laporan tahunan bptk 2017 1 -...

72
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 0

Upload: dinhtram

Post on 20-Mar-2019

281 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 0

Page 2: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1

Page 3: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 2

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1. Sidang Editor 3 2. Perutusan Pengarah 4 3. Profil Korporat

3.1 Visi, Misi dan Dasar Kualiti 3.2 Piagam Pelanggan 3.3 Carta Organisasi

6 7 8

4. Pentadbiran Dan Kewangan 4.1 Perjawatan 4.2 Laporan Kewangan 4.3 Pengurusan Teknologi Maklumat 4.4 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016

9

13 15 17

5. 6. 7. 8. 9.

Aktiviti-aktiviti Pencapaian Peristiwa Penting Penerimaan Biasiswa oleh Staf BPTK Kursus Luar Negara

18 53 60 66 68

Page 4: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 3

1. SIDANG EDITOR

Penasihat: Dr. Goh Cheng Soon

Editor:

Pn. Catherine Benedict Dr. Farhana Binti Abdul Aziz

En. Kamarul Azhar B. Kamaruddin Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Dr. Nurhidayah Binti Md Almi

Cik Yeoh Suang Meng Pn. Rasidah Binti Mohd Rosly

En. Mohd Faizal Bin Zaini

Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan

Pn. Catherine Benedict Pn. Chai Lan Yin

Penyumbang Artikel:

Dr. Adilla Nur Halim Pn. Chua Yau Li

Dr. Dyanan Puvanandaran Pn. E Mei Hooi

Dr. Girijah Nagenthiran Dr. Karena Khalid

Dr. Kavitha Purushotaman Cik Lim Wai Yee

Cik Ng Angeline Cik Ng Suk Kuan

Dr. Sharifah Firyelhana Syed Abdul Rahman Dr. Tajul Iqmal Tajul Arus

Dr.Tharumaningam M. Muthiah Cik Wong Meng Xian

Dr. Wong Pi Ying

Pereka Grafik:

En. Mohd. Kamal Bin Ramly

Page 5: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 4

2.0 PERUTUSAN PENGARAH

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah saya

ucapkan kepada seluruh warga Bahagian Perubatan

Tradisional dan Komplementari (BPTK) atas kejayaan

menerbitkan Laporan Tahunan BPTK untuk tahun 2017.

Tahun 2017 merupakan tahun yang penting dan sangat

bermakna untuk Bahagian ini kerana beberapa

peristiwa penting telah berjaya dilaksanakan dalam

memajukan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K)

di Malaysia.

Sepanjang 2017, pelbagai usaha telah diambil untuk menguatkuasakan Akta PT&K 2016

(Akta 775) secara berperingkat. Majlis PT&K telah ditubuhkan dan Mesyuarat Majlis PT&K

telah julung kali diadakan pada 16 Januari 2017. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh

Yang Berbahagia Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Selain itu, dua perintah PT&K telah berjaya disiarkan di dalam Warta pada 28 Julai 2017

iaitu Perintah PT&K (Bidang Amalan yang Diiktiraf) 2017 dan Perintah PT&K (Penetapan

Badan Pengamal) 2017. Kedua-dua perintah ini mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2017.

Satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan Pelan Induk PT&K, dan telah diangkat

menjadi salah satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Yang Berhormat Menteri

Kesihatan (YBMK) pada tahun 2017. Kemuncak daripada komitmen dan usaha para

pegawai BPTK adalah dengan penerbitan T&CM Blueprint 2018-2027 (Health Care). Usaha

ini akan diteruskan lagi dengan pembangunan T&CM Blueprint 2018-2027 (Economic &

Social Culture) pada tahun 2018.

Page 6: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 5

Pada tahun 2017 juga, projek perintis terapi Varmam telah diperkenalkan di Hospital

Sungai Buloh dengan deputasi seorang pengamal Siddha melalui kerjasama dan hubungan

dua hala antara Kerajaan Malaysia dan India dalam bidang PT&K.

Dengan pewartaan dan penguatkuasaan Akta PT&K 2016, BPTK telah turut membantu

pembangunan dalam Dasar dan Peraturan PT&K di negara anggota ASEAN yang lain.

Sebagai contoh, Bahagian ini telah dijemput oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

untuk membantu dan menyokong pembangunan sub decree pengamal perubatan

tradisional di Kemboja.

Dengan penerbitan laporan tahunan ini diharap para pembaca memperoleh gambaran

yang lebih jelas berkaitan pencapaian dan aktiviti BPTK. Adalah menjadi harapan saya agar

laporan ini menjadi inspirasi bagi semua warga kerja BPTK untuk terus meningkatkan

kecemerlangan dalam memacu PT&K selari dengan hasrat Kementerian Kesihatan

Malaysia.

BPTK berbangga mempunyai pasukan warga kerja yang berdedikasi dan komited dalam

menyumbangkan input yang relevan demi perkembangan PT&K. Dengan sokongan

berterusan, saya yakin bahawa BPTK akan bersedia menghadapi liku dan cabaran

mendatang untuk tahun 2018 dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Dr. Goh Cheng Soon

Pengarah,

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari,

Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 7: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 6

3.1 VISI, MISI & DASAR KUALITI

VISI

• Beriltizam menjadi pusat kecemerlangan perubatan tradisional dan komplementari

MISI

• Memastikan perubatan tradisional dan komplementari adalah selamat dan berkesan demi kesejahteraan rakyat

DASAR KUALITI

• Komited dalam mematuhi keperluan undang-undang,

peraturan-peraturan dan memenuhi keperluan pelanggan serta melaksanakan penambah baikan

berterusan pada sistem pengurusan kualiti supaya sistem kawalan dan piawaian amalan perubatan

tradisional dan komplementari dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Page 8: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 7

3.2 PIAGAM PELANGGAN

Mengeluarkan suratsokongan kepadapengamal PT&K

warga asing dalammasa 14 hari dari

tarikh permohonanlengkap diterima

Memastikankeperluan tujuh harilatihan untuk semuaanggota dalam BPTK akan dipenuhi setiap

tahun

Menguruskanbayaran bekalan danperkhimatan dalamtempoh 14 hari daritarikh invois lengkap

diterima

Bahagian ini bertekad, komited dansentiasa berusaha untuk memberi

perkhidmatan yang cemerlang kepadasetiap pelanggan dengan:

Page 9: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 8

3.3 CARTA ORGANISASI

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

CAWANGAN DASAR DAN

PERKEMBANGAN

CAWANGAN PENGURUSAN &

LATIHAN

CAWANGAN AMALAN PT&K

CAWANGAN INSPEKTORAT &

PENGUATKUASAAN

SEKRETARIAT MAJLIS PT&K

UNIT PERKEMBANGAN

UNIT DASAR

UNIT PENTADBIRAN

AM

UNIT KEWANGAN

UNIT LATIHAN

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

UNIT PENILAIAN AMALAN

UNIT PEMBANGUNAN

AMALAN

UNIT PENDAFTARAN

UNIT DISIPLINARI &

ETIKA

UNIT STANDARD &

AKREDITASI

UNIT PERUNDANGAN

UNIT ADUAN & SIASATAN

UNIT OPERASI & RISIKAN

PENGARAH

Page 10: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 9

4. PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

4.1 Perjawatan

i) Sehingga 31 Disember 2017, 55(90.16%) daripada 61 perjawatan bahagian telah diisi .

Jadual 1: Statistik perjawatan sehingga Disember 2017

Bil. Jawatan Gred Jawatan Jawatan

sedia ada Bilangan

diisi Kosong

Peratus pengisian

1. Pengarah 54 1 1 0 100%

2.

Pegawai Perubatan /

Pegawai Farmasi

Pegawai Tadbir

Diplomatik

UD43-54/

UF4154/M41-44 1 1 0 100%

3. Pegawai Perubatan

Pegawai Farmasi

UD43-54/

UF41-54 27 24 3 88.88%

4. Pegawai Farmasi UF41-54 13 10 3 76.92%

5. Pegawai Teknologi Maklumat

F 41/44 1 1 0 100%

6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

FA 29 1 1 0 100%

7. Penolong Pegawai Tadbir

N29/32 2 2 0 100%

8. Pembantu Tadbir Kesetiausahaan

N19/22/27/29/32

1 1 0 100%

9. Pembantu Tadbir (Kewangan)

W19/22 1 1 0 100%

10. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

N19/N22 10 10 0 100%

11. Pembantu Am Pejabat N11/14 1 1 0 100%

12. Pemandu H11/14 2 2 0 100%

JUMLAH 61 55 6

ii) Kemasukan Pegawai Baru

Page 11: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 10

Pada tahun 2017, BPTK telah menerima seramai 10 pegawai baru seperti jadual 2

Jadual 2: Senarai kemasukan pegawai baru bagi tahun 2017

No. Nama Jawatan Penempatan asal Penempatan baru Tarikh

1. Dr. Nanthini A/P Rajoo

UD48 Hospital Kuala

Lumpur Cawangan Amalan

PT&K 06.02.2017

2. Puan Noor Baizura Binti Baharom

N19 Majlis Perubatan Malaysia (MPM)

Cawangan Pengurusan &

Latihan 18.05.2017

3. Encik Kamarul Azhar Bin Kamaruddin

UF48 Bahagian

Perkembangan Perubatan KKM

Cawangan Pengurusan &

Latihan 22.05.2017

4. Puan Suraya Hani Binti Sharon

UF48 JKN Johor Cawangan Amalan

PT&K 22.05.2017

5. Dr. Girijah A/P Negenthiran

UD48 Institut Pengurusan

Kesihatan Sekretariat Majlis

PT&K 10.07.2017

6. Dr. Teo Chiah Shean

UD48

Jawatan Simpanan Dalam Latihan,

Bahagian Latihan, KKM

Cawangan Dasar & Perkembangan

12.07.2017

7. Encik Mohd Ridzuan Bin Ali

UF52

Jabatan Kesihatan Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

Cawangan Inspektorat &

Penguatkuasaan 12.09.2017

8. Dr. Gan Fen Fang UD48 Klinik Kesihatan Ibu

Dan Anak Parit Buntar, PKD Kerian

Cawangan Amalan PT&K

23.10.2017

9. Puan Catherine Benedict

UF48 Klinik Kesihatan

Sungai Buloh, PKD Gombak

Cawangan Inspektorat &

Penguatkuasaan 06.11.2017

10. Encik Ahmad Saniy Aiman Bin Mohd Shokry

N11 Lantikan Pertama Cawangan

Pengurusan & Latihan

19.12.2017

Page 12: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 11

iii) Pertukaran Keluar Pegawai

Sepanjang tahun 2017, terdapat lapan pegawai yang bertukar keluar, seorang pegawai

meletak jawatan dan dua pegawai berpencen.

