learning and cognition assignment elc612 nurhafizah binti uteh e60105140028

26
ASSIGNMENT SEPTEMBER 2014 SEMESTER SUBJECT CODE : ELC 612 SUBJECT TITLE : LEARNING AND COGNITION LEVEL : MASTER OF EDUCATION STUDENT’S NAME : NURHAFIZAH BINTI UTEH MATRIC NO. : E60105140028 PROGRAMME : E601 MASTER OF EDUCATION ACADEMIC FACILITATOR : DR MAULANA MAGIMAN LEARNING CENTRE : BINTULU SARAWAK

Upload: nuak84

Post on 16-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

learning and cognition

TRANSCRIPT

  • ASSIGNMENT

    SEPTEMBER 2014 SEMESTER

    SUBJECT CODE

    : ELC 612

    SUBJECT TITLE

    : LEARNING AND COGNITION

    LEVEL : MASTER OF EDUCATION

    STUDENTS NAME

    :

    NURHAFIZAH BINTI UTEH

    MATRIC NO.

    : E60105140028

    PROGRAMME

    : E601 MASTER OF EDUCATION

    ACADEMIC

    FACILITATOR

    : DR MAULANA MAGIMAN

    LEARNING CENTRE

    : BINTULU SARAWAK

  • BAHAGIAN A:

    SOALAN 1:

    BAGAIMANA MASALAH INGATAN MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN?

    Memori (ingatan) merupakan proses mental yang membantu manusia menyimpan

    perkara-perkara yang telah dipelajari dan kemudian mengeluarkannya semula sebagai respon

    dalam situasi yang diperlukan. Contohnya, dalam proses menyelesaikan masalah atau dalam

    aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya. Ingatan juga bermaksud sebagai

    kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan

    pengalaman untuk disimpan dalam otak mereka. (Atan Long, 1986)

    Merujuk kepada artikel understanding memory difficulties, masalah ingatan

    dikaitkan dengan memori jangka pendek dan perkaitan ini berhubung dengan masalah

    disleksia dan psikologi perkembangan literasi (bahasa) dan bukannya pemahaman kita

    tentang kesukaran mengingat dalam tempoh jangka masa pendek.

    Berikut merupakan contoh-contoh kesan/ impak daripada masalah mengingat:

    1) Mengorganisasi/ menyusun atur

    Hasil daripada kajian mendapati kanak-kanak yang mempunyai masalah ingatan

    adalah kanak-kanak yang kurang teratur. Kurang teratur ini adalah dari segi mengendalikan

    urusan seharian serta pembahagian masa. Kanak-kanak yang tidak diatur jadual seharian dan

    tidak diajar untuk membahgikan masa serta kurang berdisiplin dari segi urusan seharian

    mudah untuk menjadi pelupa.

    2) Perhatian

    Murid yang mempunyai masalah memori yang terhad akan bermasalah untuk fokus di

    dalam kelas. Oleh yang demikian, murid akan menjadi kurang minat untuk belajar selain

    tidak mengingat apa yang dipelajari di dalam kelas. Kenyataan ini disokong oleh beberapa

    kajian berkaitan yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang mempunyai tahap memori yang

    terhad cenderung untuk tidak memberi perhatian yang lama di dalam kelas dan mudah lupa

    apa yang diajar. (Gathercole & Alloway, 2008)

  • 3) Menulis

    Jika murid diberikan dua tugas dengan serentak pada satu masa, iaitu diarah untuk

    menulis dan mendengar apa yang diajar, agak sukar bagi murid untuk mendengar dan

    memahami pengajaran di dalam kelas. Murid juga mudah hilang tumpuan pada penerangan

    guru jika sibuk menulis terutama daripada papan tulis.

    4) Mengeja

    Menyebut adalah satu kaedah yang baik untuk menguji dan melatih mengeja. Walau

    bagaimanapun, kanak-kanak yang mengalami masalah ingatan berjuang dengan penyahkodan

    dan memahami struktur fonologi dengan perkataan yang ditutur. Mereka mempunyai masalah

    dalam mengingati huruf dalam perkataan.

    5) Belajar nama huruf dan bunyi huruf

    Murid perlu mempelajari kedua-dua nama huruf dan bunyi huruf dan diakui bahawa

    hanya sebilangan kecil murid yang mengalami masalah pembelajaran yang berhadapan

    masalah mempelajari nama huruf (Turner dan Bodien, 2007). Adalah penting untuk

    mengetahui hubungan antara kenal huruf dengan tahu bunyi huruf. Untuk kanak-kanak yang

    menghadapi masalah ini, dicadangkan bahawa hendaklah guru mengajar membunyikan huruf

    bersama-sama dengan bahan bantu belajar seperti kad huruf atau huruf bermagnetik.

    6) Pemahaman membaca

    Matlamat membaca adalah memahami apa yang dibaca, namun begitu, kapasiti

    memori kerja yang terhad memberi kesan besar kepada masalah untuk memahami apa yang

    dibaca. Tuntutan dalam sesuatu tugasan yang berkaitan membaca adalah biasanya

    memerlukan murid untuk menggabungkan perkataan-perkataan menjadi ayat yang bermakna.

    Kanak-kanak disleksia menghadapi masalah untuk memahami maksud dari teks.

    Mereka mempunyai masalah menggabungkan bunyi suku kata. Penggabungan adalah satu

    kebolehan untuk memproses bunyi huruf dengan suku kata seterusnya membunyikan

    perkataan dan menjadikannya satu ayat yang bermakna. Ini merupakan satu proses yang

  • kompleks bagi kanak-kanak disleksia yang mudah lupa kerana kapasiti memori yang terhad

    lalu tidak disimpan dalam memori jangka panjang (Choong, 2008).

    Memori kerja merujuk kepada penyimpanan maklumat dalam ingatan jangka pendek

    untuk beberapa saat atau minit sebelum maklumat tersebut mejadi kabur atau dilupakan.

    Secara puratanya, orang dewasa tidak dapat menyimpan lebih daripada enam atau tujuh unit

    maklumat dalam memori jangka pendek. Menurut Gathercole dan Alloway (2008), apabila

    seseorang kanak-kanak itu terganggu atau diganggu perhatiannya semasa mereka

    menggunakan memori kerja, proses tersebut akan hilang dan kanak-kanak tidak dapat

    mengulang semula dari bahagian yang diganggu tadi. Mereka perlu mengulang semula

    perkara tersebut dari awal.

    Dalam perkara ini, dapat dilihat bahawa dalam sesebuah kelas tahun satu (7 tahun)

    yang secara puratanya mempunyai bilangan murid lebih kurang 30 orang, mempunyai

    pelbagai aras keupayaan kapasiti memori kerja. Kebarangkalian untuk mempunyai pelajar

    yang mempunyai kapasiti memori kanak-kanak yang berusia 4, 5 atau 6 dan mungkin juga 10

    tahun adalah tinggi di dalam kelas murid tahun satu yang berumur 7 tahun ini. Oleh itu,

    kepelbagaian tahap keupayaan mental murid ini mempunyai impak yang signifikan terhadap

    pembelajaran dan kebolehan untuk menguasai strategi pembelajaran yang pelbagai pada masa

    sekarang.

