laporan pelaksanaan hari kokurikulum (pkko)
DESCRIPTION
laporanTRANSCRIPT
LAPORAN PELAKSANAAN HARI KOKURIKULUM
PENDAHULUAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda adalah sebuah sekolah yang terletak di luar Bandar. Latar belakang ekonomi para pelajar lebih tertumpu kepada sektor pertanian .Lokasi sekolah pula agak jauh daripada pusat bandar. Dua keadaan ini sudah cukup menggambarkan para pelajar sekolah ini ketinggalan dalam pelbagai aspek. Menyedari hakikat ini, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda mengadakan Hari Kokurikulum dengan tujuan utama mendedahkan para pelajar dengan pengetahuan awal tentang alam perniagaan. Motto utama aktiviti ini ialah membeli sambil menderma.
Bagi menambahkan kemeriahan program ini beberapa pertandingan antara rumah-rumah sukan telah diadakan seperti pertandingan koir, pertandingan futsal, pertandingan bola jaring dan pertandingan kawat kaki. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini berjalan lancar dan agak meriah.
Gerai-gerai jualan melibatkan semua unit dalam kokurikulum sama ada persatuan, kelab, unit beruniform serta sukan dan permainan. Besar harapan semoga program ini dapat melatih pelajar berniaga, menguruskan perniagaan dan membuat keputusan-keputusan penting terhadap situasi tertentu.
RASIONAL
Perkembangan dunia pendidikan dalam era globalisasi kini semakin pesat dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi sangat besar. Pelajar-pelajar kita bukan sahaja terdedah kepada persaingan untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi tetapi juga di dalam bidang pekerjaan. Pergantungan terhadap sektor awam perlu dikurangkan untuk membantu perkembangan Malaysia di dalam bidang ekonomi terutamanya bidang perniagaan dalam kalangan orang melayu. Implikasi penting ialah pelajar-pelajar lebih berminat untuk bekerja sendiri tanpa mengharapkan pekerjaan di sektor awam. Ramai graduan kita kini menganggur kerana tidak boleh berdikari dan hanya mengharapkan peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. Hanya segelintir sahaja daripada mereka menyahut seruan kerajaan untuk bergelar usahawan. Ramai dalam kalangan mereka ini yang tidak mempunyai ilmu dan pendedahan dalam bidang perniagaan dan tidak kurang pula yang tidak sanggup menanggung risiko. Institusi sekolah perlu bertindak membantu kerajaan dalam merealisasikan hasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan melayu yang boleh mendokong ekonomi negara tercinta.
MATLAMAT
1. Memberi pengetahuan kepada pelajar berkenaan ilmu perniagaan.
2. Melahirkan pelajar-pelajar yang pintar bersosial dan berekonomi.
3. Melahirkan pelajar-pelajar yang komited, kreatif dan berketrampilan.
OBJEKTIF
Program dirancang dengan objektif yang sangat murni iaitu :
1. Para pelajar mendapat pendedahan awal tentang ilmu perniagaan.
2. Para pelajar dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat sesama mereka dan dengan masyarakat setempat .
3. Para pelajar dapat bekerjasama, bertolak ansur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap aktiviti yang telah ditetapkan.
4. Para pelajar dapat memupuk daya kepimpinan dalam diri masing-masing.
5. Para pelajar dapat menonjolkan bakat ,kebolehan dan kreativiti mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan.
ATURCARA HARI KOKURIKULUM SMK KOTA KUALA MUDA 2007
7.30 pagi- Perhimpunan Pagi di Padang Sekolah
7.40 pagi- Nyanyian Lagu Negaraku dan Bacaan Doa
7.50 pagi- Guru Tingkatan mengambil kedatangan kelas masing- masing
8.20 pagi- Nyanyian Lagu Negeri Kedah
8.30 pagi- Pertandingan Kawad Kaki
9.00 pagi- Jualan Gerai Sempena Hari Kokurikulum / Demonstrasi dan pameran daripada JPA
9.30 pagi- Pertandingan Bola Sepak / Bola Jaring
10.30 pagi- Pertandingan Koir anjuran Kelab Kebudayaan dan Kesenian
11.30 pagi- ( Persembahan Silat, Dikir Barat dan Nasyid)
12.30 tgh- Rehat dan Solat
2.30 ptg- Perlawanan Akhir Bola Sepak/ Bola Jaring
4.00 ptg- Murid-murid dan Guru Berkumpul di Dewan Terbuka
Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
5.30 ptg- Bersurai
AHLI JAWATANKUASA HARI KOKURIKULUM 2007
Jawatankuasa Induk
Pengerusi
: Pn.Hjh Che Inson binti Desa ( Pengetua )
Naib Pengerusi I: Pn.Hjh Aminah binti Darus ( PK Kokurikulum )
Naib Pengerusi II: Tn.Hj.Ahmad Nasir bin Jamaludin ( PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi III: Tn.Hj.Zahri bin Zakaria
( PK HEM )
Setiausaha
: Cik Zunita bt Che Pee
Bendahari
: Pn.Hjh Aminah binti Darus
Ahli Jawatankuasa Kerja
BIL
JAWATANKUASAPERINCIAN TUGAS
1.Penyediaan Kupon
Pn.Haniza bt Hussein(K)
Cik Madihah bt Abdul Rahman
Cik Che Hawa bt Razali
Pn.Normaziah bt Shaban
Pn.Azizah Fatimah bt Abd.Majid
- Menyediakan kupon dalam harga RM
1.00, RM 2.00.
