laporan kajian uruf negeri pahang 2008 edited kajian uruf negeri... · 3.10 penggunaan alat...
TRANSCRIPT
LAPORAN PENUH KAJIAN PENETAPAN URUF EMAS PAKAI
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 2008
LAPORAN KAJIAN PENETAPAN URUF EMAS PAKAI
NEGERI PAHANG 2008
Disediakan oleh
Jawatankuasa Kajian Uruf Emas Pakai Negeri Pahang 2008
Abstrak
Penentuan sesuatu uruf perlu melihat kepada aplikasi semasa yang menyeluruh
bagi mendapatkan gambaran sebenar sesuatu hukum berkenaan. Keadaan ini lebih
kritikal jika uruf berkenaan akan dijadikan fatwa yang akan dilaksanakan dalam
pentadbiran agama Islam di Malaysia. Kesilapan dan ke tidak tentuan penentuan uruf
boleh membawa kepada wujudnya kekeliruan di kalangan umat Islam dan menimbulkan
kekusutan dalam pentadbiran . Untuk itu, bagi mendapatkan uruf yang akan dijadikan
hukum, ia perlu diasaskan kepada kajian semasa yang mendalam menggunakan
metode yang sah bagi memahami kedudukan sebenar pelaksanaan uruf berkenaan.
Kajian ini dijalankan di seluruh Negeri Pahang untuk mengetahui status sebenar
pemakaian emas di kalangan wanita di negeri ini. Ini bertujuan untuk mendapatkan
jumlah sebenar emas yang sering dipakai di kalangan wanita dan seterusnya akan
digunakan bagi penentuan kadar emas pakai yang akan dikenakan zakat. Sat alat ukur
kajian telah dibangunkan dan diedarkan ke seluruh negeri Pahang untuk mendapat
gambaran sebenar pemakaian emas di kalangan wanita. Seramai 1500 wanita telah
terpilih dalam kajian ini yang meliputi semua daerah dan strata ekonomi penduduk.
Borang-borang diedarkan kepada responden melalui sesi taklimat khas yang dijalankan
untuk tujuan ini. Hasil kajian adalah kadar sebenar dan semasa emas yang dipakai di
kalangan wanita di negeri Pahang. Ketepatan kadar ini penting untuk menetapkan fatwa
jumlah uruf emas pakai yang akan dikenakan zakat. Kajian yang menyeluruh dan
mendalam ini penting untuk memantapkan pelaksanaan hukum fiqh semasa di Malaysia
Tenaga Kerja Projek Kajian
Penaung Projek : Dato Haji Abdul Rahman B. Haji Osman DIMP., SMP., AMP., PKC.
Mufti Negeri Pahang Darul Makmur. Pengarah Projek : Tuan Haji Halidan B. Md Daud AMP
Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat Pahang. Perunding Projek : Dr. Muhammad Nubli B. Abdul Wahab Jab. Sains Kemanusiaan
Universiti Malaysia Pahang
: En. Mohd Ghani B. Awang Jab. Sains Kemanusiaan
Universiti Malaysia Pahang Pengurus Operasi Projek : Us. Felza zulrrafaaee B. Abd Hamid Unit Dakwah dan Penyelidikan Pusat Kutipan Zakat Pahang
: Us. Adham B. Roslan Unit Teknologi Maklumat
Pusat Kutipan Zakat Pahang Penyediaan Kerangka Kajian Penyediaan Kajian Pilot: : Cik Haslinda Bt. Hashim Universiti Malaysia Pahang
: Us. Zuridan B. Md Daud Universiti Malaysia Pahang : Pn. Munira Bte Razak Universiti Malaysia Pahang : Us. Hilmi B. Mat Said
Universiti Malaysia Pahang Penyediaan Alat Kajian : Dr. Hassan B. Ahmad Universiti Malaysia Pahang Pengumpulan Data Kajian : En. Zainal B. Man : En. Anuar B. Hassan : En. Zahwawi B. Wahab : En. Mohamad Ezani B. Mohamed Kassim Ibu Pejabat PKZ PHG
: Us. Wan Ahmad Safuan B. Wan Yahaya : Cik Nor Syahida Bt Mohd Haris Unit Dakwah Dan Penyelidikan PKZ PHG : En. Zafridan B. Md Daud
: Us. Mohamed Fuad B. Mohamed Zainudin : En. Suhairi B. Ramli
Unit Pemasaran PKZ PHG
: En. Mohd Azmi B. Hj Othman
Unit Perhubungan Awam & Korporat PKZ PHG
: En. Che Samsol B. Ibrahim : En. Wan Mohd Napi B. Wan Sulaiman : Us. Mohd Amran B. Abd Hamid : En. Muhammad Zaki B. Sulaiman : Hj. Khairul Anuar B. Abdullah : En. Ahmad Razali B. Mokhtar : En. Ahmad Farid B. Mohd Ghazali : Us. Mohd Farid B. Mohd Ramly : En. Mohd Amir Irwan B. Abdul Rashid
Pejabat PKZ PHG Zon 1 : Us. Mohd Asri B. Awang : En. Jamari B. Abdul Hamid : En. Jusny B. Jaafar : En. Mohd Ridzwan B. Harun : En. Nor Hisyam B. Ahya’ : En. M.Pairuz Suhairi B. Abdullah : En. Abd Majid B. Abd Manaf : En. Mohd Syamsuri B. Idris
Pejabat PKZ PHG Zon 2 : En. Mohd Zaisam B. Zainal : En. Mohd Yahya B. Shamsuddin : Us. Mohd Khairon B. Umar : En. Rosdi B. Razali : En. Mohd Raqib B. Mohamad : En. Mohd Al-Zaher B. Shafie : En. Mohd Mikdad B. Md Salim
Pejabat PKZ PHG Zon 3 Analisis Data Kajian : Unit Dakwah Dan Penyelidik PKZ PHG Penyediaan Laporan Kajian : Unit Dakwah Dan Penyelidikan PKZ PHG Pembiayaan Projek : Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
Isi Kandungan BAB HALAMAN Bab 1 1.0 Pengenalan 1
1.1 Pendahuluan 1 1.2 Masalah Dan Persoalan Kajian 1 1.3 Objektif Kajian 2
1.4 Kepentingan Kajian 3 1.5 Limitasi Kajian 3 Bab 2 2.0 Kajian Literatur 4 2.1 Emas Perhiasan 4 2.2 Pemakaian Emas dalam Mazhab Imam As Syafie 6 2.3 Uruf 7 2.4 Kajian Pemakaian Emas Di Kalangan Wanita Islam Di Malaysia 11 2.5 Masalah-Masalah Yang Berkaitan Dengan Ke Tidak 12 Tetapan Uruf Emas Pakai Negeri Pahang Bab 3 3.0 Kaedah Kajian 13 3.1 Kajian Kuantitatif 13 3.2 Definisi Kajian 13 3.3 Populasi Kajian 14 3.4 Pemilihan Sampel 14 3.5 Kaedah Pembangunan Alat Kajian 14 3.6 Kajian Pilot 15 3.7 Huraian Persoalan Dan Tujuannya 15 3.8 Alat Kajian 16 3.9 Proses Pengumpulan Data 19 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12 Kaedah Analisis Hasil Kajian 23
Bab 4 4.0 Hasil Kajian
4.1 Tinjauan Dan Analisa 25 4.2 Pembersihan Data Kajian 25
1. Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada Perbezaan Umur Responden 26
2. Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada
Perbezaan Status Responden 27 3. Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada
Perbezaan Pekerjaan Responden 28 4. Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada
Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden 29 5. Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada
Perbezaan Pendapatan Bulanan Responden 30
6. Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai 31
7. Tinjauan Kefahaman Responden Yang Tahu Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Mengikut Kategori Umur 32
8. Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Mengikut Pecahan Kawasan Tempat Tinggal 33
9. Tinjauan Pengetahuan Responden Tentang Pengiraan Zakat Emas Pakai 33
10. Tinjauan Berkaitan Pembayaran Zakat Emas Pakai 34
11. Tinjauan Sumber Pengetahuan Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai 36
12. Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Golongan Yang Layak Menerima Zakat 38
13. Tinjauan Jenis Emas Yang Dipakai Responden 39
14. Tinjauan Jenis Barangan Emas Yang Dimiliki Responden 40
15. Tinjauan Berkaitan Situasi Emas Yang Dimiliki Responden 41
16. Tinjauan Berkaitan Status Pemakaian Emas Responden 42
Bab 5 5.0 Analisa Kajian
5.1 Analisa Keseluruhan 44 5.2 Analisa Kajian Pemakaian Emas Secara Keseluruhan 45 5.2.1 Analisa Mengikut Pecahan Pendapatan Bulan
Responden Secara Terperinci 47 5.2.2 Analisa Mengikut Pecahan Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden Secara Terperinci 48 5.2.3 Analisa Mengikut Pecahan Perbezaan Umur Responden Secara Terperinci 49 5.3 Analisa Kajian Pemakaian Emas Bagi Berat Timbangan 85 Gram Hingga 200 Gram 50 5.3.1 Analisa Mengikut Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden 50 5.3.2 Analisa Mengikut Pecahan Pendapatan Bulanan Responden 51 5.3.3 Analisa Mengikut Perbezaan Umur Responden 51
Bab 6 6.0 Rumusan Dan Cadangan 6.1 Objektif Pertama 54 6.2 Objektif Kedua 54 6.3 Objektif Ketiga 56 Bab 7 Penutup 58
Lampiran
Data kajian Borang Soal Selidik Gambar-gambar yang berkaitan dengan kajian
Bab 1 Pengenalan
Pendahuluan Masalah Kajian Dan Persoalan Kajian Objektif Kajian Kepentingan Kajian Limitasi Kajian
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sejak mula beroperasi pada tahun 1996, PKZ tidak mempunyai satu sandaran
yang khusus mengenai uruf pemakaian emas pakai dan hanya berpandukan kepada
penggunaan uruf yang diamalkan oleh Wilayah Persekutuan dan Selangor iaitu
sebanyak RM 5,000. Walau bagaimanapun, berdasarkan nilai RM 5,000, PKZ telah
menggunakan timbangan 200 gram iaitu nilai yang paling hampir sebagai uruf di negeri
Pahang. Negeri-negeri lain di Malaysia seperti Selangor, Kedah, Perlis, Negeri
Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak termasuk juga Wilayah
Persekutuan telah mengeluarkan fatwa berhubung dengan uruf pemakaian emas di
negeri masing-masing. Kebanyakan negeri-negeri ini telah melakukan kajian khusus
untuk mendapatkan nilai yang sesuai digunakan di negeri mereka. Justeru itu, bagi
mendapatkan nilai uruf yang tepat dan diyakini, satu kajian yang menyeluruh mengenai
kebiasaan pemakaian emas di negeri Pahang telah dilakukan. Hasil dari kajian tersebut
diharapkan dapat menjadi panduan kepada Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak
Negeri Pahang untuk menetapkan kadar uruf pemakaian emas di negeri Pahang supaya
dengan itu ianya menjadi rujukan dan hujah dalam pengiraan zakat emas di negeri ini. 1.2 Masalah dan Persoalan Kajian
Sehingga kini masih belum terdapat kajian berkaitan pemakaian emas di
kalangan wanita Islam di negeri Pahang. Tidak terdapat juga rekod dan data mengenai
pemakaian emas untuk dijadikan rujukan bagi penetapan uruf ini. Oleh itu, terdapat
banyak masalah yang timbul. Di antara masalah kajian ini ialah :
i. Adakah wujud perbezaan yang ketara dalam pemakaian emas di antara tahap–tahap sosioekonomi yang berbeza?
Persoalan ini menjuruskan kepada peringkat umur responden, status
perkahwinan, pekerjaan, kawasan tempat tinggal dan jumlah pendapatan
atau gaji sebulan bagi menentukan perbezaan dalam pemakaian emas di
kalangan wanita Islam. Jawapan bagi persoalan ini dapat membantu dalam
menentukan uruf pemakaian emas di negeri Pahang ini.
ii. Apakah tahap kefahaman mengenai zakat emas di kalangan wanita Islam di Negeri Pahang? Persoalan ini menjuruskan kepada pengetahuan kewajipan menunaikan
zakat emas, cara pengiraan, punca kegagalan dalam menunaikan zakat dan
asnaf yang layak menerima zakat. Segala jawapan yang diberikan akan
menjadi maklumat kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam membantu
mengembangkan kefahaman zakat kepada masyarakat.
iii. Berapakah uruf berat emas pakai yang dipakai di kalangan wanita Islam di negeri Pahang? Persoalan ini menjurus kepada maklumat tentang jenis emas, jenis barangan
emas yang biasa dimiliki, status pemakaiannya dan berat emas yang dipakai
di kalangan wanita Islam di negeri Pahang.
1.3 Objektif Kajian.
Tujuan kajian ini ialah untuk mendapatkan maklumat dan satu nilai yang diyakini
mengenai uruf pemakaian emas bagi golongan wanita Islam di negeri Pahang mengikut
kategori-kategori yang telah ditetapkan. Secara khususnya, tujuan kajian ini
dilaksanakan adalah untuk:
• Mengetahui perbezaan pemakaian emas di antara tahap-tahap sosioekonomi
yang berbeza
• Mengetahui sejauh mana tahap kefahaman mengenai zakat emas pakai di
kalangan wanita di negeri Pahang
• Mengetahui jumlah uruf sebenar pemakaian emas di kalangan wanita Islam
di negeri Pahang
1.4 Kepentingan Kajian.
Membolehkan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang
menetapkan satu keputusan mengenai pemakaian emas di kalangan wanita Islam dalam
negeri Pahang sekali gus mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat mengenai
uruf emas pakai ini.