    Memori jangka panjang pula merujuk kepada penyimpanan maklumat secara tetap

    dalam pelbagai bahagian dalam otak manusia. Harus diketahui bahawa untuk mengeluarkan

    maklumat dalam memori jangka panjang, sesuatu itu haruslah mempunyai maksud dan

    berkait dengan maklumat yang sedia ada. Agak sukar mengeluarkan maklumat sedia ada jika

    maklumat baru tidak berkaitan. Contohnya, kanak-kanak akan sukar membaca jika belajar

    mengeja suku kata dengan bunyi dan ejaan secara berasingan.

    Hasil daripada kajian yang dilaksanakan oleh Everette, Weeks dan Brook (2008)

    mendapati bahawa berbanding mengawal kanak-kanak dengan disleksia, kelemahan bahasa

    yang spesifik dengan masalah pembelajaran sederhana menunjukkan prestasi yang lemah

    secara signifikan dalam kesedaran fonologi, sebutan yang cepat (rapid naming) dan

    perkembangan lisan. Begitu juga dengan prestasi kanak-kanak yang mempunyai masalah

    dispraksia, EBD dan ADD yang mana tidak berbeza secara signifikan

  • SOALAN 2:

    STRATEGI INTERVENSI YANG MEMBANTU MURID BERMASALAH

    PEMBELAJARAN.

    Memori jangka pendek merujuk kepada maklumat yang hanya dapat disimpan tanpa

    memanipulasikannya dalam apa cara sekalipun. Jika ingatan kepada maklumat ini diberikan

    perhatian, maka memori bekerja telah digunakan. Dalam kehidupan seharian, memori jangka

    pendek merujuk kepada sesuatu ingatan yang tidak dapat disimpan walaupun hanya untuk

    setengah jam. Konsep sebegini selalu digunakan oleh ibu bapa dalam memahami kenapa

    anak-anak mereka mudah lupa perkara yang dibelajar. Terdapat juga kanak-kanak yang

    memerlukan pengulangan yang banyak dalam jarak waktu yang singkat sebelum sesuatu

    perkara dipindahkan ke dalam penyimpanan memori jangka panjang. Kadang-kadang lebih

    dari pengulangan dan latihan diperlukan untuk cukup menyimpan maklumat dalam memori

    jangka panjang tersebut. Gathercole dan Alloway mencadangkan beberapa prinsip intervensi

    untuk memori kerja:

    1) Mengenalpasti kegagalan memori kerja iaitu;

    - Tidak dapat mengingat sepenuhnya

    - Gagal untuk menurut arahan

    - Mengulang kesalahan

    - Mengabaikan tugasan

    2) Memantau kanak-kanak

    - Kenal pasti tanda-tanda memori kerja berlebihan iaitu seperti yang dinyatakan

    dalam prinsip di atas.

    - Bertanya secara terus kepada anak apa yang mereka lakukan

    3) Menilai aktiviti pembelajaran

    - Item yang perlu diingat tidak dibenarkan terlalu panjang/ banyak

    - Kandungan aktiviti yang tidak biasa didengar atau dilihat serta tempat yang tidak

    bermakna dikira sebagai beban kepada memori kerja

  • - Untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah mengingat, aktiviti yang

    memerlukan mereka mengenalpasti dan menggabungkan bunyi lebih daripada dua

    fonik dikira sebagai satu beban.

    4) Mengurangkan muatan memori

    - Kurangkan jumlah bahan contohnya: guna ayat yang lebih pendek. Beri arahan

    dengan gaya sekali agar kandungan arahan mudah diingat.

    - Meningkatkan bahan yang lebih dikenali dan bermakna

    - Ringkaskan pemprosesan mental (contoh: tatabahasa ayat yang mudah. Pastikan

    anak-anak mengenal bunyi suku kata lebih banyak.

    - Susun semula tugasan yang kompleks pecahkan tugasan menjadi satu-satu.

    5) Bersedia untuk mengulang

    - Tidak semua kanak-kanak memerlukan pengulangan. Kenal pasti strategi untuk

    untuk mengulang mengikut keperluan murid. Galakkan murid yang mempunyai

    masalah mengingat untuk membuat sesi pengulangan bersama pasangan yang

    mempunyai memori yang baik.

    6) Galakkan penggunaan bahan/ alatan untuk mengingat

    - Murid boleh menggunakan kad memori tersendiri

    - Bahan bantu belajar menulis (bahan bantu mengeja)

    - Bahan bantu matematik (jari, kad memori, jadual sifir)

    - Alat mendengar

    - Perisian computer

    7) Strategi untuk mengembangkan memori dengan menggunakan kanak-kanak itu

    sendiri

    - Meminta bantuan

    - Latihan/ amali

    - Buat catatan untuk setiap tugasan yang telah dilaksanakan

    - Guna memori jangka panjang

    - Letakkan strategi yang tersusun menggunakan diagram, carta alir untuk lihat

    struktur tugas

  • Guru dinasihati untuk lebih sabar. Berikut adalah tambahan intervensi untuk membantu

    murid yang bermasalah untuk mengingat:

    - Beri arahan ringkas dan satu persatu pada satu masa.

    - Beri masa tambahan untuk murid berfikir dan memproses apa yang didengari.

    - Letakkan murid dalam posisi yang mudah untuk berkomunikasi, sebagai contoh,

    di bahagian hadapan kelas dekat dengan guru.

    - Ulang kata kunci atau frasa

    Menulis:

    - Elakkan menulis semula daripada papan tulis

    - Benarkan kaedah alternatif untuk mengingat seperti, peta minda, diagram dan

    sebagainya

    - Perkenalkan menulis secara bersambung untuk kurangkan kesukaran orientasi dan

    penemuan tempat

    Oleh itu, berikut adalah pendekatan untuk bantu murid mengingat dalam mengeja:

    - Menyebut keseluruhan ayat

    - Minta murid untuk mengulang

    - Sebut sekali lagi dan secara jelas

    - Murid menyebut secara jelas dan kuat sambil menulis ayat tersebut

    - Murid diminta membaca dengan kuat apa yang ditulis

    - Pembetulan terakhir dicadangkan jika murid tersebut gagal untuk memahami

    Kanak-kanak bermasalah pembelajaran menghadapi masalah ingatan yang

    menjadikan pembelajaran itu sukar/ sulit. Adalah penting untuk guru itu menguji tahap

    keupayaan memori dalam strategi yang digunakan. Dalam intervensi yang dijalankan,

    hendaklah dipastikan juga bahawa strategi tersebut sesuai dengan tahap memori kanak-kanak

    itu.

  • BAHAGIAN B:

    (Berdasarkan artikel B.F Skinner(1989) : The Origins of Cognitive Thought)

    A) BAGAIMANA SKINNER MENDEFINISIKAN SIKAP?

    Sikap ialah keadaan akal fikiran atau proses kognitif. Ia menunjukkan bagaimana

    badan kita bertindak balas apabila kita melakukan sesuatu. Sikap ialah satu konsep perasaan,

    ungkapan yang dirasai oleh seseorang terhadap orang lain. Boleh jadi ia adalah satu penilaian

    yang positif atau negative mengenai aktiviti, manusia, peristiwa dan objek.

    Sikap merujuk kepada keadaan yang terdapat pada tubuh seseorang. Emosi dan

    tingkah laku adalah dipengaruhi oleh sikap seseorang. Sikap sukar untuk diperhatikan secara

    telus tetapi dapat dilihat melalui reaksi yang ditunjukkan individu.

