majlis perbandaran klang - · pdf fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan...

17
MANUAL MPK BIL : 46 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : PEMBAIKAN PARIT/LONGKANG

Upload: buinga

Post on 06-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

MANUAL MPK BIL : 46 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

PEMBAIKAN PARIT/LONGKANG

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 5

4.0 CARTA BAHAGIAN 6

5.0 SUMBER KUASA 7

6.0 SKOP KERJA 7

7.0 PROSES KERJA 8-9

8.0 CARTA ALIR 10

9.0 PENUTUP 11

10.0 LAMPIRAN 12-17

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya Terbilang

di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita

bersama sebagai wargakerja MPK untuk berusaha membuat

penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita

bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum

tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Sempena pengiktirafan Bandaraya ini, Bahagian Saliran dan Kawalan Banjir adalah bertanggungjawab mengendalikan dan menguruskan penyelenggaraan dan pembaikan parit/longkang dan kolam tadahan Majlis secara teratur dan diselia dengan baik dalam kawasan Majlis Perbandaran Klang [MPK].

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto yang telah

ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk membuat

perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas masing-masing

supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita

sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang

berupaya memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”.

Sekian, Terima kasih.

Tuan Mohd Ikhsan bin Mukri

Setiausaha MPK

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya Terbilang di

Malaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita bersama

sebagai wargakerja MPK untuk berusaha membuat

penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita

bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum

tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Manual Pembaikan Parit/Longkang, Jabatan Kejuruteraan ini adalah untuk

memastikan pihak awam maklum tentang dokumen rujukan yang mengandungi

prosedur-prosedur yang jelas, keterangan mengenai fungsi dan objektif jabatan

serta aktiviti pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan

infrastruktur di Majlis Perbandaran Klang demi keselesaan warga Klang.

Dokumen ini adalah rujukan utama yang akan membantu Jabatan dan

kakitangan menjalankan tugas masing-masing dengan lebih cekap dan teratur.

Dengan adanya Manual Prosedur Kerja ini, diharap dapat memberi hasil kerja

dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”

Sekian. Terima kasih.

IR. HAJI MD. NOOR BIN MAHMUD

PENGARAH KEJURUTERAAN

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik Holistik

[PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.

1.3 Merupakan satu garis panduan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan parit monsun di kawasan Majlis.

1.4 Memberi maklumat dan fahaman berhubung dengan tatacara pelaksanaan penyelenggaraan parit monsun.

1.5 Mengenalpasti bentuk tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan permasalahan sengaraan parit monsun.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pembaikan parit/longkang merupakan salah satu skop kerja di dalam Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir dalam carta organisasi Jabatan Kejuruteraan.

2.2 Pembaikan parit/longkang ini adalah untuk membaiki semua parit/longkang di kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

3.0 DEFINISI

3.1 Definisi adalah seperti berikut:-

PJ Pengarah Kejuruteraan

PPJP Penolong Pengarah Kejuruteraan

PJP Penolong Jurutera Parit

JT Juruteknik

PRA Pekerja Rendah Am

KONT Kontraktor yang dilantik

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 6

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

BAHAGIAN SALIRAN DAN KAWALAN BANJIR

PENGARAH ( J 52)

PENOLONG PENGARAH

( J 44)

JURUTEKNIK

(J 17)

PENOLONG JURUTERA (J 29)

UNIT KLANG UTARA

PRA

UNIT KLANG SELATAN

PENOLONG JURUTERA (J 29 )

JURUTEKNIK KANAN (J 22 )

JURUTEKNIK (J 17 )

PRA

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 7

5.0 SUMBER KUASA

5.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut:

5.1.1 Syarat-syarat kontrak 5.1.2 Arahan Teknik (JKR) 5.1.3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 133) 5.1.4 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 5.1.5 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan 1988 5.1.6 Akta Perancang Bandar dan Desa 1972

6.0 SKOP KERJA

6.1 Merancang, mengkaji, merekabentuk dan menyelia permasalahan

mengikut keperluan-keperluan semasa.

6.2 Membina / menaiktaraf sistem kawalan banjir dan perparitan (tanah /

konkrit) baru / sediada di kawasan Majlis.

6.3 Memastikan kerja-kerja mematuhi akta-akta dan undang-undang yang

telah ditetapkan.

6.4 Menyelidik, melapor dan mencadangkan bahan-bahan baru dan inovatif

yang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk

diimplmentasikan.

6.5 Membuat pemantauan berkala untuk memastikan sistem saliran dan kawalan banjir berada dalam keadaan yang baik.

6.6 Menyediakan perancangan kerja setiap tahun bagi setiap longkang/parit yang perlu dinaiktaraf yang juga merupakan sasaran kerja jabatan.