Mendapatkan satu nilai yang diyakini tentang kebiasaan pemakaian emas di
kalangan wanita Islam di negeri Pahang mengikut tahap pendapatan (rendah,
sederhana dan tinggi).
Menghasilkan satu laporan lengkap mengenai pemakaian emas di kalangan
wanita Islam dalam negeri Pahang. Laporan ini penting untuk membolehkan operasi
pengutipan zakat emas dilaksanakan dengan lebih berkesan mengikut tahap
sosioekonomi dan kawasan sama ada bandar ataupun luar bandar di negeri Pahang.
1.5 Limitasi Kajian
• Kajian ini hanya meliputi emas yang dipakai sahaja dan tidak mengambil kira
emas yang disimpan baik dalam bentuk perhiasan mahupun sebarang bentuk
lain.
• Kajian ini hanya melibatkan responden beragama Islam sahaja.
• Kajian ini hanya dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti
penduduk yang ramai sahaja (bandar-bandar besar, bandar-bandar kecil dan
penempatan-penempatan FELDA).
Bab 2 Kajian Literatur
Emas Perhiasan Pemakaian Emas Dalam Mazhab Imam As-Syafie Uruf Kajian Pemakaian Emas Di Kalangan Wanita Islam Di Malaysia Masalah-Masalah Yang Berkaitan Dengan Ketidak Tetapan Uruf Emas Pakai Negeri Pahang
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Emas Perhiasan.
Ulama Fiqh mempunyai pendapat yang berbeza berkaitan dengan zakat yang
dikenakan ke atas emas yang dijadikan perhiasan wanita. Ini kerana tiada nash shahih
yang jelas sama ada wajib dikeluarkan zakat atau tidak ke atas emas perhiasan ini. Ada
pendapat yang mengatakan tidak dikenakan zakat ke atas emas perhiasan dan juga ada
mengatakan wajib dikeluarkan zakat ke atas emas perhiasan.
1. Ulama yang mengatakan wajib zakat ke atas emas perhiasan berhujah
dengan bersandarkan dalil-dalil naqli antaranya :
Firman Allah SWT :
والذين يكنزون الذهب والفضة وال ينفقونها فى سبيل اهللا فبشرهم بعذاب أليم
“ Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan
atau azab seksa yang tidak terperi sakitnya “ Surah At Taubah ayat 34
Hadis Rasulullah SAW :
وعن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده أن امرأة أتت رسول اهللا صلى اهللا بنة لها ، وفي يد ابنتها مسكتان غليظتان من ذهب ، فقال عليه وسلم ومعها ا
أيسرك أن يسورك اهللا بهما يوم : قال . ال : أتعطين زآاة هذا ؟ قالت : لها ، فألقتهما إلى النبي صلى اهللا عليه فخلعتهما: القيامة سوارين من نار ؟ قال
هما لله عز وجل ولرسوله: وسلم ، وقالت
(1) رواه أبي داود
_____________________________________________________________________________________________
( 1 ) Fiqh Zakah Jilid 1 m/s 330 – Dr Muhammad Yusuf Qardhawi
Bermaksud :
“ telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang wanita bersama anak perempuannya, di
tangan anaknya itu terdapat dua gelang emas yang besar, maka berkata Rasulullah
s.a.w. : “ adakah dikeluarkan zakat dari keduanya ? “ kata wanita itu : “ Tidak “
Rasulullah s.a.w. berkata : “ adakah engkau suka sekiranya Allah memakaikan bagi
kamu gelang dari neraka di akhirat kelak ? ( kerana tidak membayar zakat ) “. Wanita itu
segera menanggalkan dan diberi kepada Rasulullah s.a.w. sambil berkata : “ keduanya
untuk Allah dan Rasul-Nya “. Hadis riwayat Abu Daud
Begitu juga hadis daripada Aisyah r.a : Aku telah menemui Rasulullah dan baginda
melihat di tangan aku terdapat gelang dari perak, lalu sabdanya :” apakah benda
ditanganmu wahai Aisyah ? “ kata aisyah : “ aku buatnya untuk berhias kepadamu wahai
Rasulullah “. Kata Baginda : “ adakah kamu keluarkan zakatnya ? “ Kata Aisyah : “ Tidak
atau Masya Allah. Kata Rasulullah : “ Perhiasan itu merupakan api yang menjadi
bahagian bagi diri mu “ Hadis riwayat Abu Daud, Daruqutni, Hakim dan Baihaqi
2. Ulama yang mengatakan tidak wajib zakat ke atas emas perhiasan
bersandarkan kepada beberapa sandaran :
Ibnu Hazm berkata : bahawa Jabir bin Abdullah dan Ibnu Umar berkata : Tidak
dikenakan zakat pada perhiasan. Ini juga merupakan pendapat dari Asma binti Abu Bakr
dan diriwayatkan juga dari Aisyah dan riwayat ini adalah shahih. Juga diriwayatkan oleh
Sya’bi dan Umrah binti Abdul Rahman dan Abu Ja’far Muhammad bin Ali. Dan juga
diriwayatkan dari Thawus, Hasan dan Said bin Musaiyib.
Juga menjadi pendapat Qasim bin Muhammad, dan menjadi pegangan Imam
Malik bin Anas dan Imam Ahmad bin Hambal dan juga Ishaq bin Ruwaihah. Hal ini juga
menjadi pendapat Imam As Syafie dalam qaulnya yang Azhar seperti mana kata Imam
Al Khitaabi. ( 1 )
_____________________________________________________________________________________________
( 1 ) Fiqh Zakah Jilid 1 m/s 331 – Dr Muhammad Yusof Qardhawi
2.2 Pemakaian emas dalam mazhab syafie:
Mengikut Mazhab Imam As-Syafie, emas yang dipakai sebagai perhiasan wanita
( Emas pakai ) adalah satu perkara yang diwajibkan zakat apabila telah cukup syarat-
syaratnya. Syarat yang utama ialah berat emas pakai (bagi setiap individu) adalah
melebihi uruf. Uruf adalah kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat.
Perhiasan yang melebihi ( adat ) kebiasaan, wajib dizakatkan :
Perhiasan yang melebihi batas berlebih-lebihan dan melewati paras kebiasaan,
maka ia wajib dizakatkan. Perkara yang menggugurkan kewajipan zakat pada emas
perhiasan ini ( meskipun ia termasuk dalam bentuk kekayaan ) adalah bahawa syarak
membolehkan pemakaiannya dan berhias dengannya untuk wanita. Maka kedudukan
emas perhiasan ini sama seperti pakaian dan peralatan rumah ( bentuk kekayaan tetapi
tidak dikenakan zakat ke atasnya ). ( 1 )
Namun jika melampaui batas kewajaran, maka hal ini adalah haram atau makruh
dan pemakaian sedemikian tidak diakui oleh syarak ( 2 ). Imam Nawawi r.a berkata :
Ulama Shafieyah berkata : Semua perhiasan yang dibolehkan ke atas wanita dipakai jika
tiada unsur berlebih-lebihan yang nyata, jika perhiasan tersebut seperti gelang kaki
dengan berat 200 dinar, maka sahih sebahagian besar ulama dari negeri Iraq
mengharamkannya ( 3 )
Pemakaian barang yang dibolehkan dalam syariat dibatasi dengan 2 kaitan iaitu
tanpa berlebih-lebihan dan tanpa kesombongan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
رواه بخاري آلو واشربوا والبسوا من غير سرف وال مخيلةBermaksud : “ Makanlah dan berpakaianlah dengan tanpa berlebih-lebihan dan
tidak pula dengan kesombongan
___________________________________________________________________
( 1 ) Fiqh Zakah Jilid 1 m/s 351 – Dr Muhammad Yusof Qardhawi
( 2 ) Fiqh Zakah Jilid 1 m/s 351 – Dr Muhammad Yusof Qardhawi
( 3 ) Majmuk Jilid 6 m/s 40 – Imam Abu Zakaria An Nawawi
Tetapi bagaimanakah yang dikatakan sebagai batas berlebih-lebihan tersebut ?
Dr Muhammad Yusof Al Qardawi dalam penulisannya : Batas tersebut berbeza-beza
mengikut perbezaan keperibadian seseorang, lingkungan dan keadaannya. Jadi
hukumnya di sini adalah bersandarkan uruf di sesuatu tempat bersandarkan keadaan
semasa. ( hukum uruf ) ( 1 )
2.3 Uruf
Konsep Uruf dan Pemakaiannya dalam Penetapan Hukum Islam
Definisi uruf :
Satu istilah Islam dalam bahasa Arab yang merujuk kepada adat atau
"pengetahuan" sesuatu masyarakat yang menyebabkan perubahan fiqh
Uruf merupakan salah satu sumber keputusan Syariat Islam apabila tiadanya
teks-teks utama yang tertulis di dalam Al Quran dan Sunnah ( Hadis ) yang dapat
menentukan keputusan. Uruf juga boleh menentukan sesuatu yang dinyatakan secara
am dalam teks-teks utama ( Al Quran dan Hadis )
Pengertian Uruf :
Uruf merupakan salah satu daripada sumber-sumber perundangan Islam seperti
juga Ijmak, Qiyas, Istihsan, Istishab, Masolehu Al Mursalah, Pendapat Para Sahabah
( Qaulu As Sohabah ) Amalan Ahli Madinah dan lain-lain di dalam melakukan ijtihad
selain dari bersumberkan kepada dua sumber utama iaitu Al Quran dan Hadis
Rasulullah SAW. ( 2 )
Uruf tidak digunakan untuk menetapkan hukum hakam yang telah jelas
hukumnya di dalam syarak melalui Al Quran dan Hadis dan tidak juga boleh digunakan
untuk menghalalkan apa yang haram ataupun mengharamkan apa yang dihalalkan oleh
syarak secara jelas dan terang ( 3 )
___________________________________________________________________ ( 1 ) Fiqh Zakah Jilid 1 m/s 353 – Dr Muhammad Yusof Qardhawi
( 2 ) Usul Fiqh Al Islami Jilid 2 m/s 835 – Dr Wahbah Az Zuhaily
( 3 ) Usul Fiqh Al Islami Jilid 2 m/s 835 – Dr Wahbah Az Zuhaily
Uruf merupakan salah satu sumber hukum yang dipelopori oleh Mazhab Hanafi
dan Maliki yang berada di luar lingkup nash ( 1 ). Uruf juga adalah bentuk-bentuk
mu’amalah yang telah menjadi adat kebiasaan dan telah berlaku lama di tengah
masyarakat. Dan ini termasuk salah satu sumber hukum ( ashl ) dari usul fiqh yang
diambil dari inti sari sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
“ Apa yang di pandang baik kaum Muslimin, maka menurut Allah pun
digolongkan sebagai perkara yang baik “
Uruf menurut pengertian ulama fiqh ialah :
عادة جمهور قوم في قول أو عمل
Ertinya : Uruf itu ialah amalan ataupun percakapan sesuatu kaum yang menjadi
kebiasaan ( adat ) mereka.
Ini memberi maksud bahawa tidaklah wujud sesuatu uruf itu melainkan ianya
benar-benar berlaku di antara manusia di tempat tertentu, ataupun ia berlaku di mana
sebahagian besar penduduk sebuah negeri itu mengerjakan uruf ini dan mematuhinya.
Adat pada pandangan fuqaha adalah perkara yang dilakukan majoriti manusia
baik dalam bentuk perkataan atau pun perbuatan secara berulang-ulang hingga
meresap ke dalam jiwa mereka dan di terima dalam pemikiran mereka. Atau apa yang
biasa dilakukan manusia atau sekelompok orang, sehingga meresap ke dalam jiwa
tentang perbuatan yang beredar di antara mereka atau banyak penggunaannya dalam
makna khusus, atau apa yang telah di kenal manusia dan mereka lakukan tentang
ucapan, perbuatan atau meninggalkan perbuatan tersebut.
___________________________________________________________________ ( 1 ) Usul Fiqh Al Islami Jilid 2 m/s 835 – Dr Wahbah Az Zuhaily
Menurut Imam Al Ghazali dalam kitabnya Al Mustoshfa , uruf bermaksud :
Sesuatu yang telah menjadi mantap/kuat di dalam jiwa dari segi akal
dan dapat diterima oleh fikiran yang sihat/ baik.
Imam Ghazali membahagikan Uruf kepada dua bahagian :
1.) Uruf yang baik ialah uruf yang telah dikenali oleh masyarakat, tidak
bertentangan dalil syar’iy, tidak menghalalkan yang haram dan tidak
membatalkan suatu yang wajib.
2.) Uruf yang tidak sah, ialah uruf yang dilaksanakan tetapi bertentangan dengan
agama atau menghalalkan yang haram atau membatalkan kewajipan.