    Berdasarkan artikel, Skinner menggunakan sikap untuk merujuk kepada kemungkinan

    yang mana sikap ialah kedudukan, postur atau ekspresi sesuatu tindakan yang ditimbulkan

    apabila kita hendak melakukan sesuatu. Kebarangkalian digunakan untuk mengukur sikap

    minda ke arah beberapa dalil daripada kebenaran yang kita tidak pasti. Sebagai contoh,

    seseorang pelakon akan bergaya untuk penggambaran sebagai menunjukkan perkaitan apa

    yang mereka lakukan atau yang akan dilakukan pada masa tertentu.

    Kita menggunakan sikap untuk berkomunikasi dengan orang lain atau untuk

    menyatakan emosi kita. Contohnya, Ali menunjukkan sikap santai dan tenang semasa

    menunggu upacara pembukaan sesuatu majlis, manakala si Abu menunjukkan sikap negatif

    untuk belajar.

    .

    Sikap juga dipengaruhi oleh kecenderungan untuk melakukan sesuatu walaupun ianya

    sangat sukar dilakukan. Apabila kita berkeinginan untuk melakukan sesuatu kita akan

    bertekad dan bersemangat melakukannya sehingga tercapai. Keadaan ini dapat dilihat melalui

    pelajar sarjana itu sendiri. Tempoh masa yang ditetapkan untuk menyiapkan tugasan,

    membuatkan pelajar-pelajar bertungkus lumus menyiapkannya. Walaupun dalam keadaan

    yang amat sukar ditambah lagi dengan bebanan kerja yang tidak pernah kurang lebih-lebih

    lagi di hujung tahun menghampiri cuti persekolahan. Namun kecenderungan untuk

  • menyiapkan tugasan menuntut pengorbanan masa sehingga terpaksa bersengkang mata

    hingga ke tengah malam. Kecenderungan untuk melakukan sesuatu ini sangat berkait dengan

    niat kita.

    Kata-kata yang menunjukkan tindakan kemungkinan, ia seolah-olah merujuk kepada

    sesuatu yang berlaku pada masa akan datang yang gagal untuk bertindak sekarang. Skinner

    menganggap bahawa sikap menyebabkan tingkah laku dan tingkah laku dipengaruhi oleh

    akibatnya. Tingkah laku operan oleh teori Skinner berpendapat bahawa kelakuan seseorang

    adalah sangat dipengaruhi oleh kesan-kesan yang berada di masa lalu, dan akibat masa lalu

    yang meninggalkan kesan yang besar ke atas tingkah laku masa depan. Pendek kata ia boleh

    difahami bahawa apa sahaja yang kita lakukan sekarang adalah berdasarkan kepada apa yang

    telah berlaku pada masa lalu, bukan sesuatu yang akan berlaku pada masa akan datang.

    Tingkah laku operan merujuk kepada tingkah laku yang boleh dikawal oleh seseorang

    individu.

    B) APAKAH MAKSUD SKINNER DENGAN PENYATAAN LEARNING IS

    NOT DOING, IT IS CHANGING WHAT WE DO?

    Menurut skinner, sesuatu dilakukan disebabkan oleh kesan sebelumnya. Pembelajaran

    adalah suatu tindakan membina pengetahuan dan bukannya tingkah laku melakukan. Kita

    boleh melihat tingkah laku yang berubah tetapi tidak melihat perubahan pada kemajuan atau

    pendek kata tiada kemajuan. Maksudnya di sini, kita hanya melihat pada hasil akhir tetapi

    tidak melihat bagaimana mereka membawa perubahan tersebut.

    Kita dapat melihat akibat daripada pengukuhan tetapi bukan bagaimana pengukuhan

    itu menyebabkan perubahan itu berlaku. Oleh kerana kesan pengukuhan tidak berlaku serta

    merta, kadang-kadang kita terlepas pandang akan perhubungan antara kesan pengukuhan

    dengan tingkah laku yang telah berubah. Tingkah laku kerap dikatakan sebagai sesuatu yang

    berkembang atau membangun. Asalnya membangun diertikan seperti membuka sepucuk

    surat. Apa yang kita lihat tertera di atas sekeping surat memang sudah berada di situ sebelum

    kita membuka surat tersebut.

    Penyimpanan dan pemerolehan menjadi lebih rumit dan rencam apabila kita belajar

    dan mengingat bagaimana sesuatu itu dilakukan. Adalah mudah untuk meniru apa yang kita

  • lihat tetapi tidak mudah untuk meniru atau membuat salinan tentang apa-apa sahaja yang kita

    telah lakukan. Kita boleh memberi contoh tingkah laku untuk ditiru oleh orang lain tetapi

    contoh tingkah laku itu sendiri tidak dapat disimpan. Penyelesaian secara tradisional ialah

    beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data.

    Kita boleh katakan yang organisma belajar dan menyimpan peraturan. Contohnya

    seekor tikus yang lapar menekan tuas maka alat pemberi makanan akan bergerak dan

    berbunyi sebagai tanda keluarnya makanan yang dialirkan ke mangkuk makanan. Apabila

    tikus itu mendapat makanan, secara tiba-tiba kekerapan tikus itu menekan tuas meningkat.

    Ahli psikologi kognitif ingin mengatakan bahawa tikus telah mempelajari satu hukum. Tikus

    tersebut telah mengetahui dan mengingat bahawa menekan tuas akan menghasilkan makanan

    dan perbuatan ini merupakan penjelasan kita terhadap kontigensi yang dibina dalam peralatan

    tersebut. Tidak ada alasan yang mengatakan bahawa tikus itu yang memformulasi dan

    menyimpan penjelasan tentang tuas tersebut. Boleh dikatakan kontigensi peralatan itu telah

    mengubah tikus itu dan tikus itu meneruskan kehidupannya sebagai seekor tikus yang sudah

    berubah.

    Kehendak terhadap sesuatu juga mengubah apa yang kita lakukan. Banyak istilah

    kognitif menggambarkan bahawa terdapat keinginan yang kuat tidak dapat dicapai kerana

    beberapa kekurangan tertentu. Melakukan perkara sebegini sangat sukar tetapi apabila

    semangat yang kental utuk menyelasaikannya walau pun merasa kesakitan tetap dilakukan

    juga kerana kita benar-benar mahu. Kadang-kadang kita sukar untuk membezakan antara

    kehendak dengan keperluan. Memenuhi kehendak yang kita inginkan akan menyebabkan

    keperluan lain perlu dipenuhi. Sebagai contoh, kita inginkan sesuatu untuk di makan tetapi

    kita perlukan kenderaan seperti teksi untuk membawa kita ke sana. Membayar perkhidmatan

    teksi dianggap sebagai keperluan lain yang perlu dipenuhi untuk mencapai kehendak yang

    kita inginkan.

    Semua situasi yang disebutkan di atas merupakan idea asal Skinner yang menyatakan

    pembelajaran memang tidak berlaku tetapi tingkahlaku kita banyak dipengaruhi oleh situasi

    sebenar kehidupan. Pembelajaran dianggap berlaku dengan adanya perubahan pada cara,

    tingkah laku, sikap kita apabila melakukan sesuatu itu. Itulah yang dikatakan pembelajaran.

  • C) BAGAIMANA SKINNER MENERANGKAN PEMIKIRAN?

