latihan sub topik
DESCRIPTION
bab 4 kewangan stpmpengajian perniagaanTRANSCRIPT
4.1 Peranan dan objektif kewangan
cgzueP'cub STPM LMS 2011 Kemaskini, PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA DAERAH LARUT MATANG
DAN SELAMA,SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011
jawapan
a) Dua matlamat sesebuah perniagaan dari perspektif kewangan :-
F1 - Memaksimumkan keuntungan syarikat.
H1 - Syarikat akan menggunakan sumber yang ada untuk meningkatkan
untung atau
meminimumkan kos.
H2 - Prestasi syarikat diukur berdasarkan kadar peningkatan untung.
F2 - Memaksimumkan kekayaan pemegang saham.
H1 - Syarikat akan menggunakan sumber yang ada untuk meningkatkan
perolehan
per syer.
H2 - Prestasi diukur berdasarkan pulangan kepada pemegang saham.
[F = 1m x 2 = 2m, H = 1m x 2 = 2m]
5 a) Terangkan maksud pengurusan kewangan did lam sesebuah
firma perniagaan
b) Jelaskan peranan pengurus kewangan
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA UTARA 2012
Jawapan
6. a) Jelaskan dua matlamat sesebuah perniagaan dari perspektif
kewangan.
a) Maksud pengurusan kewangan :
1. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk merancang, melaksana dan
mengawal fungsi kewangan.
2. Objektif kewangan boleh dicapai.
3. Proses untuk mendapatkan dana bagi sesebuah firma.
4. Bagaimana menguruskan dana tersebut dan menentukan cara yang
terbaik di dalam penggunaannya.
(Maksimum 3 M)
b) Lima peranan pengurus kewangan :
i. Membuat perancangan kewangan
Aktiviti unjuran penerimaan dan pembayaran soal-soal kewangan pada
masa depan.
Perancangan kewangan yang berasaskan keperluan perniagaan dan
pelaburan yang ada.
Pengurus kewangan boleh membuat ramalan kewangan untuk jangka
pendek dan jangka panjang.
ii. Menganalisis kewangan
Menganalisis kewangan syarikat dengan membuat ulasan dan olahan
data kewangan
Mudah difahami oleh pihak berkepentingan seperti pemilik perniagaan.
Analisis kewangan untuk penyata kewangan seperti kunci kira-kira,
penyata pendapatan dan penyata sumber dan guna dana.
iii. Menilai dan memilih sumber pembiayaan terbaik.
Sumber kewangan boleh diperolehi secara mendapatkan modal dan
membuat pinjaman.
Sumber yang terbaik ialah melibatkan kos kewangan yang paling rendah.
Contoh jika membuat pinjaman wang dari bank , pengurus mendapat
pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.
iv. Menggunakan dana secara berkesan.
Menggunakan sumber kewangan yang diperolehi untuk mendapat
pulangan yang tertinggi.
Membuat pilihan jenis pelaburan yang membawa pulangan tinggi
Menggunakan wang sebagai modal kerja.
v. Menjaga kecairan dan keberuntungan syarikat
Menjaga kecairan dan keberuntungan ini termasuklah ketersediaan tunai,
nisbah kecairan yang sesuai.
Menentukan keberuntungan yang diperolehi daripada aktiviti syarikat
berdasarkan risiko kewangan bakal dihadapi.
Boleh membuat keputusan kombinasi pelaburan yang terbaik.
(F= ½ M, 3H x ½ M=2M][5 x 2M=10 Markah
6 a) Huraikan lima peranan pengurus kewangan [10]
PEPERIKSAAN GERAK GEMPUR 1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012
Jawapan
Peranan pengurus kewangan
i. Membuat perancangan kewangan [F= ½ ]
Aktiviti unjuran penerimaan dan pembayaran soal-soal kewangan pada
masa depan
Perancangan kewangan yang berasaskan keperluan perniagaan dan
pelaburan yang ada
Pengurus kewangan boleh membuat ramalan kewangan untuk jangka
pendek dan jangka panjang.
ii. Menganalisis kewangan
Menganalisis kewangan syarikat dengan membuat ulasan dan olahan
data kewangan
Mudah difahami oleh pihak berkepentingan seperti pemilik perniagaan.
Analisis kewangan untuk penyata kewangan seperti kunci kira-kira,
penyata pendapatan dan penyata sumber dan guna dana.
iii. Menilai dan memilih sumber pembiayaan terbaik.
Sumber kewangan boleh diperolehi secara mendapatkan modal dan
membuat pinjaman.
Sumber yang terbaik ialah melibatkan kos kewangan yang paling
rendah.
Contoh jika membuat pinjaman wang dari bank , pengurus mendapat
pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.
iv. Menggunakan dana secara berkesan.
Menggunakan sumber kewangan yang diperolehi untuk mendapat
pulangan yang tertinggi
Membuat pilihan jenis pelaburan yang membawa pulangan tinggi
Menggunakan wang sebagai modal kerja.
v. Menjaga kecairan dan keberuntungan syarikat
Menjaga kecairan dan keberuntungan ini termasuklah ketersediaan
tunai, nisbah kecairan yang sesuai.
Menentukan keberuntungan yang diperolehi daripada aktiviti syarikat
berdasarkan risiko kewangan bakal dihadapi.
Boleh membuat keputusan kombinasi pelaburan yang terbaik.
[F= ½ m, 3H x ½ m=2m]
[5 x 2m=10 markah]
4.2 penyata kewangan
3. (b) Berikut adalah maklumat aset dan liabiliti Syarikat XYZ. Sdn Bhd 31
Disember 2006.
Jumlah Aset Semasa : RM27900
Jumlah Aset Tetap : RM15750
Liabiliti Semasa : RM 11,000
Inventori : RM 4250
Liabiliti Jangka panjang: RM 7,600
Akaun Belum Terima : RM 5400
Jualan : RM24500
Kos Jualan : RM11700
Berdasarkan maklumat di atas, terangkan maksud nisbah kecairan dan
nisbah aktiviti serta
kirakan nisbah-nisbah berikut;
i. Nisbah semasa
ii. Nisbah cepat
iii. Nisbah hutang
iv. Pusing ganti Inventori
v. Tempoh kutipan purata [12]
PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2 STPM 2011 SMK LUAR BANDAR NO.1 SIBU
5(c) Kos Tetap = RM25 000
Kos Berubah seunit =RM3.50
Harga Jualan sedozen =RM60.00
i) Hitung Titik Pulangan Modal
ii) Hitung jumlah hasil yang perlu diperolehi untuk menampung kos
iii) Berdasarkan pengiraan di atas , lakarkan gambar rajah Titik
Pulangan Modal
iv) Terangkan empat kegunaan Titik Pulangan Modal
[12]
5 c)
Kos Tetap = RM25 000
Kos Berubah seunit =RM3.50
Harga Jualan sedozen =RM60.00
i) Hitung Titik Pulangan Modal
ii) Hitung jumlah hasil yang perlu diperolehi untuk menampung kos
iii) Berdasarkan pengiraan di atas , lakarkan gambar rajah Titik Pulangan
Modal
iv) Terangkan empat kegunaan Titik Pulangan Modal
[12]
SMK MERBAU MIRI PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2 TINGKATAN 6 ATAS TAHUN 2011 PENGAJIAN
PERNIAGAAN (946/1) KERTAS 1
Jawapan
Kos Tetap = RM25 000
Kos Berubah seunit = RM3.50
Harga Jualan sedozen = RM60.00
i) Hitung Titik Pulangan Modal
F__
P – C ( 1 m)
= RM25 000
RM5 – RM3 ( 1 m)
= 12 500 unit ( 1 m)
ii)Jumlah hasil yang perlu diperolehi untuk menapung kos.
12 500 unit X RM 5 = RM62 500 (1m)
iii) Berdasarkan pengiraan di atas , lakarkan gambarajah Titik Pulangan
Modal
iv)Empat kegunaan Analisis Titik Pulangan Modal
1.Untuk mengetahui volum jualan produk / perkhidmatan yang mencapai
titik pulang modal. (1m)
2.Mengawal jumlah kos operasi supaya tidak melebihi jumlah kos yang
dibelanjakan. (1m) Pengawalan kos operasi lebih tertumpu Kepada kos
berubah (1m)
3.Mengawal prestasi pekerja untuk memastikan segala aktiviti yang
dijalankan dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan terhadap
sasaran keluaran (1m)
4.Menetapkan keuntungan sasaran melalui peningkatan kuantiti keluaran
dan perletakan harga jualan minimum terhadap setiap unit keluaran. (1m)
5.Pengawalan boleh dilakukan dengan memastikan mengeluar mengikut
kuantiti dan penjualan mengikut harga jualan yang telah ditetapkan (1m)
Empat pertama = 5 markah.
6 b) Huraikan lima kumpulan pengguna penyata kewangan syarikat serta
tujuan penggunaan setiap kumpulan tersebut
PEPERIKSAAN GERAK GEMPUR 1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012
Jawpan
Lima kumpulan pengguna penyata kewangan syarikat serta tujuan
penggunaan setiap kumpulan tersebut.
1. pemilik atau pemegang saham
- bagi memastikan pelaburan mereka digunakan sebaik mungkin
oleh pihak pengurusan dalam perniagaan
2. pelabur atau bakal pelabur
- kedudukan kewangan yang baik akan mempengaruhi harga saham
syarikat
- pelabur akan mengekalkan saham syarikat yang berperastasi baik
dan bakal pelabur akan cuba mendapatkan saham syarikat
berkenaan.
3. pihak pengurusan
- untuk menilai pihak prestasi pengurusan dalam menjalankan
tanggungjawab mereka
- untuk digunakan sebagai asas perbandingan dalam sistem kawalan
syarikat
4 pemiutang/bank/pembekal
- untuk membuat penilaian ke atas syarikat sebelum memberi atau
memperbaharui kemudahan kredit
5 agensi kerajaan
- sebagai asas perniagaan untuk bayaran cukai atas keuntungan
syarikat
[Fakta 1 m dan huraian 1 m ]
6. (a) Huraikan dua perbezaan matlamat kewangan memaksimum
kekayaan pemegang saham dengan memaksimumkan keuntungan. [4]
SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011 PENGAJIAN PERNIAGAAN 1
Jawapan
Dua perbezaan matlamat kewangan memaksimum kekayaan
pemegang saham dengan memaksimumkan keuntungan.
Aspek Memaksimumkan
kekayaan pemegang
saham
Memaksimumkan
keuntungan
Skop
matlamat
Lebih menyeluruh kerana
merangkumi matlamat lain
seperti memaksimumkan
jualan, meluaskan pasaran,
menjalankan
tanggungjawab sosial,
memaksimumkan untung
syarikat dan lain-lain. [1]
Tidak menyeluruh dan lebih
tertumpu kepada
keuntungan semata-mata.
[1]
Jangka
masa
Matlamat jangka panjang
kerana semua faktor
diambil kira untuk
Matlamat jangka pendek
kerana faktor lain telah
diabaikan mengakibatkan
menentukan hayat
perniagaan yang panjang.
[1]
hayat perniagaan mungkin
singkat. [1]
Nilai
masa
wang
Mengambil kira faktor nilai
masa wang iaitu aliran
tunai yang besar pada awal
tempoh lebih baik
berbanding dengan aliran
tunai yang terkemudian
kerana wang tersebut
boleh digunakan untuk
pelaburan yang
mendatangkan pulangan
yang lebih tinggi kelak. [1]
Tidak mengambil kira
faktor nilai masa wang iaitu
hanya mementingkan
jumlah aliran tunai. [1]
Risiko Mengambil kira risiko di
mana pulangan yang tinggi
diharapkan untuk
pelaburan yang berisiko
tinggi atau sebaliknya. [1]
Tidak mengambil kira risiko
asalkan keuntungan dapat
dimaksimumkan. Dengan
itu, jika gagal tiada
sebarang pulangan yang
akan diterima. [1]
Hayat
perniaga
an
Lebih panjang kerana
syarikat mempunyai
matlamat menyeluruh. [1]
Lebih singkat kerana
syarikat hanya
menumpukan matlamat
memaksimumkan untung
sahaja. [1]
[1 perbezaan = 1m, 2 aspek x 2 perbezaan = 4m
4.3 sumber (pembiayaan) dan penggunaan dana
6. b) Jelaskan maksud ekuiti dan hutang
cgzueP'cub STPM LMS 2011 Kemaskini, PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA DAERAH LARUT MATANG
DAN SELAMA,SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011
jawapan
b) (Skema STPM 1999 – 7ci)
Maksud :-
Ekuiti Hutang
F1 - Diperolehi daripada untung
tertahan, rezab, premium
F2 - Modal tetap yang tidak
perlu
dibayar balik
F3 - Hak tuntutan hanya atas
modal
yang dilaburkan
F4 - Pemegang ekuiti adalah
pemilik
syarikat
F1 - Merupakan modal
sementara yang
diberikan kepada syarikat
F2 - Dikenakan kadar faedah
F3 - Pemilik hutang bukan
pemilik
syarikat
F4 - Hutang merupakan liabiliti
syarikat
[F = 1m x 4 = 2m x 2 = 8m]
1 c) Terangkan secara ringkas dua jenis modal dalam perniagaan. [3]
PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2 STPM 2011 SMK LUAR BANDAR NO.1 SIBU
6. d) Berikan empat jenis sumber pembiayaan jangka pendek dan empat
jenis
sumber pembiayaan jangka panjang.
cgzueP'cub STPM LMS 2011 Kemaskini, PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA DAERAH LARUT MATANG
DAN SELAMA,SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011
Jawapan
d) (Skema STPM 1999 – 6bii) & Percub Perak 2004 – 1g)
Sumber P’biayaan Jangka
Pendek
Sumber P’biayaan Jangka
Panjang
F1 – Overdraf
F2 – Pinjaman Berkala
F3 – Diskaun / Pemfaktoran
F4 – Nota janji
F5 – Kredit dagangan
F6 – Surat kredit
F1 – Bon / Hutang
F2 – Saham biasa
F3 – Pinjaman jangka panjang
F4 – Debentur
F5 – Pinjaman tetap /
bertempoh
[4 pertama, F = ½ m x 4 = 2m x 2 = 4m]
4 c) Pembiayaan modal perniagaan boleh diperoleh melalui modal ekuiti
dan modal hutang. Jelaskan.[8]
PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2 STPM 2011 SMK LUAR BANDAR NO.1 SIBU
6 c) Terangakan lima sumber pembiayaan kewangan dalam jangka pendek
PEPERIKSAAN GERAK GEMPUR 1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012
Jawapan
Terangkan lima sumber pembiayaan kewangan dalam jangka pendek. [9]
1 Kredit dagangan
- Disediakan peniaga kepada peniaga
- Hubungan peniaga dan pembekal yang baik
- Peniaga tidak perlu membayar serta merta dan membayar dalam
tempoh kredit
- Tempoh ditetapkan dalam syarat kredit
2 Pinjaman jangka pendek
- Disediakan oleh institusi kewangan
- Pembiayaan dalan tempoh setahun
3 Surat kredit
- Kemudahan yang diberikan oleh syarikat pembekal dalam perniagaan
antarabangsa.
- Merupakan jaminan bank kepada pembekal luar negeri amaun hutang
akan dijelaskan mengikut syarat-syarat penghantaran.
- Melibatkan peniaga asing memerlukan jaminan pembayaran yang
kukuh
4 Nota janji
- Dilakukan oleh syarikat-syarikat yang besar dan kukuh.
- Bertujuan syarikat-syarkat lain dapat membuat pelaburan dengan
syarikat yang mengeluarkannya
- Kadar keuntungan nota janji dikenakan berdasarkan antara beberapa
hari hingga sembilan bulan
5 Pemfaktoran
- Kemudahan pembelian akaun penghutang oleh institusi kewangan dan
syarikat pemfaktoran
- Syarikat akan mendapat wang pendahuluan dan bakinya akan
dijelaskan setelah pemfaktor selesai memungut hutang.
[ F + H = 1m x 5 = 5m]
4.4 perancangan kewangan (bajet)
Kaizen Sdn Bhd. ingin menyediakan belanjawan tunai bagi bulan Mac 2012
Maklumat yang berkaitan adalah seperti yang berikut:
i. Baki tunai awal bagi bulan Mac ialah RM 13 500.
ii. Jualan sebenar bagi bulan Januari, Februari dan Mac adalah seperti yang berikut:
Januari
RM
Februar
i
RM
Mac
RM
Jualan tunai 9 750 7 875 11 100
Jualan kredit 30 000 45 000 60 000
Jumlah
Jualan
39 750 52 875 71 100
iii. Bayaran bagi jualan kredit dikutip dalam tempoh tiga bulan mengikut
nisbah yang berikut: 10% dikutip pada bulan yang sama dengan jualan,
70% dikutip pada bulan yang berikutnya, dan 17% dikutip pada bulan
kedua selepas jualan. Baki 2% lagi tidak dapat dikutip.
iv. Belian inventori bagi bulan Mac berjumlah RM37,500, dan 20% daripada
belian inventori itu dibayar pada bulan belian dibuat. Jumlah belum
bayar bagi belian inventori bulan Februari ialah RM24,000 yang
semuanya akan dibayar pada bulan Mac.
v. Sebuah mesin akan dibeli dengan kos RM27,000 pada bulan Mac, dan
dividen yang berjumlah RM4,500 akan dibayar pada bulan Mac.
vi. Syarikat mesti mengekalkan baki tunai minimum sebanyak RM7,500.
Pinjaman tunai boleh diperolehi dari sebuah bank tempatan jika perlu.
vii. Belanja jualan dan pentadbiran yang dibelanjawankan bagi bulan Mac
ialah RM19,500. Daripada jumlah ini RM6,000 adalah untuk belanja
susut nilai
Dikehendaki :
Sediakan belanjawan tunai bagi bulan Mac 2012 bagi Kaizen Sdn. Bhd.
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA UTARA 2012
Jawapan
Belanjawan Tunai Kaizen Sdn.Bhd bagi Bulan Mac 2012
RM RM
Baki tunai 1 Mac
Penerimaan:
Kutipan Jualan Tunai
Kutipan daripada penghutang (RM 5
100 + RM 31 500 + RM 6 000)
13 500
11 100/
42 600/
A. Jumlah tunai tersedia sebelum
pembiayaan
67 200
Pembayaran:
Pembekal (RM 7 500 + RM 24 000)
Belanja jualan&tadbir (RM 19 500 – RM
6 000)
Belian mesin
Dividen dibayar
31 500 /
13 500 /
27 000 /
4 500 /
A. Jumlah pembayaran 76 500 /
Baki tunai (A – B) (93 00)/
Pembiayaan : Pinjaman 16 800 //
Baki tunai 31 Mac 7
500 //
(12 M)
6 (c) Anggaran jualan Syarikat Mesrajaya antara Februari hingga Jun 2010
adalah seperti berikut:
RM
Februari 100,000
Mac 120,000
April 150,000
Mei 200,000
Jun 300,000
Mengikut amalan industri, jualan tunai biasanya ialah 50% dan bakinya
dibayar sebulan selepas jualan.
Kos belian ialah 60% daripada harga jualan dan syarikat akan membeli
bahan mentah sebulan sebelum jualan. Pembayaran belian akan
dibuat sebulan selepas belian.
(i) Sediakan penyata anggaran kutipan jualan dari Februari hingga
Jun 2010.
(ii) Sediakan penyata anggaran pembayaran belian dari Februari
hingga Jun 2010.
