beliau telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan membeli tanah di sana Tanah-tanah dibeli dengan bayaran secara ansuran melalui sistem kutu. Mereka berusaha membelinya dengan membayar berbulan-bulan lamanya. Bermula hanya dengan 4 keluarga kini lebih kurang 60 keluarga telah menetap di perkampungan ini.12

12

ibid

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

9

Gambar : Jalan masuk ke perkampungan Melayu Campa di Che Lijah,Dungun. 2. Persekitaran Fizikal. Perkampungan ini terletak di pinggir bandar Dungun kira-kira 8 km melalui jalanraya utama dari bandar. Ia terletak di Kampung Che Lijah, Dungun. Perkampungan dibina berhampiran jalanraya dan berkelompok. Rumah-rumah di sini dibina berdekatan antara satu sama lain dan tersusun secara berbaris di kiri kanan jalan masuk. Rumah-rumah di sini tidak berpagar. Kalau adapun hanya berpagar di bahagian hadapan sahaja. Kebanyakan rumah di sini adalah rumah batu dua tingkat dengan saiz yang agak besar. Namun begitu masih ada rumah-rumah lama yang diperbuat daripada papan, yang dibina pada peringkat awal perpindahan.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

10

Kedudukan rumah yang dibina berdekatan antara satu sama lain menunjukkan persaudaraan yang erat dan hubungan yang baik antara masyarakat Melayu Champa di sini. Berhampiran dengan petempatan ini terdapat sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah iaitu Sk. Tanjung Pati, Dungun. Semua anak-anak penduduk kampung Che Lijah mendapat pendidikan awal di sini.

Gambar : Papan Tanda ke Kampung Che Lijah

Gambar: Salah sebuah rumah di perkampungan Melayu Campa.ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 ) PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

11

Binaan rumah adalah mengikut binaan masyarakat tempatan. Rumah moden dan dihiasi dengan pokok-pokok buah-buahan seperti mempelam. Jika dilihat dari segi fizikal rumah mereka, tiada perbezaan antara masyarakat Melayu tempatan dan Melayu Champa. 3. Sistem Sosial. Orang-orang Melayu Champa di Dungun sangat mementingkan

persaudaraan. Mereka hidup dalam suasana aman dan saling bergantung antara satu sama lain. Ikatan silaturahim mereka bagaikan sanak-saudara. Keluarga yang senang akan membantu keluarga yang susah. Mereka berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa Melayu Champ. Kadangkala mereka bertutur dalam bahasa Kemboja. Walau bagaimanapun anak-anak mereka yang lahir di Dungun tidak lagi bertutur dalam bahasa Melayu Champ. Ini kerana mereka bersekolah dan bergaul dengan masyarakat setempat. Mereka lebih selesa bertutur dalam Bahasa Malaysia. Orang-orang tua Melayu Champa menulis menggunakan tulisan jawi. Semasa di Kemboja mereka bersekolah di sekolah agama. Contoh pertuturan dalam bahasa Melayu Campa: Sok so bhai Apa khabar. Encoin mouk tia khioun, atet mouk Jemput datang ke rumah saya minggu depan.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

12

Ou khon Terima kasih. Contoh pertuturan dalam bahasa Kemboja: Si bai nouk? Sudah makan nasi? Si du ai Sudah makan. Generasi kedua Melayu Campa yang berada di Dungun kebanyakannya telah berkahwin dengan masyarakat tempatan. Mereka tidak terikat dengan perkahwinan sesama kaum kerana ada di kalangan anak-anak Melayu Campa ini bersekolah hingga ke menara gading. Ada di antara anak-anak Melayu Champa yang sudah berjaya menjadi guru, ustaz dan tak kurang juga menjawat jawatan tinggi. Ramai di antara bekas pelarian Kemboja ini telah pun mendapat kerakyatan Malaysia dan ada juga yang masih dalam proses menunggu taraf kerakyatan.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