Di dalam kitab “ Al Asybah wa An Nazhair, pengarangnya Ibnu Najm ada menyatakan:
“ Suatu hukum yang ditetapkan berdasarkan uruf sama dengan suatu hukum
yang ditetapkan berdasarkan dalil syar’iy “
Imam Sarkhasi dalam kitab Al Mabsudh berkata :
“ Apa yang ditetapkan berdasarkan uruf, statusnya sama seperti yang ditetapkan
berdasarkan nash “
Para ulama menyatakan bahawa uruf merupakan salah satu sumber isthinbat
hukum, menetapkan ia boleh menjadi dalil jika tidak dijumpai nash dari Al Quran dan
hadis. Akan tetapi, apabila uruf tersebut bertentangan dengan Al Quran dan Hadis,
seperti kebiasaan masyarakat di suatu zaman melakukan perbuatan yang diharamkan
sebagai contoh minum arak atau makan riba, maka uruf mereka di tolak ( mardud )
Dalil-dalil syarak mengenainya dan kekuatannya di dalam hujah syariat :
1.) Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Barang siapa yang mengadakan satu contoh amalan yang baik di dalam Islam,
maka baginya pahala dan pahala orang yang melakukan amalan tersebut sampailah ke
hari kiamat, dan barang siapa yang mereka cipta satu contoh amalan yang jahat, maka
dosa alam itu tertimpa ke atasnya dan ( begitulah juga tertimpa ke atasnya ) dosa-dosa
orang-orang yang mencontohinya, tanpa dikurangkan sedikit pun sehinggalah ke hari
kiamat”
2.) Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Apa yang dipandang baik kaum muslimin, maka menurut Allah pun digolongkan
sebagai perkara yang baik “
3.) Atsar dari Sahabat ( Sayidina Abdullah Bin Mas’ud R.A )
“ Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin, maka ia juga adalah baik di sisi
Allah Taala. Dan apa yang dipandang jelek oleh kaum muslimin, maka ia juga adalah
jelek di sisi Allah Taala “
Pembahagian Uruf :
1.) Uruf yang fasid ( rosak / jelek ) yang tidak boleh diterima iaitu uruf yang
bertentangan dengan nash qath’iy
2.) Uruf yang shahihah ( baik / benar ) uruf yang boleh diterima dan di pandang
salah satu sumber asas hukum Islam.
Kaedah Fiqh yang bersumberkan Uruf :
1.) Adat itu dijadikan hukum
2.) Hujah yang dipakai oleh orang ramai, wajib dilakukan
3.) Uruf itu dikenali sebagaimana syarak
4.) Ketentuan melalui uruf adalah sama dengan ketentuan oleh nas
5.) Perubahan hukum tidak dapat diingkari oleh perubahan masa
2.4 Kajian Pemakaian Emas di kalangan wanita Islam di Malaysia
Bagi masyarakat Islam di Malaysia, tempat dalam konteks ini adalah negeri. Oleh
itu, setiap negeri di Malaysia seharusnya mempunyai satu nilai uruf emas pakainya
sendiri bagi menjadi garis panduan taksiran Zakat Emas Pakai. Di sini dilampirkan
beberapa maklumat berkaitan dengan kajian pemakaian emas bersandarkan kepada
kajian di negeri masing-masing. BIL
NEGERI URUF EMAS PAKAI
CATATAN
1 Kedah 170 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat
2. Telah difatwakan
2 Perlis 170 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat
2. Telah difatwakan
3 Pulau Pinang 165 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat
2. Telah difatwakan
4 Melaka RM 5,000 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat
2. Telah difatwakan
5 Johor 850 gram 1.Lebihan daripada uruf dikenakan zakat
2. Telah difatwakan
6 Negeri Sembilan 850 gram (lama)
200 gram (baru)
1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat.
2. Belum difatwakan bagi kadar ( uruf ) baru
7 Selangor 800 gram 1. Telah difatwakan
8 Wilayah 150 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat
2. Telah difatwakan
9. Kelantan Tiada uruf
10. Terengganu 150 gram 1. Fatwa Terengganu 850 gram tetapi
amalan yang digunapakai 150 gram.
2. Akan dibuat kajian baru
11. Pahang 200 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat
2. Tiada fatwa
12. Perak 500 gram 1. Zakat atas keseluruhan
2. Telah difatwakan
13. Sabah RM 5,000 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat
2. Telah difatwakan
14. Sarawak 775 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat
2. Telah difatwakan
2.5 Masalah-masalah yang berkaitan dengan ke tidak tetapan uruf emas pakai di Negeri Pahang
1. Ketiadaan hujah yang kukuh bagi menjawab persoalan masyarakat terhadap
berat atau nilai uruf setempat.
2. Wujud kekeliruan di kalangan umat Islam tentang berat atau nilai sebenar uruf di
negeri Pahang.
Bab 3 Kaedah Kajian
Kajian Kuantitatif Definisi Kajian Populasi Kajian Pemilihan Sample Kaedah Pembangunan Alat Kajian Kajian Pilot Huraian Persoalan Dan Tujuannya Alat Kajian Proses Pengumpulan Data Penggunaan Alat Penimbang Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian Kaedah Analisis Hasil Kajian
BAB 3 KAEDAH KAJIAN
3.1 Kajian Kuantitatif
Kajian secara kuantitatif ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan gambaran
sebenar pemakaian emas di kalangan wanita di negeri Pahang. Kaedah ini bersesuaian
kerana ia melibatkan jumlah sampel yang ramai dan menggunakan borang soal selidik
berstruktur untuk memudahkan pengumpulan dan analisis data kajian. Kaedah ini juga
bersesuaian kerana ia boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menggambarkan
gambaran keseluruhan pemakaian emas di kalangan penduduk di negeri Pahang.
3.2 Definisi kajian.
1. Golongan berpendapatan sederhana : Golongan ini terdiri dari wanita yang
bekerja atau ditanggung oleh ahli keluarga yang bekerja dengan pendapatan isi rumah
sebulan di antara RM 1,501 hingga RM 4,000. Ini berdasarkan skim gaji kakitangan
kerajaan kumpulan profesional.
2. Golongan berpendapatan tinggi : Golongan ini terdiri dari wanita yang bekerja
atau ditanggung oleh ahli keluarga yang bekerja dengan pendapatan isi rumah sebulan
melebihi RM 4,001 ke atas. Ini berdasarkan skim gaji kakitangan kerajaan bagi
kumpulan khas dalam kerajaan ( JUSA ). Golongan ini lebih berkecenderungan untuk
memiliki barang perhiasan sendiri.
3. Kawasan bandar besar. Kawasan ini ialah bandar Kuantan, bandar Temerloh, dan bandar Bentong.
4. Kawasan bandar Kecil. Kawasan ini ialah bandar Rompin, bandar Muadzam
Shah bandar Pekan, bandar Bera, bandar Jerantut, bandar Jengka, bandar Maran,
bandar Raub, bandar Kuala Lipis, dan bandar Cameron Highlands.
5. Penempatan FELDA. Kawasan ini merangkumi semua FELDA yang terdapat
dalam negeri Pahang. Ia dipecahkan kepada tiga zon iaitu :
Zon 1. Melibatkan FELDA dalam daerah Kuantan, Rompin, Muadzam Shah, dan
Pekan.
Zon 2. Melibatkan FELDA dalam daerah Temerloh, Bera, Jengka, Maran, dan
Jerantut.
Zon 3. Melibatkan FELDA dalam daerah Bentong, Raub, dan Kuala Lipis.
3.3 Populasi Kajian.
Kajian dilakukan dengan melibatkan wanita beragama Islam di seluruh negeri
Pahang yang memakai perhiasan emas. Ia melibatkan seluruh daerah di negeri Pahang
kecuali daerah Cameron Highlands.
Kumpulan sasar ini melibatkan kakitangan wanita di jabatan-jabatan kerajaan
dan swasta di bandar besar dan kecil , persatuan-persatuan wanita dan kaum wanita di
kawasan penduduk yang ramai seperti di FELDA di setiap lokasi sasaran.
Rasional pemilihan sampel kajian ini kerana keupayaan dan kecenderungan
untuk memiliki perhiasan terutamanya emas adalah tinggi peratusannya berbanding
populasi lain. Ini bersandarkan kepada taraf sosioekonomi mereka yang stabil dan
persekitaran yang mendorong ke arah untuk memiliki perhiasan.
3.4 Pemilihan Sampel
Seramai 1500 wanita Islam di negeri Pahang telah dipilih secara rawak dalam
kajian ini. Sasaran responden ini ialah golongan wanita yang berumur antara 31 tahun
hingga 58 tahun. Ini kerana kebanyakan wanita ini telah mempunyai sumber pendapatan
sendiri atau ditanggung suami dan mereka ini berkecenderungan untuk memiliki emas
pakai dan juga mengambil kira had umur perkhidmatan awam kerajaan Malaysia.
Responden dipecahkan hanya kepada 2 bahagian iaitu golongan berpendapatan
sederhana dan golongan yang berpendapatan tinggi.Ini kerana kebarangkalian 2
golongan ini memiliki emas pakai adalah tinggi peratusannya berbanding dengan
golongan yang berpendapatan rendah.
3.5 Kaedah Pembangunan Alat Kajian
Beberapa siri perbincangan membangunkan alat kajian telah dibuat bersama Dr.
Muhammad Nubli bin Abdul Wahab dan En. Mohd Ghani bin Awang serta beberapa
orang pensyarah di Jabatan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang yang
terlibat secara langsung dengan kajian ini. Pada peringkat awal, perkara-perkara yang
dibincangkan dalam perjumpaan tersebut ialah merangka dan mengenal pasti bentuk
soalan yang sesuai digunakan bagi mencapai matlamat kajian. Turut dibincangkan ialah
sasaran responden serta modus operandi yang akan dilaksanakan. Setelah
perbincangan demi perbincangan diadakan, satu draf soalan telah berjaya disiapkan
berserta huraian sebab-sebab soalan dikemukakan.
3.6 Kajian Pilot
Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini telah dibuat pengujian pilot yang
melibatkan 120 orang responden. Hasil daripada pengujian ini, alat kajian telah
diperbaiki untuk membolehkannya sesuai untuk dijadikan alat kajian. Perkara yang
dilihat dalam pengujian pilot adalah kesesuaian alat untuk menjawab persoalan kajian,
kesesuaian gaya bahasa yang digunakan, format soalan kajian dan apa yang paling
penting adalah terhadap item yang mengukur jumlah emas yang dipakai dalam
menentukan urus emas pakai. Hasil analisis terhadap setiap item semasa ujian pilot
mendapati semua item sesuai dan boleh untuk digunakan dalam proses pengumpulan
data.
3.7 Huraian setiap item dalam alat kajian dan tujuannya. Soalan 1 hingga 6
Untuk mengetahui maklumat asas dan tahap sosioekonomi responden. Soalan 7 hingga 10
Untuk mengetahui tahap kefahaman wanita Islam Negeri Pahang mengenai
kewajipan zakat emas.
Soalan 11
Untuk mengetahui kaedah responden membayar zakat emas Soalan 12
Untuk mengenal pasti punca responden tidak membayar zakat emas Soalan 13
Untuk mengenal pasti sejauh mana kefahaman responden tentang golongan
yang termasuk dalam asnaf yang berhak menerima zakat.
Soalan 14
Untuk mengetahui jenis emas yang dimiliki responden. Ini kerana jenis emas
yang berbeza mempunyai kaedah taksiran yang berbeza.
Soalan 15, 16 dan 17
Untuk mengetahui jenis barangan, status dan situasi pemakaian emas wanita
Islam Negeri Pahang. (Maklumat ini dapat membantu dalam menentukan uruf
pemakaian emas Negeri Pahang)
Soalan 18
Untuk mendapat anggaran berat atau nilai emas yang dimiliki responden 3.8 Alat Kajian Borang soal selidik uruf pemakaian emas di kalangan wanita Islam Negeri Pahang
BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN
1. Umur
31 - 40 tahun
41 - 50 tahun
51 - 58 tahun
2. Status perkahwinan :
Bujang
Berkahwin
Ibu tunggal
Balu
Janda
3. Pekerjaan :
Bekerja
Tidak bekerja
Pesara
4. Daerah Responden :
Kuantan Pekan
Temerloh Maran
Bentong Jengka
Muadzam Shah Bera
Rompin Jerantut
Raub Lipis
Chenor Cameron Highlands
5 Kawasan tempat tinggal
Bandar besar
Bandar kecil
FELDA
6. Jumlah pendapatan sebulan :
RM 1, 000 hingga 1,500
RM 1,501 hingga RM 4,000
RM 4,001 ke atas
BAHAGIAN B : KEFAHAMAN MENGENAI ZAKAT EMAS
7. Adakah anda tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan ?
Ya
Tidak
8. Dari mana anda tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan ?
Taklimat penerangan zakat
Kaunter penerangan zakat
Kuliah agama
Risalah
Media massa
Internet
9. Adakah anda tahu cara mengira zakat emas ?
Ya
Tidak
10. Adakah anda pernah membayar zakat emas ?
Ya
Tidak
11. Di mana tempat anda membayar zakat emas ?
Pusat Kutipan Zakat Pahang ( PKZ )
Badan - badan lain
Agih terus kepada orang yang berhak menerima zakat ( asnaf )
12. Kenapa anda tidak membayar zakat emas ?
Tidak mencukupi uruf emas pakai
Tidak tahu ke mana tempat perlu dibayar
Ragu dengan pengurusan zakat di Pahang
Enggan membayar zakat
13. Siapakah yang layak menerima zakat ?
Fakir
Anak - anak yatim
Janda
Balu
Mualaf
Miskin
BAHAGIAN C : PEMAKAIAN EMAS
14. Jenis emas yang anda miliki :
999 ( emas sepuluh )
950
916
875
750 ( emas paun )
Emas putih
15. Jenis barang emas yang dimiliki :
Cincin
Gelang tangan
Rantai leher
Rantai kaki
Subang
16. Status emas yang dimiliki :
Lebih kerap disimpan
Lebih kerap dipakai
Sama kerap simpan dan pakai
17. Situasi pemakaian emas :
Pakai sepanjang tahun
Pakai 1 bulan hingga 3 bulan sahaja
Pakai 4 bulan hingga 6 bulan sahaja
Simpan sepanjang tahun
Pakai untuk bersiar - siar sahaja
Pakai ke majlis keraian sahaja
Pakai ke tempat kerja sahaja
BAHAGIAN D : BERAT / NILAIAN SEMASA EMAS
18. Berapakah berat emas yang anda miliki ?
Berat Sebenar ( gram )
Emas Pakai Emas Simpan
19. Berapakah nilaian emas yang anda miliki ?
Nilaian Sebenar
Emas Pakai
Emas Simpan
Tahun dibeli :_______________________________
3.9 Proses Pengumpulan Data
Proses pengumpulan data akan dilakukan melalui taklimat umum bersama
program kempen zakat sama ada kempen zakat PZB ( Potongan Zakat Berjadual ) atau
Ops Bisnes ( Zakat Perniagaan ) akan dilaksanakan mengikut tarikh dan tempat yang
telah ditetapkan.
