laporan projek makmal komputer
TRANSCRIPT
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
1/19
LAPORAN PROJEK KECERIAAN DAN PEMURNIAN MAKMAL KOMPUTER
NAMA PELAJAR : Azyan Munirah Binti Ismail
PROGRAM : PISMP SN/PJ/BI Ambilan Januari 2010
NAMA SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan Chembong, Rembau
NAMA PROJEK / AKTIVITI : Projek Keceriaan dan Pemurniaan Makmal
Komputer Sekolah Kebangsaan Chembong
TEMPOH PELAKSANAAN :15 Julai hingga 26 Julai 2013 (2 minggu)
1.0 OBJEKTIF
1.1 Memberi keselesaan dan suasana yang kondusif kepada guru-guru dan
murid-murid sewaktu menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.2 Memberi keselesaan dan suasana yang kondusif kepada guru, kakitangan
dan pelawat dalam menjalankan mesyuarat, taklimat dan perbincangan.
2.0 STRATEGI PELAKSANAAN
2.1 Pendahuluan
Makmal Komputer yang terletak berhampiran dengan bangunan Blok A
sekolah merupakan bilik yang digunakan untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berasaskan komputer serta untuk menjalankan
semua mesyuarat dan perbincangan antara guru-guru dan pihak
pengurusan sekolah. Seiring dengan zaman teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) yang semakin berkembang pesat, murid-murid dan paraguru didedahkan dengan penggunaan komputer dan akses internet.
Makmal komputer adalah tempat yang sering dikunjungi untuk
menggunakan kemudahan komputer dan akses internet.
Bilik Komputer ini juga merupakan bilik yang digunakan untuk
menerima tetamu serta mengadakan perbincangan antara pihak sekolah
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
2/19
dan pihak luar. Keadaan bilik ini agak kurang memuaskan dan
memerlukan pembaharuan dari segi keceriaan untuk mewujudkan
suasana yang lebih ceria dan harmoni bagi keselesaan para murid, guru,
kakitangan serta tetamu sekolah.
Pada dasarnya, projek ini memakan masa selama seminggu.
Namun, rentetan daripada kekangan masa, kekurangan bahan dan alat,
maka, projek ini telah dilanjutkan kepada tempoh 2 minggu. Projek ini
telah dipersetujui untuk dilaksanakan dalam kumpulan berempat iaitu
yang terdiri daripada 2 orang guru pelatih Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran) dan 2 orang guru pelatih Sains. Hal ini adalah bertujuan
bagi memudahkan pembahagian tugas serta untuk menjadikan ia
sebagai satu projek yang berfokus dan lebih bertumpu.
2.2 Fasa sebelum
Semasa Praktikum Fasa 3 yang dijalankan selama 3 bulan, kami telah
didatangi oleh oleh guru yang bertanggungjawab ke atas Makmal Bestari
iaitu Cikgu Muhd Walial Ashikin Abd Halimyang telah memberi petunjuk
untuk kami membantu beliau secara tidak langsung dalam menceriakanmakmal tersebut. Namun, akibat kekangan masa dan tenaga telah
membuatkan kami terpaksa menolak secara baik.
Kemudian, semasa Program Internship bermula, iaitu pada 1hb
Julai 2013, kami tercari-cari projek untuk dilaksanakan. Dalam
perbincangan bersama pentadbir sekolah, kami teringat bahawa Makmal
Bestari memerlukan perubahan secara fizikal seperti yang telah
diceritakan oleh Cikgu Wali. Maka, seperti orang mengantuk disorongkanbantal, kami telah mencadangkan projek ini kepada pihak sekolah.
Mujurlah, pihak pentadbir bersetuju dan meminta kami meneruskan
perbincangan bersama dengan Cikgu Wali.
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
3/19
Pada hari yang sama juga, kami berempat telah turun ke Makmal
Bestari untuk membuat sedikit perbincangan bersama Cikgu Wali.