- Menyediakan kupon dalam jumlah secukupnya.
- Menyerahkan kupon kepada ketua bahagian edaran kupon.
- Menyediakan perancangan perbelanjaan
(bajet).
2.Penentuan gerai , Menu & Harga Jualan
Pn.Jamnah bt Othman(K)
Pn.Narazah bt Abdul Aziz
En.Mohamad Amin bin Abd.Mujahid
- Menyediakan pelan kedudukan 22 gerai ( tempat letak kereta berbumbung yang
menghadap padang).
- Mengadakan undian menentukan kedudukan gerai Unit Kokurikulum .- Menentukan jumlah menu yang bersesuaian dengan jumlah gerai yang ada. - Menyelaras harga jualan makanan.
3.Pengedaran Kupon & Jualan Kupon
En.Mohamad Naser bin Hashim(K)
Guru-guru Tingkatan
Pengerusi Kelab Guru
- Mengedarkan kupon kepada guru-guru
tingkatan dan Pengerusi Kelab Guru.
- Kupon hanya diberi kepada murid yang membuat pembayaran sahaja. - Menjual kupon pada Hari Kokurikulum
4.Hadiah/ Cabutan Bertuah
Pn.Che Norma bt Kechik (K)
Pn.Siti Baizura bt Hamid
Pn.Mahaya bt Yahaya
Pn.Bangaruammal a/p Kannaiah.
- Mencari penaja-penaja hadiah.
- Dapatkan surat memohon sumbangan
daripada Setiausaha Kokurikulum.
- Mendapatkan hadiah dalam jumlah yang bersesuaian untuk cabutan bertuah.
- semua murid dan guru yang membeli kupon layak menyertai cabutan bertuah.
- Menyediakan meja hadiah yang bersesuaian.
- Menyediakan perancangan perbelanjaan. (Bajet)
5.Pertandingan Kawad kaki
En.Mohd Yusof binAhmad(K)
En.Mohamad Shukri bin Tuan Ali
En.Mohd Zamri bin Mohd.Ali
- Mempastikan pasukan unit beruniform yang berkenaan mengambil bahagian dalam pertandingan.
- Menentukan kriteria dan menyediakan borang pertandingan.- Mengadili pertandingan.
- Menyerahkan keputusan pertandingan kepada PK Kokurikulum. - Menyediakan perancangan perbelanjaan .(Bajet)
6.Perlawanan Bola Sepak/ Bola Jaring
Thanabal a/l Desen
Bola SepakEn.Abdul Ghani bin Yusof (K)
En.Mohd Azhar bin Ismail
Bola Jaring
Pn.Norzita bt Abd.Ghani(K)
Cik Che Hawa bt Razali
Pn.Naziroh bt Ahmad - Pertandingan diadakan antara rumah sukan.
- Ketua guru rumah sukan perlu bekerjasama menyediakan pasukan masing-masing.
- Menyediakan borang-borang pertandingan yang berkaitan.
- Mengatur perlawanan dan mengurus pertandingan dengan baik.
- Menyerahkan keputusan pertandingan kepada PK Kokurikulum.
7.Persembahan/Pertandingan Pelajar
Pn.Siti Zahirah bt Othman(K)
En.Zulkifli bin Ahmad
En.Azli bin Isa- Mengadakan pertandingan koir antara rumah sukan.
- Ketua guru rumah sukan bekerjasama menyediakan pasukan masing-masing.
- Menyediakan borang-borang pertandingan yang berkaitan.