    Merujuk kepada penjelasan Skinner mengenai unsur-unsur yang membentuk sikap

    seseorang manusia di dalam artikel ini. Salah satu unsur yang membentuk sikap selain

    perasaan dan perilaku ialah proses kognitif. Berfikir pula merupakan salah satu aktiviti

    mental dalam proses kognitif. Proses kognitif ini kerap kali dijadikan rujukan untuk aspek-

    aspek tertentu perilaku seseorang. Maksudnya perilaku seseorang atau tindakan seseorang

    turut ditentukan oleh apa yang difikirkan oleh seseorang individu itu.

    Pemikiran dari perspektif Skinner adalah sering dirujuk sebagai perilaku yang lemah.

    Apa yang saya fahami tentang berfikir dianggap sebagai perilaku yang lemah ialah apabila

    seseorang itu sedang mempertimbangkan sesuatu perkara contohnya dia bercadang untuk

    melanjutkan pengajian ke peringkat Master tetapi belum bertindak atau tidak melakukan

    sebarang tindakan untuk merealisasikan cadangan itu, maka saya beranggapan itu adalah

    contoh tingkah laku yang lemah kerana perkara itu kekal sebagai suatu cadangan yang hanya

    berada dalam mindanya. Selain itu, jika kita tidak bersedia untuk mengatakan, Dia silap,

    maka kita selalunya akan mengatakan, Saya fikir dia silap. Ada kemungkinan apabila

    seseorang menggunakan frasa Saya fikirbahasa tubuhnya akan secara tidak disedari akan

    memberi isyarat bahawa dia berada dalam keadaan yang kurang pasti. Contohnya dia akan

    menggaru leher di bahagian bawah cuping telinganya dengan menggunakan jari telunjuk.

    Berfikir boleh menghasilkan tindakbalas yang lebih tepat. Misalnya menyelesaikan

    masalah matematik. Perkara asas pengiraan matematik ada empat iaitu tambah, tolak, darab

    dan bahagi. Soalan mudah asas matematik senang dijawab bagi yang faham. Tetapi apabila

    soalan yang dikemukakan susah sedikit, maka untuk menjawab dengan tepat perlukan

    pemikiran yang tajam dan memori yang kuat terutama terhadap formula-formula yang

    digunakan untuk menyelesaikan masalah. Kemudiaannya, pemikiran digunakan dengan

    menghasilkan idea lebih kreatif untuk mengubah suai formula bagi lebih memudahkan

    seseorang itu menjawab. Pemikiran sebegini menunjukkan betapa seseorang itu bijak atau

    sebaliknya.

    Selain itu fikir juga dikaitkan dengan perilaku melakukan sesuatu untuk

    mencetuskan tingkah laku yang lain. Contohnya jalan penyelesaian kepada masalah tidak

  • dapat mengakses Personal Learning Space kerana terlupa kata laluan. Saya akan

    menghubungi bahagian teknikal untuk mendapatkan kata laluan baharu. Fikir juga dikaitkan

    tanggungjawab untuk melakukan, contohnya untuk mengelakkan kesilapan berfikir,

    seseorang itu tidak boleh terburu-buru membuat keputusan. Sesuatu perkara itu mestilah

    dikaji dengan lebih mendalam untuk menghasilkan keputusan yang lebih baik.

    Kesimpulannya berfikir merupakan antara aktiviti mental dalam proses kognitif yang

    menentukan tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang individu.

    BAHAGIAN C:

    SOALAN (a):

    Pembelajaran konstruktivisme merujuk kepada idea bahawa pelajar membina

    pengetahuan untuk diri mereka sendiri yang mana individu belajar membina makna bagi

    sesuatu pembelajaran (Jerome Bruner, 1996). Proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik

    serta berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat. Secara keseluruhannya, apa yang

    dilalui dalam kehidupan seseorang merupakan pengalaman terkumpul yang dialami manusia.

    Individu akan membina pengetahuan/ makna bagi setiap fenomena yang berlaku di

    sekelilingnya melalui refleksi. Mereka akan menjana peraturan dan panduan mental sendiri

    agar memahami persekitaran mereka sama ada di rumah, sekolah dan komuniti hidup

    seharian. Oleh itu, pembelajaran mereka dipengaruhi oleh cara pengajaran sesuatu topik oleh

    guru dan jumlah pengalaman yang ada pada murid tersebut.

    Menurut Kamarudin (2001), ciri paling penting pembelajaran konstruktivisme ialah

    murid-murid bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. Dalam teori konstruktivisme,

    pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul

    diberikan oleh guru-guru. Justeru itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu yang

    berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu murid. Pemahaman sesuatu topik

    pembelajaran harus dibuat secara menyeluruh.

    Teori konstruktivis tidak menggalakkan penilaian sumatif yang berpusat sebaliknya,

    penilaian harus formatif dan berterusan serta dijalankan serentak dengan proses pembinaan

    dan penguasaan ilmu. Oleh itu, penggubal kurikulum konstruktivis perlu menggalakkan

  • pembinaan kurikulum yang dinamik dan berubah-ubah berdasarkan pengetahuan sedia ada

    inidividu serta penyelesaian masalah secara praktikal (Lee Shok Mee, 1994).

    Prinsip-prinsip pembelajaran konstruktivisme:

    Berikut merupakan prinsip-prinsip konstruktivisme:

    1) Pembelajaran adalah satu proses yang aktif

    Pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana pelajar menggunakan input deria

    dan membina makna daripadanya. Rumusan yang lebih tradisional ini melibatkan

    istilah pelajar yang aktif menekankan bahawa pelajar perlu melakukan sesuatu dimana

    pembelajaran bukanlah penerimaan pasif pengetahuan, ilmu pengetahuan tidak boleh

    wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.

    Suasana pembelajaran yang aktif boleh diwujudkan melalui aktiviti sumbang saran,

    perbincangan, projek, permainan matematik dan sebagainya.

    2) Pembelajaran terdiri membina makna

    Manusia belajar sesuatu yang boleh dipelajari dan mempunyai makna dalam kehidupan.

    Pembelajaran langsung bergantung kepada proses pelajar membina makna berdasarkan

    pengalamannya. Sebagai contoh, pelajar membuat lawatan ke zoo Negara untuk

    melihat sendiri haiwan dan tumbuhan serta mengetahui interaksi persekitaran di zoo.

    3) Aktiviti hands-on

    Peranan tindakan yang sangat penting dalam membina makna adalah mental, ia berlaku

    dalam minda. Tindakan fizikal, pengalaman secara hands-on sangat diperlukan untuk

    pembelajaran, terutamanya bagi kanak-kanak. Bagi mengukuhkan lagi pembelajaran,

    kita juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan minda serta fizikal.

    Contohnya, aktiviti permainan atau aktiviti yang bersifat memerlukan murid

    menyelesaikan sendiri masalah. Selain itu, aktiviti yang bersifat interaktif juga sangat

    dialu-alukan bagi menimbulkan semangat untuk murid belajar.