Mukanya tampak begitu girang dan menerima kehadiran kami dengan
tangan terbuka apabila kami memberitahu hasrat kami untuk
melaksanakan projek di makmal itu.
Satu perbincangan yag serius dilakukan. Kami berempat telah
mengelilingi kawasan di sekitar makmal tersebut dan membuat
pemerhatian mengenai apa yang boleh dibantu dan apa yang tidak.
Secara kasarnya, susun atur di Makmal Bestari sangat padat gara-gara
berkongsi kawasan dengan Bilik Mesyuarat sekolah itu. Komputer-
komputer yang rosak tidak boleh dilunaskan begitu sahaja. Akibatnya,
semua komputer itu diletakkan di tepi-tepi dinding makmal.
Cikgu Wali pula telah mencadangkan untuk menukar alas meja
mesyuarat, mengecat dinding dalam makmal dan menghasilkan mural di
luar makmal. Kami pula telah mencadangkan untuk menambah perkataan
di bahagian dinding, melakukan proses penyusunan semula komputer
terpakai, pembersihan dan penggubahan semula bunga di dalam makmal
itu. Cadangan ini telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan CikguWali telah membuat senarai pendek perihal bahan dan alatan meminta
peruntukkan daripada Guru Penolong Kanan HEM sekolah.
Seterusnya, kami telah menyediakan kertas kerja untuk
membolehkan pengeluaran bahan dan alat agar boleh diluluskan oleh
pihak pentadbir. Sejurus selepas kertas kerja siap dilakukan, kami telah
membawanya kepada Guru Besar sekolah untuk disahkan. Alhamdulillah,
setelah meneliti kertas kerja kami, Guru Besar telah mengesahkannya.
Apa yang perlu kami tunggu pada ketika ini ialah bahan dan alat
daripada pihak pentadbir kerana mereka yang bertanggungjawab untuk
membeli alatan dan bahan tersebut.
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
4/19
2.3 Fasa semasa
Bahan dan alat yang pertama sampai ialah tikar getah, alas meja jernih
dan dawai kokot untuk stapler gun. Dalam memulakan proses pemurnian
kawasan, maka kami telah bergerak secara berpasangan. Sekiranya
masing-masing mempunyai waktu terluang, maka, tidak perlu menunggu
pasangan lain untuk memulakan projek. Pada hari pertama memulakan
projek ini iaitu pada 15hb Julai, guru pelatih dari unit Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) iaitu Afifah dan Noraniza telah mencabut skirting
dan alas meja lama yang terdapat pada meja mesyuarat. Mereka telah
dibantu oleh seorang technician di Makmal Bestari iaitu Encik Izwan untuk
mengeluarkan dawai kokot yang melekat kuat di meja mesyuarat.
Hasilnya, pada hari itu mereka hanya mampu mengeluarkan alas meja
jernih sahaja.
Hari seterusnya disambung oleh saya dan Fatim di mana kami
telah membersihkan kawasan di tengah-tengah meja bulat dan
menyambung membuka tikar getah pada meja. Kami juga turut dibantu
oleh technician terbabit dalam hal-hal membuka tikar itu.
Bagi bahagian dinding, seperti yang telah dijanjikan, kami telah
menambah perkataan baharu di sana iaitu DATANG BERMATLAMAT,
PULANG BERMAKLUMAT. Perkataan ini dipilih seiring dengan konsep
ICT yang sangat dititikberatkan pada masa kini. Perkataan ini dibina
menggunakan softboard berwarna merah jambu dan kuning. Ia dilukis
mengikut bentuk huruf dan kemudian dipotong menggunakan polystyrene
cutter. Ia sememangnya memerlukan ketelitian dan kesungguhan dalam
melakukannya. Proses membina huruf ini dijalankan pada waktusenggang. Namun begitu, hasrat untuk mengecat dinding Makmal Bestari
tidak kesampaian kerana tiada peruntukan cat di samping kekangan masa
untuk mengosongkan bilik tersebut. Lebih-lebih lagi bilik ini sentiasa
digunakan oleh guru mahupun murid sekolah ini sendiri.
