lidah

2
Lidah (Deria Rasa) Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured chemicals). Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa. Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut. Kawasan rasa lidah manusia. Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin (salty), masam (sour) dan pahit (bitter). Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds). Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty). Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan. Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu sahaja. Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing- masing sensitif terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja. Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit, manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

Upload: sufi

Post on 28-Jan-2016

77 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Lidah

TRANSCRIPT

Page 1: Lidah

Lidah (Deria Rasa) Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured chemicals). Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa. Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut. Kawasan rasa lidah manusia.

Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin (salty), masam (sour) dan pahit (bitter).

Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds). Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty).

Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan.

Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu sahaja.

Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-

masing sensitif terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja.

Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit, manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

Page 2: Lidah

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:

Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair (liquid form).

Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut

untuk melarutkan makanan.

Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk mencetuskan impuls.

Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan

sebagai rasa.

Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa (tastes).