laporan_monsun

22
1 Tempoh Peralihan Monsun : Mac 2011 Mei 2011 1. Pendahuluan Keadaan cuaca yang tidak menentu di banyak negara dipengaruhi oleh keragaman dan perubahan iklim, fenomena La Niña serta fenomena Ayunan Artik yang menyebabkan musim sejuk yang melampau di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia. Malaysia juga turut mengalami kesan tersebut di mana Monsun Timur Laut telah bermula lebih awal berbanding biasa di beberapa kawasan terutamanya di utara Semenanjung, Kelantan, Johor, Pantai Barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah mengalami keadaan cuaca lembap. Pada bulan Januari 2011, kebanyakan kawasan di Semenanjung mengalami keadaan cuaca yang lembap dengan jumlah hujan melebihi purata kecuali kawasan di Kedah, Perak dan Selangor yang menerima hujan di bawah purata. Di Sabah, hampir semua bahagian menerima jumlah hujan melebihi purata kecuali Bahagian Kudat yang menerima hujan di bawah purata. Manakala, di Sarawak kebanyakan bahagian menerima hujan yang normal kecuali bahagian Miri dan Limbang yang menerima hujan melebihi purata. Pada bulan Februari 2011 kebanyakan kawasan di Semenanjung telah mengalami keadaan cuaca yang agak kering dengan jumlah hujan kurang dari purata. Sementara itu, kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak masih mengalami keadaan cuaca yang lembap dengan jumlah hujan melebihi purata. Fenomena La Niña yang sedang berlaku pada tahap sederhana/kuat dijangka beransur menjadi lemah mulai bulan Mac dan diramalkan akan berakhir pada bulan Mei 2011. Tempoh Monsun Timur Laut juga dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan Mac 2011 dan disusuli dengan tempoh peralihan monsun. Peralihan monsun seringkali dicirikan oleh angin lazim yang lemah dengan arah dari pelbagai hala dan lazimnya akan berakhir pada pertengahan bulan Mei 2011. Kesan daripada fenomena La Niña, ribut petir yang lebih kuat daripada biasa boleh berlaku semasa musim peralihan monsun. Berbanding dengan tempoh akhir Monsun Timur Laut, cuaca yang lebih lembap lazimnya berlaku pada musim peralihan terutamanya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan kawasan-kawasan pedalaman negeri Kelantan dan Pahang. Semasa tempoh peralihan monsun ini, kawasan-kawasan tersebut akan mengalami cuaca yang baik pada sebelah pagi,

Upload: azimi-azmin

Post on 01-Jul-2015

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1

Tempoh Peralihan Monsun : Mac 2011 – Mei 2011 1. Pendahuluan

Keadaan cuaca yang tidak menentu di banyak negara dipengaruhi oleh keragaman dan

perubahan iklim, fenomena La Niña serta fenomena Ayunan Artik yang menyebabkan musim

sejuk yang melampau di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia. Malaysia juga turut mengalami

kesan tersebut di mana Monsun Timur Laut telah bermula lebih awal berbanding biasa di

beberapa kawasan terutamanya di utara Semenanjung, Kelantan, Johor, Pantai Barat Sabah

dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah mengalami keadaan cuaca lembap.

Pada bulan Januari 2011, kebanyakan kawasan di Semenanjung mengalami keadaan cuaca

yang lembap dengan jumlah hujan melebihi purata kecuali kawasan di Kedah, Perak dan

Selangor yang menerima hujan di bawah purata. Di Sabah, hampir semua bahagian

menerima jumlah hujan melebihi purata kecuali Bahagian Kudat yang menerima hujan di

bawah purata. Manakala, di Sarawak kebanyakan bahagian menerima hujan yang normal

kecuali bahagian Miri dan Limbang yang menerima hujan melebihi purata.

Pada bulan Februari 2011 kebanyakan kawasan di Semenanjung telah mengalami keadaan

cuaca yang agak kering dengan jumlah hujan kurang dari purata. Sementara itu, kebanyakan

kawasan di Sabah dan Sarawak masih mengalami keadaan cuaca yang lembap dengan

jumlah hujan melebihi purata.

Fenomena La Niña yang sedang berlaku pada tahap sederhana/kuat dijangka beransur

menjadi lemah mulai bulan Mac dan diramalkan akan berakhir pada bulan Mei 2011. Tempoh

Monsun Timur Laut juga dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan Mac 2011 dan

disusuli dengan tempoh peralihan monsun. Peralihan monsun seringkali dicirikan oleh angin

lazim yang lemah dengan arah dari pelbagai hala dan lazimnya akan berakhir pada

pertengahan bulan Mei 2011. Kesan daripada fenomena La Niña, ribut petir yang lebih kuat

daripada biasa boleh berlaku semasa musim peralihan monsun.

