maklumat konvokesyen kolej uniti kali ke-17konvo.unitisis.my/docuniti/butiran istiadat...
TRANSCRIPT
1. BUTIRAN ISTIADAT KONVOKESYEN
1.1 Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI Kali Ke-18 akan diadakan seperti berikut:
2. BORANG
2.1 Setiap graduan WAJIB mematuhi arahan-arahan berikut:
2.1.1 Mengembalikan Borang LAMPIRAN A (KEHADIRAN) dan LAMPIRAN C (ALUMNI)
kepada Jawatankuasa Pendaftaran Konvokesyen beserta slip bukti pembayaran yuran
konvokesyen semasa hari pengambilan jubah.
2.1.2 Jika graduan tidak dapat hadir untuk mengambil jubah konvokesyen, sila lengkapkan
borang LAMPIRAN B dan minta wakil yang diamanahkan untuk menyerahkan kepada
Jawatankuasa Pendaftaran Konvokesyen.
2.1.3 Jika graduan tidak dapat hadir untuk mengambil skrol dan transkrip akademik selepas
Istiadat Konvokesyen, sila lengkapkan borang LAMPIRAN D dan minta wakil yang
diamanahkan untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Pendaftaran Konvokesyen.
3. YURAN
3.1.1 Yuran konvokesyen bagi tahun 2019 telah ditetapkan sebanyak RM 300.00 ( Ringgit
Malaysia Tiga Ratus Sahaja) merangkumi kos sewa jubah, skrol, transkrip, folder,
cenderahati, sesi fotografi dan gambar.
3.1.2 Yuran Konvokesyen hendaklah dibayar di Bank Muamalat ke akaun bernombor
05020000182713 atas nama KOLEJ UNITI SDN BHD
3.1.3 Bagi graduan yang tidak hadir ke majlis istiadat ini , anda perlulah menjelaskan yuran
sebanyak RM 150.00 bagi kos skrol, transkrip dan folder.
3.1.4 Bagi graduan yang telah menjelaskan bayaran yuran tetapi tidak menghadiri Istiadat
Konvokesyen, bayaran yang telah di buat tidak akan dikembalikan.
Tarikh : 10 November 2019 (AHAD)
Lokasi :
BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE (BACC)
Masa
:
7:00am – 1:00pm
MAKLUMAT KONVOKESYEN KOLEJ UNITI KALI KE-18
4. PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH
4.1 Pengambilan dan pemulangan jubah akan diadakan seperti jadual di bawah:
Acara Tarikh & Masa Tempat
Pengambilan Jubah / Kad
Jemputan dan Kad Graduan
7 - 8 November 2019 (Khamis - Jumaat)
9.00pagi – 5.00petang
Pejabat Pentadbiran Kolej UNITI
Pengambilan Jubah / Kad
Jemputan dan Kad Graduan (Kolej
UNITI Kota Bharu)
9 November 2019 (Sabtu)
12.00tenghari – 5.00petang
Lobby, Bangi Avenue Convention Center
Pemulangan Jubah
10 November 2019 (Ahad) Satu (1) jam selepas majlis
Istiadat
Bilik Seminar 1, Bangi Avenue Convention Center
** Graduan WAJIB melengkapkan maklumat di laman sesawang Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) yang akan dimaklumkan kelak di dalam Facebook Kolej UNITI. Setelah
melengkapkan maklumat, sila cetak slip pengesahan graduan dan bawa bersama semasa
pengambilan jubah. Jika tidak berbuat demikian graduan tidak di benarkan mengambil
jubah dan menghadiri Istiadat Konvokesyen.
4.1.1 Jika graduan tidak dapat hadir bagi sesi pengambilan dan pemulangan jubah, WAKIL perlu
membawa borang LAMPIRAN B.
4.1.2 Ketika pemulangan jubah , graduan diminta menyerahkan Kad Alumni graduan kepada
Jawatankuasa Jubah Konvokesyen bagi pengesahan pemulangan jubah.
