laporan lengkap etnik jawa
TRANSCRIPT
1
1.0 BORANG PBL
1.1 TAJUK TUGASAN
Tajuk yang telah dipilihkan untuk kami jadikan kajian ialah etnik Melayu Jawa di Malaysia.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian ini adalah :
a) Mengkaji asal usul etnik Melayu Jawa di Malaysia.
b) Memahami dan mengenal pasti kebudayaan etnik Melayu Jawa yang utama ialah
pakaian, makanan dan perkahwinan.
c) Memahami dan melihat cara etnik Melayu Jawa mengekalkan budaya dan adat mereka
sehingga kini.
1.3 PERMASALAHAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tentang etnik Melayu Jawa yang terdapat di Malaysia.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa bangsa melayu itu mempunyai etnik yang dikenali
Melayu Jawa.Seperti setiap suku, etnik Melayu Jawa mempunyai budaya dan adat resam
tersendiri yang diamalkan sehingga kini. Malah budaya Melayu Jawa juga telah diasimilasikan
terutama oleh kaum Melayu yang jelas dapat dilihat dalam cara berpakaian, makanan dan
perkahwinan . Lantaran itu ramai yang beranggapan apa yang diamalkan oleh kaum Melayu
merupakan budaya kaum Melayu itu sendiri .Oleh itu etnik Melayu Jawa menghadapi cabaran
iaitu dalam mengekalkan dan identiti budaya mereka bukan sahaja kepada generasi muda
Melayu Jawa kini supaya generasi mereka akan terus mengamalkan dan mempertahankan
warisan budaya mereka . Bukti jelas yang dapat dilihat kini misalnya ramai terutama kalangan
generai muda etnik Melayu Jawa tidak dapat bercakap dalam bahasa Jawa dan berpakaian
tradisional Jawa.
2
1.4 LOKASI /SKOP
Lokasi kajian kami ialah di Kampung Parit Imam Batu Pahat Johor.
1.5 METODOLOGI
Terdapat beberapa kaedah yang telah kami akan gunakan untuk mengumpul maklumat. Diantara
kaedah-kaedah pengumpulan maklumat adalah seperti berikut:
a) Kajian perpustakaan dan internet (40-60% )
Kami akan mencari bahan rujukan di perpustakaan. Antara sumber-sumber rujukan
tersebut mengandungi 20% rujukan ialah daripada buku dan jurnal ilmiah berkaitan
melalui portal perpustakaan Tun Sri Lanang, Gemilang terutama dalam mencari bahan
berkaitan objektif yang pertama iaitu mengkaji asal usul etnik Melayu Jawa. Selain itu,
kami juga mendapatkan maklumat yang berkaitan 40%-60% daripada internet terutama
dalam mencari maklumat berkaitan perkahwinan, makanan dan pakaian.
b) Kajian lapangan (40-30% )
Kami telah ke Kampung Parit Imam , Batu Pahat Johor selama 2 hari di rumah Puan
Munah binti Abdul Hamid keluarga etnik Melayu Jawa yang masih mengamalkan budaya
etnik Jawa untuk mendapatkan maklumat dan melihat bukti bagi objektif bahagian B dan
C yang mana pada hari tersebut keluarga beliau telah mengadakan budaya mengunjung
yang diamalkan oleh etnik Melayu Jawa.
3
2.0 LAPORAN KERJA LAPANGAN
2.1 OBJEKTIF KERJA LAPANGAN
Memahami dan melihat cara etnik Melayu Jawa Mengekalkan Budaya Dan Adat Mereka
Sehingga Kini
Bagi memahami dan melihat cara etnik Melayu Jawa mengekalkan budaya dan adat mereka
sehingga kini kami telah ke Kampung Parit Imam Johor pada 21/8/2010 selama 2 hari. Seramai 3
orang ahli kumpulan kami iaitu Nor Malissa binti Mat Isa, Norhamizah binti Ismail dan Siti
Zabihah binti Ahmad .Kami telah tinggal semalaman di rumah keluarga Puan Munah binti Abdul
Hamid. . Pada pemerhatian kami dari segi bahasa hanya orang tua dalam rumah tersebut hanya
tahu berbahasa Jawa . Hal ini disebabkan orang tua tidak mengajar dan mempraktikkan
berbahasa Jawa dalam kalangan ahli keluarga. Namun dari segi pakaian ahli keluarga
perempuan masih lagi mengamalkan pakaian etnik Jawa iaitu seperti memakai kain kain batik.
Malah dalam masakan, ahli keluarga ini masih memakan dan memasak masakan Jawa..
Manakala dari temu bual yang kami jalankan kami mendapat tahu bahawa terdapat banyak
budaya dan adat yang merupakan budaya etnik Melayu Jawa namun telah banyak mengalami
perubahan dari generasi ke generasi. Maklumat yang diperoleh telah dipecahakan kepada
bahagian dalam objektif kajian 2.0 (b).