Jadual 3: Pertukaran keluar pegawai bagi tahun 2017

No. Nama Jawatan Penempatan asal Penempatan baru Tarikh

1. Aslida Bt Safian UF41 Cawangan Inspektorat &

Penguatkuasaan JKN Kelantan 02.02.2017

2. Dr. Ali Noor Bin Hassan

UD54 Cawangan Amalan PT&K JKN Selangor 15.02.2017

3. Dr. Aidatul Azura Abdul Rani

UD54 Cawangan Amalan PT&K Bahagian

Perkembangan Perubatan

03.04.2017

4. Mohd Zulkifli Bin Ismail

N19 Cawangan Pengurusan &

Latihan JKN Kelantan 24.04.2017

5. Tan Yee Koon UF48 Sekretariat Majlis PT&K Hospital Sultanah

Bahiyah, Alor Setar Kedah

05.06.2017

6. Teh Teo Meng UF48 Cawangan Pengurusan &

Latihan Hospital Jitra, Kedah 05.06.2017

7. Dr. Dang Siew Bing

UD54 Cawangan Pengurusan &

Latihan Hospital Sungai

Buloh 16.10.2017

8. Tan Hooi Tien UF48 Cawangan Inspektorat &

Penguatkuasaan Bahagian Regulatori

Farmasi Negara 27.10.2017

Page 13: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 12

Jadual 4: Pegawai yang meletak jawatan bagi tahun 2017

No. Nama Jawatan Penempatan asal Tarikh

1. Dr. Nanthini A/P Rajoo UD48 Cawangan Amalan PT&K 31.07.2017

Jadual 5: Anggota berpencen bagi tahun 2017

No. Nama Jawatan Penempatan

Asal Tarikh

1. Dr. Maznah Binti Wazir UD54 Cawangan Amalan PT&K 01.04.2017

2. Encik Tan Kee Leong UF54 Cawangan Inspektorat &

Penguatkuasaan 31.06.2017

Page 14: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 13

4.2 Laporan Kewangan

Unit Kewangan, Cawangan Pengurusan dan Latihan BPTK bertanggungjawab untuk

menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan kewangan selaras dengan pekeliling

perbendaharaan dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia bagi memastikan

peruntukan bajet daripada Bahagian Kewangan KKM digunakan dengan cekap untuk setiap

aktiviti yang dirancang.

Peruntukan dan Perbelanjaan

Jadual 6: Ringkasan peruntukan dan perbelanjaan bagi tahun 2017

Jenis Peruntukan Kategori Peruntukan (RM) Perbelanjaan

(RM)

Belanja Mengurus

Bekalan & perkhidmatan

3,386,500.00 3,218,248.46

Aset - -

ISO 6,254 6,254

Pembangunan Latihan 100,000.00 98,623.99

Prestasi Pembayaran Bil

Bahagian ini telah mensasarkan semua bil dan tuntutan yang diterima daripada pembekal

dan kontraktor dibayar dengan segera tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh terima bil

selaras dengan arahan Perbendaharaan dari Kementerian Kewangan. Pada tahun 2017,

BPTK telah menerima sebanyak 697 bil dan kesemuanya telah berjaya disempurnakan

dalam tempoh masa kurang dari 14 hari seperti jadual 7.

Jadual 7: Ringkasan Prestasi Pembayaran Bil untuk Tahun 2017

Bilangan Hari Bilangan Bil Peratusan (%)

Kurang dari 7 hari 678 97.3

8-14 hari 19 2.7

Lebih dari 14 hari 0 0.00

Jumlah 697 100.00

Page 15: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 14

Pungutan Hasil

BPTK mengenakan caj pemprosesan sebanyak RM 200.00 bagi setiap permohonan

pendaftaran pengamal PT&K warga asing. Sejumlah RM 17,600.00 telah berjaya dikutip

bagi tahun 2017 berbanding RM 19,600.00 pada tahun 2016 (rujuk Jadual 8).

Jadual 8: Kutipan caj pemprosesan pendaftaran pengamal PT&K warga asing

Jenis Pungutan Hasil Kod Hasil Jumlah

Tahun 2016 Tahun 2017

Yuran Pemprosesan

Pendaftaran Pengamal

PT&K Warga Asing

72409 RM 19,600.00 RM 17,600.00

Page 16: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 15

4.3 Pengurusan Teknologi Maklumat

Portal rasmi BPTK 2017 telah dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat, BPTK dengan

antaramuka yang lebih berinformasi dan responsif. Portal terbaru ini berjaya dilancarkan

pada 26 Oktober 2017. Tujuan pembangunan portal ini adalah untuk menyalurkan

maklumat berkaitan dengan PT&K kepada pelanggan yang terdiri daripada pengamal

PT&K dan orang awam. Di samping itu, maklumat portal ini turut boleh diakses melalui

peranti mudah alih dan mesra pengguna.

BPTK akan terus menambah baik dan memberikan maklumat terkini kepada pelanggan

mengenai PT&K melalui Portal Rasmi BPTK.

Kod QR Portal Rasmi BPTK

Page 17: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 16

Paparan desktop Portal BPTK Paparan desktop Portal BPTK

Paparan mobile Portal BPTK

Page 18: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 17

4.4 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Kesihatan Malaysia tahun

2016 telah diadakan pada 26.05.2017. Berikut merupakan pegawai-pegawai yang telah

dianugerahkan APC di atas usaha serta komitmen yang tinggi sepanjang perkhidmatan

mereka di BPTK.

Dr. Chai Koh Meow Ketua Pen. Pengarah UD48

Tan Yee Koon Ketua Pen. Pengarah UF48

Lim Wai Yee Ketua Pen. Pengarah UF48

Mohd Afendy bin BaharuddinPem. Tadbir (P/O) N19

Page 19: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 18

5.0 AKTIVITI-AKTIVITI

Majlis Penyampaian Buku A Century of Traditional Chinese Medicine 1912-2015

Tarikh : 17 Januari 2017

Tempat : Bilik Mesyuarat KKM. Blok C Jalan Cenderasari

Pada 17 Januari 2017, majlis penyampaian buku A Century of Traditional Chinese Medicine

1912-2015 berjaya diadakan di Kuala Lumpur dengan kehadiran Ketua Pengarah Kesihatan

Malaysia. Tujuan majlis ini adalah untuk menyerahkan naskah buku tersebut kepada

penyumbang-penyumbang utama yang telah bekerjasama dalam penulisan Bab 4:

Perkembangan Perubatan Tradisional Cina di Malaysia. Para penyumbang terdiri daripada

BPTK, Federation of Chinese Physicians and Acupuncturists Associations of Malaysia

(FCPAAM), Federation of Chinese Physicians and Medicine-Dealers Associations of Malaysia

(FCPMDAM) dan Malaysian Chinese Medical Association (MCMA).

Buku ini diterbitkan pada 22 Julai 2016 oleh China Academy of Chinese Medical Sciences

(CACMS) dan telah menerima ulasan positif dan pujian daripada komuniti saintifik dan

penyelidikan di negara Republik Rakyat China. Buku ini memperincikan sejarah, tahap

perkembangan dan pencapaian perubatan tradisional Cina di negara China dan di seluruh

dunia pada abad yang lalu.

Naskah buku A Century of Traditional Chinese Medicine 1912-2015 telah disampaikan oleh Ketua Pengarah

Kesihatan kepada wakil dari BPTK, FCPAAM, FCPMDAM dan MCMA

Page 20: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 19

Deputasi Pakar Perubatan Traditional India (PTI) Ayurveda dan Pakar Siddha ke

Malaysia

Di bawah Program Teknikal dan Kerjasama Ekonomi India (ITEC), pakar dan ahli terapi

Ayurveda dihantar ke Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan Perubatan tradisional

India di hospital kerajaan.

Dr. Vijay Kumar Srivastava, pakar PTI Ayurveda dideputasi ke Malaysia pada 19 Mei 2017,

bagi menggantikan Dr. Gopesh Mangal untuk meneruskan perkhidmatan PT&K Ayurveda

di Hospital Port Dickson (HPD) dan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Dr. Senthilvel Govindaraju, pakar PTI Siddha telah dideputasi ke Malaysia pada 5 Julai 2017.

Beliau telah ditempatkan di Jabatan Perubatan Rehabilitasi dan Jabatan Ortopedik dan

Traumatologi, Hospital Sungai Buloh.

Pelaksanaan Projek Perintis Perkhidmatan PT&K Terapi Varmam Di

Hospital Sungai Buloh

Dr. Senthilvel Govindaraju telah melaksanakan Projek Perintis Perkhidmatan PT&K Terapi

Varmam bersama-sama dengan Jabatan Perubatan Rehabilitasi dan Jabatan Ortopedik dan

Traumatologi, Hospital Sungai Buloh.

Di bawah pelaksanaan projek perintis ini, perkhidmatan PT&K Terapi Varmam mula

ditawarkan untuk rawatan berikut:

i. Cervical spondylosis;

ii. Lumbar spondylosis;

iii. Osteoarthritis (Lutut); dan

iv. Adhesive capsulitis (Frozen shoulder).

Satu kajian di bawah projek ini sedang dijalankan untuk tempoh satu tahun bagi menilai

keberkesanan Terapi Varmam berdasarkan indikasi dan kriteria yang telah ditetapkan.

Page 21: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 20

Dr. Vijay Kumar Srivastava di Hospital Port Dickson

Dr. Senthilvel Govindaraju, Dr. Akmal Hafizah binti Zamli dan YBhg. Dato’ Dr. Zamyn Zuki bin Mohd Zuki (Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi) dan Pegawai-Pegawai Perubatan Jabatan Ortopedik danTraumatologi), Hospital Sungai Buloh.

Dr. Senthilvel Govindaraju, a Siddha Physician with the Head of Rehabilitation Medicine Department, Dr. Akmal Hafizah binti Zamli and staff of Rehabilitation

Medicine Department, HSgB.

Dr. Senthilvel Govindaraju, a Siddha Physician with the Head of Rehabilitation Medicine Department, Dr.

Akmal Hafizah binti Zamli, Head of Orthopaedic & Traumatology Department, YBhg. Dato’ Dr. Zamyn

Zuki bin Mohd Zuki and Medical Officers of Orthopaedic & Traumatology Department, HSgB.

Dr. Senthilvel Govindaraju, a Siddha Physician with the Head of Rehabilitation Medicine Department, Dr. Akmal Hafizah binti Zamli and staff of Rehabilitation

Medicine Department, HSgB.

Dr. Senthilvel Govindaraju, a Siddha Physician with the Head of Rehabilitation Medicine Department, Dr.

Akmal Hafizah binti Zamli, Head of Orthopaedic & Traumatology Department, YBhg. Dato’ Dr. Zamyn

Zuki bin Mohd Zuki and Medical Officers of Orthopaedic & Traumatology Department, HSgB.

