madu ilmu 2003
TRANSCRIPT
MADU ILMU
CERPEN 1 : SEEKOR MANUSIA SEORANG BINATANG – MUHAMMAD ISA
AL-JAMBULI
MADU ILMU
CERPEN SEEKOR MANUSIA SEORANG BINATANG
(MUHAMMAD ISA al-JAMBULI)
TEMA
Bertemakan tentang keinsafan seorang ibu yang terjebak dalam kancah maksiat.
Zaniyah merupakan seorang gadis yang hidup bebas sehingga terlanjur dengan kekasihnya
Zaney kemudiannya apabila dia disahkan hamil kekasihnya telah meninggalkannya. Setelah
beliau melahirkan anaknya, Zaniyah meninggalkan bayinya di pinggir sungai tetapi Zaniyah
akhirnya sedar dan insaf apabila melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa menyelamatkan
anaknya daripada mati dibaham buaya. Akhirnya Zaniyah kembali mendapatkan anaknya
semula.
PERSOALAN
1. Persoalan Pembuangan bayi yang tidak berdosa.
Contoh;
Zaniyah membuang anaknya yang baru dilahirkan dipinggir sungai hutan lembah dara
kerana tidak sanggup menanggung malu kerana anak yang dilahirkannya adalah anak
luar nikah.
2. Persoalan Kehamilan gadis tanpa ikatan perkahwinan,
Contoh;
Zaniyah hamil setelah menjalinkan hubungan intim dengan kekasihnya zaney tanpa
1
MADU ILMU
Ikatan perkahwinan yang sah.
3. Persoalan Pergaulan bebas muda mudi,
Contoh;
Setelah Zaniyah ditinggalkan kekasihnya Zaniyah menjadi liar dengan berkawan dengan
bohsia dan bohjan.
4. Persoalan Kasih Sayang dalam keluarga binatang
Contoh;
Hubungan kasih sayang dalam keluarga binatang menyebabkan ibu monyet sanggup
menggadaikan nyawanya demi untuk memastikan anaknya selamat daripada dibaham
buaya.
5. Persoalan Sikap tidak bertanggungjawab seorang lelaki,
Contoh;
Zaney merupakan buaya darat yang telah merosakkan Zaniyah sehingga Zaniyah hamil.
Sikap ketidak bertanggungjawab Zaney ini terserlah apabila dia menghilangkan diri
tanpa berita.
WATAK PERWATAKAN
1. Zaniyah
i. Watak utama
ii. Seorang gadis liar dan terlibat dalam dunia bohsia.
iii. Mementingkan budaya hedonism.
iv. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang.
v. Kemudian menjalinkan hubungan cinta dengan Zaney sehingga mereka terlanjur
2
MADU ILMU
vi. Hamil anak luar nikah.
vii. Membuang anaknya sebaik sahaja dilahirkan di pinggir sungai hutan lembah dara.
viii. Akhirnya insaf dan mengambil semula anaknya setelah melihat pengorbanan ibu
monyet terhadap anaknya daripada dibaham buaya.
ix. Seorang yang sangat menjaga maruah diri. Contohnya selepas melahirkan anak dia
sanggup membuang anaknya kerana tidak mahu maruahnya rosak.
x. Seorang yang kuat semangat, berani, tabah, contohnya melahirkan anaknya
seorang diri di dalam hutan.
xi. Berasal dari kampung dan menetap di kota.
2. Zaney
i. Mempunyai kekasih bernama zaniyah
ii. Telah terlanjur dengan Zaniyah
iii. Seorang lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab dan akhirnya melarikan diri.
Teknik Plot
1. Teknik Dialog
Contoh:
“percayalah , zan. Dia tu dah punya bini, dah punya anak pun. Aku kesiankan kau.
Sebagai seorang kawan, aku berkewajipan mengingatkan kau.’ Zaney mempamerkan
wajah simpatinya.
2. Teknik Pemerian
Contoh;
matanya yang kuyu dan cengkung diwajahnya yang pucat lesi itu masih merenungi
aliran air sungai yang menghayutkan sampah sarap dan reba itu
3
MADU ILMU
3. Teknik Imbas Kembali,
Contoh;
Zaniyah terkenang kisah hitam bapa dan ibunya
LATAR
a. Latar Masa
berlaku pada waktu awal pagi ketika Zaniyah melahirkan anaknya.
b. Latar Tempat
- Di kota
- Di pinggir sungai hutan lembah dara
c. Latar Masyarakat
a. Masyarakat Kota,
Contoh;
Zaniyah merupakan gadis kampung yang hidup mencari rezeki di kota.
b. Masyarakat yang terpengaruh dengan budaya hedonisme.
Contoh;
Zaniyah merupakan gadis liar yang hidup dengan mementingkan keseronokan
seperti bergaul bebas lelaki dengan perempuan.
c. Masyarakat yang kejam
Contoh;
Zaniyah seorang yang kejam kerana sanggup membuang anaknya yang baru
dilahirkan demi menjaga maruahnya.
4. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab
4
MADU ILMU
Contoh;
Zaney merupakan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dengan
meninggalkan Zaniyah setelah dia mendapat apa yang diingininya.
5. Masyarakat yang jahil tentang agama
Contoh;
Zaniyah seorang gadis yang jahil tentang agama dengan membelakangkan garis
panduan agama dengan terlibat dalam pergaulan bebas bohsia dan bohjan,
terlanjur sehingga melahirkan anak dan cuba membuang anaknya itu.
6. Masyarakat haiwan yang penyayang dan sanggup berkorban
Contoh;
Ibu monyet sangat menyayangi anaknya dan telah mengorbankan nyawanya
demi menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya
NILAI
1. Nilai Kasih Sayang.
Contoh;
Ibu monyet sangat menyayangi anaknya, buktinya ibu monyet sanggup menggadaikan
nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya semasa mahu dibaham buaya.
2. Nilai Keinsafan
Contoh;
Zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah menyaksikan
ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya. Akhirnya Zaniyah
pergi mengambil kembali anaknya.
3. Nilai Pengorbanan
Contoh;
5
MADU ILMU
Ibu monyet sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan anaknya daripada dibaham
buaya.
4. Nilai Bertanggungjawab.
Contoh;
Zaniyah tidak bertanggungjawab membuang anaknya di dalam hutan dan berazam
ingin merantau jauh agar segala perbuatan terkutuknya tidak diketahui sesiapa.
5. Nilai Simpati
Contoh;
Zaney menasihati Zaniyah supaya tidak menjalinkan hubungan dengan suami orang.
6. Nilai ketabahan
Contoh;
Zaniyah seorang yang tabah dan berani menghadapi saat-saat melahirkan anak
seorang diri di hutan lembah dara walaupun risikonya tinggi.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah insaf dan sedar setelah terlanjur melakukan dosa atau kesalahan.
Contoh; Zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah
menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya. Akhirnya
Zaniyah pergi mengambil kembali anaknya.
2. Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki
dengan perempuan yang bukan muhrim.
Contoh;
Zaniyah merupakan gadis liar yang mengamalkan pergaulan bebas sehingga
6
MADU ILMU
terjebak dengan hubungan terlarang.
3. Kita janganlah mengamalkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan.
Contoh; Zaniyah dan Zaney menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan sehingga
Zaniyah hamil.
4. Kita hendaklah bertanggungjawab setelah merosakkan anak gadis orang.
Contoh; zaney menghilangkan diri setelah dia mendapat apa yang dia inginkan daripada
Zaniyah
5. Kita mestilah menyayangi dan bekorban demi anak-anak.
Contoh; ibu monyet sangat menyayangi anaknya. Buktinya ibu monyet sanggup menggadaikan
nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya
6. Kita hendaklah menjaga maruah diri apabila merantau jauh atau berjauhan dengan ibu bapa.
Contoh; Zaniyah gadis kampung berhijrah ke kota mencari rezeki tetapi telah mencemarkan
nama baik keluarganya dengan terlibat dalam pergaulan bebas sehingga melahirkan anak luar
nikah.
SUDUT PANDANGAN
pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga.
MADU ILMU
CERPEN SEEKOR MANUSIA SEORANG BINATANG (MUHAMMAD ISA al-JAMBULI)
Soalan struktur
1. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut :
7
Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok
menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir
kota. Barulah dia berasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. Tadi
dalam remang-remang pagi muda, cepat-cepat dia mengatur langkah....
(Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli)
MADU ILMU
a. Berikan tiga latar tempat yang terdapat dalam petikan.
i) _____________________________________________________________
ii) _____________________________________________________________
iii) _____________________________________________________________
b. Nyatakan teknik yang digunakan oleh pengarang dalam petikan.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
2. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut :
a. Siapakah dia dalam petikan di atas?
____________________________________________________________________
8
Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok
menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir
kota. Barulah dia berasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. Tadi
dalam remang-remang pagi muda, cepat-cepat dia mengatur langkah....
(Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli)
MADU ILMU
b. Nyatakan latar tempat di mana dia meninggalkan darah dagingnya dalam petikan di
atas?
_____________________________________________________________________
c. Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh watak dia di akhir cerpen ini.
_____________________________________________________________________
3. a) Nyatakan tema cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya
Muhammad
Isa al-Jambuli
__________________________________________________________________
____________________________________________________________
b) Berikan tiga persoalan yang terdapat dalam cerpen Seekor Manusia Seorang
Binatang.
i. _________________________________________________________
ii _________________________________________________________
iii _________________________________________________________
4.
a) Namakan watak wanita berdahi licin yang dimaksudkan dalam petikan di atas.
_____________________________________________________________________
9
Pengaruh kedudukan dan harta benda, campur kekuasaan dan kekacakan anak muda ini menyebabkan seorang wanita berdahi licin yang sudah bersuami mabuk kepayang. Lalu dia dengan mudah saja dilarikan oleh anak muda itu ke selatan Thailand. Dalam pertarungan hendak merebut kembali isterinya, sang suami terbunuh. Pembunuhan itu direstui oleh pihak berkuasa tentera Jepun apabila suami malang itu difitnahkan sebagai tali barut Inggeris.
(Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatangkarya Muhammad Isa al-Jambuli)
MADU ILMU
b) Berikan tiga pengajaran yang diperoleh daripada petikan di atas.
i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
iii. _______________________________________________________________
5. Berikan empat latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini.
i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
iii. _______________________________________________________________
iv. _______________________________________________________________
6. Lengkapkan jadual di bawah dengan gaya bahasa yang sesuai
Petikan Gaya Bahasa
“Percayalah, Zan. Dia tu dah punya bini, dah punya anak pun...”
Telah terpaku keputusan dalam hatinya...
Kota neraka ini mesti segera ditinggalkan
Para unggas melafazkan zikir masing-masing...
Keruh air di hulu, maka keruhlah air di hilir, jernih air di hulu, maka
jernihlah air di hilir
Terlepas daripada menjadi mangsa buaya darat, Zaniyah menjadi pasangan belangkas darat kepada Zaney
Deria pendengarannya tiba-tiba dicuit oleh bunyi jeritan yang datangnya dari hulu sungai itu.
Darah dagingnya itu tentulah kesejukan sekarang.
Anak monyet menjerit-jerit panik. Tidak putus-putus
Kabus menyelimuti hutan Lembah Dara Terbelah.
10
MADU ILMU
7. Lengkapkan jadual di bawah dengan teknik plot yang sesuai
Petikan Teknik Plot
“Percayalah, Zan. Dia tu dah punya bini, dah punya anak pun.
Aku kesiankan kau. Sebagai seorang kawan, aku
berkewajipan mengingatkan kau.” Zaney mempamerkan
wajah simpatinya.
Aku ceritakan ini semata-mata untuk menyelamatkan kau
daripada menjadi mangsa buaya darat itu. Nah lihatlah, ini
gambar bininya!”
Deria pendengarannya tiba-tiba dicuit oleh bunyi jeritan yang
dating dari hulu sungai itu. Bunyi jeritan yang semakin
mendekati tempat duduknya itu berlarutan dan jelas
mengandungi nada cemas. Matanya meliar ke sana sini,
meninjau-ninjau ke hulu dan kehilir sungai itu.
Anak monyetkah itu? Bagaimana anak monyet itu boleh
berada di atas dahan kayu mati yang hanyut itu? Mana
ibunya? Kenapa ibunya ... ha, itu ibunya?
Serpihan daripada riwayat hitam bapa dan ibunya sekonyong-
konyong terpercik ke benaknya.
Zaman pendudukan Jepun di rantau ini memberi kesempatan
kepada seorang anak muda yang gagah dan kacak untuk
menempah kedudukan dan kuasa.
Dalam keadaan kepalanya termengguk itu, Zaniyah
termenung sayu. Tidak disedarinya air jernih menggenangi
kolam matanya. Dia bingkas bangun, lantas cepat-cepat
11
MADU ILMU
menyusuri sungai itu ke hilir semula.
SOALAN ESEI
1. Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli :
a. Bincangkan isu sosial yang terdapat dalam cerpen ini.
b. Huraikan unsur pengajaran terkandung dalam cerpen ini.
c. Sambungkan cerpen ini mengikut kreativiti anda.
2. Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang:
a. Huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam cerpen ini.
b. Jelaskan perwatakan yang dimiliki oleh watak utama cerpen ini.
3. Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-
Jambuli daripada teks Madu Ilmu jelaskan:
a) Plot cerpen ini.
b) Pengajaran yang boleh dijadikan iktibar berpandukan cerpen ini.
SKEMA JAWAPAN CERPEN
SEEKOR MANUSIA SEORANG BINATANG (MUHAMMAD ISA al-JAMBULI)
4. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut :
Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok
menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir
kota. Barulah dia berasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. Tadi
12
MADU ILMU
dalam remang-remang pagi muda, cepat-cepat dia mengatur langkah....
(Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya
Muhammad Isa al-Jambuli, m.s. 50)
a) Berikan 3 latar tempat yang terdapat dalam petikan (3m)
Di bawah pokok menggading besar – 1m
di pinggir sungai – 1m
di dalam hutan Lembah Dara Terbelah – 1m
di pinggir kota – 1m
b. Nyatakan teknik yang digunakan oleh pengarang dalam petikan. (1m)
teknik pemerian – 1m
5.
Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok
menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir
kota. Barulah dia berasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. Tadi dalam
remang-remang pagi muda, cepat-cepat dia mengatur langkah....
(Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli, m.s. 50)
d. Siapakah dia dalam petikan di atas? (1m)
Zaniyah
e. Mengapa dia meninggalkan darah dagingnya di dalam hutan Lembah Dara Terbelah? (1m)
Kerana dia telah melahirkan anak luar nikah (1m)
f. Apakah tindakan yang dilakukan oleh dia di akhir cerpen ini. (2m)
Mengambil semula anak yang ditinggalkan (1m) / selepas melihat ibu monyet
menyelamatkan anaknya daripada hanyut di sungai (1m)
6. a) Apakah tema cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-
Jambuli (1m)
Keruntuhan/ kerendahan nilai moral anak muda
b) Berikan 3 persoalan yang terdapat dalam cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang(3m)
13
MADU ILMU
- Kerendahan nilai moral manusia membawa kepada kepincangan kehidupan
- Tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang telah
dilakukan
- Kasih sayang ibu terhadap anak
7.
(Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli, m.s. 54)
c) Siapakah wanita berdahi licin yang dimaksudkan dalam petikan di atas(1m)
Emak/ ibu Zaniyah
d) Berikan tiga pengajaran yang diperoleh dari petikan di atas(3m)
- Janganlah kita mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kedudukan
seseorang
- Sebagai isteri janganlah kita bersikap curang terhadap suami
- Kita mestilah mempertahankan hak kita walaupun terpaksa berkorban nyawa
- Janganlah kita menfitnah mereka yang tidak bersalah
8. Berikan 4 latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini.(4m)
- Masyakat yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat
- Masyarakat yang tidak bertanggungjawab
- Masyarakat haiwan yang sayang akan anak
- Masyarakat remaja yang suka akan keseronokan
9. Lengkapkan jadual di bawah dengan gaya bahasa yang sesuai
14
Pengaruh kedudukan dan harta benda, campur kekuasaan dan kekacakan anak muda ini menyebabkan seorang wanita berdahi licin yang sudah bersuami mabuk kepayang. Lalu dia dengan mudah saja dilarikan oleh anak muda itu ke selatan Thailand. Dalam pertarungan hendak merebut kembali isterinya, sang suami terbunuh. Pembunuhan itu direstui oleh pihak berkuasa tentera Jepun apabila suami malang itu difitnahkan sebagai tali barut Inggeris.
MADU ILMU
Petikan Gaya Bahasa
“Percayalah, Zan. Dia tu dah punya bini, dah punya anak
pun...”
Sinkope
Telah terpaku keputusan dalam hatinya... Inversi
Kota neraka ini mesti segera ditinggalkan Metafora
Para unggas melafazkan zikir masing-masing... Personifikasi
Keruh air di hulu, maka keruhlah air di hilir, jernih air di
hulu, maka jernihlah air di hilir
Repitisi
Terlepas daripada menjadi mangsa buaya darat, Zaniyah
menjadi pasangan belangkas darat kepada Zaney
Peribahasa /
Simpulan Bahasa
Deria pendengarannya tiba-tiba dicuit oleh bunyi jeritan
yang datangnya dari hulu sungai itu.
Personifikasi
Darah dagingnya itu tentulah kesejukan sekarang. Peribahasa /
Simpulan Bahasa
Anak monyet menjerit-jerit panik. Tidak putus-putus Kata ganda
Kabus menyelimuti hutan Lembah Dara Terbelah. Personifikasi
15
MADU ILMU
10. Lengkapkan jadual di bawah dengan teknik plot yang sesuai
Petikan Teknik Plot
“Percayalah, Zan. Dia tu dah punya bini, dah punya anak
pun. Aku kesiankan kau. Sebagai seorang kawan, aku
berkewajipan mengingatkan kau.” Zaney mempamerkan
wajah simpatinya.
Aku ceritakan ini semata-mata untuk menyelamatkan kau
daripada menjadi mangsa buaya darat itu. Nah lihatlah, ini
gambar bininya!”
Dialog
Deria pendengarannya tiba-tiba dicuit oleh bunyi jeritan
yang dating dari hulu sungai itu. Bunyi jeritan yang
semakin mendekati tempat duduknya itu berlarutan dan
jelas mengandungi nada cemas. Matanya meliar ke sana
sini, meninjau-ninjau ke hulu dan kehilir sungai itu.
Suspens
Anak monyetkah itu? Bagaimana anak monyet itu boleh
berada di atas dahan kayu mati yang hanyut itu? Mana
ibunya? Kenapa ibunya ... ha, itu ibunya?
Monolog
Serpihan daripada riwayat hitam bapa dan ibunya
sekonyong-konyong terpercik ke benaknya.
Zaman pendudukan Jepun di rantau ini memberi
kesempatan kepada seorang anak muda yang gagah dan
kacak untuk menempah kedudukan dan kuasa.