Salah satu budaya yang masih dikekalkan semasa kami mengadakan kajian lapangan ini iaitu
ialah keluarga ini mengamalkan budaya mengunjung. Budaya mengunjung ialah budaya yang
mana keluarga dalam masyarakat etnik Melayu Jawa akan memasak juadah raya dengan banyak
dan apabila masak akan dibungkus dan diedar kepada jiran sekitar dan saudara mara yang
terdekat. Budaya ini dijalankan sebagai ingatan selain mengeratkan hubungan sialturahim
apabila juadah tersebut diberi. Adat mengunjung ini lazimnya akan dijalankan semasa bulan
Ramadhan sehingga awal Syawal bergantung kepada kesesuain dan pilihan masing-masing.
Juadah yang dimasak oleh keluarga ini semasa hari tersebut ialah nasi empek . Ia merupakan
suatu perubahan kerana lazimya ahli keluarga ini akan menganyam dan memasak ketupat namun
kerana ingin lebih mudah dan menjimatkan masa ketupat segera yang boleh dibeli di kedai
4
menjadi pilihan. Bagi lauk pauk pula ahli keluarga ini memasak kuah kacang, rendang daging,
ayam masak merah, serunding dan kuah lontong.
Juadah mula dimasak sejak subuh kerana kuantiti yang banyak dan pilihan tarikh ialah sebelum
Hari Raya maka perlu disiapkan sebelum agar boleh dimakan semasa berbuka puasa .Bahan-
bahan mentah untuk memasak telah dibeli seminggu lebih awal terutama bahan mentah kering.
Oleh itu selepas subuh semua ahli keluarga telah sibuk memotong bahan untuk memasak juadah.
Selepas zuhur semua lauk pauk telah siap dimasak dan boleh dibungkus untuk diedar kepada
jiran dan saudara berdekatan. Budaya ini merupakan sesuatu yang unik buat kami kerana pada
masa ini kami boleh melihat semua ahli keluarga dan anak kepada tuan rumah balik untuk
membantu Puan Munah dan ini tentunya dapat mengeratkan ikatan silaturahim dalam kalangan
ahli keluarga.
5
3.0 PENGENALAN
Jawa adalah nama sebuah pulau di Indonesia, sekaligus nama bagi semua yang berkait dengan
pulau Jawa seperti etnik majoriti, bahasa Jawa, dan sastera Jawa. Keluasan pulau ini 132,000km
persegi, mempunyai 124 juta penduduk dan merupakan pulau paling padat penduduknya di
Indonesia dan merupakan pulau yang ke-13 terbesar di dunia. Dengan jumlah penduduk seramai
979 orang setiap kilometer persegi. Jika Jawa adalah sebuah negara, ia menjadi negara kedua
paling padat di dunia, kecuali untuk beberapa negara kecil (selepas Bangladesh). Luas pulau ini
138.793,6 km2 dengan penduduk sekitar 124 juta. (kepadatan 979 jiwa per km2). Penduduk
Pulau Jawa sebahagian besar adalah suku Jawa dan suku Sunda. Suku Sunda terutama bermukim
di sisi barat Pulau Jawa, sementara suku Jawa bermukim di sebelah tengah dan timur. Selain itu
ada pula suku Madura, dan suku Bali di Jawa Timur dan suku Betawi di sebelah barat Jawa di
kota Jakarta dan sekitarnya..
KEPULAUAN JAWA DI INDONISIA
6
4.0 MASYARAKAT JAWA DI MALAYSIA
4.1 Latar Belakang.
Penghijrahan beramai-ramai akibat daripada dasar transmigrasi Belanda, iaitu perpindahan
penduduk daripada Pulau Jawa. Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja di ladang-ladang
kopi, getah dan di kawasan tanah yang baru di buka. Orang Jawa merupakan orang Melayu yang
7
paling banyak berhijrah ke Tanah Melayu. Dianggarkan pada tahun 1930 terdapat 170,000 orang
Jawa di Singapura. Di Tanah Melayu kebanyakan orang Jawa terdapat di Johor (Muar, Batu ,
Pahat dan Pontian), Selangor (Kelang, Kuala Selangor, Kuala Langat), dan Perak (Hilir Perak,
Krian, Parit Bunta
4.2 Sejarah Kedatangan Suku Jawa Ke Malaysia.
Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami
perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa
kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa
kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat
satu lagi kumpulan imigran di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan,
Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia.
Sebelum pemerintahan Inggeris, orang-orang Jawa telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka
telah berhijrah secara beramai-ramai ke negeri Johor dan Selangor. Orang Jawa berhijrah ke
Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang getah
dan juga di lombong-lombong bijih timah. Pada penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk
orang Jawa semakin meningkat. Hal ini disebabkan keperluan buruh dalam sektor penanaman
padi dan kopi diikuti oleh perkembangan perusahaan
5.0 FAKTOR KEDATANGAN
5.1 Faktor politik
Tekanan politik oleh pihak penjajah (Belanda) telah mendorong kemasukan orang-orang Jawa ke
Tanah Melayu. Sebagai contoh, orang Jawa telah dikenakan Sistem Kultur (1830-1870) atau
Sistem Tanaman Paksa. Sistem ini telah menyebabkan rasa kurang senang orang-orang Jawa
8
terhadap pemerintahan Belanda. Pertambahan penduduk Indonesia yang tinggi juga
menyebabkan tanah pertanian di Jawa tidak cukup.