6.7 Merancang dan menyediakan anggaran kos peruntukan pembaikan bagi parit /longkang yang akan dilaksanakan pada setiap tahun dan mengemukakan permohonan kepada jabatan pelanggan.

6.8 Merancang dan menyediakan anggaran kos bagi kerja-kerja segera dan mengemukakan permohonan peruntukan khas kepada jabatan pelanggan sebelum pembaikan dilaksanakan.

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 8

7.0 PROSES KERJA

7.1 Pembaikan parit/longkang melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan

menaiktaraf parit/longkang di kawasan MPK. Proses kerja secara

ringkasnya adalah seperti berikut:-

a. Terdapat 3 kaedah bagi kerja-kerja penyelenggaran yang

dilaksanakan oleh bahagian ini iaitu:-

i. Aduan Pengguna melalui saluran aduan Iresponz

ii. Pemeriksaan Berjadual

iii. Permohonan surat rasmi

b. Selepas pemeriksaan di tapak dijalankan ke atas aduan, satu (1)

laporan akan dikeluarkan untuk menentukan kategori

penyelenggaraan yang boleh dilaksanakan. Kategori tersebut adalah:-

i. Pembaikan secara jabatan

- Diselenggara oleh pekerja Majlis (PRA).

ii. Penyelenggaraan secara kontrak

- Melibatkan pihak ketiga iaitu kontraktor di mana penyelenggaraan

tidak boleh dilaksanakan secara jabatan.

c. Penyeliaan kerja hendaklah dilaksanakan berdasarkan kepada

pematuhan kepada arahan, prosedur, peraturan dan piawaian yang

ditetapkan. MPK juga memberi penekanan dalam penyeliaan kerja

berkesan bagi memastikan kualiti kerja, bahan dan produk yang

dihasilkan memenuhi keperluan pelanggan. Bagi kerja-kerja secara

kontrak, prosedur pentadbiran kontrak dan pembayaran kepada

kontraktor yang ditetapkan oleh jabatan hendaklah dipatuhi

d. Penyeliaan kerja pembaikan secara kontrak hendaklah mematuhi

semua prosedur kerja MPK yang berkaitan seperti Prosedur

Perolehan, Pentadbiran Kontrak, Penyeliaan dan pemeriksaan ditapak,

pembayaran dan lain-lain. Kerja-kerja yang dilaksanakan samada

secara tenaga kerja, jabatan atau secara kontrak hendaklah diawasi

dan diselia dengan teliti dan bertanggungjawab.

e. Nilaian anggaran kos kerja-kerja pembaikan akan ditentukan selepas

pemeriksaan tapak dilaksanakan dan membuat kelulusan bagi

pemanggilan kerja mengikut Kaedah Kelulusan Majlis.

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 9

f. Bagi permohonan bersurat dari mana-mana jabatan/ persatuan

penduduk, pegawai yang ditugaskan perlu merekod dan membuat

ulasan laporan tapak kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

secara jabatan atau secara kontrak.

g. Pegawai penyelia MPK hendaklah memeriksa dan mengesahkan kerja

siap bagi setiap aktiviti senggara yang dilaksanakan oleh tenaga kerja

jabatan atau kontrak. Pengawai penyelia MPK hendaklah mengurus

lawatan bersama dengan pihak wakil jabatan/ persatuan penduduk

serta kontraktor untuk pentauliahan dan penyerahan. Pengesahan

kerja siap yang diterima oleh kedua-dua pihak MPK dan pelanggan

hendaklah direkod dalam format yang ditetapkan. Semua aktiviti

senggara, pindaan, tambahan atau pelupusan yang telah dilakukan

pada setiap pepasangan/ peralatan hendaklah dikemaskinikan dalam

DA atau DHM masing-masing di ruangan sejarah aktiviti senggara.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 10

Selenggara secara

jabatan

Selenggara dengan

melantik Kontraktor

8.0 CARTA ALIR

URUSAN PELAKSANAAN PEMBAIKAN

9.0 PENUTUP

Membuat kelulusan sebutharga kecil untuk

pembaikan secara kontrak < RM2000 &

RM2001-RM5000 & RM 5001-RM20000

Menyelia kerja-kerja pembaikan

Membuat laporan siap kerja dan

rekod dalam iventori

Menerima aduan/ memo/ surat Ahli

Majlis atau persatuan penduduk

Mula

Memeriksa aduan dan kategorikan

aduan

Penyelenggaraan parit

Merekod tindakan kerja

pembaikan dan rekod

dalam inventori

Mengesahkan kerja-kerja

pembaikan siap kerja

Memaklumkan kepada

pengadu yang buat aduan

Tamat

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 11

Secara umumnya, Jabatan Kejuruteraan menyediakan perkhidmatan

kejuruteraan meliputi penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur serta

pembinaan projek pembangunan kepada penduduk di dalam kawasan Majlis

kearah menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam yang lebih teratur dan

selesa.