Dr. Senthilvel Govindaraju dan Dr. Akmal Hafizah binti Zamli (Ketua Jabatan Rehabilitasi Perubatan), dan kakitangan Jabatan Perubatan Rehabilitasi Perubatan, Hospital Sungai Buloh

Page 22: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 21

6th Bilateral Technical Working Group Video Conference between Brunei

Darussalam and Malaysia

Tarikh : 28 Februari – 2 Mac 2017

Tempat : Bahagian Pengurusan Maklumat, KKM

Mesyuarat Sixth Bilateral Technical Working Group Video Conference Between Brunei

Darussalam and Malaysia telah diadakan pada 28 Februari – 2 Mac 2017 di Putrajaya

dengan penglibatan BPTK pada Sesi 1 dan Sesi 9 (seperti Jadual 9). Bagi Sesi 9, delegasi

Malaysia diwakili seramai enam orang pegawai dengan diketuai oleh Dr. Dyanan

Puvanandran dari BPTK manakala delegasi Kementerian Kesihatan Brunei pula diketuai

oleh Encik. Hj. Junaidee bin Hj. Ahmad dari The Boards Management Office. Perkara yang

dibincangkan meliputi bidang amalan, pendidikan, pengawalseliaan dan kajian berkaitan

PT&K.

Jadual 9: Jadual Sixth Bilateral Technical Working Group Video Conference Between Brunei

Darussalam and Malaysia

Hari/ Masa Selasa Rabu Khamis

28 Feb 1 Mac 2 Mac

8.30 pagi -10.00 pagi

Sesi 1:

Taklimat ringkas mengenai struktur

Kementerian Kesihatan bagi

kedua-dua negara

Sesi 4:

Pengawasan dan Kawalan Penyakit

Berjangkit

Sesi 7:

Pembangunan Sumber Manusia

10.30 pagi -12.00 tgh

hari

Sesi 2:

Penggunaan ICT dalam Sektor

Kesihatan

Sesi 5:

Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak

Berjangkit

Sesi 8:

Penjagaan dan Sistem Pengawalan Farmaseutikal

2.30 petang - 4.00 petang

Sesi 3:

Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan

Sesi 6:

Pelancongan Kesihatan

Sesi 9:

Perubatan Tradisional dan Komplementari

Page 23: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 22

Dr. Dyanan Puvanandran mengetuai BPTK, KKM bagi perbincangan berkaitan PT&K (sesi 9)

Lawatan rasmi oleh The Boards Management Office, Kementerian Kesihatan Brunei

ke Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Tarikh : 11 – 14 Julai 2017

Tempat : BPTK, KKM

BPTK telah menerima kunjungan daripada wakil The Boards Management Office,

Kementerian Kesihatan Brunei yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan

berkenaan perkembangan dan pengawalseliaan PT&K di Malaysia. Delegasi Brunei yang

terdiri daripada Pengiran Dr. Haji Md Khalifah bin Pengiran Haji Ismail dan Encik Hj

Juniadee bin Hj Ahmad telah melawat setiap cawangan di BPTK untuk mendapatkan

pencerahan berkenaan perkara-perkara berikut:

i. Pengalaman BPTK dalam persediaan untuk mengawal selia pengamal PT&K;

ii. Pembangunan rangka kerja pengawalseliaan kebangsaan untuk amalan PT&K;

iii. Keperluan latihan dan program-program berkaitan amalan PT&K; dan

iv. Pembangunan dasar berkaitan PT&K.

Selain itu, delegasi Brunei turut di bawa melawat ke Unit PT&K di Institut Kanser Negara

(IKN), Hospital Putrajaya dan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) (Jadual 10) untuk melihat

Page 24: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 23

perkembangan perkhidmatan PT&K yang telah berjaya diintegrasikan ke dalam sistem

penjagaan kesihatan awam yang berperanan sebagai pelengkap kepada rawatan moden.

Jadual 10: Jadual lawatan delegasi Kementerian Kesihatan Brunei ke fasiliti KKM

Tarikh Masa Butiran

11Julai

2017

2.30 – 4.30

petang

Wakil BPTK dan delegasi Brunei mengadakan pembentangan

berkenaan status pengawalseliaan PT&K di negara masing-

masing serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya

diikuti dengan sesi soal-jawab.

12 Julai

2017

8.30 – 4.30

petang

Sesi lawatan ke Unit PT&K di IKN, Hospital Putrajaya dan

HRC.

13 Julai

2017

8.30 – 4.30

petang

Satu siri perbincangan telah dijalankan selama dua hari,

bersama cawangan di BPTK yang telah dikenalpasti. Sesi

perbincangan tersebut adalah bertujuan untuk

membincangkan fungsi dan tanggungjawab cawangan

masing-masing.

Sesi Pertama: Sekretariat Majlis PT&K

Sesi Kedua: Cawangan Inspektorat & Penguatkuasaan

14Julai

2017

8.30 – 4.30

petang

Sesi Ketiga: Cawangan Amalan PT&K

Sesi Keempat: Dasar & Perkembangan

Page 25: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 24

Lawatan delegasi Brunei ke Unit PT&K di Institut Kanser Negara

Bengkel Semakan Garis Panduan Akupunktur Edisi Ketiga

Tarikh : 23 Mac 2017

Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK

Salah satu peranan BPTK adalah untuk membangunkan satu sistem penilaian amalan PT&K

yang standard dan efisyen bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

Seiring dengan langkah ke arah Evidence Based Medicine, satu usaha kepada semakan garis

panduan akupunktur edisi ketiga telah dijalankan memandangkan adanya penemuan

pembuktian saintifik terkini berkenaan keberkesanan rawatan akupunktur. Bengkel ini

telah diadakan untuk membincangkan satu standard kriteria rawatan serta regim rawatan

yang lebih efektif dan standard. Penyeragaman kepada servis rawatan akupunktur adalah

bertujuan untuk memastikan rawatan yang diterima oleh pesakit sentiasa selamat dan juga

untuk menilai keberkesanan rawatan yang diterima. Garis panduan akupunktur (edisi

kedua) telah diterbitkan pada tahun 2009.

Penambahbaikan pada garis panduan akupunktur edisi ketiga ini fokus kepada

penambahan indikasi rawatan akupunktur di Unit PT&K, Hospital KKM iaitu untuk

mengurangkan gejala Chemotherapy Induced Nausea Vomiting (CINV) pada pesakit kanser,

Page 26: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 25

memaklumkan rejim semasa dan cadangan penambahbaikan regim akupunktur untuk

indikasi pasca strok di Unit PT&K dan memperkenalkan kaedah pemantauan bagi pesakit-

pesakit yang telah mendapatkan rawatan akupunktur di Unit PT&K.

Seramai 19 orang wakil daripada pihak berkepentingan telah terlibat dalam bengkel ini.

Mereka terdiri daripada Ketua Unit PT&K, ahli akademik dalam Perubatan Tradisional Cina,

pengamal akupunktur di Unit PT&K, wakil daripada Persatuan Pengamal dan wakil

daripada Cawangan Amalan PT&K. Hasil daripada bengkel ini telah berjaya merumuskan

kriteria yang akan digunakan untuk proses discaj pesakit dari Unit PT&K, jumlah sesi

rawatan yang perlu diterima oleh setiap pesakit serta kaedah pemantauan yang akan

digunapakai untuk menilai keberkesanan rawatan akupunktur. Bengkel ini telah mencapai

objektifnya dalam memastikan penerbitan garis panduan akupunktur edisi ketiga yang

lebih berkualiti pada akhir tahun 2017.

Page 27: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 26

Kajian Kepuasan Pelanggan 2017

Kajian kepuasan pelanggan merupakan salah satu daripada instrumen pengukuran yang

digunakan untuk meninjau keberkesanan sistem penyampaian. BPTK telah menjalankan

kajian ini sejak tahun 2014 dengan melibatkan Unit-unit PT&K di hospital awam. Secara

keseluruhannya, tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan di Unit PT&K adalah

tinggi iaitu di antara 94.0-100.0%. Kajian ini diteruskan lagi pada tahun 2017 bertujuan

mendapatkan maklumat daripada pesakit bagi memperbaiki tahap penyampaian

perkhidmatan dan penjagaan kesihatan sedia ada. Pada tahun 2017, satu Kajian Kepuasan

Pelanggan telah dilaksanakan di enam buah Unit PT&K di seluruh negara untuk

mengenalpasti tahap kepuasan pesakit terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di Unit

PT&K oleh staf KKM, pengamal PT&K serta fasiliti di Unit PT&K tersebut. Institusi-institusi

yang terlibat dalam Kajian Kepuasan Pelanggan bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:

1.Institut Kanser Negara, Putrajaya;

2.Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur;

3.Hospital Jasin, Melaka,

4.Hospital Wanita & Kanak-kanak, Likas, Sabah;

5.Hospital Sultanah Kalsom, CameronHighland, Pahang; dan

6.Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia(PBBR1M), Majlis Agama Wilayah Persekutuan(MAIWP), Putrajaya.

Page 28: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 27

Bagi tahun 2017 sejumlah 287 orang pesakit telah memberikan maklumbalas bagi soal

selidik ini. Jadual 11 menunjukkan maklumat demografi pesakit mengikut jantina, umur,

bangsa dan pekerjaan. Majoriti responden terdiri daripada perempuan, berumur 61 tahun

dan ke atas dan berbangsa Melayu (64.1%; 37.6%; 47.0%; masing-masing).

Jadual 11: Hasil Dapatan Kajian Kepuasan Pelanggan 2017

Pembolehubah Frekuensi (Peratus, %)

Jantina

Perempuan 184 (64.1)

Lelaki 103 (35.9)

Umur Min (SD): 53.52 (13.82)

61 tahun dan ke atas 108 (37.6)

51 – 60 tahun 72 (25.1)

41 – 50 tahun 43 (15.0)

31 – 40 tahun 47 (16.4)

18 – 30 tahun 17 (5.9)

Race

Melayu 135 (47.0)

Cina 100 (34.9)

India 19 (6.6)

Lain-lain 33 (11.5)

Pekerjaan

Sektor awam/kerajaan 84 (29.3)

Tidak bekerja 62 (21.6)

Pesara 51 (17.8)

Suri Rumah 42 (14.6)

Sektor swasta 23 (8.0)

Bekerja sendiri 25 (8.7)

Secara keseluruhan, 99.3% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan

di unit PT&K. Pelanggan yang menjawab soal selidik kajian ini memberi beberapa

cadangan antaranya adalah supaya perkhidmatan PT&K diperluas ke hospital kerajaan

yang lain dan klinik kesihatan daerah, mempergiat aktiviti promosi berkenaan

perkhidmatan PT&K dan mengkaji semula caj perkhidmatan bagi rawatan akupunktur bagi

mengurangkan beban kos yang ditanggung oleh pesakit.