13

Gambar : Pakcik Abdullah bersama anak perempuan dan cucunya. Salah seorang pendatang yang awal menetap di perkampungan ini. . 4. Sistem Ekonomi Ketika berada di Kemboja, orang-orang Melayu Campa ini bekerja sebagai petani. Mereka membuat kerja-kerja bercucuk tanam dan pelbagai jenis kerja kampung. Ketika mula-mula sampai ke Malaysia, pelarian Kemboja di suruh membuat semua jenis kerja yang mampu untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai orang biasa. Mereka tidak diberi pertolongan oleh kerajaan dari segi material kerana mereka digalakkan berusaha sendiri. Pelarian Kemboja ini diberi peluang pekerjaan di ladang-ladang kelapa sawit, , buruh binaan di tapak-tapak pembinaan dan bekerja di kilang-kilang. Ada yang bekerja sendiri sebagai tukang rumah dan bertani. Bagi yang berpendidikan dan berlatarbelakangkan agama, ada yang mengajar Al Quran atau mengajar kitab-kitab agama di surau atau masjid kampung berhampiran. Salah seorang yang terkenal dengan kepandaian mengajar mengaji Al Quran ialah Tuan Haj. Ali. Salah seorang anak beliau iaitu Mohd Hafaz bin Hj Ali telah menjadi qari yang mewakili negeri Terengganu di peringkat kebangsaan. Mereka juga terlibat dengan perniagaan menjual kain secara kecil-kecilan. Bermula dengan menjunjung bungkusan kain dan dijual dari rumah ke rumah di

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

14

sekitar kampung berdekatan akhirnya mereka mampu membuka gerai menjual pakaian di pasar-pasar malam. Mereka menjual kain dari rumah ke rumah. Sistem bayaran secara ansuran menyebabkan penduduk tempatan berminat untuk berurus niaga dengan masyarakat kemboja ini. Pada setiap bulan mereka akan datang ke kampung-kampung untuk menunjukkan kain-kain yang terbaharu di samping memungut hutang-hutang kain yang terdahulu. Dengan cara demikian perniagaan kain ini berkembang dan berterusan. Kerjasama kepercayaan dan saling bantuan-membantu sesama mereka serta

dan keyakinan dari pembekal-pembekal kain telah membantu

mereka membuka kedai kain yang maju di daerah Dungun. Perniagaan mereka berkembang maju dan kini mereka sudah memiliki kedai-kedai menjual pakaian yang terkenal di Dungun. Harga yang berpatutan dan pakaian yang terkini menjadi daya penarik kepada masyarakat tempatan untuk mengunjunginya. Di samping itu ada juga peniaga-peniaga ini yang mengambil upah untuk menjahit pakaian dengan yang lebih murah.

Gambar : Kedai pakaian milik En Omar bin Sulaiman

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

15

Gambar : Encik Omar di dalam kedai kainnya yang besar dan maju.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

16

5. Adat resam dan budaya. 5.1 Pantang-larang.

Orang-orang Melayu Campa mempunyai adat resam yang hampir sama dengan orang-orang Melayu tempatan. Adat perkahwinan, adat ketika dalam pantang dan menyambut kelahiran bayi serta pantang larang lain. 5.2 Adat perkahwinan

Adat resam mereka banyak dipengaruhi oleh budaya hindu seperti bersanding dan adat lenggang perut wanita yang hampir bersalin. Namun begitu semua adat yang berlawanan dengan ajaran Islam telah dibuang. Seperti masyarakat Melayu tempatan , mereka berpegang kuat kepada ajaran Islam yang dianuti sejak nenek-moyang mereka lagi. 5.3 Pakaian. Cara berpakaian masyarakat Melayu Champa juga sama seperti orangorang Melayu dahulu, iaitu kaum wanita memakai baju kurung, baju labuh dan berkain sarung serta bertudung. Bagi kaum lelaki pula, mereka memakai baju Melayu atau jubah, berkopiah atau berserban.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

17

Gambar : Wanita Melayu Champa berpakaian tradisional mereka.13

5.4

Makanan.