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
5/19
Pada minggu yang sama juga, kami telah menjalankan kerja-kerja
pemasangan tikar getah yang baharu. Segulung tikar getah dengan
panjang 5 kaki diletakkan di atas meja. Meja mesyuarat perlu dirapatkan
terlebih dahulu. Kemudian, meja yang lurus digolekkan dengan tikar getah
dan proses pemotongan berlaku. Bagi meja yang berlengkung, kami
mengambil sampel terdahulu dan menekapnya kembali. Huruf yang
dipotong itu juga telah ditampal pada waktu ini. Secara keseluruhannya,
proses ini mengambil masa selama 4 jam. Kami pulang pada jam 6
petang pada hari terbabit.
Pada minggu berikutnya, bunga yang telah dibawa pulang untuk
direndam di dalam air dan dikeringkan telah digubah semula mengikut
sampel gambar yang telah diambil. Selesai menggubah, barulah kerja-
kerja menampal alas jernih pada meja mesyuarat dilakukan. Proses yang
sama seperti menukar tikar getah diulang semula ke atas alas jernih. Bagi
proses pelekatan menggunakan stapler gun, ia telah memakan masa
yang agak lama. Dengan kuantitinya yang sedikit dan kekangan tenaga,
maka proses menjadi perlahan. Plastik jernih tersebut perlu ditarik tegang
sebelum dilekatkan supaya dapat memberi kesan yang berkualiti. Untuk
itu, dua orang perlu bekerja bersama-sama dalam usaha melekatkan
plastik ini.
Pada hari Selasa, makmal ditutup untuk memudahkan kerja-kerja
kami. Dua orang guru pelatih Pendidikan Khas telah bergerak untuk
melukis mural di luar makmal manakala kami guru pelatih Sains
mengambil tugas untuk pemasangan skirting. Kami lebih memfokuskan
untuk menampal skirting pada meja mesyuarat sebagai sentuhan terakhir.
Skirting tidak dapat diganti dengan yang baharu kerana ia bakal
mengambil masa yang lama untuk mengukur, menempah dan
menjahitnya. Sehubungan dengan itu, solusi yang terbaik adalah dengan
menukar ganti posisi skirting di mana bahagian skirting yang koyak
ditampal di bahagian dalam meja manakala yang masih elok ditampal di
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
6/19
keliling meja. Hal ini bagi mengelakkan daripada koyakan pada skirting
menjadi lebih teruk.
Untuk proses melukis mural, mereka telah menggunakan
kemudahan teknologi seperti komputer riba, extension, dan projector
untuk memancarkan imej frog vle dan perkataan 1 BestariNet. Apabila
imej telah pegun pada posisi yang diinginkan, maka mereka telah melukis
menggunakan pensil. Proses melukis hanya memakan masa yang
singkat. Kemudian, barulah proses mewarnakan dinding bermula. Proses
ini melibatkan keempat-empat guru pelatih. Warna-warna pelaka yang
digunakan terdiri daripada warna hitam dan warna-warna bendera
Malaysia seperti merah, kuning, biru dan putih. Terdapat sesetengah
permukaan dinding tidak telus warna. Maka, kami perlu mewarna secara
double-layer apabila cat lapisan pertama sudah mengering.
Semasa mewarna, technician dan Cikgu Wali juga turut sama-
sama turun padang untuk membantu. Proses yang terakhir pada mural
adalah dengan menulis terus alamat laman web tersebut. Di sini,
berlakunya sedikit kesilapan di mana terdapat ejaan dan beberapa huruf
yang telah diwarnakan dengan pelaka kuning ditinggalkan secara tidaksengaja. Oleh itu, keseluruhan alamat itu ditindan semula dengan warna
hitam. Apabila pelaka hitam kering, barulah alamat laman web ditulis
dengan teknik free-hand menggunakan pelaka putih. Hasilnya lebih
memuaskan berbanding sebelumnya.