Page 29: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 28

Aktiviti Kolaborasi dan Penyelidikan

Pada tahun 2017, Cawangan Amalan PT&K telah berjaya melaksanakan empat aktiviti

kajian seperti di bawah:

• Penerbitan bertajuk “Amalan Perubatan TradisionalMelayu dalam Penjagaan Ibu-Ibu Selepas Bersalin diKelantan” telah diterbitkan pada akhir tahun 2017.

Traditional Malay Postnatal Practice in Kelantan, Malaysia: A Cross-Sectional

Exploratory Study

• Pengumpulan data telah dijalankan di HospitalRehabilitasi Cheras dan Hospital Port Dickson. Patientrecruitment telah bermula pada Oktober 2017.

Study On The Evaluation Of Effectiveness Of Shirodhara Therapy As A Complementary Treatment In Patient With Insomnia Disorder In T&CM Units

• Kolaborasi BPTK bersama Pusat Penyelidikan KlinikalHospital Kuala Lumpur

• Pengumpulan data telah selesai. Analisis data danpenulisan laporan kajian sedang dilaksanakan.Laporan akan diberi kepada pihak Institut KesihatanUmum (IKU) pada 2018.

A Double Blind Randomized Controlled Trial to Assess Effectiveness of

Acupuncture as a Complementary Treatment Among Opioid Dependence

Patients who are on Methadone Maintenance Therapy in Klang Valley,

Malaysia

• Kolaborasi BPTK bersama Institut Penyelidikan TingkahLaku Kesihatan (IHBR)

• Pengumpulan data untuk fasa 1 telah selesai. Analisisdata dan penulisan laporan kajian sedang dilaksanakan

Use of Herbal T&CM Among Type 2 Diabetes Mellitus Patients in Negeri

Sembilan

(Phase 1)

Page 30: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 29

Mesyuarat antara Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari dan China

Chamber of Commerce for Import & Exports of Medicine & Health Products (CCCMHPIE)

Tarikh : 23 Oktober 2017

Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK

CCCMHPIE merupakan persatuan perdagangan kebangsaan yang berpengaruh di China

sejak penubuhannya pada tahun 1989 dan bekerjasama secara langsung bersama Ministry

of Commerce China. Mesyuarat telah diadakan bersama delegasi CCCMHPIE yang terdiri

daripada Encik Zhou Hui selaku Presiden dan Puan He Chun Hong iaitu Pengarah Jabatan

Kerjasama Antarabangsa. Hasil daripada mesyuarat tersebut, CCCMHPIE telah mencapai

objektif lawatan rasmi mereka iaitu:

i. Mendapatkan maklumat terkini berkaitan dasar ubat-ubatan di Malaysia;

ii. Untuk memahami keadaan pasaran bagi produk penjagaan kesihatan di

Malaysia;

iii. Untuk membincangkan inisiatif kerjasama dua hala dalam industri penjagaan

kesihatan dan berkongsi situasi semasa bagi industri kesihatan di negara

Republik Rakyat China.

Sesi bergambar bersama para pegawai dari BPTK, Agensi Regulatori Farmasi Kebangsaan (ARFK) dan

delegasi CCCMHPIE

Page 31: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 30

Mesyuarat antara Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) dan

Central Council of Indian Medicine (CCIM)

Tarikh : 22 Ogos 2017

Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK

Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan jalinan kerjasama antara BPTK dengan

CCIM, India. BPTK diketuai oleh Dr. Goh Cheng Soon selaku pengarah dan delegasi CCIM

diketuai oleh Dr. K. Natarajan, Setiausaha CCIM. Antara perkara-perkara yang menjadi

tumpuan perbincangan adalah:

i. Peranan dan tanggung jawab CCIM;

ii. Status terkini berkaitan persediaan pengawalseliaan paramedics AYUSH di India

terutamanya ahli terapi Ayurveda dan Panchakarma;

iii. Maklumat berkenaan institusi pengajian yang menyediakan kursus bagi ahli

terapi Ayurveda dan Panchakarma di India; dan

iv. Status terkini bagi proses pendaftaran pengamal Yoga dan Naturopati di India.

Mesyuarat ini telah memberi peluang kepada anggota BPTK dan CCIM untuk berkongsi

maklumat secara langsung. Segala hasil perbincangan akan membantu proses kerja dan

menambahbaik prosedur sedia ada dalam pengawalseliaan amalan Perubatan Tradisional

India.

Dr. Goh Cheng Soon dan Dr. Natarajan semasa sesi pertukaran cenderamata bagi mesyuarat tersebut

Page 32: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 31

Mesyuarat Contribution of Traditional Medicine (TM) in Strengthening Primary Health

Care (PHC) anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Tarikh : 14-15 September 2017

Tempat : Manila, Filipina

Regional Office for the Western Pacific, WHO telah menganjurkan mesyuarat berkenaan

Contribution of Traditional Medicine (TM) in Strengthening PHC pada 14-15 September

2017 di Manila, Filipina. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh beberapa negara dari Western

Pacific Region termasuk Kemboja, Laos, Filipina, Vietnam, Mongolia dan Malaysia.

Manakala wakil dari Australia, Jepun, Republik Korea, China, Hong Kong dan Macau telah

dijemput sebagai pakar perunding bagi sesi perbincangan.

Objektif mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

i. Untuk berkongsi pengalaman setiap negara, berkenaan implementasi dasar

kebangsaan berkaitan penggunaan produk dan amalan PT&K di peringkat

penjagaan kesihatan primer;

ii. Untuk mengenalpasti faktor penggerak, rintangan dan keutamaan di dalam

pelaksanaan dasar PT&K kebangsaan; dan

iii. Untuk mencapai kesepakatan dan pendekatan praktikal dalam memperkasakan

pelaksanaan dasar PT&K kebangsaan di peringkat penjagaan kesihatan primer bagi

memajukan penjagaan kesihatan sejagat (Universal Healthcare, UHC)

Pengarah BPTK, Dr Goh Cheng Soon telah menghadiri mesyuarat tersebut bersama Dr. Nor

Asmah binti Hassan, seorang Pakar Perunding Keluarga dari Klinik Kesihatan (KK) Meranti,

Pasir Mas, Kelantan yang merupakan salah satu fasiliti kesihatan kerajaan yang

menawarkan perkhidmatan PT&K di peringkat penjagaan kesihatan primer.

Page 33: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 32

Dalam mesyuarat tersebut, WHO telah menyeru agar negara masing-masing dapat

membangunkan pelan perancangan dalam memaksimumkan sumbangan PT&K di

peringkat penjagaan kesihatan primer secara berfasa. Malaysia, telah turut terlibat dalam

membangunkan pelan perancangan PT&K dalam penjagaan kesihatan primer di bawah

khidmat nasihat dan bimbingan pakar-pakar perunding semasa mesyuarat tersebut.

Pelan perancangan untuk pembangunan PT&K di Malaysia untuk tempoh 5 tahun adalah

seperti berikut:

I. Meningkatkan professionalisma pengamal PT&K

a. Membangunakan program akademik Diploma/ Sarjana Muda dalam

Perubatan Tradisional Melayu.

b. Membangunakan program Sarjana Muda dalam Perubatan Tradisional India.

c. Membangunkan Program Peningkatan untuk Pengamal Penjagaan Postnatal

Tradisional Melayu.

II. Meningkatkan perkhidmatan PT&K

a. Mengenal pasti model integrasi PT&K ke dalam penjagaan kesihatan

kebangsaan di Malaysia.

b. Perancangan strategi kebangsaan untuk mengintegrasikan perkhidmatan

PT&K ke dalam penjagaan kesihatan primer.

c. Menjalankan program kesedaran PT&K di kalangan profesional penjagaan

kesihatan primer.

d. Membangunkan perkhidmatan Penjagaan Postnatal Tradisional Melayu di

daerah lain dalam negeri Kelantan.

III. Pemantauan dan perkongsian maklumat tentang pengamal PT&K serta

perkhidmatan PT&K

a. Memantau perkhidmatan Penjagaan Postnatal Tradisional Melayu.

b. Menilai perkhidmatan Penjagaan Postnatal Tradisional Melayu di Kelantan.

Page 34: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 33

c. Perkongsian maklumat/ pangkalan data tentang perkhidmatan Penjagaan

Postnatal Tradisional Melayu di Kelantan ke negeri-negeri lain di Malaysia.

IV. Kerjasama serantau dan sokongan serta kolaborasi

Kolaborasi dengan WHO dalam pembangunan PT&K dari segi amalan PT&K,

pendidikan dan latihan klinikal, penyelidikan, bahan mentah serta produk PT&K.

Mesyuarat mengenai sumbangan perubatan tradisional dalam memperkukuhkan penjagaan kesihatan primer

14-15 September 2017 Manila, Filipina

Pembentangan oleh wakil Malaysia, Dr. Goh Cheng Soon dalam Meeting on the Contribution of Traditional

Medicine (TM) in Strengthening Primary Health Care (PHC)

Page 35: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 34

Hari Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017

Tarikh : 15 – 16 Ogos 2017

Tempat : Dewan D, Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diberi mandat untuk menerajui inisiatif NBOS

1Malaysia Civil Service Retirements Support (1Pesara) di bawah Strategi Lautan Biru

Kebangsaan (NBOS) yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Inisiatif ini

adalah untuk membantu golongan pesara dan bakal pesara supaya terus produktif dalam

menempuh alam persaraan dengan menyediakan perkhidmatan yang holistik merentasi

pelbagai agensi. Inisiatif ini penting bagi memastikan kelangsungan sumbangan serta

produktiviti mereka kepada masyarakat dan negara.

Program ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan senarai program di bawah inisiatif

1Pesara, serta sebagai usaha penghargaan kerajaan kepada pesara dan bakal pesara yang

telah banyak menyumbang jasa kepada negara. Program ini mensasarkan penyertaan

daripada golongan pesara awam, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bakal pesara

awam dan bakal veteran ATM.

Selaku kementerian yang bertanggungjawab di bawah 1Malaysia Civil Service Retirements

Support (1Pesara), JPA telah menjemput KKM untuk turut serta bagi menjayakan program

ini dan bahagian ini telah terpilih untuk menyediakan khidmat PT&K sepanjang program

berlangsung.

Perkhidmatan PT&K yang disediakan sepanjang program tersebut ialah Urutan Tradisional

dan Akupunktur daripada unit PT&K Hospital Putrajaya (HPJ) dan Institut Kanser Negara

(IKN). Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan turut serta dalam program ini dengan

memberikan penerangan kepada pengunjung berkenaan Akta PT&K 2016.

Page 36: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 35

Bersama petugas di tapak pameran perkhidmatan PT&K yang terdiri daripada pegawai BPTK, kakitangan

kesihatan serta pengamal akupunktur dan urutan tradisional dari Unit PT&K Hospital Putrajaya dan Institut

Kanser Negara

Akupuntur dan perkhidmatan urutan tradisional yang ditawarkan oleh petugas di tapak pameran PT&K

Page 37: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 36

Komunikasi Awam dan Pendidikan

BPTK telah dijemput untuk mengisi Slot Kesihatan bagi beberapa sesi wawancara di stesen

radio yang merupakan salah satu aktiviti Bahagian ini dalam menyampaikan maklumat

kepada masyarakat. Pada tahun 2017, BPTK telah terlibat dalam 2 sesi wawancara radio.

