laporan otot

Upload: ramesh-nathan

Post on 08-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Otot

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS RAJA MELEWAR,JALAN SIKAMAT, 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

TAJUK KURSUS : ANATOMI & FISIOLOGI ( PJM 3106 )

TAHUN/ SEMESTER: 2012/ SEMESTER 3NAMA PROGRAM: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2011UNIT: SAINS/ PENDIDIKAN JASMANI/ BAHASA MELAYUNAMA PELATIH: MOHAMMAD FITRI BIN MOHAMMAD AHMAD ZUHAIRI BIN ASLINO. KAD PENGENALAN: 900401-07-5227 911129-11-5069NAMA PENSYARAH: EN. MUHAMMAD FAIRUZ BIN HASSANTARIKH MULA: 02 FEBUARI 2012TARIKH HANTAR: 09 FEBUARI 201BORANG REKOD KOLABORASIKERJA KURSUSPISMP SEMESTER SATU AMBILAN JANUARI 2011INSTITUT PERGURUAN KAMPUS RAJA MELEWAR

NAMA : MUHAMMAD RAHEIMY BIN ABD RAHMAN (900530-04-5235) ANANTHAN A/L T.NADARAJAN (890805-04-5319)UNIT: SN / PJ / BMSEMESTER / PROGRAM : 3 / PISMPNAMA PENSYARAH PEMBIMBING : EN. MUHAMMAD FAIRUZ BIN HASSANMATA PELAJARAN : ANATOMI & FISIOLOGI ( PJM 3106 ) TARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKANKOMEN PENSYARAHTANDA TANGAN

Laporan Amali Anatomi dan Fisiologi ( Sistem Otot)

Nama: Muhammad Raheimy Bin ABD RahmanAnanthan A/L T. Nadarajan Unit:PISMP Semester 3 Sains/PJ/BI Ambilan Januari 2011

Objektif: 1. Memastikan murid boleh mengetahui nama-nama otot dan lokasi otot di dalam tubuh badan manusia2. Murid boleh melakukan klasifikasi otot-otot utama dan melakukan pergerakan amali berdasarkan klasifikasi otot-otot utama.3. Memastikan murid boleh melukis dan melabel keratan otot dengan tepat.

Prosedur:1. Pembentangan powerpoint. Pembentangan secara teori mengenai sistem otot kepada para pelajar. Pengurusan grafik digunakan bagi memudahkan kefahaman pelajar mengenai struktur sistem otot. Pengurusan grafik berbentuk gamba rajah struktur dan jadual.2. Pelaksanaan lembaran kerja Setiap pelajar diberikan lembaran kerja iaitu melabel sistem otot dengan tepat tanpa melihat buku dengan menggunakan peristilahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Setiap indivdu diminta untuk menghantar lembaran kerja tersebut dan akan disemak.3. Membandingkan nama dan lokasi otot. Seterusnya setiap pelajar kemudian dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu sampul surat yang berisi senarai nama otot dan lokasi otot dalam tubuh badan manusia. Setiap pelajar perlu mengingat semula struktur sistem otot seperti yang terdapat pada lembaran kerja sebentar tadi suapaya dapat memadankan nama dan lokasi sistem otot tersebut4. Aktiviti Padang. Pelajar kemudian diminta ke padang untuk melakukan amali secara anatomi dan fisiologi bagi sistem otot. Pelajar kemudian diminta untuk mencabut undi. Undi tersebut mengandungi nama dan lokasi sistem otot tersebut. Pelajar kemudian diminta untuk melakukan dua contoh amali daripada undi yang diperolehi sebentar tadi beserta nama pergerakan tersebut. Masa yang diberikan adalah sebanyak 5 minit untuk pelajar berfikir mengenai jenis pergerakan yang perlu dilakukan. Pelajar kemudian melakukan pergerakan secara demonstrasi dihadapan para pelajar yang lain secara berkumpulan dan menamakan dan menunjukkan otot yang terlibat dan lokasi dan menamakan pergerakan yang dilakukan iaitu sama ada antagonis,agonis dan sinergis.

Keputusan:Berdasarkan keempat-empat aktiviti yang telah dijalankan, kami mendapati pelajar telah mampu menguasai dengan baik nama-nama otot dan lokasi otot di dalam sistem otot serta kedudukannya, menyatakan dan juga mampu memberi contoh yang tepat bagi setiap jenis pergerakan yang dinyatakan. Ini menunjukkan bahawa kesemua aktiviti yang dijalankan berhasil mencapai objektifnya.

Kesimpulan:Daripada keempat-empat aktiviti yang telah dijalankan bagi amali sistem otot ini bermula dari perbentangan power point, mengenalpasti nama otot, lokasi otot dan pergerakan, pelaksanaan lembaran kerja, membanding nama dan lokasi sistem otot dan aktiviti amali iaitu mencabut undi dan melakukan pergerakan dan menyatakan nama dan lokasi serta nama pergerakan yang dilakukan , secara rumusnya pelajar telah mampu menguasai dengan baik pengetahuan dalam melabelkan lokasi otot dalam sistem otot, menyatakan jenis otot, serta memberi contoh jenis pergerakan. Pelajar telah berjaya mencapai objektif pembelajaran dengan jayanya.

Aktiviti pembelajaran

Hasil pembelajaran

Laporan amali

Nota amali

1. Aktiviti melabel struktur sistem otot(aktiviti individu)

2. Memadankan nama dan lokasi struktur otot. (aktiviti berkumpulan)Mengeluarkan senarai nama dan lokasi otot daripada sampul surat dan menyuaipadankan di atas kertas yang telah diberikan.

3. Amali pergerakan otot berdasarkan nama dan lokasi otot yang telah diperolehi.