laporan pelaksanaan internship karnival
TRANSCRIPT
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : SIVANESAN A/L BALASUBRAMANIAM
(890820-14-6177)
SANTHIRAMATHY A/P SUBRAMANIAM
(890528-10-5490)
PROGRAM : 8 PISMP PJ/PK/BT AMBILAN JANUARI 2009
NAMA SEKOLAH : S.J.K (T) PERMAS JAYA, JALAN PASIR GUDANG
NAMA PROJEK/AKTIVITI : KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL
TEMPOH PELAKSANAAN : 4HB JULAI 2012 HINGGA 20HB JULAI 2012
OBJEKTIF :-
1) Memperkenalkan pelbagai jenis permainan tradisional kaum-kaum di
Malaysia dan cara permainannya
2) Melahirkan murid-murid yang aktif dalam pelbagai jenis sukan
3) Memberi pengalaman kepada siswa guru dalam mengendalikan sesuatu
kejohanan atau karnival sukan
STARATEGI PELAKSANAAN :-
TARIKH CATATAN
25.06.2012Membuat kertas kerja karnival sukan tradisional.
02.07.2012Mendapat kebenaran guru pemantau dan guru besar untuk
melaksanakan projek.
03.07.2012Menempah hadiah (medal) kepada setiap pemain.
Menyenaraikan peralatan bagi setiap permainan
04.07.2012Membuat perancangan tentang jenis-jenis permainan kecil yang
akan dilangsungkan.
Mencari peralatan yang hendah digunakan.
05.07.2012Mencari sumber maklumat dan peraturan mengenai permainan
tradisional
06.07.2012Mengadakan mesyuarat bagi guru untuk perbincangan tentang
peraturan permainan.
09.07.2012Mula melukis gelanggang bagi setiap permainan tradisional
10.07.2012Mencetak semua informasi mengenai permainan Tradisional
11.07.2012Menyediakan arena perasmian
11.07.2012Membersihkan kawasan persekitaran padang dan pulang balik
peralatan yang telah dipinjam
Refleksi:
1. Kekuatan projek/aktiviti :
a) Projek ini telah menambah pengalaman kami dari segi mengendalikan
satu program karnival sukan tradisional. Kami telah menggunakan cara
yang senang dan jimat kos untuk melaksanakan karnival sukan
tradisional. Cara ini boleh kami gunakan semasa di sekolah kelak.
b) Kami telah belajar menggunakan sumber yang terhad untuk
melaksanakan sesuatu karnival permainan tradisional. Kami telah
menggunakan kelapa, tepung, spray, kayu biasa, batu-bata kecil,
botol-botol kosong, pasir, pelepah dan tin-tin kosong dalam
mengendalikan permainan tradisional.
c) Projek ini telah dapat mengembangkan lagi pengetahuan murid
tentang permainan tradisional yang agak dilupakan oleh generasi
masa kini. Mereka dapat mengingat kembali dan mengetahui
peraturan-peraturan asas dalam permainan tradisional. Mereka juga
turut memahami teknik-teknik yang patut diaplikasikan bagi
memenangi sesuatu permainan.
d) Murid telah melibatkan diri dengan sangat aktif dalam semua
permainan tradisional. Murid dapat bergaul dan bermain dengan murid-
murid daripada tahun lain. Mereka tidak mencari kawan-kawan
masing-masing, malah membentuk satu kumpulan untuk melibatkan
diri dalam sesebuah permainan.
e) Murid mempunyai lebih mod untuk bermain di padang. Hadiah yang
telah disusunkan telah memotivasikan semangat murid untuk bermain.
f) Projek ini telah mengcungkil daya kreativiti murid. Semasa sukan
tradisional sedang dijalankan, terdapat ramai murid yang
menggunakan teknik-teknik lain untuk memenangi dalam sesebuah
pertandingan. Contohnya, murid tahun enam telah menggunakan
teknik nmenyentuh jari di garisan dalam pertandingan kabaddi bagi
mengalahkan kumpulan lawannya.
g) Karnival sukan Tradisional telah menjadi satu asas permulaan bagi
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Permas Jaya kerana setiap hari
pada masa rehat, murid-murid akan diedarkan peralatan bagi
permainan tradisional dan murid-murid dibenarkan bermain 15 minit
setelah merekan bersarapan.
2. Kelemahan projek/aktiviti :
a) Kebanyakkan permainan yang telah dijalankan adalah permainan
outdoor seperti kabaddi, galah panjang, baling tin, bowling kelapa,
konda kondi, ketingting. Permainan indoornya adalah congkak dan
batu seremban. Permainan indoor juga harus ditekankan bagi murid-
murid dapat bermain permainan tersebut semasa hujan ataupun
dirumah.
b) Sebagai restu tuhan, hujan juga turut menganggu aktiviti pada hari
tersebut. Selain daripada permainan batu seremban, congkak dan
kabaddi, permainan lain telah tergendala dalam masa 10 minit kerana
hujan.
c) Masa juga tidak mencukupi . Karnival ini telah dijalankan dalam masa
2 jam, dan murid-murid tidak dapat menikmati permainan tradisional
dengan sempurnanya.
Cadangan Penambahbaikan:
1. Guru telah menyediakan batu seremban dan congkak yang berlebihan
supaya murid tidak menunggu sambil goyang kaki, malah dapat mempelajari
cara bermain batu seremban dan congkak. Ramai murid yang tidak dapat
menguasai kemahiran dalam permainan batu seremban akhirnya dapat
menguasainya dengan cemerlang.
Kesimpulan:
Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang
dulunya sangat dibanggakan. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari karnival
sukan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia,
menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan
budaya zaman berzaman. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri
dan bangsa kita sendiri. Projek ini adalah amat berfaedah kepada kami kerana kami
telah mendapat banyak pengalaman yang berharga melalui projek ini. Kami telah
belajar menggunakan sumber yang terhad untuk membuat perubahan yang paling
banyak. Selain itu, kami juga belajar menggunakan cara yang senang dan jimat kos
untuk mengendalikan sesuatu karnival sukan tradisional. Secara keseluruhannya,
kami telah belajar banyak proses-proses untuk menceriakan sebuah bilik.
Pengalaman-pengalaman ini akan kami ingati dan bawa ke sekolah pada masa
depan.
Majilis pelancaran karnival sukan
tradisional
Murid-murid berbaris mengikut kumpulan
masing-masing.
Upacara doa oleh Pn.KalaiselviUcapan oleh pengerusi program
Majlis perasmian dengan permainan tradisional
uriyaddithal
Acara dimulakan dengan permainan baling kelapa
Permainan bawling kelapa Permainan kabaddi lelaki
Permainan kabaddi Perempuan
Permainan ketingting Perempuan
Permainan baling tin Murid-murid sedang menyusun tin
Permainan Galah panjang Permainan congkak
Permainan batu seremban Permainan konda kondi
Permainan tarik upih bagi guru dan murid sebagai acara
kemuncak
Permainan tarik upih bagi guru dan murid sebagai acara
kemuncak
Majlis pencapaian hadiah kepada pemenang oleh GPK 1
SJKT Permas Jaya
Majlis pencapaian hadiah kepada pemenang oleh SU Koku SJKT Permas Jaya