Sesi wawancara radio pertama bersama dengan Dr. Karena Bt. Khalid telah disiarkan

melalui Asyik FM. Melalui sesi wawancara ini, BPTK berpeluang untuk mendekati

pendengar stesen radio ini yang kebanyakannya merupakan masyarakat Orang Asli dalam

usaha untuk menghebahkan maklumat terkini berkenaan perkhidmatan di unit PT&K

fasiliti kesihatan kerajaan.

Pada hari yang sama Dr. Wong Pi Ying telah mewakili BPTK untuk bersama pendengar di

stesyen radio Nasional FM.

Antara maklumat yang telah dikongsikan dalam sesi bual bicara ini adalah:

i. Peranan perkhidmatan PT&K dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan;

ii. Perkhidmatan PT&K yang ditawarkan di fasiliti kesihatan kerajaan dan indikasi bagi

setiap perkhidmatan;

iii. Senarai fasiliti kesihatan kerajaan yang menawarkan perkhidmatan PT&K;

iv. Cara untuk mendapatkan perkhidmatan PT&K di fasiliti kesihatan kerajaan;

v. Pengenaan caj perubatan bagi perkhidmatan PT&K yang ditawarkan di fasiliti

kesihatan kerajaan; dan

vi. Penerangan berkenaan Akta PT&K 2016.

Disamping itu, BPTK telah menerima undangan daripada pertubuhan bukan kerajaan

untuk memberi taklimat tentang Akta PT&K 2016 kepada ahli-ahlinya iaitu Malaysian

Association of Wellness and Spa pada 19 Julai 2017 dan Malaysian Association for the Blind

pada 2 Oktober 2017.

Page 38: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 37

Mesyuarat Pemurnian Proses Kerja antara Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

dan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K)

Mesyuarat ini telah yang telah diadakan pada 6 Februari 2017 bertempat di ibu pejabat

MQA. Tujuan mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu Jawatankuasa Teknikal

Bersama (Joint Technical Committee) yang akan ditubuhkan di bawah Majlis PT&K

berdasarkan Akta MQA 2007 [Akta 679]. Fungsi utama jawatankuasa ini adalah untuk

memberikan syor kepada MQA tentang pemberian akreditasi (sementara atau penuh)

sesuatu program pengajian PT&K di peringkat pengajian tinggi.

Kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) telah bersetuju untuk bekerjasama dalam proses pengawalseliaan amalan dan

pengamal pengubatan Islam. Hasil daripada kerjasama ini, Lajnah Pengawalseliaan

Pengamal Pengubatan Islam (LAJPPI) telah diwujudkan untuk membantu Majlis PT&K

dalam pengawalseliaan pengamal pengubatan Islam. Organisasi LAJPPI ini dipengerusikan

oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan dibantu oleh pakar-pakar dalam bidang

agama Islam serta pengubatan Islam. Melalui kerjasama ini juga, Standard Pengukuran

Pematuhan Syariah (i-Syifa’) telah dipersetujui untuk digunapakai sebagai suatu instrumen

saringan pengamal pengubatan Islam bagi memenuhi salah satu kriteria pendaftaran.

Sehubungan itu, bagi menyelaraskan proses saringan yang akan dijalankan, sebanyak dua

sesi mesyuarat bersama pihak kader JAKIM di KKM (pada 24 Januari 2017 dan 4 April

2017) dan dua siri bengkel Pembinaan Manual i-Syifa’ (24-25 Ogos 2017 dan 27-30

September 2017) telah diadakan. Melalui sesi mesyuarat dan bengkel-bengkel yang telah

diadakan, manual i-Syifa’ telah diperinci dan dimurnikan bagi memudahkan proses

saringan pengamal pengubatan Islam.

Page 39: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 38

Sesi Latihan Penggunaan Sistem e-Pengamal

BPTK telah menganjurkan sebanyak empat sesi latihan penggunaan sistem e-Pengamal

sepanjang tahun 2017 yang melibatkan pegawai-pegawai di BPTK. Sistem e-Pengamal

merupakan satu sistem pendaftaran pengamal PT&K atas talian yang bakal digunakan

apabila pendaftaran pengamal PT&K mula berkuatkuasa. Sesi latihan ini bertujuan untuk

memberikan pengenalan mengenai proses pendaftaran dan pendedahan hands-on kepada

anggota BPTK secara berkala.

Peserta Bengkel Pembinaan Manual i-Syifa’ Siri 1

Bengkel Pembinaan Manual i-Syifa’ Siri 2

Page 40: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 39

Aktiviti Kolaborasi antara Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM)

dan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS)

Tarikh : 19 – 20 September 2017

Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK

Sekretariat Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (SMPTK) telah bekerjasama

dengan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) dan Kolej Universiti Sains

Perubatan Cyberjaya (CUCMS) dalam menyediakan Modul Pembangunan Kapasiti bagi

Pengamal Homeopati. Pada 19-20 September 2017, satu sesi perbincangan telah diadakan

bertempat di Bilik Mesyuarat 1, BPTK yang telah dihadiri oleh wakil MPHM, wakil CUCMS

serta wakil daripada BPTK. Melalui forum ini, semua komponen dan unit dalam modul

tersebut telah diperincikan dan penambahbaikan draf telah dibuat bagi memastikan

pengamal yang bakal menghadiri kursus tersebut dapat mengamal dengan selamat dan

beretika. Modul Pembangunan Kompetensi ini seterusnya akan dibentangkan pada

mesyuarat Majlis PT&K bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan.

Peserta yang terlibat dalam mesyuarat BPTK bersama MPHM dan CUCMS

Page 41: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 40

Sesi Continuing Professional Development (CPD) berkenaan ‘Tatacara

Pendaftaran Pengamal Perubatan Majlis Perubatan Malaysia'

Tujuan sesi CPD ini diadakan adalah untuk memahami dengan lebih mendalam tentang

proses pendaftaran pengamal perubatan warga tempatan dan pengamal perubatan warga

asing. BPTK telah menjemput penceramah daripada Majlis Perubatan Malaysia (MPM) iaitu

Dr. Fahrurrazi Bin Hamid untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Methodology of

Registration of Practitioners in Malaysian Medical Council’ pada 28 Ogos 2017 bertempat di

Bilik Mesyuarat 1, BPTK. Antara kandungan ceramah adalah berkaitan peranan dan

tanggungjawab MPM secara umum serta garis panduan dan kaedah pendaftaran pengamal

perubatan tempatan dan juga pengamal perubatan warga asing. Maklumat yang

dikongsikan pada sesi CPD ini dapat membantu pihak SMPTK dalam merancang proses

pendaftaran pengamal PT&K tempatan dan warga asing apabila proses pendaftaran

dimulakan kelak.

Dr. Dang Siew Bing menyerahkan cenderamata kepada wakil MPM.

Page 42: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 41

Mesyuarat Berkenaan Pertindihan dan Keperluan Pengawalseliaan Terapi Spa

Bersama Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC)

Tarikh : 24 Ogos 2017

Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK

Satu mesyuarat telah diadakan antara pihak BPTK bersama wakil daripada pihak MoTAC

(Bahagian Pembangunan Industri, Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan

Antarabangsa, Bahagian Pelesenan Pelancongan dan dari Cawangan Pejabat Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur) dengan tujuan untuk memperincikan beberapa perkara

berkenaan bidang Terapi Spa serta pengawalseliaan bidang ini.

Pihak MoTAC telah memberi penerangan berkenaan Urutan Malaysia atau Malaysian

Signature Massage (MSM) iaitu sejenis rawatan bertujuan untuk mewujudkan satu identiti

kombinasi holistik terbaik hasil gabungan teknik urutan bangsa Melayu, Cina, India dan

etnik pribumi.

MSM tidak berkonsepkan urutan tradisional dan tiada pertindihan dengan kaedah rawatan

tradisional sedia ada. Ianya merupakan satu langkah penjenamaan semula (rebranding)

serta menaik taraf pengetahuan pengamal spa sedia ada. Pihak MoTAC juga turut

maklumkan bahawa MSM akan diwajibkan untuk disenarai ke dalam pilihan menu

perkhidmatan spa pada masa akan datang.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak iaitu BPTK dan MoTAC bersetuju

bahawa MSM dan pengawalseliaan Terapi Spa akan dikawal selia oleh pihak MoTAC.

Sekiranya terdapat premis spa yang menawarkan perkhidmatan yang dikategorikan

sebagai amalan PT&K yang diiktiraf di bawah Akta PT&K, BPTK akan memainkan

peranannya sebagai sebuah badan regulatori bagi amalan PT&K. Selain itu, pengamal spa

yang memberi perkhidmatan yang dikategorikan sebagai amalan PT&K yang diiktiraf di

bawah Akta PT&K juga harus berdaftar dengan Majlis PT&K. Pihak MoTAC akan

memberikan maklumat kepada BPTK berkenaan permis spa yang menawarkan

Page 43: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 42

perkhidmatan PT&K supaya lawatan pendidikan ke premis tersebut dapat dijalankan oleh

BPTK dengan tujuan memberi informasi dan maklumat berkenaan Akta PT&K. Mesyuarat

telah berlangsung dengan jayanya dan berharap agar kerjasama antara BPTK dan pihak

MoTAC akan berterusan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

Wakil-wakil daripada MoTAC bersama dengan Pengarah dan pegawai-pegawai BPTK

Page 44: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 43

Sesi Taklimat Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 dan Tanggungjawab Pengamal Berdaftar

Pelaksanaan sesi taklimat Akta PT&K telah bermula sejak tahun 2017. Sesi taklimat

merupakan langkah awal untuk memastikan semua pengamal PT&K memahami keperluan

dan kewajipan sebagai pengamal seperti yang diperuntukkan oleh Akta. Pada tahun 2017,

sejumlah 27 sesi taklimat telah dijalankan dan seramai 3485 pengamal PT&K telah

menghadiri sesi taklimat tersebut.

Lawatan Pendidikan Ke Atas Pengamal PT&K

Lawatan pendidikan ke premis-premis PT&K merupakan salah satu aktiviti Bahagian ini

dalam memberi pendedahan dan memupuk kesedaran berkenaan keperluan Akta PT&K

2016 di kalangan pengamal PT&K. Sejumlah 588 pengamal dalam bidang amalan Perubatan

Tradisional Melayu, Perubatan Tradisional India dan Pengubatan Islam telah dilawati oleh

pegawai-pegawai dari BPTK sepanjang aktiviti lawatan pendidikan ini diadakan pada tahun

2017 (rujuk Jadual 12).