- Mengatur perlawanan dan mengurus pertandingan dengan baik.
- Menyerahkan keputusan pertandingan kepada PK Kokurikulum.
- Menyediakan perancangan perbelanjaan.(bajet)
- Melatih pasukan silat dan membuat persembahan pada Hari Kokurikulum.
- Melatih pasukan dikir barat dan membuat persembahan pada Hari Kokurikulum.
- Melatih pasukan nasyid dan membuat persembahan pada hari Kokurikulum.
8.Siaraya
En.Azhar bin Romli (K)
En.Jamil bin Hashim
Pn.Marziyah bt Abdullah- Memastikan PA sistem berfungsi dengan baik sepanjang Program berlangsung.
- Mengemas dan menyimpan semula semua peralatan.
9.Brosur
En. Musarrapa bin Sahibul(K)
Pn.Hasuana bt Abdul Halim
- Menyediakan 6 halaman bercetak. ( 3 lipatan)
- Mencetak dan mengedarkannya kepada guru-guru pada hari berkenaan.
10.Jurugambar dan Dokumentasi
En.Azhar bin Ahmad(K)
Pn.Mahaya bt Salleh
- Mengambil gambar yang bersesuaian untuk tujuan dokumentasi.- Mengumpul bahan bertulis dan bahan bergambar untuk didokumentasikan.
- Menyiapkan dokumentasi dalam masa 3 minggu selepas program.
- Menyerahkan hasil dokumentasi kepada PK Kokurikulum.
- Menyediakan perancangan perbelanjaan.(Bajet)
11.Banner/Publisiti/Pameran
En.Azizan bin Shaari(K)
En.Mohd Zohari bin Saad
- Menyedia banner dan menggantung
banner 3 hari
sebelum Hari Keusahawanan 2007.
- Mengadakan promosi program.
- Menyediakan tempat pameran.
- Menyediakan perancangan perbelanjaan.(Bajet)
12Banting
En.Sandra Gesan a/l Balakrishnan(K)
En.Zamhuri bin Shari
- Meletakkan banting di tempat yang sesuai
- Mengemas dan menyimpan semula dengan baik.
13.Pengacara Majlis
En.Azli bin Isa
- Mengacara majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
14.Disiplin Pelajar
Mohamad Fuad bin Marzuki(K)
En.Shamsul bin Shafie
- Memerhati dan mengawal pergerakan murid.
- Pastikan murid murid tidak berada dalam bilik darjah sepanjang program berlangsung.
- Memastikan murid dalam keadaan berdisiplin.
15.Kebersihan
En.Abdul Ghani bin Yusof(K)
En.Sokri bin Saad
En.Suhaimi bin Salleh
En.Thanabal a/l Desen.- Memastikan kawasan sekolah dalam keadaan bersih terutama kawasan gerai jualan.
- Memastikan kerusi meja yang digunakan diletak semula di tempat asal.- Adakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah sebelum pulang.
PENGURUS-PENGURUS GERAI JUALAN
Gerai A
1. Pn.Narazah bt Abdul Aziz
2. Pn.Azizah Fatimah bt Abd Majid
3. En.Mohamad Shukri bin Tuan Ali
4. Ahli Kelab Tingkatan Enam AtasGerai B
1. En.Hashim bin Jamaludin
2. Pn.Normaziah bt Shaban
3. En.Sandragesan a/l Balakrisnan
4. Ali Kelab Pelapis Tani/SPBT/Kriket
Gerai C
1. Pn.Khairiah bt Shamsudin
2. Pn.Khairiah bt Mohd Noor
3. Cik Zunita bt Che Pee
4. Persatuan Geografi/ Bilik
Tayangan
Gerai D
1. Pn.Haniza bt Hussein
2. En.Zamhuri bin Shari
3. En.Mahamad salleh bin Mohamad
4. Pelajar Asrama
Gerai E
1. En.Sokri bin Saad
2. Pn.Haliza bt Hashim
3. Wan Anisah bt Wan Ab.Rahman