Proses yang terakhir adalah menukar alas meja guru dengan tikar
getah dan alas jernih yang sama dengan meja mesyuarat. Aktiviti ini
sebenarnya tidak termasuk dalam perancangan namun kami sudi untukmembantu Cikgu Wali untuk menyempurnakannya. Masih terdapat
kesulitan dalam membalut meja guru kerana ia menggunakan paku
payung dan bukannya stapler gun. Oleh itu, kami perlu menunggu
sehingga Cikgu Wali menyediakan bahan tersebut. Sementara itu,
pemotongan tikar getah dan alas jernih sudah diselesaikan. Akan tetapi,
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
7/19
keadaan bertambah sulit apabila meja tersebut kurang stabil. Ia telah
memanjangkan lagi masa kerja kami. Dengan bantuan technician, kami
berjaya menyiapkan keseluruhannya pada hari Khamis.
2.4 Fasa selepas
Selesai kami menyiapkan tugasan menukar alas meja mesyuarat dan
mengecat mural, kerja-kerja pembersihan dijalankan. Bahagian dalam
makmal disapu dan dibersihkan habuk-habuk yang terdapat pada
komputer-komputer tersebut. Tugas pembersihan ini dilakukan bersama-
sama oleh kami berempat dan kerjasama yang terjalin memudahkan lagi
tugasan yang telah dibahagikan ini. Pembersihan kawasan yang terlibat
turut dijalankan bagi memastikan bilik tersebut lebih bersih dan kelihatan
tersusun berbeza dari keadaan yang sebelumnya. Sapuan pada lantai
dan celah-celah komputer serta barang-barang yang terdapat di dalam
makmal tersebut dicuci termasuklah bunga yang dijadikan perhiasan
tersebut digubah kembali oleh kami setelah dicuci.
Bagi mural di dinding, cat pelaka dan berus lukisan yang digunakan
telah kami pastikan ditutup rapat supaya cat pelaka tersebut tidak rosakdan boleh digunakan pada masa hadapan. Berus lukisan juga dipastikan
dibersihkan dengan merendam berus di dalam air supaya berus tidak
menjadi keras dan rosak.
Proses yang selanjutnya apabila selesai projek ini ialah menulis
laporan. Laporan ini merangkumi tentang fasa sebelum fasa semasa, fasa
selepas, cadangan penambahbaikan serta refleksi terhadap projek yang
kami laksanakan. Proses menaip laporan ini juga memerlukan kesamaandan luahan pemikiran kami terhadap projek yang telah berjaya kami
lakukan bersama-sama. Laporan ini perlu diserahkan kepada pihak
sekolah untuk dinilai kembali proses pelaksanaan projek kami serta
penambahbaikan yang menunjukkan kami telah melalui dan melakukan
projek menghias Makmal Bestari ini.
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
8/19
3.0 REFLEKSI
Setiap perkara yang dirancangkan tidak semestinya berjalan mengikut
perancangan dan seperti yang diharapkan. Sama seperti projek ini juga, terdapat
kekuatan dan kelemahan tersendiri. Keterujaan melaksanakan projek ini dan
perancangan kami dirancang sebelum memulakannya lagi namun begitu ada
kekangan yang membuatkan projek kami ini tidak seperti diharapkan. Berikut
merupakan isi dan penerangan sepenuhnya tentang kekuatan dan kelemahan
projek menghias Makmal Bestari ini.