Berbanding dengan tempoh akhir Monsun Timur Laut, cuaca yang lebih lembap lazimnya

berlaku pada musim peralihan terutamanya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan

kawasan-kawasan pedalaman negeri Kelantan dan Pahang. Semasa tempoh peralihan

monsun ini, kawasan-kawasan tersebut akan mengalami cuaca yang baik pada sebelah pagi,

2

mendung pada awal petang dan ribut petir yang kadangkalanya beserta dengan hujan lebat

dan angin kencang pada lewat petang dan senja. Ekoran dari peristiwa-peristiwa ribut petir

berserta dengan hujan lebat, banjir kilat berkemungkinan boleh berlaku di kawasan-kawasan

rendah dan pembangunan yang pesat.

Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak, cuaca semasa monsun peralihan lazimnya adalah

kurang lembap berbanding dengan monsun timur laut. Semasa tempoh ini, kedua-dua negeri

akan mengalami cuaca yang baik pada sebelah pagi, mendung pada sebelah petang dengan

kadangkalanya berlaku ribut petir atau hujan terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman

dan pergunungan pada lewat petang dan senja.

2. Statistik Hujan Bulanan dan Jumlah Hujan Kebelakangan Ini

Jumlah hujan bulanan untuk tempoh Oktober 2010 hingga Februari 2011 yang dicatatkan di

stesen-stesen meteorologi utama di seluruh negara adalah seperti di tunjukkan dalam Rajah

1(a) dan 1(b). Jumlah hujan bulanan adalah diwakili oleh turus berwarna biru dan hijau untuk

tahun 2010 dan 2011 masing-masing manakala garis lengkung berwarna merah pula mewakili

min jangka panjang hujan bulanan.

Pada bulan Oktober 2010, kebanyakan kawasan di Semenanjung mengalami taburan hujan

kurang berbanding purata kecuali di utara Kelantan dan utara Terengganu yang telah

menerima taburan hujan melebihi purata. Walau bagaimanapun, menjelang penghujung bulan

Oktober 2010, kejadian hujan lebat dan juga banjir telah melanda Negeri Kedah, Perlis dan

sebahagian negeri Kelantan dan Terengganu ekoran berlakunya lekukan tropika yang

merentasi kawasan utara Semenanjung. Lebih 53,000 penduduk (masing-masing seramai

39,447 di Kedah, 13,786 di Perlis, 18 di Terengganu dan 502 di Kelantan) telah dipindahkan

ke pusat pemindahan pada awal 1 November 2010.

Bagi Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, hampir semua bahagian telah

menerima taburan hujan yang biasa kecuali Bahagian Pedalaman yang telah menerima

taburan hujan melebihi purata. Manakala di Sarawak, seluruh bahagian telah menerima

jumlah hujan yang purata kecuali Bahagian Sri Aman yang telah menerima jumlah hujan

melebihi purata pada bulan Oktober 2010.

3

Sepanjang tempoh November 2010 dan Disember 2010, rata-rata semua kawasan di

Semenanjung menerima hujan yang biasa kecuali utara Semenanjung dengan jumlah hujan

melebihi purata.

Di Negeri Sabah, hampir semua bahagian telah menerima taburan hujan yang normal kecuali

Wilayah Persekutuan Labuan dan Pantai Barat Sabah yang telah menerima jumlah hujan

melebihi purata. Manakala, di Negeri Sarawak kebanyakan bahagian menerima jumlah hujan

yang biasa kecuali bahagian Sri Aman dan Limbang dengan taburan hujan melebihi purata.

Pada bulan Januari 2011, kebanyakan kawasan di Semenanjung terutamanya di selatan

Semenanjung masih mengalami keadaan cuaca lembap yang berterusan dengan jumlah

hujan melebihi purata dan telah menyebabkan beberapa kejadian banjir besar berlaku. Lebih

daripada 57,000 mangsa banjir telah dipindahkan (masing-masing 47,838 penduduk di Johor,

2,481 di Negeri Sembilan, 4,545 di Melaka dan 2,265 di Pahang) dengan lima kes kematian

telah dilaporkan. Walau bagaimanapun, keadaan cuaca yang kering dengan taburan hujan di

bawah purata telah dialami di kawasan pantai barat Semenanjung.