4.1.3 Jubah, Mortar board dan Hood WAJIB dipulangkan sebaik sahaja Istiadat berakhir.
4.1.4 Jubah hendaklah dipulangkan kembali kepada Jawatankuasa Jubah Konvokesyen pada
10 November 2019 (AHAD), iaitu satu (1) jam selepas tamat Istiadat Konvokesyen kali-
18 di dewan berlangsungnya Istiadat Konvokesyen.
4.1.5 Mana-mana graduan yang telah memulangkan jubah dan atau mana-mana kelengkapan
(seperti mortar board dan hood) dalam keadaan rosak, akan di kenakan denda sebanyak
RM350.
4.1.6 Denda RM100.00 dikenakan bagi graduan yang memulangkan jubah pada keesokkan hari
dan penambahan RM50 pada hari berikutnya beserta caj yang berkaitan (hilang ataupun
rosak)
4.1.7 Bagi graduan yang menghilangkan jubah atau mana-mana kelengkapan (seperti mortar
board dan hood) akan di kenakan denda kehilangan iaitu sebanyak RM475.
4.2 Penghantaran dan tuntutan gambar pentas
4.2.1 Graduan akan di berikan slip nombor giliran pentas sebaik turun dari pentas dan di
kehendaki membaca dan mengikut arahan yang tercatat pada slip nombor giliran tersebut.
Gambar pentas akan mula di hantar pada minggu kedua sebaik sahaja Istiadat berakhir.
4.2.2 Kegagalan graduan mengikut arahan yang tercatat pada slip nombor giliran tersebut akan
menyebabkan graduan TIDAK menerima gambar pentas mereka.
4.2.3 Gambar graduan yang tidak di tuntut akan berada dalam simpanan SYARIKAT LAKARAN
TUAH (FOTOGRAFI) selama 1 tahun sebelum dilupuskan, selepas tempoh ini akan di
kenakan caj sekiranya graduan mahu mencetak kembali gambar.
4.2.4 Jika terdapat kerosakan pada sampul atau gambar semasa penerimaan pos, mohon
graduan TIDAK menerimanya. Sila pulangkan dan menghubungi terus syarikat di atas.
5. KAD JEMPUTAN DAN TETAMU
5.1 Setiap graduan yang menghadiri Istiadat Konvokesyen Kali Ke-18 dibenarkan membawa
DUA (2) orang tetamu sahaja untuk masuk ke dalam dewan. Graduan akan menerima
SATU (1) kad jemputan semasa sesi pengambilan jubah.
5.2 Tetamu hendaklah berpakaian kemas, sopan dan yang bersesuai dengan majlis rasmi serta
bawa kad jemputan bersama sebagai Pas masuk kedalam dewan. Para tetamu diminta
mengambil tempat duduk setengah jam sebelum majlis bermula.
5.3 Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan
6. ETIKA PEMAKAIAN
6.1 Memakai Pakaian Istiadat yang ditetapkan seperti berikut pada hari Istiadat Konvokesyen
berlangsung.
6.1.1 Graduan Lelaki:
Baju Melayu (berwarna hitam dan tidak bercorak)
Berbutang lima (cekak musang)
Bersampin songket hitam bersulam
Tidak perlu bersongkok
Kemeja berlengan panjang , seluar panjang (slack, berwarna hitam dan melepasi
buku lali) , bertali leher
Kasut berwarna gelap dan bertutup. **rujuk gambar di bawah
Stokin berwarna hitam
Berambut pendek dan kemas
** Para graduan tidak dibenarkan memakai kasut sukan / sandal / selipar ,
T-shirt dan seluar jeans .
6.1.2 Graduan Wanita:
5.1.2 Graduan Wanita
Baju kurung dan bertudung / baju kebangsaan
Baju kemeja lengan panjang dan labuh melepasi pinggul , skirt berwarna hitam
melepasi buku lali (ankle) dan rambut diikat kemas (bagi yang bukan beragama
islam)
Kasut bertutup (hitam/gelap) yang menutupi bahagian hadapan dan belakang serta
bertumit sekurang-kurangnya 1.5 inci
Memakai sarung kaki
** Para graduan tidak dibenarkan memakai kasut sukan / sandal atau selipar.
6.1.3 Tetamu Lelaki:
Pakaian rasmi / batik / kebangsaan (lengkap dan sopan)
Kemeja berkolar (tanpa corak)
Lounge Suit lengkap bertali leher
Seluar slack (panjang)
Kasut bertutup
** Seluar jeans , seluar pendek , T-shirt , sandal , selipar atau kasut
Sukan adalah tidak dibenarkan sama sekali
6.1.4 Tetamu Wanita:
Baju kurung / kebaya / kebangsaan (lengkap dan sopan)
Kemeja atau Blaus (bagi yang tidak bertudung - hendaklah bertutup hingga ke
pangkal leher dibahagian hadapan dan belakang.