3.1 Kekuatan projek / aktiviti
Hasrat kami untuk melaksanakan projek ini membuatkan kami berbincang
dengan penyelia Makmal Bestari sendiri iaitu Cikgu Muhd Walial Ashikin
Abd Halim al Ashikin dan technician, Encik Izwan. Perbincangan ini
memakan masa selama sejam di mana kami merancang perkara yang
perlu dilakukan iaitu menukar alas meja, menghias kembali makmal,
membuat mural serta kerja pembersihan makmal. Ternyata Cikgu Muhd
Walial Ashikin Abd Halim al Ashikin sangat membantu kami
mempermudahkan perancangan kerana sikapnya yang begitu terbuka
menerima pendapat kami dan saling bertukar pendapat bagi
menghasilkan projek yang terbaik dan berjalan lancar.
Sikap ini seharusnya menjadi contoh kepada guru yang lain di
mana pandangan guru pelatih juga harus diambil kira bagi menyenangkan
kami menyudahkan projek dengan baik. Pujian diberikan kepada kepada
keduanya termasuk technician, Encik Izwan yang tidak lokek memberikan
ilmu kepada kami. Semasa membuka alas meja makmal, kami
menggunakan pisau. Ia agak merbahaya dan berisiko, Encik Izwan yang
melihat kami seolah-olah terkial untuk melakunya, menghulurkan bantuan
dengan menyediakan peralatan khas yang digunakan untuk membuka
dakwat kokot tersebut. Beliau juga turut membantu kami melakukan
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
9/19
pekerjaan tersebut yang menjadikan ia lebih pantas dan cepat
diselesaikan. Harus diakui tanpa beliau, mungkin masa yang digunakan
lebih banyak dan terbuang sekadar untuk perkara tersebut.
Selain itu juga, ilmu baru yang kami peroleh iaitu melakukan
pancaran menggunakan LCD ketika melakukan lukisan mural di dinding
bersempena dengan web khas yang diwujudkan bagi membantu guru
melakukan kerja penilaian dan pemantauan murid yang diberi nama
FROG VLE. Kami diminta oleh Cikgu Muhd Walial Ashikin Abd Halim
untuk melukis gambar katak dan menulis laman web tersebut pada
dinding hadapan makmal komputer tersebut. Ia sungguh berkesan dan
kami dapat melukis kembali sama seperti yang dikehendaki mengikut
gambaran yang diberi. Melalui aktiviti ini, kami menimba ilmu dan
pengalaman yang sebelum ini melukis hanya menggunakan tangan
dengan merujuk pada lukisan namun kali ini kami hanya menyalin lukisan
tersebut dengan mengikut pancaran LCD tersebut. Urusan mural kami
dipermudahkan dan ternyata ia memberi impak kepada makmal komputer
tersebut. Pemandangan menjadi lebih indah dan lebih terisi dengan
adanya mural tersebut. Malah guru besar Sekolah Kebangsaan
Chembong turut berbesar hati melihat dan memberikan pandangan wajar
terhadap hasil yang telah kami lakukan.
Selain dari itu juga, bantuan turut diberikan oleh Cikgu Muhd
Walial Ashikin Abd Halim dan Encik Izwan juga di mana mereka banyak
menghulurkan bantuan dari segi tenaga contohnya membantu kami
mengecat mural, memperbetulkan tampalan ayat di dalam makmal, serta
mengangkat computer-komputer yang tidak digunakan lagi. Kerja
pembersihan ini memakan masa yang lama sekiranya tiada bantuan
dihulurkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka kerana
menjadikan projek ini dapat juga dilaksanakan dalam tempoh waktu yang
ada kerana sikap rajin membantu dan bertoleransi dalam tugasan.