Rajah 3: Statistik pencapaian lawatan pendidikan ke atas pengamal PT&K berdasarkan

lokasi/ zon oleh Cawangan PT&K (CPTK) negeri (Januari-Disember 2017)

175

98

20

147

50 60 38

020406080

100120140160180200

Bila

nga

n p

en

gam

al y

ang

had

ir

Lokasi / Zon

Page 45: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 44

Jadual 12: Statistik pencapaian lawatan pendidikan ke atas pengamal PT&K berdasarkan

bidang amalan (Januari-Disember 2017)

Aduan dan Siasatan

Unit Aduan dan Siasatan, BPTK berperanan dalam mengendalikan aduan berkenaan

pengamal dan perkhidmatan PT&K di Malaysia. Pada tahun 2017, sejumlah 62 aduan

daripada pelbagai kategori telah diterima di mana aduan berkaitan iklan merupakan kes

tertinggi yang diterima.

Rajah 2: Jumlah aduan diterima pada tahun 2017

4 4

3

5

10

5

3

11

10

7

3

6

Bidang Amalan Jumlah pengamal PT&K berjaya diberikan

lawatan pendidikan

Perubatan Tradisional Melayu 360

Perubatan Tradisional India 143

Pengubatan Islam 51

Perubatan Tradisional Melayu

dan Pengubatan Islam 34

Jumlah 588

Page 46: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 45

Rajah 3: Medium aduan diterima pada tahun 2017

Rajah 4: Kategori aduan diterima pada tahun 2017

24 22

2

19

4

0

5

10

15

20

25

30

SURAT E-MEL INDIVIDU SISPAA TELEFON

4 7

26

2

23

0

5

10

15

20

25

30

35

PERMIT PENYELEWENGAN IKLAN PRODUK LAIN-LAIN

Page 47: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 46

Aktiviti Pameran

Bagi tahun 2017, aktiviti pameran yang dilaksanakan lebih memfokuskan kepada usaha

untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap hak-hak pengguna seperti yang

termaktub dalam Akta PT&K 2016.

Rajah 5: Bilangan pameran pada tahun 2017 mengikut zon

Pameran di Masjid Negara, Kuala Lumpur

16

9

6

2 2

15 15

T&CMD JOHOR PENANG TERENGGANU PERAK SABAH SARAWAK

Page 48: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 47

Hala Tuju Kepada Akta Perubatan Tradisional & Komplementari

Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 telah dikuatkuasakan dan

pelaksanaannya telah dijalankan secara berfasa. Sebagai persiapan ke arah

penguatkuasaan Akta PT&K sepenuhnya, BPTK telah menganjurkan beberapa sesi bengkel

dan kursus Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) serta pembangunan Garis

Panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Jadual 13: Senarai Kursus Bengkel, Kursus dan CPD Sesi yang dijalankan pada tahun 2017

Tarikh Tajuk Penceramah

15.2.2017

CPD: Prosedur Pengendalian dan Pengurusan Aduan

Dr Shireen Mahalingam Timbalan Setiausaha Etika dan Perundangan Legislatif, Majlis Perubatan Malaysia (MPM)

18.4.2017

Bengkel Siasatan Kes di bawah Seksyen 4A dan Penyediaan Kertas Siasatan

En. Tan Kee Leong Ketua Cawangan Inspektorat & Penguatkuasaan, BPTK

26.4.2017 CPD: Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta1998 dan Kesalahan Umum

Dr Shazwani Mohamd Ketua Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya

1.8.2017-2.8.2017

Kursus Asas dalam Pendakwaan Puan Sharifah Syazwani Binti Syed Hussin & Puan Fairuz Syuhada Binti Amran Penasihat Persekutuan Kanan, Pejabat Penasihat Undang-Undang, KKM

18.9.2017

Maklumat terkini berkaitan Dasar dan Pendaftaran Produk Tradisional dan Rang Undang-Undang Farmasi

Dr. Seetha Ramasamy Ketua Seksyen Perubatan Komplementari dan Alternatif Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

Page 49: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 48

Kursus Teknik Mempertahankan Diri

Tarikh : 25 Ogos 2017

Tempat : Bilik Mesyuarat Blok C, Aras 2,

Kementerian Kesihatan Malaysia, Jalan Cenderasari, KL

Objektif utama penganjuran sesi ini adalah untuk memberikan pendedahan asas dan

teknik-teknik mempertahankan diri kepada semua anggota terutamanya apabila

berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka seperti rompakan, ragut dan lain-lain.

Sesi ini telah dianjurkan oleh Unit Latihan, BPTK dengan penyertaan daripada kakitangan

BPTK, Bahagian Pembangunan Kompetensi dan Majlis Perubatan Malaysia. BPTK amat

berbesar hati di atas kehadiran Dato' Sabree Salleh, yang merupakan Presiden World

Academy of Martial Art Philosophy & Science (WAMAP), bersama dengan empat fasilitator.

Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh penceramah diiikuti dengan demonstrasi dan

sesi praktikal.

Gambar-gambar sekitar CPD Seni Mempertahankan Diri Di Saat Getir

Page 50: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 49

Kursus Kemahiran Komunikasi Berkesan

Tarikh : 7 September 2017

Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dalam pengendalian komunikasi

bersama pelanggan sama ada secara langsung atau tidak langsung. BPTK telah menjemput

seorang penceramah iaitu Pn. Zailan Yussoff yang merupakan seorang pesara kerajaan dan

berpengalaman luas sebagai tenaga pengajar di Kampus Induk, INTAN Bukit Kiara.

Penceramah turut berkongsi ilmu, pengalaman dan tips dalam pengendalian pelanggan dan

teknik komunikasi yang berkesan. Penganjuran kursus ini telah memberikan manfaat

dalam membantu dan meningkatkan kemahiran komunikasi semua pegawai di BPTK

dengan lebih baik dan berkesan.

Pegawai-pegawai BPTK yang menyertai Kurus Komunikasi Berkesan

Dr. Goh Cheng Soon, Pengarah BPTK

menyampaikan cenderamata kepada Pn. Zailan

Yussoff

Page 51: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 50

Kursus Microsoft Excel 2013 (Intermediate)

Tarikh : 13 September 2017

Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK Jalan Cenderasari, KL

BPTK telah menganjurkan satu kursus seperti di atas dengan melibatkan semua pegawai di

BPTK. Objektif kursus ini adalah untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan mengenai

aplikasi Microsoft Excel yang akan membantu dalam meningkatkan tahap prestasi kerja.

Peserta didedahkan tentang aplikasi Microsoft Excel yang meliputi penggunaan formula,

fungsi, pivot table, ilustrasi, validasi dan pelbagai lagi. Penganjuran kursus ini amat

memberikan faedah kepada anggota BPTK dalam meningkatkan produktiviti kerja dan

tugas-tugas harian.

Pegawai-pegawai BPTK yang menyertai Kursus Microsoft Excel 2013 (Intermediate)

Page 52: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 51

Kursus Team Building 2017: Towards T.E.A.M Excellence

Tarikh : 6 - 8 Oktober 2017

Tempat : Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

Kursus tersebut telah diadakan selama 3 hari 2 malam dan dianjurkan oleh Cawangan

Pengurusan dan Latihan. Objektif kursus ini adalah untuk:

a) Mengenali personaliti rakan dalam pasukan dan memantapkan semangat

kerjasama;

b) Mengatasi halangan dalam kerja berpasukan dan merangka strategi menjayakan

pencapaian organisasi;

c) Membina kecemerlangan kepimpinan pasukan dan kecekapan pengurusan

organisasi;

d) Menetapkan matlamat bersama dan merangka strategi yang dinamik untuk

membina kecemerlangan organisasi;

e) Menyatukan ahli kumpulan dengan semangat kerja berpasukan untuk mencapai

matlamat;

f) Untuk lebih memahami ahli pasukan dengan menjalani aktiviti pasukan dan

bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan bersama;

g) Untuk membina nilai kepimpinan, perancangan dan kemahiran pengurusan;

h) Untuk mengeratkan kemesraan di kalangan pegawai-pegawai BPTK.

Kursus ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Antara faedah yang

diperolehi daripada kursus ini:

a) Memantapkan semangat kerjasama untuk menjayakan matlamat kumpulan;

b) Memberikan penekanan dan pemahaman dalam aspek kerja berpasukan dan

merangka strategi dalam menjayakan pencapaian organisasi;

c) Membina kecemerlangan kepimpinan pasukan dan kecekapan pengurusan

organisasi.

Page 53: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 52

Towards T.E.A.M Excellence

Page 54: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 53

6. PENCAPAIAN

Penubuhan Majlis PT&K

Pencapaian BPTK pada tahun 2017 boleh dibanggakan dan menjadi pencetus dalam proses

penguatkuasaan Akta PT&K 2016 [Akta 775]. Akta 775 telah diwartakan pada 10 Mac 2016

dan mula berkuatkuasa secara berperingkat pada 1 Ogos 2016. Akta ini memperuntukkan

penubuhan Majlis PT&K untuk mengawal selia perkhidmatan PT&K di Malaysia serta

mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Susulan daripada itu, Mesyuarat Majlis PT&K julung kali telah berjaya diadakan pada 16

Januari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Blok C, Kompleks KKM, Jalan

Cenderasari, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah

Kesihatan selaku Pengerusi Majlis PT&K. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh tiga wakil

KKM, dua wakil universiti tempatan dengan kepakaran PT&K dan lima wakil industri yang

mempunyai pengalaman dan kelayakan dalam bidang PT&K. Mesyuarat ini telah

menyerlahkan kepentingan pengawalseliaan amalan serta pengamal PT&K berlandaskan

kriteria-kriteria tertentu yang memberi fokus utama kepada aspek keselamatan,

keberkesanan dan kualiti rawatan serta amalan.

Page 55: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 54

Pada 13 Julai 2017, BPTK telah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Peguam Negara

(JPN) berkenaan Perintah PT&K untuk bidang amalan diiktiraf dan badan pengamal

ditetapkan. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan dan

menyelaraskan beberapa perkara berbangkit berkenaan draf Perintah PT&K dan

memuktamadkan draf sebelum perintah tersebut dihantar untuk persetujuan YB Menteri

Kesihatan (YBMK). Susulan daripada mesyuarat tersebut, Perintah PT&K (Bidang Amalan

Diiktiraf) dan Perintah PT&K (Penetapan Badan Pengamal) telah diluluskan dan

diwartakan secara rasminya pada 28 Julai 2017 berdasarkan Akta PT&K 2016 subseksyen

20(2) dan subseksyen 42(1). Kedua-dua perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2017.

Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators, KPI)

Pada tahun 2017, dua petunjuk prestasi utama (KPI) YB Menteri Kesihatan di bawah

Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) telah dipilih daripada Bahagian ini iaitu:

i) Pembangunan Blueprint PT&K

ii) Peratus pengamal PT&K yang mendapat pensijilan lulus soal selidik terhadap

“Kewajiban pengamal PT&K yang berdaftar dibawah Akta PT&K 2016” selepas menghadiri

sesi taklimat mengenai Akta.

Page 56: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 55

i) Pembangunan Blueprint PT&K

BPTK telah menerima sokongan teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

untuk membangunkan Blueprint PT&K, 2018-2027. Blueprint ini bertujuan untuk

menetapkan pelan pembangunan PT&K di Malaysia agar perancangan pembangunan

industri PT&K dapat dilaksanakan secara menyeluruh serta memperkukuhkan sistem

penjagaan kesihatan di Malaysia terutamanya dalam bidang PT&K.

Selepas beberapa siri mesyuarat dan bengkel bersama pihak berkepentingan dilaksanakan,

draf Blueprint PT&K telah berjaya dihasilkan oleh Bahagian ini. Pihak BPTK telah

menerima kehadiran Professor Alan Bensoussan untuk membantu dalam proses

pemurnian draf Blueprint PT&K 2018-2027 pada 15 sehingga 19 Mei 2017. Draf akhir

Blueprint PT&K 2018-2027 telah dihasilkan dan dijangka akan dirasmikan pada awal tahun

2018.

7.2 Aktiviti - aktiviti

Dr. Goh Cheng Soon menyampaikan naskah 'Malaysia Herbal Monograph 2015' kepada Profesor Alan Bensoussan

Page 57: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 56

ii) Peratus pengamal PT&K yang mendapat pensijilan lulus soal selidik terhadap

“Kewajiban pengamal PT&K yang berdaftar dibawah Akta PT&K 2016” selepas

menghadiri sesi taklimat mengenai Akta.

Taklimat ini dikendalikan oleh BPTK dan Pejabat-pejabat Cawangan PT&K (CPTK) di setiap

negeri di Malaysia untuk memastikan pengamal memahami tanggungjawab, kewajipan serta

larangan yang terkandung di dalam Akta PT&K (Akta 775) sebelum penguatkuasaan akta ini

dilaksanakan sepenuhnya.

Jadual 13: Statistik pencapaian kehadiran sesi Taklimat Akta PT&K 2016 Serta Kewajipan

Pengamal Berdaftar di setiap negeri di Malaysia (Januari-Disember 2017).

Negeri Jumlah peserta

Kuala lumpur 568

Selangor 623

Kedah 439

Pulau pinang 101

Perak 223

Melaka 152

Johor 313

Terengganu 171

Kelantan 108

Pahang 73

Sabah 246

Sarawak 468

Jumlah 3485

Page 58: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 57

Pengamal PT&K yang menghadiri Sesi Taklimat Akta PT&K 2016 Serta Kewajipan Pengamal Berdaftar pada 17 November 2017 di Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS), Cyberjaya

Sesi Taklimat Taklimat Akta PT&K 2016 Serta Kewajipan Pengamal Berdaftar telah dibentangkan oleh Dr. Muhammad Zubair di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Bangi pada 1 April 2017

Page 59: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 58

Penerbitan Buku “Amalan Perubatan Tradisional Melayu bagi Penjagaan Ibu-Ibu

Selepas Bersalin di Kelantan, Malaysia: Kajian Keratan Rentas Eksploratori”

Satu kajian keratan rentas eksploratori telah dilaksanakan di Kelantan, Malaysia dari Mac

sehingga Mei 2016. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan memahami amalan

berpantang secara tradisional oleh pengamal-pengamal perubatan tradisional Melayu di

negeri Kelantan. Sepanjang tempoh kajian dilaksanakan, seramai 42 informan terdiri

daripada pengamal-pengamal perubatan tradisional Malayu yang berpengalaman lebih

dari 10 tahun telah ditemu ramah berpandukan satu garis panduan yang merangkumi

aspek:

a) Sosiodemografi;

b) Amalan bercirikan lapan tema utama iaitu:

i. urutan tradisional Melayu;

ii. bertungku;

iii. mandi herba (mandi teresak);

iv. bengkung; penggunaan param;

v. pemakaian pilis;

vi. rawatan haba (berdiang/bersalai); dan

vii. bertangas.

c) Petua dan pantang larang bagi penjagaan luka bersalin, pemakanan

d) Aktiviti penjagaan harian;

e) Penjagaan bayi baru lahir.

Kajian ini telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan

Perubatan (JEPP) dengan nombor geran NMRR-15-907-25818.

Hasil kajian ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk menerokai, mengenalpasti

dan meneliti ciri-ciri dan tatacara amalan penjagaan ibu-ibu selepas bersalin di kalangan

Page 60: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 59

pengamal perubatan tradisional Melayu di Kelantan termasuk petua dan pantang larang

dalam amalan penjagaan ibu-ibu selepas bersalin.

Penerbitan hasil kajian ini merupakan satu usaha untuk memastikan pengetahuan

tradisional Melayu dalam penjagaan ibu-ibu selepas bersalin tidak hilang ditelan zaman.

Berdasarkan temu ramah dan pemerhatian oleh penyelidik, penjagaan ibu selepas bersalin

yang masih diamalkan di negeri ini mempunyai kebaikan dan manfaat tertentu. Namun

begitu, terdapat juga amalan yang bercanggah dan tidak praktikal untuk diamalkan oleh

masyarakat masa kini dan memerlukan penambahbaikan serta pendedahan tentang

penjagaan ibu dan bayi yang betul. Diharap agar dokumentasi amalan tradisi ini dapat

diaplikasikan serta dijadikan panduan bagi menambahbaik dokumentasi sedia ada di

samping menjadi rujukan bagi kajian-kajian seterusnya dalam menilai keberkesanaan

amalan tradisional ini.

Page 61: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 60

7. PERISTIWA PENTING (MILESTONE)

Pelaksanaan Akta PT&K 2016

I. Sesi Kunjungan Hormat Bersama Setiausaha Majlis Perubatan Malaysia (MPM)

Pada 11 Januari 2017, BPTK telah mengadakan satu kunjungan hormat bersama

YBhg. Dato’ Dr. Hj. Azmi Shapie, Setiausaha MPM. Kunjungan ini adalah diketuai oleh

Dr Dyanan Puvanandran selaku Setiausaha Majlis PT&K. Pada sesi kunjungan

tersebut, YBhg. Dato’ Dr. Hj. Azmi telah berkongsi pengalaman beliau sebagai

Setiausaha MPM dalam melaksanakan tugasan seperti memberi taklimat kepada

YBhg. Datuk Ketua Pengarah Kesihatan selaku pengerusi mesyuarat MPM, tatacara

pengendalian mesyuarat majlis, kaedah penyediaan minit mesyuarat dan perkara

lain yang berkaitan.

II. Pemurnian Draf Peraturan PT&K 2018

Demi melancarkan proses penguatkuasaan Akta PT&K 2016, beberapa siri

rundingan bersama Penasihat Undang-Undang (PUU) KKM telah diadakan untuk

proses pemurnian draf Peraturan PT&K 2018. Satu sesi perbincangan bersama PUU

telah diadakan pada 23 Mei 2017 bertempat di BPTK bagi membincangkan perkara

tersebut. Pada bulan Disember 2017 pula, dua sesi pertemuan telah diadakan

bersama-sama PUU bagi membincangkan komen dan cadangan oleh pihak Jabatan

Pendaftaran Negaa (JPN) terhadap draf peraturan yang telah dihantar kepada JPN

sebelum ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, satu draf peraturan terkini telah

dimurnikan dan telah dimajukan kepada pihak JPN untuk proses semakan dan

kelulusan.

Page 62: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 61

III. Pertemuan Bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

(LPPKN)

Satu sesi perbincangan antara pihak SMPTK dan LPPKN telah diadakan pada 27

Oktober 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat 2, BPTK. Perbincangan ini telah

dipengerusikan oleh Dr. Dyanan Puvanandran dan telah dihadiri oleh beberapa

pegawai BPTK bersama wakil dari LPPKN yang diketuai oleh En. Abdul Shukur

Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPPKN.

Tujuan perbincangan ini adalah untuk memberi pencerahan kepada LPPKN tentang

pelaksanaan Akta Perubatan Tradisional (PT&K) 2016, pewartaan bidang amalan

yang diiktiraf dan pewartaan badan pengamal. Selain itu, LPPKN berhasrat untuk

mendapatkan kepastian tentang kesesuaian halatuju mereka dalam melatih

pengamal penjagaan ibu selepas bersalin berdasarkan NOSS.

Kesimpulannya, LPPKN dimaklumkan bahawa sebarang kelayakan minimum yang

diiktiraf seharusnya berasal dari program yang telah diakreditasi oleh Agensi

Kelayakan Malaysia atau Jabatan Pembangunan Kemahiran. Walau bagaimanapun,

metodologi pendaftaran dan kelayakan minimum pengamal perubataran tradisional

tempatan masih dalam perbincangan di peringkat mesyuarat Majlis PT&K dan

belum terdapat keputusan yang muktamad.

IV. Pelaksanaan Akta PT&K 2016 - Pembentangan Kertas Makluman Berkenaan

Pengawalseliaan Amalan Pengubatan Islam

Pada 21 Ogos 2017 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya, pihak SMPTK telah

dijemput oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk

membentangkan kertas makluman berkenaan pengawalseliaan amalan pengubatan

Islam di Persidangan Ketua Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri

Seluruh Malaysia. Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua

Page 63: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 62

Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin bin Jaafar dan

turut dihadiri oleh Dr. Dyanan Puvanandran selaku Setiausaha Majlis PT&K serta Dr.

Mohd. Naufal bin Ridzuan mewakili SMPTK. Pembentangan tersebut adalah

bertujuan untuk memaklumkan kepada anggota persidangan mengenai kerjasama

KKM bersama pihak JAKIM dalam pengawalseliaan amalan pengubatan Islam di

Malaysia. Antara isi kandungan pembentangan tersebut adalah pewartaan bidang

amalan diiktiraf, pembentukan Lajnah Pengawalseliaan Pengamal Pengubatan Islam

(LAJPPI) dan Standard Pengukuran Pematuhan Syariah (i-Syifa’). Secara umumnya,

semua anggota persidangan mengambil maklum dan bersetuju untuk memberikan

kerjasama dalam proses pengawalseliaan amalan pengubatan Islam di seluruh

Malaysia.

Sesi penyampaian cenderahati oleh YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin bin Jaafar kepada Dr. Dyanan Puvanandran.

