laporan kendiri
TRANSCRIPT
RAINBOW 2.0: UNDER ONE ROOF
PROJEK KEMANUSIAAN
PELAJAR PERUBATAN PROGRAM BERKEMBAR UNIVERSITAS PADJADJARAN-UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANGKATAN KE-13
Nama: Siti Zulaikha Nadwa Binti Mohd Noh
Jawatan: Timbalan Ketua Pengarah 2
No. K/P: 940830-09-5070
Penasihat Projek: Encik AbduL Qaiyum Borhan
PENDAHULUAN
PROJEK RAINBOW 2.0: UNDER ONE ROOF merupakan sebuah projek yang dijalankan
oleh Pelajar Perubatan Tahun Satu Program Berkembar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
– Universitas Padjadjaran Indonesia (UNPAD). Matlamat utama projek ini adalah untuk
mambantu meringankan beban pihak-pihak yang kurang berkemampuan dengan menyalurkan
bantuan kemanusiaan dalam pelbagai bentuk tidak terhad kepada kewangan sahaja. Malahan,
bantuan dari segi pengisian motivasi, aktiviti sukaneka serta perkongsian pengalaman turut
dianjurkan. Program ini dijalankan selaras memenuhi kehendak pihak Universiti Kebangsaan
Malaysia bersama-sama Universitas Padjadjaran yang sering menekankan serta menggalakkan
dalam kalangan pelajar untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan bagi membina professional
yang lebih peka terhadap masyarakat pada masa hadapan. Tambahan pula, program ini mampu
mendidik dan mengajar kami untuk membentuk peribadi yang bermoral serta beretika di
samping menyiapkan kami agar bersedia berkhidmat kepada masyarakat .
Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, kebanyakan rakyat Indonesia masih lagi
hidup di bawah paras kemiskinan. Berdasarkan tinjauan kami di sekitar kawasan Jatinangor,
Sumedang, Jawa Barat Indonesia, kebanyakan mereka tidak berkemampuan serta kawasan
persekitaran yang masih jauh dari pembangunan. Oleh itu, kami telah meninjau beberapa
kawasan sebagai sasaran untuk melaksanakan projek ini. Kawasan Jatinangor di Jalan Sayang
telah dikenal pasti sebagai tempat untuk kami melaksanakan projek ini. Penduduk di Kawasan
Jatinangor di Jalan Sayang terdiri daripada keluarga fakir miskin. .Keadaan tempat kediaman
mereka yang daif, ada dia antara kediaman mereka masih berlantaikan bumi. Ada di antara
keluarga-keluarga yang tidak berkemampuan menyediakan keperluan anak-anak mereka untuk
persekolahan bahkan, masih lagi ada di antara mereka yang langsung tidak mampu
menyediakan keperluan asas rumah, keluarga malahan diri sendiri. Atas penilitian yang
dilakukan, kami mengenal pasti ada di antara kanak-kanak di kawasan ini yang disyaki
kekurangan kandungan nutrisi. Atas faktor inilah kami berasa terpanggil untuk menghulurkan
bantuan semampu kami agar dapat meringankan beban mereka.
Disamping itu, program ini juga telah dianjurkan bagi mencapai misi program kami iaitu
memupuk nilai-nilai kepimpinan serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar-
pelajar dari program berkembar. Melalui pengisian aktiviti yang dijalankan, kami dapat
mempraktikkan serta menerapkan nilai-nilai semngat berpasukan terutama sekali melalui acara
sukan. Pada masa yang sama, acara- acara yang dianjurkan turut mendidik saya untuk melatih
sifat-sifat kepimpinan. Malahan, melalui acara yang dianjurkan, penglibatan orang-orang
kampung dan kanak-kanak mengajar kami untuk menjaga etika serta adab-adab dalam
pergaulan masyarakat. Justeru, sekali gus, memberikan banyak impak positif kepada diri saya di
samping selaras dengan tujuan utama program kali ini. Selain itu, program ini juga diadakan
bertujuan untuk menyemai nilai, sikap, etika dan profesionalisme. Demikian itu, melalui
perlaksanaan program ini, sedikit sebanyak banyak manfaat dan pengalaman baru mampu
ditimba.
OBJEKTIF
Program yang dianjurkan berdasarkan obektif-objektif berikut:
1. Membantu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat yang tidak berkemampuan.
2. Menunjukkan rasa keprihatinan dan kebertanggungjawaban diri memandangkan
kami merupakan sebahagian daripada masyarakat di sini.
3. Memupuk nilai-nilai murni dan etika yang tidak dapat diperoleh ketika pembelajaran
secara teori.
4. Membina hubungan di antara baik di antara dua negara, meskipun bermula di
peringkat masyarakat.
5. Memahami dan mempelajari budaya asing serta melakukan pertukaran budaya di
antara pelajar-pelajar UKM-UnPad serta penduduk-penduduk di sekitar kawasan
Jalan Sayang, Cikeruh.
6. Mengukuhkan semangat bekerjasama di antara rakan seperjuangan di samping
membina semangat berkumpulan seiring dengan visi kursus yang dianjurkan pihak
Universiti Kebangsaan Malaysia.