5.2 Faktor Sosial
Penduduk di Indonesia terutamanya dari Pulau Jawa dan Sumatera telah bertambah dengan
pesat. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pertambahan keluasan tanah
pertanian ataupun pengeluaran tanaman makanan telah menyebabkan kemiskinan dan
kemerosotan taraf hidup para petani.
5.3 Faktor Ekonomi
Peluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain adalah pendorong
utama kepada kemasukan orang-orang Jawa ke Tanah Melayu. Kestabilan politik di Tanah
Melayu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan Indonesia juga merupakan faktor pendorong
bagi kemasukan orang Jawa. Galakan pembesar-pembesar tempatan untuk mengerjakan kawasan
pertanian juga telah mendorong kepada lebih ramai kemasukan orang Jawa ke Tanah Melayu.
Sebagai contoh, Orang Kaya Bakar (Muar) telah menggunakan tenaga orang Jawa untuk
mengerjakan dusun buah-buahannya. Persamaan dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu
dari segi bahasa, agama, adat resam dan sebagainya telah menyebabkan mereka dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan di Tanah Melayu.
5.4 Cara kemasukan
Tidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui oleh orang Indonesia untuk datang ke Tanah
Melayu di mana mereka berusaha sendiri untuk datang ke sini.
9
6.0 PENEMPATAN MASYARAKAT JAWA DI Malaysia.
Umumnya, mereka sudah bewarga negara Malaysia. Sejak mereka datang sekitar tahun 1900
kerana tekanan ekonomi. Masyarakat Jawa di Malaysia saat ini termasuk generasi ketiga dan
keempat. Walaupun masih menggunakan sebahagian adat dan kebudayaan Jawa, mereka sudah
dianggap Melayu peribumi yang sah sesuai undang-undang Malaysia. Yang terbanyak
bermastautin di Negeri Selangor, terutama di kawasan Tanjung Karang, Sabak Bernam, Kuala
Selangor, Kelang, Banting, dan Sepang. Mereka masih mengekalkan beberapa unsur Jawa meski
tidak menyeluruh. Di Johor juga banyak, tapi yang muda-muda sudah lupa warisan nenek
moyang. Bahkan sebahagian ada yang merasa malu mengakui berketurunan Jawa. Mereka sudah
tidak tahu lagi bertutur bahasa Jawa secara baik. Ada yang mengekalkan identiti dirinya dengan
mewujudkan Persatuan Anak-anak Jawa. Kegiatan keseniannya kuda kepang dan reog, walaupun
tidak sehalus di Jawa.
Kerana telah melabur sebagai peribumi, mereka berusaha kuat dalam pelbagai bidang dengan
tujuan kestabilan Malaysia. Konsepnya, "di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung".
Kampung-kampung Jawa seperti Tanjung Karang, dikenal sebagai jelapang padi Selangor. Di
dalam dunia korporat terdapat nama-nama Jawa seperti Dato' Basri Bajuri di Selangor. Dalam
aktiviti sosial, mereka bergiat cergas pada projek gotong-royong membersihkan surau, masjid,
perkuburan dan kenduri perkahwinan. Mereka masih mengekalkan konsep guyup dalam
kehidupan seharian. Di cabang kesenian, mereka mengadakan kumpulan kemplingan dan seni
silat. Kumpulan gamelan dan kumpulan seni keroncong di Kajang.
7.0 PIERKAHWINAN ETNIK JAWA DI MALAYSIA
Walaupun populasi etnik jawa di Malaysia sudah mengalami proses asimilasi dengan kaum
Melayu, namun ada antara mereka masih cuba untuk mengekalkan kebudayaan etnik jawa dalam
10
adat dan istiadat yang mereka anjurkan. Perkara ini jelas ditunjukkan dalam majlis perkahwinan
yang dianjurkan.
Jawa mempunyai adat yang agak berbeza dengan kaum Melayu termasuklah dalam adat
perkahwinan mereka. Bermula dengan lamaran hingga ke ijab Kabul kesemuanya diselitkan
dengan elemen-elemen jawa yang unik.
7.1 Lamaran.
Bermula apabila keluarga lelaki bertandang ke rumah keluarga perempuan untuk melamar
perempuan yang menjadi pilihan anaknya menjadi menantu dalam keluarga mereka. Jika
lamaran mereka diterima maka keluarga perempuan akan menetapkan jenis pernikahan yang
sederhana.