Page 64: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 63

Siasatan Aduan dibawah Seksyen 4A Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956

Bermula pada tahun 2017, BPTK dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa Farmasi

telah menjalankan siasatan kes aduan iklan yang berkaitan dengan kemahiran dan

perkhidmatan PT&K dengan kenyataan tuntutan perubatan (rawatan, pencegahan atau

diagnosis). Usaha ini diketuai oleh mantan Ketua Cawangan Inspektorat dan

Penguatkuasaan (I&P), Encik Tan Kee Leong. Bagi mengendalikan kes tersebut, kuasa

untuk menyiasat di bawah Seksyen 4A akta ini telah diberikan kepada semua pegawai

farmasi di Cawangan I&P BPTK dan pejabat cawangan PT&K negeri. Sepanjang tahun

2017, tiga kes telah disiasat oleh Cawangan I&P dan empat kes oleh pejabat cawangan.

Pendakwaan

Susulan daripada aktiviti siasatan yang dijalankan, pendakwaan akan dilakukan ke atas

kes yang melanggar Seksyen 4A, Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Pada tahun

2017, sebanyak dua kes telah didaftarkan di mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur. Orang Kena Tuduh (OKT) telah berjaya didakwa di dalam kes tersebut dan

telah di dijatuhkan hukuman seperti jadual 14.

Jadual 14: Kes Pendakwaan di Mahkamah

Bil Kes Tarikh Hukuman

1.

Pertama

OKT 1

OKT 2

6 Jun 2017

10 Julai 2017

(sebutan kedua)

9 Ogos 2017

(sebutan ketiga)

RM 1000

Tidak hadir

RM 1500

2. Kedua 17 Julai 2017 RM 1000

Page 65: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 64

Pembangunan Garis panduan (GP) dan Prosedur Operasi Standard (SOP)

berkaitan Penguatkuasaan

Sejumlah lima garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah disediakan pada

tahun 2017 (seperti di Jadual 15) dan sejumlah tiga SOP telah dikemaskinikan. Garis

panduan dan SOP ini adalah untuk kegunaan dan rujukan pegawai yang diberikan kuasa di

BPTK dan Cawangan PT&K negeri.

Jadual 15: Garis panduan dan SOP yang telah diterbitkan

Bil GP/ SOP Tujuan

1.

Pengendalian Taklimat Akta

Perubatan Tradisional dan

Komplementari 2016 [Akta 775]

Prosedur ini menerangkan tatacara

pengendalian taklimat Akta Perubatan

Tradisional dan Komplementari (PT&K)

2016 kepada pengamal PT&K.

2.

GP Pendaftaran Kes di

Mahkamah Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

Garis panduan ini merupakan satu panduan

kepada pegawai-pegawai serta staf

sokongan BPTK mengenai tatacara,

dokumen-dokumen yang diperlukan

semasa pendaftaran kes di mahkamah.

3. SOP Risikan dan Intipan

SOP ini diadakan untuk memperkemaskan

gerak kerja bagi mendapatkan maklumat

awal dan menentukan kesahihan maklumat

atau aduan yang diterima sebelum siasatan

lanjut atau serbuan diputuskan.

4. SOP Pengendalian Aduan

Prosedur ini menerangkan tatacara

pengendalian aduan terhadap pengamal

atau/ dan perkhidmatan perubatan

tradisional dan komplementari.

Page 66: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 65

5. SOP Serbuan

SOP diadakan ini untuk memastikan operasi

serbuan dilakukan ke atas sasaran yang

disyaki menurut tatacara yang teratur

untuk membantu kejayaan siasatan dan

pendakwaan

Page 67: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 66

8. PENERIMA BIASISWA OLEH PEGAWAI BPTK

Bagi tahun 2017, dua orang pegawai dari BPTK telah berjaya menerima biasiswa berprestij

untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang pengurusan kesihatan.

Mereka yang telah berjaya menerima biasiswa tersebut adalah:

1. Dr. Jaspal Kaur Marik Singh (Cawangan Amalan PT&K); dan

2. Cik Teoh Sheh Ki (Sekretariat Majlis PT&K).

Dr. Jaspal Kaur telah terpilih untuk menerima biasiswa daripada The Young Leaders

Program (YLP). YLP ada satu inisiatif Kerajaan Jepun di bawah Kementerian Pelajaran,

Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi. Tujuan pemberian biasiswa ini adalah untuk

membentuk bakal pemimpin dari pelbagai negara, menjalin hubungan diplomatik,

penambahbaikan aktiviti pembentukan dasar dan membentuk jaringan antara pemimpin

negara melalui pemahaman terhadap negara Jepun.

Penerima biasiswa dipilih dari pelbagai negara, iaitu mereka yang terlibat dalam sektor

pengurusan kesihatan dan sains bersekutu. Program ini bertujuan bagi melatih mereka

untuk menjadi bakal pentadbir dalam bidang kesihatan sekaligus menjadi bakal pemimpin

di negara masing-masing. Mereka yang terpilih untuk menerima biasiswa ini akan

melanjutkan pelajaran ke Universiti Nagoya, Jepun. Pihak Universiti Nagoya telah

menjalankan temuduga untuk memilih penerima biasiswa di 13 buah negara di Asia dan

daripada jumlah tersebut, hanya 11 orang calon sahaja yang berjaya terpilih.

Daripada 11 calon yang berjaya, tiga daripada mereka adalah pegawai yang berkhidmat di

Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Dr. Jaspal Kaur dan orang pegawai daripada

Bahagian Perkembangan Perubatan. Mereka telah berjaya memperoleh biasiswa untuk

melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Kesihatan di

Universiti Nagoya bermula pada bulan September 2017 dan dijangka tamat pengajian pada

bulan Disember 2018.

Page 68: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 67

Cik Teoh Sheh Ki telah berjaya menjadi salah seorang penerima biasiswa berprestij

Chevening yang merupakan skim anugerah antarabangsa daripada United Kingdom (UK),

yang bertujuan untuk membentuk pemimpin pada peringkat global. Pemilihan penerima

biasiswa dikendalikan oleh Kedutaan British dan Pesuruhjaya Tinggi dari serata dunia.

Chevening menawarkan peluang kepada bakal pemimpin negara untuk pembentukan

secara profesional dan akademik dan pembentukan rangkaian secara meluas. Sejumlah

50,000 orang dari serata dunia telah memohon biasiswa tersebut namun hanya 1,800 calon

sahaja yang telah terpilih. Enam pegawai daripada KKM termasuk Cik Teoh Sheh Ki telah

terpilih sebagai penerima biasiswa dan telah memulakan pengajian Ijazah Sarjana dalam

bidang Ekonomi Kesihatan di University of Sheffield. BPTK mengucapkan syabas dan

tahniah kepada penerima biasiswa berprestij ini dan berharap agar pegawai berjaya dalam

pengajian masing-masing dan kembali meneruskan khidmat bakti di Kementerian

Kesihatan Malaysia.

Cik Teoh Sheh Ki dan penerima biasiswa Chevening bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Dr. Jaspal dan penerima biasiswa di bawah The Young Leaders Program (YLP) bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Page 69: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 68

9. KURSUS LUAR NEGARA

2017 Training Course on Health Care Technique of Traditional Chinese Medicine for

Developing Countries

Tarikh : 27 Jun - 25 September 2017

Tempat : Beijing, Republik Rakyat China (RPC)

Kursus ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program Human Resource Development

Cooperation Program in the Framework of China’s Foreign Aid tajaan Ministry of Commerce,

People’s Republic of China. Kursus ini telah diadakan di Beijing Traditional Chinese Medicine

Research Institute dan Beijing Hospital of Traditional Chinese Medicine.

Objektif utama kursus tersebut adalah memberi pengenalan asas kepada perubatan

tradisional Cina (PTC) kepada negara-negara membangun. Seramai 57 peserta dari 22

buah negara telah menjalani kursus tersebut dengan jayanya. Seramai 5 orang peserta dari

Malaysia telah menyertai kursus tersebut terdiri daripada dua orang pegawai BPTK iaitu

Dr. Sharifah Firyelhana Syed Abdul Rahman dan Dr. Siti Norhidayah Md Almi serta tiga

pegawai farmasi daripada Pejabat Cawangan PT&K Zon Timur, Institut Kanser Negara dan

Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kursus tersebut disampaikan dalam bentuk kelas teori dan sesi latihan sangkutan di

hospital (klinik pesakit luar terpilih sahaja).Medium Bahasa Inggeris telah digunakan

dalam kelas teori di mana terdapat seorang penterjemah yang bertanggungjawab untuk

menterjemah ceramah yang diberikan dalam bahasa Mandarin oleh semua penceramah

jemputan.

Page 70: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 69

Pihak penganjur juga telah membawa para peserta melawat beberapa hospital Perubatan

Tradisional Cina (PTC) yang lain seperti Hospital PTC Yangqing dan Hospital PTC Suzhou.

Secara kesimpulannya, pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi daripada kursus ini

banyak memberi faedah dan manfaat dalam membantu BPTK memperkembangkan bidang

amalan PT&K di Malaysia.

Peserta kursus bergambar bersama Prof. Hong dan Cik Pei (penterjemah)

Sesi demonstrasi urutan (tuina) di Klinik Pesakit Luar Tuina

Majlis penutup bersama Pengarah Beijing Traditional Chinese Medicine Research Institute dan Beijing Hospital of Traditional Chinese Medicine

Page 71: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 70

The Second WHO Interregional Training Workshop on Quality of Traditional and

Complementary Medicine Services, Macao SAR, China

Tarikh : 7 - 9 Julai 2017

Tempat : Hotel Royal, Estrada Da Vitoria 2-4, Macao

Bengkel ini telah disertai oleh wakil-wakil daripada 18 buah anggota World Health

Organisation (WHO) termasuk Bhutan, Chile, China, China – Hong Kong SAR, China – Macao

SAR, Democratic Republic of the Congo, Japan, Malaysia, Mongolia, Morocco, Mozambique,

Myanmar, Pakistan, Peru, Portugal, Republic of Korea, Saudi Arabia, Sri Lanka, Thailand,

dan Turki. BPTK telah menghantar seorang pegawai bagi mewakili negara Malaysia.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan

dan kepakaran pihak berkuasa kesihatan nasional dalam PT&K serta menggalakkan

perkongsian pengalaman dan maklumat di antara negara-negara anggota WHO. Para

peserta telah diperkenalkan dengan persepsi WHO dalam bidang PT&K, termasuk strategi

umum, dengan penekanan kepada kualiti perkhidmatan PT&K. Para peserta juga dapat

memahami halangan-halangan yang terpaksa dihadapi oleh setiap anggota negara yang

lain dan berpeluang untuk mencari penyelesaian masalah dengan menggunakan strategi

yang telah dipelajari menerusi sesi latihan yang telah dijalankan.

Peserta The Second WHO Interregional Training Workshop on Quality of Traditional and Complementary Medicine Services, Macao SAR, China

Page 72: LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/LT2017_BM.pdf · Mohd Faizal Bin Zaini Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Pn. Catherine

LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 71

Para peserta telah melawat ke Pusat Kesihatan Centro De Saύde Da Areia Preta yang menawarkan perkhidmatan perubatan tradisional Cina.