Selain itu juga, taklimat khas berkaitan projek ini juga akan dilakukan bagi lokasi-
lokasi yang tertentu seperti yang tinggal di kawasan FELDA akan dilaksanakan
mengikut ketetapan yang telah dipersetujui. Dalam proses ini, semua wanita
dikumpulkan dan diberikan taklimat mengenai zakat selama 15 minit. Setelah taklimat
dilaksanakan, peserta diberi penerangan tentang tujuan kajian ini dijalankan.
Peserta kajian diberi bimbingan bagi menjawab segala soalan kajian dan
seterusnya peserta kajian menimbang emas perhiasan yang mereka bawa di hadapan
pegawai bagi mendapatkan jumlah timbangan emas dengan tepat dan diyakini. Sebagai
tanda terima kasih atas kesudian para peserta dalam memberi kerjasama untuk
menjayakan kajian ini, pihak pengurusan projek ini telah memberi cenderahati kepada
setiap peserta sebagai tanda ingatan kepada mereka.
3.10 Penggunaan Alat Penimbang untuk mengukur jumlah berat emas yang dipakai
Jenis alat penimbang yang digunakan adalah alat timbang berat digital dari
jenama APEX model A2000-1 yang mampu mengukur dengan tepat berat emas
sehingga 2 kilogram pada satu-satu masa. Alat ini digunakan di semua kaunter Pusat
Kutipan Zakat Pahang dan didapati amat sesuai digunakan dalam menaksir Zakat
Emas. Kaedah ini dilaksanakan untuk membolehkan jumlah sebenar pemakaian emas di
kalangan wanita diketahui dengan tepat dan mengelakkan sebarang andaian dan
tekaan yang boleh mencacatkan ketepatan data kajian.
Gambar menunjukkan alat penimbang yang digunakan untuk mengukur berat emas.
Gambar menunjukkan seorang petugas sedang menimbang emas.
Gambar menunjukkan seorang responden sendang menimbang jumlah emas yang
dipakai.
3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian
Bagi melaksanakan kajian ini secara efisien, tenaga kerja yang terlibat dalam
kajian ini dibahagikan kepada 4 unit utama iaitu Unit Penyelarasan Borang Soal Selidik,
Unit Taklimat Dan Pengumpulan Data, Unit Terjemahan Kajian dan Unit Penilaian dan
Penetapan Hasil Kajian yang merangkumi 43 kakitangan Pusat Kutipan Zakat Pahang.
Unit Penyelarasan Borang Soal Selidik
• Jab. Mufti, Uni. Malaysia Pahang dan Pusat Kutipan Zakat Pahang • Tugas – membuat borang asal (pilot test), uji dan bincangkan hasil pilot test,
perbaiki borang soal selidik
Unit Taklimat Dan Pengumpulan Data • Pusat Kutipan Zakat Pahang • Bergerak ke seluruh lokasi dan menemui setiap sasaran • Menimbang dan mengumpul maklumat dan borang soal selidik
Unit Terjemahan Kajian • Pusat Kutipan Zakat Pahang • Menterjemah hasil kajian ke dalam format yang dikehendaki
Unit Penilaian dan Penetapan Hasil Kajian
• Uni. Malaysia Pahang, Pusat Kutipan Zakat Pahang • Meneliti dan menilai data yang telah di terjemah • Membuat rumusan dan penetapan hasil kajian
3.12 Kaedah kod Data Kajian
Untuk memasukkan data dalam komputer, terlebih dahulu data ditukarkan
kepada sistem simbol untuk menyampaikan maklumat atau arahan kepada komputer.
Kaedah kod yang digunakan adalah seperti berikut:
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8A S8B S8C S8D S8E S8F
S9 S10 S11 S12 S13A S13B S13C S13D S13E S13F S14
S15A S15B S15C S15D S15E S16 S17 S18A S18B S18AA S18BB S19A
S19AA S19B S19BB S19C
Kod Soalan Kod Soalan
S1 Umur Responden S2 Status Perkahwinan
S3 Pekerjaan S4 Daerah
S5 Kawasan Tempat Tinggal S6 Jumlah Pendapatan Sebulan
S7 Adakah Anda Tahu Bahawa Emas Yang Dipakai Wajib Dizakatkan S8
Dari Mana Anda Tahu Bahawa Emas Yang Dipakai Wajib Dizakatkan
S8A Taklimat Penerangan Zakat S8B Kaunter Penerangan Zakat
S8C Kuliah Agama S8D Risalah
S8E Media Massa S8F Internet
S9 Adakah Anda Tahu Cara Mengira Zakat Emas S10
Adakah Anda Pernah Membayar Zakat Emas
S11 Di mana Tempat Anda Membayar Zakat Emas S12 Kenapa Anda Tidak Membayar Zakat Emas
S13 Siapakah Yang Layak Menerima Zakat S13A Fakir
S13B Anak – Anak Yatim S13C Janda
S13D Balu S13E Muallaf
S13F Miskin S14 Jenis Emas Yang Anda miliki
S15 Jenis Barang Emas Yang Dimiliki S15A Cincin
S15B Gelang Tangan S15C Rantai Leher
S15D Rantai Kaki S15E Subang
S16 Status Emas Yang Dimiliki S17 Situasi Pemakaian Emas
S18 Berapakah Berat Emas Yang Anda Miliki S18A Berat Sebenar Emas Pakai ( gram )
S18B Berat Anggaran Emas Pakai ( gram ) S18AA Berat Sebenar Emas Simpan ( gram )
S18BB Berat Anggaran Emas Simpan ( gram ) S19 Berapakah Nilaian Emas Yang Anda miliki
S19A Nilaian Sebenar Emas Pakai ( RM ) S19B Nilaian Anggaran Emas Pakai ( RM )
S19AA Nilaian Sebenar Emas Simpan ( RM ) S19BB Nilaian Anggaran Emas Simpan ( RM )
S19C Tahun Dibeli
3.13 Kaedah Analisis Hasil Kajian
Kaedah analisis untuk mendapatkan hasil kajian adalah dengan menggunakan
analisis statistik deskriptif seperti jadual kekerapan dan juga jadual peratusan. Untuk
memudahkan analisis kajian, setiap persoalan di dalam borang kaji selidik telah
dikategorikan mengikut aturan jadual dalam sistem analisis. Setiap data-data yang
terkumpul di dalam sistem analisis telah diterjemahkan melalui kaedah jadual kekerapan
dan peratusan untuk mendapatkan hasil kajian.
Objektif Pertama Untuk objektif ini, analisis yang digunakan adalah :
Analisis deskriptif menggunakan soalan-soalan dari bahagian A iaitu bernombor
1,2,3,4,5 dan 6. Analisis ini dapat memberi gambaran dan maklumat kepada
pihak yang terlibat tentang perbezaan dalam pemakaian emas di kalangan
wanita Islam di negeri ini bersandarkan kepada perbezaan tahap sosioekonomi
responden.
Analisis hubungan antara soalan-soalan dari bahagian A ( Profil Responden )
dengan bahagian C ( Pemakaian Emas ) iaitu soalan bernombor 18 dan 19.
Analisis ini dapat memberi gambaran tentang perbezaan yang wujud dalam
masyarakat wanita Islam di negeri ini tentang gaya pemakaian emas di kalangan
wanita Islam di negeri ini.
Analisis hubungan antara soalan. Ini kerana setiap soalan di dalam kajian berkait
di antara satu sama lain dan dapat membantu dalam mencapai objektif yang
dicari.
Objektif Kedua Untuk objektif ini, analisis yang digunakan adalah :
Analisis deskriptif menggunakan soalan-soalan dari bahagian B bernombor
7,8,9,10,11,12, dan 13 iaitu adakah anda tahu emas yang dipakai wajib
dizakatkan, tahu melalui apa, tahu cara kira atau tidak, pernah membayar zakat
atau tidak, di mana tempat bayar zakat, kenapa tidak membayar zakat dan siapa
yang layak menerima zakat. Analisis ini dapat memberi gambaran dan maklumat
kepada pihak yang terlibat tahap kefahaman mengenai zakat harta khususnya
zakat emas di kalangan wanita Islam di negeri ini.
Analisis hubungan antara soalan-soalan dari bahagian B ( Kefahaman Mengenai
Zakat Emas ) dengan soalan-soalan dari Bahagia A ( Profil Responden ). Analisis
ini dapat memberi gambaran tentang perbezaan yang wujud dalam masyarakat
wanita Islam di negeri ini tentang pemahaman mengenai zakat emas
berdasarkan kepada profil responden.
Analisis hubungan antara soalan. Ini kerana setiap soalan di dalam kajian berkait
di antara satu sama lain dan dapat membantu dalam mencapai objektif yang
dicari.
Objektif Ketiga Untuk objektif ini, analisis yang digunakan adalah :
Analisis deskriptif menggunakan soalan bernombor 18 iaitu berapakah berat
emas yang anda miliki dan soalan bernombor 19 iaitu berapakah nilaian emas
yang anda miliki. Analisis ini dapat menentukan berat emas yang biasa dipakai
oleh wanita Islam di negeri ini.
Analisis hubungan antara soalan bernombor 18 dan soalan bernombor 1,2,3,4,5
dan 6. Analisis ini dapat memberi gambaran tentang gaya pemakaian sebenar
masyarakat wanita Islam di negeri ini berdasarkan kepada profil responden.
Analisis hubungan antara soalan. Ini kerana setiap soalan di dalam kajian berkait
di antara satu sama lain dan dapat membantu dalam mencapai objektif yang
dicari.
Bab 4 Hasil Kajian
Tinjauan Dan Analisa Pembersihan Data Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada Perbezaan Umur Responden Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada Perbezaan Status Responden Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada Perbezaan Pekerjaan Responden Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada Perbezaan Pendapatan Bulanan Responden Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Tinjauan Kefahaman Responden Yang Tahu Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Mengikut Kategori Umur Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Mengikut Pecahan Kawasan Tempat Tinggal Tinjauan Pengetahuan Responden Tentang Pengiraan Zakat Emas Pakai Tinjauan Berkaitan Pembayaran Zakat Emas Pakai Tinjauan Sumber Pengetahuan Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Golongan Yang Layak Menerima Zakat Tinjauan Jenis Emas Yang Dipakai Responden Tinjauan Jenis Barangan Emas Yang Dimiliki Responden Tinjauan Berkaitan Situasi Emas Yang Dimiliki Responden Tinjauan Berkaitan Status Pemakaian Emas Responden
BAB 4 HASIL KAJIAN
4.1 Tinjauan dan Analisa
Usaha untuk mendapatkan kadar kebiasaan atau uruf pemakaian emas
masyarakat wanita Islam negeri Pahang dalam ketogeri zakat emas pakai telah
menampakkan beberapa hasil kajian yang menarik untuk diperhatikan. Ini jelas
berdasarkan kepada keputusan kajian yang telah dijalankan berdasarkan beberapa
kriteria yang telah dipilih oleh penyelidik dalam menentukan uruf pemakaian emas baru
bagi negeri ini.
Daripada soal selidik yang dijalankan, didapati sejumlah 1451 borang dari 1500
borang diedarkan telah diguna pakai untuk mendapatkan data yang sah untuk objektif
pertama dan kedua dan sejumlah 1094 borang telah diguna pakai untuk mendapatkan
data yang sah bagi objektif yang ketiga dan data-data tersebut dijadikan hasil kajian bagi
projek uruf ini. Hasil telah diperoleh berdasarkan setiap kriteria mengikut pecahan
soalan di dalam borang soal selidik tersebut. Berikut adalah dapatan atau perolehan dari
hasil kajian mengikut item borang soal selidik yang dijalankan. Data ini menjadi asas
kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi menilai perancangan masa depan aktiviti dan
program untuk melicinkan lagi perkhidmatan dan pelaksanaan pungutan zakat negeri
Pahang.
