lari berganti-ganti lengkap
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Kebanyakkan kanak-kanak tertarik kepada acara perlumbaan lebih-lebih lagi lari
berganti-ganti. Disebabkan itu, motivasi untuk mereka mengambil bahagian dalam
pembelajaran yang melibatkan lari berganti-ganti tidak menjadi masalah. Perhatian
yang utama hendaklah diberikan kepada pengajaran pertukaran baton yang cekap dan
pemahaman prinsip-prinsip asas dalam perlumbaan lari berganti-ganti daripada guru
kepada pelajar sebelum memulakan latihan. Acara lari berganti-ganti ini merupakan
salah satu acara dalam olahraga. Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang
diadakan dalam sukan olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi
acara “lumba trek stadium” atau “ stade. Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa
pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut:
Sukan Panhellenic
• Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun
• Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan setiap 2 tahun
• Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap 2 tahun
• Sukan Rom – acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda,
bergusti dan pertempuran gladiator.
1
2.0 SEJARAH LARI BERGANTI-GANTI
Acara lari berganti-ganti merupakan acara yang tergolong dalam acara pecut. Acara lari
berganti-ganti tercetus setelah acara lari pecut diperkenalkan. . Acara stade adalah
antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini
juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang
dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno,
larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium
berkenaan.
Pada amnya, acara lari berganti-ganti dibahagikan kepada dua jenis iaitu 4x100
meter dan 4x400 meter. Walaubagaimanapun, acara 4x200 meter (pelajar) dan acara
khas 4x1600 meter juga boleh diadakan. Dalam acara 4x100 meter, baton dihantar oleh
dua orang pelari yang berlari pada tahap kelajuan maksimum. Teknik penghantaran
baton tanpa lihat digunakan dan pertukaran baton adalah dalam zon pertukaran baton
iaitu sepanjang 20 meter. Acara 4x400 meter pula tidak ada zon pertukaran baton dan
pertukaran baton secara visual telah digunakan.
2
3.0 ALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM ACARA LARI BERGANTI-GANTI
Alatan yang digunakan dalam acara lari berganti-ganti ini adalah:-
3.1 Blok permulaan
Blok permulaan digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti. Blok permulaan
akan digunakan oleh pelari pertama. Blok permulaan harus boleh disesuaikan
mengikut keselesaan atlit. Cara mengukur blok untuk keselesaan atlit boleh
dilakukan seperti dalam gambar berikut:
a) Letakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki dari garis permulaan.
b) Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan.
(c) pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki daripada garis permulaan.
3.2 Baton
Baton adalah alat yang paling penting dalam acara lari berganti-ganti. Baton
berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat daripada
kayu, logam atau apa jua bahan yang keras sebatang penuh, berukuran tidak lebih
daripada 30sm dan tidak kurang daripada 28sm. Ukur lilitnya hendaklah antara
12sm dan 13sm yang beratnya tidak kurang daripada 50gm. Ia wajar diwarnakan
supaya senang dilihat ketika dibawa berlari. Baton hendaklah dipegang sepanjang
larian. Penyerahan baton kepada rakan sepasukan dilakukan di dalam zon
penukaran (20 meter).
• Alatan lain yang perlu dalam acara lari berganti-ganti adalah seperti pakaian dan
kasut lari yang sesuai dan menepati peraturan yang telah ditetapkan.
3
4.0 GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON
Pada amnya, terdapat tiga gaya penukaran baton iaitu gaya selang-seli tanpa pandang,
gaya selang-seli cara pandang dan cara pandang (4 x 400 meter). Terdapat dua teknik
asas penukaran baton iaitu teknik bawah-atas dan teknik atas-bawah. Di sini kita akan
melihat teknik atas-bawah.
4
5.0 ALIRAN PENUKARAN BATON
Dalam gaya selang-seli, aliran baton adalah KANAN-KIRI-KANAN-KIRI. Pelari pertama
akan membawa baton dengan tangan kanan. Pelari kedua berdiri di bahagian luar
lorong, menerima baton dengan tangan kiri. Pelari ketiga berdiri di bahagian dalam
lorong, menerima baton dengan tangan kanan. Pelari keempat pula berdiri di bahagian
luar lorong dan menerima baton dengan tangan kiri.
