laporan pra lawatan ke pusat pemulihan dalam komuniti

Upload: paul-isaac

Post on 12-Oct-2015

93 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

share is caring

TRANSCRIPT

LAPORAN PRA LAWATAN KE PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) TANJUNG BENDAHARA TARIKH : 6 JULAI 2014 HARI : AHAD TEMPAT : NO 186,TAMAN PUTRAJAYA LORONG CERMAI 8/1 JALAN TANJUNG BENDAHARA 05300 ALOR SETAR,KEDAH.Pada hari ini, kami seramai 8 orang pelajar Institut Perguruan Kampus Darulaman kursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran telah mengadakan pra lawatan sambil belajar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Tanjung Bendahara,Taman Putra Jaya,Alor Setar,Kedah. Pra lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal mengenai PDK tersebut sebelum melaksanakan program selama 5 hari di PDK berkenaan setelah selesai fasa praktikum kelak,iaitu pada bulan September. Kami seramai 8 orang guru pelatih telah berkumpul di depan Asrama Perempuan P1 pada jam 8.45 pagi sebelum bertolak ke PDK berkenaan. Sebaik tiba pada jam 9.30 pagi, kami disambut oleh para petugas dan pelatih PDK berkenaan dengan mesra. Walaubagaimanapun, tidak ramai pelatih PDK yang hadir pada waktu itu kerana menurut penyelia PDK tersebut, kebanyakkan pelatih akan tiba sekitar jam 10.00 pagi.Kami kemudiannya diberikan penerangan mengenai latar belakang PDK Tanjung Bendahara oleh penyelia PDK tersebut.Penerangan yang disampaikan meliputi aspek sejarah PDK tersebut,jumlah pelatih dan petugas yang terdapat di PDK dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Petugas PDK ini telah menerangkan serba sedikit mengenai sejarah penubuhan PDK Tanjung Bendahara ini serta beberapa maklumat penting berkaitan PDK tersebut. Kami juga berpeluang untuk mengemukakan soalan bagi mendapatkan kefahaman yang lebih lanjut berkaitan PDK ini. Menurut petugas tersebut, Pusat PDK Tanjung Bendahara ini terdiri daripada 1 unit rumah yang disewa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) bagi tujuan memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU dan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian. Kami turut mengambil peluang untuk berkenalan dengan pelatih pelatih yang terdapat di PDK tersebut. Kami turut bertanya mengenai jens-jenis kecacatan yang ada pada pelatih-pelatih PDK tersebut. Kebanyakkan pelatih PDK ini tinggal di sekitar Alor Setar dan Pendang.Selesai sesi penerangan mengenai PDK dan beramah mesra dengan pelatih, kami dibawa melawat kemudahan di sekitar kawasan PDK tersebut. Kami diberi penerangan mengenai bilik - bilik terapi yang disediakan, antaranya ialah bilik terapi cara kerja, bilik terapi muzik dan kawasan rehat. Di kawasan luar PDK ini pula terdapat kawasan kebun dan tempat penternakan burung puyuh. PDK ini turut mencari sumber dana melalui penjualan telur burung puyuh dan hasil tanaman sayuran. Dalam masa yang sama, petugas turut memberi penerangan mengenai aktiviti pertenakan dan perkebunan tersebut dijalankan. Sekitar jam 11.30 tengah hari, kami telah mengadakan perbincangan mengenai hasil lawatan kami dan kami telah merangka bakal aktiviti yang dijalankan kelak dan menentukan jumlah bajet yang diperlukan. Sebagai Ajk bendahari, saya telah mengemukan anggaran perbelanjaan yang dipelukan. Kami telah bersetuju untuk mengutip sebanyak Rm 30 setiap seorang dan mengutip derma sebagai sumbangan kepada PDK berkenaan.Selepas perbincangan, kami bersiap sedia untuk pulang semula ke institut. Sebelum balik ke institut, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan bersama para petugas PDK Tanjung Bendahara tersebut. Kami juga sempat bersalam-salaman sebelum mengucapkan selamat tinggal.

Disediakan oleh : PAUL ISHAK LASAH AJK BENDAHARI PDK TANJUNG BENDARA