7.2 Acara Siraman.
Acara ini dilakukan pada siang hari sebelum ijab Kabul dijalankan. Siraman bermaksud
satu acara pembersihan jiwa dan raga. Ianya selalunya dilakukan di taman atau di bilik mandi
rumah pengantin masing-masing. Upacara ini selalunya dibantu oleh tujuh orang terpenting
dalam institusi keluarga pengantin tersebut,yang dipanggil Pitulungan atau penolong. Mereka
akan menyiram air mandian yang dipanggil ‘kembang setaman’ iaitu campuran bunga mawar,
melati, cempaka dan kenanga yang ditambah air. Acara siraman turut mempunyai pelbagai sajian
yang menjadi satu perkara penting seperti Tumpeng Robyong;satu hidangan nasi kuning dengan
hiasan, ditambah dengan ayam jago,tauhu dan telur. Sebagai permulaan acara siraman, pengantin
akan dibawa ke tempat siraman dan duduk dalam posisi berdoa. Selepas itu, acara siraman akan
dimulakan oleh bapa, ibu seterusnya diikuti oleh lima orang terpenting yang lain. Orang yang
terakhir menyiram dipanggil Pemaes dan dianggap paling istimewa. Setelah selesai,ibu
pengantin perempuan akan menjalankan upacara ‘’pecah kendi’’dan pengantin akan dibawa
bersiap di bilik untuk upacara seterusnya, Midodaren.
11
7.3 Midodaren.
Acara ini dilakukan pada malam hari sesudah acara siraman berlangsung. Dalam acara ini,
pengantin perempuan akan dihias secantik dewi Widodari. Pengantin perempuan akan berada di
bilik pengantin bermula jam enam petang sehingga tengah malam sambil ditemani oleh kaum
kerabat perempuan sahaja. Mereka akan bercakap mengenai hal rumah tangga dan orang yang
lebih dewasa akan menurukan petua dan nasihat kepada pengantin perempuan sebagai persiapan
untuk menghadapi alam rumah tangga bersama pasangannya.
Orang tua pengantin perempuan juga akan menyediakan makanan yang terakhir bagi
sajian pengantin perempuan pada malam itu kerana mulai esok pengantin perempuan akan
menjadi tanggungjawab suaminya.
7.4 Nyatri.
Dalam masa yang sama adat Midodaren berlangsung, adat Nyatri turut dijalankan. Jika
Midodaren adalah acara untuk pengantin perempuan, maka Nyatri pula acara untuk pengantin
lelaki. Selama acara Midadoren berlaku, pengantin lelaki tidak dibenarkan masuk ke dalam
rumah untuk berjumpa dengan keluarga pengantin perempuan. Selagi acara Midodaren
berlangsung, pengantin lelaki hanya boleh duduk dihadapan rumah pengantin perempuan sambil
ditemani oleh beberapa orang ahli keluarga atau teman rapat pengantin lelaki. Dalam jangka
waktu itu, pengantin lelaki hanya diberikan segelas air dan tidak sama sekali dibenarkan
merokok. Pengantin lelaki hanya dibenarkan makan setelah tengah malam. Hal ini merupakan
pengajaran bagi pengantin lelaki agar mereka belajar untuk menahan lapar dan godaan.
Sebelum keluarga pengantin lelaki pulang, mereka akan menitipkan anak lelaki mereka
kepada keluarga pengantin perempuan dan pada malam itu pengantin lelaki tidak dibenarkan
pulang ke rumah. Setelah ahli keluarga pengantin lelaki pulang, pengantin lelaki diizinkan masuk
ke dalam rumah tetapi tidak dibenarkan masuk ke bilik pengantin. Calon mertua akan
menyediakan tempat tidur pengantin lelaki di rumah mereka. Inilah yang dinamakan Nyantri.
Acara Nyantri dilakukan untuk mengingatkan bakal pengantin tentang upacara ijab Kabul yang
akan dijalankan pada esok hari
12
7.5 Ijab Kabul.
Akhirnya, tibalah ke acara ijab Kabul bagi bakal pengantin. Secara tradisi dalam upacara ini
keluarga pengantin perempuan akan menyerahkan atau menikahkan anak mereka kepada
pengantin lelaki dan keluarga penganti lelaki akan menerima pengantin perempuan sebagai anak
menantu mereka dan disertai dengan penyerahan mas kawen kepada pengantin perempuan.
8.0 PAKAIAN MELAYU ETNIK JAWA.
Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan setiap bangsa tersebut mempunyai cirri-ciri dan adat
masing-masing. Cirri-ciri yang ada pada satu-satu bangsa tersebut melambangkan identiti
mereka yang dapat membezakan di antara satu sama lain. Berkenaan dengan tajuk tugasan ini
iaitu mengkaji budaya etnik melayu jawa di Malaysia, kaum etnik jawa mempunyai cirri-ciri
yang tersendiri yang dapat membezakan dari bangsa lain yang terdapat di Malaysia ini. Cirri
yang kita boleh nampak ialah pakaian yang dipakai oleh etnik ini. Namun sudah tidak ramai
yang mengamalkan pemakaian ini kerana perubahan arus zaman dan disusuli pengaruh luar.