5
6.0 ZON PERTUKARAN BATON
Untuk semua acara lari berganti-ganti, penukaran baton mesti dilakukan di dalam zon
penukaran baton yang panjangnya 20 meter. Untuk acara 4 x 100 meter, satu zon
pecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahalui zon penukaran baton. Zon ini
digunakan untuk pelari memulakan larian apabila pembawa baton menghampiri titik
tanda. Titik tanda pada amnya adalah 5 – 7 meter dari garis mula zon pecutan.
Penukaran pada amnya berlaku pada jarak 12 – 16 meter dalam zon penukaran.
6
7
7.0 ACARA DALAM LARI BERGANTI-GANTI
7.1 Acara 4 x 100 meter
Untuk acara 4 x 100 meter, pelari berlari dalam lorong-lorong di atas balapan
bulat berukuran 400 meter. Balapan tersebut mempunyai 8 lorong. Pelari
pertama akan memulakan perlumbaan daripada garisan permulaan yang di atur
secara beranjak. Dia berlari ke arah pelari kedua dan menyerahkan baton.
Prosedur ini dilakukan daripada pelari kedua kepada pelari ketiga dan akhirnya
kepada pelari keempat yang akan mengakhiri perlumbaan tersebut.
8
7.2 Acara 4 x 200 meter
Bagi acara 4 x 200 meter, pelari masih berlari dalam lorong-lorong balapan yang
berukuran 400 meter. Perbezaan acara 4 x 200 meter dengan acara 4 x 100
meter adalah setiap pelari harus berlari sejauh 200 meter. Semua prosedur dan
teknik adalah sama dengan acara 4 x 100 meter.
7.3 Acara 4 x 400 meter
Acara 4 x 400 meter berbeza dengan acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter.
Perbezaan acara ini adalah dari segi prosedur dan teknik larian. Dalam acara ini,
pelari pertama memulakan larian dengan prosedur yang sama dengan acara 4 x
100 dan 4 x 200 meter. Perbezaan acara ini dapat dilihat pada pelari kedua.
Selepas berlari sejauh 100 meter, pelari kedua boleh memasuki lorong pertama
bersama dengan pelari-pelari yang lain. Pelari ketiga bagi setiap pasukan akan
menunggu pelari kedua masing-masing di lorong yang pertama dan prosedur ini
diteruskan oleh pelari yang keempat.
9
8.0 PERATURAN 170 : LARI BERGANTI-GANTI
8.1 Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi
menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi
(scratch).
8.2 Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20 meter dengan garisan pembahagi
(scratch) di tengah-tengahnya. Zon sambut bermula dan tamat dari sisi garisannya
yang menghala garisan permulaan, dari arah peserta datang.
8.3 Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400 meter (atau zon sambut kedua 4 x
200 meter) sama dengan garisan permulaan 800 meter.
8.4 Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400 meter ialah garisan 10 meter di kedua-dua
belah garisan permulaan atau penamat.
8.5 Lengkuk yang merintasi balapan pada permulaan memotong masuk pelari kedua (4
x 400 meter) dan pelari ketiga (4 x 200 meter) di awal bahagian lurus seberang padang
hendaklah sama dengan garisan memotong masuk bagi acara 800 meter, seperti
dijelaskan dalam Peraturan 163.5.
8.6 Lari berganti-ganti 4 x 100 meter dan kalau boleh 4 x 200 meter hendaklah
dijalankan dalam lorong sepenuhnya. Dalam acara 4 x 200 meter ( jika tidak dijalankan
dalam lorong ) dan 4 x 400 meter, pusingan pertama serta sebahagian daripada
pusingan kedua sehingga ke garisan memotong masuk, hendaklah dijalankan
sepenuhnya di dalam lorong.
8.7 Dalam 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter, pelari-pelari kecuali pelari pertama
sesuatu pasukan itu, boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10 meter keluar
10
daripada zon sambutnya (lihat perenggan 2 di atas). Satu tanda jelas akan diletakkan
pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon ini.