Imbas Kembali
Dalam keadaan kepalanya termengguk itu, Zaniyah
termenung sayu. Tidak disedarinya air jernih
menggenangi kolam matanya. Dia bingkas bangun, lantas
cepat-cepat menyusuri sungai itu ke hilir semula.
Pemerian
16
MADU ILMU
SOALAN ESEI
4. Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli :
a. Nyatakan 2 isu sosial dalam cerpen ini. (4m)
b. Berikan 3 nilai murni dalam cerpen. (6m)
c. Sambungkan cerpen ini mengikut kreativiti anda. (8m)
a. 2 Isu sosial :
Isu pembuangan bayi -2m
Isu bohsia – 2m
Isu melepak – 2m
Isu hubungan seks tanpa nikah -2m
Isu lari dari rumah – 2m
b.3 nilai murni :
i. Bertanggungjawab
Zaniyah perlu bertanggungjawab terhadap anak yang dilahirkannya -2m
ii. Kasih sayang
Ibu monyet menyayangi anaknya -2m
iii. Keinsafan
Zaniyah insaf dan mengambil anaknya kembali-2m
iv. Taat beragama
Kita janganlah melakukan perkara yang dilarang oleh agama- 2m
Kita janganlah bebas membuat hungan dengan lelaki -2m
b. Sambungan cerpen:
Isi – 2m
17
MADU ILMU
Bahasa – 2m
Teknik – 2m
Kreativiti – 2m
5. Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang:
a. Huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. (10m)
- Kerendahan moral manusia membawa kepada kepincangan kehidupan (1m)
Contoh: Kehidupan Zaniyah yang mengutamakan hedonistik dan bercampur
dengan rakan-rakan yang tidak bermoral telah membawanya ke lembah
kemaksiatan (1m)
- Manusia yang tidak bertanggungjawab (1m)
Contoh: Zainey meninggalkan Zaniyah tanpa makluman menyebabkan Zaniyah
menjadi liar / Zaniyah tidak bertanggungjawab apabila pada awalnya dia
meninggalkan anak luar nikahnya di dalam hutan -1m
- Sikap curang isteri terhadap suami (1m)
Contoh: Ibu Zaniyah lari meninggalkan suaminya untuk mengikut lelaki yang lebih
kacak dan berkedudukan (1m)
- Kasih sayang ibu terhadap anak (1m)
Contoh: Ibu monyet telah terkorban semasa cuba menyelamatkan anaknya yang
dihanyut arus sungai.(1m)
- Keinsafan selepas melakukan kesalahan
Contoh: Zaniyah insaf akan kesalahannya meninggalkan bayinya di dalam hutan
selepas menyaksikan peristiwa ibu monyet menyelamatkan anaknya (1m)
b. Nyatakan watak utama serta perwatakannya (10m)
18
MADU ILMU
- Watak utama –Zaniyah-2m
- Perwatakan
– Gadis yang mudah terpedaya – 1m
Contoh: Zaniyah dengan mudah diperdaya oleh kekasihnya, dan Zaney -1m
_ Seorang yang liar dan mudah terpengaruh dengan budaya tidak bermoral-1m
Contoh: Zaniyah menjadi liar selepas ditinggalkan oleh Zaney-langsung tidak
menjaga harga diri-menceburi alam hedonistik-intimkan hubungan dengan
teman-teman bohsia dan rakan-rakan bohjan-1m
_Tidak bertanggungjawab-1m
Contoh: Zaniyah sanggup membuang bayi yang baru dilahirkannya di dalam hutan
Lembah Dara Terbelah-1m
_Menginsafi kesalahan-1m
Contoh: Zaniyah menangis dan memeterai azam untuk tidak menjadi seekor ibu
manusia selepas menyaksikan peristiwa ibu monyet berkorban untuk
menyelamatkan anaknya -1m
6. Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-
Jambuli daripada teks Madu Ilmu jelaskan:
c) Plot cerpen (10m)
- Permulaan
Zaniyah meninggalkan anak luar nikahnya di atas batu di bawah pokok
menggading besar di dalam hutan Lembah Dara Terbelah. Dia berasa lega
dan puas hati-2m
- Perkembangan
Zaniyah teringat kembali perbuatan tidak bertanggungjawab Zaney terhadap
dirinya. Selepas ditinggalkan Zaney, dia menjadi liar dan melibatkan diri
kealam hedonistik dan bergaul dengnan rakan-rakan yang tidak bermoral.-
2m
19
MADU ILMU
- Perumitan
Peristiwa hitam ibu bapanya telah menghantui Zaniyah. Zaniyah mengimbas
kembali sejarah kelahirannya apabila dia melihat kea rah sampah sarap dan
reba yang hanyut di dalam sungai. Zaniyah merupakan anak luar nikah
setelah ibunya meninggalkan suami dan mengikut lelaki yang lebih kacak
dan berkedudukan.-2m
- Puncak/ Klimaks
Zaniyah melihat seekor anak monyet yang kehilangan ibunya. Ibu monyet
sedaya upaya cuba menyelamatkan anaknya. Anak monyet tersebut Berjaya
diselamatkan tetapi ibu monyet telah menjadi mangsa kepada buaya dalam
usaha menyelamatkan anaknya.-2m
- Peleraian
Zaniyah insaf dengan peristiwa kesungguhan ibu monyet menyelamatkan
anaknya dan Zaniyah berasa sedih melihat anak monyet yang kehilangan
ibunya. Zaniyah berazam tidak akan membiarkan anaknya terseksa.-2m
d) Pengajaran yang boleh dijadikan iktibar (10m)
- Kita hendaklah menghargai nyawa -2m
Contoh: Zaniyah membuang bayi yang baru dilahirkannya di dalam hutan
Lembah Dara Terbelah
- Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap apa yang telah kita lakukan -2m
Contoh: Zaniyah melahirkan bayi luar nikah dan membuangnya
- Kita mestilah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak -2m
Contoh: Ibu monyet sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan anak
yang disayangi
- Kita perlulah menjaga maruah diri – 2m
20
MADU ILMU
Contoh: Zaniyah terlibat dalam gejala hedonistik dan rakan-rakan yang liar
- Kita janganlah melakukan perkara yang dilarang oleh agama- 2m
Contoh: Ibu Zaniyah curang terhadap suami dan mengikut lelaki lain
sehingga melahirkan anak luar nikah.
- Kita janganlah bebas membuat hungan dengan lelaki -2m
Contoh: Zaniyah melahirkan anak luar nikah kerana hubungan bebasnya
dengan lelaki.
CERPEN 2 : WARNA HATI SEORANG DATIN – RAHMAN HAJI YUSOF
TEMA - Bertemakan tentang seorang Datin yang cuba menyatukan
21
MADU ILMU
kembali keluarganya apabila kematian suaminya, Datuk.
PERSOALAN - Persoalan kasih sayang
- Persoalan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah
- Persoalan impian seorang Datuk
- Persoalan hubungan kekeluargaan yang renggang
WATAK DAN
PERWATAKAN
Datin
- Isteri pertama Datuk
- Mempunyai tiga orang madu
- Mempunyai Sembilan orang anak
- Seorang yang penyabar
- Seorang yang pemaaf
- Seorang yang ikhlas
Datuk
- Mempunyai empat orang isteri
- Mempunyai empat belas orang anak
- Seorang pemimpin yang berwibawa
- Seorang yang tidak bertanggungjawab
STRUKTUR PLOT Permulaan
- Berita kematian datuk tersebar luas
- Kebanyakan ahli keluarganya telah pulang untuk memberikan
penghormatan terakhir
Perkembangan
- Datin berhasrat untuk mengenali semua madu dan anak-anak
tirinya
- Namun, Datin tertunggu-tunggu kedatangan madu dan anak tirinya
iaitu Zaleha dan anaknya Amri dan Taufik
Puncak
- Kedatangan madu dan anak tirinya iaitu Zaleha dan anaknya Amri
dan Taufik
Penurunan
- Datin bersyukur bersyukur kerana ketiga-tiga anak tirinya sudi
datang
Peleraian
- Datin berhasrat untuk membina perhubungan yang lebih erat dan
22
MADU ILMU
kukuh dengan madu dan anak-anak tirinya sebaik sahaja selesai
kenduri arwah.
LATAR MASA - Awal pagi
- Waktu malam
- Waktu petang
LATAR TEMPAT - Rumah datuk
- Dapur rumah datuk
- Bilik rumah datuk
- Ruang rumah datuk
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
LATAR
MASYARAKAT
- Masyarakat yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah
- Masyarakat yang ikhlas
- Masyarakat yang prihatin
- Masyarakat yang beragama islam
- Masyarakat yang pemaaf
NILAI - Nilai bertanggungjawab
- Nilai keikhlasan
- Nilai kasih sayang
- Nilai keinsafan
- Nilai hormat-menghormati
PENGAJARAN - Kita mestilah belajar daripada kesilapan yang telah kita lakukan
agar tidak berulang kembali
- Kita haruslah memaafkan orang lain dengan ikhlas
- Kita haruslah menyayangi seluruh ahli keluarga kita walaupun
mereka hanyalah madu dan anak tiri kita
SUDUT
PANDANGAN
- Sudut pandangan orang ketiga terbatas
SOALAN STRUKTUR
1.
23
1. “ Pergilah wahai k
.“ Bapa sudah tiada,” bisiknya perlahan. “ Jangan buat nakal. Belajar rajin-rajin. Nanti
ibu beri wang sekolah.”
Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin
MADU ILMU
a. Siapakah yang menuturkan dialog di atas?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
b. Gambarkan dua perwatakan bagi watak yang menuturkan dialog tersebut?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
c. Kepada siapa dialog tersebut dituturkan?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2.
Berikan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3.
24
Sejarah hidup suaminya penuh dengan suka duka. Suaminya dapat menyatupadukan
pelbagai kaum di taman perumahan di situ, tapi gagal untuk mengeratkan hubungan
kasih sayang bersama anak-anak sendiri.
Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin
“ Hantarkan ia ke bilik bapanya.”
“ Tak mengapalah.”
“ Jahara, ambil adik. Tidurkan di dalam bilik bapa.”
Jahara macam tidak mendengar teriakan ibu walaupun dia bersimpuh di depan pintu
setelah selesai menghitung wang. Dia berpaling ke arah lain. Dia tidak mahu
menentang wajah Siti Halijah.
“ Jahara, ambil adik ini.”
Jahara terus menulikan telinga.
Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin
MADU ILMU
Peristiwa di atas mencetuskan konflik dalaman bagi watak Jahara. Mengapakah Jahara
mengingkari arahan ibunya.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4.
a. Apakah maksud unsur gaya bahasa sinkope?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
b. Berikan contoh sinkof yang terdapat dalam petikan di atas.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
5.
Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
25
“ Tunggu apa lagi? Melambat-lambatkan jenazah masuk kubur tak baik di sisi
agama.”
Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin
Malam belum begitu panjang perjalanannya. Para tamu di ruang tamu kini sedang
membaca ayat-ayat suci, setelah selesai menunaikan solat maghrib. Keakraban jiran
memanjangkan ikatan silaturahim. Pemergian Datuk meninggalkan jasa-jasa di
taman perumahan itu seharusnya dijadikan contoh oleh yang tinggal. Begitulah!
Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin
MADU ILMU
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
6.
Berikan dua nilai dan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas.
Nilai Pengajaran
i.
ii.
SOALAN ESEI
1. Plot ialah salah satu aspek dalam penulisan cepen. Berdasarkan cerpen Warna Hati
Seorang Datin karya Rahman Haji Yusof :
(a) Berikan definisi plot.
(b) Jelaskan binaan plot cerpen tersebut.
(c) Huraikan unsur kejutan dalam cerpen tersebut.
2. Berdasarkan kepada cerpen Warna Hati Seorang Datin, karya Rahman Haji Yusof:
(a) Huraikan watak dan perwatakan bagi watak utama dalam cerpen ini.
(b) Huraikan lima nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerpen tersebut.
(c) Jelaskan tema bagi cerpen tersebut
(d) Jelaskan empat persoalan yang digarapkan oleh pengarang dalam cerpen tersebut.
JAWAPAN SOALAN STRUKTUR
1. a. Siti Halijah
b. Teknik monolog dalaman
2. a. Datin
b. -Seorang yang prihatin terhadap kebajikan anak tirinya
26
Datin mengusap kepala Zety, kemudian menoleh ke arah Zul. Nampaknya Datin begitu mesra dengan anak-anak ini walaupun baru pertama kali bersua. Barangkali sudah tertanam rasa kasih sayang dan kasihan belas terhadap mereka. Datin sendiri tidak tahu mengapa secepat itu hatinya berubah, malah menaruh rasa insaf yang mendalam di dalam dirinya.
Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin
MADU ILMU
-Seorang yang baik hati
c. Zety
3. - Persoalan tentang hubungan kekeluargaan yang renggang
- Persoalan kegagalan dalam membentuk keluarga bahagia dan harmoni
4. Jahara mengingkari arahan ibunya kerana tidak menyenangi sikap ibunya yang telah berbaik
semula dengan isteri keempat Datuk, Siti Halijah.
5. a. Pemendekan kata dengan menggugurkan sebahagian daripada suku kata/ singkatan kata
b. Contohnya ‘tak’.
6. - Latar masyarakat Melayu yang beragama Islam.
- Masyarakat yang mengutamakan hubungan kejiranan
Nilai Pengajaran
i. Kasih sayang Kita perlulah mempunyai perasaan kasih sayang yang
tinggi sesama manusia
ii. Keinsafan Kita perlulah menginsafi setiap kesalahan yang pernah
kita lakukan
7.
JAWAPAN SOALAN ESEI
1. (a) Plot ialah urutan peristiwa dari awal hingga akhir dalam sesebuah cerita yang berkaitan
dengan perilaku watak-wataknya.
(b) Permulaan: Cerpen dimulakan dengan berita kematian Datuk telah tersebar luas.
Seluruh ahli keluarga Datuk telah pulang ke rumah bagi memberikan penghormatan
terakhir kepada arwah Datuk.
27
MADU ILMU
Perkembangan: Siti Halijah berasa terkejut dengan kematian suaminya. Kedatangan
Siti Halijah disambut baik dan mesra oleh Datin biarpun anak-anak Datin tidak menyukai
semua balu Datuk. Perubahan kelakuan Datin terhadap Siti Halijah dan anak-anaknya
tidak dapat diterima oleh Jahara serta adik-adiknya yang lain. Datin menyesal tidak
mengajar anak-anaknya untuk menyayangi adik-beradiknya yang lain.
Klimaks: Datin masih menanti kedatangan anak-anak Datuk yang tinggal di Sabah,
Sarawak dan Kelantan. Datin mahu menangguhkan upacara pengebumian bagi
memberikan ruang kepada anak-anak Datuk yang berada jauh untuk menatap jenazah
Datuk buat kali terakhir.
Penurunan: Kedatangan Amri, Zaleha dan Taufik selepas jenazah Datuk dikebumikan
telah membawa pengertian yang besar kepada Datin. Datin berasa bersyukur dan
gembira kerana ketiga-tiga anak tirinya masih sudi pulang walaupun tidak sempat
melihat jenazah untuk kali terakhir.
Peleraian: Dia berhasrat untuk membina satu perhubungan kekeluargaan yang kukuh
pada masa akan datang.
( c) Unsur kejutan dalam cerpen dapat dipaparkan menerusi panggilan telefon yang diterima
oleh Siti Halijah berkaitan dengan berita kematian Datuk daripada Datin sendiri. Siti
Halijah amat berdebar menerima panggilan tersebut memandangkan hubungannya
dengan Datin amat dingin. Siti Halijah hampir saja rebah apabila menerima perkhabaran
tersebut.
2. (a) Watak utama ialah Datin.
- Merupakan isteri pertama Datuk
- Mempunyai tiga orang madu
- Mempunyai sembilan orang anak hasil perkahwinannya dengan Datuk
- Seorang yang penyabar. Contohnya Datin tetap sabar dan bertahan walaupun Datuk
kerap melukakan hatinya semasa Datuk hidup.
- Seorang yang pemaaf. Datin telah memaafkan dan menerima madu-madunya dengan
hati terbuka setelah kematian Datuk.
- Seorang yang baik hati dan mesra. Datin melayan anak-anak Siti Halijah dengan mesra
sekali.
(b) Nilai
28
MADU ILMU
- Nilai keinsafan. Contohnya keinsafan yang lahir dalam diri Datin untuk menyatupadukan
keluarganya setelah kematian Datuk. Datin juga sudah boleh menerima madunya tanpa
ada sebarang perasaan hasad dengki dan dendam.
- Nilai ketabahan. Contohnya ketabahan Datin, Siti Halijah serta ahli keluarga Datuk yang
lain dalam menerima pemergian Datuk untuk selamanya.
- Nilai hormat-menghormati. Contohnya, masyarakat di kawasan tempat tinggal Datuk
hormat menghormati walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.
(c) Bertemakan tentang seorang Datin yang cuba menyatukan kembali keluarganya apabila
kematian suaminya, Datuk.
(d)
- Persoalan hubungan kekeluargaan yang renggang
- Berpunca daripada kegagalan seorang bapa untuk menyatukan anak-anak sendiri
walaupun beliau seorang pemimpin yang berjaya menyatukan masyarakat.
- Persoalan perpaduan kaum yang erat
- Perpaduan wujud dalam sesebuah komuniti kerana terdapatnya seorang pemimpin yang
bijaksana dan banyak menyumbang bakti kepada masyarakat.
- Persoalan semangat kejiranan yang tinggi.
- Apabila kematian Datuk, jiran tetangga membantu Datin untuk menguruskan hal
pengebumian Datuk lantaran mengenang budi baik Datuk selaku pemimpin di kawasan
perumahan tersebut.
CERPEN 3 : BENAR KATA AYAH – RIA ASMIRA
MADU ILMU:
CERPEN BENAR KATA AYAH (RIA ASMIRA)
TEMA
29
MADU ILMU
Cerpen ini bertemakan perjuangan seorang ayah untuk mengubah sikap dan pendirian anaknya. Ayahnya mahu anaknya Karim menjadi insan yang memiliki jati diri Melayu yang kuat, cinta akan negaranya, menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikut dan menjadi tuan di tanah air sendiri.
PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.
Contoh: Kasih sayang ayah Karim terbukti menerusi pendekatannya dalam menasihati Karim dengan lembut tanpa menggunakan kekerasan agar Karim dapat mengubah cara kehidupannya yang tidak mahu bekerja dan hidup berpeleseran tanpa tujuan.
2. Persoalan perjuangan bangsa Melayu yang jauh keciciran.
Contoh: Kegagalan bangsa Melayu untuk bersaing dengan bangsa asing akibat sikap bangsa Melayu itu sendiri yang tidak lagi berpegang kepada tuntutan agama, sikap malas serta tidak mahu berusaha dan bersaing dengan warga asing.
3. Persoalan kegigihan seorang usahawan memartabatkan bangsa.
Contoh: Ayah Karim berusaha dengan gigih hingga menjadi usahawan yang berjaya dan mampu bersaing dengan usahawan asing. Dia juga berupaya menerajui syarikat-syarikat besar yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara seperti berjaya membangunkan mercu tanda kebanggaan negara iaitu Menara Berkembar Petronas.