Pakaian tradisional etnik jawa ada yang sudah diubah dan diselitkan dengan fesyen luar tetapi
ciri-ciri jawa masih lagi dikekalkan. Pakaian tradisional jawa bukan sahaja dipakai oleh kaum
etnik jawa, malah bangsa lain juga turut memakainya di majlis-majlis rasmi mahupun tidak
rasmi. Ada juga segelintir masyarakat kita tidak tahu apa yang mereka pakai itu adalah fesyen
asal jawa.
Contohnya seperti baju kebaya. Sebelum tahun 1600 di pulau jawa, kebaya adalah
pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman
penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai
pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubahdari hanya menggunakan barang tenunan mori
menggunakan sutera dengan sulaman warna warni. Kebaya merupakan salah satu pakaian dari
kaum etnik jawa. Corak dan bentuk baju kebaya ini amat menarik sekali dan banyak dipakai
pada zaman dahulu yang selalu dipakai oleh kaum kerabat diraja. Sekarang, terdapat banyak
jenis kebaya yang telah diubah corak rekaannya dari yang asal. Ada kebaya yang labuh, kebaya
13
pendek, dan sebagainya. Mungkin ramai yang tidak sedar dan dalam pemikiran mereka bahawa
baju kebaya ini adalah baju tradisi dari tanah melayu ini tetapi sebenarnya tidak. Kebaya jawa ini
amatlah menarik dan sesiapa sahaja boleh memakainya. Kebaya yang direka dan dibuat dari kain
net yang dihiasi dengan sulaman bermotifkan bunga-bungaan dan taburan manik. Ia disesuaikan
dengan kain batik jawa.
Batik Jawa adalah sebuah warisan kesenian budaya orang Indonesia, khususnya daerah
Jawa yang dikuasai orang Jawa dari turun temurun. Batik Jawa mempunyai motif-motif yang
berbeza-beza. Perbezaan motif ini biasa terjadi dikarnakan motif-motif itu mempunyai makna,
maksudnya bukan hanya sebuah gambar akan tetapi mengandung makna yang mereka dapat dari
keturunan mereka, iaitu penganut agama animisme, dinamisme atau Hindu dan Buddha. Batik
jawa banyak berkembang di daerah Solo atau yang biasa disebut dengan batik Solo. Kain batik
yang kebanyakan kaum wanita di Malaysia pakai juga berasal dari jawa. Cuma corak batik
Negara kita dibuat sendiri mengikut kepakaran dan identiti sesebuah negeri atau kaum masing-
masing. Sebab itulah ada yang tidak sedar kain batik yang kita biasa pakai, sebenarnya berasal
dari jawa. Jika kita berpeluang lihat atau pakai, kita sudah boleh kenal yang mana kain batik
jawa yang asli sebab coraknya memang inik. Corak kain batiknya mudah dikenali dan amat
berbeza dari kain batik negara kita. Coraknya memang lain dan biasanya dijahit mengikut cara
kain sarung. Pada zaman sekarang ini, baju kebaya dan kain batik jawa ini selalu digayakan
untuk majlis perkahwinan.
Contoh lain pakaian yang biasa dipakai oleh kaum etnik jawa bagi lelaki ialah kopiah.
Kopiah kaum etnik jawa memang berbeza dengan apa yang kaum melayu kita pakai. Kita boleh
lihat perbezaannya melalui corak dan bentuk yang direka pada kopiah tersebut. Kopiah ini juga
boleh dipakai untuk majlis rasmi mahupun untuk hari-hari yang biasa. Selain itu, baju kaum
etnik jawa bagi lelaki juga amat berbeza iaitu ia seperti baju cheong sam kaum cina tetapi
potongan pendek dan lebar serta seperti kot. Baju tersebut juga turut dipakai bersama kain batik
jawa.
Untuk peringkat kanak-kanak juga ada pakaian tradisi mereka tesendiri. Ia juga sama
dengan kaum dewasa tetapi tidaklah terlalu menonjol rekaannya. Bagi kanak-kanak lelaki dan
14
juga kanak-kanak perempuan, pakaiannya sama dengan golongan dewasa.
9.0 MAKANAN TRADISIONAL ETNIK JAWA
Masakan Jawa merujukkan pada makanan orang pulau Jawa Indonesia ulau Jawa mempunyai
pelbagai kumpulan etnik: Jawa, Sunda di Jawa Barat dan Madura di pulau Madura di Jawa
Timur. Kumpulan etnik ini mempunyai masakan berlainan mereka sendiri.
Masakan Jawa (tidak termasuk orang Sunda dan Madura) secara besar dibahagikan ke dalam tiga
kumpulan utama:
Masakan Jawa Tengah
Masakan Jawa Timur
Hidangan Jawa umum
Terdapat persamaan pada masakan-masakan tersebut tetapi perbezaan utama terletak pada
perisanya. Masakan Jawa Tengah adalah lebih manis dan kurang pedas, sementara masakan Jawa
menggunakan kurang gula dan lebih cili, kemungkinan dipengaruhi oleh masakan Madura.