4. Kelab Alam Sekitar/Puteri Islam.Gerai F
1. En.Shamsul bin Shafie
2. En.Azizan bin Shaari
3. Pn.Rahayati bt Mohd.Ramli
4. Kadet Remaja Sekolah /Takraw
Gerai G
1. Pn.Sofaa bt Mawardi
2. En.Mohd Zamri b.Mohd Ali
3. Pn.Naimah bt Mahmud
4. En.Abdul Ghani bin Yusof
5. Pasukan PBSM/ Pencegahan
Jenayah
Gerai H
1. Cik Madihah bt Abd.Rahman
2. Pn.Hassuana bt Abdul Halim
3. En.Selvan a/l Balakrishnan
4. Persatuan Sains dan Bola Baling
Gerai I
1. En.Mohd.Sofi bin Abdullah
2. Pn.Ku Faridah bt Ku Baharudin
3. Pn.Sarina bt Ishak
4. Pasukan Kadet Polis dan Koperasi
Gerai J
1. Pn.Azawiyah bt Abdullah
2. En.Suhaimi bin Salleh
3. Pn.Wan Yusnita bt Wan Yusuf
4. Persatuan Pendidikan Islam/Bahasa Arab
Gerai K
1. En.Azmi bin Abdul Azid
2. Pn.Mawarni bt Mustaffa
3. Cik Siti Sarismahan bt Ismail
4. Pasukan Pengakap/Bahasa
Inggeris
Gerai L
1. En.Halim Che Wan
2. Pn.Nurul Huda bt Hashim
3. Pn.Zauyah bt Kassim
4. Pasukan Taekwando/Perdagangan
Gerai M
1. En.Mohamad Zohari bin Saad
2. Pn.Jamnah bt Othman
3. Pn.Asmanizam bt Abd.Manaf
4. Pn.Nor Ashimah bt Ishak
5. Persatuan Pendidikan Seni/Matematik
Gerai N
1. Cik Nurul Afida bt Osman
2. Pn.Kamariah bt Selamat
3. En.Muhamed Naser bin Hashim
4. Kelab Bimbingan dan Kaunseling/Penulisan Kreatif
Gerai O
1. Pn.Nurol Ain bt Abdul Ghani
2. Pn.Naziroh bt Ahmad
3. Pn.Maryam bt Yahaya
4. Persatuan Bahasa Melayu/Bola Jaring
Gerai P
1. En.Mohamad Fuad bin Marzuki
2. Pn.Rohaida bt Mohd.Radzi.
3. Pn.Noryati bt Basuri
4. Pasukan Bola Sepak/Sofbol
Gerai Q
1. Pn.Siti Hajar bt Ghazali
2. Pn.Azizah bt Saad
3. Pn.Rosnah bt Yaakub
4. Pasukan Pandu Puteri/ Kemahiran Hidup
Gerai R
1. Pn.Muniroh bt Mahmud
2. En.Mohamad Amin bin Abdul Mujahid
3. En.Azli bin Isa
4. Pasukan Unit Trafik/Seni dan Budaya
Gerai S
1. Pn.Naimah bt Ahmad
2. En.Musarrapa bin Sahibul
3. En.Azhar bin Ahmad
4. Kelab Teknologi Maklumat/SetiaGerai T
1. En.Low Ah Kia
2. Pn. NorFatihah bt Abdullah
3. Pn.Che Zahra bt Ahmad
4. Kelab Pengguna/ Sejarah
Gerai U
1. En.Zulkifli bin Ahmad
2. En.Shukri bin Ismail
3. En.Sulaiman bin Ahmad
4. Pn.Norliah bt Ejam
5. Pengawas Perpustakaan/Silat
Gerai V
1. Pn.Norshidah bt Md.Noor
2. Pn.Noor Haliza bt
3. En.Tan Soon Huat
4. En.Tarmizi bin Tajuddin
5. Tingkatan Enam Rendah.
LAPORAN AKTIVITI PELAKSANAAN PROGRAM
i.Jualan Gerai (Persatuan,Kelab dan Unit Uniform)
ii.Jualan Buku
iii.Pameran dan Demonstrasi (Jabatan Pertahanan Awam Kuala
Muda)
iv.Pertandingan Kawad Kaki
v.Perlawanan Futsal
vi.Perlawanan Bola Jaring
vii.Pertandingan Koir
viii.Pertunjukkan Seni Silat
ix.Persembahan Dikir Barat
x.Persembahan Nasyid
xi.Cabutan Bertuah
JUALAN GERAI
Sebanyak 22 gerai jualan telah menjalankan perniagaan makanan dan minuman. Setiap gerai diuruskan oleh beberapa orang guru dengan kerjasama ahli-ahli persatuan, kelab dan unit uniform. Semua urus niaga menggunakan kupon-kupon yang telah disediakan dengan nilai RM 1.00 dan RM 2.00 sahaja.
