laporan kem kepimpinan 2016
DESCRIPTION
cth laporanTRANSCRIPT
SK (ASLI) BKT CHEDING,42700 BANTING, SELANGOR.
LAPORAN KEM KEPIMPINAN 2016
LAPORAN KEM KEPIMPINAN 2016SK (ASLI) BKT CHEDING
OBJEKTIF:1. Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati
diri.
2. Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan
akademik dan sahsiah.
3. Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan .
KUMPULAN SASARAN:Pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua pengawas dan penolong ketua kelas
RINGKASAN PELAKSANAAN PROGRAM:Bengkel kem kepimpinan ini telah dirancang untuk diadakan pada 31 Januari
2016. Bengkel bermula pada jam 8.00 pagi dengan murid berkumpul di dewan Sk (A) Bkt cheding.
Di dewan bengkel dimulai dengan slot pertama pengurusan diri. Kemudian di teruskan dengan slot kedua Peraturan sekolah dan disiplin. Murid berehat pada jam 10.30 pagi.
Selepas rehat program diteruskan lagi dengan slot ketiga Teori dan Praktikal Pengucapan awam. Program berakhir pada jam 1.00 petang. Perjalanan program adalah seperti dalam Lampiran.
KEKUATAN:1. Kerjasama mantap daripada semua guru dan pelajar SKABC2. Acara bermula dan berkahir pada masa yang telah ditetapkan serta berjalan
seperti yang telah dijadualkan.
KELEMAHAN:1. Murid tidak dibekalkan dengan peralatan seperti fail, kertas dan modul
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Murid perlu dibekalkan dengan perlalatan yang diperlukan semasa program
RUMUSAN:Secara keseluruhan, objektif program yang telah digariskan telah dicapai sepertimana yang diharapkan. Program berjalan dengan baik dan jayanya.
Disediakan oleh:
………………………..(En. Khairull Nizam b Mat Taib)Setiausaha Program Kem Kepimpinan 2016SK (A) Bkt Cheding
Disemak oleh:
………………………..
Lampiran:KEM KEPIMPINAN 2016
SK (ASLI) BKT CHEDING
Murid berkumpul di dewan dan slot pertama pengurusan diri
Slot Peraturan sekolah dan DIsiplin
Slot Pengucapan awam