4.2 Pembersihan Data Kajian
Daripada 1451 responden kajian, sebanyak 357 (25%) borang tidak boleh
digunakan. Ini kerana borang yang dilengkapkan tidak diisi sepenuhnya. Responden
tidak menjawab bahagian yang paling penting dalam kajian iaitu soalan nombor 18
dalam aspek berat emas pakai yang dimiliki. Keadaan ini menjadikan borang yang diisi
tidak boleh untuk digunakan untuk objektif yang ketiga. Keadaan ini kerana semasa
taklimat dijalankan, responden sama ada tidak mengetahui berapakah anggaran emas
yang dimiliki atau enggan untuk memberikan maklumat kepada pegawai yang
mengendalikan proses pengumpulan data. Sungguhpun begitu, hampir keseluruhan
(75%) responden memberikan kerjasama dan melengkapkan borang soal selidik yang
diberikan.
Walau bagaimanapun untuk analisis soalan yang lain dari jumlah emas yang
dipakai, jumlah responden yang digunakan adalah 1451. Ini kerana responden
menjawab semua soalan yang diberikan dan adalah lebih baik jika data ini digunakan. Ini
juga boleh menguatkan lagi dapatan kajian yang diperoleh khasnya untuk menjawab
objektif pertama dan kedua dalam kajian ini. Jadual 1
Perkara Bilangan %
Bilangan Borang Keseluruhan 1500 100.00% Bilangan Borang Dikembalikan 1451 96.73%
Bilangan Borang Wanita Yang Memiliki Emas 1094 72.93%
0.00%
20.00%
40.00%
60.00%
80.00%
100.00%
Keseluru
han
Dikem
balika
n
Memilik
i Em
as
Peratus Borang
Peratus Borang
Gambar Rajah 1
Untuk mendapatkan jawapan bagi setiap objektif kajian ini, beberapa persoalan
telah ditimbulkan dan perkara tersebut telah dikaji dan di analisa dan berikut adalah hasil
kajian yang telah diteliti mengikut objektif-objektif yang telah dikenal pasti.
Untuk objektif pertama, melalui persoalan “adakah wujud perbezaan yang ketara dalam pemakaian emas di antara tahap-tahap sosioekonomi yang berbeza”,
beberapa rumusan boleh dibuat berdasarkan kepada jadual-jadual dan gambar rajah-
gambar rajah berikut.
1. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan kepada perbezaan umur responden. Jadual Pemakaian Emas Mengikut Kategori umur Responden Jadual 2
Perkara Bawah Nisab % Bawah 200 gram % Atas 200 gram % Jumlah %
31-40 274 18.88% 56 3.86% 13 0.90% 343 23.64%
41-50 275 18.95% 94 6.48% 13 0.90% 382 26.33%
51-58 266 18.33% 90 6.20% 28 1.93% 384 26.46%
Lain-Lain 296 20.40% 37 2.55% 9 0.62% 342 23.57%
Jumlah 1111 76.57% 277 19.09% 63 4.34% 1451 100.00%
0
50
100
150
200
250
300
31-40 41-50 51-58 Lain-Lain
Bawah Nisab
Bawah 200 gram
Atas 200 gram
Gambar Rajah 2
Secara umumnya, jadual dan gambar rajah di atas ini menunjukkan bahawa
semua peringkat umur di dalam kajian ini majoritinya hampir 80% memakai emas di
bawah paras nisab semasa iaitu 85 gram. Dan purata hanya 1% sahaja bagi setiap
peringkat umur memakai emas di atas paras uruf semasa iaitu 200 gram. Ini
menunjukkan umur atau usia responden tidak memberi kesan yang besar dalam
menentukan gaya pemakaian emas di negeri ini.
2. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan kepada perbezaan status responden. Jadual Pemakaian Emas Mengikut Kategori Status Responden Jadual 3
Perkara Bawah Nisab % Bawah 200 gram % Atas 200 gram % Jumlah %
Balu 19 1.31% 3 0.21% 3 0.21% 25 1.72%
Berkahwin 826 56.93% 231 15.92% 54 3.72% 1111 76.57%
Bujang 163 11.23% 15 1.03% 2 0.14% 180 12.41%
Ibu Tunggal 93 6.41% 19 1.31% 3 0.21% 115 7.93%
Janda 10 0.69% 9 0.62% 1 0.07% 20 1.38%
Jumlah 1111 76.57% 277 19.09% 63 4.34% 1451 100.00%
0
100200300400500
600700800900
Balu
Berkahwin
Bujang
Ibu Tungg
al
Janda
Bawah Nisab
Bawah 200 gram
Atas 200 gram
Gambar Rajah 3
Jadual dan gambar rajah di atas ini pula menunjukkan bahawa gaya pemakaian
emas di negeri ini berdasarkan kepada status responden hanya sekitar di bawah paras
nisab semasa iaitu 85 gram. Majoriti yang ditemui mengikut setiap status, gaya
pemakaian emas perhiasan mereka hanya pada kadar tersebut. Tetapi jikalau dilihat
kepada status responden yang janda, kajian mendapat hampir 50% dari yang ditemui (
janda ) memakai emas di atas paras nisab. Kemungkinan status janda ini menjadi
penyebab kepada gaya pemakaian emas mereka.
3. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan perbezaan pekerjaan responden. Jadual Pemakaian Emas Mengikut Kategori Pekerjaan Responden Jadual 4
Perkara Bawah Nisab % Bawah 200 gram % Atas 200 gram % Jumlah %
Bekerja 730 50.31% 143 9.86% 30 2.07% 903 62.23% Tidak
Bekerja 371 25.57% 132 9.10% 30 2.07% 533 36.73%
Pesara 10 0.69% 2 0.14% 3 0.21% 15 1.03%
Jumlah 1111 76.57% 277 19.09% 63 4.34% 1451 100.00%
0
100
200
300
400
500
600
700
800
Bawah Nisab Bawah 200 gram Atas 200 gram
Bekerja
Tidak Bekerja
Pesara
Gambar Rajah 4
Bagi tinjauan pemakaian emas berkaitan dengan pekerjaan responden, didapati
majoriti dari yang ditemui tidak kira sama ada bekerja atau tidak mahupun yang sudah
bersara, gaya pemakaian mereka sama seperti yang lain-lain. Purata 70% dari setiap
kategori memakai di bawah paras nisab semasa. Kemungkinan dengan sebab bimbang
akan keselamatan barang emas yang dipakai jika dipakai semasa bekerja menjadi faktor
kepada perkara ini. Boleh jadi mungkin ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi
kepada gaya pemakaian tersebut. Kemungkinan faktor kecenderungan kepada emas ini
memainkan peranan yang besar dalam gaya pemakaian emas di negeri ini.
4. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan perbezaan pekerjaan responden Jadual Pemakaian Emas Mengikut Kawasan Tempat Tinggal Responden Jadual 5
Perkara Bawah Nisab % Bawah 200 gram % Atas 200 gram % Jumlah %
Bandar Besar 335 23.09% 74 5.10% 18 1.24% 427 29.43%
Bandar Kecil 390 26.88% 79 5.44% 14 0.96% 483 33.29%
FELDA 388 26.74% 122 8.41% 31 2.14% 541 37.28%
Jumlah 1113 76.71% 275 18.95% 63 4.34% 1451 100.00%
0
50
100
150
200
250
300
350
400
Bawah Nisab Bawah 200 gram Atas 200 gram
Bandar Besar
Bandar Kecil
FELDA
Gambar Rajah 5
Secara umumnya jadual dan gambar rajah di atas ini menunjukkan bahawa
semua kategori kawasan tempat tinggal responden menunjukkan purata 80% memakai
emas di bawah paras nisab semasa 85 gram. Dan purata 5% sahaja bagi setiap
peringkat memakai emas di atas paras uruf semasa iaitu 200 gram. Ini menunjukkan
kawasan penempatan responden juga tidak memberi kesan yang besar dalam
menentukan gaya pemakaian emas di negeri ini.
5. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan perbezaan pendapatan bulanan responden. Jadual Pemakaian Emas Mengikut Kategori Pendapatan Bulanan Responden Jadual 6
Perkara Bawah Nisab % Bawah 200 gram % Atas 200 gram % Jumlah %
RM1,000 - RM1,500 487 33.56% 98 6.75% 16 1.10% 601 41.42%
RM1,501 - RM4,000 470 32.39% 114 7.86% 36 2.48% 620 42.73%
RM4,000 ke atas 37 2.55% 13 0.90% 3 0.21% 53 3.65%
Tidak Dinyatakan 117 8.06% 52 3.58% 8 0.55% 177 12.20%
Jumlah 1111 76.57% 277 19.09% 63 4.34% 1451 100.00%
0
50
100
150
200
250
300
350
400
450
500
RM1,000 -RM1,500
RM1,501 -RM4,000
RM4,000 keatas
TidakDinyatakan
Bawah Nisab
Bawah 200 gram
Atas 200 gram
Gambar Rajah 6
Bagi tinjauan pemakaian emas berkaitan dengan pendapatan bulanan
responden, didapati majoriti dari yang ditemui tidak kira sama bergaji sederhana atau
bergaji besar majoritinya memakai emas di bawah paras nisab semasa. Purata 70% dari
setiap kategori memakai di bawah paras nisab semasa. Ini boleh memberi makna
dengan hasil pendapatan bulanan yang besar tidak mempengaruhi gaya pemakaian
emas di kalangan wanita Islam di negeri ini. Responden di negeri ini kemungkinan tidak
memandang emas ini sebagai satu yang boleh dijadikan sebagai aset simpanan jangka
masa panjang dan hanya beranggapan ia hanya satu bentuk perhiasan peribadi pada
tubuh badan sahaja. Boleh jadi juga kerana zaman masa kini sudah ada pelbagai bentuk
aset simpanan yang setanding dengan nilaian emas yang boleh menjamin masa depan
mereka.
Untuk objektif kedua pula, persoalan yang ditimbulkan adalah “apakah tahap kefahaman mengenai zakat emas di kalangan wanita Islam di Negeri Pahang? Oleh yang demikian itu, beberapa rumusan boleh dibuat berdasarkan kepada jadual-
jadual dan gambar rajah-gambar rajah berikut.
6. Tinjauan kefahaman responden tentang kewajipan zakat emas pakai.
Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, didapati dari jumlah keseluruhan
responden iaitu seramai 1451 responden, sejumlah 1252 responden tahu bahawa emas
yang dipakai wajib dizakatkan. Manakala seramai 199 responden selebihnya tidak tahu
bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan.
Jadual mengikut kefahaman tentang kewajipan zakat emas pakai. Jadual 7
Perkara Bilangan %
Tahu Wajib Dizakatkan 1252 86.29%
Tidak Tahu Wajib Dizakatkan 199 13.71%
Jumlah 1451 100.00%
1252 orang
(86.29%)
199 orang(13.71%)
Tahu Wajib Dizakatkan
Tidak Tahu WajibDizakatkan
Gambar Rajah 7
Berdasarkan jadual dan gambar rajah di atas, 86.29% responden yang ditemui
menyatakan mereka tahu akan kewajipan zakat emas pakai ini. Ini boleh memberi
gambaran bahawa kempen-kempen dan segala aktiviti penerangan dan dakwah
berkaitan zakat emas pakai ini berjaya dilaksanakan dengan baik dari tempoh 1996
hingga ke waktu ini.
7. Tinjauan Kefahaman Responden Yang Tahu Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Mengikut Kategori Umur.
Daripada jumlah responden yang tahu akan kewajipan zakat emas pakai ini,
seramai 304 dari 1252 responden berumur di antara 31-40 tahun. 335 responden pula
berumur dari 41 – 50 tahun, 336 responden berumur dari 51- 58 tahun dan seramai 277
responden pula adalah di kalangan responden yang tidak menyatakan umur mereka.
Jadual mengikut Responden yang tahu tentang kewajipan zakat emas pakai mengikut kategori umur. Jadual 8
Perkara Tahu Wajib % Tidak Tahu Wajib % Jumlah %
31 – 40 Tahun 304 21% 39 3% 343 24%
41 – 50 Tahun 335 23% 47 3% 382 26%
51 – 58 Tahun 336 23% 48 3% 383 26%
Tidak Dinyatakan 277 19% 65 5% 342 24%
Jumlah 1252 86% 199 14% 1451 100.00%
0
50
100
150
200
250
300
350
31-40 41-50 51-58 Lain-Lain
Tahu Wajib
Tak Tahu Wajib
Gambar Rajah 8
Hasil dari jadual dan gambar rajah di atas menunjukkan bahawa jurang
perbezaan di antara kategori umur responden yang tahu akan kewajipan zakat emas
pakai tidak jauh berbeza di antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa faktor umur
tidak menutup ruang dakwah dan penerangan bahkan jika dilihat dari jadual di atas,
responden yang berumur 51-58 tahun adalah yang teramai mengetahui kewajipan zakat
emas pakai ini.
8. Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Mengikut Pecahan Kawasan Tempat Tinggal.
Berdasarkan jadual 4 di atas, daripada 1252 responden yang mengetahui akan
kewajipan zakat emas pakai, seramai 372 orang tinggal di kawasan daerah besar seperti
Kuantan, Temerloh dan Bentong. Manakala 424 responden menetap di daerah-daerah
kecil seperti Pekan, Rompin dan lain-lain. Baki dari jumlah tersebut iaitu 456 responden
menetap di kawasan-kawasan FELDA di negeri Pahang ini.