Nasi adalah makanan asasi yang umum, dan disertakan dengan setiap hidangan. Gaplek, atau ubi
kayu kering, kadang-kadang dicampur ke dalam nasi atau mengganti nasi. Roti dan biji-bijian
adalah tidak umum, walaupun mi dan kentang sering dihidang sebagai iringan pada nasi.
Hampir 90% orang Jawa beragama Islam, dan akibatnya, kebanyakan dari masakan Jawa tidak
menggunakan daging babi. Hanya sedikit etnik di Indonesia menggunakan daging babi (dan
sumber protein lain yang dianggap "haram" di bawah hukum pemakanan Islam) dalam masakan
mereka, yang paling ketara masakan Bali, masakan Cina Indonesia, dan masakan Manado.
Di Malaysia masyarakat jawa berasal daripada Tanah Jawa Indonesia kemudian menetap secara turun
menurun di sini dan akhirnya menjadi sebahagian daripada komuniti di Malaysia.
9.1 MAKANAN HARIAN ETNIK JAWA
15
Makanan harian masyarakat Jawa ialah makanan yang dimakan pada hari-hari biasa yang
biasanya terdiri daripada nasi, sayur asam, tempe dan sebagainya.
a) TEMPE
Tempe merupakan makanan masyarakat Jawa yang diperbuat dengan kacang soya yang telah
dipecahkan dan diperam untuk tempoh masa tertentu. Tempe diperam bersama-sama cuka, ibu
yang mengandungi kulat dan ditapai selama 24 jam di bawah suhu 30’c. jika tempe diperam
terlalu lama bintik-bintik hitam akan timbul namun ianya tidak membahayakan kesihatan.
Tempe mengandungi khasiat yang begitu tinggi seperti protein, kalsium dan yang paling penting
tempe berupaya menghasilkan vitamin B12 kerana tempe mengandungi kultur pencetus bakteria
untuk hasilkan vitamin ini. Makanan ini juga merupakan serabut yang baik kerana tempe
dihasilkan menggunakan kacang soya.
Masyarakat Jawa biasanya memotong tempe kepada kepingan kecil kemudian digoreng bersama
garam dan dimakan begitu sahaja. Walau bagaimanapun tempe juga turut dijadikan lauk untuk
dimakan bersama nasi.
b) BAKSO
16
Bakso merupakan sejenis makanan serupa dengan bebola daging yang menggunakan daging
lembu yang dicampur dengan tepung . Walau bagaimanapun daging ayam dan ikan juga boleh
digunakan untuk membuat bebola daging ini. Makanan ini mempunyai pengaruh makanan cina
kerana ciri-ciri yang terdapat pada makanan ini. Bakso dimakan bersama bihun atau mi dan
dicampur dengan sayur-sayuran.
c) SATAY
Satay ialah makanan yang diperbuat daripada daging yang dicucuk pada lidi kelapa atau
buluh dan dibakar menggunakan arang. Satay dikatakan dicipta oleh pedagang dari jawa
yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad ke 19. Di Malaysia satay
diperkenalkan oleh Haji Tasmin bin Sakiban di pusat bandar Kajang sekitar tahun 1900.
Beliau menjual dari rumah ke rumah dan di sepanjang jalan, beliau akan berhenti jika
dipanggil. Satay turut dinikmati bersama kuah kacang, timun, bawang dan nasi himpit.
9.2 KUIH MUIH TRADISIONAL MASYARAT JAWA
17
a). Kuih Bahulu/baulu
Kenapa bahulu, baulu dan buah ulu ini namanya berbeza? Ini kerana berlaku revolusi perkataan
dan istilah . Pada masa dahulu nenek moyang orang Melayu yang ini etnik Melayu Jawa ada
yang tinggal di hilir sungai. Sungai ialah salah satu sistem pengangkutan orang pada zaman
dahulu selain jalan darat.
Orang yang berada di hulu sungai dipercayai adalah orang yang pertama yang mencipta
kuih bahulu.Kuih bahulu ini selalunya dijadikan buah tangan .Orang –orang pada ketika itu
menyebut kuih ini sebagai buah tangan dari hulu. Lama-kelamaan sebutannya diringkaskan
menjadi bahulu.
Bahan-bahan membuat baulu
1. Bahan-bahan:
2. 10 biji telur
600 gm tepung
300 gm gula
3. Cara penyediaan
Pukul telur dan gula sehingga kembang. Campurkan sedikit tepung dengan semangkuk kecil
adunan telur. Pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair. Panaskan acuan dan jika
menggunakan kaedah dapur tradisional , letakkan bara api di atas dan bawah periuk. Tuangkan
adunan ke dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. Bakar sehingga bahulu kuning keemasan.
b). Kuih Koci
18
Kuih koci merupakan sejenis kuih bertepung dan mempunyai inti kelapa manis bercampur nisan.
Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan.
Kuih koci ini agak lembut dan dibuat nyanyian "Ada sejenis kuih tiga segi.... Di luar tepung di
dalamnya inti... Makanan orang tiada bergigi.
Bahan-Bahan:
1. 1 bungkus tepung pulut
2. 2 mangkuk santan (setengah mangkuk )
3. santan dimasak hingga pecah minyak)
4. Sedikit garam
5. Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
Bahan membuat inti:
1. 1 biji kelapa parut
2. ½ cawan gula kabung
3. 1 cawan gula pasir
4. 2 helai daun pandan
Cara penyediaan
19
Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali. Campurkan dengan sedikit air, kemudian
jerangkan ke atas api yang sederhana. Kacaukan inti hingga merengas dan hampir kering.
Kemudian bolehlah diangkat dan diketepikan. Untuk menyediakan bahan tepung, tepung pulut
tadi hendaklah diadun dengan santan mentah yang telah dicampur dengan sedikit garam. Uli
adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh dibentuk. Kemudian, bahagikan
adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti
tadi di tengahnya. Kemudian bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak. Setelah itu
bungkuslah adunan itu. Buat sehingga selesai. Setelah siap, sediakan alat pengukus dan kukuslah
adunan tadi hingga masak
c). Kuih Nagasari
Bahan-Bahan:
1. 1 cawan tepung beras
2. 5 cawan santan
3. 2 sudu makan tepung jagung
4. 2 sudu makan gula
5. ½ sudu teh garam
6. 5 biji pisang raja
7. Daun pisang secukupnya(layurkan)
Cara penyediaan:
20
Gaul sebati tepung, santan, gula dan garam. Tapiskan adunan dalam periuk. Kacau dalam periuk
kecil hingga pekat dan angkat. Ambil 1 senduk adunan dan letak di atas daun pisang. Letakkan
sepotong pisang dan tutup adunan ini seperti membuat kuih lepat. Ulang sehingga selesai.
Sementara itu panaskan pengukus dan letakkan kuih dalam dulang pengukus dan kukus selama
½ jam atau sehingga masak.
d). Dodol
Bagi masyarakat jawa ,kueh tradisional mereka semasa perayaan ialah dodol.Kueh ini bersifat
kenyal dan berwarna coklat dengan rasa lemak dan manis. Bahan asas membuat dodol ialah
tepung pulut,santan dan gula aren yang dimasak atas api yang panas sehingga menjadi berwarna
coklat dan kenyal.
9.3 MASAKAN KENDURI MASYARAKT JAWA
21
a). Nasi Ambeng
Nasi ambeng sangat sinonim dengan masyarakat Jawa. Sehingga kini nasi ambeng sering
dihidang terutama dalam majlis tahlil dan kenduri kesyukuran oleh masyarakata Jawa terutama
di Johor. Nasi Ambeng atau nasi dulang mempunyai sejarahnya sendiri disebalik namanya. Pada
zaman dahulu apabila masyarakat Jawa mengadakan keraian para wanita menghidangkan nasi
ambeng kepada tetamu . Bagi suri rumah nasi ambeng disediakan untuk memastikan suami
mereka tidak ke tempat lain kerana nasi ambeng itu akan dimakan dalam dulang yang besar
seramai 4 orang dan baki nasi yang tidak dapat dihabiskan akan dibawa balik dikenali sebagai
berkat. Berkat yang dibawa balik oleh para suami merupakan jaminan mereka tidak ke tempat
yang diingini oleh para isteri.
Nasi ambeng dihidangkan dalam dulang dan dilapik dangan daun pisang. Merupakan nasi
putih dan dihidangkan dengan lauk utama iaitu ayam masak kicap, sambal goreng jawa,
serunding,ikan bulu ayam dan jika ada diletak ulaman seperti timun. Gambar dibawah ialah
gambar nasi ambeng dan bagaimana lauknya disusun.
22
Namun begitu kerana proses asimilasi, lauk utama telah berubah mengikut kesukaan tuan rumah
malah hidangan nasi ambeng boleh didapati dengan mudah kini kerana ada pengusaha makanan
restoran turut menjualnya.
9.4 Cara Penyediaan Nasi Ambeng
Masakan untuk lauk:
1. Ayam masak kicap
1. 1 ekor ayam (digaul dangan kunyit dan garam)
2. 1 ulas bawang besar (dihiris haus)
3. 2 sudu cili merah (dikisar halus)
4. 2 ulas bawang putih(dikisar halus)
5. ½ inci halia (dikisar halus)
6. 2 sudu kicap pekat
7. 2 sudu kicap cair
8. 2 sudu air asam jawa
9. Sedikit garam dan gula
10. Cili merah dan bawang besar yang telah dihiris sebagai hiasan
Cara penyediaan lauk ayam masak kicap:
Basuh dan goreng ayam terlebih dahulu. Angkat dan tepikan sementara. Kemudian tumis bahan
yang dikisar sehingga naik bau dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Apabila telah naik
bau masukkan kicap pekat, kicap cair dan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup
rasa. Angkat apabila telah masak. Taburkan cili merah dan bawang besar yang telah dihiris
sebagai hiasan.