    4) Pembelajaran melibatkan bahasa

    Seterusnya, pembelajaran melibatkan bahasa, bahasa yang kita gunakan mempengaruhi

    pembelajaran. Pada peringkat empirikal, penyelidik mendapati bahawa individu

    bercakap kepada diri mereka semasa belajar. Menurut Rahil (2007), pada peringkat

  • yang lebih umum, Vygotsky menegaskan bahawa bahasa dan pembelajaran adalah

    berkait. Perkara ini jelas ditekankan dalam merujuk kepada keperluan untuk

    menghormati bahasa ibunda. Bahasa ibunda haruslah sebagai bahasa pengantar utama

    bagi memudahkan proses pembelajaran. Begitulah yang sedang diamalkan oleh

    beberapa negara asia yang lebih memilih untuk mengutamakan bahasa ibunda yang

    lebih difahami oleh rakyat mereka seperti Jepun dan Korea.

    5) Pembelajaran adalah aktiviti sosial

    Prinsip kelima ini pula menyatakan bahawa pembelajaran adalah aktiviti sosial, di

    mana pembelajaran kita berkait rapat tentang hubungan kita dengan manusia yang lain,

    guru-guru, rakan-rakan, keluarga serta kenalan biasa. Kita lebih cenderung untuk

    berjaya jika berpandu pada prinsip ini. Menurut Asmah (1989), kebanyakan pendidikan

    tradisional lebih terarah kepada mengasingkan pelajar semua daripada interaksi sosial

    dan ke arah melihat pendidikan sebagai satu-satu hubungan antara pelajar dan bahan

    objektif yang perlu dipelajari. Sebaliknya, pendidikan progresif mengiktiraf aspek

    sosial pembelajaran dan menggunakan perbualan, interaksi dengan orang lain dan

    aplikasi pengetahuan sebagai aspek penting pembelajaran.

    6) Pembelajaran kontekstual

    Pembelajaran juga adalah kontekstual, iaitu kita belajar dalam hubungan apa lagi yang

    kita tahu, apa yang kita percaya, prasangka kita dan kebimbangan kita. Ia menjadi jelas

    bahawa ini sebenarnya adalah akibat dari idea bahawa pembelajaran adalah aktif dan

    sosial. Kita tidak boleh mengelak pembelajaran dari kehidupan seharian (Choong,

    2008).

    7) Pengetahuan

    Pengetahuan juga diperlukan untuk seseorang itu belajar. Adalah sesuatu yang tidak

    mungkin untuk seseorang itu mengasimilasikan pengetahuan baru tanpa mempunyai

    beberapa struktur yang dikembangkan dari pengetahuan sebelumnya untuk dibina.

    Lebih banyak yang kita tahu, maka lebih banyak yang kita belajar. Oleh itu, sebarang

    usaha untuk mengajar mesti dihubungkan dengan keadaan pelajar, mesti diwujudkan

    laluan ke arah subjek bagi pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada (Abdul Ghani,

    2009).

  • 8) Pembelajaran memerlukan masa

    Dalam mempelajari sesuatu perkara memerlukan masa, pembelajaran tidak terbina serta

    merta. Bagi pembelajaran yang signifikan, kita perlu menilai semula idea, cuba untuk

    bermain dengan idea-idea bagi menyesuaikan dengan pengajaran dan menggunakan

    idea-idea tersebut. Jika diingati semula apa yang telah dipelajari, kita akan menyedari

    bahawa ia adalah hasil dari sesuatu pengulangan pendedahan dan pemikiran.

    9) Motivasi

    Prinsip yang terakhir ini menegaskan bahawa motivasi adalah satu komponen penting

    dalam pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1994), motivasi bukan sahaja membantu

    pembelajaran, malah juga penting untuk pembelajaran. Idea motivasi ini diilhamkan

    untuk mendorong murid agar lebih berusaha membina pengetahuan dan mempelajari

    sesuatu. Antara jenis motivasi yang boleh membantu dan positif untuk murid ialah

    dorongan, kata-kata semangat, peneguhan dan sebagainya.

    Tokoh utama pembelajaran konstruktivisme:

    1) Jean Piaget

    Piaget menyatakan bahawa pembentukan struktur mental melalui skema, asimilasi dan

    akomodasi. Konsep dasar organisasi dan adaptasi proses intelek mengikut Piaget iaitu skema

    yang dilihat sebagai sekumpulan konsep, asimilasi pula merupakan peristiwa padanan

    maklumat baru dengan maklumat lama yang telah berlaku terhadap seseorang dan sementara

    itu akomodasi adalah sesuatu yang berlaku apabila maklumat baru dan maklumat lama

    kembali tidak sepadan kemudian dibandingkan dan diselaraskan dengan maklumat lama.

    Keseimbangan akan dicapai apabila pelajar mengiktiraf maklumat baru. (Atan Long, 1986)

    2) Jerome Bruner

    Menurut Bruner, pembelajaran melalui penemuan, pembentukan konsep, pembelajaran

    secara penemuan adalah berasaskan penyelidikan, teori pembelajaran konstruktivis yang

    berlaku dalam menyelesaikan masalah situasi dimana pelajar menggunakan pengalaman dan

    pengetahuan yang sedia ada untuk mengetahui fakta dan hubungan serta kebenaran baru yang

    perlu dipelajari.

  • Pelajar berinteraksi dengan dunia dengan cara meneroka dan memanipulasi objek,

    bergelut dengan soalan dan kontroversi juga melaksanakan eksperimen. Hasilnya, pelajar

    mungkin lebih cenderung untuk mengingati konsep dan pengetahuan yang ditemui pada

    mereka sendiri. Model yang berdasarkan pembelajaran penemuan termasuk penemuan

    berpandu, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan simulasi,

    pembelajaran berasaskan kes, pembelajaran sampingan dan sebagainya. (Lee Shok Mee,

    1994)

    3) Lev Vygotsky

    Lev Vygotsky mengilhamkan bahawa Zon Perkembangan Proksimal berkaitan dengan

    pendekatan sosio-budaya. Pembinaan pengetahuan dipengaruhi oleh lingkungan social di

    sekitarnya. Pengetahuan, sikap, pemikiran, system nilai yang dimiliki pelajar akan

    berkembang melalui proses interaksi. Konsep penting dalam teori Vygotsky ialah Zone of

    Proximal Development (ZPD) dan Scaffolding. ZPD ialah jarak antara perkembangan

    sebenar dengan peringkat perkembangan yang berpotensi di mana pelajar mampu membina

    pengetahuan di bawah bimbingan orang dewasa. (Kamarudin, 2001)

    Sementara scaffolding merupakan pemberian sejumlah bantuan kepada pelajar pada

    tahap-tahap awal pembelajaran, kemudian mengurangi bantuan dan memberikan pelajar

    kesempatan untuk mengambil alih tanggungjawab yang semakin besar setelah ia dapat

    melakukannya. Scaffolding merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar untuk belajar

    dan memecahkan masalah. Bantuan tersebut berupa petunjuk, dorongan, peringatan,

    menguraikan masalah ke dalam langkah-langkah pemecahan, memberikan contoh dan

    tindakan-tindakan lain yang memungkinkan pelajar itu belajar berdikari.