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
10/19
Selain itu juga, kekuatan ini juga kerana kerjasama antara kami
berempat yang sentiasa bertungkus lumus dan sanggup pulang dari
sekolah pada jam 5 petang semata-mata untuk menyelesaikan tugasan
tersebut. Kepenatan sementelah lagi pada bulan Ramadhan ini tidak
menghalang kami untuk bekerjasama menghasilkan yang terbaik dan
melakukannya bersama-sama. Kesanggupan kami untuk pulang lewat
adalah bukti bahawa kami bersungguh-sungguh ingin menyelesaikan dan
melakukan yang terbaik bagi projek ini. Projek ini merupakan hasil
perbincangan kami berempat dan masing-masing menyatakan kata
sepakat untuk membuat projek menghias Makmal Bestari Sekolah
Kebangsaan Chembong. Hasil kesepakatan dan luahan idea kami, maka
terhasillah projek ini. Sumbangan masa dan tenaga yang diberi ternyata
memberi impak di samping mempermudahkan urusan yang lain.
Sokongan penuh dari warga Sekolah Chembong terutamanya
pihak pentadbir sendiri dan penyelia Makmal Bestari, Cikgu Muhd Walial
Ashikin Abd Halim merupakan tonggak utama kekuatan dalam
pelaksanaan projek ini kerana tanpa mereka, mungkin projek ini tidak
akan terlaksana seperti yang diinginkan.
3.2 Kelemahan projek / aktiviti
Dalam melakukan perancangan projek, masih ada juga kelemahan yang
terdapat dan kekangan yang dihadapi kami. Antara kelemahan yang kami
hadapi ialah kekangan dari segi masa. Dalam masa seminggu, kami tidak
mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan kesemua aktiviti
seperti yang diminta oleh Cikgu Muhd Walial Ashikin Abd Halim . Aktiviti
yang dirancang ialah mengecat dinding makmal komputer.Memandangkan peruntukan masa hanya dua minggu, dan kami juga
mempunyai tugasan lain maka ia tidak dapat dijalankan atas faktor
kekangan masa.
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
11/19
Selain itu juga, antara kelemahan lain yang dihadapi oleh kami
ialah kerana kelewatan mendapat bahan yang diperlukan bagi melakukan
aktiviti menukar alas meja mesyuarat. Dari segi faktor kelewatan itulah,
kami terpaksa menunda projek ini slama tiga hari bagi menunggu ketibaan
bahan yang telah dipesan oleh kami seperti alas meja dan pembalut meja
serta polistrin tersebut. Maka masa yang sememangnya suntuk
menyukarkan kami untuk melaksanakan projek dengan lancar dan
mengikut jadual pelaksanaan seperti yang telah ditetapkan.
Selain itu juga, keluasan meja mesyuarat yang besar juga di
samping kedudukan meja yang rapat agak menyukarkan kami untuk
melakukan tugasan menukar alas meja yang baru. Ini kerana ia
melibatkan proses mencabut dawai kokot yang lama pada alas meja
tersebut dan kerja memasang kembali mengambil masa yang lama. Alas
meja juga dipasang tidak begitu sempurna kerana banyak gelembung
udara terhasil akibat gulungan alas meja getah tersebut. Kami terpaksa
menarik dan menggunakan tenaga yang lebih bagi menarik alas meja
tersebut supaya tidak kelihatan ketara gelembung udara yang terhasil.
Perkataan polistrin yang ditampal pada dinding makmal jugaterpaksa dibuka kembali kerana tidak selaras. Hal ini menyebabkan kerja
menjadi berganda kerana dibuat sebanyak dua kali. Seharusnya kami
menggunakan alternatif lain bagi meluruskan kedudukan perkataan
tersebut supaya tiada kesilapan dan pelaksanaan projek ini dapat berjalan
seperti dalam perancangan. Namun begitu, tiada yang sempurna dan
kami akui kelemahan ini banyak memberi pengalaman kepada kami dan
dapat dijadikan teladan pada masa hadapan.
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi mengatasi kelemahan yang berlaku, terdapat beberapa cadangan
penambahbaikan yang kami kira sebagai timbal balik bagi projek ini. Setelah
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
12/19
dinilai kembali terdapat beberapa kelemahan yang dapat diatasi sekiranya
langkah penambahbaikan diambil.