Pinjaman modal diberi sebanyak RM 400.00 setiap gerai. Guru-guru dan para pelajar sahaja yang menguruskan perniagaan di gerai. Terdapat dua gerai jemputan iaitu gerai buku dan kosmetik. Sewa tapak sebanyak RM50 dikenakan dan 10% daripada jumlah jualan semua gerai perlu disumbangkan kepada pihak sekolah.
Memandangkan jumlah kupon yang tidak mencukupi urusniaga dalam bentuk wang tunai dibenarkan. Sila rujuk lampiran untuk melihat senarai menu dan senarai harga jualan setiap gerai. PERTANDINGAN
Pertandingan yang dianjurkan ialah pertandingan Kawad Kaki, perlawanan Futsal, perlawanan Bola Jaring dan pertandingan Koir. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Bil.PertandinganKeputusan
1.Pertandingan Kawat kakiJohan - Kadet Polis
Naib Johan - Kadet Remaja Sekolah
Ketiga - Unit Trafik Sekolah
Keempat - Pasukan Bulan Sabit Merah
2.Pertandingan Futsal Bawah 15 TahunJohan - Tiga Line FC
Naib Johan - SS Lazio
Pemain terbaik Mohd Khairul Azim b. Ahmad (SS Lazio)
3.Pertandingan Futsal Bawah 18 TahunJohan - Lando FC
Naib Johan - Tupah and the gang
Pemain terbaik Sabridi b. Sabri (Lando FC)
4.Pertandingan Bola Jaring Bawah 15 TahunJohan - Rumah Murni
Naib Johan - Rumah Ria
5.Pertandingan Bola Jaring Bawah 18 TahunJohan - Rumah Mahsuri
Naib Johan - Rumah Murni
6.Pertandingan KoirJohan - Rumah Malinja
Naib Johan - Rumah Murni
Ketiga - Rumah Mahsuri
Ketiga - Rumah Ria
HARI KOKURIKULUM SMK KOTA KUALA MUDA 2007
JUMLAH JUALAN DAN PEMBELIAN KUPON HARI KOKURIKULUM
A.Jumlah Kupon - 1694 set X RM 10.00 = RM 16,940.00
B.Jumlah Jualan/agihan
BIL
KATEGORIBIL.SEBENARBIL.BELIJUMLAH(RM)
1
Guru8578 X RM 20.00
1560.00
2
Staf Sokongan127 X RM 10.00 70.00
3
Pelajar13041304 X RM 10.00 13040.00
4
Jualan Terbuka223X RM 10.00 2230.00
5
Lain-lain(JPA 3) 8 orang x RM 5 = RM 40.00(4) *40.00
JUMLAH1694 16940.00
* Kupon diberi percumaPerbelanjaanBILPERKARAJUMLAH(RM)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.Hamper dan Hadiah
Pembalut Hamper dan Hadiah
Penyediaan Kupon
Stamp Pad dan Ink
Banner
Foto dan Dokumentasi
Jamuan
Pemberian Kupon kepada Pegawai JPA 3
Sumbangan Kepada Pertandingan Futsal
Jumlah472.08
32.30
128.20
29.60
120.00
95.00
120.00
40.00
100.00
1137.18
Sumber PendapatanBILPERKARAJUMLAH(RM)
1.10 % Keuntungan Gerai 1738.55
2.Sumbangan Syarikat dan Sewa Tapak 650.00
3.
Jumlah2,388.55
Penyata Kewangan Hari Kokurikum
Pendapatan(RM)Perbelanjaan(RM)
Sumbangan Syarikat dan Sewa Tapak 650.0010 % Keuntungan dari Gerai 1738.55Jumlah 2,388.55Hamper dan Hadiah 472.08
Pembalut Hamper dan Hadiah 32.30
Penyediaan Kupon 128.20
Stamp Pad dan Ink 29.60
Banner 120.00
Foto dan Dokumentasi 95.00
Jamuan 120.00
Pemberian Kupon kepada Pegawai JPA 3 40.00
Sumbangan Kepada Pertandingan Futsal 100.00
Baki di bank 1251.37
Jumlah 2,388.55
PENILAIAN AKTIVITI PROGRAM
Pelaksanaan keseluruhan aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik dan meriah. Walaupun terdapat kesukaran untuk mengumpulkan para pelajar pada 7.30 pagi untuk sesi perhimpunan pagi.
Semua pertandingan berjalan seperti yang dirancang dan mendapat sambutan meriah daripada para pelajar kerana terdapat sedikit kelainan daripada aktiviti Hari Kokurikulum tahun lalu. Ruang yang ada di sekolah digunakan sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang.