Di Sabah, semua bahagian telah menerima jumlah hujan melebihi purata. Akibat daripada

keadaan cuaca lembap yang berterusan, beberapa tempat terutamanya di sekitar Bahagian

Kudat dan Sandakan telah dilanda kejadian hujan lebat dan juga banjir. Dalam kejadian ini,

seramai 3,791 mangsa banjir telah selamat dipindahkan dengan lima kes kematian

dilaporkan. Di Sarawak juga, seluruh bahagian menerima taburan hujan melebihi purata

mengakibatkan beberapa kawasan di di barat dan tengah Sarawak dilanda hujan lebat dan

banjir telah berlaku.

Sepanjang tempoh Monsun Timur Laut kali ini, beberapa stesen meteorologi telah

mencatatkan rekod hujan bulanan tertinggi bagi bulan Januari iaitu Stesen Labis (Johor)

dengan bacaan 1046.8mm, Stesen Meteorologi Kuching dengan bacaan 842.2 mm dan

Stesen Meteorologi Kuala Krai dengan bacaan 524.4 mm.

Pada bulan Februari 2011, kebanyakan kawasan di Semenanjung telah menerima jumlah

hujan di bawah purata. Manakala di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah

menerima taburan hujan melebihi purata. Meskipun di Sarawak menerima taburan hujan di

bawah purata, ianya masih lembap daripada biasa.

4

4U

2U

100T 102T 104T

Selat Melaka

Laut China Selatan

PURATA HUJAN BULANAN

JUMLAH HUJAN BULANAN (OKT – DIS 2010)

PETUNJUK

JUMLAH HUJAN BULAN (JAN – FEB 2011)

Rajah 1(a): Min Bulanan dan Jumlah Hujan Bulanan (mm) bagi Semenanjung

6U

5

3. Keadaan Suhu Permukaan Laut Terkini dan Tinjauan bagi Tempoh Mac – Mei 2011

Suhu permukaan laut SPL terkini menunjukkan bahawa fenomena La Niña sederhana/kuat

semakin melemah dengan purata suhu permukaan laut di antara 1°C dan 1.5°C di bawah

keadaan biasa di timur-tengah tropika Lautan Pasifik. Semua model ramalan menunjukkan

magnitud La Niña mula melemah pada bulan Mac dan fenomena ini dijangka akan tamat pada

bulan Mei 2011 diikuti dengan keadaan ENSO-neutral pada Mei-Jun-Julai 2011.

Analisis purata SPL bulanan (°C) dan perbezaannya dari klimatologi (°C) bagi bulan Januari

2011 adalah seperti dalam Rajah 2(a) dan 2(b). (Sumber: Climate Prediction Centre, National

Centers for Environmental Prediction, NOAA/National Weather Service, USA). Rajah 2(a)

menunjukkan corak keadaan SPL yang lazimnya berlaku di tropika Lautan Pasifik. Keadaan

SPL yang lebih sejuk iaitu di bawah 25°C adalah dominan di bahagian tengah dan timur

kawasan tropika Lautan Pasifik. Rajah 2(b) menunjukkan bahawa keadaan SPL di sepanjang

kawasan tropika Lautan Pasifik adalah di bawah normal dengan kawasan yang lebih sejuk

tertumpu di tengah dan timur kawasan tropika Lautan Pasifik (SPL berjulat di antara 1°C

hingga 2°C di bawah normal).

Rajah 1(b): Min Bulanan dan Jumlah Hujan Bulanan (mm) bagi Sabah dan Sarawak

110T 114T 112T 116T 118T

6U

4U

2U

Laut China Selatan

PURATA HUJAN BULANAN

JUMLAH HUJAN BULANAN (OKT – DIS 2010)

PETUNJUK

JUMLAH HUJAN BULAN (JAN – FEB 2011)

6

Rajah 2(a): SPL (°C) Bulanan Januari 2011

Rajah 2(b): Anomali SPL (°C) Bulanan Januari 2011

Berdasarkan Rajah 3(a) yang menunjukkan anomaly SPL di Lautan Hindi dan kawasan

tropika Lautan Pasifik, diramalkan untuk tempoh tiga bulan bagi Mac-April-Mei oleh model

JAMSTEC (Sumber:Japan Marine Science Technology Centre), kawasan sepanjang Lautan

Pasifik dijangka menjadi lebih sejuk dengan kawasan yang lebih dominan ialah di bahagian

tengah dan timur Lautan Pasifik dengan SPL berjulat antara 1.2°C hingga 2.0°C di bawah

7

normal. Aliran SPL ini menunjukkan keadaan La Niña sederhana akan terus berlaku dalam

tempoh tersebut. Di Lautan Hindi secara keseluruhannya SPL adalah sedikit sejuk daripada

normal.