Antaranya ialah, dari segi kelewatan bahan. Masalah ini boleh diatasi
dengan memesan bahan lebih awal dari minggu pelaksanaan yang sepatutnya.
Hal yang dimaksudkan ialah setelah selesai perbincangan dengan Cikgu Muhd
Walial Ashikin Abd Halim , bahan yang dibincangkan tersebut terus dipesan dan
seterusnya boleh digunakan tanpa perlu menunggu lebih lama.
Seterusnya dari segi kekangan masa, kelemahan itu juga merupakan
masalah yang datang dari segi pengurusan masa. Namun begitu, kami juga
mempunyai tugasan dan projek lain yang perlu dilaksanakan. Kelemahan
tersebut tidak dapat diatasi dan sememangnya hanya seminggu sahaja
diperuntukan bagi setiap projek yang kami laksanakan. Justeru itu, proses
pengecatan kembali makmal tidak dapat dijalankan kerana ia mengambil masa
yang lama untuk dilaksanakan. Penyesuaian aktiviti perlu mengambil kira masa
yang diperuntukan dan ternyata aktiviti ini lebih daripada seminggu sekiranya
dilaksanakan sementelah bulan Ramadhan dan kami juga melaksanakan projek
yang lain dalam masa yang sama iaitu kajian tindakan.
Di samping itu juga, kelemahan dari segi kekemasan pemasangan alas
meja mesyuarat dapat diatasi sekiranya kami terlebih dahulu membiarkan
gulungan alas meja getah tersebut dibuka dan diluruskan terlebih dahulu.
Kekemasan alas meja ini juga memerlukan penelitian yang khusus selain
daripada memastikan ia kelihatan sama semuanya. Kelemahan ini diharapkan
dapat menjadi pedoman kepada kami pada masa akan datang sekiranya diberi
peluang lagi untuk melakukan tugasan seperti ini. Melalui penerangan Encik
Izwan juga, seharusnya kami menarik alas meja tersebut dengan lebih kuatsupaya gelembung udara tersebut tidak kelihatan terlalu ketara.
Seterusnya penambahbaikan dari segi kedudukan polistrin yang tidak
selaras sehingga terpaksa dilakukan kerja pembaikan. Hal ini sememangnya
mendukacitakan kami walaupaun tampalan tersebut diberi arahan dan tunjuk
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
13/19
arah kedudukan melalui pemerhatian mata. Namun begitu terdapat cara yang
lebih baik perlu dilakukan bagi memastikan tiada kesilapan dan keselarasan
kedudukan perkataan yang disusun lebih kemas dan teratur. Cara yang boleh
dilakukan ialah meletakan benang atau tali pada dinding tersebut dengan lurus.
Hal ini sangat membantu kami apabila dilakukan pada kali kedua. Tali tersebut
dijadikan penanda aras bagi setiap huruf yang dilekatkan pada dinding dan ia
tidak memerlukan pemerhatian mata dari jauh untuk menentukan arah dan
keselarasan huruf tersebut. Seharusnya perkara ini dilakukan pada awal dan
dilaksanakan dengan lebih teliti. Begitu pun, kami memperoleh ilmu yang baru
dan boleh digunakan apabila melakukan tampalan pada dinding yang besar
bahawa kami memerlukan penanda yang lebih tepat dan kemas.
5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan pengalaman kami melakukan projek menghias Makmal komputer
ini, dapat kami simpulkan bahawa masih banyak perkara yang perlu kami pelajari
khususnya apabila melaksanakan sesuatu projek. Perancangan itu perlu dan
pelaksanaan merupakan tanda aras kejayaan sesuatu projek itu berlaku.
Kerjasama dan kata sepakat juga perlu dicapai bagi menghasilkan mutu
kerja yang lebih baik. Projek ini berjaya dilaksanakan atas hasil kerjasama kami
berempat dan juga bantuan dari guru-guru Sekolah Kebangsaan Chembong.