23
2. Sambal goreng jawa
Bahan-bahan
1.2 keping tempe (dihiris dan digoreng)
2.2 keping tauhu(dipotong dadu dan digoreng)
3.2 biji kentang kentang(dihiris dan digoreng)
4. tauhu kering n suun ( ikut suka nak banyak mana ) - direndam n digunting
5.1 biji bawang besar (dihiris)
6.2 ulas bawang putih (dihiris)
7. 5 tangkai lada kering, segenggam udang kering, 1 inci halia dan lengkuas – dikisar
8.2 bij lada merah dan hijau(dihiris)
9. 1/2 cawan isi udang
10.hati ayam dan pedal - dihiris dan digoreng
11.1/2 cawan kicap pekat manis
12. 1/2 cawan santan pekat
13.Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:
Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan udang kacau. Masukkan kicap, gaul rata
dan kemudian masukkan bahan yang telah digoreng terlebih dulu tadi bersama bawang besar,
putih, tauhu kering dan suun, kacau lagi sehingga semua bahan bergaul rata. Akhir sekali
masukkan santan pekat, kacau sebentar hingga rata dan akhir sekali perasakan dengan garam dan
gula.
24
3. Serunding Daging
Bahan-Bahan:
1.1 kg daging
2.1 1/2 biji kelapa
3.15 tangkai cili kering
4.1 Serbuk ketumbar [ goreng tanpa minyak dan tumbuk pecah sikit]
Bahan yang dikisar:
5.500 gm bawang merah
6.10 ulas bawang putih
7.1 inci lengkuas
8.5 batang serai
9.2 inci halia
10.Garam dan gula (secukup rasa)
Cara penyediaan:
Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus. Air rebusan jangan dibuang,
gunakan untuk memerah santan . Perah santan lebih kurang tiga cawan. Masukkan pati santan
bersama bahan kisar dan daging. Masak atas api yang sederhana. Bila hampir kering, masukan
ketumbar yang ditumbuk kasar. Kacau hingga kering . Sejuk dan simpan.
25
4. Ikan bulu ayam
Kemudian nasi tersebut akan dihidang atas dulang besar. Lauk diatas akan disusun atas nasi.
Selepas itu akan dimakan bersama 4 orang.
10.0 MAKANAN KESIHATAN ORANG JAWA
a) JAMU
Masyarakat jawa sememangnya terkenal dengan jamu sebagai makanan untuk menjaga kesihatan
badan. Jamu diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi seperti terutamany akar tumbuhan,
buah,daun,kulit kayu dan terdapat juga jamu yang diperbuat daripada bahagian binatang seperti
hempedu kambing. Jamu mempunyai rasa yang pahit oleh itu masyarakat jawa menggunakan
madu untuk mengurangkan kepahitan bagi memudahkan mereka untuk memakan jamu.
Terdapat pelbagai jenis jamu antaranya ialah:
1. JAMU BERAS CEKUR
- jamu ini dapat mengurangkan masalah sengal-sengal badan dan meningkatkan selera makan
- Bahan-bahannya ialah buah pala, cekur, beras, gula merah, asam jawa dan kayu keringat.
26
2. JAMU PAHIT
- Jamu ini dikatakan bagus untuk kesihatan badan dan dapat membantu menyembuhkan
gatal-gatal badan,kecing manis, mengurangkan selera makan, kembung perut dan
sebagainya
3. TEMULAWAK
Merupakan tanaman ubat-ubatan yang berasal dari jawa yang mempunyai ciri-ciri seperti
kunyit tetapi temulawak mempunyai rasa yang pahit dan berangin
Cara penggunaan temulawak ialah dengan mengambil segenggam ubinya ,kemudian
ditumbuk lalu diperah airnya, dicampur dengan sesudu perahan limau nipis dan diminum
untuk menghilangkan sakit pada pundi kencing
4. LEMPUYANG
Lempuyang ialah sejenis tumbuhan rempah yang berfungsi untuk membantu menyembuhkan
masalah cacing, gatal-gatal, bengkak selepas bersalin dan menmbah selera makan.Cara
penyediaannya ialah dengan merebusnya kemudian diminum
27
5. PECAL SEMANGGI
Pecal semanggi ialah sejenis makanan yang menggunakan daun semanggi sebagai bahan
asas. Daun semanggi akan dikukus kemudian dihidangkan bersama kuah yang pedas. Pecal
ini juga turut dicampur dengan tauge, kangkung, keropok uli yang diperbuat daripada beras
dan kuah kacang.
28
11.0 4UJUKAN
1. http://id.wikipedia.org/wiki/Suku_Jawa#Sumber
2. http://razalitumirin-zali.blogspot.com
3. http://eprints.utm.my