malay-nusantara's networks of islam - welcome to …repository.um.edu.my/23165/1/pengajian...

10
Malay-Nusantara's Networks of Islam: Past, Present and Future Konferensi Internasional m Di Dunia Melayu ovember 2011 M /24-26 Dzul H1JJoh 1432 H anon with the Postgr duate Program imversi y of Sunan Gunung DJa 1 Band n --""'Iii.I~'-JlIC tudies University of MaLaya Kua L

Upload: dangdiep

Post on 03-Aug-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Malay-Nusantara's Networks of Islam - Welcome to …repository.um.edu.my/23165/1/PENGAJIAN TINGGI ISLAM...DAN BAHASA ARAB DI MADRASAH AL-JUNIED, SINGAPURA Dr.Muhammad Azhar Bin Zailaini,

Malay-Nusantara'sNetworks of Islam:

Past, Present and Future

Konferensi Internasionalm Di Dunia Melayuovember 2011 M /24-26 Dzul H1JJoh 1432 H

anon with the Postgr duate Programimversi y of Sunan Gunung DJa 1 Band n

--""'Iii.I~'-JlIC tudies University of MaLaya Kua L

Page 2: Malay-Nusantara's Networks of Islam - Welcome to …repository.um.edu.my/23165/1/PENGAJIAN TINGGI ISLAM...DAN BAHASA ARAB DI MADRASAH AL-JUNIED, SINGAPURA Dr.Muhammad Azhar Bin Zailaini,

-

•Malay-Nusantara's Network of Islam:

Past, Present, and Future. . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . .. . ... . . . . . . . .. . . ......

Daftar Isi

KATA PENGANTARDIREKTUR PROGRAM PASCASARJANAUIN SUNAN GUNUNG DJATI BANDUNGProf Dr.H. Dadang Kahmad, MSi -i

KATA PENGANTARDIREKTURAKADEMI PENGAJIAN ISLAMUNIVERSITI MALAYA MALAYSIAProfesor Madya Dr. Ruzman bin Md Noor -ii

PENGANTAR EDITORWARNA-WARNI WAJAH ISLAM DI DUNIA MELAYUDr.H.M Anton Athoillah, MM. Dr.Munir MA, Bambang QomaruzzamanProf Madya Dr. Ruzman bin Md Noor; Prof Dato'Dr. Zu/kifli Bin Mohd Yusoff -iii

KATA SAMBUTANProf N{adyaDr. Ruzman Md Nor -vii

-DAFTAR ISI -vtii

NEXT CIVILIZATION: PERADABAN ISLAM DI DUNIA MELAYUProf Dr. H. Nanat Fatah Natsir -1

STUDIPERBANDINGANANTARA FIQH MALAYSIA DENGAN FIQH INDONESIAProf Madya Dr. Ruzman Bin Md Noor,Kamaruzzaman Bustamam-Ahmad, Ph.D -11

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAMDAN BAHASA ARAB DI MADRASAH AL-JUNIED, SINGAPURADr.Muhammad Azhar Bin Zailaini, Ahmad Qadri bin Mohamed Sidek -20

KURIKULUM PENDIDlKAN ISLAMDI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA :PENGALAMAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,UNIVERSITI MALAYA (APIUM)Shamsiah Binti Mohamad, Saiful Akhyar Lubis, Muhammad Lukman bin IbrahimMohdAnuar Bin Mamat, Asyraf Isyraqi Bin Jamil, Nasharuddin bin Mohammad -32

PENGAJIAN TINGGI ISLAMDI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA:REALITI DAN PROSPEK MASA DEPANProf Madya Dr. Mustaffa bin Abdullah, Prof Madya Dr. Ishak bin SulaimanDr. Ahmad bin Kassar. -51

Page 3: Malay-Nusantara's Networks of Islam - Welcome to …repository.um.edu.my/23165/1/PENGAJIAN TINGGI ISLAM...DAN BAHASA ARAB DI MADRASAH AL-JUNIED, SINGAPURA Dr.Muhammad Azhar Bin Zailaini,

Malay-Nusantara's Network of Islam:Past, Present, and Future. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . .

PENGAJIAN TINGGI ISLAMDI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNlVERSITI MALAYA:

REALITI DAN PROSPEK MASA DEPAN

Prof. Madya Dr. Mustaffa bin AbdullahProf. Madya Dr. Ishak bin Sulaiman

Dr. Ahmad bin Kassar

Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya

Abstrak

Akademi Pengajian Islam dalam meniti usia kematangan telahmelalui liku-liku perjalanan yang panjang yang akhirnyamenjelma sebuah institusi pendidikan Islam ternama di Malaysia.la berupaya meneroka dan memacu pelbagai bidang pengajianIslam di peringkat Ijazah Dasar dan Ijazah Tinggi dengansempurna. Penekanan kepada aspek ini adalah selari denganmisi Akademi Pengajian Islam untuk menjadi pusat pengajiantinggi Islam kontemporari cemerlang di negara dan serantaubergiat dalam penyelidikan, pengajaran dan perundingan. Sagimencapai misi ini pelbagai usaha dan aktiviti dilakukankhususnya di Sahagian Ijazah Tinggi, antaranya menyediakankurikulum yang komprehensif dan holistic supaya selari dengankeperluan pasaran. Penyediaan fasilitis dan prasarana sertaruang pembelajaran yang kondusif dengan peralatan moden,sumbertenaga akademik yang mahir dari dalam dan luar negaradalam pelbagai bidang, jaringan kerjasama dan perkongsianpintar dengan tenaga pakar dari luar negara bagi menjamin mutudan kecemerlangan akademik. Aktiviti pengukuhan ini secarajelasnya melibatkan tadbir urus, kepimpinan, akademik,pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti penyelidikan danpembangunan serta pembangunan modal insan para pelajar.Seberapa aspek ini akan dibahaskan dalam makalah ini dalamkerangka urituk melihat realiti dan prospek masa depanpengajian tinggi Islam di Akademi Pengajian Islam UniversitiMalaya.

Pendahuluan

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya ditubuhkan pada tahun 1981dengan nama awalnya sebagai Akaderni Islam dan mula menghasilkan graduan sertahasilan Ijazah Tinggi pada tahun 1989. Dua disertasi Ijazah Sarjana Syariah merupakanhasilan terawal penyelidikan ilmiah di APIUM1.Pada tahun .tersebut, Tesis DoktorFalsafah dan Disertasi Ijazah Sarjana Usuluddin belum lagi dapat dihasilkan. Hanya padatahun 1991, sebuah Disertasi Ijazah Sarjana Usuluddin telah dapat dihasilkan danseterusnya pada tahun 1993, sebuah tesis Doktor Falsafah telah berjaya dihasilkansebagai satu sejarah buatAkaderni Pengajian Islam di bidangpengajian Ijazah Tinggi.

Aktiviti penyelidikan Ijazah Tinggi di APIUM semakin berkembang selepastahun 1996 apabila Ijazah Sarjana (secara kursus dan disertasi) mula diperkenalkan.Tambahan pula, pihak universiti membenarkan bahasa tesis dan disertasi bukan sahajaboleh ditulis di dalam Bahasa Melayu, malah turut membenarkan Bahasa Arab danBahasa Inggeris sebagai bahasa tesis dan disertasi. Kebenaran menulis tesis dan disertasidi dalam BahasaArab dan Bahasa Inggeris ini telahmenjadi faktor pertambahan bilangan

II

Page 4: Malay-Nusantara's Networks of Islam - Welcome to …repository.um.edu.my/23165/1/PENGAJIAN TINGGI ISLAM...DAN BAHASA ARAB DI MADRASAH AL-JUNIED, SINGAPURA Dr.Muhammad Azhar Bin Zailaini,

•Malay-Nus'antara's Network of Islam:

Past, Present, and Future. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . .pelajar antarabangsa di APIUM sebagai pelajar Ijazah Tinggi. Program Ijazah DoktorFalsafah dan program Ijazah Sarjana secara disertasi bagi pengkhususan di bidangUsuluddin, Syariah dan Pengajian Islam turut berkembang daripada aspek bilanganpe1ajar dan graduan bermula daripada tahun 1996.

Berdasarkan perkemhangan dari aspek bilangan pelajar Ijazah Tinggi, makaaspek kualiti penyelidikan yang berasaskan kepada metodologi penyelidikan ilmiah telahdiberi perhatian serius oleh pihak APIUM. Bagi mencapai matlamat itu beberapatindakan telah diambil, antaranya memperkasakan lagi keupayaan tenaga akadernik danmempertingkatkan kemahiran berasaskan bidang kepakaran masing-masing, kursus(mata subjek) Metodologi Penyelidikan sebagai kursus wajib kepada pelajar IjazahTinggi di peringkat Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana secara disertasi dan secarakursus dan disertasi bermula daripada tahun 2006. Disediakan ruang kondusif bagipertemuan di antara pelajar dan pensyarah (pembimbing), dipermudahkan urusanpembelajaran dan pengkajian pelajar serta menggalakkan mereka memohon dana-danayang tersedia ada bagi membantu dan memantapkan lagi kualiti penyelidikan IjazahTinggi APIUM.