8.8 Dalam 4 x 400 meter, pelari kedua yang akan memulakan lariannya masih di dalam
lorong tidak dibenarkan keluar dari zonnya dan meyambut baton dari dalam zon
tersebut. Serupa juga bagi pelari ketiga dan keempat mesti menyambut baton dari
dalam zon.
Pelari kedua setiap pasukan akan berlari di dalam lorong sehingga menghampiri
garisan memotong selepas selekoh pertama di mana atlet boleh meninggalkan lorong
masing-masing. Garisan memotong hendaklah melengkung selebar 5 cm, merentasi
balapan ditanda, pada setiap hujung dengan sehelai bendera. Sekurang-kurangnya
setinggi 1.50m, terletak di luar balapan, 30 cm daripada garisan yang paling hampir.
Peringatan I :Bagi membantu peserta-peserta mengenal pasti lengkuk
memotong masuk, kon-kon atau prisma kecil (5 sm x 5 sm),
yang tidak melebihi tingginya 15 sm yang berlainan warna
dengan garisan lengkuk tersebut bolehlah diletakkan di setiap
titik sebelum pertemuan garisan lengkuk tadi dengan garisan
lorong.
Peringatan II : Dalam larian 4 x 200 m dan 4 x 400 m yang disertai oleh tidak
lebih daripada empat pasukan, disarankan hanya selekoh
pertama pusingan pertama dijalankan mengikut lorong.
8.9 Pelari-pelari ketiga dan keempat 4 x 400 m hendaklah mendengar arahan pegawai-
pegawai yang ditetapkan, menunggu untuk menyambut baton mengikut susunan pelari
pasukan masing-masing setelah melepasi tanda 200 m balapan (dari dalam ke luar).
Setelah pelari-pelari diletakkan dalam susunan ini, mereka tidak lagi boleh berubah
11
tempat di awal zon sambut. Sekiranya mana-mana atlet tidak mengikut peraturan ini,
beliau akan menyebabkan pembatalan pasukannya.
Peringatan : Dalam acara 4 x 200 m lari berganti-ganti ( jika acara ini tidak
sepenuhnya dilarikan di dalam lorong) atlet keempat hendaklah
beratur megikut urutan senarai permulaan (dari dalam ke luar).
8.10 Dalam sebarang acara lari berganti-ganti, apabila lorong tidak digunakan
termasuk bila sesuai, dalam acara 4 x 200 m dan 4 x 400m, atlet yang menunggu boleh
masuk kawasan dalam balapan apabila ahli pasukan menghampiri, dengan syarat
mereka tidak menghalang atau menggangu atlet lain. Dalam acara 4 x 200 m dan 4 x
400 m atlet yang menunggu hendaklah mengekalkan urutan seperti dalam perenggan
9.
8.11 Tanda pengenalan (Check Marks). Sekiranya keseluruhan atau sebahagian lari
berganti-ganti itu dijalankan mengikut lorong, seseorang peserta boleh membuat tanda
pengenalan sendiri dengan menggunakan pita pelekat, maksimum 5 sm x 40 sm,
berwarna terang yang tidak boleh sampai mengelirukan tanda-tanda sebenar di
balapan. Bagi balapan bitumen atau rumput, pelari boleh membuat tanda dengan
menggariskan balapan. Dalam apa jua keadaan tidak ada tanda lain boleh dibuat.
8.12 Baton berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat
daripada kayu, logam atau atau apa jua bahan yang keras sebatang penuh, berukuran
tidak lebih daripada 30 sm dan tidak kurang daripada 28 sm. Ukur lilitnya hendaklah
diantara 12 sm dan 13sm yang beratnya tidak kurang daripada 50 gm. Ia wajar
diwarnakan supaya senang dilihat ketika dibawa berlari.
8.13 Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia hendaklah diambil
balik oleh atlet yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan lorongnya untuk
mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang patut
12
dihabiskannya, Asalkan peraturan ini diguna pakai dan tindakan tadi tidak menggangu
atlet lain, terlepas baton tidak mengakibatkan pembatalan.