Rajah 3(b) yang menunjukkan anomali SPL di Lautan Hindi dan kawasan tropika Lautan

Pasifik diramalkan untuk tempoh tiga bulan Jun-Julai-Ogos masih menunjukkan kawasan

sepanjang Lautan Pasifik adalah sedikit sejuk dari normal dengan kawasan yang lebih

dominan ialah di bahagian pertengahan Lautan Pasifik iaitu 0.6°C hingga 1.5°C. Keadaan ini

menunjukkan kekuatan fenomena La Niña semakin berkurangan dalam tempoh tersebut.

Sementara itu, di Lautan Hindi secara keseluruhannya SPL adalah normal.

Rajah 3 (a) : Jangkaan Anomali SPL (°C) bagi tempoh Mac-April-Mei

Rajah 3 (b) : Jangkaan Anomali SPL (°C) bagi tempoh Jun-Julai-Ogos 4. Tinjauan Cuaca bagi Tempoh Peralihan Monsun

Berdasarkan kepada kebanyakan model ramalan cuaca bermusim dari pusat-pusat iklim

terkemuka dunia, adalah diramalkan bahawa bagi tempoh Mac-April-Mei, kawasan-kawasan

8

di pantai barat Semenanjung dijangka akan mengalami jumlah hujan pada paras purata.

Manakala negeri-negeri di pantai timur Semenanjung dan Johor diramalkan akan menerima

jumlah hujan melebihi paras purata. Di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,

seluruh bahagian diramalkan menerima jumlah hujan melebih paras purata. Di Sarawak,

seluruh bahagian dijangkakan mengalami jumlah hujan pada paras purata.

Di Semenanjung pada bulan Mac 2011, kawasan di pantai timur dan selatan Johor dijangka

akan menerima jumlah hujan antara 20% hingga 30% di atas purata. Lain-lain tempat dijangka

akan menerima jumlah hujan pada paras purata. Bagi bulan April 2011, seluruh Semenanjung

dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata dengan kejadian ribut petir pada

sebelah petang terutamanya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Begitu juga pada

bulan Mei 2011, seluruh Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan pada paras

purata.

Bagi Negeri Sabah pada bulan Mac 2011, taburan hujan antara 20% hingga 30% melebihi

purata dijangka dialami di Bahagian Pantai Barat, Pendalaman dan Kudat. Manakala

Bahagian Sandakan dan Tawau dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata.

Pada bulan April, seluruh Negeri Sabah dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras

purata. Bagi bulan Mei 2011, Bahagian Pantai Barat, Pendalaman dan Kudat dijangka

menerima taburan hujan sehingga 20% di bawah paras purata. Manakala Bahagian Sandakan

dan Tawau dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata.

Di Wilayah Persekutuan Labuan dijangka mengalami taburan hujan antara 20% hingga 30%

melebihi purata pada bulan Mac 2011. Manakala pada bulan April jumlah hujan dijangka pada

paras purata. Taburan hujan sehingga 20% di bawah paras purata dijangka dialami pada

bulan Mei 2011.

Seluruh Negeri Sarawak dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata pada Mac

hingga April 2011. Meskipun seluruh Sarawak dijangka akan menerima jumlah hujan pada

paras purata dalam bulan Mei 2011, namun Bahagian Bintulu, Limbang dan Miri dijangka

akan menerima jumlah hujan sehingga 20% di bawah paras purata.

Rajah 4(a), 5(a) dan 6(a) masing-masing menunjukkan jangkaan hujan bulanan bagi Mac

2011 hingga Mei 2011. Rajah 4(b), 5(b) dan 6(b) pula menunjukkan jangkaan peratusan

anomali hujan bulanan bagi Mac 2011 hingga Mei 2011.

9

Jadual 1 dan Jadual 2 masing-masing menunjukkan ringkasan dan keterangan terperinci

tinjauan cuaca mengikut negeri-negeri di Malaysia bagi tempoh Mac 2011 hingga Mei 2011.