Makanan utama ialah nasi dan lauk-pauk seperti ikan, daging dan sayursayuran. Mereka juga mempunyai pelbagai jenis kuih-muih seperti apom (diperbuat daripada gandum dan diletakkan inti di dalamnya) , pulut pisang (pulut yang di bungkus dalam daun pisang) dan kuih gula ( gula di campur telur dan dikacau sehingga pekat). Kuih apit ( tepung beras dan santan , dituangkan di atas sarangnya dengan satu lapisan yang nipis dan dibakar atas api yang perlahan).1413

http://www.rsi.sq/malay/imej/view/20070405162127/1/.html, 9 Oktober 2007.

14

Abdullah bin Ismail, Kampung Che Lijah, Dungun,temu bual pada 15 Okttober 2007

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

18

Gambar: Kaum lelaki sedang menikmati jamuan.

5.5

Budaya. Mereka juga mempunyai tarian tradisional seperti Robam Oba Trop 15

atau Champ Dance yang dimainkan ketika majlis keraian atau perkahwinan. Alatan muzik yang mengiringi tarian ini adalah serunai dan gendang. Namun begitu tarian ini tidak lagi menjadi hiburan kepada masyarakat Melayu Champa

15

Tarian kebudayaan yang ditarikan oleh 5 penari wanita dan 5 penari lelaki.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

19

kerana pengaruh agama Islam dan faktor persekitaran yang mempengaruhi gaya hidup di sini.16

Tarian Tradisional Masyarakat Melayu Campa Robam Oba Trop atau Champ Dance Perayaan terbesar bagi masyarakat Islam ialah Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Sambutannya sama seperti rakyat tempatan. Namun begitu sambutan hari raya Aidil Adha lebih besar dan meriah sambutannya berbanding sambutan hari raya Aidil fitri.

Penutup.16

Op.cot

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

20

Masyarakat Melayu Champa

yang berhijrah ke Malaysia sangat

beruntung. Mereka telah dapat menikmati satu kehidupan yang jauh berbeza di bumi Kemboja. Hidup dalam keamanan dan berjaya membina rangkaian perniagaan yang sangat maju. Anak-anak yang dilahirkan di Malaysia telah ramai yang berjaya. Setelah lebih kurang 30 tahun sejak perpindahan awal mereka ke Malaysia, mereka telah menikmati banyak keistimewaan seperti rakyat tempatan. Walau bagaimanapun budaya, adat dan telo pertuturan masih jelas menunjukkan mereka adalah kaum kemboja yang berketurunan Melayu Champa. Keperitan, kedukaan dan kepayahan menjadi pelarian tidak dapat dilupakan. Pengalaman inilah yang menjadikan mereka tabah dan bersatu di antara satu sama lain. Sikap dan perasaan ambil berat sesama mereka sangat kuat terutamanya golongan tua yang merasai keperitan hidup pada zaman rejim komunis Pol Pot. Biarpun hujan emas di negeri orang namun sanak saudara dan keturunan yang ditinggalkan di bumi Kemboja masih dirindui. Kecanggihan perhubungan moden dapat merapatkan jurang perpisahan mereka. Masih lagi bertanya khabar dan mengirim berita. Walaupun pada wajah mereka kini melihatkan rasa kegembiraan dan kedamaian di sini namun jauh di sudut hati mereka masih peristiwa dan kenangann lalu pastinya sukar dilupakan.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

21

BIBLIOGRAFI Omar bin Sulaiman, Lot 2323, Kampung Che Lijah, Dungun, Terengganu, 11 Oktober 2007 Abdullah bin Ismail, Kampung Che Lijah, Dungun, 15 Okttober 2007 http://www.rsi.sq/malay/imej/view/20070405162127/1/.html, 9 Oktober 2007. http://www.xanga.com/asian version/38623733/item.html, 9 Okotber 2007 Harun Aminurrashid,(1966) Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Singapura: Pustaka Melayu

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

http://www.oum.edu.my

HBSS1103

22

Ismail Hamid,(1988) Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL