laporan teknikal laporan industri
DESCRIPTION
laporan industri ini untuk semuaTRANSCRIPT
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 1/43
22
BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Pengenalan
Laporan teknikal adalah bahagian laporan yang meliputi kerja-kerja yang
dilakukan sepanjang tempoh latihan industri.Laporan teknikal ini menerangkan tentang
kerja-kerja teknikal yang dibuat atau dilihat oleh pelajar selama 20 minggu.Selama 20
minggu telah di tempatkan di tapak bina alam impian dan diletakkan dibawah seliaan Pn
Jahina Md Jahi iaitu jurutera tapak bina yang menyelia setiap kerja teknikal yang telah
dilakukan.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 2/43
23
4.2 Kerja-kerja awalan pembinaan.
Ditapak bina Alam Impian, telah didedahkan dengan kerja-kerja awalan ditapak
bina Alam Impian ini.Antara kerja-kerja awalan yang dapat lihat adalah kerja-kerja
membuat longkang sementara untuk mengalirkan air jika belakunya hujan. Selain itu,
telah diterangkan sedikit tentang kenapa perlu membuat longkang sementara ditapak
bina, ia bertujuan untuk mengelakkan air hujan yang turun tidak bertakung.
Selain itu, air yang tersebut akan menghakis tanah dan akan menyebabkan tanah
tersebut hilang, maka proses untuk menimbus akan dijalankan. Jika kerja penimbusan
dilakukan ia akan menyebabkan kerugian dari segi masa dan kos. Maka itulah sebab-
sebab kenapa perlu membuat longkang sementara ditapak bina.
Gambar rajah 4.1: Longkang sementara.
Ditapak bina Alam Impian, dapat melihat kerja- kerja membuat jalan masuk dan
keluar. Jalan keluar dan masuk dibina untuk memudahkan perjalanan jentera seperti lori
untuk mengangkut tanah keluar masuk, excavatior dan jentera-jentera yang lain. Jalan ini
juga dibuat untuk memudahkan kontraktor ataupun pihak-pihak yang terlibat dengan
tapak bina ini untuk membuat lawatan atau membuat pemantauan
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 3/43
24
Gambar rajah 4.2: Jalan sementara.
Selain itu,kerja-kerja pemasangan papan tanda untuk projek. Ia dipasang
bertujuan memberitahu projek sedang dijalankan dikawasan tersebut dan untuk menjamin
keselamatan penduduk yang ada berdekatan dengan tapak projek supaya tidak memasuki
kawasan pembinaan. Selain itu,papan tanda dipasang untuk memberitahu tentang projek
apa yang sedang dijalankan,siapa majikan untuk projek,perunding-perunding bagi setiap
kerja ditapak bina, kontraktor, dari papan tanda yang dipasang dapat mengetahui semua
perkara.
Gambar rajah 4.3: Papan tanda projek Alam Impian.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 4/43
25
4.3 Kerja Penamanan Cerucuk (Piling Work )
4.3.1 Pengenalan
Terdapat pelbagai jenis cerucuk yang digunakan di Malaysia, kayu cerucuk,
konkrit cerucuk, cerucuk keluli dan sebagainya.Peningkatan penggunaan cerucuk
disebabkan pembangunan di Malaysia yang semakin membangunan.Cerucuk adalah
elemen yang berbentuk tiang yang berfungsi mengagihkan beban „superstruktur‟ melalui
strata yang kurang mampat atau lapisan air kepada strata yang lebih mampat dan kuat.
Secara umumnya, fungsi cerucuk sebagai salah satu komponen utama dalam
pembinaan bangunan, di mana ia mampu menanggung beban yang berat. Cerucuk
digunakan terutamanya, apabila tapak pembinaan terdiri daripada tanah lembut, jauh ke
dalam lapisan yang mengandungilebih daripada 3 meter di bawah permukaan dan tanah
tersebut memerlukan kerja-kerja penggalian yang terlalu mahal atau sukar untuk digali.
4.3.2 Faktor asas penggunaan cerucuk
Cerucuk merupakan sejenis binaan yang dibuat bagi memindahkan beban di
atasnya kepada tanah yang mempunyai keupayaan galas yang lebih tinggi dan dapat
menanggung beban tersebut.Sistem cerucuk dipilih kerana tanah bahagian atas tidak
sesuai untuk menjadi lapisan penggalas/“Unsuitable Bearing Stratum”. Tanah yang tidak
sesuai mungkin disebabkan oleh:
I. Tidak cukup tekanan galas.
II. Mendapan terlalu besar.
III. Paras air bawah tanah yang tidak menggalakkan.
IV. Adanya beban berong / “Lateral Loading”.
V. Wujudnya beban-beban cabutan / “Up-lift Forces”.
4.3.3 Faktor Pemilihan jenis cerucuk.
Terdapat berbagai jenis cerucuk yang digunakan dan ianya bergantung kepada
empat (4) faktor yang utama, iaitu;
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 5/43
26
i. Kedudukan bangunan dan jenis struktur yang diperlukan.
ii. Keadaan tanah atau tapak bina.
iii. Ketahanan / “Durability”.
iv. Kedudukan paras air di bawah tanah.
4.3.4 Jenis cerucuk yang digunakan di tapak bina Alam Impian.
Cerucuk Konkrit Tetulang / “Reinforced Concrete Piles”
Juga dikenali sebagai cerucuk R.C. di mana cerucuk ini dibuat di dalam kilang
mengikut bentuk dan saiz yang diperlukan.Cerucuk ini kemudian diuji sebelum dihantar
ke tapak bina. Cerucuk ini hendaklah diangkut dengan cara yang paling sesuai keranadikuatiri akan merosakkan cerucuk sebelum sempat digunakan. Cerucuk ini merupakan
yang paling banyak digunakan dan sesuai untuk kebanyakan tapak.Cerucuk ini tidak
sesuai digunakan untuk kawasan lembut dan mempunyai lapisan-lapisan pasir.
Cerucuk ini dibenamkan ke dalam tanah dengan tukul cerucuk. Hentaman ini
dikenakan di kepala cerucuk yang telah dilapik terlebih dahulu dengan plat besi. Oleh
kerana hentaman dikenakan di kepala cerucuk, maka bahagian bawah cerucuk yang akan
menembusi tanah. Ini adalah untuk mengelakkan bahagian bawah cerucuk dari rosak disamping mengurangkan daya rintangan.
Boleh digunakan pada kebanyakan tapak dan keadaan tanah kecuali di kawasan
yang terlalu lembut dan kawasan yang mempunyai batu kapur. Mempunyai saiz 150 x
150 hingga 400 x 400 mm. saiz cerucuk yang digunakan di tapak bina Alam Impian ialah
150mm x 150mm RC Pile Cerucuk ini dapat menanggung beban galas struktur maksima
sehingga 1450 kN (145 tan). Campuran konkrit yang digunakan ialah campuran 1: 2: 4.
Gred konkrit selalunya bergantung kepada keadaan tanah seperti :
i. Kelas 1: Konkrit Gred 40 – untuk tanah yang keras.
ii. Kelas 2: Konkrit Gred 25 – untuk tanah yang lembut.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 6/43
27
4.3.5 Mesin Penanaman Cerucuk
Jenis mesin penanaman cerucuk yang selalu digunakan ialah jenis Penukul
Hidraulik.Kebiasaannya, menggunakan penukul yang beratnya antara 10kN-70kN (1.3
tan-6.0 tan). Selalu digunakan untuk cerucuk yang saiznya 200mm dan ke atas. Penukul
akan dipasang kepada mesin roda berantai / “Crawler Machine”. Pergerakan turun-naik
penukul dikawal dengan kuasa hidraulik. Pergerakannya cepat diantara satu kedudukan
ke kedudukan yang lain.
4.3.6 Proses Penanaman Cerucuk
Jenis cerucuk yang dibenamkan ialah dari jenis konkrit siap tuang. Sebelum
dibenamkan, kepala cerucuk mesti dipasangkan pelapik sama ada pelapik besi atau
plastik dan kakinya perlu disarungkan kasut cerucuk supaya ia mudah membenam dan
hujung kakinya tidak rosak. Kemudian, cerucuk ditegakkan dengan menggunakan kabel
dari kren dan ditarik ke kedudukan yang betul, yang disemak dengan pelambab atau
teodolit dari dua atau lebih sudut sebelum pembenaman dilakukan.
Gambar rajah 4.4: Cerucuk yang ditegakkan dengan
menggunakan kabel dari kren
Kemudian hentaman akan dikenakan kepada cerucuk dari ketinggian tertentu dan
bilangan hentaman akan dicatat ke dalam borang rekod bagi setiap kemasukkan
sebanyak satu kaki di mana cerucuk akan ditanda pada selang satu kaki untuk
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 7/43
28
memundahkan kiraan setiap kemasukkan satu kaki cerucuk. Jika satu batang cerucuk
sudah habis dibenam dan set masih belum dicapai, sambungan cerucuk mesti
dilakukan. Bagi cerucuk konkrit, penyambungan secara kimpalan dilakukan manakala
untuk cerucuk kayu, plat keluli digunakan dengan memakukan kepada kepala
cerucuk.
Gambar rajah 4.5: Cerucuk yang dikenakan hentaman
untuk menanam cerucuk.
Gambar rajah 4.6: Cerucuk dikimpal untuk
disambungkan dengan cerucuk yang lain.
Apabila cerucuk telah sampai ke lapisan keras, “set” cerucuk ditentukan dengan
menghentam cerucuk sebanyak 10 kali dan pembenaman semasa hentaman ini tidak
boleh melebihi 25mm. Ini dijalankan dengan melekatkan sekeping kertas graf pada sisi
permukaan cerucuk pada paras yang sesuai. Satu pelurus disokong dengan tetap secara
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 8/43
29
ufuk pada kertas itu.Kemudian, cerucuk dihentam sebanyak 10 kali. Semasa hentaman
sebatang pensil akan digelongsorkan mengikut pelurus secara perlahan dan berterusan
dalam arah ufuk dari kiri ke kanan untuk menandakan satu set garisan pada kertas graf.
Gambar rajah 4.7: Contoh rekod piling .
4.3.7 Senarai bahaya pemasangan kerja piling.
Pemasangan cerucuk melibatkan kerja penanaman dan mengangkat. Bahaya yang
berpotensi dan masing-masing dan langkah berjaga-jaga adalah seperti berikut:
Bahaya Langkah Berjaga-jaga
1. Terbalik Memastikan tanah dalam tahap yang
baik
Memastikan peralatan dalam keadaan
baik.
Jangan mencuba dikawasan yang
berair.
Menggunakan tali dawai yang
diluluskan dan diuji..
2. Cerucuk patah ketika kerja
penanaman sedang dijalankan
Gunakan gelung tali wayar di seluruh
cerucuk untuk mengelakkan tergelincir
(permukaan cerucuk adalah licin)
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 9/43
30
Jangan tarik cerucuk lebih daripada 12m
dari pemimpin cerucuk.
Jauhi dari cerucuk semasa kerja
penanaman
3. Lain-lain Operater harus sentiasa melihat pada
pekerja-pekerja supaya apabila kerja
penanaman dijalan pekerja tidak ada
berdekat dengan kawasan tersebut.
Memastikan tiada pekerja berada di
bawah apabila cerucuk diangkat
Pemeriksaan tali kabel harus dilakukan
supaya tidak putus apabila mengangkat
cerucuk.
Jadual 4.1: Senarai bahaya ketika kerja piling.
4.3.8 Pemasalahan pada kerja piling dan cara mengatasi
Penggunaan cerucuk adalah penyelesaian asas kepada kawasan yang sukar
substruktur, batu kapur dan tanah lembut kerana terdapat bangunan di tapak di Alam
Impian Seksyen 35, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Dalam kerana kawasan itu, jenis
dan keadaan tanah di tapak pembinaan bagi pembinaan 56 Unit Rumah sangat lembut.
Walau bagaimanapun, terdapat masalah cerucuk dilakukan untuk keadaan tanah
yang sukar menyebabkan longgokan rosak, pecah dan belum berikat.Juga menyebabkan
kerosakan kepada cerucuk kerja terbengkalai dan mengambil masa yang lama. Ini juga
menyebabkan kos pembinaan meningkat. Oleh itu, pengalaman dan kepakaran dalamcerucuk penting yang tarikh permulaan dan berakhir pada tarikh pemasangan seperti yang
dijanjikan dalam kontrak.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 10/43
31
Gambar kerosakan Penerangan
. Cerucuk patah akibat dari hentakkan
yamg terlampau kuat atau pemasangan
cerucuk yang tidak betul.
. Keadaan tanah lembut juga menyukarkankerja penanaman cerruruk untuk
mendapatkan kedudukan yang tepat.
Jadual 4.2: Gambar kerosakkan ketika melakukan kerja piling.
Setiap masalah yang berlaku pada tapak pembinaan perlulah dipertimbangkan
dari pelbagai faktor. Masalah ini akan melibatkan kos projek meningkat. Masalah akibat
cerucuk yang patah, perlu diganti dengan cerrucuk yang baru. Ini berlaku kerana asas
yang kukuh dan juga struktur tanah yang liat.
Langkah kerja pemasangan cerucuk hendaklah mengikut kaedah yang betul
untuk mendapatkan set dalam kerja penanaman cerucuk. Ia adalah kerana, prosedur yang
salah boleh menyebabkan cerucuk tidak set. Cerucuk yang tidak mendapat set yang
diingini perlu digantikan dengan cerucuk baru atau sistem cerucuk yang lain.
Oleh itu, kepentingan penyiasatan tapak amat penting sebelum cerucuk
digunakan. Keadaan tanah juga penting untuk menentukan jenis cerucuk dan cara kerja
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 11/43
32
yang akan dilakukan. Keadaan tanah yang kurang baik juga menjadi faktor cerucuk
sukar untuk mendapatkan tahap yang dikehendaki.
4.4 Kerja-kerja tetulang
4.4.1 Pengenalan
Dalam kerja binaan konkrit tetulang, bar tetulang ialah sejenis besi yang
beberntuk bulat dan panjang yang digunakan sebagai tetulang.Konkrit biasanya tidak
berupaya menanggung beban tegasan dan tekanan dengan sangat berkesan. Struktur –
struktur seperti tiang, lantai, rasuk dan lain - lain bahagian sering mengalami tegasan
tegangan. Oleh itu, konkrit biasa adalah tidak sesuai di gunakan, maka ia diatasi dengan
menggunakan konkrit bertetulang ( Reinforcement concrete) iaitu dengan mencantumkan
besi tetulang dengan konkrit. Terdapat beberapa jenis bar tetulang iaitu:
i. Keluli lembut / hot rolled mild steel
ii. Bar berbunga / deformed bar
iii. Tetulang anyaman / BRC steel fabric
iv. Dawai keluli tegangan tinggi / high tensile wire
4.4.2 Penyimpanan Besi Tetulang
Bagi kegunaan di tapak, besi tetulang di hantar ke tapak. Apabila ia sampai ke
tapak ia perlu diikat dan diasingkan mengikut saiz dan jenis. Apabila besi tetulang telah
sampai ke tapak bina, periksa keadaan bar tetulang itu dan perhatikan kadar karatnya dan
kebengkokkannya. Jika sekiranya kadar karatnya terlampau teruk, ia hendaklah di
gantikan kerana kemungkinan ia akan merosakkan struktur – struktur bangunan. Tetulang
hendaklah sentiasa bersih dan sentiasa jauh dari kotoran minyak, tanah, karat, dan lain –
lain bahan.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 12/43
33
Gambar rajah 4.8: Besi tetulang yang telah
di potong dan dibengkokkan.
4.4.3 Pemasangan Tetulang Keluli
Tetulang keluli yang dipasang pada struktur tiang dan rasuk adalah perlu
diikatkan dahulu dengan link.Kerja pengikatan link adalah di lakukan di kawasan bawah.
Kerja – kerja pengikatan link adalah seperti berikut :
a. Tetulang link yang hendak di pasang adalah diletakkan di atas dua
peranca.
b. Link akan di masukkan ke dalam sekeliling tetulang serta dijarakkan
150mm atau 200mm pusat ke pusat mengikut bentuk.
c. Seterusnya link diikat pada tetulang dengan dawai dengan cangkuk
pengikatnya.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 13/43
34
Gambar rajah 4.9: Tetulang bagi pad footing akan dikat terlebih
dahulu sebelum di letakkan di kotak betuk.
4.5 General Past Contr ol (GPC).
4.5.1 Pengenalan
General pest control (GPC) dijalankan menggunakan alat stainless steel sprayer
yang dimasukkan campuran racun pada sukatan-sukatan tertentu. Kaedah ini digunakan
untuk mencegah serangga seperti anai-anai,lipas,semutdan lain-lain. Ia dijalankan secara
berjadual untuk mencegah serangan serangga perosak
Rawatan adalah dengan kaedah penyemburan ubat disemua kawasan yang boleh
menjadi sarang atau tempat pembiakkan serangga tersebut. Sebagai langkah pencegahan,
kawasan lain yang mana berpontensi menjadi sarang kepada serangga tersebut juga akan
dirawat.
Racun serangga yang digunakan untuk rawatan ialah racun yang berbentuk cecair
yang larut dalam air. Kerja-kerja semburan akan dilakukan di setiap di sekeliling
kawasan bangunan dan jika ditapak bina di bahagian struktur sebelum kerja-kerja
menkonkrit struktur tersebut. Bagi tapak bina Alam Impian mengunakan kaedah
Corrective Soil Treatment (spraying) untuk General pest control (GPC)
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 14/43
35
4.5.2 Peringkat untuk Corrective Soil Treatment (spraying)
Telah diterangkan tentang peringkat untuk melakukan Corrective Soil Treatment
(spraying) iaitu:
1. Semburan pada bahagian pad footing dan pile cap
Kerja – kerja pengawalan anai-anai ini dijalankan setelah kotak bentuk dan
tetulang untuk pad footing atau pile cap siap dipasang. Semburan ini meliputi
keseluruhan kawasan yang terlibat. Kerja ini akan dilakukan sebelum kerja
mengkonkrit struktur tersebut.
2. Semburan pada bahagian rasuk bumi ( ground beam)
Kerja-kerja pengawalan anai-anai ini dijalankan setelah kotak bentuk
untuk rasuk bumi siap dipasang. Kerja-kerja semburan pengawalan anai-anai
akan dilakukan di tepi-tepi kotak bentuk rasuk bumi sebelum dikonkrit.
3. Semburan pada bahagian lantai bawah rumah ( ground slab)
Pada peringkat permulaan rawatan rawatan ini dijalanan, hendaklah
dipastikan kawasan yang akan dirawat sudah sempuran iaitu tanah-tanah di
bahagian dalam rumah sudah dimampatkan sepenuhnya dan keadaan tersebut
tidak akan diubah suai lagi.
Apabila tanah sudah dimampatkan dan dibersihkan, semburan pencegahan
anai-anai perlu dilakukan dahulu sebelum kerja mengkonkrit dijalankan.Ini
adalah untuk menjamin kotak bentuk yang diperbuat dari kayu dirosakkan
atau dimakan oleh anai-anai.Setelah kerja-kerja semburan siap kerja
mengkonkrit boleh dijalankan.
4. Semburan untuk pada kaki-kaki lima (apron)
Kerja semburan di bahagian kaki lima (apron) adalah hampir sama seperti
semburan di bahagian lantai rumah atau banguana. Perbezaannya hanyalah
apabila longkang-longkang di tepi rumah siap dibina (dipasang) dan sebelum
kaki lima dikonkrit, kerja-kerja penyemburan tanah barulah dijalankan di
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 15/43
36
sekeliling bangunan dan di kawasan yang difikirkan perlu pengawalan ini
dijalankan.
Kerja penyemburan kawalan anai-anai siap sepenuhnya apabila
keseluruhan kawasan kaki lima siap dijalankan. Apabila kerja-kerja
penyemburan kawalan anai-anai ini selesai, kerja mengkonkrit boleh
dijalankan dengan ini bahagian yang disembur tadi akan lebih selamat
4.5.3 Kaedah-kaedah pengawalan serangga dan haiwan perosak.
Terdapat beberapa kaedah untuk kawalan serangga dan haiwan perosak.
Terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:
1. peringkat pra-pembinaan
kaedah yang dilakukan adalah Corrective Soil Treatment
(spraying) dan piping system.Kaedah ini dilakukan semasa pembinaan
sedang dijalankan.Bagi kaedah piping system ini masih belum
diaplikasikan di Malaysia oleh mana-mana syarikat kawalan serangga
tempatan. Piping system ini merupakan kaedah moden yang menggunakan
paip yang dipasang mengikut perimeter di bawah struktur rumah dan akan
kekal sehingga hayat rumah tersebut. Ia mempunyai injap untuk kegunaan
memasukkan racun anai-anai apabila perlu.
2. peringkat post-pembinaan
Peringkat ini akan dilakukan selepas kerja pembinaan siap
sepenuhnya. Antara kaedah untuk pengawalan haiwan perosak dan
serangga lain adalah:
I. Drilling - dilakukan dengan menebuk lubang-
lubang kecil di dinding-dinding untuk memasukkan
racun yang dapat mengawal anai-anai
II. Termite Baiting System (TBS) – dilakukan dengan
stesen-stesen umpan di keliling bangunan dengan
jarak tertentu.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 16/43
37
III. Racun Serbuk Dan Gel- digunakan untuk
menghapuskan tikus. Gel dan racun serbuk akan
dilekatkan pada laluan atau lubang-lubang tikus.
IV. Perangkap- pemasangan perangkap yang
mengandungi gam akan dipasang pada laluan dan
tempat-tempat yang strategik. Selain itu, kaedah ini
juga turut digunakan dengan memasang perangkap
dawai.
4.5.4 Fogging ( Semburan Kabus)
Semburan kabus atau fogging merupakan kaedah yang digunakan untuk
pencegahan nyamuk.Ia sesuai digunakan untuk bahagian luar dan bahagian ruang bawah
tanah (basemen) sahaja. Pencegahan yang terbaik adalah dijalankan secara kerap dan
menggunakan racun yang berbeza-beza. Pengasapan ( fogging ) akan dijalankan di tempat-
tempat pembiakan jentik-jentik seperti tayar,cawan,pasu bunga dan kawasan yang air
boleh bertakung.Bagi tapak bina Alam Impain penyemburan kabus atau fogging akan
dilakukan sebulan sekali. Antara tempat yang akan dijalankan kerja-kerja pengasapan
( fogging ) adalah kawasan kongsi pekerja buruh,kantin,longkang sementara,pejabat tapak
bina Alam Impian dan sekitar kawasan pembinaan.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 17/43
38
Gambar rajah 4.10: Alat yang digunakan untuk kerja fooging iaitu Fogger.
4.5.5 Gambar kawasan yang di fogging .
Gambar rajah 4.11: Kawasan pejabat di tapak bina Alam Impian.
Gambar rajah 4.12: Kawasan kongsi tempat pekerja binaan tinggal.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 18/43
39
4.6 Kerja Konkrit
4.6.1 Pengenalan
Konkrit merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada hasil gabungan simen
(Cement ), batu baur halus ( fine aggregate), batu baur kasar (coarse aggregate) dan air
mengikut nisbah tertentu.Konkrit boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut
kegunaannya. Jenis konrit adalah seperti berikut:
i. Konkrit simen ( plain cement concrete)
ii. Konkrit bertetulang ( Reinforcement cement concrete)
iii. Konktit kapur ( Lime concrete)
4.6.2 Bahan-Bahan Konkrit
Dalam kerja konkrit, bahan-bahan yang digunakan ialah :
a) Simen
Simen hendaklah digunakan dalam kerja konkrit mestilah simen Portland dari
pembuat yang diluluskan.Simen Portland haruslah mematuhi kehendak-kehendak
Piawaian Malaysia M.S 7.13. Jenis-jenis Simen Portland yang biasa digunakan
ialah :
i. Simen Portland Biasa (Ordinary Portland Cement ).
Simen jenis ini mestilah menepati piawaian M.S 522.Bahan-bahan mentah
yang biasa digunakan ialah kalsium karbonat, silica, alumina dan besi
oksida.
ii. Simen Portland Cepat Mengeras ( Rapid Hardening Portland Cement ).
Simen jenis ini akan digunakan mesti menepati Piawaian Malaysia M.S
522. Ia mempunyai komposisi yang sama dengan Simen Portland Biasa
akan tetapi ia dikisar dengan lebih halus supaya dapat mengeras dengan
lebih cepat.
iii. Simen Portland Penahan Sulfat (Sulphate Resisting Portland Cement )
Simen Portland jenis ini menepati Piawaian British B.S 4027 sebelum
dapat digunakan.Simen ini amat sesuai digunakan untuk pembinaan
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 19/43
40
struktur-struktur bawah tanah serta kawasan yang terdedah kepada air laut,
bahan kimia dan sebagainya.
b) Batu Baur
Antara bahan-bahan dalam konkrit, batu baur merupakan paling beraneka
jenis.Oleh yang demikian, batu baur yang hendakdigunakan perlu mematuhi Piawaian
Malaysia iaitu M.S 74 sebelum dapat digunakan. Semua batu baur yang akan digunakan
mesti dari jenis yang kuat, tahan lama, bersih dan tidak berselaput kotoran serta tidak
mengandungi bahan-bahan perosak yang akan membawa kesan buruk kepada kekuatan
dan ketahanan konkrit dan tetulang. Ia harus disimpan dengan baik. Ia terbahagi kepada
dua jenis iaitu :
i. Batu Baur Halus – Ia mesti dari pasir semulajadi yang terdapat dikawasan
air tawar. Batu baur halus hendaklah tidak mengandungi selut atau bahan-
bahan halus lain melebihi 3% mengikut isipadu apabila di uji mengikut
Piawaian M.S 75. Penggunaan pasir dari pecahan batu adalah tidak
dibenarkan.Manakala pasir didapati dari kawasan lombong dan laut dan
harus dibersihkan terlebih dahulu.
ii. Batu Baur Kasar - Batu baur jenis ini yang akan digunakan mestilah
menepati Piawaian M.S 29. Ia mesti bebas dari kotoran dan tergolong dari
tiga jenis utama iaitu batu Igneus, batu mendakan, dan batu jelmaan. Saiz
maksimum batu baur mestilah dalam lingkungan 19mm.
c) Air
Air yang digunakan untuk bancuhan konkrit mestilah bebas dari segala kotoran
yang boleh memberi kesan kepada konkrit. Ini kerana air penting untuk proses tindak
balas kimia berlaku dalam bancuhan adalah di tentukan mengikut format berikut :
Jumlah Berat Air Dalam Konkrit:
Berat Simen Untuk Bancuhan biasa nisbah air adalah 0.4 hingga 0.7.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 20/43
41
4.6.3 Kaedah membancuh Konkrit
Konkrit boleh dibancuh dengan 3 cara, iaitu:
I. Membancuh dengan menggunakan penyeduk.
II. Membancuh dengan menggunakan mesin penggaul.
III. Bekalan daripada kilang bancuh siap.
Biasanya membancuh konkrit dengan menggunakan penyedok atau ‘concrete
mixer’ adalah bagi kuantiti kecil sahaja.Sukatan simen perlu ditambah kira-kira 10% lagi
untum memudahkan kerja-kerja membancuh. Semasa membancuh dengan cara ini, bahan
campuran akan digaul kering dahulu. Kemudian air akan dicampur sedikit sehingga
sukatan airnya mencukupi. Kerja menggaul dilakukan sehingga campuran bahan itu
sekata.
Tetapi bagi tapak bina di Alam Impian, jumlah konkrit yang diperlukan adalah
banyak.Bancuhan konkrit ini biasanya adalah daripada kilang bancuhan
siap.Pembancuhan konrit ini baik dikilang atau pun ditapak bina perlulah mematuhi
nisbah bancuhan yang ditentukan untuk menghasilkan konkrit yang berkualiti.
4.6.4 Ujian Ke atas Bancuhan Konkrit
Ujian ini dilakukan adalah untuk mengetahui kekutan sesuatu konkrit.Dengan
adanya ujian ini ia dapat menentukan sama ada bancuhan itu sesuai untuk kegunaan
berkenaan atau pun untuk mencapai kehendak kekuatan mampatan yang dikehendaki
dalam kerja-kerja pembinaan.
Jenis-jenis ujian konkrit adalah:
I. Ujian Runtuh (telah dilakukan di tapak bina Alam Impian).
II. Ujian Kiub (telah dilakukan di tapak bina Alam Impian).
III. Ujian Vebe Consistometer.
IV. Ujian Faktor Mampatan.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 21/43
42
4.6.5 Ujian Kiub (Cube Test )
Ujian kiub merupakan satu lagi ujian penting dalam kerja konkrit.Tujuan ujian
konkrit ini adalah untuk menetukan kekuatan konkrit. Keputusan daripada ujian-ujian ini
akan memberikan gambaran bahawa campuran itu adalah betul dan kekal.
4.6.5.1 Alat-Alat Yang Digunakan.
a) Di dalam semua projek, kiub akan dibuat pada setiap kali campuran
konkrit ditukarkan. Ini adalah untuk ujian kekuatan pecahan pada hari ke 7
dan ke 28.Kotak acuan yang diperbuat daripada keluli dan dalam dua
bahagian, yang mana diboltkan bersama.Kebiasaannya alas keluli juga
dibekalkan bersama.
b) Rod, diameter 16mm dan panjang 600mm (standard tamping)
4.6.5.2 Cara Ujian Kiub Dijalankan
Acuan hendaklah di sapu dengan minyak pelicir (gris) untuk mengelakkan
konkrit melekat pada acuan.Acuan berukuran 6 inci kiub dipenuhkan konkrit
dalam 3 lapisan yang hampir sama tebal.
Gambar rajah 4.13: Acuan disapu dengan minyak pelicir.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 22/43
43
Gambar rajah 4.14: Bancuhan konkrit sedang dimasukkan
ke dalam kiub-kiub bersaiz 6” 150mm x 150mm.
Tiap - tiap lapisan konkrit yang diisi perlu dipadatkan dengan rod sebanyak 35
kali.Selepas konkrit menjadi keras, ia direndam dalam air.Pada peringkat pertama, ia
akan direndam selama 7 hari dan peringkat ke dua adalah selama 28 hari.
Gambar rajah 4.15: Sebatang rod besi digunakan untuk
hentakan sebanyak 35 kali.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 23/43
44
Gambar rajah 4.16: Konkrit yang telah keras
di rendamkan didalam air.
Ujian pada peringkat pertama selepas 7 hari, kiub konkrit yang diuji perlu
mencapai kekuatan 75%.Jika kurang dari 75% ujian peringkat kedua perlu dijalankan
selepas 28 hari.
Gambar rajah 4.17: Mesin ujian kiub.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 24/43
45
4.6.5.3 Kiraan Ujian Kiub
Gred yang digunakan (G25)
Katakan beban yang dikenakan 500KN
500KN = 500,000N
Kiraan :
Luas kiub yang dikenakan beban
150mm x 150mm
= 22,500mm persegi
= F/A
=500,000
22,500
= 22.22N/mm
Jenis gred (G25)
Maka peratus kekuatan konkrit ialah:
22.22
25 → Gred Konkrit
= 0.88
=88%
Ujian lulus kerana ia melebihi 75%
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 25/43
46
Nisbah
campuran
nominal
Kekuatan kiub pada hari ke 7 Kekuatan kiub pada hari ke 28
Ujian awal Ujian kerja Ujian awal Ujian kerja
N / mm N / mm N / mm N / mm
1 : 1 : 2 26.7 20 40 30
1 : 1½ : 3 22.7 27 34 25.5
1 : 1 :4 18.7 14 28 21
Jadual 4.3: Jadual Nisbah Campuran Nominal Kekuatan Kiub.
4.6.6 Ujian Runtuh (Slump Test)
Ujian pemendapan tidak mengukur betapa bagusnya konkrit yang dibuat tetapi ia
adalah mustahak untuk menganalisa segala perubahan sekata dalam sesuatu campuran
yang diberikan. Ia dilakukan sebelum kerja penuangan konkrit pada struktur bangunan
dijalankan. Ujian ini perlu dijalankan ke atas semua „truck mixer‟ yang masuk ke tapak.
4.6.6.1 Alat - Alat yang digunakan
a) Kon kejatuhan konkrit, diameter muncung atas 100mm, diameter
muncung bawah 200mm dan tinggi 300mm.
b) Rod, diameter 16mm dan panjang 600mm (standard tamping)
c) Pita ukur untuk mengukur kejatuhan konkrit.
4.6.6.2 Cara Ujian Runtuh Dijalankan
Pertama sekali, konkrit di masukkan kedalam „slump cone‟.Ia dimasukkan secara
berperingkat – peringkat mengikut 3 lapisan. Setiap lapisan perlu di padatkan sebanyak
25 kali dengan rod.Selepas 4 lapisan dibuat, „slump cone‟ dikeluarkan secara perlahan-
lahan dari lapisan konkrit yang dipadatkan.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 26/43
47
Gambar rajah 4.18: Konkrit akan dimasukkan sebanyak 3 lapisan.
Gambar rajah 4.19: Setiap lapisan perlu di padatkan
sebanyak 25 kali dengan rod.
Jika tinggi konkrit tidak runtuh, nilai tinggi harus dalam 75mm(+/-) 25mm maka
ujian tersebut lulus dan konkrit akan dibenarkan untuk di bawa ke dalam tapak bina.Jika
tingginya tidak mengikut tinggi yang ditetap, maka ujian tersebut gagal dan konkrit
tersebut perlu ditukar.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 27/43
48
Gambar rajah 4.20: Konkrit yang diukur.
4.6.7 Mengangkut Dan Menuang Konkrit
Konkrit perlu diangkut secepat mungkin dari alat pembancuhan.Cara penuangan
perlu dilakukan dengan betul untuk mengelakkan pengasingan bahan – bahan yang sedia
ada atau kehilangan bahan – bahan bancuhan.Konkrit hendaklah dituang sehampir boleh
ke tempat tuangan yang dikehendaki.Konkrit perlu dituang di tempat – tempat yang
dikehendaki dengan secepat mungkin.Konkrit yang dituang perlu dipadatkan sepenuhnya
dengan menggunakan alat pengetar berjentera.
Konkrit perlu dipadatkan dengan sepenuhnya sehingga ke sudut – sudut acuan
dengan menggunakan papan pemadat.Alat penggetar berjentera hanya boleh digunakan
untuk memadat konkrit dan bukan di gunakan untuk menempatkan konkrit ke bahagian –
bahagian yang tertentu.
Konkrit diantara dinding – dinding acuan hendaklah dipadatkan dengan alat getar
dari jenis benam dan konkrit untuk papak – papak yang tidak menggunakan acuan
sebelah atasnya, hendaklah dipadatkan dengan alat getar dari jenis permukaan atau alat
getar dari jenis rasuk atau jenis – jenis lain yang diluluskan.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 28/43
49
4.7 Kerja Struktur Dan Sub Struktur.
4.7.1 Pengenalan Pad Footing .
Pad footing adalah elemen struktur yang berfungsi untuk menyokong beban
menindih kepadanya melalui elemen menghantar. Fungsi pad footing ini dibuat adalah
menghalang pergerakan struktur danmembenarkan pembinaan bangunan di atas air atau
tanah paya. Selain itu, menahan daya meningkatkan atau terbalik disebabkan oleh angin
dan menahan daya sisi akibat pergerakan tanah.Selain itu, sebagai salah satu fungsi
peyokong (support) untuk struktur yang sedia ada atau tidak stabil.
4.7.2 Langkah kerja membuat pad footing .
Sebelum membuat pad footing , kawasan untuk membuat pad footing akan dikorek
mengikut kedalaman dan keluasan yang diberikan. Selepas itu, kawasan tersebut akan
dimampatkan.Selepas kerja memampatkan tanah selesai, kotak bentuk akan dipasangkan.
Setiap kotak bentuk hendaklah dipasang mengikut saiz dan kedudukan kotak
bentuk tersebut mestilah mengikut plan lukisan.
Selepas itu, hardcore dan habuk kuari akan diletakan sebagai lapisan pertama atau
lapisan asas kepada pad footing. Hardcore dan habuk kuari akan dimampatkan. Selepas
itu, lapisan yang telah dimampatkan akan disemburkan dengan racun pengawalan anai-
anai bagi mengelakkan anai-anai yang mungkin ada pada tanah dari memakan kayu dari
kotak bentuk.
Selepas disembur, link konkrit akan dituangkan dan dibiarkan kering. Selepas itu,
kerja pemasangan tetulang akan dijalankan. Spacer bar akan diletak untuk memastikan
kedudukan tetulang tidak bergerak atau tidak lurus.
Selepas pemasangan tetulang siap, inspectionakan dilakukan untuk memastikan
pemasangan kotak bentuk dan tetulang dibuat dengan betul sebelum kerja mengkonkrit
dilakukan. Kerja konkrit akan dilakukan menggunakan mobile kren yang hujung nya
diletak satu bekas untuk menuangkan konkrit didalam kotak bentuk pad footing , pekerja
akan meratakanya. Dibiarkan konkrit itu kering dan akan membuka kotak bentuk
tersebut.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 29/43
50
4.7.3 Pengenalan Stump
Stump adalah suktur yang dibina selepas pad footing siap dibina.
4.7.4 Langkah kerja membuat stump
Dibuat selepas pad footing siap di konkrit. Tetulang akan dipasang dan kotak
bentuk juga akan dipasang. Inspectionakan dilakukan bagi memasti akan tetulang yang
dipasang sama seperti didalam plan lukisan yang telah disediakan oleh arkitek dan
kedudukan kotak bentuk dan tetulang akan dilihat melalui grid line yang ada didalam
plan lukisan. Selepas selesai inspection stump tersebut bolehlah dikonkritkan. Stump
tersebut akan dibiarkan mengering dan akan dibuka kotak bentuknya selepas beberapa
hari ia kering
Selepas pad footing dan stump siap kerja menimbus akan dijalankan, tanah yang
ditimbuskan akan dimampatakan setiap lapis. Ada 3 lapisan untuk menimbus tanah setiap
lapisan akan di mampat akan menggunakan baby roller . Selepas tanah di mampatkan
kerja membuat ground beam akan dilakukan
4.7.5 Pengenalan ground beam
Rasuk tanah adalah satu rasuk konkrit untuk menyokong dinding, gelegar, dan lain-lain,
pada atau berhampiran paras tanah, sama ada di atas tanah atau disokong pada kedua-dua
hujungnya.
4.7.6 Langkah kerja membuat ground beam
Selepas pad footing dan stump ditimbuskan dengan tanah dan di mampatkan kerja
untuk membuat ground beamakan dijalan dengan memasang kotak bentuk.Kemudian
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 30/43
51
kawasan didalam kotak bentuk akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum kerja untuk
penyemburan racun pengawalan anai-anai.
Selepas kerja pembesihan siap, kerja penyemburan boleh dijalankan, racun akan
disembur di sekeliling kawasan kotak bentuk.Selepas itu, tetulang untuk ground
beamakan dipasang. Selepas itu, inspectionakan dilakukan untuk memastikan bilangan
tetulang dan saiz tetulang yang digunakan mengikut plan lukisan pembinaan. Selain
bilangan dan saiz tetulang, kedudukan kotak bentuk akan dilihat.Selepas itu, kerja
mengkonkrit akan dijalankan.
4.7.7 Pengenalan ground slab
Papak konkrit adalah elemen struktur yang sama bangunan moden. Papak
mendatar keluli bertetulang konkrit, biasanya antara 100 dan 500 milimeter tebal, yang
paling sering digunakan untuk membina lantai dan siling, manakala papak nipis juga
digunakan untuk bahagian luar membuka.
Dalam banyak bangunan domestik dan industri papak konkrit tebal, disokong
pada asas-asas atau terus pada tanah bawah, digunakan untuk membina tingkat bawah
bangunan.Dalam bangunan tinggi dan pencakar langit, nipis, papak konkrit pra-tuang
yang tersangkut di antara bingkai keluli untuk membentuk lantai dan siling pada setiap
peringkat.
4.7.8 Langkah kerja membuat slab
Sebelum membuat ground slab, kerja-kerja untuk pemasangan paip bawah tanah
seperti paip untuk tandas atau untuk floor trap haruslah disiapkan terlebih dahulu.
Selepas itu, barulah tanah di letakkan dan diratakan. Selepas itu, semburan untuk
pengawalan anai-anai akan dilakukan.
Selepas semburan anai-anai selesai, link konkrit akan dituangkan. Selepas itu,
satu lapisan plastik akan diletakan bertujuan mengelakan air dari naik keatas, fungsinya
sama seperti geotextile. Selepas itu, BRC akan diletakkan mengikut saiz yang diberikan.
Selepas itu, kerja mengkonkrit akan dijalankan. Bagi memastikan aras lantai sama, juru
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 31/43
52
ukur diminta untuk membuat leveling dengan menggunakan alat ukuryang mengeluarkan
pacaran lazer. Apabila alat tersebut telah disetkan baca aras untuk lantai tersebut, lazer
akan dipasangkan.
Dengan menggunakan staf yang dipasangkan dengan satu alat pengesan untuk
mengesan lazer. Apabila alat tersebut terkena pada pancaran lazer, alat tersebut akan
berbunyi menandakan staf berada diaras yang betul. Dengan ini, lantai akan dikonkrit
mengikut ketinggian staf. Dengan kaedah ini, dapat memastikan aras lantai sama semasa
kerja mengkonkrit.
4.7.9 Jenis slab
Terdapat 2 jenis slab(lantai) yang digunakan di tapak bina Alam Impian iaitu :
I. Suspended slab
Bagi suspended slab rasuk dan lantai bercantum di buat sekali.
Mempunyai 2 lapisan BRC supaya lebih kuat.Mampu menahan
beban yang kuat dan sesuai untuk tanah yang kuat atau tidak kuat.
II. Non-suspended slab
Bagi non-suspended slab rasuk dan lantai di buat secara
berasingan.Selain itu, mempunyai satu lapisan BRC. Tidak mampu
menahan beban yang kuat dan digunakan untuk lantai apron
4.7.10 Pengenalan column
Tiang (column) sokongan menegak yang bebas dari semua pihak mengambil
beban daripada rasuk papak dan lain-lain dan memindahkan beban ke bumi bebas
dipanggil tiang.Tiang ini dibina dengan bantuan bar keluli dan konkrit simen.Dalam kes
pembinaan tingkat dan bingkai pelbagai struktur bangunan, seluruh beban dilahirkan oleh
tiang-tiang dan kawasan lantai / ruang dalaman bangunan secara bebas diubahsuai
mengikut keperluan.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 32/43
53
4.7.11 Langkah kerja membuat column
Apabila ground slab telah siap, kerja pemasangan tetulang untuk columnakan
dijalankan. Tetulang columnakan dipasang secara menegak. Tetulang yang dipasang
hendaklah mengikut bilangan dan saiz yang diberi didalam plan lukisan pembinaan.
Selepas itu, kotak bentuk akan dipasang dan setiap sambungan antara kotak bentuk
hendaklah kuat supaya apabila konkrit dituang, kotak bentuk tidak pecah atau
mempunyai kebocoran. Kotak bentuk akan dipasang menggunakan scaffolding supaya
lebih dan selamat untuk pekerja yang memasang kotak bentuk.
Inspectionakan dibuat untuk melihat tetulang dan kotak bentuk dipasang dengan
betul dan baik. Selepas inspection dan tiada kesilapan, kerja mengkonkrit akan
dijalankan. Column yang sudah di konkrit akan dibiarkan mengering. Setelah konkrit
mengering kerja membuka kotak bentuk columnakan dijalankan
4.7.12 Pengenalan pil e cap
Pile cap(topi cerucuk) adalah tikar tebal konkrit yang terletak pada konkrit atau
kayu cerucuk yang telah didorong ke dalam tanah lembut atau tidak stabil untuk
menyediakan asas yang stabil yang sesuai. Ia biasanya merupakan sebahagian daripada
asas bangunan, biasanya berbilang tingkat bangunan, struktur atau sokongan asas untuk
peralatan berat.Satu struktur yang sama dengan topi cerucuk adalah "rakit", yang
merupakan asas lantai konkrit.
4.7.13 Langkah kerja membuat pil e cap
Selepas kerja penanam cerucuk siap, kawasan cerucuk yang ditanam akan dikorek
untuk membuat pile cap. Kawasan akan dikorek mengikut saiz pile cap dan ketebalan pile
cap tersebut.Selepas kerja mengorek, cerucuk akan dipotong mengikut ketinggian yang
diberikan.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 33/43
54
Lebihan cerucuk yang dipotong hendaklah diletakkan di tempat yang selamat
supaya tapak bina selamat dan juga bersih.Selepas dipotong, pemasang kotak bentuk
akan dilakukan. Kotak bentuk akan dipasang mengikut saiz dan bentuk yang sama
dengan plan lukisan.Kotak bentuk hendaklah dipasang dengan betul supaya apabila kerja
mengkonkrit dilakukan kotak bentuk tidak terbuka atau ada kebocoran yang
menyebabkan konkrit terkeluar.Selepas kotak bentuk siap dipasang, tetulang akan pasang
dan di ikat dengan kuat. Saiz, bentuk dan bilangan besi hendaklah sama dan betul dengan
mengikut kehendak kontraktor.
Selepas itu, kerja menkonkrit boleh dijalankan. Konkrit akan dibiarkan kering
selama beberapa hari. Selepas kering, kotak bentuk pile capakan dibuka. Selepas
membuka pile cap,kerja penimbusan akan dijalankan
4.7.14 Masalah membuat pil e cap
Kawasan cerucuk yang telah dikorek dipenuhi air.Kawasan tersebut dipenuh air
kerana faktor cuaca iaitu hujan. Pekara ini amat penting kerana sekiranya air betakung
didalam kawasan cerucuk yang telah dikorek, kerja-kerja untuk membuat pile cap akan
tertangguh dan akan memyebabkan pembaziran masa dalam kerja. Cara untuk
menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan mesin penyedut untuk menyedut
air yang bertakung didalam kawasan yang telah dikorek itu sehingga kering.. Air yang
disedut akan dialirkan ke longkang sementara yang telah dibuat. Selepas air didalam
kawasan korekan kering,kerja untuk memasang kotak bentuk akan dimulakan.
Bahagian cerucuk yang telah dipotong ada yang tidak diletak dan diuruskan
dengan baik oleh sub kontraktor, ini boleh menyebabkan tapak bina nampak tidak kemas
dan bersepah. Selain itu, boleh menyebabkan kawasan tersebut menjadi kawasan yang
mempunyai risiko yang tinggi untuk terjadinya kemalangan yang boleh mencederakan
pekerja-pekerja yang bekerja di kawasan tersebut. Kemalangan boleh belaku sekiranya
pekerja terlanggar lebihan cerucuk yang dipotong,pekerja tersebut boleh tercedera kerana
lebihan cerucuk tersebut di perbuat dari konkrit dan ada cerucuk yang dipotong
hujungnya tajam yang boleh menyebabkan pekerja tercedera terkena lebihan cerucuk
tersebut. Disebabkan ini, pengurusan tapak bina amatlah penting untuk menjamin
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 34/43
55
keselamatan pekerja.Selain itu, dapat menunjukkan imej tapak bina yang kemas dan
terurus.
4.8 Honeycombs
Honeycombs ialah masalah yang terdapat pada konkrit yang telah mengeras selepas
kotak bentuk dibuka.Ia terjadi apabila kelihatan kerosakan pada permukaan konkrit yang
menampakkan batu baur. Jika hanya pasir yang kelihatan, itu bukanlah dinamakan
honeycombs.Seperti di tapak bina Alam Impian masalah honeycombs terjadi pada
struktur tiang (column).
4.8.1 Punca-punca terjadi honeycomb .
I. Berlakunya pengasingan konkrit apabila kerja-kerja penuangan
dilakukan.
II. Vibration yang melebihi had sehingga menampakkan air yang
terdapat dalam konkrit keluar dari acuan.
III. Jarak ketinggian penuangan konkrit yang melebihi 1.5m
IV. Lebar saiz kotak bentuk yang kecil menyusahkan kerja-kerja
konkrit vibration.
V. Cuaca yang panas menyebabkan kotak bentuk kering yang mana
akan menyerap air di dalam konkrit
VI. Terdapat halangan yang banyak semasa konkrit dimasukkan
kedalam kotak bentuk. Contohnya halangan besi yang saiznya
besar. Ini menyebabkan berlakunya pengasingan.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 35/43
56
Gambar rajah 4.21: honeycomb pada tiang (column).
4.8.2 Cara-cara untuk mengatasi honeycomb
I. Vibration hendaklah dihentikan apabila air keluar dari kotak bentuk dan
tempoh masa vibration tidak boleh lama.
II. Penuangan konkrit hendaklah tidak boleh melebihi 1.5m
III. Menggunakan konkrit pump mix
IV. Kotak bentuk disiram dengan air sebelum kerja-kerja konkrit dijalankan
V. Sekeliling kotak bentuk hendaklah dipastikan tiada lubang sepanjang
sambungan kotak bentuk yang membolehkan air dari konkrit keluar. Boleh
menggunakan span untuk menutup lubang yang ada bagi mengelakkan dari
berlaku kebocoran pada kotak bentuk.
4.8.3 Tatacara kerja untuk membaiki honeycomb
Perlu mengenalpasti kawasan atau struktur yang mempunyai
honeycomb.Setelah mengenalpasti kawasan yang mempunyai honeycomb,
kawasan tersebut hendaklah ditarah atau dipecahkan, ini kerana konkrit tersebut
telah rosak dan tidak boleh digunakan semula. Kawasan tersebut akan dibersihkan
dengan air atau menggunakan compressed air untuk membersihkan habuk dari
konkrit yang telah dipecahkan.Perlulah memastikan kawasan tersebut jauh dari
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 36/43
57
kesan minyak atau benda asing.Bahan untuk membaiki honeycomb akan
dibancuh.