Lampiran 1 dan Lampiran 2 masing-masing menunjukkan maklumat terperinci statistik

hujan bulanan terkini yang terdiri daripada min jangka panjang, hujan bulanan yang tertinggi

dan terendah, sisihan piawai dan min bilangan hari hujan untuk bulan Mac hingga Mei bagi

Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

10

Jangkaan Hujan Bulanan dan Peratusan Anomali Hujan Pada Bulan Mac 2011

Rajah 4(a): Jangkaan Hujan Bulanan Bagi Mac 2011

Rajah 4(b): Jangkaan Peratusan Anomali Hujan Bagi Mac 2011

11

Jangkaan Hujan Bulanan dan Peratusan Anomali Hujan Pada Bulan April 2011

Rajah 5(a): Jangkaan Hujan Bulanan Bagi April 2011

Rajah 5(b): Jangkaan Peratusan Anomali Hujan Bagi April 2011

12

Jangkaan Hujan Bulanan dan Peratusan Anomali Hujan Pada Bulan Mei 2011

Rajah 6(a): Jangkaan Hujan Bulanan Bagi Mei 2011

Rajah 6(b): Jangkaan Peratusan Anomali Hujan Bagi Mei 2011

13

Jadual 1: Ringkasan Tinjauan Cuaca dari Mac 2011 Hingga Mei 2011

Negeri

Jangkaan

Jumlah Hujan Bulanan

(mm)

Tempoh Tinjauan Cuaca

(Berkaitan dengan Hujan)

Perlis

100 – 150

150 – 220

130 – 200

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Kedah

Tanah Besar

100 – 160

160 – 240

170 – 260

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Langkawi

100 – 130

160 – 240

170 – 260

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Pulau Pinang

90 – 170

160 – 250

160 – 280

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Perak

100 – 230

130 – 320

80 – 260

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Selangor

200 – 340

230 – 390

150 – 290

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Wilayah Persekutuan

Putrajaya

120 – 180

170 – 250

90 – 140

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Kuala Lumpur

230 – 340

260 – 390

190 – 290

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

14

Labuan

70 – 100

170 – 250

180 – 240

Mac

April

Mei

Sedikit Atas Paras Purata

Paras Purata

Sedikit Bawah Paras Purata

Negeri Sembilan

120 – 180

150 – 230

140 – 200

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Melaka

120 – 180

150 – 230

140 – 200

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Kelantan

Pasir Mas, Tanah Merah,

Jeli, Gua Musang,

Kuala Krai

90 – 140

70 – 110

90 – 140

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Tumpat, Bachok, Kota Bharu, Pasir

Puteh, Machang

140 – 200

80 – 120

90 – 140

Mac

April

Mei

Sedikit Atas Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Terengganu

210 – 240

80 – 120

90 – 140

Mac

April

Mei

Sedikit Atas Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Pahang

Kuantan, Pekan, Rompin

210 – 250

130 – 190

150 – 230

Mac

April

Mei

Sedikit Atas Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Lipis, Jerantut,

Raub, Maran, Temerloh

130 – 190

140 – 210

140 – 210

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Tanah Tinggi Cameron

180 – 270

220 – 330

210 – 320

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

15

Johor

Mersing, Kota Tinggi

170 – 200

100 – 140

110 – 170

Mac

April

Mei

Sedikit Atas Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Kluang, Batu Pahat,

Segamat, Muar, Ledang

160 – 230

180 – 270

130 – 200

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Pontian, Johor Bahru,

Nusajaya

260 – 310

190 – 280

170 – 250

Mac

April

Mei

Sedikit Atas Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Sarawak

Kuching Samarahan

280 – 410

230 – 340

200 – 300

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Sri Aman Betong

250 – 370

220 – 340

190 – 290

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Mukah Sarikei

Sibu

250 – 380

230 – 340

190 – 280

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Kapit Bintulu

220 – 320

200 – 310

190 – 280

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Miri Limbang

120 – 180

140 – 210

120 – 160

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Sabah Pedalaman Pantai Barat

90 – 110

100 – 150

130 – 180

Mac

April

Mei

Sedikit Atas Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

16

Kudat

130 – 160

50 – 70

70 – 90

Mac

April

Mei

Sedikit Atas Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Sandakan

150 – 220

90 – 130

110 – 160

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Tawau

80 – 120

90 – 130

120 – 170

Mac

April

Mei

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Jadual 2: Keterangan Terperinci Tinjauan Cuaca dari Mac 2011 hingga Mei 2011

Negeri Tinjauan Cuaca

Perlis Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 100 – 150 mm pada Mac, 150 – 220 mm pada April dan 130 – 200 mm pada Mei.

Kedah

Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 di kawasan tanah besar termasuk Pulau Langkawi dengan jumlah hujan bulanan di antara 100 – 160 mm bagi tanah besar manakala 100 – 130 mm bagi Pulau Langkawi pada Mac, 160 – 240 mm pada April dan 170 – 260 mm pada Mei.

Pulau Pinang Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 90 – 170 mm pada Mac, 160 – 250 mm pada April dan 160 – 280 mm pada Mei.