4. Persoalan kesediaan generasi muda berubah ke arah kebaikan.
Contoh: Generasi muda perlu memantapkan jati diri dengan menimba ilmu pengetahuan selain daripada mencontohi akhlak Rasulullah SAW serta berpegang kepada budaya dan tatasusila bangsa Melayu yang mementingkan adab dan kesopanan.
5. Persoalan menghormati pandangan orang yang lebih tua.
Contoh: Karim menerima teguran ayahnya tentang sikap malasnya yang boleh membawa kesan buruk kepada masa depannya.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Karim
Karim sebagai watak utama, digambarkan sebagai anak muda yang pemalas, tidak bekerja dan selalu berpeleseran tanpa tujuan. Karim juga seorang yang tidak mempunyai wawasan hidup semasa remajanya. Namun, dia mula berubah dan insaf setelah dinasihati oleh ayahnya. Akhirnya, Karim muncul sebagai seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaannya. Dia juga seorang anak yang mengenang jasa dan sentiasa bersemangat memperjuangkan bangsanya dalam bidang ekonomi.
2. Ayah
30
MADU ILMU
Ayah kepada Karim yang mempunyai seorang isteri. Ayah merupakan seorang pemimpin besar dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi. Dia digambarkan sebagai seorang bapa yang penyayang, tidak putusasa menegur anaknya supaya bersikap lebih positif dalam hidupnya. Ayah juga merupakan seorang yang tegas dan mempunyai pegangan agama yang kuat.
3. Ibu
Seorang wanita yang sangat menyayangi keluarganya dan ibu kepada Karim. Wanita ini meletakkan harapan yang tinggi terhadap Karim agar mencontohi keperibadian suaminya dalam memartabatkan bangsa Melayu.
4. Joned
Sahabat Karim yang sering mengajaknya mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Encik Khalid berkaitan tanggungjawab para belia di negara ini.
5. Pemandu Karim
Seorang lelaki yang ditugaskan untuk membawa Karim menguruskan perjalanannya. Dia juga seorang yang setia mendengar cerita daripada Karim tentang kehebatan ayah.
PLOT
1. Permulaan
Ayah Karim memarahinya kerana sikapnya yang tidak mahu berubah. Karim digambarkan seorang yang suka membuang masa di rumah dan berpeleseran di rumah.
2. Perkembangan
Ayah Karim memanggilnya ke pejabat dan menasihati agar Karim mengubah sikap dan membina wawasan hidup. Ayah Karim mahu menjadikan Karim sebagai seorang yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara.
3. Perumitan
Karim mula menyedari akan setiap nasihat dan kata-kata ayahnya. Karim mula berfikir tentang situasi semasa berkaitan ekonomi dan pembangunan negara seperti sikap lalai bangsa telah menyebabkan kerugian pada masa ini dan pada masa akan datang. Ayahnya mahu Karim mewarisi tradisi perniagaan dan memperjuangkan nasib masa depan bangsanya.
4. Puncak (Klimaks)
Karim teringat sewaktu ayahnya menitiskan air mata kerana ramai generasi kini yang lupa diri dan lalai terhadap kesenangan yang bersifat sementara. Seain itu, ramai remaja yang terpesong akidahnya kerana terpengaruh dengan budaya negatif.
5. Peleraian
31
MADU ILMU
Karim berjaya menjadi seorang usahawan perniagaan yang berjaya atas dorongan ayahnya. Karim juga berjaya membina bangunan yang dinamakan sebagai Bangunan Karim dan Keluarga demi cintanya kepada bangsa Melayu. Dia juga berazam mengembangkan perniagaannya ke serata dunia.
TEKNIK PENCERITAAN
Teknik penceritaan merupakan satu kaedah atau cara pengarang menyampaikan cerita untuk menarik minat pembaca. Terdapat beberapa jenis teknik penceritaan dalam cerpen ini.
1. Dialog – perbualan atau pertuturan antara watak-watak dalam cepen.
Contoh: Perbualan antara ayah dengan Karim tentang kelewatannya bangun pagi (hlm. 81, perenggan 5)
2. Monolog – bercakap dengan dirinya sendiri
Contoh: Karim bermonolog dengan dirinya tentang kebijaksanaan Encik Khalid (hlm 88, perenggan 4)
3. Imbas kembali (sorotan kembali) – mengingati semula peristiwa yang telah berlaku.
Contoh: Karim mengingati semula pesanan ustaz Hanafi tentang kepentingan bekerja yang dituntut dalam Islam. (hlm 87, perenggan 4)
4. Kejutan atau suspen – unsur ini digunakan untuk menimbulkan tanda tanya kepada pembaca.
Contoh: Kemunculan ayah Karim di biliknya untuk mengejutkannya bangkit dari tidur. (hlm 80, perenggan 1).
LATAR
Latar Masa
1. Sekitar abad ke 21
Contohnya: Kewujudan Menara Berkembar Petronas (KLCC) (hlm 87, perenggan 5)
2. Waktu Subuh
Contoh: Karim bangun untuk mengerjkan solat subuh (hlm 80, perenggan 3)
3. Waktu Pagi
Contoh: Karim dikejutkan oleh ayahnya pada suatu pagi (hlm 80, perenggan 1)
4. Waktu Malam
Contoh: Pemandu Karim datang menjemputnya untuk pulang setelah mendapati hari sudah lewat.
32
MADU ILMU
Latar Tempat
1. Bilik Karim
Karim disergah oleh ayahnya ketika sedang tidur di biliknya.
2. Di pejabat ayah
Karim diminta oleh ayahnya untuk datang ke pejabatnya bagi membincangkan masa depan Karim yang tidak mahu berdikari.
3. Di Padang Belia Daerah Pokok Sena
Perhimpunan belia telah diadakan di Padang Belia Daeran Pokok Sena untuk mendengar ceramah Encik Khalid.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat kota yang mempunyai kesedaran yang tinggi.
Karim dan ayahnya berusaha memajukan ekonomi negara demi kepentingan bangsa.
2. Masyarakat usahawan yang berjuang demi kemajuan bangsa, agama dan negara.
Karim berusaha meneruskan perjuangan ayahnya, untuk memajukan ekonomi dan berusaha melebarkan empayar perniagaannya ke pelosok dunia.
3. Masyarakat yang lalai dengan kemewahan dunia
Karim pada zaman remajanya yang lalai dengan kemewahan yang dimiliki keluarganya dan tidak mahu berusaha untuk memajukan diri.
4. Masyarakat remaja yang tiada wawasan hidup.
Ayah Karim menyatakan kekecewaannya terhadap golongan remaja kini yang tidak menimba ilmu pengetahuan dan mudah terpengaruh dengan anasir negatif yang dibawa dari barat sehingga merugikan bangsa itu sendiri.
5. Masyarakat kota yang hidup selesa akibat kemajuan ekonomi.
Kesungguhan Karim untuk meneruskan kejayaan yang dimulakan oleh bapanya sehingga membawa kepada kecemerlangan syarikat perniagaannya.
GAYA BAHASA
1. Diksi
Bahasa ringkas, padat dan mudah difahami. Pemilihan kosa kata yang ringkas memudahkan pembaca memahami jalan cerita.
Contoh:
33
MADU ILMU
Penggunaan bahasa Jawa terdapat pada halaman 87, perenggan 5.
2. Ayat Pendek
Dituturkan oleh watak-watak dalam cerpen. Misalnya pada halaman 83, baris 7 – Ibu tiada.
3. Metafora
Perbandingan secara langsung. Misalnya pada halaman 88, perenggan 3.
4. Hiperbola
Perbandingan secara berlebih-lebihan bagi menggambarkan kelantangan suara ayah Karim mengejutkannya bangun dari tidur. Contohnya, halilintar membelah bumi.
5. Simile
Perbandingan yang menggunakan kata bandingan macam, bagai, umpama, bak, seperti dan seumpamanya. Contohnya, halaman 80 perenggan 3 iaitu bagaikan halilintar membelah bumi.
6. Repetisi
Unsur pengulangan kata digunakan pada baris halaman 84, baris 6. Misalnya pengulangan kata dah. Contoh yang kedua, frasa harapan ayah pada halaman 3, perenggan 2-4.
7. Sinkope
Penyingkatan perkataan dalam kalangan watak. Contohnya, penggunaan kata dah pada halaman 84 perenggan 2.
8. Peribahasa
Penggunaan peribahasa ditemukan pada halaman 84, baris 5 hingga 6, iaitu macam pahat dengan penukul.
NILAI DAN PENGAJARAN
NILAI
1. Nilai kerajinan
Contohnya: kerajinan seorang remaja telah membuatkannya berjaya mencapai kejayaan.
2. Nilai berdikari
Contohnya: Ayah menasihatkan Karim agar sentiasa berusaha dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.
3. Nilai pengorbanan
34
MADU ILMU
Contohnya: Karim sanggup berkorban demi mencapai kejayaan yang disasarkan kepadanya.
4. Nilai bertanggungjawab
Contohnya: setiap individu harus bertanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara.
5. Nilai bersatu padu
Contohnya: Manusia yang bersatu padu akan mempunyai kelebihan untuk berjaya pada masa hadapan.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memperoleh sesuatu dengan usaha sendiri.
2. Kita hendaklah menjadikan individu yang berjaya sebagai model untuk dicontohi.
3. Kita hendaklah berfikiran terbuka dan bersedia menerima sebarang perubahan.
4. Kita hendaklah menghormati pandangan orang yang lebih tua daripada kita.
5. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama dalam menjalani kehidupan seharian.
SUDUT PANDANGAN
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak
sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan
seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat
secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.
35
MADU ILMU
Soalan:
CERPEN BENAR KATA AYAH (RIA ASMIRA)
Tema, Persoalan, Perwatakan dan Gaya Bahasa.
1.
(a) Nyatakan tema berdasarkan petikan di atas.
___________________________________________________________________
(b) Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
(c) Siapakah “aku” yang dimaksudkan dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
(d) Nyatakan dua perwatakan ayah seperti dalam petikan di atas.
(i) _________________________________________________________________
(ii) _________________________________________________________________
(e) Apakah maksud gaya bahasa repetisi?
___________________________________________________________________
36
Ayah terus mengomel. Pedih telinga aku mendengarnya. Tetapi aku terpaksa akur.
Dia tetap ayahku. Ayah yang mahu anaknya menjadi seorang yang berjaya. Ayah
yang mahu anaknya pandai berdikari. Ayah yang tidak mahu anaknya menjadi
hamba kepada negara sendiri. Ayah tidak mahu aku meminta-minta dalam
kediaman sendiri. Ayah mahu aku bangun menjadi seorang usahawan yang
berjaya. Ayah mahu aku memegang tampuk ekonomi negara. Itulah impian ayah.
Aku tahu ayah berjiwa besar. Ayah ingin melihat kejayaan aku menandingi bangsa
lain di dunia ini. Besar harapan ayah itu tertanggung di pundak aku.
(ms 82 perenggan 3)
MADU ILMU
(f) Berikan satu contoh gaya bahasa repetisi yang terdapat dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
Perwatakan dan Gaya Bahasa.
2.
(a) Siapakah yang menuturkan dialog di atas.
___________________________________________________________________
(b) Berikan maksud gaya bahasa sinkope.
___________________________________________________________________
(c) Senaraikan dua contoh gaya bahasa sinkope.
(i) _____________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________
Pengajaran dan nilai kemanusiaan.
3.
(a) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
(b) Nyatakan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
Teknik plot dan gaya bahasa.
4.
37
“Kalau kau asyik nak makan tidur tanpa sebarang kerja, bukan di sini tempatnya.
Di rumah ini semua orang bekerja. Jangan terlalu mengharap!”
(ms 82 perenggan 2)
Ayah tetap bangga jika anaknya menjadi orang yang berguna kepada negara,
kepada bangsa dan agama.
(ms 82 perenggan 5)
“Apa maksud ayah berkata demikian?”
“Ya, kau seorang anak muda. Hati muda macam ayah dulu juga! Terkontang-
kanting, tiada arah tuju. Jadi, sekarang ni kau perlu ada visi kau sendiri. Wawasan
kau! Barulah hidup kita senang!”
(ms 85 perenggan 3)
MADU ILMU
(a) Apakah yang dimaksudkan teknik plot?
___________________________________________________________________
(b) Nyatakan dua teknik plot dan contoh yang terdapat dalam petikan di atas.
i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
(c) Mengapakah watak ayah menyatakan dialog tersebut.
___________________________________________________________________
(d) Berikan tiga keindahan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas.
i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________
Nilai Murni dan Persoalan.
5.
(a) Berikan dua unsur nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas.
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
(b) Apakah persoalan yang ingin disampaikan pengarang dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
38
“Kau dah faham maksud ayah, bagus. Kau mesti ingat, perjuangan ini belum
selesai di sini. Ayah berkorban untuk kamu bukan untuk ayah seorang sahaja!
Siapa lagi kalau bukan kamu nanti akan menegakkan roh perjuangan ini?”
(ms 85 perenggan 4)
MADU ILMU
Latar masa
6.
(a) Nyatakan latar masa dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
Teknik plot, latar tempat, nilai murni dalam diri watak, perwatakan dan gaya bahasa.
7.
(a) Jelaskan satu teknik plot yang terdapat dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
(b) Nyatakan latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
(c) Nyatakan nilai murni yang terdapat pada watak Joned dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
(d) Berikan satu contoh gaya bahasa metafora dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
39
Segala kata ayah telah terpancar pada hari ini. Menara KLCC sebagai buktinya.
(ms 87 perenggan 4)
Aku merenung kata-kata Encik Khalid kembali semasa aku turut
bertenggek di majlis perhimpunan belia peringkat daerah. Waktu itu, aku cuma
pergi setelah diajak seorang kawan. Joned bersungguh-sungguh mengajak aku.
Aku cuma menemani sahaja. Kalau tidak kerana Joned, aku masih mencari-cari
lagi kebenaran kata ayah. Kali ini memang benar kata ayah kepadaku. Sah. Kata-
kata ayah bukan hanya berselindung di sebalik topeng pengorbanannya.
(ms 88 perenggan 2)
MADU ILMU
(e) Nyatakan satu perbezaan antara watak Joned dan watak aku dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Perwatakan, gaya bahasa dan persoalan.
8.
(a) Jelaskan persamaan watak Encik Khalid dan watak ayah dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
(b) Berikan dua contoh gaya bahasa dalam petikan tersebut.
___________________________________________________________________
(c) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
Latar Masyarakat, gaya bahasa dan perwatakan.
9.
(a) Jelaskan gambaran masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
(b) Senaraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
40
Encik Khalid memang tokoh yang tidak pernah lokek idea. Dia menceruskan
semangat untuk meniti perjuangan yang belum selesai ini. Perjuangan seorang
ayah. Aku menyalin kata-kata Encik Khalid dan memasukkan ke dalam saku fikirku.
(ms 88 perenggan 4)
Ayah mahu melihat ratusan belia hari ini maju. Suara ayah seperti ingin
menyatakan rasa terima kasihnya kepada kepimpinan belia hari ini. Ayah mahu
anak-anak muda hari ini sedar daripada mimpi. Ayah mahu aku bangkitkan
semangat mereka menempuh cabaran.
(ms 91 perenggan 3)
MADU ILMU
(c) Nyatakan nilai murni yang terdapat pada watak ayah seperti dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
Peristiwa dan teknik plot.
10.
(a) Senaraikan dua kejayaan negara seperti yang digambarkan dalam petikan di atas.
______________________________________________________________________
________________________________________________________________
(b) Nyatakan teknik plot dan contohnya yang terdapat dalam petikan.
______________________________________________________________________
________________________________________________________________
Mesej, gaya bahasa dan persoalan
11.
(a) Jelaskan lima latar masyarakat yang ingin disampaikan pengarang dalam petikan di
atas.
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
41
“Karim, kaulihat sendiri. Negara kita hari ini sudah jauh ke depan. Kita boleh
membangunkan industri pengeluaran kereta sendiri dan tak lama lagi kita akan bina
industri motosikal pula. Kita akan bina kilang sendiri! “
(ms 90 perenggan 6)
Ayah kelihatan begitu sedih. Ayah berjuang begitu lama. Aku dapat
mengingati peristiwa yang menyebabkan kesedihan ayah. Aku melihat banyak
pemuda dan pemudi hari ini sudah tidak mementingkan pengorbanan seorang ayah.
Mereka lebih senang berlepak di gedung batu. Mereka dihanyut arus gelombang
kebebasan.
Mereka meniru gaya Barat dan cuba membelakangkan budaya dan
tatasusila Timur. Ayah bersedih pilu melihat sikap sesetengah belia muda remaja
lebih tertumpu kepada bunga kehancuran.
(ms 89 dan 90)
MADU ILMU
iii. ______________________________________________________________
iv. ______________________________________________________________
v. ______________________________________________________________
(b) Nyatakan dua gaya bahasa dan contoh yang ada dalam petikan di atas.
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
(c) Senaraikan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut.
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
Latar masa dan gaya bahasa
12.
(a) Jelaskan latar tempat berlakunya peristiwa yang terdapat dalam cerpen.
________________________________________________________________
(b) Berikan dua unsur gaya bahasa dan contohnya.
________________________________________________________________
Latar masa dan teknik plot
13.
42
Aku lihat ayah masih duduk di kerusi memandang tepat ke arahku. Mata
ayah sedikit berlinangan manik-manik jernih.
(ms 85 perenggan 1)
Bersemangat sekali aku lihat Encik Khalid memberi syarahan perdana di
Padang Belia Daerah Pokok Sena.
(ms 88 perenggan 4)
“Apa nak jadi dengan kau ni, hah? Orang pagi-pagi buta dah turun ke ladang, kau
masih memerap di bilik! Nak berdengkur lagi?”
(ms 80 perenggan 1)
“Tuan, hari dah lewat ni. Kata tuan nak pulang sekarang? Saya dah sampai!”
(ms 92 perenggan 4)
MADU ILMU
(a) Jelaskan dua latar masa berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas.
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
(b) Huraikan satu teknik plot yang terdapat dalam petikan di atas.
______________________________________________________________________
________________________________________________________________
Soalan esei:
1. Berdasarkan petikan cerpen Benar Kata Ayah, huraikan:
(a) Mesej-mesej yang ingin dikemukakan oleh pengarang.
2. Berdasarkan keseluruhan cerpen Benar Kata Ayah, bincangkan:
(a) Konflik-konflik yang dialami oleh watak-watak dalam cerpen tersebut.
(b) Latar masyarakat.
(c) Nilai murni yang ada pada watak Karim
SKEMA JAWAPAN: Cerpen Benar Kata Ayah
Tema, Persoalan, Perwatakan dan Gaya Bahasa.
1. (a) Tema: Perjuangan seorang ayah untuk mengubah sikap dan pendirian
anaknya.
(b) Persoalan: Kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.
(c) Watak “aku” ialah Karim.