    Konstruktivisme sosial Vygotsky meyakini bahawa interaksi sosial, unsur budaya dan

    aktiviti-aktiviti yang membentuk pembangunan dan pembelajaran individu. Vygotsky

    menekankan bahawa semua minda aras tinggi seperti berfikir dan menyelesaikan masalah

    didorongi dengan alat-alat psikologi seperti bahasa, lambing dan symbol. Vygotsky dalam

    penelitiannya membezakan dua jenis konsep spontan dan konsep saintifik. Konsep spontan

    diperolehi dari pengetahuan harian, sedangkan konsep saintifik diperolehi dari pengetahuan

    dan pembelajaran yang diperoleh dari sekolah. Konsep ini saling berhubung antara satu

    dengan yang lain.(Rahil & Habibah, 2001)

  • 4) John Dewey

    John Dewey menegaskan bahawa pendidikan progresif adalah pembelajaran melalui

    pengalaman. Dalam teori beliau, pembelajaran terhasil daripada refleksi mengenai

    pengalaman seseorang semasa berusaha untuk membuat sesuatu. Seseorang boleh terus

    menghidu bau, rasa dan sebagainya dan mempunyai reaksi yang mendalam (contohnya,

    bahaya), tetapi kita juga berhadapan dengan situasi yang mencabar, hairan dan keliru.

    Melalui pertemuan individu dengan dunia dan refleksi kepada pengalaman ini, pemahaman

    terkini individu di dunia ini berubah supaya perkara baru itu menjadi lebih jelas. Pemahaman

    kita menjadi lebih luas dan lebih tersusun, membantu kita untuk mendapatkan makna yang

    lebih kukuh.

    Dewey percaya manusia mempunyai aliran intelektual yang berkembang apabila

    dicabar oleh masalah atau dilema. Peranan pendidikan bukanlah memenuhi sepenuhnya

    kecenderungan pelajar dan tidak cuba untuk memaksa kanak-kanak mengikuti kurikulum

    tersedia yang tidak mengambil kira mengenai pelajar. Dewey melihat minda kanak-kanak

    sebagai fleksibel, luas dan tidak terbentuk. Persekitaran pembelajaran mewah yang

    dicadangkan oleh Dewey harus menyediakan cukup masa dan alat. Pelajar dicabar melalui

    pertanyaan, perbincangan, cadangan dan galakan daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan.

    Alat seperti mikroskop dan teknik penyelidikan yang digunakan oleh saintis atau instrument

    muzik dan notasi yang digunakan oleh komposer dan pemuzik, boleh membuat pertanyaan

    dan penyiasatan pelajar di dunia bahkan lebih menarik dan berkuasa.

    Soalan (b)

    Contoh penggunaan prinsip konstruktivisme dalam bilik darjah:

    i) Pembelajaran bahasa berdasarkan konstruktivisme:

    Dalam pengajaran bahasa berasaskan pembelajaran konstruktivisme, guru boleh

    mengajar murid menggunakan pengajaran secara Interaktif iaitu menggunakan teknologi

    computer yang agak meluas pada zaman sekarang. Naluri dan azali seorang kanak-kanak

    sememangnya menyukai sesuatu yang menyeronokkan, berwarna-warni, beranimasi dengan

    pelbagai gambar dan bunyi-bunyian. Sekarang wujud pelbagai pengisian yang digelar e-

    pembelajaran contohnya e-buku, e-cerita, e-kartun, e-kata dan sebagainya. Begitu juga dalam

  • bentuk cakera padat yang begitu banyak dan sangat berkesan untuk membantu membina

    minat dan pengetahuan murid.

    Pelbagai pengisian dimasukkan dalam pembelajaran interaktif sebegini yang

    disesuaikan serta digabungjalinkan dengan topic-topik sedia ada dalam buku teks di sekolah.

    Aktiviti yang disediakan juga sangat menarik, arahan yang mudah dan jelas, soalan uji minda

    yang bersesuaian dan membantu murid menjana idea serta penyiasatan sendiri. Ciri ini

    penting sepertimana yang dinyatakan dalam prinsip konstruktivisme yang mana menekankan

    bahawa pembelajaran seharian mesti menggunakan bahasa yang difahami. Oleh itu, pelbagai

    bahan bantu belajar yang mudah difahami diwujudkan untuk murid mendalami bahasa

    terutamanya bahasa kebangsaan kita. Konstruknya di sini pengajaran bahasa adalah

    pengalaman masa lalu dan ditambah dengan pengalaman baru dan semasa. (Kamarudin,

    2001)

    Dalam pembelajaran bahasa, pembelajaran generatif sangat sesuai digunakan

    (Kamarudin, 2001). Generatif bermaksud menjana sendiri menjadi sesuatu yang bermakna

    daripada bahan yang disediakan oleh guru tetapi berpandukan arahan atau peraturan yang

    ditetapkan. Contohnya, membina ayat daripada kad suku kata yang diedarkan oleh guru serta

    dilakukan dalam kumpulan. Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai pertandingan antara

    kumpulan untuk menjadikan pembelajaran itu lebih menarik.

    ii) Pembelajaran konstruktivis dalam pelajaran sains

    Prinsip dalam pembelajara sains adalah menguasai dua kemahiran iaitu kemahiran

    proses sains dan kemahiran manipulatif. Strategi untuk menguasai kedua-dua kemahiran ini

    ialah melalui aktiviti hands-on dan minds-on. Pembelajaran sebegini merupakan salah

    satu prinsip konstruktivisme. Eksperimen/ ujikaji yang dilakukan di dalam kelas membantu

    murid membina pengalaman dan pemahaman tentang sesuatu kejadian. Contohnya,

    pemerhatian terhadap bagaimana benda hidup iaitu tumbuhan memerlukan cahaya dan udara

    untuk hidup. Ujikaji ini merangkumi pemerhatian terhadap dua perbandingan iaitu bekas

    yang mengandungi tumbuhan yang ditutup dan bekas yang mengandungi tumbuhan yang

    terdedah pada cahaya, udara serta air. Murid akan membuat pemerhatian selama seminggu

    dan mencatatkan sendiri apa yang berlaku. Murid juga membina hipotesis daripada kajian

    tersebut.

  • Dalam pembelajaran sains juga, guru boleh menggunakan strategi-strategi pengajaran

    yang mencabar seperti menghasilkan roket menggunakan botol minuman dan roket tersebut

    boleh melantun ke atas apabila dilancarkan. Dalam pembelajaran cabaran sains ini

    memerlukan idea kumpulan untuk mendapatkan hasil yang diharapkan. Pembelajaran

    kooperatif dan kolaboratif berlaku di sini, di mana idea-idea bernas setiap ahli akan

    dikumpulkan dan dibuat kajian ke atasnya.

    Aktiviti dalam pembelajaran konstruktivisme harus menggalakkan murid serta rakan-

    rakannya melakukan sumbang saran dimana mereka akan berkngsi idea tentang sesuatu topic

    dan guru berperanan sebagai mediator iaitu merangsang murid dengan kata kunci atau

    contoh. Murid akan sama-sama membina strategi jika ianya pertandingan antara kumpulan.

    Murid akan berusaha mencari bahan daripada buku rujukan, internet dengan carian di web

    dan sebagainya. Mereka akan mencari inisiatif sendiri untuk mendapatkan jawapan pada

    sesuatu projek. Ini juga boleh dikategorikan sebagai pembelajaran yang aktif.

    iii) Pembelajaran konstruktivisme dalam topik keselamatan jalan raya

    Topik keselamatan jalan raya boleh merangkumi pelbagai pengisian iaitu peraturan

    jalan raya, situasi di jalan raya dan sebagainya. Sebagai contoh, untuk topik lampu isyarat,

    murid diminta melakonkan situasi sebagai pejalan kaki, pemandu kereta/ bas dan penunggang

    motosikal. Murid kononnya bergerak mengikut peranan masing-masing dan bertindak

    mengikut isyarat lampu yang dipamerkan oleh guru iaitu merah untuk berhenti, kuning untuk

    sedia berhenti dan hijau untuk jalan. Murid lebih seronok melakonkan simulasi sebegini dand

    membantu mereka mengingat peraturan pada lampu isyarat tersebut.

