laporan persiapan tempat
DESCRIPTION
educationTRANSCRIPT
Laporan Persiapan Padang, Banner & Publisiti (Hiasan Astaka)
Sebelum:
Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) merupakan salah satu cabang sukan
yang dipertandingkan. Ia melibatkan acara padang dan balapan bagi memenuhi hasrat
dan kehendak Institut Pendidikan Guru di Malaysia khususnya Institut Pendidikan Guru,
Kampus Kent, Tuaran. Sebagai Ajk persiapan tempat, terdapat beberapa tugas-tugas
yang telah diberikan. Antaranya, ialah:
Pensyarah untuk membimbing dalam tugas ini ialah Cik Hafizah Saad dibantu
oleh Pn Norsalawati Abu Bakar, Pn Tan Mee Chin dan Fidelia @ Esther Mathew
Sipaun. Proses sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan, kami telah berhubung dengan
Ajk Peralatan untuk memastikan peralatan yang hendak kami gunakan telah dipinjam
dari stor pusat. Antara peralatannya ialah khemah pegawai teknik, khemah urusetia
rekod, kerusi, meja, sofa, rostrum, kain rentang bunga raya, pasu-pasu bunga, banner
dan tiang-tiang bendera negeri, kejohanan dan rumah-rumah sukan. Sehari sebelum
Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-62 berlangsung, semua urusetia telah bersiap
sedia untuk menghantar barang-barang keperluan persiapan tempat seperti khemah
urussetia dan hiasan khemah vvip (pasu bungga, kain rentang warna-warni, rostroom,
sofa dan banyak lagi). Gerak kerja bermula pukul 11.30am dan berakhir pada pukul
3.00pm.
Semasa:
Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-62 telah berlangsung pada 27hb-28hb
Februari 2015 iaitu pada hari jumaat dan sabtu. Semua persiapan padang telah selesai.
Oleh itu, terdapat beberapa gambar mengenai persiapan padang yang memuaskan
semua pihak dengan warna tema oren.
Rajah 1: Hiasan Rostroom Bertemakan Warna Oren.
Rajah 2: Suasana hiasan khemah vip semasa Kejohanan Olahraga Tahunan
Selepas:
Untuk proses selepas program kejohanan, semua urusetia terlibat untuk
mengemas semula perhiasan-perhiasan yang telah digunakan. Terdapat dua buah lori
disediakan untuk mengangkut kerusi-kerusi, sofa, meja, kotak kain-kain berwarna, pasu
bunga dan lain-lain.
Tidak dilupakan juga, segala kebersihan di Sekolah Sukan tersebut terpelihara
dengan membawa kesemua sampah sarap yang dibuang di tong sampah dibawa ke
IPG Kampus Kent semata-mata bagi menjaga nama baik seorang bakal guru. Hasil
kerjasama tersebut, kerja selesai dari pukul 11.30am ke pukul 1.30pm.
Penambahbaikan:
Untuk kejohanan Olahraga Tahunan yang seterusnya, diharap dapat memilih
kawasan yang lebih strategik dan tidak terlalu panas untuk bersukan. Selain itu juga,
perlu memilih kawasan perasmiaan dan penutup yang lebih selesa digunakan seperti
sebuah astaka yang luas bukan menggunakan khemah biasa.
Tambahan itu, diharap juga pensyarah pembimbing bagi persiapan tempat ini
mengambil serius terhadap apa yang dilakukan oleh guru pelatih dengan turun padang
bersama-sama dengan ajk urusetia yang lain kerana guru pelatih tidak semua
mempunyai bakat atau kemahiran untuk melakukan kerja yang diluar bidang tersebut.