laporan program health-preneur...
TRANSCRIPT
LAPORAN PROGRAM HEALTH-PRENEUR 2017
Tarikh : 17 – 28 September 2017
Tempat : Foyer Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) dan Bilik
Seminar 1 FPTP
Semua ahli Kelab Pengeluaran dan Operasi (PROPC) telah berjaya melibatkan diri
dalam program Heath-Preneur 2017 termasuk pensyarah penasihat kelab iaitu Dr. Fadillah
binti Ismail. Program ini dimulakan dengan majlis perasmian yang diadakan di foyer FPTP
pada 17 september 2017 pada jam 8.30 pagi. Program ini dimulakan dengan bacaan doa
oleh saudara Mohammad AFiq Afdal bin Johani selepas bacaan giliran penasihat kelab
untuk memberi ucapan dan akhir sekali ucapan dan perasmian oleh ketua jabatan JPPO Dr.
Nor Aziati binti Abdul Hamid. Gimik perasmian dilakukan selepas perasmian oleh ketua
jabatan JPPO dengan menarik riben bunting program. Majlis bersurai jam 9.30 pagi.
Pada 18 september 2017, hari pertama pembukaan jualan buku terpakai (preloved).
Sambutan pada hari pertama amat baik kerana terdapat ramai pelajar yang datang melihat
buku-buku tersebut dan ada yang membeli buku yang diperlukan. Antara buku yang dijual
adalah buku subjek universiti seperti Pengajian Islam, Kenegaraan, Hubungan Etinik dan
lain-lain. Terdapat juga buku-buku subjek fakulti seperti Forecasting, Project Management,
Research Methodology dan lain-lain serta novel. Antara buku yang banyak dibeli oleh
pelajar adalah buku Ekonomi, Hubungan Etnik, dan Pengajian Islam. Jualan ini berterusan
dari 18 september 2017 sehinggan 28 september 2017.
Pada 19 september 2017, berlangsung program Al-Ikhsan Entrepreneur Talk yang
bertempat di bilik seminar 1 FPTP. Program ini berjalan pada jam 10 pagi dan tamat pada
jam 12 tengah hari. Kira-kira 80 orang pelajar yang hadir untuk sesi perkongsian ilmu ini.
Selain itu, program ini turut disertai oleh penasihat kelab Prop-C dan ketua jabatan JPPO.
Perkongsian ini disampaikan oleh Corporate social responsibility (CSR) Al-Ikhsan. Dalam
sesi perkongsian ini mereka mengajukan beberapa soalan untuk para peserta program dan
setiap jawapan yang betul akan dihadiakan voucer Al-Ikhsan sebanyak RM50 seramai 8
orang peserta menerima voucer tersebut. Program ini memberi pendedahan tentang rahsia
kejayaan Al-Ikhsan. Selepas program tamat, para VIP diiring ke meja makan untuk menjamu
selera dan para peserta juga turut disediakan makanan. Selepas program ahli Prop-C
bersama-sama mengemas bilik seminar 1 FPTP dan kemudian bersurai.
Program ketiga dalam program Helath-Preneur 2017 adalah program derma
darah.program ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 september 2017
bermula jam 9 pagi. Pada 25 september 2017 derma darah dijalankan oleh Hospital
Sultanah Nora Ismail dan pada 26 september 2017 derma darah diadakan oleh Hospital
Pakar Sultanah Fatimah. Pada hari pertama kami telah menerima lawatan dari Timbalan
Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Dr. Md. Asrul Nasid Bin Masrom dan diiringi oleh ketua
jabatan JPPO ke lokasi program derma darah. Pada hari kedua kami menerima lawatan dari
ketua jabatan JPPO dan penasihat kelab Prop-C. Sambutan yang baik kami terima pada
kedua-dua hari program tersebut.
Ucapan perasmian dari ketua jabatan (JPPO)
Dr. Nor Aziati Binti Abdul Hamid
Gimik perasmian dan bunting program
Sebelum majlis perasmian bersurai
Kunjungan pelajar ke program jualan buku terpakai
Ahli Prop-C bertugas mencatat harga buku
Lawatan dari Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Dr. Md. Asrul Nasid Bin Masrom
Pemeriksaan tekanan darah