II!.I

Peluang dan Bidang PengajianIPenyelidikan diAPIUM

Akademi Pengajian Islam telah menyediakan ruang yang besar kepada parape1ajar menjalankan penyelidikan di Peringkat pascasiswazah (Sarjana clan DoktorFalsafah) dalam pelbagai bidang yang ditawarkan. Bidang-bidang yang ditawarkan iniadalah selari dengan kemudahan dan frasarana yang sedia ada bagi membantu parapelajar menjayakan kajian mereka dengan berkesan. Bidang-bidang penyelidikan yangditawarkan ini secarajelasnya adalah berkait langsung dengan pengajian Usuluddin danSyariah Islarniyyah clanPengajian Islam.

Pengajian dan penyelidikan berkaitan Usuluddin ditawarkan oleh jabatan-jabatan berikut: JabatanAI-Quran dan Al-Hadith (Department ofAl-Quran & Al-Hadith),JabatanAkidah dan Pemikiran Islam (Department of'Aqidah & Islamic Thought), JabatanSejarah dan Tamadun Islam (Department of Islamic History & Civilization) dan JabatanDakwah dan Pembangunan Insan (Department of Dakwah & Human Development).

Manakala pengajian dan penyelidikan berkaitan Syariah ditawarkan olehJabatan Fiqh ruin Usul (Department of Fiqb & Usul), Jabatan Syariah dan Undang-undang (Department ofSyariah & Law), Jabatan Syariah clan Ekonomi (Department ofSyariah & Economics). Jabatan Syariah dan Pengurusan (Department of Syariah &Management) dan Jabatan Siasah Syar'iyyah (Department of 'Siasah Syar'iyyah).,

Selain itu Akademi juga menawarkan pengajian diperingkat pasca siswazahdalam bidang Pengajian Islam (Islamic Studies) kepada calon-calon yang tidak memilikiijazah dalam bidang Usuluddin atau Syariah secara spesifik, tetapi berminat untukmembuat kajian secara interdisiplinari dengan pengkhususan dalam pengajian Islam dantertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihakAkademi Pengajian Islam.2

Kemudahan Pembelajaran diAPIUMAkademi Pengajian Islam.

Suasana pengajian dan pembelajaranyang wujud di sini amatkondusif Pelbagaikemudahan dan frasarana disediakan oleh pihak Kerajaan clanUniversiti untuk memberi

1 Akademi Pengajian Islam (2010), Buku Panduan Program Ijazah Tinggi Sesi 2010/20ll, Kuala Lumpur; UniversitiMalaya,h.71-154.2 Program Ijazah SBIjana Pengajian Islam merupakan program secara disertasi di mana pemtusan bahagian penyelidikanmerupakan seratus peratus (100%) program pengajian berkenaan. Program ini merupakan program penyelidikansepenuhnya yang membawa kepada penghasilan satu disertasi dan formatnya adalah seperti mana yang diperuntukkan dibawah Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001. LihatAkademik Pengajian Islam (200912010), Buku PanduanProgram Ijezah Tinggi Sesi Akademik 2009120 10,Kuala Lumpur; UniversitiMalaya, h. 213-215

• --_ ..•.

Page 5: Malay-Nusantara's Networks of Islam - Welcome to …repository.um.edu.my/23165/1/PENGAJIAN TINGGI ISLAM...DAN BAHASA ARAB DI MADRASAH AL-JUNIED, SINGAPURA Dr.Muhammad Azhar Bin Zailaini,

•Malay-Nusantara's Network of Islam:

Past, Present, end Future. . . . . . . . . . .'. . . . . . . . .. . . . . -keselesaan kepada -para pelajar supaya mereka dapat memfokuskan kepada pengajianmasing-masing. Bagi mel(lcapai tujuan ini pihak Akademi Pengajian Islam memenuhikeperluan Universiti dengan menyediakan staf akademik yang mahir, berkelulusanIjazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.Keberadaan ini membolehkan Akademi bergerak kehadapan melakar strategi menarikpara pelajar samada dari dalam dan luar Negara untuk belajar diAkademi ini.

