laporan pameran sains
DESCRIPTION
pameranTRANSCRIPT
LAPORAN PAMERAN SAINS
Pameran Sains peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail telah
berlangsung pada 10 Mac 2013. Program ini merupakan anjuran Jabatan Sains, guru
pelatih Sains Semester 5 dan juga dengan kerjasama pihak SK IPG. Pameran Sains ini
diadakan kerana ianya merupakan salah satu tugasan bagi subjek Tenaga Dalam
Kimia
Perasmian Pameran Sains ini telah berjalan dengan lancar. Perasmian pameran ini
bertempat di dewan terbuka SK IPG dan Tuan Haji Sabri, selaku pensyarah di Jabatan
Sains telah merasmikan Pameran Sains ini. Sejurus selepas perasmian , Tuan Haji
Sabri diiringi Puan Badrul telah melakukan lawatan ke semua ruang pameran
termasuklah ruang pameran kami iaitu pameran tenaga nuklear.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang berlangsungnya pameran Sains ini.
Setiap guru pelatih menunjukkan kreativiti masing-masing bagi penarik perhatian murid-
murid sekolah. Antaranya aktiviti yang disediakan oleh guru pelatih ialah pameran
Sains, demonstrasi berkaitan Sains dan juga cabutan bertuah. Aktiviti yang menjadi
daya penarik murid-murid sekolah ialah aktiviti pelancaran roket.
Pameran yang diadakan berjaya menarik minat murid-murid untuk datang berkunjung
ke dewan terbuka SK IPG. Pameran kumpulan kami mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada murid-murid walaupun kumpulan kami tidak menyediakan
demonstrasi. Daya penarik bagi pameran kami ialah permainan dam ular yang
diubahsuai supaya bersesuaian dengan pameran kami iaitu tenaga nukear. Setiap
murid yang ingin menyertai permainan dam ular tersebut haruslan membacaa info yang
terdapat di ruang pameran kami kerana soalan yang diajukan adalah berkaitan info
tenaga nukear yang dipamerkan. Melalui pembacaan tersebut, murid-murid akan
mengetahui mengenai sejarah tenaga nuclear, bagaimana tenaga nuclear terhasil,
kebaikan dan keburukan tenaga nuclear, penggunaan tenaga nuclear dan juga negara-
negara yang telah menggunakan tenaga nuclear. Selain itu kami juga menampal
gambar-gambar mangsa radiasi tenaga nuclear yang berlaku di Chernobyll. Kami juga
menyediakan satu tayangan video mengenai bom nuclear. Berikut merupakan gambar-
gambar sekitar pameran di ruang pameran kumpulan kami.