Pihak pentadbiran yang memberi peruntukan kepada kami dengan mudah dan
membantu proses pelaksanaan menjadi mudah serta sumbangan tenaga pihak
lain juga banyak membantu mempermudahkan projek kami dan dapat dijalankan
dalam tempoh yang diberi sebelum berakhirnya tarikh internshipkami.
Dalam melaksanakan projek ini, banyak perkara dapat kami lihat dan
terokai bersama. Sebagai contoh, kerjasama antara banyak pihak di mana ia
sangat membantu kami. Tanpa kerjasama tersebut, tidak mungkin projek ini
terlaksana. Seterusnya kecekapan melakukan tugasan, ilmu mencabut dawai
kokot dengan cara yang betul, penggunaan LCD untuk membuat mural dan juga
cara memasang alas meja dengan betul. Memandangkan kami berempat adalah
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
14/19
perempuan, harus diakui bahawa kekurangan ilmu pertukangan seperti ini
menyebabkan kerja kami berjalan perlahan. Namun atas tunjuk ajar yang diberi,
alhamdulillah kami berjaya melakukannya dengan baik dan pantas.
Kepenatan yang dialami terasa berbaloi melihat hasil projek kami berjaya
diselesaikan juga akhirnya. Apatah lagi, mural kami di hadapan bilik Makmal
Komputer tersebut ditonton bukan sahaja oleh warga Sekolah Kebangsaan
Chembong malahan para ibu bapa yang mengambil anak-anak mereka pulang
dari sekolah. Mural kami mendapat perhatian dan persoalan tentang perkara
yang kami lakukan terhadap sekolah. Sekurang-kurangnya, sumbangan kami
terhadap sekolah dipandang dan dihargai seterusnya menjadi tanda kenangan
kami di sana. Kami berharap agar segala pengalaman dan ilmu yang kami
perolehi ini berguna pada masa yang akan datang dan dapat diaplikasikan
apabila kami mula berkhidmat sebagai guru sebenar tidak lama lagi. Semoga
usaha kami terhadap sekolah tersebut dimanfaatkan oleh warga Sekolah
Kebangsaan Chembong.
Disediakan oleh,
(Azyan Munirah Binti Ismail)
Guru Pelatih IPG Kampus Raja Melewar
Disahkan oleh,
(Tn. Hj. Ismail Bin Hj. Pilus)
Guru Besar SK Chembong
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
15/19
LAMPIRAN
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
16/19
Foto 1 : Proses membuka alas jernih Foto 2 : Proses membuka skirting
Foto 3: Membuk a tikar getah yang d ibel i Foto 4 : Mengukur tikar getah di mejamesyuarat
Foto 5 : Proses m enampal t ikar getah Foto 6 : Proses menguku r tikar untukbahagian melengku ng meja
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
17/19
Foto 7 : Proses m enampal perkataan
DATANG BERMATLAMAT, PULANGBERMAKLUMAT
Foto 8 : Bunga sebelum dibersihk an
Foto 9 : Membentangk an alas jernih Foto 10 : Keadaan meja setelah siap
ditampal dengan alas jernih
Foto 11 : Bunga yang telah dibersihkan dan
digubah semuka Foto 12 : Kemu dahan teknolo gi yangdigunakan u ntuk mu ra l
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
18/19
Foto 13 : Melukis bentuk imej yang
dipancarFoto 14 : Proses mewarna
Foto 15 : Turut dibantu oleh technician Foto 16 : Mewarnakan tul isan keci l
Foto 17 : Mewarnakan imej frog Foto 18 : Mural yang siap hamp ir 80%
-
5/25/2018 Laporan Projek Makmal Komputer
19/19
Foto 19 : Guru p elat ih bersama mural Foto 20 : Proses memasang skirting
Foto 21 : Mural yang telah dip erbaik i dan
siap Foto 22 : Membersihkan kawasan