Tenaga akadernik yang menunjangi Akaderni Pengajian Islam setakat ini adalahseramai 104 orang.. Seramai empat orang bertarafProfessor, 17 Professor Madya, 21orang Pensyarah Kanan, 25 orang pensyarah, 18 orang, International StafI:317 pakarperunding (local), dua orang pakar perunding local, dua orang perunding local, seorangFello penyelidik kanan Local, seorang Felo Penyelidik Local, empat orang guru bahasadan 10 orang Pengajar sementara. Dengan bilangan tenaga akadernik yang mahir iniAkademi Pengajian Islam berupaya mengawal selia para pelajar dengan baikberdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Universiti.

Selain itu, disediakan pelbagai kemudahan frasarana kepada para pelajar sepertidewan kuliah yang selesa, library dengan sumber rujukan yang amat mencukupi.,makmal komputer, perkhidmatan internet secara percuma dan lain-lain. Lebih menarikpihak universiti juga menyediakan pelbagai inisiatif berupa bantuan kewangan bagimerangsang para pelajar supaya berusaha lebih kompetetif dan berenovatif dalainmenghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan bennutu tinggi. Pelbagai geranpenyelidikan ditawarkan kepada calon pasca siswazah yang bukan warganegaraMalaysia, antaranya;

1. PPP (Post Graduate Research Grant)Calon pascasiswazah dengan penyelidikan penuh (full dissertation) dibenar memohongran penyelidikan ini. Peruntukan dan tempoh masa yang diberikan adalah sepertiyang tertera dalamjadual dibawah:Jadual; 1

.' RM70'OOQ' ,'" :.: .:'- " .

:.:3:t!illliIl.,:·\':·:·.·:(.:~'>'~"·:?

.2<tatiun·. "':" RM 50000" '," .

2. Fellowship Scheme:1. Bright Spark (Outstanding & Excellent Student); (Insentive: allowances & fee

exception & staffing); Calon akan dilantik sebagai VisitingResearch Fellow,Senior Research Fellow, Visiting Post Doctoral Scholar atau Visiting AcademicStaff. '

ii. UM Fellowship Scheme (Skim Biasiswa); (Master - RM1500 PhD - RM1800;tempoh - setahun),

3. Graduate Research Assistance Scheme4. External.s

3 Setakatini Akadcmi PengajianIslam rncmpunyai 17 orang Intcrnational staff dari pelbagai Negara; Iraq, Tunisia, Jordan, India, Kanada,Rusia, China, Yaman, Saudi Arabiadan Iran.4 Perpustakaan Univcrsiti Malnya(PUM) telah ditubuhIcan pada 1959 dan schingga kini mempunyai koleksi berjumlah melebihi satujutajuduJ bahan.PUM terdiri daripada Perpustakaan Utama yang rncnawarlcan perlchidmatan bagi seluruh kampus, rangkaian PerpustakaanCawangan dan Perpustakaan Khusus, yang ditubuhkan basi rnerncnuhi tujuan spcsifikdan keperluan khusus fakulti.Koleksi Pcrpustakaanrneliputi buku, jurnal, kcrtas persidangan, audio-video, rnikrofom, tesis dan disertasi.Selain itn, PUM juga rncnawarkan capaian kepadasumber elektronik seperti e-jurual, pangkalan data, indeks sitiran (citation indexes) dan pcrisian pcngurusan bibliografi.Bidang teras utamaPUM adalah untuk menyokong pengajaran dan pcrnbclajaran serta keperluaa pcnyelidikan universiti.Selain itu sumber rujukan dalampengajiau Islam' boleh didapati di Koleksi Pcrpustakaan Pengajian Islam.Pcrpustakaan ini pada aselnya adalah Perpustakaaa YayasaanPcngajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) dan telah diambil alih oleh Universiti Malaya pada tahun 1981. Ia dikenali dengan PerpustakaanAI-Malik Faisal sernpcna dengan sumbangan derma oleh AI-Malik Faisal, RajaAIab Saudi dan merupakan salah satu perpustakaanyangrnernpunyai koleksi yang terbaik dalam bidang pcngajian Islam di Negara ini. Jumlah bahan di Pcrpustakaan ini lebih kurang 35,700naskhah.Kebanyakkannya adalah daJam bahasa Arab (58%), manakala yang lainnya dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.Bahan-bahandisusun rncngikut sistcrn pengkelasan Library of Congress. Lihat www.umlib.um.edu.my/5 Rujuklaman: www.ippp.wn.edu.rny

Page 6: Malay-Nusantara's Networks of Islam - Welcome to …repository.um.edu.my/23165/1/PENGAJIAN TINGGI ISLAM...DAN BAHASA ARAB DI MADRASAH AL-JUNIED, SINGAPURA Dr.Muhammad Azhar Bin Zailaini,

•I

Malay-Nusantara's Network of Islam:Past, Present, and Future. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . .

Pihak Universiti Malaya dan Akademi Pengajian Islam amat prihatin danmemberi perhatian kepada kecemerlangan para pelajar. Justeru rangsangan Inisiatifterus diberikan kepada mereka yang dapat menyelesaikan pengajian dalam tempohyang ditentukan. Calon Ph.D yang tamat pengajian dalam tempoh yang tidak melebihitiga tahun diberi ganj~an kewangan sebanyak RM 2000.00, manakala yang tidakmelebihi 4 tahun diberi ganjaran sebanyak RMlOOO.00.6 Pelbagai kemudahan yangdisediakan ini adalah dengan tujuan membantu pelajar pascasiswazah memfokuskankepada penyelidikan dan menggalakan mereka berusaha lebih gigih, kreatif danberenovasi dalam menghasilkan penyelidikan yang bekualiti.

Pencapaian dalam Penyelidikan

Setelah 29 tahun penubuhan APIUM (bennula 1981 sehingga kini; 2010),terdapat 1181 tesis Doktor Falsafah dan disertasi Sarjana di pengajian Ijazah Tinggi dibidang Pengajian Islam.Inilah yang dimaksudkan sebagai hasilan penyelidikan IjazahTinggi APIUM yang telah bermula pada tahun 1996. Selama 21 tahun (dari tahun 1996sehingga 2010) pengajian Ijazah Tinggi APIUM, penghasilan 1181 tesis dan disertasiadalah merupakan satu pencapaian yang menandakan kesarjanaan dan produktivitiAPIUM sebagai sebuah pusat penyelidikan Pengajian Tinggi di bidang Pengajian Islamyang utama di Malaysia. Pencapaian ini adalah selaras dengan status Universiti Malayasebagai salah sebuah universiti penyelidikan di Malaysia sebaris dengan UniversitiKebangsaaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti PuteraMalaysia.

Amat menarik untuk dikongsi beberapa paparan fakta berhubung jumlah 1181buah tesis Doktor Falsafah dan disertasi Sarjana APIUM sebagai hasilan penyelidikanIjazah Tinggi di bidang Pengajian Islam yang mempunyai pengkhususan di bidangUsuluddin, Syariah dan Pengajian Islam. Jumlah calon pascasiswazah yang sedangmendaftar di Akaderni Pengajian sesi 201112012 adalah seramai 686 orang calon.Seramai 323 calon yang mengambil Sarjana secara kursus dan disertasi, 110 calon yangmengambil Sarjana secara Disertasi dan 253 calon yang mengambil Ijazah DoktorFalsafah. Perincian statistik calonpascasiswazah yang mendaftar di Akaderni PengajianIslam sehingga tahun 20 11adalah seperti berikut:,--.-----------.-..------- ..---------·------~~·------~------Ii 1200 .11~~~:s:~~._... Statistik Calon Ijazah Tinggi Akademi_~_ ..~l! I Pengajian Islam 1! 1000 r---------- -----.~i i 617 1I 744

aoo t--.--~-.-.- I

J: I~c ~I--------~~~~~~~~~-~-----~~,. ~c' L---. _..__._.__.._40S --' .~_._ ._. ._._ ..'_'i.....! 218

: 200 f.H5-~2-.---It--t---:-:~~I-31~~::tt~~~Ijt-I

I! o. .I ". .' " .'" . I! ...!~~~.~91.:....:.~~81999~Qoo~GQl:.20022M"~o-o.s; ~q06..!~'O'1irJD8 '2~()9':2.o1e '~?+11

677

Program pengajian diperingkat pascasiswazah yang ditawarkan oleh AkaderniPengajian Islam diterima baik daripada calon samada daripada Malaysia dan luar Negara.Hakikat ini dapat dibuktikan menerusi statistik negara asal graduan Ijazah Tinggi yang

6Lihat pekeliling InstitutofGraduate Studies; Ganjarankepada graduan PhDyang tamat pengajian dalam tempoh 3 tahunatau kurang clan4 tahun bagi sesi Konvokesyen 20 I0/20 II. Surat bertarikh 4 Ogos 20 II.