(d) Dua perwatakan ayah:
43
“Kita kena menyelesaikan sebuah perjuangan untuk membangunkan semangat anak
watan supaya berjaya! Belia hari ini perlu dididik dengan pelbagai teknologi untuk
mengembangkan sayapnya mencapai harapan ayah! Belia wawasan 2020!”
(ms 92 perenggan 4)
MADU ILMU
(i) mempunyai wawasan.
(ii) seorang bapa yang bertanggungjawab.
(e) Maksud gaya bahasa repetisi:
Pengulangan perkataan pada baris ayat yang biasanya secara berurutan.
(f) Satu contoh gaya bahasa repetisi:
Ayah mahu aku……..Ayah mahu aku.
Perwatakan dan Gaya Bahasa.
2. (a) Ayah
(b) Maksud gaya bahasa sinkope:
Singkatan perkataan yang sering digunakan.
(c) Dua contoh gaya bahasa sinkope:
(i) Nak (ii) kau
Pengajaran dan nilai kemanusiaan.
3. (a) Satu pengajaran:
Kita mestilah menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara / kita
mestilah mendengar nasihat daripada orang yang lebih tua.
(b) Satu nilai kemanusiaan: Berwawasan
Teknik plot dan gaya bahasa.
4. (a) Teknik plot ialah kaedah atau cara pengarang menyampaikan cerita untuk
menarik minat pembaca.
(a) Dua teknik plot dan contoh:
(i) Dialog
44
MADU ILMU
(ii) Imbas muka
(b) Supaya anaknya berubah dan mempunyai pendirian hidup supaya masa depan
anaknya terjamin.
(c) Tiga keindahan bahasa:
i. Sinkope - kau
ii. Simile – macam
iii. Kata ganda – terkontang-kanting
Nilai Murni dan Persoalan.
5. (a) Dua unsur nilai murni: i. Pengorbanan ii. Bercita-cita tinggi
(b) Persoalan: Semangat perjuangan yang kental dalam menjalani kehidupan./
harapan dan impian seorang ayah supaya anaknya menjadi seorang pejuang sebuah
kehidupan.
Latar masa.
6. (a) Latar masa: Abad ke 21(adanya bangunan KLCC)
Teknik plot, latar tempat, nilai murni dalam diri watak, perwatakan dan gaya bahasa.
7. (a) Satu teknik plot: Teknik imbas kembali.
(b) Latar tempat: majlis perhimpunan belia.
(c) Nilai murni yang terdapat pada watak Joned: bersungguh-sungguh.
(d) Satu contoh gaya bahasa metafora: topeng pengorbanan
(e) Satu perbezaan antara watak Joned dan watak aku:
- Joned bersungguh-sungguh untuk menghadiri perhimpunan belia manakala “aku”
seorang yang kurang prihatin terhadap tujuan menghadiri perhimpunan belia
tersebut.
45
MADU ILMU
Perwatakan, gaya bahasa dan persoalan.
8. Persamaan watak Encik Khalid dan watak ayah: mementingkan perjuangan
(a) Dua contoh gaya bahasa:
i. Kata ganda – kata-kata
ii. Metafora – saku fikirku / Sinkof - fikirku
(b) satu persoalan:
Kegigihan seorang pejuang menyampaikan amanatnya supaya anak bangsa
meneruskan perjuangan.
Latar Masyarakat, gaya bahasa dan perwatakan.
9. (a) Gambaran masyarakat:
Masyarakat pejuang yang inginkan kemajuan bangsa, agama dan negara. / Masyarakat
yang prihatin terhadap nasib anak bangsanya.
(b) Dua gaya bahasa:
- Simile – seperti
- Kata ganda – anak-anak
(c) Nilai murni yang terdapat pada watak ayah ialah semangat perjuangan.
10. (a) Dua kejayaan Negara:
- Negara telah jauh ke depan
- Membangunkan industri pengeluaran kereta sendiri
(b)Teknik plot dan contohnya:
Imbas muka - menggambarkan kejayaan negara pada masa hadapan.
11. (a) – masyarakat yang berkorban untuk kemajuan anak bangsa.
- masyarakat yang lalai dengan kemewahan dunia.
46
MADU ILMU
- masyarakat remaja yang tiada wawasan hidup.
- masyarakat belia yang mudah terpengaruh dengan budaya Barat.
(b) i. repetisi : ayah ……… .ayah…………
ii. metafora : bunga kehancuran
(c) - Kelalaian golongan muda akibat kemajuan ekonomi.
- Pengaruh budaya Barat yang menyebabkan golongan muda tidak
menghargai perjuangan golongan tua.
12. (a) i. Pejabat ayah ii. Di padang Belia Daerah Pokok Sena
(b) i. Sinkope: ke arahku ii. Kata ganda : manik-manik jernih
13. (a) i. waktu pagi ii. Waktu malam
(b) Teknik dialog (ayah yang memarahi Karim kerana masih tidur / drebar Karim
yang datang menjemput Karim dan mengatakan hari sudah lewat)
Jawapan soalan esei:
1. (a) - Kita mestilah bersatu padu untuk memajukan anak bangsa.
- Kita hendaklah bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa dengan
menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada.
- Kita mestilah mempunyai wawasan dan pendirian dalam kehidupan.
2. (a) - Konflik seorang ayah merubah pendirian seorang anak.
- Konflik pertentangan pendapat antara golongan muda dan golongan tua.
(b) - Masyarakat kota yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap kemajuan agama,
bangsa dan negara.
- Masyarakat remaja yang tiada wawasan hidup.
47
MADU ILMU
- Masyarakat kota yang selesa akibat kemajuan ekonomi.
(c) Nilai murni pada watak Karim:
- nilai keinsafan
- nilai kerajinan
CERPEN 4 : GERSANG – MASNIAH KALYUBI
MADU ILMU
CERPEN GERSANG
Karya Masniah Kalyubi
TEMA
48
MADU ILMU
Cerpen ini bertemakan kemanusiaan yang memperlihatkan kegigihan dan kekuatan kasih
sayang yang dimiliki oleh seorang lelaki tua, peminta sedekah. Meski pun lelaki tua ini telah
berusia hampir 100 tahun dan telah bongkok tetapi naluri kemanusiaannya yang tinggi
membuatkan dia gigih memelihara Sumi, bayi kecil yang dijumpainya di dalam tong sampah
dengan penuh kasih sayang, tanpa mengira penderitaan dan kemelut yang dihadapinya
semasa mencari rezeki, lelaki tua ini gigih mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan dia dan
cucu terbuangnya iaitu, Sumi.
PERSOALAN
Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi, memaparkan pelbagai persoalan antaranya ialah:-
1. Persoalan tentang kegigihan anggota masyarakat dalam mencari rezeki untuk
meneruskan kehidupan mereka.
Contohnya, lelaki tua iaitu datuk Sumi, gigih mencari rezeki walau pun terpaksa menjadi
pemintah sedekah di jalanan. Dalam keadaan fizikalnya yang telah bongkok dan
usianya yang mencecah hampir 100 tahun, lelaki tua ini tetap tekun meminta sedekah
demi untuk dia dan cucunya meneruskan kehidupan.
2. Persoalan tentang kasih sayang.
Contohnya, datuk tua amat menyayangi Sumi tanpa berbelah-bahagi walau pun dia
menyedari asal-usul kehadiran Sumi sebagai anak terbuang dia tetap memelihara dan
menjaga Sumi sebagai cucu kesayangannya. Datuk tua sentiasa memikirkan keperluan
makanan dan kepentingan Sumi seperti ayah kandung yang amat mengasihi anaknya.
3. Persoalan tentang kemiskinan hidup.
Contohnya, datuk tua terpaksa menyara kehidupan dia dan Sumi dengan menjadi
peminta sedekah di jalanan. Kemiskinan hidup datuk tua ini memaksa dia dan Sumi
tinggal di kawasan setinggan dalam kota Kuala Lumpur dalam sebuah gubuk buruk
yang akan dirobohkan pada bila-bila masa sahaja oleh pihak berkuasa.
4. Persoalan tentang keruntuhan moral dan pembuangan bayi.
49
MADU ILMU
Contohnya, kelahiran bayi kecil Sumi adalah bukti keruntuhan moral anggota
masyarakat yang semakin parah dan hilang haluan. Kerosakan akhlak masyarakat ini
mengakibatkan insan yang tidak berdosa menjadi mangsa. Buktinya, Sumi bayi kecil
yang tidak berdosa dibuang ke dalam tong sampah oleh manusia yang hilang akal dan
pertimbangan kemanusiaan.
5. Persoalan tentang kemajuan pembangunan.
Contohnya, datuk tua dan Sumi tinggal di tengah kota Kuala Lumpur yang sedang pesat
membangun. Pembangunan ini menyebabkan kawasan setinggan yang menjadi tempat
tinggal segelintir anggota masyarakat yang diwakili oleh lelaki tua dan Sumi terpaksa
dirobohkan untuk menjayakan pembangunan.
6. Persoalan tentang kesabaran dan ketabahan hidup golongan masyarakat setinggan.
Contohnya, datuk tua adalah gambaran masyarakat setinggan yang sabar dan tabah
menempuh kehidupan. Walau pun negara telah maju dan merdeka tetapi nasib mereka
masih tidak terbela. Datuk tua ini dengan rela dan sabar menerima hakikat hidup yang
ditempuhinya dan nekad untuk meneruskan kehidupan mereka.
1. Persoalan tentang keagamaan.
Contohnya, datuk tua dengan redha menerima nasib yang menimpa dirinya apa bila
gubuk buruk tempat tinggal dia dan Sumi dirobohkan, dia tetap percaya dan yakin bumi
Allah yang luas ini sentiasa ada ruang untuk dia mencari rezeki dan meneruskan
kehidupan.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Datuk Tua
a. Digambarkan oleh pengarang sebagai watak utama dalam cerpen ini.
b. Seorang peminta sedekah di kaki lima di bandar Kuala Lumpur.
50
MADU ILMU
c. Usianya telah menjangkau hampir satu abad.
d. Badannya kurus dan bongkok tetapi masih gigih dan mampu berdiri mencari
rezeki dengan bantuan tongkat.
e. Tinggal di kawasan setinggan dalam gubuk buruk bersama dengan cucunya
Sumi.
f. Seorang yang prihatin dan tinggi nilai kemanusiaannya apa bila dia dengan
penuh kasih sayang memelihara Sumi yang dipungutnya dari dalam tong
sampah seperti anaknya sendiri.
g. Seorang yang tekun dan gigih berusaha, walau pun dia telah dimamah usia
tetapi dia tetap berusaha mencari rezeki setiap hari demi untuk dirinya dan
cucunya Sumi.
h. Seorang yang sentiasa bersyukur. Contohnya, dia mengucapkan terima kasih
kepada mereka yang menghulurkan bantuan kepadanya walaupun jumlah
sumbangan yang diterima dalam bentuk duit syiling sahaja..
2. Sumi
a. Mangsa kezaliman ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, dia telah
dibuang oleh ibu bapanya ke dalam tong sampah lima tahun dahulu dan nyawanya
terselamat apabila berjaya dijumpai oleh datuk tua itu dalam keadaan yang hanya
berbungkus kain lampin.
b. Bayi kecil yang dipelihara oleh datuk tua dengan penuh kasih sayang.
c. Umurnya telah menjangkau ke usia lima tahun.
d. Sumi adalah kanak-kanak yang periang dan digemari oleh dua orang kawan iaitu
Utih dan Nana.
e. Sumi sangat menyayangi datuknya. Contohnya, semasa gubuk buruk tempat
kediaman mereka diruntuhkan, datuk tua itu amat terkejut dan menyangka Sumi
telah tertimbus dalam timbunan gubuk buruk itu. Walau pun, Sumi sakit dan keadaan
51
MADU ILMU
badannya lemah, dia tetap menggagahkan diri mendapatkan datuk tua yang terkial-
kial sendirian menanggung penderitaan dan keperitan hidup.
f. Sumi seorang kanak-kanak yang tidak pernah mengenali rupa kedua ibu bapanya.
Dia tidak mempunyai keluarga kerana Sumi adalah mangsa daripada keruntuhan
akhlak ibu bapa kota. Datuk tua merupakan tempat Sumi menumpang kasih.
g. Sumi tidak pernah menikmati kesenangan hidup. Dia ditinggalkan oleh ibu bapanya
dalam tong sampah sebelum di selamatkan oleh seorang lelaki tua yang bekerja
menampung hidupnya dengan meminta sedekah dan tidak mampu menyediakan
kesenangan hidup untuk Sumi.
PLOT:
1. Permulaan
Lelaki tua sedang mencari rezeki dengan cara menjadi peminta sedekah. Dia duduk di
tepi jalan dan mengharapkan sumbangan serta belas ihsan daripada orang ramai yang
lalu-lalang di kawasan itu untuk memberikannya sedikit duit syiling untuk dia
meneruskan hidup dan menampung perbelanjaan keluarganya.
2. Perkembangan
Lelaki tua mengeluh sendirian memikirkan nasibnya dan sikap kerajaan yang tidak adil
kerana menghalaunya dari rumahnya atas alasan hendak mendirikan bangunan di
kawasan itu.
3. Perumitan
52
MADU ILMU
Lelaki tua teringat kembali kisah dia menemui Sumi di dalam tong sampah lima tahun
yang lalu. Lelaki tua itu menyelamatkan Sumi daripada menjadi korban dengan cara
mengambil dan memelihara Sumi seperti cucunya sendiri. Dia bekerja keras menyara
hidupnya dan Sumi yang masih kecil itu.
4. Klimaks
Pihak kerajaan telah merobohkan gubuk-gubuk buruk yang menjadi kediamannya
selama ini. Lelaki tua itu menjadi lemah dan tidak bertenaga serta hilang kudrat
meneruskan hidup kerana menyangkakan Sumi telah tertanam di bawah timbunan
gubuk-gubuk buruk itu. Dia tersungkur semasa mencari Sumi di kawasan sekitar
timbunan gubuk-gubuk buruk itu.
4. Peleraian
Lelaki tua itu berasa amat sedih kerana rumahnya telah dirobohkan. Setelah menemui
Sumi yang disangkanya tertimbun di bawah gubuk-gubuk buruk itu, dia bersemangat
kembali untuk meneruskan hidup dan berasa amat yakin rezeki daripada Allah itu ada di
mana-mana sahaja kerana bumi Allah ini sangat luas dan sentiasa ada ruang untuknya
mencari rezeki meneruskan kehidupannya dan Sumi.
TEKNIK PENCERITAAN:
1. Pemerian
Contohnya;
a. Tatapannya merenung kejauhan lalu menembusi kenderaan dan derap
langkah kaki warga kota yang lewat di hadapannya. Pun ketika ada
dentingan syiling yang terlontar di dalam tin susunya, tatapannya itu tetap
tidak berubah. Getir dan penuh penderitaan, membayangkan warna
hidupnya.
b. Datuk tua bersama Sumi berjalan perlahan-lahan beredar. Tidak
dihiraukannya lagi kebisingan itu. Tidak dipedulikan lagi jeritan-jeritan
53
MADU ILMU
memilukan. Baginya semua itu sudah tidak bererti. Bumi Allah ini luas. Dia
yakin itu. Untuk sekian lamanya, tiba-tiba bibir itu mengorak senyum.
2. Imbas Muka/ Flashforward
Contohnya;
a. Datuk tua sedang merenung dan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian
bagi masalah yang sedang bersarang dalam kepala. Dia merasakan petang
itu merupakan petang bagi segala masalah.
c. Datuk tua mengharapkan apabila Sumi sudah melalui peringkat kedewasaan,
dia dapat hidup sebagai anak merdeka dan berasa bangga hidup di atas
bumi.
3. Imbas kembali / Flasback
Contohnya;
a. Datuk tua teringat akan kedatangan lelaki-lelaki asing yang memakai kemeja
dan tali leher dengan cara jalan yang begitu gagah di kawasan deretan
gubuk-gubuk buruk mereka di tebing sungai.
b. Datuk tua teringat akan peristiwa dia menjumpai Sumi yang masih bayi di
dalam tong sampah dengan hanya berbalut lampin buruk.
c. Datuk tua teringat akan Sumi yang sudah pandai merajuk dan bertanya
tentang ayah dan ibunya kandungnya.
d. Datuk tua teringat akan Sumi yang sudah tiga hari terbaring di tikar
mengkuang lusuh kerana sakit.
e. Datuk tua teringat akan pesanan Sumi yang menyuruhnya balik cepat pada
hari itu.
4. Dialog
54
MADU ILMU
Contohnya;
“Tanah ni tanah kerajaan, pak cik. Di tapak tanah ni akan dibina bangunan lapan
puluh tingkat.”
“Tapi encik…”
“Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!”
5. Monolog dalaman
Contohnya;
a. Dia bertanya kepada dirinya lagi. Di manakah peri kemanusiaan warga kota?
Di manakah keadilan yang selalu dilaung-laungkan? Dia tidak tahu. Dia juga
tidak tahu di manakah haknya sebagai warga kota yang bernaung di bumi
merdeka? Mana? Mana? Hatinya menjerit.
b. Mungkin ada rezeki lebih hari ini Sumi. Nanti tuk belikan limau. Hatinya
berbicara.
6. Monolog
Contohnya;
“Tunggu ya cu, tuk pulang ni!” Dia berbisik sendirian.
7. Suspen
Contohnya;
Langkahnya semakin cepat. Sesekali dia tersepak batu-batu di jalanan. Semakin
hampir ke tempat itu semakin kuat bunyi buldozer dan semakin lemah tubuh
tuanya. Langkahnya mati tiba-tiba.
55
MADU ILMU
LATAR
a. Latar Masa:
Pada keseluruhannya, cerpen ini memakan masa yang agak pendek iaitu tidak
melebihi satu hari. Walau bagaimana pun terdapat juga latar masa yang
dinyatakan secara jelas dan nyata.
Contohnya;
i. Waktu tengah hari -
keadaan terik panas yang dilalui oleh datuk tua semasa mengemis di
jalanan.
ii. Waktu sore/petang –
iii. 5 tahun yang lalu -
Datuk tua menjumpai bayi yang berbalut dengan lampin di tong sampah.
iv. 20 tahun yang lalu -
Detik permulaan datuk tua memulakan kehidupan sebagai seorang
peminta sedekah.
v. Zaman moden digambarkan melalui kehidupan masyarakat Bandar dan
bangunan 80 tingkat yang akan dibangunkan oleh kerajaan.
b. Latar Tempat:
Pada keseluruhannya, latar tempat yang dipilih oleh pengarang adalah di Kuala
Lumpur. Terdapat juga latar tempat yang dinyatakan dengan jelas.
Contohnya;
a. Kaki lima – tempat datuk tua meminta sedekah.
b. Gubuk buruk di kawasan rumah setinggan – tempat datuk tua dan Sumi
tinggal.
c. Gubuk buruk di tebing sungai
56
MADU ILMU
b. Latar Masyarakat:
1. Latar Masyarakat kota yang miskin.
Contohnya;
Datuk tua mencari rezeki untuk menyara kehidupan dengan hanya meminta
sedekah. Dia dan Sumi tinggal di kawasan setinggan iaitu di gubuk
buruk tebing sungai.