Jadual 9
Perkara Tahu Wajib % Tidak Tahu Wajib % Jumlah %
Bandar Besar 372 26% 59 4% 431 30%
Bandar Kecil 424 29% 55 4% 479 33%
FELDA 456 31% 85 6% 541 37%
Jumlah 1252 86% 199 14% 1451 100.00%
0
50
100
150
200
250
300
350
400
450
500
Bandar Besar Bandar Kecil FELDA
Tahu Wajib
Tak Tahu Wajib
Gambar Rajah 9
Hasil dari jadual dan gambar rajah di atas menunjukkan bahawa perbezaan
kawasan tempat tinggal responden tidak memberi kesan negatif kepada pemahaman
masyarakat tentang kewajipan zakat emas pakai ini. Ini juga menunjukkan usaha
dakwah dan penerangan sama ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan zakat
sampai di setiap kawasan ini. Kawasan penempatan FELDA mencatatkan graf yang
teramai dan kemungkinan ruang dakwah di kawasan ini sangat besar dan di manfaat
dengan baik oleh penduduknya.
9. Tinjauan Pengetahuan Responden Tentang Pengiraan Zakat Emas Pakai
Berdasarkan jadual 4 di atas, daripada 1252 responden yang mengetahui akan
kewajipan zakat emas pakai, seramai 308 orang yang tahu cara mengira zakat emas
pakai manakala baki yang lain iaitu 944 orang tidak tahu cara mengiranya. Jadual 10
Perkara Tahu Wajib % Tidak Tahu Wajib % Jumlah %
Tahu Cara Kira 308 21% - - 308 21%
Tidak Tahu Cara Kira 944 65% 199 14% 1143 79%
Jumlah 1252 86% 199 14% 1451 100.00%
0
200
400
600
800
1000
1200
1400
Tahu Wajib Zakat Tidak Tahu WajibZakat
Tidak Tahu Cara Kira
Tahu Cara Kira
Gambar Rajah 10
Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, didapati dari jumlah keseluruhan
responden iaitu seramai 1451 responden, sejumlah 308 responden yang tahu
bagaimana cara mengira zakat emas. Manakala seramai 1143 responden selebihnya
tidak tahu bagaimana cara mengira zakat emas. Faktor yang menyebabkan berlaku
sedemikian kemungkinan kemudahan perkhidmatan pengiraan zakat emas telah
disediakan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang kepada pembayar bagi memudahkan
urusan tersebut. Antara lain, tahap hingga tahu cara pengiraan zakat emas ini masih
belum menjadi satu keperluan bagi setiap wanita Islam di negeri ini. Ini mungkin kerana
gaya pemakaian emas itu sendiri di kalangan penduduk di negeri ini.
10. Tinjauan Berkaitan Pembayaran Zakat Emas Pakai
Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati seramai 111 responden pernah
membayar zakat emas pakai. Dari seramai itu, 21 orang telah mengagihkan sendiri
zakat mereka, 3 beri ke badan-badan lain untuk diagihkan dan seramai 87 orang telah
membayar zakat mereka di Pusat Kutipan Zakat Pahang.
Jadual 11
Perkara Pernah Bayar %
Agih Sendiri 21 18.92%
Beri Ke Badan Lain 3 2.7%
Serah Ke PKZ PHG 87 78.38%
Jumlah 111 100%
18.92%
2.70%
78.38%
Agih Sendiri
Beri Ke Badan-Badan Lain
Serah Ke PKZ Pahang
Gambar Rajah 11
Jadual dan gambar rajah di atas menunjukkan hampir 80% dari yang telah
membayar zakat emas mereka telah membayar ke Pusat Kutipan Zakat Pahang. Ini
membawa maksud yang positif kepada pengurusan zakat Pahang kerana masyarakat
Islam di negeri ini mempercayai pengurusan kutipan zakat di negeri Pahang
Bagi responden yang tidak pernah membayar zakat emas pakai ini, kajian
mendapati jumlah tersebut mencecah seramai 1340 responden. Dari jumlah itu, seramai
199 orang tidak menyatakan sebabnya. Manakala seramai 1039 orang menyatakan
tidak mencukupi uruf 200 gram dan seramai 95 orang menyatakan tidak tahu di mana
hendak dibayar zakat mereka. Selain itu 5 responden yang ragu dengan pengurusan
zakat negeri Pahang dan terdapat 2 responden yang menyatakan keengganan dalam
menunaikan zakat harta ini. Hasil dari kajian ini mendapati masih wujud segelintir kecil
umat Islam yang enggan membayar zakat harta dan kedapatan juga yang masih
meragui pengurusan kutipan zakat di negeri ini.
Jadual 12
Perkara Tidak Pernah Bayar %
Enggan Bayar 2 0.16%
Ragu-ragu Dengan Pengurusan Zakat 5 0.40%
Tidak Mencukupi uruf semasa ( 200 gram ) 1039 82.46%
Tidak Tahu Tempat Bayar 95 7.54%
Tidak Dinyatakan Sebab 199 9.44%
Jumlah 1340 100%
0.16% 0.40%
82.46%
7.54%9.44%
Enggan Bayar
Ragu-Ragu Dgn PengurusanZakat
Tidak Mencukupi Uruf Semasa(200 gram)
Tidak Tahu Tempat Membayar
Tidak Dinyatakan Sebab
Gambar Rajah 12
11. Tinjauan Sumber Pengetahuan Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai
Hasil kajian mendapati bahawa sumber pengetahuan responden tentang kewajipan
zakat emas pakai, telah dibahagikan kepada beberapa sumber seperti berikut dan
hasilnya seperti berikut :
i. Taklimat penerangan zakat Seramai 599 responden ( 41% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1451
responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melalui
taklimat penerangan zakat.
ii. Kaunter penerangan zakat Seramai 124 responden ( 9% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1451
responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melalui
kaunter penerangan zakat.
iii. Kuliah agama
Seramai 746 responden ( 51% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1451
responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melalui
kuliah agama.
iv. Risalah Seramai 280 responden ( 19% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1451
responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melalui
risalah.
v. Media massa
Seramai 323 responden ( 22% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1451
responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melalui
media massa.
vi. Internet
Seramai 59 ( 4% ) responden dari jumlah keseluruhan responden ( 1451
responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melalui
Internet.
Jadual mengikut pecahan berdasarkan sumber pengetahuan responden tentang
kewajipan zakat emas pakai
Jadual 13
Perkara Tahu Melalui %
Taklimat Penerangan Zakat 599 28.11%
Kaunter Penerangan Zakat 124 5.82%
Kulliah Agama 746 35.01
Risalah 280 13.14%
Media Massa 323 15.16
Internet 59 2.77%
Jumlah 2131 100%
5.82%
28.11%
35.01%
13.14%
15.16% 2.77%
Taklimat Penerangan Zakat
Kaunter Penerangan Zakat
Kuliah Agama
Risalah
Media Massa
Internet
Gambar Rajah 13
Berdasarkan kepada jadual dan gambar rajah di atas, jelas menunjukkan kuliah
agama memainkan peranan yang sangat besar dalam dakwah dan penerangan kepada
masyarakat Islam di negeri dan ia masih relevan lagi untuk diguna pakai pada masa kini.
Cuma, pihak yang berkaitan sebagai contoh Pusat Kutipan Zakat Pahang perlu
menggunakan kaedah-kaedah yang lain dengan lebih efisien bagi memenuhi tuntutan
dakwah kepada masyarakat sambil tidak meninggalkan cara lama sebagai satu wasilah
dakwah kepada masyarakat Islam di negeri ini.
12. Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Golongan Yang Layak Menerima Zakat
Kajian telah meletakkan beberapa golongan yang layak menerima zakat iaitu
golongan fakir, miskin dan mualaf sebagai tinjauan kepada responden untuk kajian ini.
Di samping itu, kajian telah menambah beberapa lagi golongan lain seperti anak-anak
yatim, janda dan balu dan hasilnya seramai 780 (54%) responden dari 1451 orang telah
menjawab dengan tepat. Manakala baki yang lain seramai 671 (46%) adalah sebaliknya.
Jadual 14
Perkara Bilangan %
Jawab Dengan Tepat 780 54%
Tidak Menjawab Dengan Tepat 671 46%
Jumlah 1451 100%
53.76%
46.24%
Jawab Dengan Tepat
Tidak Menjawab Dengan Tepat
Gambar Rajah 14
Jadual dan gambar rajah di atas menunjukkan responden yang tidak menjawab
dengan tepat masih di tahap yang tinggi dan untuk memperbaiki perkara ini perlu
kepada usaha memperjelaskan dengan lebih mendalam bagi perkara berkaitan supaya
tanggapan mereka selama ini pada golongan asnaf yang layak menerima zakat biarlah
tepat mengikut pentakrifan syarak.
Hasil dari dapatan ini dapat memberi satu gambaran kepada Pusat Kutipan Zakat
Pahang dalam urusan pungutan zakat bagi bahagian yang berkaitan ( zakat emas pakai
) dan juga membuka ruang kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam melebarkan lagi
gerak kerja untuk memajukan mutu perkhidmatan dan pengendalian urusan kutipan
zakat negeri Pahang Darul Makmur.
Bagi objektif ketiga pula, persoalan yang ditimbulkan adalah “ berapakah uruf berat emas pakai yang dipakai di kalangan wanita Islam di negeri Pahang? Sebelum itu, bagi melengkapi jawapan yang dicari, beberapa tinjauan telah dibuat dan
beberapa rumusan telah diperoleh berdasarkan kepada jadual-jadual dan gambar rajah-
gambar rajah berikut.
13. Tinjauan Jenis Emas Yang Dipakai Responden
Hasil kajian mengikut pecahan jenis emas, responden yang memiliki emas
sepuluh ( 999 ) ialah seramai 67 responden, emas 950 seramai 4 responden, emas 916
seramai 1004 responden, emas 750 ( emas paun ) seramai 11 responden dan emas
putih seramai 8 responden. Tiada responden yang memiliki emas jenis 875 dan
responden yang tidak memakai emas seramai 357 orang.
Jadual 15
Perkara Bilangan %
Emas Sepuluh ( 999 ) 67 4.62%
Emas 950 4 0.28%
Emas 916 1004 69.19%
Emas 875 - -
Emas Paun ( 750 ) 11 0.76%
Emas Putih 8 0.55%
Tidak Memakai Emas 357 24.60%
Jumlah 1451 100%
4.62%0.28%
69.19%
0.00%
0.76%
0.55%
24.60%Emas Sepuluh
Emas 950
Emas 916
Emas 875
Emas pound (750)
Emas Putih
Tidak Memakai Emas
Gambar Rajah 15
Ini menunjukkan emas 916 kekal sebagai emas pilihan untuk dijadikan sebagai
emas perhiasan di kalangan wanita Islam di negeri Pahang ini.
14. Tinjauan Jenis Barangan Emas Yang Dimiliki Responden
Hasil kajian mengikut pecahan jenis barang emas yang dimiliki, telah dibahagikan
kepada beberapa jenis seperti:
i. Cincin Seramai 903 responden ( 82.5% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1094
responden ) yang memakai cincin.
ii. Gelang tangan Seramai 925 responden ( 84.5% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1094
responden ) yang memakai gelang tangan.
iii. Rantai leher Seramai 909 responden ( 83.0% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1094
responden ) yang memakai rantai leher.
iv. Rantai kaki
Seramai 96 responden ( 8.7% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1094
responden ) yang memakai rantai kaki.
v. Subang Seramai 514 responden ( 46.9% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1094
responden ) yang memakai subang.
Jadual 16
Perkara Bilangan %
Cincin 903 82.54%
Gelang Tangan 925 84.55%
Rantai Leher 909 83.09%
Rantai Kaki 96 8.78%
Subang 514 46.98%
Jumlah 1094 100%
0.00%10.00%20.00%30.00%40.00%50.00%60.00%70.00%80.00%90.00%
Cincin GelangTangan
RantaiLeher
RantaiKaki
Subang
Peratus Pemilikan
Peratus Pemilikan
Gambar Rajah 16
Melalui jawapan dari jumlah keseluruhan responden, dapat kita lihat bahawa
jenis barang emas yang popular dimiliki oleh wanita Islam negeri ini ialah cincin, gelang
tangan dan rantai leher iaitu lebih dari 80% responden memiliki barang-barang emas ini. 15. Tinjauan Berkaitan Situasi Emas Yang Dimiliki Responden
Hasil kajian mengikut pecahan situasi emas yang dimiliki di kalangan wanita
Islam negeri Pahang ini dipecahkan kepada tiga situasi iaitu kerap dipakai, kerap
disimpan dan sama kerap. Hasil ini mendapati bahawa seramai 821 responden
menetapkan situasi emas yang dimiliki adalah lebih kerap dipakai berbanding 71
responden yang kerap disimpan. Manakala responden yang menetapkan situasi emas
yang dimiliki mereka sama kerap seramai 202 orang. Jadual 17
Situasi Emas Yang Dipakai Bilangan %
Lebih Kerap Dipakai 821 56.58%
Lebih kerap disimpan 71 4.89%
Sama Kerap 202 13.92%
Tidak memakai Lansung 357 26.60%
Jumlah 1451 100%
56.58%
4.89%
13.92%
24.60%
Lebih Kerap Dipakai
Lebih Kerap Disimpan
Sama Kerap
Tidak Memakai Langsung
Gambar Rajah 17
Jadual dan gambar rajah di atas menunjukkan hampir 60% responden lebih
kerap memakai emas yang dimiliki dan hampir 14% responden memakai emas sama
kerap dengan menyimpannya. Perkara ini memberi kesan yang positif untuk kajian uruf
ini kerana situasi pemakaian emas responden antara kriteria penting bagi mendapatkan
objektif kajian ini. Jelas dari data ini menggambarkan majoriti responden yang ditemui
menepati sasaran projek kajian ini.