Perak Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 100 – 230 mm pada Mac, 130 – 320 mm pada April dan 80 – 260 mm pada Mei.

Selangor Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 200 – 340 mm pada Mac, 230 – 390 mm pada April dan 150 – 290 mm pada Mei.

Putrajaya Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 120 – 180 mm pada Mac, 170 – 250 mm pada April dan 90 – 140 mm pada Mei.

17

Kuala Lumpur Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 230 – 340 mm pada Mac, 260 – 390 mm pada April dan 190 – 290 mm pada Mei.

Negeri Sembilan

Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 120 – 180 mm pada Mac, 150 – 230 mm pada April dan 140 – 200 mm pada Mei.

Melaka Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 120 – 180 mm pada Mac, 150 – 230 mm pada April dan 140 – 200 mm pada Mei.

Kelantan

Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 di kawasan Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai dengan jumlah hujan bulanan di antara 90 – 140 mm pada Mac, 70 – 110 mm pada April dan 90 – 140 mm pada Mei.

Hujan sedikit di atas paras purata dijangka pada Mac 2011 di kawasan Tumpat, Bachok, Kota Bharu, Pasir Puteh dan Machang dengan jumlah hujan bulanan di antara 140 – 200 mm. Manakala dari April hingga Mei 2011, dijangkakan menerima hujan pada paras purata dengan jumlah hujan bulanan di antara 80 – 120 mm pada April dan 90 – 140 mm pada Mei.

Terengganu

Hujan sedikit di atas paras purata dijangka pada Mac 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 210 – 250 mm manakala pada April dan Mei 2011 dijangkakan menerima hujan pada paras purata dengan jumlah hujan bulanan di antara 80 – 120 mm pada April dan 90 – 140 mm pada Mei.

Pahang

Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 di majoriti kawasan di Pahang kecuali kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin yang dijangka menerima jumlah hujan sedikit di atas paras purata semasa Mac 2011.

Di kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin dijangkakan menerima jumlah hujan bulanan di antara 210 – 250 mm pada Mac, 130 – 190 mm pada April dan 150 – 230 mm pada Mei.

Di kawasan Lipis, Jerantut, Raub, Maran dan Temerloh dijangkakan menerima jumlah hujan bulanan di antara 130 – 190 mm pada Mac dan 140 – 210 mm pada April dan Mei.

Tanah Tinggi Cameron dijangkakan menerima jumlah hujan bulanan di antara 180 – 270 mm pada Mac, 220 – 330 mm pada April dan 210 – 320 mm pada Mei.

Johor

Hujan pada paras purata dari Mac hingga Mei 2011 kecuali Mersing, Kota Tinggi, Pontian, Johor Bahru dan Nusajaya yang dijangka akan menerima jumlah hujan sedikit di atas purata pada Mac 2011.

Di Mersing dan Kota Tinggi jumlah hujan bulanan dijangka di antara 170 – 200 mm pada Mac, 100 – 140 mm pada April dan 110 – 170 mm pada Mei.

Di Kluang, Batu Pahat, Segamat, Muar dan Ledang jumlah hujan bulanan

18

dijangka di antara 160 – 230 mm pada Mac, 180 – 270 mm pada April dan 130 – 200 mm pada Mei.

Di Pontian, Johor Bharu dan Nusajaya jumlah hujan bulanan dijangka di antara 260 – 310 mm pada Mac, 190 – 280 mm pada April dan 170 – 250 mm pada Mei.

Sarawak

Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 di semua bahagian di Sarawak kecuali di Bahagian Bintulu, Limbang dan Miri yang dijangka menerima jumlah hujan sehingga 20% di bawah paras purata semasa Mei 2011.

Di Bahagian Kuching dan Samarahan jumlah hujan bulanan dijangka di antara 280 – 410 mm pada Mac, 230 – 340 mm pada April dan 200 – 300 mm pada Mei.

Di Bahagian Sri Aman dan Betong jumlah hujan bulanan dijangka di antara 250 – 370 mm pada Mac, 220 – 340 mm pada April dan 190 – 290 mm pada Mei 2011.

Di Bahagian Mukah, Sarikei dan Sibu jumlah hujan bulanan dijangka di antara 250 – 380 mm pada Mac, 230 – 340 mm pada April dan 190 – 280 mm pada Mei.

Di Bahagian Kapit dan Bintulu jumlah hujan bulanan dijangka di antara 220 – 320 mm pada Mac, 200 – 310 mm pada April dan 190 – 280 mm pada Mei.

Di Bahagian Miri dan Limbang jumlah hujan bulanan dijangka di antara 120 – 180 mm pada Mac, 140 – 210 mm pada April dan 120 – 160 mm pada Mei.