--

Page 7: Malay-Nusantara's Networks of Islam - Welcome to …repository.um.edu.my/23165/1/PENGAJIAN TINGGI ISLAM...DAN BAHASA ARAB DI MADRASAH AL-JUNIED, SINGAPURA Dr.Muhammad Azhar Bin Zailaini,

•Malay-Nusantara's Network of Islam:

Past, Present, and Future. . . . . . . . . . . . . . ~.. .... . . . . . . .menamatkan pengajian di sini. Keterangan daripada statistik menunjukkan graduanIjazah Tinggi yang menuntut diAkademi Pengajian Islam adalah dari pelbagai negara.Terbesarnya adalah dari Malaysia (54%), Indonesia (17%), Yaman (8 %), Jordan (3%),Brunei (2%), Algeria (2%), Iraq (2%), Arab Saudi (2%) dan satu peratus daripada calonadalah dari negara-negara yang tercatat pada jadual. Berdasarkan data-data di atas jelasmenggambarkan tentang penerimaan baik masyarakat sarnada dari kalangan wargatempatan ataupun luar Negara terhadap program Pengajian Ijazah Tinggi yangditawarkan oleh Akademi Pengajian Islam.

Hasil daripada kesungguhan dan komitmen dan perancangan yang rapi,akhimya Akademi Pengajian Islam berjaya menghasilkan graduan dalam beberapabidang yang ditawarkan di sini.

Jadual:3

---------Neg-ara'AsarGradua-nlrai~;j"nTfnggrAKaaeml ------- I-

-,-..--- .-.----.'---.'------p:e-ngaji~fnJst~Hrf-"-----'----0--·.._".".,,-.'~.--""- _. ---~ .... ., --------- ...-'--.-------- •..•..•----- ..-...-...---.~-.-..--.~..

• ••.•• I •• ~ '''.0- .• _ "' __ "0#'" ,_ ~ •.••,- _ ••.•••.•.•• ~.... ._ •••••.••••. '-., ••..~.•••_ •• _ •••• __ ._.t __ .__

___ ......•.l.S~D.GRaoLJAIfS ., 013..MASTEB GRADLJAIE.S _

Jadual:4••••. ,., .•••• 1' .••" ••·11••• GRADUAN IJAZAH TINGGI.', '" , •••••••• _ •••• 1 •

• , .•.• 'f •.•• ~ •.• A. ••••••

.....

",

.;;" ~..;;~:j; k- ~,: ~"·llittl:1 i ] J J ;f ....•-....

Jadual 4 menjelaskan tentang kedudukan perkembangan dan peningkatangraduan Ijazah Tinggi dari Akademi Pengajian Islam dari tahun 1989 sehingga 20 11.Apayang membanggakan ialah peningkatan graduan sesi 2010/2011, dimana graduanperingkat Doktor Falsafah adalah seramai 68 orang. Sarjana Pengajian Islam seramai 12orang, Sarjana Syariah seramai 45 orang dan Sarjana Usuluddin seramai 34 orang. Lebihmenarik apabila Akademi Pengajian Islam adalah di antara yang paling banyak

Page 8: Malay-Nusantara's Networks of Islam - Welcome to …repository.um.edu.my/23165/1/PENGAJIAN TINGGI ISLAM...DAN BAHASA ARAB DI MADRASAH AL-JUNIED, SINGAPURA Dr.Muhammad Azhar Bin Zailaini,

•Malay-Nusantara's Network of Islam:

Past, Present, and Future. . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . .melahirkan graduan di peringkat Doktor Falsafah.

Pengawal Kualiti Program Pengajian Ijazah Tinggi APIUM.

Pengendalian program Pengajian Ijazah Tinggi yang ditawarkan di AkademiPengajian Islam adalah berdasarkan standard kualiti yang ditetapkan oleh pihak kerajaandan Universiti. Bermula dengan penggubalan dasar pengurusan Ijazah Tinggi,perkembangan kurikulum Ijazah Tinggi, penyediaan kursus baru Ijazah Tinggi,penyediaan prospectus, pemilihan pelajar sehingga peringkat urus pengijazahan IjazahTinggi. Kesemuanya adalah mematuhi prosedur yang ditetapkan dan berdasarkandokumen spesifikasi kualiti masing-masing.7 Secara mudahnya kawalan kualiti bagiprogram pengajian Ijazah Tinggi dapat dilihatmenerusi carta alir berikut:

Dekan IPS J KTPjBuat persediaan program

Dekan IPS I KPTjUrus pendaf\aran pelajar

KPTi I PensyarahLaksana program

KPT]Pantau kemajuan pelajar

Tidak

Dekan IPS. Ketua PT]Urus peperiksaan dan penilaian

Va

~Kenai pasti dan banlu atasi masalah

PendaftarUrus pengijazahan

Sesungguhnya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya am atmementingkan kecemerlangan dalam penyelidikan, justeru penilaian sesuatupenyelidikan (tesis) adalah berdasarkan kaedah dan peraturan yang ditetapkan oleh pihakUniversiti. Ia dilakukan untuk tujuan pengawalan mutu dan kualiti penyelidikan.

Semasa dalam tempoh pengajian, para pelajar dipantau dengan rapi untukmempastikan proses pembelajaran berjalan dengan baik. Contohnya pada semester awalpengajian mereka diwajibkan membentangkan proposal kajian dan pembentangan hasil-kajian pada semester di peringkat Jabatan (Jurusan). Untuk calon Sarjana mereka

rLihet Dokumen UM-PTOI-PK02, Tarikb kuatkuasa 15107/2008, No. Semakan 13, halaman 1/20 .

Page 9: Malay-Nusantara's Networks of Islam - Welcome to …repository.um.edu.my/23165/1/PENGAJIAN TINGGI ISLAM...DAN BAHASA ARAB DI MADRASAH AL-JUNIED, SINGAPURA Dr.Muhammad Azhar Bin Zailaini,

•Malay-Nusantara's Network of Islam:

Past, Present, and Future. . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . .... .. . . . .... . .diwajibkan membentangkan laporan kemajuan tesisnya dalam Candidature Defencespada semester ketiga, manakala calon Doktor Falsafah mereka diwajibkanmelakukannya pada semester kelima pengajian. Para pelajar diwajibkan melalui prosesini dengan tujuan mengawal selia dan menentukan tahap pencapaian semasa seseorangcalon. Menerusi sistem ini prestasi penyelidikan seseorang calon dapat dikawal denganbaik dan berkesan.

Selain itu mereka digalakkan juga membentangkan hasil kajian mereka dalamseminar, bengkel dan kolokium samada diperingkat kebangsaan atau antarabangsa.Malah lebih menarik galakan ini disusuli dengan penyediaan geran oleh pihak InstitutPengajian siswazah (IPS) untuk membolehkan calon pascasiswazah membentangkanhasil kajian mereka dalam seminar-seminar samada di dalam atau luar negara yangberkaitan dengan bidangkajian.

Ruang untuk berapresiasi dan membentangkan hasil kajian sentiasa diberi ruangkepada para pelajar menerusi seminar-seminar yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan diAkademi Pengajian Islam. Berkaitan perkara ini Bahagian Ijazah Tinggi telahmengadakan beberapa seminar dansatu seminar bertaraf antarabangsa berjudul"International Seminar on Research in Islamic Studies II (ISRIS II)" akan diadakan pada15-16 Februari 2012 bertempat di Akademi Pengajian Isam, Universiti Malaya dengantema "Transformation of Research in Islamic Studies". Ia jelas menggambarkankeseriusan pihak Akademi mengangkat para penyelidik dengan menyediakan ruang-ruang penyelidikan kepada para pelajar supaya mereka dapat melaksanakannya secaraefaktif dan membuahkan hasil penyelidikan yang berkualiti.

Bagi memantapkan lagi para pelajar Pascasiswazah pelbagai program danaktiviti telah dirangka, sebahagian telah berjaya dilaksana dan sebahagianya dalamproses perlaksanaan. Contohnya program penyelidikan pelajar Ijazah Tinggi diUniversiti Kaherah, Mesir pada tahun 2010 dengan kerjasama Kedutaan Malaysia danJabatan Pengajian Malaysia di Universiti Kaherah, Mesir. Seramai 15 orang pelajar telahmengikuti program ini selama 3 bulan dan ia merupakan menifestasi program di dalammencapai cita murni membangun modal insan para pelajar.