Aktiviti jualan di gerai-gerai juga berjalan dengan baik dan menu nasi paling mendapat sambutan daripada para pelajar dibandingkan dengan menu-menu lain seperti soto atau mee kuah. Selain nasi mereka lebih berminat kepada burger, ayam goreng dan makanan segera yang lain.
Jumlah kupon yang dijual kepada pelajar adalah kurang jika dibandingkan dengan tahun lalu. Namun begitu semua kupon yang disediakan habis terjual. Kaunter jualan kupon tambahan kepada pelajar telah dibuka dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Jualan gerai luar kurang mendapat sambutan kerana urusniaga perlu dibuat dalam bentuk kupon dan pelajar tidak mempunyai kupon yang mencukupi. Kupon-kupon tersebut digunakan untuk membeli makanan. Berikut disenaraikan beberapa kekuatan dan kelemahan program ini.
Kekuatan
1. Kepelbagaian aktiviti menarik perhatian pelajar menjadikan suasana meriah.
2. Kupon habis dijual.
3. Menyediakan pelbagai menu pilihan untuk pelajar.
4. Kebanyakan aktiviti jualan dibantu oleh pelajar.
5. Hadiah cabutan bertuah berjaya membuatkan pelajar menunggu sehingga jam 4.00 petang.
Kelemahan
1. Jumlah kupon sedikit.
2. Tidak semua pelajar membeli kupon.
3. Menu bertindih menyebabkan jumlah keuntungan berkurang.
4. Sukar mengawal pergerakan pelajar dan disiplin.
5. Sampah tidak diurus dengan baik disebabkan kekurangan tong sampah yang disediakan.
6. Terdapat gerai yang kurang dibantu oleh pelajar.
KOMEN/CADANGAN/HARAPAN
Hari Kokurikulum baru diperkenalkan pada tahun 2007. Sebelum ini lebih dikenali Hari Keusahawanan. Jawatankuasa memilih nama program Hari Kokurikulum kerana pengisiannya yang merangkumi pelbagai aspek iaitu jualan gerai, pertandingan kawad formasi, pertandingan koir, persembahan nasyid, pertunjukan seni silat, pertandingan bola sepak, pertandingan bola jaring, pameran buku, gerai kosmetik dan pameran daripada Jabatan Pertahanan Awam 3. Sekalung tahniah diucapkan kepada jawatankuasa program atas kejayaan menganjurkan Hari Kokurikulum dengan jayanya . Tanpa kerjasama yang baik, tidak mungkin hari kokurikulum berjalan dengan begitu lancar dan atur cara yang padat dan menarik menjadikan Hari Kokurikulum begitu hidup sekali.
Namun masih boleh diperbaiki dalam beberapa aspek seperti jumlah kupon yang disediakan , kawalan disiplin perlu dipertingkatkan lagi, menu gerai yang sama walaupun menu dipilih dan ditetapkan lebih awal. Diharapkan pada tahun 2008, Hari Kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang lagi dan melibatkan lebih banyak agensi-agensi luar yang dapat menambahkan pengetahuan para pelajar .KESIMPULAN
Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya program ini dapat dilaksanakan sepertimana yang dirancang. Mudah-mudahan ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada program ini, para pelajar dapat memanfaatkan dalam keluarga, masyarakat dan negara.
Sesungguhnya, program-program yang sebegini yang dapat membina jati diri pelajar, mengasah bakat kepimpinan, merapatkan tali silaturrahim dan mengubah mentaliti pelajar akan terus dijalankan agar pihak sekolah berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aspek duniawi dan ukhrawi.
Semoga usaha yang baik ini, diterima Allah S.W.T sebagai amal kebaikan, insyaallah. PENGHARGAAN
Pihak jawatankuasa program mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda
Pengurus Shadani Enterprise Sdn.Bhd
Penaja-penaja Hadiah Cabutan Bertuah
Pasukan Seni Silat Gayung Telok Amboi
Pasukan Seni Silat Gayung SMKKKM
Kelab Kesenian dan Kebudayaan SMKKKM Kelab Bola Sepak SMKKKM
Kelab Bola Jaring SMKKKM
Kelab Nasyid SMKKKM
Guru-guru dan para pelajar SMKKKM
Orang perseorangan yang telah menyumbangkan tenaga dalam menjayakan program ini.
LAPORAN BERGAMBAR
LAMPIRAN
PAGE 11