7. Menanam semangat bantu – membantu serta meningkatkan kesedaran dalam diri
semua pihak.
VISI DAN MISI PROGRAM
Misi
Melahirkan generasi yang berfikiran kritikal, penuh kebertanggungjawaban serta memiliki nilai sahsiah yang mantap dan jitu.
Visi
1. Membina semangat berpasukan dalam sesuatu organisasi
2. Mengimplimentasi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
3. Menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri setiap individu.
BUTIR-BUTIR PROJEK
PROJEK : UNDER ONE ROOF (DI HANDAEPUN HIJI ATAP)
LOKASI : JALAN KOLANEL AHMAD SYAM,
NO. 64, RT4/RW5,
CIKERUH, JATINANGOR.
TARIKH PERLAKSANAAN : 13 APRIL 2014
MASA BERLANGSUNG : 0735 - 1545
BILANGAN AHLI UKM-UNPAD : 38
BILANGAN PENDUDUK : 30
ORGANISASI PROJEK UNDER ONE ROOF
PENAUNG
YBhg. Prof. Tan Sri’ Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan ShahabudinNaib Canselor UKM
Prof. Dr. Dany Hilmanto, dr. SpA (K)Pembantu Dekan Satu Fakultas Kedokteran UNPAD
PENGERUSI
Prof. Ir. Dr. Othman A. KarimTimbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM
Dr Achadiyani, dr., M.KesKetua Prodi Kedokteran Fakultas Kedokteran UNPAD
Nova Sylviana, dr., M.Kes., AIFOSetiausaha Prodi Kedokteran Fakultas Kedokteran UNPAD
PENASIHAT
Encik Abdul Qaiyum BorhanPenolong Pendaftar Pusat Akreditasi Pembelajaran UKM
Trully Deti Rose Sitorus, dr., M.Si., SpFK (K)Co-ordinator Tahun 1 Fakultas Kedokteran UNPAD
PENYELARAS
Prof. Dr. Khalzir Hj. IsmailPengarah Pusat Akreditasi Pembelajaran UKM
Wijana, dr., SpTHT-KL., M.KesKetua Kemahasiswaan Fakultas Kedokteran UNPAD
KETUA PENGARAH
Muhammad Hafiz bin YusreeTahun Satu Twinning Programme UKM-UNPAD
PENASIHAT
ENCIK QAIYUM BORHANPenolong Pendaftar
Pusat Akreditasi Pembelajaran UKM
KETUA PENGARAH
MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSREE
TIMBALAN KETUA PENGARAH (1)
NURULAIN HANANI BINTI NGADENIN
TIMBALAN KETUA PENGARAH (2)
SITI ZULAIKHA NADWA BINTI MOHD NOH
SETIAUSAHA
KU NURMAHIRAH BINTI KU AHMAD NASIR
NAIB SETIAUSAHA
SYAHIRA NABILA BINTI KAMARUZAMAN
BENDAHARI
ZAIDATHUL AZREEN BINTI ZAINUDIN
NAIB BENDAHARI
NURUL AININ BINTI ROSLAN
KETUA BIRO
PERANCANGAN AKTIVITI & PROTOKOL
SYAHIRAH BINTI SAMSURI
BELANJAWAN
UMMI ATHIRAH BT KAMARUZAMAN
KESELAMATAN
AMIR THAQIFF HAMZAH
PENGANGKUTAN
MOHAMMAD DZULKIFLY BIN ABU HASSAN
KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT
ZUHUR AL HAYAT BT SALEH MOHAMED GABRAA
MULTIMEDIA
AIMAN NAJIB BIN MUHAMMAD NURUL AZMI
LOGISTIK
NUR NAJIHAH BT MOHD SHAIFUL BAHRI
MAKANAN
NOR NADHIRAH BT RAHMAT
PENASIHAT
TRULLY DETI ROSE SITORUS, dr., M.Si., SpFK (K)
Co-ordinator Tahun Satu Fakultas Kedokteran UNPAD
PEMBUKTIAN PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN
Saya yang bertudung biru sedang dalam perjalanan menuju ke rumah-rumah penduduk kampung untuk menjemput mereka menyertai program Under One Roof
Saya dan rakan-rakan bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain untuk menjemput penduduk kampung yang terlibat
Saya yang berada di hadapan sekali bersama rakan-rakan meninjau keadaan setempat
Saya yang bertudung biru sedang menolong biro acara menyiapkan teks ucapan
Setelah selesai projek, kami menolong mengangkat barang-barang sumbangan ke rumah-rumah
penduduk kampung
Saya yang bertudung biru sedang berbincang sesuatu untuk kelancaran projek
Saya yang berada di belakang bertudung biru juga menyertai permainan tarik tali yang dianjurkan
oleh Biro Acara dan bermain bersama anak-anak panti asuhan Simpay Asih dan penduduk kampung
yang terlibat
Alhamdulillah, pada akhir program kami berkesempatan bergambar dengan semua penduduk dan
anak-anak panti asuhan SImpay Asih.