Bagi memenuhi keperluan penjaminan mutu dan kualiti bagi Ijazah DoktorFalsafah, maka dilantik sekurang-kurangnya dua orang Pemeriksa (Penguji) Luarbertaraf professor. Pemeriksa Luar dilantik daripada kalangan ahli akademik LuarUniversiti yang berkelayakan, berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidangpenyelidikan tesis calon.9 Bagi memenuhi keperluan ini, Akademi telah melantik paraprofessor dari universiti-universiti dari pelbagai negara seperti Asia, Tirnur Tengah danEropah sebagai pemeriksa (penguji) kepada tesis Ijazah Doktor Falsafah. Prosidurpengawalankualiti ini perlu diikuti oleh setiap fakulti dalam usahamemacu Universitikeperingkat global.

Kesimpulan

Paparan data dan ulasan ringkas berhubung peluang dan bidang pengajian yangada di Akademi Pengajian Islam secara jelas bersifat faundemental dan konfrehensif Iaamat selari dengan misi Akademi yang berusaha untuk menjadi pusat pengajian tinggiIslam kontemporari cemerlang di Negara dan serantau bergiat dalam penyelidikan,pengajaran dan perundingan.

8 Sesi 'Candidature Defence' ini adalah untukmenilai pembentangan laporankemajuan penyelidikan calon semester ketigapengajian untuk cajon Sarjana dan semester kelima pengajian untuk calon Doktor Falsafah sebagai memenuhi syaratpencalonan calon mod penyelidikan. Objektif 'Candidature Defence' adalah untuk memantau status kemajuanpenyelidikan calon dan memberi maklumbalas untuk penambahbailcan penyelidikan calon. Lihat Akademi PengajianIslam (2009),Buku Panduan Programljazah Tinggi Sesi akademik 200912010, Kuala Lumpur, h. 63.9 Akademi Pengajian Islam (20JO), Buku Panduan Program Ijazah' Tinggi Sesi 201012011, Kuala Lumpur; UniversitiMalaya,h.198.

Page 10: Malay-Nusantara's Networks of Islam - Welcome to …repository.um.edu.my/23165/1/PENGAJIAN TINGGI ISLAM...DAN BAHASA ARAB DI MADRASAH AL-JUNIED, SINGAPURA Dr.Muhammad Azhar Bin Zailaini,

, •I

Malay-Nusantara's Network of Islam:Past, Present, and Future. . . . . . . . . . . . . . . . . .... . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Bagi memenuhi misi di atas beberapa usaha telah diambil antaranyamempertingkatkan bidang pengajian Islam berasaskan tradisi keilmuan Islam clankaedah moden yang saintifik. Justeru penguasaan ilmu metodologi penyelidikan diberipenekanan yang melibatkan metodologi penyelidikan dalam bidang Usuludddin,metodologi penyelidikan dalam syariah clan metodologi lanjutan. Penguasaan ilmu inidiyakini memberi impak yang besar kepada penyelidikan yang berkualiti untuk Negaradankemanusiaan.

Pelbagai kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh pihak Akademi samadaberbentuk frasarana dan bantuan kewangan adalah gambaran yang culcup jelas tentanghasrat besar pihak Akademi dan Universiti mengembang, memaju clan memperkasapengajian Islam untuk kesejahteraan sejagat dan manusiawi menerusi aktivitipenyelidikan, pengajaran, penerbitan serta perundingan yang standing dengan piawaiandan mutu antarabangsa.

Program pengajian Ijazah tinggi yang melibatkan pengajian, pembelajaran danpenyelidikan diikat dengan prosidur pengawalan kualiti jelas menggambarkankomitmen Akademi yang berusaha melahirkan ilmuan dan graduan pengajian Islamyang professional, berintegriti dan seirobang bagi membentuk masyarakat dan membinaN egara bangsa berasaskan kebenaran dan keadilan bagi menyumbang kepada pembinaantamadun yang cemerlang.

* * *

Daftar Pus takaAkademi Pengajian Islam (2010), Buku Panduan Program Ijazah Tinggi Sesi 201012011, Kuala

Lumpur; Universiti Malaya.

Akademik Pengajian Islam (200912010), Buku Panduan Program Ijazah Tinggi Sesi Akademik200912010, Kuala Lumpur; Universiti Malaya.

Dokumen UM-PTOI-PK02, Tarikhkuatkuasa 15/0712008, No. Semakan 13, halaman 1/20.

Pekeliling Institut of Graduate Studies; Ganjaran kepada graduan PhD yang tamat pengajiandalam tempoh 3 tahun atau kurang dan 4 tahun bagi sesi Konvokesyen2010/2011. Surat bertarikh 4 Ogos 2011.

www.ippp.um.edu.my

www.umlib.um.edu.my/

• -----------------~