2. Masyarakat tua yang gigih berusaha
Contohnya;
Datuk tua yang sudah berusia menjangkau 100 tahun dan sudah bongkok masih
meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan mengemis di jalanan walaupun
sudah teramat tua.
3. Masyarakat kota yang murah hati dan berbelas kasihan.
Contohnya
Masih terdapat segelintir warga kota yang simpati dan bermurah hati
dengan memberi sedekah kepada datuk tua.
4. Masyarakat yang penyayang.
Contohnya;
Datuk tua menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang
seperti anak kandungnya sendiri.
5. Masyarakat kota yang tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan.
Contohnya;
Ibu bapa Sumi mewakili masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan tidak
berperikemanusiaan kerana sanggup membuang anak ke dalam tong sampah.
6. Masyarakat yang jahil tentang agama.
Contohnya;
Perbuatan ibu bapa Sumi yang membuangnya di tong sampah memperlihatkan
kurangnya nilai agama dalam diri sehingga sanggup membuang darah daging
sendiri.
57
MADU ILMU
7. Masyarakat kota yang sentiasa sibuk.
Contohnya;
Setiap hari masyarakat kota di Kuala Lumpur digambarkan sentiasa sibuk
dengan hal dan pekerjaan masing-masing.
8. Masyarakat kota yang terabai dari segi kebajikan.
Contohnya, datuk tua dalam keadaannya yang sudah menjangkau usia 100
tahun masih merempat di kota Kuala Lumpur mencari rezeki dengan meminta
sedekah tanpa ada bantuan daripada mana-mana pihak untuk menempatkannya
di rumah-rumah kebajikan orang-orang tua.
GAYA BAHASA
Pemilihan gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang merupakan bahasa sehari-hari yang
mudah difahami oleh pembaca. Walau pun sesekali diselitkan dengan bahasa asing tetapi
keindahan gaya bahasa jelas diperlihatkan oleh pengarang melalui gabungan unsur bahasa
sastera seperti di bawah ini. Contohnya;
1. Simile
- Hitam seperti malam.
- Hatinya bagai digamit untuk melangkah pantas.
2. Personifikasi.
- Hatinya menjerit.
3. Sinkof.
- “Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!”
4. Hiperbola.
- Mengalir air mata darah
- Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua.
58
MADU ILMU
5. Metafora
- Getir dan penuh penderitaan, membayangkan warna hidupnya.
6. Penggunaan bahasa asing.
- Alhamdullilah.
- Sore.
- buldozer.
7. Retoris
Di manakah peri kemanusiaan warga kota? Di manakah keadilan yang selalu dilaung-laungkan? Dia tidak tahu. Dia juga tidak tahu di manakah haknya sebagai warga kota yang bernaung di bumi merdeka? Mana? Mana?
8. Pengulangan kata
- Terbelelenggu oleh kemiskinan. Terbelenggu dengan undang-undang dunia ciptaan manusia yang tidak berhati perut.
- Tidak ada susu. Tidak ada kopi.
- Sudah pandai menanya. Sudah pandai merajuk.
9. Paradoks.
- Siang ialah malam. Malam ialah siang.
NILAI MURNI
1. Nilai Kasih sayang.
Contohnya;
59
MADU ILMU
Datuk tua menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang
seperti anak kandungnya sendiri.
2. Nilai Kemanusiaan.
Contohnya;
i. segelintir warga kota simpati dengan kesusahan yang dialami oleh datuk tua
dengan penuh kemanusiaan bermurah hati menghulurkan sedekah.
ii. Lelaki tua menyelamatkan Sumi yang dibuang ke dalam tong sampah oleh ibu
bapanya.
3. Nilai Ketabahan.
Contohnya;
Datuk tua tabah menghadapi dugaan hidup walaupun terpaksa bergelut dengan
penderitaan hidup.
4. Nilai Kesyukuran.
Contohnya;
Datuk tua sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterimanya hasil daripada
meminta sedekah daripada orang lain.
5. Nilai Kegigihan.
Contohnya;
Datuk tua yang telah berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula masih
gigih dalam mencari rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu kesayangannya
walaupun pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan.
6. Nilai bertanggungjawab.
Contohnya;
Datuk tua telah menunaikan tanggungjawab dengan menjaga dan membesarkan
Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah.
60
MADU ILMU
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan takdir hidup.
2. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
3. Kita hendaklah bertimbang rasa dan mempunyai belas kasihan terhadap
kesusahan orang lain.
4. Kita haruslah bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tindakan kita.
5. Kita haruslah sentiasa bersyukur kepada Tuhan untuk setiap rezeki yang diberikan kepada kita.
6. Kita hendaklah memberi kasih sayang yang baik terhadap anak-anak.
SUDUT PANDANGAN
Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas
Contohnya, pengarang tidak terlibat sama ada dengan persoalan-persoalan
mahupun dengan watak, tetapi pengarang hanya meresap ke dalam cerita bagi
mengetahui maklumat tentang diri watak dengan menggambarkan aspek-aspek
penting sahaja.
MADU ILMU:
CERPEN GERSANG (MASNIAH KALYUBI)
Soalan Struktur : Tema, persoalan, perwatakan, nilai dan pengajaran.
61
MADU ILMU
1.
a) Berikan tema cerpen berdasarkan petikan di atas.
__________________________________________________________________
b) Nyatakan satu persoalan yang ingin disampaikan pengarang seperti dalam petikan
di atas.
__________________________________________________________________
c) Berikan empat perwatakan lelaki tua seperti dalam petikan di atas.
iii. ______________________________________________________________
iv. ______________________________________________________________
v. ______________________________________________________________
vi. ______________________________________________________________
d) Lengkapkan jadual nilai dan pengajaran di ruang yang disediakan berdasarkan
petikan di atas.
62
Warga kota tetap sibuk seperti tadi. Seperti selalunya. Malahan setiap detik dan
ketika. Melewati seorang lelaki tua tidak bermaya. Menadah tangan dengan tin
tuanya. Mencari nasi sesuap dua untuk diri dan cucunya. Satu perjuangan
kehidupan. Bergelut dengan penderitaan. Walaupun cuma menadah tangan.
MADU ILMU
Nilai Pengajaran
i
ii.
Perwatakan, nilai murni, latar masa, teknik penulisan dan definisi.
2.
(a) Siapakah “dia” dalam petikan di atas?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
63
Dia mendongak ke langit. Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah
mata tua. Silau dan menyakitkan. Tetapi ada sentuhan kesyukuran. Alhamdulillah!
Dia menyeluk poket baju kusamnya mengeluarkan sapu tangan yang telah lusuh
dan berbau kemudian mengesat peluh yang membasahi muka tuanya. Selesa.
Sapu tangan dilipat dan dimasukkan kembali.
(Dipetik daripada cerpen Gersang oleh Masniah Kalyubi)
MADU ILMU
(b) Nyatakan satu nilai murni yang ada pada watak “dia”.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(c) Nyatakan latar masa berlakunya peristiwa dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(d) Nyatakan teknik penulisan yang digunakan pengarang berdasarkan petikan di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(e) Berikan definisi teknik penulisan bagi jawapan di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Binaan plot dan gaya bahasa.
3.
64
Begitulah seperti selalunya. Setiap kali apabila menyedari bunyi syiling itu
berdenting, dia akan terus mendongak. Mendongak melihat keikhlasan yang
tersirat daripada hati-hati warga kota yang sering ketandusan. Peri kemanusiaan
yang begitu rapuh. Nilai budi yang hampir roboh.
(Dipetik daripada cerpen Gersang oleh Masniah Kalyubi)
MADU ILMU
(a) Nyatakan satu binaan plot yang terdapat dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(b) Nyatakan binaan plot tersebut.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(c) Senaraikan tiga gaya bahasa dan contoh.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Persoalan, teknik plot dan perwatakan.
4.
65
Lima tahun dulu, dia menjumpai Sumi di dalam tong sampah. Masih berbalut
dengan lampin. Lampin lusuh. Kalau terlambat sedikit, bayi kecil mongel itu pasti
telah berada di dalam perut anjing. Dia tidak tahu siapa ayah dan ibu sumi. Tetapi
dia tahu Sumi ialah mangsa kedurjanaan dan kemiskinan hidup.
(Dipetik daripada cerpen Gersang oleh Masniah Kalyubi)
MADU ILMU
a) Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
b) Nyatakan persoalan yang terdapat tersebut.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
c) Nyatakan satu teknik plot dan huraikan contohnya berdasarkan petikan di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
d) Berikan dua perwatakan Sumi.
66
MADU ILMU
i. _____________________________________________________________
_
ii. _____________________________________________________________
_
Persoalan dan latar masyarakat.
5.
(a) Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(b) Nyatakan latar masyarakat yang cuba dipaparkan oleh pengarang yang terdapat dalam
petikan di atas.
67
Semakin hampir ke tempat itu semakin kuat bunyi bulldozer dan semakin lemah
tubuh tuanya. Langkahnya mati tiba-tiba. Sesusuk tubuh tua menggigil
menyaksikan deretan gubuk-gubuk buruk menyembah bumi. Penghuni-penghuni
hanya mampu memerhatikan gergasi besi menyodok gubuk-gubuk mereka.
(Dipetik daripada cerpen Gersang oleh Masniah Kalyubi)
MADU ILMU
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
6. Lengkapkan jadual di bawah dengan memadankan nilai dan peristiwa yang
diberikan.
Tiba-tiba saja dia berhenti. Teringat akan
pesanan cucu tersayang. Dia membelok
sebentar ke tempat orang menjual buah. Dua
biji limau kecut dibeli dengan harga lima puluh
sen. Dia segera beredar, meneruskan
perjalanan pulang.
Ketabahan/kesabaran
Melewati seorang lelaki tua tidak bermaya.
Menadah tangan dengan tin tuanya. Mencari
nasi sesuap dua untuk diri dan cucunya. Satu
perjuangan kehidupan. Bergelut dengan
penderitaan. Walaupun cma menadah tangan.
Keikhlasan
Dia mendongak ke langit. Matahari jam dua
belas tegak di atas kepala, memanah mata tua.
Silau dan menyakitkan. Tetapi ada sentuhan
kesyukuran. Alhamdullilah!
Kasih sayang
Ketekunan
68
MADU ILMU
”Rezeki Tuhan ada di mana-mana, Sumi!”
Datuk tua bersama Sumi perlahan-lahan
beredar. Tidak dihiraukannya lagi kebisingan itu.
Tidak dipedulikan lagi jeritan-jeritan yang
memilukan. Baginya semua itu sudah tidak
bererti. Bumi Allah ini luas. Dia yakin itu. Untuk
sekian lamanya, tiba-tiba bibir itu mengorak
senyum.
Sesusuk tubuh yang sedang membongkok
diperhatikan. Dari kaki berkisar ke muka. Seraut
wajah yang tidak dikenali. Tetapi daripada air
muka dikenal pasti keikhlasan hati yang murni.
Terima kasih cucuku!
Kesyukuran
7. Berdasarkan cerpen Gersang, lengkapkan jadual berikut dengan memberikan unsur
gaya bahasa bagi setiap peristiwa yang dinyatakan.
Peristiwa Gaya Bahasa
Getir dan penuh penderitaan, membayangkan
warna hidupnya. Hitam seperti malam!
Matahari jam dua belas tegak di atas kepala,
69
MADU ILMU
memanah mata tua
Dengan berkemeja dan bertali leher, berjalan
dengan gagah, malah lebih gagah daripada
bangunan yang berada di depan matanya tika ini.
Kuala Lumpur, wajahmu kadangkala mengelirukan
mata tua, hati muda.
8. (a) Nyatakan tiga jenis latar yang terdapat dalam cerpen Gersang karya Masni
Kalyubi, berikan contoh.
i. _______________________________________________________
Contoh : ________________________________________________
________________________________________________
ii. _______________________________________________________
Contoh : ________________________________________________
________________________________________________
iii. _______________________________________________________
Contoh : ________________________________________________
70
MADU ILMU
________________________________________________
(b) Nyatakan latar bagi peristiwa-peristiwa di bawah ini.
i) Itulah cerita lelaki tua di kaki lima.
________________________________________________________
ii) Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua.
________________________________________________________
iii) Suasana tampak tegang. Air muka setiap penduduk membayangkan
kegelisahan yang sukar diselindung lagi.
________________________________________________________
iv) Bunyi enjin buldozer sayup-sayup kedengaran dari arah deretan gubuk-
gubuk buruk itu.
________________________________________________________
v) Mungkin kerana terlalu lama duduk atau oleh sebab umurnya yang
hampir menjangkau satu abad.
________________________________________________________
Soalan esei:
1. Huraikan perwatakan lelaki tua dalam cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi.
.
71
MADU ILMU
2. Bincangkan binaan plot yang terdapat dalam cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi.
3. Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi.
SKIMA JAWAPAN: CERPEN GERSANG
Soalan Struktur
1.(a) Tema: ketinggian sikap tanggungjawab seorang pengemis tua yang sanggup berkorban
dalam mengalami kepayahan hidup untuk menyara seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.
(b) Kegigihan seorang tua mencari rezeki bagi meneruskan perjuangan hidup diri dan
cucunya.
(c) Perwatakan lelaki tua:
- seorang yang gigih
- seorang yang bertanggung jawab
- seorang lelaki tua yang sudah tidak bermaya
- mencari rezeki dengan meminta sedekah.
(d)
Nilai Pengajaran
72
MADU ILMU
i. kegigihan Kita mestilah gigih meneruskan kehidupan walaupun
banyak cabaran yang menduga.
ii. tanggung jawab Kita mestilah bertanggung jawab kepada diri sendiri dan
juga amanah yang telah dipikul.
2.
(c) “dia” ialah lelaki tua
(d) Nilai kesyukuran.
(e) Latar masa: waktu tengahari
(f) Teknik pemerian
(g) Maksud: Penceritaan secara langsung oleh pengarang kepada
pembaca.
3.
(a) Binaan plot permulaan.
(b) Lelaki tua terpaksa mengemis di jalanan dan mengharapkan belas ihsan daripada
orang ramai untuk mencari rezeki demi menyambung kehidupannya.
(c) Dua gaya bahasa dan contoh:
- Simile - seperti
- Repitisi - mendongak
73
MADU ILMU
-Kata ganda - hati-hati
4.
(a) Sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan.
(b) Sumi dibuang kedalam tong sampah menunjukkan bahawa terdapat segelintir manusia
yang tidak mempunyai sikap perikemanusiaan.
(c) Teknik plot: imbas kembali- sumi dijumpai dalam tong sampah lima tahun dahulu.
(d) Perwatakan Sumi:
- seorang anak yang tidak mendapat kasih saying ibu bapa dan tidak
pernah mengenal ibu bapanya.
- Mangsa ketidakprihatinan manusia akibat kemiskinan hidup.
5. (a) Persoalan: Pihak kerajaan yang mementingkan pembangunan semata-
mata.
(b) Masyarakat yang menjadi mangsa akibat pembangunan masyarakat.
6. padanan nilai dan peristiwa:
Tiba-tiba saja dia berhenti. Teringat akan pesanan
cucu tersayang. Dia membelok sebentar ke tempat
orang menjual buah. Dua biji limau kecut dibeli
dengan harga lima puluh sen. Dia segera beredar,
meneruskan perjalanan pulang.
Kasih sayang
Melewati seorang lelaki tua tidak bermaya. Menadah
tangan dengan tin tuanya. Mencari nasi sesuap dua
untuk diri dan cucunya. Satu perjuangan kehidupan.
Ketekunan
74
MADU ILMU
Bergelut dengan penderitaan. Walaupun cma
menadah tangan.
Dia mendongak ke langit. Matahari jam dua belas
tegak di atas kepala, memanah mata tua. Silau dan
menyakitkan. Tetapi ada sentuhan kesyukuran.
Alhamdullilah!
Kesyukuran
”Rezeki Tuhan ada di mana-mana, Sumi!”
Datuk tua bersama Sumi perlahan-lahan beredar.
Tidak dihiraukannya lagi kebisingan itu. Tidak
dipedulikan lagi jeritan-jeritan yang memilukan.
Baginya semua itu sudah tidak bererti. Bumi Allah ini
luas. Dia yakin itu. Untuk sekian lamanya, tiba-tiba
bibir itu mengorak senyum.
Ketabahan/kesabaran
Sesusuk tubuh yang sedang membongkok
diperhatikan. Dari kaki berkisar ke muka. Seraut
wajah yang tidak dikenali. Tetapi daripada air muka
dikenal pasti keikhlasan hati yang murni. Terima kasih
cucuku!
Keikhlasan
7. unsur gaya bahasa:
Peristiwa Gaya Bahasa
Getir dan penuh penderitaan, membayangkan warna Simile
75
MADU ILMU
hidupnya. Hitam seperti malam!
Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah
mata tua
Personifikasi
Dengan berkemeja dan bertali leher, berjalan dengan
gagah, malah lebih gagah daripada bangunan yang
berada di depan matanya tika ini.
Sinkof
Kuala Lumpur, wajahmu kadangkala mengelirukan
mata tua, hati muda.
Paradoks
.
8. (a) tiga pembahagian latar dan maksud:
(i) Latar Masa (masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa)
(ii) Latar tempat (tempat berlakunya peristiwa)
(iii) Latar masyarakat (menggambarkan semua golongan dan aktiviti masyarakat)
(b) latar bagi peristiwadi bawah:
(i) latar tempat
(ii) latar masa
(iii) latar masyarakat
(iv) latar masyarakat
(v) latar masa
76
MADU ILMU
Soalan esei:
1. - seorang peminta sedekah (meminta sedekah melalui ihsan warga kota)
- Seorang yang penyayang (membesarkan Sumi dengan penuh kasih sayang)
- Mempunyai sifat bertanggung jawab (menjaga Sumi yang telah dibuang oleh
manusia yang kejam di dalam tong sampah)
2. Binaan plot:
Permulaan :
Lelaki tua yang terpaksa mengemis di jalanan dan mengharap belas ihsan
daripada orang ramai untuk mencari rezeki demi menyambung kehidupannya.
Perkembangan:
Lelaki tua mengeluh sendirian atas sikap pihak kerajaan yang tidak adil kerana
telah menghalaunya dari rumahnya kerana hendak mendirikan pembangunan di
kawasan tersebut.
Perumitan:
77
MADU ILMU
Lelaki tua yang teringat tentang peristiwa lima tahun lepas dia menjumpai Sumi di
dalam tong sampah dan dia bertanggungjawab menjaga Sumi seperti cucunya
sendiri. Lelaki itu terpaksa bekerja keras untuk menyara hidupnya dan Sumi yang
masih kecil.
Klimaks:
Pihak kerajaan telah merobohkan gubuk-gubuk buruk yang menjadi rumah lelaki
tua dan penghuni-penghuni yang lain selama ini. Lelaki tua cuba menyelamatkan
Sumi sewaktu jentera merobohkan gubuk-gubuk tersebut menyebabkan lelaki tua
hilang tenaga dan keupayaannya.