Sabah

Hujan pada paras purata dijangka pada Mac hingga Mei 2011 di Sabah kecuali di Bahagian Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka menerima jumlah hujan sedikit di atas paras purata semasa Mac 2011. Semasa Mei 2011 dijangkakan Bahagian Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan menerima jumlah hujan sehingga 20% di bawah paras purata.

Di Wilayah Persekutuan Labuan jumlah hujan bulanan dijangka di antara 70 – 100 mm pada Mac, 170 – 250 mm pada April dan 180 – 240 mm pada Mei.

Di bahagian Pedalaman dan Pantai Barat jumlah hujan bulanan dijangka di antara 90 – 110 mm pada Mac, 100 – 150 mm pada April dan 130 – 180 mm pada Mei.

Di bahagian Kudat jumlah hujan bulanan dijangka di antara 130 – 160 mm pada Mac, 50 – 70 mm pada April dan 70 – 90 mm pada Mei.

Di bahagian Sandakan jumlah hujan bulanan dijangka di antara 150 – 220 mm pada Mac, 90 – 130 mm pada April dan 110 – 160 mm pada Mei.

Di bahagian Tawau jumlah hujan bulanan dijangka di antara 80 – 120 mm pada Mac, 90 – 130 mm pada April dan 120 – 170 mm pada Mei.

19

Nota: Pengkelasan Jumlah Hujan Bulanan Atas Paras Purata : Peningkatan melebihi 40% daripada purata jumlah hujan jangka

panjang. Sedikit Atas Paras Purata : Peningkatan sebanyak 20% hingga 40% daripada purata jumlah hujan jangka panjang. Paras Purata : Peningkatan atau pengurangan kurang daripada 20% daripada purata jumlah hujan jangka panjang. Sedikit Bawah Paras Purata : Pengurangan sebanyak 20% hingga 40% daripada purata jumlah hujan jangka panjang Bawah Paras Purata : Pengurangan melebihi 40% daripada purata jumlah hujan jangka

panjang

20

Lampiran 1

Statistik Hujan Bulanan bagi Semenanjung

Stesen

Mac April Mei

Hujan Bulanan (mm)

Sis

ihan

Pia

wai

Min. Bil. Hari

Hujan

Hujan Bulanan (mm)

Sis

ihan

Pia

wai

Min. Bil. Hari

Hujan

Hujan Bulanan (mm)

Sis

ihan

Pia

wai

Min. Bil. Hari

Hujan Min

Ter

tin

gg

i

Ter

end

ah

Min

Ter

tin

gg

i

Ter

end

ah

Min

Ter

tin

gg

i

Ter

end

ah

Langkawi 108 316 11 85 10 201 378 21 77 15 215 372 86 78 17

Chuping 129 304 7 83 10 183 399 18 88 15 161 339 42 77 16

Alor Setar 131 405 1 77 10 202 483 38 103 16 214 440 54 91 17

Butterworth 116 251 12 60 12 207 582 27 104 16 197 399 40 88 16

Bayan Lepas 144 365 2 86 13 208 390 17 86 17 234 506 64 109 17

Ipoh 197 426 20 94 15 265 630 95 99 18 219 470 38 102 17

C. Highlands 227 496 85 103 19 266 517 44 117 20 267 554 109 84 21

Sitiawan 129 362 24 78 14 161 473 9 74 15 122 268 27 61 13

Subang 250 545 89 95 18 292 611 71 117 20 191 508 46 117 16

Petaling Jaya 287 514 35 112 19 326 610 124 113 20 238 566 67 135 16

KLIA 152 324 33 84 15 211 438 32 114 17 116 189 28 53 12

Melaka 149 361 27 73 14 189 391 13 83 16 169 427 25 78 15

Batu Pahat 195 353 107 64 17 226 422 76 89 18 167 335 50 79 14

Kluang 197 610 28 131 17 225 436 46 92 18 179 381 51 78 14

Senai 217 522 28 121 16 233 405 49 82 18 211 388 66 87 18

Kota Bharu 113 560 1 125 8 90 379 0 84 8 114 283 5 61 11

K.Krai 116 427 11 89 12 102 231 20 60 11 150 351 30 79 15

K. Terengganu 172 577 9 162 10 100 242 1 64 9 117 319 11 70 11

Temerloh 161 429 32 97 13 179 414 14 86 14 176 363 74 81 14

Kuantan 176 657 4 151 12 161 335 2 91 13 189 390 28 83 15

Batu Embun 156 410 25 100 14 174 308 41 70 14 175 367 51 75 15

Muadzam Shah 204 581 14 133 14 188 361 9 86 14 134 236 52 51 13

Mersing 142 468 0 110 12 120 332 5 66 13 141 316 48 58 14

21

Lampiran 2

Statistik Hujan Bulanan bagi Sarawak dan Sabah

Stesen

Mac April Mei

Hujan Bulanan (mm)