[12]
SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011 PENGAJIAN PERNIAGAAN 1
Jawapan
Syarikat Mesrajaya
Penyata Anggaran Kutipan Jualan (RM)
FEB MAC APRIL MEI JUN
Jualan
Tunai
(50%)
50,000
[½] 60,000[½] 75,000[½]
100,000[
½]
150,000[
½]
Jualan
kredit
(50%)
selepas 1
bulan 50,000[½] 60,000[½] 75,000[½]
100,000[
½]
Jumlah 50,000[ 110,000[ 135,000[ 175,000[ 250,000[
Kutipan
Jualan ½] ½] ½] ½] ½]
(ii)
Penyata Anggaran Pembayaran Belian (RM)
FEB MAC APRIL MEI JUN
Pembayaran
Belian
(1 bulan
selepas
belian)
60,000[½
]
72,000[
½]
90,000[
½]
120,000[
½]
180,000[
½]
Jumlah
Pembayaran
60,000[½
]
72,000[
½]
90,000
[½]
120,000
[½]
180,000[
½]
[setiap nilai
= ½m][Jumlah = 12m]
4.5 insurans dan takaful
1 f) Dua kepentingan insurans:
jawapan
1. Memberi perlindungan terhadap risiko yang boleh diinsuranskan
2. Membolehkan peniaga menumpukan perhatian penuh terhadap
perniagaan
3. Membantu meringankan beban kewangan sekiranya sesuatu risiko
berlaku,
atau kenyataan lain yang sesuai.
(2 yang pertama , 2 X 1m =
2m)
cgzueP'cub STPM LMS 2011 Kemaskini, PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA DAERAH LARUT MATANG
DAN SELAMA,SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011
6. c) Terangkan tiga prinsip tambahan yang terdapat dalam prinsip ganti rugi
bagi perkhidmatan insurans.
cgzueP'cub STPM LMS 2011 Kemaskini, PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA DAERAH LARUT MATANG
DAN SELAMA,SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011
Jawapan
c) Tiga prinsip tambahan yg terdapat dalam prinsip ganti rugi :-
3 prinsip
tambahan
Huraian
F1 – Caruman H1 - Sekiranya sidiinsurans mencarum dengan
lebih daripada
sebuah syarikat, setiap syarikat insurans
akan berkongsi
membayar pampasan kerugian secara
sama rata.
H2 - Cara ini menghindari sidiinsurans daripada
membuat
tuntutan berlebihan dan seterusnya
mengaut keuntungan
melebihi drpd kerugian.
F2 – Subrogasi H1 - Syarikat insurans mempunyai kuasa untuk
mengambil alih
hak milik terhadap harta yang diinsurans/
penginsurans akan
mewarisi semua hak yang ada padanya
untuk menuntut
kerugian.
H2 - Setelah membayar gantirugi terhadap
risiko yang berlaku,
maka sidiinsurans tidak dibenarkan
membuat tuntutan lain
daripada pihak yang menyebabkan
berlakunya kerugian.
F3 – Prinsip
Insurans
Limpah
H1 - Sesuatu harta yang diinsuranskan dengan
nilai lindungan
yang jauh melebihi nilai sebenar harta
berkenaan.
H2 - Sekiranya sidiinsurans mengalami kerugian
akibat risiko
yang diinsuranskan, bayaran ganti rugi
yang akan diterima
tidak melebihi nilai sebenar harta yang
diinsuranskan.