Peleraian: Lelaki tua itu berasa sedih dan sayu kerana tempat tinggalnya telah
dirobohkan. Akan tetapi, lelaki tua itu kembali bersemangat dan yakin bahawa
rezeki Tuhan itu ada di mana-mana sahaja.
3. Pengajaran:
i. Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain, cth: datuk tua amat menyayangi Sumi
walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah.
ii. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang telah dilakukan oleh kita, cth:
datuk tua berasa bertanggungjawab untuk menyara Sumi dan lebih berusaha untuk
menambahkan pendapatan.
iii. Kita perlulah menghindarkan budaya yang tidak bermoral kerana budaya ini akan membawa
kemusnahan, cth: terdapat segolongan manusia yang tidak mempunyai sifat perikemanusiaan
dan sanggup membuang anak mereka.
78
MADU ILMU
iv. Kita mestilah berpegang teguh kepada ajaran agama agar dapat memandu kita melalui
kehidupan yang lebih sempurna, cth: datuk tua yang reda dengan ketentuan Ilahi walaupun
kehidupannya sukar dan kehilangan tempat berteduh
v. Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan, cth: sewajarnya ada pihak-pihak
tertentu yang membantu orang-orang yang senasib datuk tua dalam menjalani kehidupan.
79
MADU ILMU
CERPEN 5 : TAGUNG – WITER GUNIK
1. TEMA
Bertemakan perjuangan seorang atuk mempertahankan alat muzik tradisional yang
semakin dilupakan akibat kemajuan teknologi dan permainan maya dalam komputer.
‘Aku’ cuba menghidupkan semula alat muzik tradisional tagung kepada generasi muda
kerana tagung merupakan budaya tinggalan leluhur mereka. ‘Aku’ kecewa dengan sikap
cucu-cucunya yang tidak menghargai alat muzik tradisional dan tidak menghormati orang
tua tetapi menghabiskan masa yang banyak dengan permainan di komputer.
2. PERSOALAN
(a) Persoalan tentang kepupusan penggunaan alat muzik tradisional akibat perubahan
zaman. Contoh : Tagung yang dulu digunakan dalam majlis keramaian semakin
dilupakan oleh generasi muda.
(b) Persoalan tentang kesedaran untuk menghargai warisan kebudayaan tradisional.
Contoh : Ito memilih untuk membuat kajian tentang penggunaan alat muzik tagung
dalam kebudayaan masyarakat di Borneo.
(c) Persoalan tentang keruntuhan nilai murni akibat kemajuan teknologi. Contoh : Cucu-
cucu ‘aku’ tidak mempedulikannya yang sedang mencari pemalu tagung kerana
memberi perhatian kepada permainan komputer.
(d) Persoalan tentang pertentangan pandangan generasi muda dengan generasi tua.
Contoh : : Ursula berasa malu dan marah dengan sikap ayahnya yang ingin
mempertahankan permainan tagung dalam Pesta Kaamatan.
3. WATAK DAN PERWATAKAN
(a) AKU
- Ayah kepada Ursula.
- Berbangsa Kadazandusun.
- Isterinya Leona telah meninggal dunia setahun yang lalu.
80
MADU ILMU
- Mempunyai empat orang cucu.
- Selalu menghabiskan masa di buaian.
- Kecewa dengan sikap generasi baru yang tidak lagi berminat dengan warisan
budaya leluhur mereka.
- Seorang penempa dan pemain tagung yang handal ketika zaman mudanya.
- Seorang yang gigih mempertahankan alat muzik tradisional. Contoh : ‘Aku’ cuba
menghidupkan semula muzik tradisional tagung dengan memasukkan acara
paluan tagung ketika sambutan Pesta Kaamatan. ‘Aku’ juga mencadangkan
pemuda Kadazandusun yang hendak berkahwin hendaklah memenuhi syarat
iaitu pandai memalu tagung dan menjadikan tagung sebagai barang hantaran.
- Seorang yang penyabar. Contoh : ‘Aku’ bersabar dengan sikap anak dan cucu-
cucunya yang tidak menghormati orang tua.
(b) URSULA
- Anak tunggal ‘aku’.
- Hasil perkahwinannya dengan David, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu
Uji, Ito, Atom dan Atin.
- Mempunyai kelulusan ijazah dari universiti.
- Seorang yang mudah mempercayai cerita orang lain. Contoh : Dia mempercayai
bulat-bulat cerita Annie berhubung dengan sikap ayahnya ketika mesyuarat.
- Seorang yang tidak menyokong perjuangan ayahnya. Contoh : Ursula tidak
menyokong cadangan ayahnya untuk menghidupkan semula tagung di kalangan
masyarakat Kadazandusun.
(c) ITO
- Anak lelaki sulung Ursula dan David.
- Belajar di universiti luar negara.
- Balik ke kampung ketika cuti semester dan hendak mengkaji tagung.
- Seorang yang penyayang. Contoh : Ito sangat menyayangi adik-adiknya dan
membeli permainan komputer yang diminati oleh mereka. Ito juga sangat
menyayangi ‘aku’
- Seorang yang menghargai warisan bangsanya. Contoh : Ito membuat keputusan
untuk mengkaji tagung sebagai satu warisan budaya.
81
MADU ILMU
(d) ATIN DAN ATOM
- Anak-anak Ursula dan David.
- Belajar di sekolah menengah.
- Gemar bermain permainan di komputer.
- Tidak menghormati orang tua. Contoh : Mereka tidak mengendahkan pertanyaan
‘aku’ dan asyik bermain komputer.
4. PLOT
TEKNIK PLOT
(a) MONOLOG
Monolog antara watak dengan dirinya sendiri dalam cerpen ini ini berlaku semasa
‘aku’ sibuk mencari tagung yang tak tahu di mana.
(b) IMBAS KEMBALI
‘Aku’ mengingat kembali kenanganya mersama Leona, mendiang isterinya yang
begitu menghargai tagung
(c) KONFLIK
Wujud konflik antara ‘aku’ dengan ahli mesyuarat kerana mereka menolak cadangan
‘aku’ untuk menghidupkan semula tagung.
(d) KEJUTAN
Pembaca dikejutkan apabila Ito pemuda yang telah melanjutkan pengajian ke luar
negara memberitahu bahawa dia mahu membuat kajian tentang tagung dalam
suasana ‘aku’ telah berputus harapan kerana semua orang menolak cadangannya.
BINAAN PLOT
(a) PERMULAAN
Pengarang memulakan cerita dengan peristiwa ‘aku’ mencari tutuntung. ‘Aku’ tidak
dipedulikan oleh dua orang cucunya iaitu Atom dan Atin kerana mereka sibuk
bermain permainan di komputer.
(b) PERKEMBANGAN
82
MADU ILMU
- Pengarang mengembangkan cerita dengan kekecewaan ‘aku’ dengan sikap
cucu cucunya yang tidak acuh dengan tagung. Cucu-cucunya lebih gemar
bermain komputer.
- Pengarang turut menggarap teknik imbasan kembali apabila ‘aku’ teringat
mendiang isterinya Leona ketika dia memainkan alat muzik tradisional tagung.
- “Aku’ turut teringat peristiwa dia menghadiri mesyuarat sempena Pesta
Kaamatan. ‘Aku’ telah mencadangkan supaya tagung dijadikan hantaran
perkahwinan dan dan lelaki harus pandai memalu tagung.
- Ahli mesyuarat salah anggap dengan cadangan ‘aku’ dan ada di antaranya
beranggapan ‘aku’ cuba mengaut keuntungan hasil daripada cadangannya.
- Konflik semakin rumit apabila ‘aku’ bertikam lidah dengan anaknya Ursula.
Ursula malu dengan tindakan bapanya ketika mesyuarat.
(c) KLIMAKS
- Cerita ini mencapai klimaks apabila Ito pulang bercuti dari pengajiannya di luar
negara dan menyatakan hasratnya untuk mengkaji tagung sebagai warisan
kebudayaan di Borneo.
(d) PELERAIAN
- ‘Aku’ bersyukur kerana Ito cucunya menghargai tagung sebagai warisan
kebudayaan leluhurnya.
(e) PENGAKHIRAN
- Pengarang mengakhiri cerita dengan ‘aku’ yang rasa bangga kerana masih ada
yang menghargai tagung.
5. LATAR MASA
Pengarang tidak menggunakan latar masa yang spesifik dalam cerpen ini. Namun,
pengarang memberi gambaran kebanyakan peristiwa yang berlaku dalam cerpen ini
berkisar kepada persiapan kaum Kadazandusun untuk membuat persiapan sambutan
Pesta Kaamatan.
6. LATAR TEMPAT
(a) RUMAH URSULA
83
MADU ILMU
- ‘Aku’ mencari tutuntung tetapi tidak diendahkan oleh Atom dan Atin yang asyik
bermain komputer.
- ‘Aku’ mencari Uji cucu perempuannya untuk bertanyakan tutuntung.
Bagaimanapun, ‘aku’ teringat Uji telah mengikut ibunya ke lapangan terbang
menyambut kedatangan Ito dari luar luar negara.
(b) DI BUAIAN
- Tempat ‘aku’ selalu menghabiskan masanya dan mengimbas kembali
kenangannya bersama dengan mendiang isterinya Ursula.
(c) BALAI RAYA
- Tempat mesyuarat untuk membuat persiapan menyambut Pesta Kaamatan.
- ‘Aku’ mencadangkan supaya tagung dihidupkan kembali. Pemuda kampung
yang hendak berkahwin hendaklah pandai memalu tagung dan menjadikan
tagung sebagai hantaran perkahwinan.
- Cadangan aku telah diselahertikan oleh ahli mesyuarat dan beranggapan ‘aku’
hendak mengaut keuntungan hasil daripada cadangannya.
7. LATAR MASYARAKAT
(a) Masyarakat yang menghargai alat muzik tradisional
Contoh : ‘Aku’ begitu mencintai kesenian warisan tradisional dan mahu
menghidupkannya semula.
(b) Masyarakat muda yang masih meminati muzik tradisional.
Contoh : Ito mahu membuat kajian tentang tagung yang menjadi warisan bangsanya.
(c) Masyarakat yang suka kepada muzik moden.
Contoh : Pesta Kaamatan dan majlis perkahwinan meminggirkan pertunjukan tagung
kerana dianggap tidak menarik lagi.
(d) Masyarakat semakin lalai dengan perkembangan computer
Contoh : Cucu-cucu ‘aku’ begitu berminat dengan permainan komputer dan tidak
tertarik dengan permintaan ‘aku’nya untuk permainan tagung.
(e) Masyarakat yang tidak menghormati orang tua
Contoh : Perbezaan pendapat antara ‘aku’ dengan Ursula yang menentang
cadangan ayahnya untuk menghidupkan permainan muzik tagung. Begitu juga
84
MADU ILMU
dengan sikap yang ditunjukkan oleh Atin dan Atom yang mengeluarkan kata-kata
tidak sopan kepada ‘aku’
8. NILAI
(a) Nilai kesabaran.
Contoh : ‘Aku’ sentiasa bersabar dengan kerenah cucunya Atin dan Atom yang tidak
mengendahkannya. Dia juga bersabar dengan tindakan ahli mesyuarat yang salah
anggap dengan cadangannya, begitu jugan dengan tindakan Ursula anaknya yang
menentang tagung.
(b) Nilai kegigihan.
Contoh : ‘Aku’ gigih mempertahankan tagung sebagai satu warisan bangsanya.
(c) Nilai tanggungjawab.
Contoh : ‘Aku’ bertanggungjawab untuk mempertahankan tagung daripada terus
pupus di kalangan generasi muda.
(d) Nilai menghargai.
Contoh : Ito merupakan cucu ‘aku’ yang masih menghargai tagung dengan
tindakannya yang mahu membuat kajian tagung sebagai warisan budaya masyarakat
di Borneo.
9. PENGAJARAN
(a) Kita hendaklah sentiasa menghargai warisan yang melambangkan jati diri bangsa.
Contoh : Ito mahu membuat kajian tentang tagung yang dimainkan oleh ‘aku’.
(b) Kita hendaklah sentiasa menghormati orang tua dan tidak melukakan hati mereka.
Contoh : Atin dan Atom sepatutnya menghormati ‘aku’ walaupun sibuk bermain
komputer
(c) Kita perlulah belajar mewarisi permainan alat muzik tradisional bagi kesinambungan
warisan budaya pada masa akan datang.
Contoh : Mesyuarat Pesta Kaamatan sepatutnya menerima cadangan ‘aku’ agar
tagung dibudayakan semula di kampung mereka.
(d) Kita perlulah mencontohi perjuangan insan yang mempertahankan warisan budaya
daripada pupus ditelan zaman.
Contoh : Perjuangan dan kegigihan ‘aku’ mempertahankan tagung harus dicontohi.
(e) Kita perlu memanfaatkan masa depan dengan sebaik-baiknya dengan melakukan
perkara yang mendatangkan faedah.
85
MADU ILMU
Contoh : Perjuangan ‘aku’ untuk menghidupkan kembali permainan tagung perlu
diajar kepada generasi muda agar tidak hilang.
10. SUDUT PANDANGAN
SUDUT PANDANGAN ORANG PERTAMA
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama dengan menggunakan watak
‘aku’. Pengarang memfokuskan keadaan perasaan dan fikiran watak utama. Gambaran ini
diberikan secara terperinci berbanding dengan gambaran terhadap watak lain. Pengarang
juga turut mengalhkan fokus kepada watak sampingan seperti Ursula, Ito juga Atin dan
Atom.
11. GAYA BAHASA
(a) Kata ganda.
Contoh : kartun-kartun, mengangguk-angguk, bersama-sama
(b) Sinkof.
Contoh : ku, nak, ni
(c) Simpulan bahasa.
Contoh : membuang muka
(d) Personifikasi.
Contoh : Permainan computer itu telah menelan roh jasad kedua-dua cucu itu.
(e) Metafora.
Contoh : Jejarum tawa, bongkah kelu
(f) Pemilihan diksi Bahasa Inggeris.
Contoh : band, survey,
(g) Pemilihan diksi bahasa Kadazandusun.
Contoh : tagung, aki
(h) Inversi
Contoh : Berhartakan warisan budaya sebagai kekayaan, memang kejam amat.
Seapatutnya amat kejam.
SOALAN STRUKUTUR
1. Berdasarkan cerpen Tagung, karya Witer Gunik;
(a) Nyatakan tema cerpen.
(b) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen.
86
MADU ILMU
2.
(a) Siapakah ‘Aku’ dalam cerpen ini?
(b) Nyatakan persamaan watak kedua-dua cucu ‘aku’.
(c) Apakah yang dicari oleh ‘aku’?
(d) Nyatakan satu perwatakan ‘aku’.
3.
(a) Apakah maksud monolog dalaman?
(b) Berikan satu contoh monolog dalaman berdasarkan petikan di atas.
5.
(a) Di manakah ’aku’ pergi sebelum kembali ke rumah?
(b) Apakah yang diceritakan oleh Annie kepada Ursula?
6. (a) Apakah maksud latar tempat?
(b) Berikan dua contoh latar tempat dalam cerpen ini.
(c) Berikan tiga contoh latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini.
7.
87
Aku menggeleng. Permainan komputer itu telah menelan roh dua jasad
kedua-dua cucuku itu. Kedua-duanya masih belajar di menengah rendah.
Nampaknya cuti pertengahan semester benar-benar ‘dimanfaatkan’ oleh
kedua-duanya untuk bertualang di dunia maya itu “Betul kamu berdua tidak
nampak?”
Aku melepaskan keluhan berat, lalu aku membawa diri ke buaian. Buaian itu
nampaknya teman tunggalku di rumah Ursula ini. Tentunya tidak begitu jika
aku boleh memalu tagung ku di stor itu. Tetapi, ah, bagaimana untuk aku
melakukan begitu jika tuntungnya tidak ada? Barangkali mereka
menyembunyikan tutuntung itu. Entah. Bukankah mereka asyik membuang
muka dengan cintaku ini.
Sekembali aku di rumah, aku dimarahi pula oleh Ursula. “Tadi Annie, isteri
Lekinson baru telefon, dia cerita macam-macam tentang ayah dalam
mesyuarat itu!
“Kita hidupkan semula tagung!” Aku mencadangkan. Aku tidak dapat
membendung rasa tidak puas hatiku terhadap cadangan mereka yang mahu
mengetepikan warisan budaya dalam sambutan Pesta Kaamatan pada
tahun ini.
MADU ILMU
(a) Nyatakan nilai yang terdapat dalam dialog di atas.
(b) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam dialog ini.
8.
(a) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan ini.
9.
.
(a) Kenalpasti sudut pandangan yang sesuai bagi petikan di atas.
SOALAN ESEI
1. Berdasarkan cerpen Tagung, karya Witer Gunik;
(a) Nyatakan tema cerpen ini.
(b) Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam cerpen ini.
2. Berdasarkan cerpen Tagung, karya Witer Gunik;
(a) Jelaskan latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini.
(b) Berikan empat pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.
88
Berhartakan warisan budaya sebagai kekayaan, memang kejam amat.
Seperti badut, aku ditusuk pedih jejarum tawa daripada cucu-cucuku apabila
aku melepaskan kalimat geram. “Tak seorang pun tahu?”
...menyembunyikan senyuman, aku dilamar kesedaran, ya sekurang-
kurangnya walaupun hanya...
...Bukankah lalang sepadang selalu bermula dengan sekuman?
MADU ILMU
3. Berdasarkan cerpen Tagung, karya Witer Gunik;
(a) Nyatakan empat perumitan yang dihadapi oleh watak utama pada bahagian
perkembangan.
(b) Huraikan teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen ini.
JAWAPAN
SOALAN STRUKTUR
1. Bertemakan perjuangan seorang atuk mempertahankan alat muzik tradisional yang
semakin dilupakan akibat kemajuan teknologi dan permainan maya dalam komputer.
‘Aku’ cuba menghidupkan semula alat muzik tradisional tagung kepada generasi muda
kerana tagung merupakan budaya tinggalan leluhur mereka. ‘Aku’ kecewa dengan sikap
cucu-cucunya yang tidak menghormati orang tua tetapi menghabiskan masa yang banyak
dengan permainan di komputer.
2. (a) Kita hendaklah mempertahankan alat muzik tradisional.
(b) Kita janganlah terlalu terpengaruh dengan kemajuan teknologi komputer.
(c) Kita hendaklah saling bertolak ansur dalam membuat sebarang keputusan.
3. (a) Atuk
(b) Suka bermain komputer
(c) Tagung
(d) Sabar dengan kerenah cucu-cucunya.
4. (a) Watak berkata-kata di dalam hati.
(b) Bukankah mereka asyik membuang muka dengan cintaku ini.
5. (a) Mesyuarat sambutan Pesta Kaamatan.
(b) Setiap lelaki yang ingin berkahwin wajib pandai memalu tagung dan menjadikan
tagung sebagai syarat hantaran perkahwinan.