16. Tinjauan Berkaitan Status Pemakaian Emas Yang Dipakai Responden
Hasil kajian mengikut pecahan status pemakaian emas ini bersandarkan kepada
situasi emas yang dimiliki. Bagi situasi emas yang dimiliki lebih kerap dipakai dipecahkan
kepada tiga pecahan lagi iaitu pakai sepanjang tahun, pakai satu hingga tiga bulan dan
pakai empat bulan hingga ke enam bulan.
Bagi status pemakaian emas yang dipakai sepanjang tahun, terdapat 938
responden yang statusnya sebegitu. Responden yang memakai emas dalam tempoh
satu ke tiga bulan hanya 34 orang sahaja dan 28 responden yang memakai emas
dalam tempoh empat ke enam bulan.
Situasi emas yang dimiliki lebih kerap disimpan pula dipecahkan kepada tiga
pecahan lain iaitu hanya pakai ke majlis keraian sahaja, pakai ke tempat kerja sahaja,
pakai ketika bersiar-siar sahaja. Responden yang memakai emas hanya ke majlis
keraian sahaja hanya 48 responden, manakala yang memakai hanya di tempat kerja 21
responden dan yang memakai emas hanya ketika bersiar-siar seramai 25 orang
responden.
Jadual 18 Lebih Kerap Dipakai Bilangan %
Pakai Sepanjang Tahun 939 64.65%
Pakai 1 – 3 Bulan 34 2.34%
Pakai 4 – 6 Bulan 28 1.93%
Lebih Kerap Disimpan Bilangan %
Pakai Ke Majlis Keraian 48 3.31%
Pakai Di Tempat Kerja 21 1.45%
Pakai Semasa Bersiar – siar 25 1.72%
Tidak Memakai Langsung 357 24.60%
Jumlah 1451 100%
64.65%2.34%
3.31%1.45%1.72%
24.60%
1.93%
Pakai Sepanjang Tahun
Pakai 1-3 Bulan
Pakai 4-6 Bulan
Pakai Ke Majlis Keraian
Pakai Ke Tempat Kerja
Pakai Semasa Bersiar-Siar
Tidak Memakai Langsung
Gambar Rajah 18
Setelah hasil kajian mengikut setiap item soalan telah diperoleh, berikut adalah
hasil kajian mengikut prospek yang diperlukan dari kajian ini iaitu dalam menentukan
sama ada relevan atau tidak uruf pemakaian emas semasa negeri Pahang ini 200 gram.
Hasil kajian ini dipecahkan secara umum dan terperinci mengikut prospek yang
ditentukan oleh kajian.
Bab 5 Analisa Kajian
Analisa Keseluruhan Analisa Kajian Pemakaian Emas Secara Keseluruhan Analisa Mengikut Pecahan Pendapatan Bulanan Responden Secara Terperinci Analisa Mengikut Pecahan Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden Secara Terperinci Analisa Kajian Pemakaian Emas Bagi Berat Timbangan 85 gram Hingga 200 gram Analisa Mengikut Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden Analisa Mengikut Pecahan Pendapatan Bulanan Responden Analisa Mengikut Perbezaan Umur Responden
BAB 5 ANALISA KAJIAN
5.1 Analisa Keseluruhan
Usaha untuk mendapatkan kadar kebiasaan atau uruf pemakaian emas
masyarakat wanita Islam negeri Pahang dalam kategori zakat emas pakai, kajian telah
menggunakan data yang boleh diterima pakai untuk kajian ini. Data tersebut tidak sama
dengan data yang digunakan untuk mendapatkan objektif 1 dan 2. Oleh yang demikian,
data berasingan telah dikeluarkan dan hasilnya dari 1451 responden yang menjawab
soalan kajian, seramai 1094 borang yang boleh diterima pakai iaitu responden yang
memiliki emas untuk mendapatkan objektif yang ke 3 dalam kajian ini.
Perkara Bilangan %
Bilangan Borang Keseluruhan 1500 100.00% Bilangan Borang Dikembalikan 1451 96.73%
Bilangan Borang Wanita Yang Memiliki Emas 1094 72.93%
0.00%
20.00%
40.00%
60.00%
80.00%
100.00%
Keseluru
han
Dikem
balika
n
Memilik
i Em
as
Peratus Borang
Peratus Borang
Jadual di bawah menunjukkan beberapa perkara diperoleh dan menjadi rujukan
kepada kajian ini untuk mencari adat kebiasaan pemakaian emas di kalangan wanita
Islam di negeri Pahang ini.
Jadual 19 N Valid 1094
Missing 0Mean 74.00Std. Error of Mean 2.242Median 51.50Mode 50Std. Deviation 74.156Variance 5499.062Range 849Minimum 1Maximum 850Sum 80957
S18A
850.0800.0
750.0700.0
650.0600.0
550.0500.0
450.0400.0
350.0300.0
250.0200.0
150.0100.0
50.00.0
Freq
uenc
y
500
400
300
200
100
0
Std. Dev = 74.16 Mean = 74.0
N = 1094.002447
98
208
414
278
Gambar Rajah 19
Gambar rajah di atas ini mendapati bahawa purata berat pemakaian emas yang
diperoleh adalah 74 gram. Manakala bagi nilai berat yang banyak di pakai adalah di
antara 50 gram sehingga 100 gram iaitu seramai 414 responden.
5.2 Analisa Kajian Pemakaian Emas Secara Keseluruhan
Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, hanya jawapan dari 1094 responden
telah diguna pakai untuk mengetahui adat kebiasaan pemakaian emas di negeri ini.
Ianya ambil dari seluruh daerah dalam negeri Pahang ( kecuali Cameron Highlands )
berlatar belakangkan tiga kategori tahap umur, tiga kategori tahap pendapatan dan
perbezaan kawasan tempat tinggal, seramai 63 responden, mewakili 6% dari jumlah
keseluruhan yang memakai emas di atas paras uruf pemakaian emas semasa iaitu 200
gram. Sejumlah 1031, mewakili 94% dari 1094 responden adalah memakai emas di
bawah paras uruf tersebut.
Jadual 20
Perkara Bilangan %
Bawah Paras Uruf Semasa (200g) 1031 94%
Atas Paras Uruf Semasa (200g) 63 6%
Jumlah 1094 100%
Dari jadual di atas, seramai 63 responden ( 6% ) yang memakai emas di atas
paras uruf semasa dan bakinya iaitu 1031 responden ( 94% ) memakai di bawah paras
tersebut. Dari dapatan tersebut ( 1031 responden ) , seramai 754 responden ( 69% )
memakai emas di antara 1 gram hingga ke 84 gram iaitu di bawah paras nisab zakat
emas simpan. Manakala responden yang memakai emas di atas paras nisab emas ( 85
gram ) seramai 277 responden mewakili 25% dari jumlah keseluruhan responden.
Jadual hasil kajian pemakaian emas secara umum Jadual 21
Perkara Bilangan %
Bawah Paras Nisab (85g) 754 69%
Atas Paras Nisab 85g – 200g 277 25%
Atas Paras Uruf Semasa (200g) 63 6%
Jumlah 1094 100%
Berikut adalah jadual mengikut pecahan responden yang memakai emas bagi
setiap 10 gram hingga jumlah timbangan 200 gram berdasarkan data yang diperoleh
dalam kajian ini.
Jadual Bagi Pecahan Berat Timbangan Emas Yang Dipakai Responden Jadual 22
Perkara Bilangan %
1 g – 10 g 120 10.9%
11 g – 20 g 121 11.1%
21 g – 30 g 110 10.5%
31 g – 40 g 96 8.7%
41 g – 50 g 97 8.8%
51 g – 60 g 63 5.7%
61 g – 70 g 67 6.1%
71 g – 80 g 62 5.6%
81 g – 84 g 18 1.6%
85 g – 90 g 29 2.6%
91 g – 100 g 41 3.7%
101 g – 110 g 33 3.0%
111 g – 120 g 30 2.7%
121 g – 130 g 28 2.5%
131 g – 140 g 22 2.0%
141 g – 150 g 23 2.1%
151 g -160 g 15 1.3%
161 g – 170 g 21 1.9%
171 g – 180 g 10 0.9%
181 g – 190 g 15 1.3%
191 g – 200 g 10 0.9%
Jumlah 1031 94%
Perkara Bilangan %
Atas Paras Uruf Semasa (200g) 63 6%
Jumlah 1094 100%
5.2.1 Analisa Mengikut Pecahan Pendapatan Bulanan Responden Secara Terperinci
Hasil bagi soal selidik mengikut pecahan pendapatan sebulan yang dipecahkan
kepada 4 ketogeri iaitu pendapatan RM 1000.00 ke RM 1500.00, RM 1501.00 ke RM
4000.00, RM 4001 ke atas dan ketogeri tidak dinyatakan pendapatan.
Bagi kategori berpendapatan RM 1000.00 ke RM 1500.00 yang memakai emas
ialah seramai 455 responden, di mana seramai 16 responden, mewakili 4% dari jumlah
keseluruhan memakai emas di atas paras uruf semasa iaitu 200 gram. Sejumlah 439
responden, mewakili 96% dari 455 responden adalah memakai emas di bawah paras
uruf tersebut.
Untuk kategori berpendapatan RM 1501.00 ke RM 4000.00, yang memakai emas
ialah seramai 458 responden, di mana seramai 36 responden, mewakili 9% dari jumlah
keseluruhan memakai emas di atas paras uruf semasa iaitu 200 gram. Sejumlah 422
responden, mewakili 91% dari 458 responden adalah memakai emas di bawah paras
uruf tersebut.
Bagi kategori berpendapatan RM 4001 ke atas yang memakai emas ialah
seramai 41 responden, di mana seramai 3 responden, mewakili 7% dari jumlah
keseluruhan memakai emas di atas paras uruf emas semasa iaitu 200 gram. Sejumlah
38 responden, mewakili 93% dari 41 responden adalah memakai emas di bawah paras
uruf tersebut.
Bagi kategori berpendapatan tidak dinyatakan yang memakai emas ialah
seramai 140 responden, di mana seramai 8 responden, mewakili 6% dari jumlah
keseluruhan memakai emas di atas paras uruf semasa iaitu 200 gram. Sejumlah 132
responden, mewakili 94% dari 140 responden adalah memakai emas di bawah paras
uruf tersebut.
Jadual pemakaian emas mengikut pecahan pendapatan responden secara terperinci Jadual 23
Perkara Bawah Paras Uruf Semasa (200g) %
Atas Paras Uruf Semasa (200g) % Jumlah %
RM1,000 - RM1,500 439 96% 16 4% 455 100%
RM1,501 - RM4,000 422 91% 36 9% 458 100%
RM4,001 ke atas 38 93% 3 7% 41 100%
Tidak Dinyatakan 132 94% 8 6% 140 100%
Jumlah 1031 94% 63 6% 1094 100.00%
5.2.2 Analisa Mengikut Pecahan Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden Secara Terperinci
Hasil dapatan mengikut pecahan perbezaan kawasan tempat tinggal dibahagikan
kepada tiga pecahan iaitu bandar besar, bandar kecil dan kawasan penempatan FELDA.
Bagi kawasan bandar besar, yang memakai emas di atas paras uruf emas
semasa (200g) seramai 15 responden mewakili 6 % dari jumlah keseluruhan iaitu 246
orang. Manakala responden yang memakai emas di bawah paras uruf tersebut seramai
231 responden mewakili 94 %.
Bagi kawasan bandar kecil, responden yang dipilih adalah seramai 458
responden dan dari jumlah itu, seramai 17 responden yang memakai emas di atas paras
uruf semasa (200g) mewakili 4 %, 441 responden mewakili 96 % bagi responden yang
memakai emas di bawah paras uruf tersebut.
Bagi kawasan penempatan FELDA pula, seramai 31 responden yang memakai
emas di atas paras uruf semasa ( 200 gram ). Jumlah ini mewakili 8 % dari jumlah
keseluruhan iaitu 390 responden. Manakala responden yang memakai emas di bawah
paras uruf tersebut seramai 359 responden mewakili 92 %.
Jadual pemakaian emas bagi kawasan tempat tinggal responden secara terperinci Jadual 24
Perkara Bawah Paras Uruf Semasa (200g) %
Atas Paras Uruf Semasa (200g) % Jumlah %
Bandar Besar 231 94% 15 6% 246 100%
Bandar Kecil 441 96% 17 4% 458 100%
FELDA 359 92% 31 8% 390 100%
Jumlah 1031 94% 63 6% 1094 100.00%
5.2.3 Analisa Mengikut Pecahan Perbezaan Umur Responden Secara Terperinci
Hasil kajian mengikut pecahan perbezaan umur responden yang memakai emas
dibahagikan juga kepada empat bahagian iaitu umur 31 tahun ke 40 tahun, 41 hingga 50
tahun, 51 tahun ke 58 dan bagi responden yang tidak dinyatakan umur mereka.