Sis

ihan

Pia

wai

Min. Bil. Hari

Hujan

Hujan Bulanan (mm)

Sis

ihan

Pia

wai

Min. Bil. Hari

Hujan

Hujan Bulanan (mm)

Sis

ihan

Pia

wai

Min. Bil. Hari

Hujan Min

Ter

tin

gg

i

Ter

end

ah

Min

Ter

tin

gg

i

Ter

end

ah

Min

Ter

tin

gg

i

Ter

end

ah

Kuching 345 748 149 130 16 282 503 85 96 18 255 432 87 75 18

Sri Aman 308 572 75 129 20 279 432 118 82 20 240 437 95 92 18

Sibu 316 598 34 116 20 283 513 97 100 19 233 487 50 88 19

Bintulu 270 681 34 143 18 257 568 62 113 18 235 473 60 104 16

Miri 147 365 8 80 14 173 398 5 85 15 196 377 27 88 15

Labuan 123 320 0 81 11 209 534 27 123 15 299 590 77 126 17

Kota Kinabalu 80 409 0 78 9 123 323 7 88 11 222 492 30 100 16

Kudat 111 472 0 120 10 57 160 0 45 7 109 337 9 82 10

Sandakan 184 557 5 138 13 111 376 0 86 10 135 366 15 73 12

Tawau 102 324 1 67 11 108 382 15 70 11 143 491 7 80 13

22

SENARAI ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

EN. MUHAMMAD HELMI ABDULLAH Pengarah Marin dan Lautan

Tel: 087-423110 e-mel: [email protected]

DR. YAP KOK SENG Ketua Pengarah Tel: 03-79678001

e-mel: [email protected]

PN. CHE GAYAH ISMAIL Timb. Ketua Pengarah (Ramalan)

Tel: 03-79678003 e-mel: [email protected]

EN. ALUI BAHARI Timb. Ketua Pengarah (Aplikasi)

Tel: 03-79678002 e-mel: [email protected]

EN. SAW BUN LIONG Pengarah Ramalan

Tel: 03-79678118 e-mel: [email protected]

Laman web: http://www.met.gov.my

Pegawai Meteorologi bertugas boleh dihubungi melalui:

Tel: 03-79678116

Faks: 03-79578052 atau 03-79588221

PEJABAT-PEJABAT RAMALAN

En. Azemi Daud Pengarah Pejabat Meteorologi Gong Kedak Pengkalan Udara TUDM Gong Kedak 22000 Jerteh, Terengganu Tel: 09-6902462 Faks: 09-6902461 e-mel: [email protected]

En. Lim Boon Seng Pengarah Pejabat Meteorologi Butterworth Pengkalan Udara TUDM 13050 Butterworth, P.Pinang Tel: 04-3314633 Faks: 04-3319897 e-mel: [email protected]

En. Md. Kamsan Hamdan Pengarah Pejabat Meteorologi Kuantan Batu 9, Jalan Gambang 25150 Kuantan, Pahang Tel: 09-5381216 Faks: 09-5381273 e-mel: [email protected]

En. Ab’Llah Che Cob Pengarah Pejabat Meteorologi Utama KLIA Tkt. 1, Pusat Pentadbiran Lapangan Terbang 64000 Sepang, Selangor D.E. Tel: 03-87872360 Faks: 03-87871019 e-mel: [email protected]

En. Abdul Razak Abd Malek Pengarah Pejabat Meteorologi Subang LT Sultan Abdul Aziz Shah 47200 Subang, Selangor D.E. Tel: 03-78463951 Fax: 03-78464982 e-mel: [email protected]

En. Abd Malik Tussin Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sabah Tkt. 7, Wisma Dang Bandang 88000 Kota Kinabalu, Sabah Tel: 088-256054 Faks: 088-211019 e-mel: [email protected]

En. Wong Teck Kiong Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sarawak Tkt. 14, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga 93667 Kuching, Sarawak Tel: 082-257358 Faks: 082-422854 e-mel: [email protected]

En. Loh Eng Kee Pengarah Pejabat Meteorologi Pulau Pinang LT Bayan Lepas 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang Tel: 04-6438301 Faks: 04-6446804 e-mel: [email protected]

IBU PEJABAT