89
MADU ILMU
6. (a) Tempat berlakunya sesuatu peristiwa
(b) (I) Di dalam rumah Ursula.
(II) Balai raya
(c) (I) Masyarakat yang menghargai alat muzik tradisional
(II) Masyarakat yang menyukai permainan moden.
(III) Masyarakat yang menyukai muzik moden.
7. (a) Nilai kegigihan
(b) (I) Kita hendaklah sentiasa menghargai warisan budaya.
(II) Kita hendaklah mencontohi perjuangan insan yang mempertahankan
warisan.
8. (a) (I) Sinkof. Contoh : ku, tak
(II) Metafora. Contoh : jejarum tawa
(III) Inversi. Contoh : kejam amat, sepatutnya amat kejam
9. Sudut pandangan orang pertama.
JAWAPAN
SOALAN ESEI
1. (a) Cerpen ini bertemakan tentang perjuangan untuk mempertahankan muzik tradisional yang
menjadi warisan bangsa yang semakin dilupakan akibat kemajuan teknologi komputer. ‘Aku’
kecewa apabila anak dan cucu-cucunya tidak berminat lagi dengan permainan tagung
kerana mereka lebih meminati permainan moden.
(b) Persolan tentang kepupusan penggunaan alat muzik tradisional akibat perubahan zaman.
Contoh : Tagung yang dulu digunakan dalam majlis keramaian semakin dilukan oleh
generasi muda
Persoalan kesedaran untuk menghargai warisan kesenian tradisional. Contoh : Ito memilih
untuk membuat kajian tentang permainan tagung dalam kebudayaan masyarakat di Borneo.
90
MADU ILMU
Persoalan tentang keruntuhan nilai murni akibat kemajuan teknologi. Contoh : Cucu-cucu
‘aku’ tidak mempedulikannya yang sedang mencari tagung kerana memberi perhatian
kepada permainan komputer.
Persoalan tentang pandangan generasi muda dengan generasi tua. Contoh : Ursula berasa
malu dan marah dengan kedegilan ayahnya yang ingin mempertahankan permainan tagung
dalam Pesta Kaamatan.
Contoh : Tagung yang dulu digunakan dalam majlis keramaian.
2. (a) Masyarakat yang menghargai alat muzik tradisional
Contoh : ‘Aku’ begitu mencintai kesenian warisan tradisional dan mahu
menghidupkannya semula tagung.
Masyarakat muda yang masih meminati muzik tradisional.
Contoh : Ito mahu membuat kajian tentang tagung yang menjadi warisan bangsanya.
Masyarakat yang suka kepada muzik moden.
Contoh : Pesta Kaamatan dan majlis perkahwinan meminggirkan pertunjukan tagung
kerana dianggap tidak menarik lagi.
Masyarakat semakin lalai dengan perkembangan komputer
Contoh : Cucu-cucu ‘aku’ begitu berminat dengan permainan komputer dan tidak tertarik
dengan permintaan ‘aku’nya untuk permainan tagung.
Masyarakat yang tidak menghormati orang tua.
Contoh : Perbezaan pendapat antara ‘aku’ dengan Ursula yang menentang cadangan
ayahnya untuk menghidupkan permainan muzik tagung. Begitu juga dengan sikap yang
ditunjukkan oleh Atin dan Atom yang mengeluarkan kata-kata tidak sopan kepada ‘aku’.
Masyarakat yang tidak menghormati orang tua
Contoh : perbezaan pendapat antara ‘aku’ dengan Ursula yang menentang cadangan
ayahnya untuk menghidupkan permainan muzik tagung.
(b) Kita hendaklah sentiasa menghargai warisan yang melambangkan jati diri bangsa.
Contoh : Ito mahu membuat kajian tentang tagung yang dimainkan oleh ‘aku’.
91
MADU ILMU
Kita hendaklah sentiasa menghormati orang tua dan tidak melukakan hati mereka.
Contoh : Atin dan Atom sepatutnya menghormati ‘aku’ walaupun sibuk bermain komputer.
Kita perlulah belajar mewarisi permainan alat muzik tradisional bagi kesinambungan warisan
budaya pada masa akan datang.
Contoh : Mesyuarat Pesta Kaamatan sepatutnya menerima cadangan ‘aku’ agar tagung
dibudayakan semula di kampung mereka.
Kita perlulah mencontohi perjuangan insan yang mempertahankan warisan budaya daripada
pupus ditelan zaman.
Contoh : Perjuangan dan kegigihan ‘aku’ mempertahankan tagung harus dicontohi.
Kita perlu memanfaatkan masa depan dengan sebaik-baiknya dengan melakukan perkara
yang mendatangkan faedah.
Contoh : Perjuangan ‘aku’ untuk menghidupkan kembali permainan tagung perlu diajar
kepada generasi muda agar tidak hilang.
3. (a) Cucu-cucunya tidak berminat lagi dengan permainan tagung dan lebih suka bermain
komputer.
Permainan tagung terpaksa bersaing dengan muzik moden seperti band.
Permintaan supaya tagung dihidupkan semula dalam masyarakat ditolak mentah-mentah oleh
semua ahli mesyuarat.
Ahli mesyuarat beranggapan atuk cuba mengambil kesempatan untuk membuat tagung.
Anaknya sendiri menentang persembahan tagung dalam pesta keamatan kerana dianggap
untuk simpanan muzium sahaja.
(b) Permulaan.
Pengarang memulakan cerita dengan peristiwa ‘aku’ mencari tutuntung. ‘Aku’ tidak
dipedulikan oleh dua orang cucunya iaitu Atom dan Atin kerana mereka sibuk bermain
permainan di komputer.
92
MADU ILMU
Perkembangan.
Pengarang mengembangkan cerita dengan kekecewaan ‘aku’ dengan sikap cucu cucunya
yang tidak acuh dengan tagung. Cucu-cucunya lebih gemar bermain komputer.
Pengarang turut menggarap teknik imbasan kembali apabila ‘aku’ teringat mendiang
isterinya Leona ketika dia memainkan alat muzik tradisional tagung.
“Aku’ turut teringat peristiwa dia menghadiri mesyuarat sempena Pesta Kaamatan. ‘Aku’
telah mencadangkan supaya tagung dijadikan hantaran perkahwinan dan dan lelaki harus
pandai memalu tagung.
Ahli mesyuarat salah anggap dengan cadangan ‘aku’ dan ada di antaranya beranggapan
‘aku’ cuba mengaut keuntungan hasil daripada cadangannya.
Konflik semakin rumit apabila ‘aku’ bertikam lidah dengan anaknya Ursula. Ursula malu
dengan tindakan bapanya ketika mesyuarat.
Cerita ini mencapai klimaks apabila Ito pulang bercuti dari pengajiannya di luar negara dan
menyatakan hasratnya untuk mengkaji tagung sebagai warisan kebudayaan di Borneo.
Peleraian.
‘Aku’ bersyukur kerana Ito cucunya menghargai tagung sebagai warisan kebudayaan
leluhurnya.
Pengakhiran
Pengarang mengakhiri cerita dengan ‘aku’ yang rasa bangga kerana masih ada yang
menghargai tagung.
93
MADU ILMU
CERPEN 6 : SIDANG PARA DUKUN DAN SINDROM – HASAN ALI
94
MADU ILMU
95
SIDANG PARA
DUKUN DAN
SINDROM
Watak dan Perwatakan Utama (Pak Badin)
dukun berbangsa MelayuSeorang yang penyayang terhadap
bangsanyamempunyai nilai jati diri Melayu
yang kuat.Seorang yang berimanSeorang yang cerdik.
TEMA:Mengisahkan tentang dukun Pak Badin yang berupaya mengemukakan idea bernas untuk mengubati pelbagai sindrom penyakit yang melanda masyarakat seluruh dunia pada hari ini.
PERSOALAN:Persoalan keruntuhan jati diri dalam
kalangan masyarakat. Persoalan memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Persoalan pengaruh budaya barat.
TEKNIK PLOT:1)Imbas Kembali – “… demikian Pak Badin mengingat-ingat.2)Dialog-“Silakan, pak dukun” Pengerusi mengangguk.
LATAR:latar masa-waktu malam iaitu ketika solat Tahajud.
latar tempat- dewan persidangan- kampong-Jalan Chow Kit Kuala Lumpur.
latar masyarakat- masyarakat Melayu yang bijaksana . -masyarakat yang mudah terpengaruh dengan kebudayaan barat.-Masyarakat yang angkuh.-masyasrakat yang beriman
NILAI:- Nilai bertanggungjawab terhadap masyarakat.- Nilai kasih sayang kepada masyarakat.- Nilai keadilan.
PENGAJARAN:Kita hendaklah bertanggungjawab sebagai ketua
dengan adilKita hendaklah menyelesaikan masalah dengan
bijaksanaKita mestilah menghindari diri kita daripada unsur
negatifKita mestilah berpegang teguh dengan ajaran agama.
SUDUT PANDANGANSudut pandangan orang ketiga terbatas
GAYABAHASADiksi- bahasa Arab seperti zakat,nisab,haul, tahajud. Simile- “… peserta sidang kelihatan macam rupa mayat” Repetasi- “Ya,ya, fikiran berlian” Sinkope- “Tapi… dengan bahasa Malaysia saja”.
MADU ILMU
SIDANG PARA DUKUN DAN SINDROM
1.
a) Nyatakan satu teknik plot yang digunakan oleh penulis dalam petikan di atas.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
b) Berikan dua persoalan yang diperoleh daripada cerpen tersebut.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2.
a) Siapakah nama penutur dialog di atas.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
b) Berikan dua contoh latar tempat yang terdapat dalam cerpen ini.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Lengkapkan jadual di bawah dengan gaya bahasa yang sesuai.
Petikan Gaya bahasa
Peserta sidang senyap sekejap seperti mencari
fikiran
96
Memang bahasa Inggeris jadi bahasa kebangsaan dunia,tentunya dia terasa rendah
kalau masih memerap dengan dunia bahasa Malaysia,demikian Pak Badin mengingat-
ingat.
Dipetik daripada cerpen Sidang Para Dukun Dan Sindrom
“Rupa-rupanya kerja dukun ini ada di mana-mana”. Kata Pak Badin menyangkut suatu
kemegahan dalam dirinya.
Dipetik daripada cerpen Sidang Para Dukun Dan Sindrom
MADU ILMU
“Ya, ya, fikiran berlian”
“Tapi… dengan bahasa Malaysia saja, tuan
pengerusi,” kata Pak Bidin sambil melihat
keliling.
4.
a) Berikan satu perwatakan Pak Badin berdasarkan petikan dan satu berdasarkan dalam
cerpen.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
b) Apakah sindrom yang berlaku di tanah air Pak Badin?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
SOALAN ESEI
1. Berdasarkan cerpen Sidang Para Dukun dan Sindrom karya Hasan Ali:
a) Huraikan tema bagi cerpen tersebut.
b) Jelaskan tiga persoalan yang terdapat dalam cerpen ini.
c) Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.
97
Pada malamnya, Pak Badin melakukan solat Tahajud, memohon kepada Tuhan Yang
Maha Kuasa,merahmatkan suatu formula bagi mengubat sindrom-sindrom di tanah
airnya!
Dipetik daripada cerpen Sidang Para Dukun Dan Sindrom
MADU ILMU
2. Berdasarkan cerpen Sidang Para Dukun dan Sindrom karya Hasan Ali:
a) Huraikan lima gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini.
b) Huraikan lima nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini.
JAWAPAN CERPEN SIDANG PARA DUKUN DAN SINDROM
Soalan Struktur
1 a) Teknik Imbas Kembali
b) - Kemerosotan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat.
- Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara.
2 a) Pak Badin
b) Dewan Persidangan , Kampung Pak Badin
3 a) - Simile
- Repetisi
- Sinkope
4 a) Seorang yang beriman
4 b) Sindrom mengagungkan budaya barat
Soalan Esei
1a) Tema
- Mengisahkan Dukun Pak Badin yang berupaya mengemukakan idea bernas untuk
mengubati pelbagai sindrom penyakit yang melanda masyarakat seluruh dunia.
- Contohnya dukun Pak Badin telah menjadi perhatian manusia seluruh dunia kerana
kejayaannya menyelesaikan beberapa jenis sindrom yang telah melanda umat manusia
pada abad ke-21.
98
MADU ILMU
b) Tiga persoalan ialah:
- Persoalan pengaruh budaya barat.
- Contohnya pengaruh bahasa inggeris dalam pertuturan Bahasa Melayu
- Persoalan kemerosotan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat.
- Contohnya Abdul Khalis merupakan watak yang melambangkan masyarakat yang
merosot nilai jati diri hingga malu untuk berbahasa Melayu.
- Persoalan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara.
- Contohnya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sepatutnya menjadi
kebanggaan rakyat Malaysia.
c) Lima pengajaran
- Kita mestilah memegang tanggungjawab dan amanah sebagai ketua dengan adil agar
tidak menimbulkan sebarang persengketaan.
- Kita mestilah menyelesaikan sesuatu masalah dengan jalan penyelesaian yang betul.
- Kita mestilah berpegang teguh kepada ajaran agama agar dapat memberi panduan kea
rah kehidupan yang sempurna.
- Kita haruslah menghindarkan diri daripada unsur-unsur luar yang tidak memberi
manfaat kepada bahasa dan bangsa.
- Kita haruslah mempunyai semangat sayang akan bangsa dan berusaha
mempertahankannya.
2 a) Lima gambaran masyarakat.
- Masyarakat Melayu yang bijaksana.
- Contohnya Dukun Pak Badin melambangkan masyarakat Melayu yang bijaksana dapat
menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam kalangan masyarakat negara luar.
- Masyarakat yang mudah terpengaruh kepada nilai barat.
- Contohnya Abdul Khalis mudah terpengaruh dengan budaya barat sehingga malu
menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.
- Masyarakat yang angkuh dan bodoh sombong.
- Contohnya ketua satu yang menjadi Tuk Sidang kampung tidak mahu menerima
cadangan yang baik daripada Pak Badin untuk membantu menyelesaikan masalah
masyarakat di kampung Melayu.
- Masyarakat yang mempunyai pelbagai masalah.
99
MADU ILMU
- Contohnya pelbagai masalah diutarakan sewaktu menghadiri suatu seminar yang
terbesar “Kelab dukun Dunia”.
- Masyarakat yang gigih berusaha.
- Contohnya Pak Badin gigih memohon kepada Tuhan agar diberikan formula untuk
menyelesaikan masalah dalam masyarakatnya.
- Masyarakat yang tidak mudah berputus asa.
- Contohnya Pak Badin berusaha memberikan formula untuk menyelesaikan masalah
dalam masyarakatnya.
b) Lima nilai murni
- Nilai bertanggungjawab
- Pak Badin mempunyai nilai bertanggungjawab yang tinggi untuk menyelesaikan
masalah dengan memberi pendekatan yang terbaik.
- Nilai kasih sayang
- Pak Badin sayang kepada masyarakatnya dengan sanggup mempertahankan
tindakannya dengan penuh dengan adat dan budaya selari dengan kehendak agama.
- Nilai keadilan
- Pak Badin memberikan jalan penyelesaian yang wajar dengan masalah yang terdapat di
negara para dukun yang lain.
- Nilai amanah
- Pak Badin amanah menjalankan tugasnya sebagai dukun.
- Nilai Cinta akan bangsa
- Pak Badin mempunyai nilai jati diri Melayu dan pegangan agama yang kuat
100
MADU ILMU
CERPEN 7: RINDU TANAH MALAYA – HASHIM LATIFF
1. PERSOALAN
2. WATAK DAN PERWATAKAN
3. PLOT
4. LATAR MASA
5. LATAR TEMPAT
6. LATAR MASYARAKAT
7. NILAI
8. PENGAJARAN
9. SUDUT PANDANGAN
10. GAYA BAHASA
11. GAYA BAHASA
SOALAN
101
MADU ILMU
CERPEN 8 : DI BAWAH LANGIT TAKUT-TAKUT – AMALIA FAUZA BOHARI
102
DI BAWAH LANGIT TAKUT-TAKUT
AMALIA FAUZA
BOHARI
TEMA
Bertemakan sekumpulan pelajar Akademik Seni Kebangsaan yang
menghabiskan musim cuti dengan melakukan lawatan kebajikan ke
wilayah Sulu Filipina
NILAI
Nilai keprihatinan
Nilai keinsafan
Nilai ketabahan
Nilai kasih sayang
Nilai kegigihan
PENGAJARAN
Kita hendaklah prihatin dengan penderitaan masyarakat yang dilanda peperangan
Kita hendaklah bersyukur berada di negara yang sentiasa aman dan damai
TEKNIK PLOT- Dailog , Contoh “Baik-baik Dani. Memang ini saja..”- Imbas Kembali. Contoh aku terkenangkan kata-kata- Pemerian, Contoh. Barangay Takut-Takut sebuah perkampungan
LATAR MASAWaktu tengah hariWaktu petang
LATAR TEMPATKampung air Barangay Takut-takutDi rumah RiniBandar CotabatoKedai Koperasi ibu Bariah
LATAR MASYARAKATMasyarakat yang tabah.Masyarakat yang prihatin
Masyarakat yang penyayangWATAK
Nazim-pelajar jurusan teater.
-Seorang yang ikhlas
Ardani-pelajar jurusan kreatif
-seorang yang ikhlas
Remy- pemberita media
-Seorang yang prihatin
PERSOALAN
- Persoalan ketabahan mengharungi
hidup.
- Persoalan semangat kejiranan
- Persoalan kasih-sayang dalam
keluarga.
-persoalan keikhlasan
SUDUT PANDANGAN
Orang pertama
MADU ILMU
SOALAN STRUKTUR
1.
a) Siapakah mak cik dalam petikan di atas?
___________________________________________________________________
b) Nyatakan teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Di mana latar tempat peristiwa di atas?
___________________________________________________________________
c) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
d) Mengapa mereka diburu oleh tentera kerajaan?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2. Berdasarkan kepada cerpen Di bawah Langit Takut-Takut karya Amalia Fauza Bohari:
a) Senaraikan tiga persoalan
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
103
Dulu kehidupan mak cik sekeluarga susah. Kami terpaksa lari masuk hutan
kerana sering diburu tentera kerajaan. Masa itu kalau mahu terus tinggal di
Bandar pun kami bimbangkan serangan mengejut pihak tentera. Hidup kami
sejak dulu lagi tak pernah senang. Jika ada suami pun masih terasa payahnya
meneruskan hidup dan menyara anak-anak yang masih kecil dan ramai pula.
Apatah lagi kebanyakan wanita di sini tak ada asas kemahiran hidup,
Dipetak daripada cerpen Di Bawah Langit Takut-Takut
MADU ILMU
b) Nyatakan tiga nilai kemanusiaan
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
c) Nyatakan lima latar masyarakat
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
3. Berdasarkan kepada cerpen Di bawah Langit Takut-Takut karya Amalia Fauza Bohari:
a) Nyatakan tema bagi cerpen tersebut.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
b) Senaraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam cerpen tersebut.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
SOALAN ESEI
1. Berdasarkan cerpen Di bawah Langit Takut-Takut karya Amalia Fauza Bohari:
a) Bincangkan perwatakan Rini.
b) Jelaskan citra masyarakat dalam cerpen ini.