Nama bahan yang digunakan adalah SIKAGROUT 215.Selepas itu,
kawasan tersebut akan dipasangkan kotak bentuk yang mempunyai ruang untuk
dituangkan SIKAGROUT 215. Selepas kotak bentuk siap dipasang, SIKAGROUT
215akan dituang ke dalam kotak bentuk mengikut langkah kerja seperti kerja
mengkonkrit. Selepas kerja menuang SIKAGROUT 215 siap, kawasan yang
dibaiki akanmongering selepas 4 atau 5 jam. Langkah kerja akan diulangi untuk
kawasan yang lain.
Gambar rajah 4.22: Honeycombs yang telah dipecahkan.
Gambar rajah 4.23:honeycombs yang disapu SIKA 215.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 37/43
58
Gambar rajah 4.24:honeycombs telah siap dibaiki.
4.9 Pengenalan inspection
Inspection adalah satu langkah kerja yang akan dilakukan sebelum kerja
mengkonkrit sesuatu struktur. Ia bertujuan untuk memastikan kotak bentuk dan tetulang
dipasang mengikut plan lukisan yang telah dibuat oleh arkitek. Setiap ukuran dan rupa
bentuk untuk kotak bentuk perlu mengikut plan lukisan,begitu juga bagi pemasangan
tetulang, saiz,jenis besi,bentuk dan bilangan perlu sama dengan pklan lukisan yang
disediakan oleh arkitek. Selain itu,garisan grid yang ada didalam plan lukisan perlu ada
untuk memastikan kedudukan struktur berada pada tempat yang betul. Kaedah ini akan
digunakan dengan meletakan tali mengikut jarak garisan grid yang ada didalam plan
lukisan arkitek untuk memastikan kedudukan pad footing atau pile cap berada ditempat
yang betul
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 38/43
59
Gambar rajah 4.25: Inspection untuk melihat grid line
untuk kedudukan pad footing.
Gambar rajah 4.26: Inspection untuk melihat
tetulang pad footing
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 39/43
60
4.10 Keselamatan di tapak bina.
Apabila sesuatu projek pembinaan sedang dijalankan di tapak bina, banyak kerja
yang harus dilakukan. Oleh sebab itu, faktor-faktor keselamatan haruslah dititikberatkan
dan diutamakan apabila menjalankan sesuatu kerja bagi melancarkan kerja-kerja
pembinaan.
4.10.1 Risiko Kemalangan Dalam Industri Binaan
i. Ditimpa objek yang jatuh daripada kren atau jentera lain semasa kerja-kerja
menurun atau menaikkan objek.
ii. Struktur sementara yang jatuh tanpa disedari seperti peranca dan kotak
bentuk.
iii. Berlaku renjatan elektrik akibat kerosakan yang berlaku pada alat tersebut
tetapi tidak disedari oleh pekerja yang menggunakannya.
iv. Jatuh dari tempat tinggi terutamanya jika tiada jaring keselamatan pada
bangunan tinggi tersebut.
4.10.2 Akibat Berlaku Kemalangan
i. Pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan jika berlaku kecacatan
kekal.
ii. Pekerja mungkin akan mengalami kecacatan sementara, kecacatan kekal,
koma atau meninggal dunia.
iii. Majikan mengalami kerugian kewangan untuk menanggung kos
perundangan, pampasan dan perubatan.
iv.
Majikan perlu mencari pekerja baru tetapi kurang mahir.v. Kemajuan, prestasi dan kelancaran syarikat akan terganggu.
vi. Akan berlaku kerosakan pada alat yang digunakan.
vii. Operasi terpaksa berhenti buat sementara waktu mengikut tempoh yang
ditetapkan untuk melakukan penyiasatan.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 40/43
61
4.10.3 Punca Kemalangan
Sebahagian besar kemalangan yang berlaku berpunca daripada penyalahgunaan
alatan dan mesin, keadaan tapak bina yang tidak teratur (Unsave Condition) dam
kelalaian pekerja itu sendiri (Unsave Act).
a) Penyalahgunaan Alatan Dan Mesin
Pelbagai alat kelengkapan pembinaan seperti mesin, alatan tangan
dan peranca adalah penting untuk melancarkan kerja-kerja di tapak
bina.Setiap alat ini perlu dikendali dengan betul dan pekerja yang
menggunakannya perlu tahu kaedah yang betul untuk mengendali alat
tersebut.Ini adalah penting kerana jika salah langkah, besar akibat yang
menanti pekerja itu.
b) Keadaan Tapak Bina Yang Tidak Teratur (Unsave Condition)
Keadaan tapak bina dan kawasan projek pembinaan boleh
mempengaruhi keselamatan pekerja.Keadaan yang dimaksudkan adalah
susun atur tapak yang baik untuk melancar dan mengawal perjalanan
projek. Antaranya seperti jalan sementara, stor alatan dan bahan dan
keperluan-keperluan lain. Ini kerana kawasan tapak bina yang tidak teratur
boleh menyebabkan kemalangan seperti pekerja terpijak objek yang tajam.
c) Kelalaian Pekerja (Unsave Act ).
Masalah ini biasanya berkaitan dengan sikap dan perbuatan pekerja
seperti lalai, cuai, tidak berhati-hati, tidak bertanggungjawab dan
ingkar.Sikap-sikap inilah yang boleh menyebabkan kemalangan di tapak
bina. Antara sikap dan kelalaian yang menjadi punca kemalangan adalah
seperti berikut:
I. Melanggar arahan penyelia tapak dan papan tanda amaran.
II. Tidak menggunakan peralatan keselamatan yang sepatutnya.
III. Tidak tahu mengendalikan alatan dan mesin dengan cara yang
betul.
IV. Tidak mengambil kira kemampuan diri.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 41/43
62
4.10.4 Mencegah Kemalangan Di Tapak Bina
i. Semua bahagian yang terbuka hendaklah dihadang dengan peranca.
ii. Jika pengadang tidak boleh digunakan, maka jaring keselamatan hendaklah
dipasang.
iii. Pekerja hendaklah sentiasa mengenakan tali pinggang keselamatan ketika
berada di tempat tinggi dan bertingkat.
iv. Memakai pakaian yang sesuai semasa bekerja dan tiada sebarang aksesori
dibadan seperti rantai, cincin dan sebagainya.
v. Menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat.
4.10.5 Perkara yang dilakukan di tapak bina Alam Impian untuk keselamatan.
Perkara yang dilakukan di tapak bina Alam Impian oleh Safety Officer untuk
memastikan keselamatan ditapak bina terjamin adalah:
i. Mengadakan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan ditapak bina dan
ahlinya dikalangan pekerja majulia yang bertugas di tapak bina Alam
Impian.setiap ahli perlu tahu tangunggjawab masing-masing supaya
keselamatan ditapak bina sentiasa terjamin
ii. Mengadakan mesyuarat keselamatan pada setiap bulan. Tujuan mesyuarat itu
di adakan ialah untuk memberitahu perkembangan keselamatan di tapak bina
dan masalah-masalah yang berkaitan tentang keselamatan dan kesihatan.
iii. Mengadakan toolbox pada setiap hari rabu untuk memastikan pekerja
mematuhi keselamatan di tapak bina. Toolbox ini memberi kesan yang baik
kepada semua pekerja supaya sentiasa memakai pakaian keselamatan (PPE).
Toolbox ini juga memberi peluang kepada pekerja untuk memberitahu
masalah mereka yang berkaitan dengan kerja atau tempat tinggal mereka.
7/15/2019 laporan teknikal laporan industri
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 42/43
63
Gambar rajah 4.27: Toolbox yang diadakan pada setiap hari rabu.