    Jika diberikan latihan uji minda, murid lebih mudah menjawab soalan yang

    dikemukakan memandangkan pengetahuan mereka dibentuk melalui pengalaman contohnya

    daripada lakonan dan juga pengalaman sedia ada. Ini bermaksud, pengetahuan sebegini telah

    dimasukkan dalam memori jangka panjang kanak-kanak tersebut dan kebarangkalian untuk

    dilupakan adalah agak mustahil. Kebiasaannya murid lebih yakin dengan aktiviti yang

    dilakukan apabila pengetahuan sedia ada dan kemahiran yang dipelajari adalah berhubung

    kait. Contohnya, peraturan sebagai pejalan kaki iaitu cara melintas jalan.

  • BAHAGIAN C:

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

    Matapelajaran : Matematik

    Tarikh: 25 April 2014 (Isnin)

    Kelas: Kelas PPKI B

    Masa: 11.45 12.45 (60 minit)

    Bilangan murid: 7 orang

    Kemahiran: 2 Menamakan nombor

    2.1 Menamakan nombor 1, 2 dan 3

    Tajuk: Menyebut dan menamakan nombor bulat

    Sub tajuk: Menyebut dan menamakan nombor bulat dalam lingkungan 1

    hingga 3

    Fokus: Lisan (mendengar dan bertutur)

    Pengetahuan sedia ada: Murid pernah melihat nombor bulat yang akan digunakan

    dalam sesi P&P dan pernah mendengar nama nombor bulat

    tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

    Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

    Kumpulan 1: Menyebut nombor bulat yang ditunjukkan oleh guru dengan

    betul sekurang-kurangnya 2 dari 3 percubaan.

    Contoh nombor : 1 , 2 , 3

    Kumpulan 2: Menyebut nombor bulat yang ditunjukkan oleh guru dengan

    betul sekurang-kurangnya 2 dari 3 percubaan.

    Menyambung garis putus-putus dengan sempurna untuk

    membentuk nombor bulat sekurang-kurangnya 2 dari 3

    percubaan.

    Contoh nombor : 1 , 2 , 3

  • Penyerapan matapelajaran: Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Pendidikan Muzik,

    Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani.

    Unsur terapi: Terapi pertuturan (menyebut nombor bulat secara berulang

    kali)

    Terapi fizikal (aktiviti regangan badan sebelum bermain,

    permainan see & throw)

    Terapi nyanyian (nyanyian)

    Terapi seni (mewarna dan kolaj)

    Penerapan nilai: Bermain mengikut peraturan permainan.

    Bekerjasama dan bertolak ansur dengan kawan ketika bermain.

    Membantu kawan yang lemah ketika melakukan lembaran

    kerja.

    Mendengar dan mematuhi arahan guru.

    KBKK: Mengenalpasti maklumat

    Mengkelaskan

    Membanding dan membeza

    Membuat interpretasi dan menterjemah.

    BBM: Kad nombor, jersey bernombor (1, 2, 3), pundi kacang, gelung,

    gula-gula, lembaran kerja, sagu, tali.

    LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI P&P CATATAN

    SET

    INDUKSI

    (10 MINIT)

    Pengurusan rutin Nyanyian lagu 1, 2, 3 Memperkenalkan

    tajuk P&P hari ini.

    AKTIVITI BERSAMA

    Guru masuk ke kelas dan menyuruh murid menyimpan

    segala peralatan yang digunakan

    pada sesi P&P sebelumnya.

    Murid mendengar dan mematuhi arahan guru.

    Murid bangun dan berdiri tegak lalu memberi salam kepada guru.

    Guru menjawab salam. Murid dan guru sama-sama

    membacakan doa penerang hati.

    Guru menyanyikan lagu 1 2 3 kepada murid sambil membuat

    BBM

    Lagu 1 2 3

    TEKNIK

    Arahan

    Nyanyian

    Tunjuk cara

    TERAPI

    Muzik

    Pertuturan

    Fizikal

    NILAI

    Lirik Lagu 1 2 3

    Satu dua tiga empat

    lima enam tujuh

    lapan, siapa rajin ke

    sekolah cari ilmu

    sampai dapat,

    sungguh senang, amat

    senang, bangun pagi-

    pagi sungguh senang.

    Yeayyy!!!

  • gaya.

    Murid mendengar guru menyanyi dan melihat guru menari.

    Guru dan murid sama-sama menyanyi dan membuat gaya lagu

    1 2 3.

    Guru membuat ulasan berkenaan nyanyian dan tarian.

    Guru memperkenalkan tajuk P&P hari ini kepada murid.

    Menari dan

    menyanyi secara

    bekerjasama

    LANGKAH 1

    (15 MINIT)

    Memperkenalkan nombor 1 2 3

    Menyanyi lagu murid-muridku sayang.

    AKTIVITI BERSAMA

    Guru menunjukkan kad nombor dan menyebut nombor tersebut

    kepada murid.

    Sebagai contoh, guru menunjukkan nombor 1 kepada

    murid dan menyebut satu kepada

    murid.

    Murid melihat nombor 1 dan mengikut guru menyebut nombor

    1 dengan betul.

    Langkah diatas seterusnya diulangi dengan menggantikan

    nombor 1 kepada nombor 2 dan 3.

    Guru menunjukkan jersey yang mempunyai nombor kepada murid

    dan menyebut nombor tersebut.

    Murid melihat jersey bernombor tersebut dan mengikut guru

    menyebut nombor tersebut.

    Guru berpesan kepada murid bahawa baju yang kotor

    hendaklah dibasuh dengan bersih.

    (Penerapan nilai)

    Guru menyanyikan lagu murid-muridku sayang kepada murid

    sambil bermain alat muzik

    tamborin.

    Murid mengikut guru menyanyi. Guru dan murid sama-sama

    menyanyikan lagu murid-muridku

    sayang.

    BBM

    Lagu murid-

    muridku sayang

    Kad nombor 1 2 3

    Jersey

    Tamborin

    TEKNIK

    Arahan

    Nyanyian

    Tunjuk cara

    TERAPI

    Muzik

    Pertuturan

    NILAI

    Menjaga

    kebersihan diri dan

    pakaian.

    Mendengar arahan

    guru.

    Lirik Lagu murid-

    muridku sayang

    Murid-muridku sayang

    sebut satu! Satu! (X2)

    Murid-muridku sayang

    yang cantik juga

    hensem, murid-

    muridku sayang

    sebuat satu! Satu!

    *lirik diatas ditukar

    dengan perkataan dua

    dan tiga pada lirik

    berwarna merah.

  • LANGKAH 2

    (15 MINIT)

    Permainan see & throw

    AKTIVITI BERSAMA

    Guru menyediakan segala peralatan yang akan digunakan

    dalam permainan see & throw. Guru menerangkan kepada murid

    cara-cara bermain permainan see & throw.

    Guru menunjukkan demonstrasi bermain permainan see & throw.

    Murid mendengar penerangan guru dan melihat demonstrasi

    yang dilakukan oleh guru.