[F = 1m x 3 = 3m, H = 1m x 2H = 2m]
1 h) Berikan empat contoh risiko yang boleh diinsuranskan
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011 KELOMPOK M6
Jawapan
1.Kebakaran [ ½ m ]
2.Kemalangan [ ½ m ]
3.Kecurian [ ½ m ]
4.Perkapalan [ ½ m ]
5.Penerbangan [ ½ m ]
6.Gadaian [ ½ m ]
7.Risiko liabiliti / tanggungan awam [ ½ m ]
8.Pecah amanah / Jaminan amanah setia . [ ½ m ]
4 fakta yang pertama
( 4 x ½ m = 2m)
3 (a) Terangkan faedah yang akan diperolehi oleh seseorang pekerja di
bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan mengikut Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969. [10]
PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2 STPM 2011 SMK LUAR BANDAR NO.1 SIBU
1 (h) senaraikan empat prinsip yang terdapat dalam insurans
Jawapan:
1. prinsip kepentingan boleh diinsuranskan
2. prinsip penuh kpepercayaan
3. prinsip ganti rugi
4. prinsip doktrin punca terdekat
6 (b) Terangkan prinsip-prinsip dalam insurans berikut dengan bantuan
contoh:
(i) Kepentingan yang boleh diinsuranskan
(ii) Prinsip penuh percaya
(iii) Prinsip ganti rugi [9]
SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011 PENGAJIAN PERNIAGAAN 1
Jawapan
Prinsip-prinsip dalam insurans berikut dengan bantuan contoh:
(i) Kepentingan yang boleh diinsuranskan
Sidiinsurans hanya boleh menginsuranskan harta atau nyawa
yang mempunyai kepentingan langsung dengan dirinya. [1]
Ini bermakna apabila risiko yang diinsurankan seperti kemalangan
atau kerosakan berlaku sidiinsurans akan mengalami kerugian. [1]
Prinsip ini bertujuan untuk mengelakkan seseorang mendapat
keuntungan daripada harta orang lain akibat tindakan sengaja
merosakkan harta tersebut untuk menuntut gantirugi. [1]
Syarikat insurans perlu memastikan bahawa kepentingan yang
boleh diinsuraskan benar-benar wujud sebelum bersetuju untuk
memberi perlindungan. [1]
Contoh: Ali boleh menginsuranskan nyawa atau rumahnya kerana
dia akan mengalami kerugian besar apabila nyawa atau rumahnya
musnah tetapi dia tidak boleh menginsuranskan nyawa atau
rumah rakannya kerana dia tidak akan mengalami kerugian
apabila kemusnahan berlaku. [1]
(ii) Prinsip penuh percaya
Prinsip merujuk kepada sikap kejujuran di antara sidiinsuranskan
dengan syarikat insurans. [1]
Sidiinsuranskan mesti mendedahkan segala maklumat berkaitan
dengan risiko yang diinsuranskan dengan benar. [1]
Syarikat insurans pula mesti mendedahkan segala syarat dalam
polisi insurans dengan jelas. [1]
Pemberian maklumat palsu akan menyebabkan perjanjian
insurans terbatal dan polisi insurans dibatalkan.[1]
Pampasan tidak akan dibayar jika risiko berlaku dan tindakan
mahkamah boleh diambil terhadap pihak yang bersalah. [1]
Prinsip ini diadakan untuk mengelakkan berlakunya
penipuan/frod. [1]
Contoh: Ali menginsuranskan rumahnya terhadap kebakaran
dengan nilai lindungan RM200,000. Semasa mengisi borang
cadangan, beliau tidak menyatakan bahawa rumahnya
mengandungi bahan-bahan mudah terbakar. Kebakaran telah
berlaku dan kerugian yang ditanggung oleh Ali adalah RM100,000.
Dengan kes ini, pampasan tidak akan dibayar kepada Ali. [1]
(iii) Prinsip ganti rugi
Sidiinsuranskan yang mengalami kerugian akan dibayar
pampasan setakat kerugian yang dialami untuk memulihkan
keadaannya kepada sedia kala. [1]
Dengan itu, tiada unsur keuntungan kerana pampasan hanya
setakat menggantikan kerugian yang sebenar dan tidak
mendatangkan sebarang keuntungan kepada sidiinsurans. [1]
Prinsip ini dikecualikan untuk insurans nyawa dan insurans
kemalangan kerana nyawa dan tubuh badan tidak ternilai
harganya. [1]
Terdapat 3 prinsip tambahan iaitu prinsip caruman, prinsip
subrogasi dan prinsip insurans limpah. [1]
Contoh: Ali menginsuranskan rumahnya yang bernilai RM200,000
terhadap kebakaran dengan nilai lindungan RM180,000.
Kebakaran telah berlaku dan kerugian yang ditanggung Ali ialah
RM150,000, maka Ali akan dibayar pampasan sebanyak
RM150,000 kerana jumlah tersebut merupakan kerugian sebenar
yang dialaminya. Jika kerugian sebenar ialah RM200,000, Ali akan
menerima RM180,000 sahaja kerana jumlah tersebut merupakan
jumlah maksimum sidiinsuranskan (nilai lindungan). [1]
[1H = 1m, 3H x 3 prinsip = 9m