10.0 LAMPIRAN

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 12

JABATAN KEJURUTERAAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

LAPORAN LAWATAN TAPAK

LAPORAN PENOLONG JURUTERA/JURUTEKNIK :

……..……..………… (Tandatangan & Cop)

Tarikh : ULASAN JURUTERA/PENOLONG JURUTERA : ……...……..………… (Tandatangan & Cop)

Tarikh : * Potong yang mana tidak berkenaan

JABATAN KEJURUTERAAN

RINGKASAN LAPORAN PEMERIKSAAN

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 13

PERKARA :

NO. RUJUKAN / LAMPIRAN :

Laporan Penolong Jurutera / Juruteknik

Kepada : PPJP (Ir. Mohd Zaidi Bin Zainal)

……………………… Tandatangan

Juruteknik / Penolong Jurutera

Tarikh :

Ulasan Jurutera

Kepada : PJ

a. Tindakan Secara Jabatan

b. Tindakan Secara Kontrak

c. Lain-lain…………………………………………………………………..

………………………

Tandatangan Jurutera

Tarikh :

Ketua Jabatan

Kepada :

a. Setuju

b. Tangguh

c. Tolak

………………………..

Pengarah Kejuruteraan

Tarikh :

JABATAN KEJURUTERAAN

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

No. Fail : _________________________________________

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 14

No. Pesanan Tempatan : _________________________________________ Nama Kerja : _________________________________________ Laporan Oleh Juruteknik*:

……..……..………… (Tandatangan & Cop)

Tarikh : Laporan & Pengesahan Kerja Oleh Penolong Jurutera*:

……...……..………… (Tandatangan & Cop)

Tarikh : Ulasan Oleh Jurutera*:

……...……..………… (Tandatangan & Cop)

Tarikh : * Isi ruangan mana yang berkenaan sahaja

JABATAN KEJURUTERAAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

POHON KELULUSAN PJ MENJALANKAN KERJA SEGERA

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 15

TARIKH : DARIPADA : PPJP KEPADA : PENGARAH KEJURUTERAAN TAJUK KERJA : LOKASI : ANGGARAN : SYARIKAT YANG DICADANGKAN : CATATAN : PERUNTUKAN : BAKI PERUNTUKAN : Disediakan Oleh : ……………………………. …………………………. ……………………………

Juruteknik Penolong Jurutera Pen. Peng. Kejuruteraan Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang DARIPADA : KEPADA : PJ KEPUTUSAN :

1. LULUS 2. TOLAK

3. TANGGUH

SYARIKAT YANG DILULUSKAN : .....................................................................................................

ULASAN ……………………………………………………………………………………………………

…………………………………. (Ir. Hj. Md. Noor Bin Mahmud) Pengarah Kejuruteran Majlis Perbandaran Klang

JABATAN KEJURUTERAAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

KEGUNAAN BHG.

PENTADBIRAN TELAH DIREKOD

POHON KELULUSAN SU MENJALANKAN KERJA SEGERA

Page 16: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 16

TARIKH : DARIPADA : PJ KEPADA : SU TAJUK KERJA : LOKASI : ANGGARAN : SYARIKAT YANG DICADANGKAN : CATATAN : PERUNTUKAN : BAKI PERUNTUKAN : Disediakan Oleh : ……………………………. ……………………………. ………………………………… Penolong Jurutera Pen. Peng. Kejuruteraan Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang DARIPADA : SU KEPADA : PJ KEPUTUSAN :

4. LULUS 5. TOLAK

6. TANGGUH

SYARIKAT YANG DILULUSKAN : .....................................................................................................

ULASAN ……………………………………………………………………………………………………

……………………………… (Mohd Ikhsan Bin Mukri) Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

JABATAN KEJURUTERAAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

KEGUNAAN BHG.

PENTADBIRAN TELAH DIREKOD

POHON KELULUSAN YDP MENJALANKAN KERJA SEGERA

Page 17: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk ... peraturan dan piawaian ... kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 17

TARIKH : DARIPADA : PJ KEPADA : YDP TAJUK KERJA : LOKASI : ANGGARAN : SYARIKAT YANG DICADANGKAN : CATATAN : PERUNTUKAN : Disediakan Oleh : ……………………………. ……………………………. ………………………………… Penolong Jurutera Pen. Peng. Kejuruteraan Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang DARIPADA : YDP KEPADA : PJ KEPUTUSAN :

7. LULUS 8. TOLAK

9. TANGGUH

SYARIKAT YANG DILULUSKAN : .....................................................................................................

ULASAN ……………………………………………………………………………………………………

………………………

(Mohd Ikhsan Bin Mukri) Timbalan Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Klang

KEGUNAAN BHG.

PENTADBIRAN TELAH DIREKOD