    Guru dan PPM membimbing murid bermain permainan see & throw.

    Cara bermain bermain permainan see & throw

    Guru menyediakan dan menyusun peralatan seperti yang ditunjukkan

    pada rajah di sebelah.

    Setiap murid akan diberikan satu pundi kacang.

    Murid dikehendaki melemparkan pundi kacang tersebut ke dalam

    gelung yang bertanda nombor.

    Sebagai contoh, guru menunjukkan kad nombor 1

    kepada murid, murid dikehendaki

    melemparkan pundi kacang ke

    dalam gelung yang bertanda

    nombor 1.

    Murid yang berjaya melemparkan pundi kacang ke dalam gelung

    yang betul akan diberikan hadiah

    (gula-gula).

    Bagi murid yang tidak berjaya, guru akan membimbing murid

    tersebut sehingga berjaya

    melemparkan pundi kacang ke

    dalam gelung yang betul.

    Setelah selesai nombor satu, guru akan menyuruh murid melempar

    pundi kacang ke dalam gelung

    yang bertanda nombor 2 dan 3.

    Sebelum mula bermain, guru dan murid akan melakukan sedikit

    regangan badan .

    BBM

    Gelung

    Pundi kacang

    Kad nombor

    Gula-gula

    Skitel

    Tali skipping

    TEKNIK

    Arahan

    Demontrasi

    Tunjuk cara

    TERAPI

    Fizikal

    Pertuturan

    NILAI

    Bermain mengikut

    peraturan

    permainan.

    Sabar dalam

    menunggu giliran

    untuk bermain.

    1 2 3

    gelung

    guru

    murid

    Tali skipping

  • LANGKAH 3

    (15 MINIT)

    Aktiviti Pengukuhan

    Kumpulan 1

    Membuat kolaj nombor.

    Kumpulan 2

    Menyambung garis putus-putus untuk

    membentuk nombor.

    Mewarnakan nombor.

    AKTIVITI MENGIKUT KUMPULAN

    Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.

    Guru menerangkan kepada murid bagaimana membuat lembaran

    kerja.

    Guru menunjukkan demonstrasi membuat lembaran kerja tersebut.

    Murid mendengar penerangan guru dan melihat demonstrasi

    yang dilakukan oleh guru.

    Guru dan PPM membimbing murid membuat lembaran kerja.

    Guru membuat penilaian terhadap lembaran kerja murid dan

    menggunakan cop motivasi yang

    bersesuaian bagi memberi

    keseronokan kepada murid.

    BBM

    Lembaran kerja

    Sagu

    Gam

    TEKNIK

    Arahan

    Demontrasi

    Tunjuk cara

    TERAPI

    Fizikal (motor

    halus)

    Pertuturan

    Seni

    NILAI

    Kesungguhan dan

    kerajian dalam

    menyiapkan

    lembaran kerja.

    PENUTUP

    (5 MINIT)

    Penerapan nilai. Nyanyian semula lagu

    1 2 3 dan lagu murid-

    muridku sayang.

    Rumusan P&P pada hari ini.

    AKTIVITI BERSAMA

    Guru bercerita dan berpesan kepada murid supaya:

    o Rajin belajar dan rajin datang ke sekolah

    o Bermain mengikut peraturan

    o Membasuh pakaian yang kotor

    Guru dan murid sama-sama menyanyikan semula lagu 1 2 3

    dan lagu murid-muridku sayang.

    Guru merumuskan sesi P&P pada hari ini kepada murid.

    Murid bangun dan mengucapkan terima kasih kepada guru.

    Guru menjawab sama-sama.

    BBM

    lagu 1 2 3 dan lagu

    murid-muridku

    sayang.

    TEKNIK

    Arahan

    Demontrasi

    Tunjuk cara

    Nyanyian

    TERAPI

    Muzik

    Pertuturan

    NILAI

    Rajin

    Kebersihan

    Mengikut peraturan

  • REFLEKSI/ PENILAIAN:

    Dalam rancangan pengajaran untuk murid pendidikan khas seperti yang tertera,

    aktiviti yang disediakan lebih kepada melibatkan murid secara aktif seperti yang diusulkan

    dalam prinsip konstruktivis. Murid didedahkan dengan aktiviti yang memerlukan mereka

    bergerak aktif seperti dalam set induksi yang memerlukan murid menyanyi dan menari

    bersama-sama. Murid secara langsung terlibat dengan hubungan sosial dengan rakan yang

    lain. Ini memberikan sensasi keseronokan kepada murid tersebut. Seterusnya dalam langkah

    pertama melibatkan aktiviti hands-on yang mana guru menggunakan kad nombor dan

    berinteraksi dengan murid. Pengalaman ini diperlukan bagi melibatkan minda dan fizikal

    murid. Ini dinamakan aktiviti reflektif yang mana boleh bantu murid mengingat apa yang

    dipelajari.

    Prinsip bahawa pembelajaran itu adalah memerlukan pengetahuan, sebelum

    mempelajari topik ini, semestinya pengetahuan sedia ada murid di ambil kira. Tanpa

    pengetahuan yang berkait akan menyukarkan guru amnya dan murid khasnya untuk faham

    apa yang akan dipelajari. Oleh itu, murid tersebut sudah pernah melihat nombor dan juga

    mendengar nama nombor tersebut dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, aktiviti

    pembelajaran akan menjadi agak mudah.

    Mengajar murid pendidikan khas dengan masalah pembelajaran sememangnya

    mengambil masa dalam membantu murid memahami dan mengingat apa yang di ajar. Proses

    ini kadang-kadang tempoh yang diambil boleh menjangkau sehingga 4 minggu dan lebih.

    Bagi memastikan mereka kekal mengingat walaupun kebarangkaliannya sedikit, aktiviti akan

    sentiasa diubahsuai agar murid tidak bosan dan akan mudah ingat. Begitu juga dengan

    lembaran kerja murid. Perkara ini jatuh dalam prinsip konstruktivis yang mana menyatakan

    bahawa pembelajaran adalah berkenaan dengan masa.

    Secara kesimpulannya, pembelajaran secara konstruktivisme ini bersesuaian mengikut

    peredaran zaman dan mudah diterapkan dalam pembelajaran pelbagai aras murid dan

    bergantung kepada daya kreativiti guru membantu menyediakan persekitaran tersebut.

  • RUJUKAN:

    Abdul Ghani. (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn

    Bhd.

    Abdul Rahman dan Zakaria Kasa. (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan : Edisi Ketiga.

    Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

    Asmah Ahmad. (1989). Pedagogi I. Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia

    Sdn Bhd.

    Atan Long. (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Bruner, J. (1996). The Culture of Education. A difficult , But Interesting Book On Bruners

    Views of the Role of Narrative and Culture in Education. Cambridge: Harvard

    University.

    Choong Lean Keow. (2008). Murid dan Alam Belajar. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala

    Lumpur.

    Ee Ah Meng. (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.

    Kamarudin Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya : Kumpulan

    Budiman Sdn Bhd.

    Lee Shok Mee. (1994). Asas Pendidikan 2 : Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur :

    Kumpulan Budiman.

    Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar.

    Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Selangor.

    Rahil Mahyuddin & Habibah Elias. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah

    Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

    Rahil Mahyuddin. (2007). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Edisi ke-2. Shah Alam:

    Karisma Publications Sdn Bhd.