Skirt labuh (mestilah labuh hingga ke paras buku lali / ankle)
Kasut bertutup
** Blaus tanpa lengan , T-shirt ,seluar jeans , sandal , selipar atau kasut sukan
Adalah tidak dibenarkan sama sekali
7. PERATURAN DALAM DEWAN
7.1 Para graduan wajib membawa kad graduan yang telah diberikan semasa sesi pengambilan jubah . Bagi graduan yang gagal membawa kad graduan , anda tidak akan dibenarkan memasuki dewan
7.2 Tidak dibenarkan keluar dan masuk dewan sehingga Istiadat Konvokesyen tamat
7.3 Para graduan tidak dibenarkan membawa masuk beg, kamera, telefon bimbit, bunga, makanan, minuman dan lain-lain.
7.4 Para tetamu diminta tidak menggunakan telefon bimbit semasa Istiadat sedang berlangsung dan
juga tidak dibenarkan membawa masuk makanan, minuman dan lain-lain. Telefon bimbit para
tetamu dan graduan perlu dimatikan atau diletakkan dalam mod senyap semasa majlis berlangsung
7.5 Para tetamu tidak dibenarkan mengambil gambar sepanjang upacara sedang berlangsung
7.6 Para tetamu dan para graduan tidak dibenarkan memasuki dewan jika datang lewat dan tidak mematuhi etika berpakaian seperti yang telah ditetapkan
7.7 Sekiranya memerlukan bantuan atas kes kecemasan sila hubungi Jawatankuasa bertugas
7.8 Orang Kurang Upaya (OKU) / Warga Emas – sila laporkan kepada Jawatankuasa bertugas
7.9 Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak di benarkan masuk ke dalam dewan.
8. PENGAMBILAN SKROL DAN TRANSKRIP
8.1 Sebelum hadir untuk mengambil skrol dan transkrip, sila pastikan anda:
8.1.1 Telah memulangkan jubah kepada Jawatankuasa Jubah Konvokesyen
8.1.2 Telah memulangkan buku perpustakaan dan membayar denda (jika berkenaan)
8.1.3 Telah menghantar borang Alumni kepada Jawatankuasa ALUMNI
8.1.4 Sila serahkan surat kebenaran pengambilan skrol dan transkrip yang telah di tuntut
semasa sesi ambilan jubah.
8.2 Selepas dari 10 November 2019 (AHAD), pengambilan Skrol dan Transkrip boleh di ambil
di Pejabat Pentadbiran Kolej UNITI. Sebelum mengambil skrol dan transkrip, di minta
membuat semakan tunggakan di Bahagian Kewangan. Skrol dan transkrip hanya akan
diberi jika semua bayaran telah dijelaskan pada pihak Kolej UNITI
8.3 Sila bawa bersama slip pengesanan graduan dari laman sesawang Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) ketika ambilan skrol dan transkrip (bagi graduan yang tidak hadir ke Istiadat
Konvokesyen)
8.4 Bagi yang menghantar wakil, sila isi dan bawa Borang LAMPIRAN C (WAKIL) dan surat
kebenaran ambilan skrol dan transkrip bagi memudahkan urusan.
9. RUJUKAN
Ahli Jawatankuasa Jubah / Bayaran Konvokesyen
(Cik.Asiah / Cik. Shahira)
06-6490350 samb 202
011-36821134 (whatsapp)
Ahli Jawatankuasa Pendaftaran/ Skrol/ Transkrip Konvokesyen
(Cik.Suriya)
06-6490350 samb 203
011-36821134 (whatsapp)
Pembekal Jubah / Gambar Konvokesyen (Syarikat Lakaran Tuah Sdn.Bhd)
016-2008903