8.14 Dalam semua lari berganti-ganti, baton hendaklah diserahkan di dalam zon
sambut. Penyerahan baton bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang menerima
dan selesai apabila baton telah benar-benar berada di dalam genggaman pelari yang
menerima tadi. Peserta-peserta tidak dibenarkan memakai sarung tangan atau meletak
bahan di tangan mereka supaya memperolehi genggaman yang lebih baik. Dalam
kawasan zon sambut, hanya kedudukan baton yang menjadi pemutus dan bukannya
kedudukan tubuh atau kaki dan tangan peserta yang dipersoalkan. Pertukaran baton di
luar zon penukaran akan mengakibatkan pembatalan.
8.15 Sebelum dan atau setelah menyerahkan baton, peserta hendaklah berada di
dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan tidak berhalangan supaya
tidak menghalang peserta-peserta lain. Peraturan 163.3 dan 4 tidak akan bersabit atlet-
atlet ini. Sekiranya seseorang peserta itu secara sengaja menggangu peserta lain
dengan melintas keluar dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya, tindakan
beliau ini boleh mengakibatkan pasukan beliau dibatalkan.
8.16 Bantuan dengan mendorong atau cara lain akan menyebabkan pembatalan.
8.17 Sebaik sahaja pasukan lari berganti-ganti memulakan pertandingan, hanya dua
orang atlet sahaja yang boleh menjadi pengganti (simpanan) untuk pusingan-pusingan
berikutnya. Penggantian hanya boleh dibuat dengan atlet-atlet yang telah didaftarkan
sejak dari mula, sama ada untuk acara berkenaan atau acara lain. Jika sesuatu
pasukan tidak mengikut peraturan ini ia akan dibatalkan.
13
8.18 Komposisi dan susunan larian peserta-peserta hendaklah diistiharkan secara
rasmi tidak melebihi sejam sebelum masa panggilan pusingan pertama setiap pusingan
pertandingan. Pertukaran selepas ini akan dibuat hanya atas sebab kecederaan ( dan
ianya hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan yang dilantik oleh Jawatankuasa
Pengelola). Paukan berkenaan boleh membuat demikian hanya sehingga masa
panggilan terakhir untuk saringan pasukan yang bertanding itu. Apabila seseorang atlet
itu telah digantikan oleh peserta simpanan, beliau tidak boleh berlari semula. Jika
sesuatu pasukan tidak mengikut peraturan ini akan dibatalkan.
14
9.0 PERATURAN 166 : LARI BERGANTI-GANTI
9.1 Pelari kedua, ketiga dan keempat boleh mula berlari dalam zon 10 meter
tambahan sebelum zon pertukaran baton.
9.2 Jika baton terjatuh :
a) Dikutip oleh pelari yang menjatuhkannya.
b) Boleh tinggalkan lorong untuk mengutip baton dengan syarat tidak mengganggu
pelari pihak lawan.
9.3 Dalam acara 4 x 100 meter, tidak dibenarkan pertukaran baton dalam zon
pecutan atau pra-zon (10 meter).
9.4 Setiap pelari dalam acara 4 x 100 meter berlari dalam lorong masing-masing
walaupun selepas membuat hantaran baton.
9.5 Untuk acara 4 x 200 meter, pelari pertama dan kedua berlari di dalam lorong dan
pelari ketiga berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama.
9.6 Untuk acara 4 x 400 meter, pelari pertama berlari di dalam lorong dan pelari
kedua berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama sahaja.
9.7 Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang bertanding, pelari pertama
berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama.
9.8 Baton yang digunakan seharusnya tidak kurang daripada 50 gm, panjang 28-30
cm, garis lilit 12-13 cm dan berwarna.
15
9.9 Pelari boleh digantikan oleh salah seorang daripada dua orang pelari simpanan
yang telah didaftarkan. Pelari yang telah digantikan tidak dibenarkan untuk
mengambil bahagian lagi dalam kejohanan itu.
9.10 Giliran pelari mesti ditetapkan dan dilaporkan sebelum acara bermula.
16