latihan ringan 3 jms 320

Upload: azmeer-ismail

Post on 04-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 latihan ringan 3 jms 320

    1/4

    1. BINCANGKAN SEJARAH KEBANGKITAN EKONOMI DI INDIA

    i. Sebelum kedatangan British, India telah mengamalkan sistem

    pertanian sara diri dan penternakan. Mereka juga berdagang secara

    kecil-kecilan (kain kapas dan calico).

    ii. British telah memperkembangkan ekonomi India semasa kedatangan

    mereka.

    iii. Pemerintah British telah menegakkan keamanan dan undang-undang,

    mengiktiraf hak milik persendirian, membina jalan kereta apa, jalan

    raya dan pelabuhan. Kemudahan-kemudahan ini telah meningkatkan

    ekonomi India terutamanya dalam bidang pertanian dan pertumbuhan

    industri. Banyak barang keluaran dipasarkan ke pasaran antarabangsa.

    2. TERANGKAN PERANAN YANG DIMAINKAN BRITISH DALAM

    MEMPERGIATKAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI INDIA SEKITAR

    TAHUN-TAHUN 1757-1947.

    i. British telah memperkenalkan dasar-dasar ekonomi Eropah setelah

    menjadi kuasa tunggal di India. Masyarakat tempatan telah diserap

    dengan konsep kapitalisme.

    ii. British mengaut keuntungan dengan mudah dari sektor-sektor industri

    yang sedia ada di India seperti perusahaan besi, sektor kain dansutera.

    iii. Sistem ekonomi komersil yang diprkenalkan oleh British lebih memberi

    tumpuan kepada sektor pertanian dan perdagangan.

    iv. Dalam Perjanjian Allahabad tahun 1765 British mendapat hak diwani

    yang membolehkan British memperkenalkan system percukaian tanah

    baru dikenali sebagai Sistem Zamindar pada tahun 1793.

    v. Pemodal Barat telah digalakkan melabur di atas tanah di India bagi

    mengembangkan sektor pertanian dan secara tidak langsungmengawal golongan zamindar yang menekan petani selama ini.

    vi. Sistem Ryotwari diperkenalkan di Bombay tahun 1818 manakala di

    Madras pada tahun 1912. Melalui sistem ini petani membayar cukai

    terus kepada kerajaan British bukan melalui zamindar.

  • 7/29/2019 latihan ringan 3 jms 320

    2/4

    vii. Taman-taman Botani telah didirikan di India seperti di Calcutta

    dan Mumbai bagi menjalankan penyelidikan secara saintifik dan

    mengenal pasti jenis-jenis tanaman yang sesuai ditanam secara

    komersil di India.

    viii. Pada abad ke-19, India telah muncul sebagai negarapengeksport utama kapas mentah, beras, candu, gandum, jut mentah

    dan teh apabila tanaman ini diusahakan secara komersil di India.

    ix. Apabila India memperoleh kemerdekaan sistem ekonomi komersil

    diteruskan membolehkan India terus bersaing dalam arus ekonomi

    antarabangsa.

    3. JELASKAN SISTEM EKONOMI TRADISIONAL INDIA SERTA CIRI-

    CIRINYA.

    i. Pertanian sara diri merupakan aktiviti utama dalam sistem ekonomi

    sara diri di India sebelum kedatangan kuasa Barat. Aktiviti pertanian

    sara diri di India bersifat milik komunal atau bersama yang

    dilaksanakan oleh ahli keluarga. Tanah menjadi milik kerajaan tetapi

    rakyat dibenarkan untuk menjalankan aktiviti mereka dan bersedia

    untuk berkhidmat kepada pemerintah atau membayar cukai jika

    diperlukan.

    ii. Daya pengeluaran pertanian sara diri di India adalah rendah kerana

    penggunaan sistem tradisional dan kebergantungan petani kepada

    hujan turut menjejaskan hasilnya. Selain itu, masyarakat petani yang

    miskin turut mengalami penindasan daripada tuan-tuan tanah

    (zamindar) yang sering sahaja menekan para petani dengan kadar

    cukai yang sentiasa berubah. Di samping itu, institusi kasta yang

    menjadi teras dalam masyarakat India turut dilihat mengikat

    masyarakat yang menjalankan sistem ekonomi sara diri di India kerana

    mereka tetap hidup sebagai petani buat selama-lamanya.

    iii. Secara umumnya, dalam sistem ekonomi sara diri di India terdapat

    beberapa ciri yang nyata iaitu :

    Sistem ekonomi sara diri adalah berteraskan sektor pertanian.

    Malah melalui

  • 7/29/2019 latihan ringan 3 jms 320

    3/4

    bancian pekerjaan pada tahun 1872, didapati bahawa 68.5% orang

    lelaki dewasa

    bekerja sebagai petani. Hal ini bermakna masyarakat petani

    merupakan kumpulan

    yang terbanyak dalam masyarakat di India.

    Perkampungan merupakan unit asas ekonomi dan sosial India, iaitu

    hampir 90%

    penduduk India tinggal di kawasan ini.

    Aktiviti pertanian masih lagi bersifat milik bersama sementara hak

    individu masih

    lagi asing kepada masyarakat luar bandar.

    4. BINCANGKAN KEGITAN PERTANIAN DAN PERUSAHAAN DI INDIA.

    i. Kegiatan pertanian merupakan aktiviti utama dalam sistem ekonomi tradisional di India.

    Penanaman padi menjadi pilihan utama golongan petani.

    ii. Kawasan penanaman padi utama terletak di wilayah Bengal iaitu di Timur India. Daya

    pengeluaran dalam bidang pertanian sara diri agak rendah kerana aktiviti pertanian

    bergantung sepenuhnya kepada hujan.

    iii. Selain padi, penanaman kapas juga berkembang pesat di India.

    iv. Sektor perindustrian telah berkembang di India berasaskan industri tradisional terutama

    berkaitan dengan kapas kerana pada abad ke-19 pemodal dari Barat telah melabur dalam

    sektor ini dan penggunaan teknologi yang lebih moden seperti penggunaan jentera yang

    digerakkan oleh kuasa wap

    v. Industri kapas telah berkembang dengan pesat apabila kilang kapas pertama yang

    menggunakan teknologi moden telah didirikan di Bombay tahun 1854.

    vi. Tahun 1913, 42 peratus daripada keseluruhan jumlah pekerja menceburi industri

    penenunan kapas yang berjumlah 250 000 orang.

    vii. Selepas 1850an industri jut juga penting di India dan berjaya penarik pelaburan dari

    Eropah.

  • 7/29/2019 latihan ringan 3 jms 320

    4/4

    viii. Keluaran jut adalah untuk keperluan eksport ke Amerika Syarikat, Australia dan

    Mesir.

    ix. Dengan adanya bekalan bahan api iaitu arang batu dan bekalan buruh yang mencukupi

    industri kapas dan jut terus berkembang di India.