2. Berdasarkan kepada cerpen Di bawah Langit Takut-Takut karya Amalia Fauza Bohari:
a) Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut.
b) Jelaskan tiga latar tempat yang terdapat dalam cerpen tersebut.
JAWAPAN SOALAN STRUKTUR
104
MADU ILMU
1.
a) Ibu Bariah
b) teknik imbas kembali
c) Bandar Cotabato
d) - pengulangan kata –kami
- sinkope-tak
- Kata ganda- anak-anak
e) Kerana mereka mengadakan pemberontakan untuk menuntut wilayah autonomi
daripada kerajaan Filipina
2.
a)
- Persoalan ketabahan mengharungi hidup
- Persoalan semangat kejiranan
- Persoalan kasih-sayang dalam keluarga.
b)
- Nilai keprihatinan
- Nilai keinsafan
- Nilai ketabahan
c)
- Masyarakat yang tabah
- Masyarakat yang prihatin
- Masyarakat yang penyayang
3. a) Bertemakan sekumpulan pelajar Akademik Seni Kebangsaan yang menghabiskan
musim cuti dengan melakukan lawatan kebajikan ke wilayah Sulu Filipina
b)
- Kampung air Barangay Takut-takut
- Di rumah Rini
- Bandar Cotabato
- Kedai Koperasi ibu Bariah
105
MADU ILMU
JAWAPAN SOALAN ESEI
1.
a) - Rini merupakan anak sulung daripada enam beradik
- Anak yatim. Contoh, telah kematian ayah akibat peperangan
- Seorang yang pendiam. Contoh, dia hanya berdiam diri ketika bertemu rombongan
sukarelawan dari Malaysia
- Seorang yang peramah. Contoh, dia mudah mesra dan tidak segan silu untuk
menceritakan tentang keperitan dan tekanan hidupnya akibat peperangan
- Seorang yang bercita-cita tinggi. Contohnya, dia bercita-cita menjadi doktor setelah
kematian adik bongsunya sarah akibat penyakit kolera
- Seorang yang penyayang. Contohnya Rini sangat menyayangi adik-adiknya.
b) - Masyarakat yang tabah. Contoh Masyarakat Moro tabah menjalani kehidupan yang
penuh dengan peperangan
- Masyarakat yang prihatin. Contoh sukarelawan Malaysia mengagihkan pakaian
kepada mangsa perang
- Masyarakat yang penyayang. Contoh Rini menyayangi adik-adiknya
- Masyarakat yang gigih mencari rezeki. Contoh kanak-kanak Moro melakukan apa
saja untuk mencari rezeki
- Masyarakat yang ikhlas. Contoh Adriani dan sahabatnya pergi ke Filipina untuk
menyampaikan sumbangan dengan penuh ikhlas
2. (a) Persoalan ketabahan. Contohnya, Rini begitu tabah menghadapi dugaan dan
cabaran hidupnya yang serba daif dan kekurangan
- Persoalan keberanian. Contohnya, Nazim begitu berani ke Barangay Takut-Takut
walaupun kawasan tersebut sering dilanda peperangan.
- Persoalan kesengsaraan. Rini dan keluarganya terpaksa hidup dalam keadaan
sengsara dan serba daif selepas kematian ayahnya.
- Persoalan keikhlasan. Nazim dan kawan-kawannya begitu ikhlas menjadi
sukarelawan untuk mengagihkan koleksi pakaian kepada penduduk di Barangay
Takut-Takut.
106
MADU ILMU
2. (b)
- Kampung air Barangay Takut-takut. Contohnya, tempat tinggal Rini dan
keluarganya
- Di rumah Rini. Nazim dan Ardani menemubual Rini
- Bandar Cotabato. Ardani bertemu dengan Ibu Bariah iaitu seorang penyelia di
Yayasan Wanita Bangsa Moro
- Kedai Koperasi ibu Bariah. Tempat Ibu Bariah bekerja sebagai penyelia
CERPEN 9 : BAGAI HEMBUSAN BAYU SENJA – JURI DURABI
1. TEMA
Bertemakan percintaan yang terhalang disebabkan berlainan agama. Perhubungan
Juliani dan Hardi terputus kerana dihalang oleh ibubapa juliani tidak bersetuju dia
berkahwin dengan hardi yang berlainan agama dengannya.
2. PERSOALAN
(a) Persoalan tentang ketaatan seorang anak kepada ibubapanya.
Contoh : Perhubungan Juliani dan Hardi terputus kerana dihalang oleh ibubapa
Juliani yang tidak bersetuju dia berkahwin dengan Hardi yang berlainan agama
dengannya. Juliani akur dengan permintaan ibu dan bapanya.
(b) Persoalan tentang sikap menghormati ibu bapa.
Contoh : Juliani menghormati permintaan ibu dan bapanya untuk memutuskan
perhubungan dengan Hardi dan sanggup dipindahkan tempat bekerja.
(c) Persoalan tentang persahabatan.
Contoh : Aziah adik Hardi telah menjalinkan persahabatan dengan Juliani sejak dari
zaman persekolahan hinggalah mereka bekerja.
(d) Persoalan tentang kekecewaan.
Contoh : Hardi begitu kecewa dengan pemergian Juliani dan putusnya cinta antara
merkeka.
(e) Persoalan tentang kasih sayang.
107
MADU ILMU
Contoh : Ikatan kasih sayang antara Hardi dan Juliani telah berputik semenjak
pertemuan pertama mereka. Walaupun telah berpisah dan berjauhan, Juliani masih
menyayangi Hardi.
(f) Persoalan tentang sikap yang tidak mahu membelakangkan keluarga.
Contoh : Juliani tidak bersetuju dengan cadangan Hardi untuk membawanya kahwin
lari.
3. WATAK DAN PERWATAKAN
(a) JULIANI
- Seorang gadis berbangsa Kadazan.
- Beragama Kristian.
- Bersahabat dengan Aziah adik Hardi sejak zaman persekolahan sehinggalah
mereka bekerja di tempat yang sama iaitu Jabatan Pendaftaran negara.
- Bermuka bujur sirih, kulit kuning langsat, lesung pipit di pipi, berambut panjang ke
paras bahu.
- Seorang yang tidak mahu membelakangkan ibu bapa. Contoh : Menolak
cadangan Hardi untuk kahwin lari.
- Seorang yang mengagumi agama Islam. Contoh : Surat Juliani kepada Hardi
menyatakan bahawa agama Islam boleh membawa insan ke arah kesejahteraan
hidup.
- Seorang yang mentaati ibu bapa. Contoh : Juliani akur dengan permintaan ibu dan
bapanya supaya memutuskan perhubungan dengan Hardi.
(b) HARDI
- Pemuda Melayu.
- Beragama Islam.
- Mempunyai fizikal yang tinggi lampai.
- Mempunyai seorang adik bernama Aziah.
- Telahpun bekerja.
- Seorang yang sangat menyayangi Juliani.
- Seorang yang sanggup membelakangkan keluarga. Contoh : Hardi mengajak
Juliani kahwin lari.
- Terpaksa berhadapan dengan kekecewaan dalam hidupnya disebabkan
percintaan yang terhalang.
108
MADU ILMU
4. PLOT
TEKNIK PLOT
(a) IMBAS KEMBALI
Hardi mengingat kembali detik-detik pertemuannya dengan Juliani yang akhirnya
membibitkan perasaan cinta. Bagaimanapun, percintaan mereka hanya separuh jalan
disebabkan ibu bapa Juliani menghalang perhubungan mereka. Hardi terpaksa
berhadapan dengan kekecewaan.
(b) MONOLOG LUARAN
Contoh : “Oh Julie, kau pergi jua rupanya! Sekarang aku sedar bahawa
selama ini aku hanya membina istana di atas pasir. Aku hanya
mengejar bebayangku sendiri,” keluh hardi dalam-dalam sambil
menumpukan pandangan ke arah laut yang sentiasa terbentang luas.
(c) DIALOG
Contoh : “Sanggupkah Julie mengikutku?” Tiba-tiba Hardi memecah
keheningan suasana yang sejak tadi sunyi tanpa suara.
“Ke mana?” Juliani menjadi kaget.
(d) PEMERIAN
Contoh : Dan, kini Hardi merasakan bahawa bayu tidak berpuput lagi.
Laut kematian irama. Bulan di dada langit berlindung di balik mega,
semacam ketawa mengiringi keretakan cinta antara Hardi dengan
Juliani. Hardi juga merasakan bahawa cinta juliani terhadapnya hanya
bagai hembusan bayu senja.
(e) SURAT KIRIMAN
Contoh : Salam rinduku untukmu, sesungguhnya tiada apa-apa yang dapat aku
persembahkan buatmu selain doa bersama airmata buat mengiringi
sebuah perjalanan dan kembara cinta yang retak.
Sekian, buatmu.
Daripadaku,
Julie.
109
MADU ILMU
BINAAN PLOT
(a) PERMULAAN
Pengarang memulakan cerita dengan peristiwa Hardi berjalan-jalan di tepi pantai
seorang diri. Pengarang menggunakan teknik imbas kembali dengan perisitiwa Hardi
terkenang bermulanya perkenalan di antara dia dan Juliani. Aziah adiknya telah
mengajak Juliani berkunjung ke rumahnya. Hasil dari pertemuan itu, hubungan
mereka semakin intim dan membibitkan perasaan kasih sayang.
(b) PERKEMBANGAN
- Pengarang mengembangkan cerita dengan peristiwa perhubungan Hardi dan
Juliani berjalan lancar pada mulanya.
- Berputik kegusaran di hati Hardi kerana takut perhubungan mereka akan
dihalang oleh keluarga Juliani disebabkan perbezaan agama.
- Hardi telah mengajak Juliani kahwin lari. Bagaimanapun, Juliani tidak mahu
mereka membelakangkan keluarga dan meminta Hardi bersabar.
- Juliani telah menghilangkan diri tanpa khabar berita dan Hardi berasa risau.
(c) KLIMAKS
- Cerita ini mencapai klimak apabila Hardi menerima surat daripada Juliani.
- Juliani menyatakan kesediaannya untuk memeluk agama Islam dan dia sangat
mencintai Hardi.
- Bagaimanpun, dia terpaksa akur dengan permintaan ibu dan bapanya untuk
memutuskan perhubungan mereka dan berpindah tempat bekerja.
(d) PELERAIAN
Hardi mengeluh seorang diri di tepi pantai mengenang kembali perhubungan separuh
jalan antaranya dengan Juliani .
(e) PENGAKHIRAN
Pengarang mengahiri cerita dengan kekecewaan Hardi dan dia terpaksa akur dengan
takdirnya.
5. LATAR MASA
(a) SENJA
110
MADU ILMU
Hardi menyusuri pantai seorang diri sambil berjalan mundar-mandir. Hari semakin
gelap dan kelihatan jalur merah di celah tompokan awan. Ketika itu, Hardi teringat
perkenalannya dengan Juliani.
(b) MALAM
Hardi bertemu dengan Juliani di tepi pantai dan mengajak Juliani kahwin lari. Juliani
gementar dengar permintaan Hardi.
(c) TIGA BULAN
Hardi resah kerana sudah tiga bulan tidak bertemu dengan Juliani mahupun
mendengar khabar berita daripadanya.
(d) ZAMAN MODEN
Pengarang menggunakan latar zaman moden dengan kewujudan panggung wayang
dan kehadiran para pelancong dari luar negara ke Pulau Singgah Mata.
6. LATAR TEMPAT
(a) TEPI PANTAI
- Hardi berjalan mundar-mandi di tepi pantai dan teringat perkenalanya dengan
Juliani.
- Hardi dan Juliani bertemu di tepi pantai pada satu malam yang disinari bulan dan
Hardi mengajak Juliani kahwin lari.
(b) RUANG TAMU RUMAH HARDI
Tempat bermulanya perkenalan antara Hardi dan Juliani ketika Aziah adiknya
mengajak Juliani berkunjung ke rumah abangnya.
(c) PULAU SINGGAH MATA
Pulau yang bertentangan dengan pantai yang selalu dikunjungi oleh Hardi dan
Juliani. Pulau tersebut merupakan tempat tumpuan pelancong luar negeri disebabkan
kecantikan panoramanya.
7. LATAR MASYARAKAT
(a) Masyarakat yang mentaati orang tua. Contoh : Juliani akur dengan kehendak ibu dan
bapanya supaya memutuskan perhubungan dengan Hardi.
111
MADU ILMU
(b) Masyarakat yang menjalinkan persahabatan walaupun berlainan agama. Contoh :
Aziah dan Juliani bersahabat dan menjadi kawan rapat sejak dari bangku sekolah
sehinggalah ketika mereka sudah bekerja walaupun mereka berlainan agama.
(c) Masyarakat yang berlainan agama, tetapi saling mencintai antara satu sama lain.
Contoh : Hardi dan Juliani telah menjalinkan hubungan cinta walaupun mereka
berlainan agama dan kepercayaan.
(d) Masyarakat yang tegas dengan pendirian. Contoh : Juliani tegas dengan pendiriannya
yang tidak mahu dia dan Hardi kahwin lari dan membelakangkan keluarga.
8. NILAI
(a) Nilai kasih sayang. Contoh : Perasaan kasih sayang telah terjalin antara Hardi dan
Juliani walaupun berlainan agama.
(b) Nilai hormat-menghormati. Contoh : Aziah dan Juliani saling hormat menghormati
walau pun berlainan agama sehingga persahabatan mereka berkekalan dari bangku
sekolah hingga kea lam pekerjaan.
(c) Nilai ketaatan. Contoh : Juliani taat dengan permintaan ibu dan bapanya supaya
berpisah dengan Hardi.
9. PENGAJARAN
(a) Kita hendaklah menanamkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain
walaupun berlainan agama, bangsa dan kepercayaan.
(b) Kita mestilah tabah dalam menghadapi cabaran hidup dan berhadaan dengan
kekecewaan.
(c) Kita mestilah menghormati keputusan ibu bapa dan mentaati mereka.
(d) Kita janganlah membelakangkan keluarga dalam membuat sesuatu keputusan.
(e) Kita hendaklah mementingkan hubungan kekeluargaan.
10. SUDUT PANDANGAN
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga dengan memfokuskan kepada
watak Hardi. Pengarang dapat member gambaran fizikal dan perasaan Hardi. Pengarang
turut memfokuskan watak Juliani dan Aziah dalam cerita ini.
11. GAYA BAHASA
(a) Kata ganda.
112
MADU ILMU
Contoh : tiba-tiba, mundar-mandir, berkobar-kobar
(b) Simile.
Contoh : Bulan di dada langit berlindung di balik mega, semacam ketawa mengiringi
keretakan cinta antara hardi dengan Juliani.
(c) Sinkof.
Contoh : nak, ni, jua, ku
(d) Simpulan bahasa.
Contoh : mati akal, menconteng arang di maua
(e) Personifikasi.
Contoh : Rambut Juliani yang panjang hingga paras bahu itu menari-nari ditiup angin.
(f) Repitisi perkataan.
Contoh : Hari demi hari perkenalan Hardi dan Juliani semakin mesra, hingga akhirnya
menimbulkan bibit-bibit cinta antara kedua-dua insan yang berlainan agama itu.
(g) Hiperbola.
Contoh : Deruan ombak yang sesekali menghempas dan menghanyutkan pasir-pasir
yang amat setia diperlakukan begitu kejam oleh sang ombak yang tidak mengenal
belas kasihan itu.
(h) Ayat pendek.
Contoh : Sekusut-kusutnya
(i) Ayat panjang.
Contoh :
Salam rinduku untukmu, sesungguhnya tiada apa-apa yang dapat aku
persembahkan buatmu selain doa bersama airmata buat mengiringi sebuah
perjalanan dan kembara cinta yang retak.
SOALAN
SOALAN STRUKTUR
1.
Hari demi hari perkenalan Hardi dan Juliani semakin mesra, hingga
akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara kedua-dua insan yang
berlainan agama itu. Dan, perkenalan mereka tidak berakhir begitu saja,
bahkan mereka sudah pernah berjalan berdua-duaan.
113
MADU ILMU
(a) Jelaskan gaya bahasa dalam petikan di atas.
(b) Apakah kesudahan percintaan Hardi dan Juliani?
2. Berdasarkan contoh dalam jadual dibawah, nyatakan teknik penceritaan yang digunakan.
Contoh Teknik penceritaan
(a) Hardi teringat perkenalannya dengan Juliani.
(b) “Oh Julie, kau pergi jua rupanya! Sekarang aku sedar
bahawa selama ini aku hanya membina istana di atas
pasir. Aku hanya mengejar bebayangku sendiri,” keluh
hardi dalam-dalam sambil menumpukan pandangan
ke arah laut yang sentiasa terbentang luas .
(c) Sanggupkah Julie mengikutku?” Tiba-tiba Hardi
memecah keheningan suasana yang sejak tadi sunyi
tanpa suara.
“Ke mana?” Juliani menjadi kaget.
(d) Hati Juliani tiba-tiba jadi gementar. Gementar bukan
alang-kepalang.
SOALAN ESEI
1. Berdasarkan cerpen Bagai Hembusan Bayu Pagi, karya Juri Durabi;
(a) Huraikan nilai yang terdapat dalam cerpen.
(b) Nyatakan mesej yang disampaikan oleh pengarang.
JAWAPAN SOALAN STRUKTUR
1. (a) - Pengulangan kata. Contoh : hari
- Ayat panjang. Contoh : Hari demi hari perkenalan Hardi dan Juliani semakin mesra,
hingga akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara kedua-dua insan yang
berlainan agama itu.
- Kata ganda. Bontoh : bibit-bibit
(b) Percintaan antara Hardi dan Juliani berakhir dengan perpisahan.
114
MADU ILMU
2. (a) Imbas kembali
(b) Monolog luaran
(c) Dialog
(d) Pemerian
JAWAPAN SOALAN ESEI
1. (a) Nilai kasih sayang.
Contoh : Juliani dan Hardi saling sayang menyayangi antara satu sama lain.
Nilai ketaatan.
Contoh : Juliani taat kepada ibubapanya dan sanggup memutuskan hubungan
dengan Hardi.
Nilai hormat-menghormati.
Contoh : Aziah dan Juliani merupakan kawan rapat dan saling hormat-menghormati
antara satu sama lain.
(b) Kita hendaklah menanamkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain
walaupun berlainan agama, bangsa dan kepercayaan.
Kita mestilah tabah dalam menghadapi cabaran hidup dan berhadaan dengan
kekecewaan.
Kita mestilah menghormati keputusan ibu bapa dan mentaati mereka.
Kita janganlah membelakangkan keluarga dalam membuat sesuatu keputusan.
Kita hendaklah mementingkan hubungan kekeluargaan.
115
MADU ILMU
116