Untuk pecahan umur 31 hingga 40 tahun, seramai 294 responden telah di temui
dan dari jumlah itu, hanya 19 responden sahaja mewakili 7 % yang memakai emas di
atas paras uruf semasa (200g). Manakala seramai 275 responden memakai emas di
bawah paras uruf tersebut mewakili 93 %.
Bagi pecahan umur 40 hingga 51 tahun, jumlah responden yang di ambil data
ialah 325 responden. 20 responden dari jumlah tersebut memakai emas di atas paras
uruf semasa (200g) mewakili 7 %. Baki dari jumlah tersebut iaitu seramai 305 responden
mewakili 93 % memakai emas di bawah paras uruf tersebut.
Bagi pecahan umur 51 tahun ke 58 tahun, seramai 9 responden mewakili 4 %
dari 215 responden memakai emas di atas paras uruf semasa (200g) manakala baki
sebanyak 96 % iaitu 206 responden memakai emas di bawah paras uruf tersebut.
Bagi responden yang tidak menyatakan umur mereka, terdapat seramai 245
responden memakai emas di bawah paras uruf semasa (200g) mewakili 96 % dari
jumlah keseluruhan. Hanya 4 % sahaja yang memakai emas di atas paras uruf semasa
tersebut iaitu seramai 15 responden sahaja.
Jadual pemakaian emas bagi pecahan umur responden secara terperinci. Jadual 25
Perkara Bawah Paras Uruf Semasa (200g) %
Atas Paras Uruf Semasa (200g) % Jumlah %
31 – 40 Tahun 275 93% 19 7% 294 100%
41 – 50 Tahun 305 93% 20 7% 325 100%
51 – 58 Tahun 206 96% 9 4% 215 100%
Tidak Dinyatakan 245 96% 15 4% 260 100%
Jumlah 1031 94% 63 6% 1094 100.00%
5.3 Analisa Kajian Pemakaian Emas Bagi Berat Timbangan 85 Gram Hingga 200 Gram Jadual 26
Perkara Bilangan %
Bawah Paras Nisab (85g) 754 69%
Atas Paras Nisab 85g – 200g 277 25%
Atas Paras Uruf Semasa (200g) 63 6%
Jumlah 1094 100%
Jadual di atas menunjukkan uruf kebiasaan pemakaian emas di kalangan wanita
Islam negeri Pahang ini berada di bawah paras nisab zakat emas ( 85 gram ) iaitu
seramai 754 orang mewakili 69% dari jumlah keseluruhan responden. Berdasarkan
jadual ini, Pusat Kutipan Zakat Pahang mendapati kadar kebiasaan masyarakat wanita
Islam negeri Pahang adalah pada kadar di bawah paras 85 gram. Manakala jumlah
kedua terbesar selepas kadar itu adalah seramai 25% iaitu pada kadar 85 gram ke 200
gram.
Dari dapatan ini, kajian mengenai responden yang memakai pada kadar 85 gram
ke 200 gram diperincikan kepada 3 pecahan utama iaitu berdasarkan kawasan
penempatan, pendapatan bulanan dan pecahan umur responden mengikut jumlah
responden secara detil.
5.3.1 Analisa Mengikut Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden
Dari jumlah ini, seramai 35 responden menetap di kawasan bandar besar
mewakili 12.7%, 120 responden menetap di bandar kecil mewakili 43.3% dan seramai
122 responden mewakili 44.0% menetap di kawasan FELDA
Jadual pemakaian emas di atas paras nisab 85 gram hingga 200 gram mengikut kawasan tempat tinggal responden. Jadual 27
Perkara Bilangan %
Bandar Besar 35 12.7%
Bandar Kecil 120 43.3%
FELDA 122 44.0%
Jumlah 277 100%
5.3.2 Analisa Mengikut Pecahan Pendapatan Bulanan Responden
Dari jumlah 277 responden ini juga, seramai 98 responden mewakili 35.4%
berpendapatan RM 1000 > RM 1500 sebulan. Manakala seramai 114 responden
mewakili 41.1% berpendapatan RM 1501 > RM 4000, 13 responden mewakili 4.7%
berpendapatan sebulan RM 4001 ke atas. Manakala responden yang tidak menyatakan
pendapatan bulanan seramai 52 responden mewakili 18.8%.
Jadual pemakaian emas di atas paras nisab 85 gram hingga 200 gram mengikut pendapatan bulanan responden Jadual 28
Perkara Bilangan %
RM1,000 - RM1,500 98 35.4%
RM1,501 - RM4,000 114 41.1%
RM4,001 ke atas 13 4.7%
Tidak Dinyatakan 52 18.8%
Jumlah 277 100%
5.3.3 Analisa Mengikut Perbezaan Umur Responden
Untuk analisa bagi ketogeri umur yang memakai emas di atas paras nisab 85
gram hingga 200 gram pula, seramai 67 responden mewakili 24.1% berusia 31 > 40
tahun. Seramai 87 responden iaitu 31.4% berusia 41 > 50 tahun. Manakala 69
responden mewakili 25% berusia 51 > 58 tahun dan seramai 54 responden mewakili
19.5% adalah tidak menyatakan umur mereka.
Jadual pemakaian emas di atas paras nisab 85 gram hingga 200 gram mengikut ketogeri umur responden Jadual 29
Perkara Bilangan %
31 – 40 Tahun 67 24.1%
41 – 50 Tahun 87 31.4%
51 – 58 Tahun 69 25.0%
Tidak Dinyatakan 54 19.5%
Jumlah 277 100%
Hasil dari kajian yang dibuat, data yang diperoleh menunjukkan pemakaian emas
di kalangan wanita Islam negeri Pahang yang kurang dari berat timbangan nisab ( 85
gram ) adalah dianggap satu kadar yang biasa dipakai. Sementara itu, kira-kira 1/3
daripada responden yang diambil memakai emas di atas kadar nisab tersebut.
Hanya 6% sahaja iaitu seramai 63 responden daripada 1094 responden yang
dipilih memakai emas di atas paras uruf pemakaian emas semasa (200 gram). Melalui
data ini, jelas menunjukkan bahawa nilai 200 gram ini tinggi bagi pandangan masyarakat
wanita Islam negeri Pahang. Ini memberi penjelasan bahawa tidak ramai wanita Islam di
negeri ini yang memiliki emas dengan kadar yang banyak sehingga mencecah 200 gram
atau lebih. Situasi ini terjadi sama ada mereka tiada kecenderungan ataupun tiada
kemampuan untuk memiliki perhiasan emas dengan kadar yang banyak.
Berdasarkan purata harga emas dari tahun 1994 hingga ke tahun 2008
menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi nilaian emas. Jika nilaian 200 gram
emas pada tahun 1994 berjumlah RM 6747.27, pada tahun 2008 sehingga bulan Ogos
nilai tersebut telah mencecah RM 19,703.57.
Jika dibandingkan nilai emas pada tahun 1994 ( RM 6747.27 ) dengan nilaian
emas pada tahun 2008, nilai tersebut hanya seberat sekitar 70 gram emas pada nilaian
tahun 2008. Jika dibandingkan nilai emas pada tahun 2008 ( RM 19,703.57 ) dengan
nilaian emas pada tahun 1994, nilai tersebut melewati berat timbangan sekitar 580 gram.
Faktor ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi cara pemakaian emas di kalangan
wanita di negeri ini.
Berdasarkan daripada analisa kajian ini, uruf kebiasaan pemakaian emas di
kalangan wanita Islam negeri ini sekiranya bersandarkan kepada hasil kajian, kadar
yang sesuai bagi uruf pemakaian emas tersebut ialah 85 gram
Sekiranya pemakaian emas yang layak untuk dizakatkan itu hanya kepada
mereka yang memakai emas di luar daripada kebiasaan, maka kadar 200 gram adalah
sesuai. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 6% iaitu seramai 63 responden ada
memakai emas di atas paras tersebut.
Bagaimanapun, penetapan kadar uruf pemakaian emas ini perlu merujuk kepada
kaedah yang menepati syarak bersandarkan kepada hukum fiqh dan perkara yang
berkaitan dengannya.
Bab 6 Rumusan Dan Cadangan
Objektif Pertama Objektif Kedua Objektif Ketiga
BAB 6
RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Objektif Pertama.
Hasil kajian berdasarkan kepada umur responden untuk mendapatkan objektif
pertama menunjukkan umur atau usia responden tidak memberi kesan yang besar
dalam menentukan gaya pemakaian emas di negeri ini. Kemungkinan dengan sebab
bimbang akan keselamatan barang emas yang dipakai jika dipakai semasa bekerja
menjadi faktor kepada perkara ini. Boleh jadi mungkin ada faktor-faktor lain yang
mempengaruhi kepada gaya pemakaian tersebut. Kemungkinan faktor kecenderungan
kepada emas ini memainkan peranan yang besar dalam gaya pemakaian emas di negeri
ini.
Manakala kawasan penempatan responden juga tidak memberi kesan yang
besar dalam menentukan gaya pemakaian emas di negeri ini. Begitu juga dengan
responden yang mempunyai jumlah pendapatan bulanan yang tinggi, tidak ramai yang
memiliki emas di atas paras uruf semasa. Ini boleh memberi makna dengan hasil
pendapatan bulanan yang besar tidak mempengaruhi gaya pemakaian emas di
kalangan wanita Islam di negeri ini. Responden di negeri ini kemungkinan tidak
memandang emas ini sebagai satu yang boleh dijadikan sebagai aset simpanan jangka
masa panjang dan hanya beranggapan ia hanya satu bentuk perhiasan peribadi pada
tubuh badan sahaja. Boleh jadi juga kerana zaman masa kini sudah ada pelbagai bentuk
aset simpanan yang setanding dengan nilaian emas yang boleh menjamin masa depan
mereka.
Rumusan ini dibuat berdasarkan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan
dengan profil responden dan pemakaian emas dalam kajian uruf ini.
6.2 Objektif Kedua.
Hasil kajian menunjukkan bagi objektif kedua memberi gambaran bahawa
kempen-kempen dan segala aktiviti penerangan dan dakwah berkaitan zakat emas
pakai ini berjaya dilaksanakan dengan baik dari tempoh 1996 hingga ke waktu ini. Ini
dapat dibuktikan melalui jurang perbezaan di antara kategori umur responden yang tahu
akan kewajipan zakat emas pakai tidak jauh berbeza di antara satu sama lain. Ini
memberi gambaran kepada kita bahawa faktor umur tidak menutup ruang dakwah dan
penerangan bahkan jika dilihat dari jadual yang berkaitan, responden yang berumur 51-
58 tahun adalah yang teramai mengetahui kewajipan zakat emas pakai ini.
Selain dari itu, perbezaan kawasan tempat tinggal responden tidak memberi
kesan negatif kepada pemahaman masyarakat tentang kewajipan zakat emas pakai ini.
Ini juga menunjukkan usaha dakwah dan penerangan sama ada secara langsung atau
tidak langsung berkaitan zakat sampai di setiap kawasan ini. Kawasan penempatan
FELDA mencatatkan graf yang teramai dan kemungkinan ruang dakwah di kawasan ini
sangat besar dan di manfaat dengan baik oleh penduduknya.
Kajian juga mendapati ramai dari kalangan responden tidak mengetahui cara
pengiraan zakat emas pakai ini. Faktor yang menyebabkan berlaku sedemikian
kemungkinan kemudahan perkhidmatan pengiraan zakat emas telah disediakan oleh
Pusat Kutipan Zakat Pahang kepada pembayar bagi memudahkan urusan tersebut.
Antara lain, tahap hingga tahu cara pengiraan zakat emas ini masih belum menjadi satu
keperluan bagi setiap wanita Islam di negeri ini. Ini mungkin kerana gaya pemakaian
emas itu sendiri di kalangan penduduk di negeri ini.
Dari kajian ini juga, didapati hampir 80% dari kalangan responden yang ditemui
telah membayar zakat emas mereka telah membayar ke Pusat Kutipan Zakat Pahang.
Ini membawa maksud yang positif kepada pengurusan zakat Pahang kerana masyarakat
Islam di negeri ini mempercayai pengurusan kutipan zakat di negeri Pahang
Bagi responden yang tidak pernah membayar zakat emas pakai, kajian
mendapati masih wujud segelintir kecil umat Islam yang enggan membayar zakat harta
dan kedapatan juga yang masih meragui pengurusan kutipan zakat di negeri ini.
Selain dari itu, kuliah agama memainkan peranan yang sangat besar dalam
dakwah dan penerangan kepada masyarakat Islam di negeri dan ia masih relevan lagi
untuk diguna pakai pada masa kini. Cuma, pihak yang berkaitan sebagai contoh Pusat
Kutipan Zakat Pahang perlu menggunakan kaedah-kaedah yang lain dengan lebih
efisien bagi memenuhi tuntutan dakwah kepada masyarakat sambil tidak meninggalkan
cara lama sebagai satu wasilah dakwah kepada masyarakat Islam di negeri ini. Hasil
kajian ini juga menunjukkan responden yang tidak menjawab dengan tepat tentang
golongan yang layak menerima zakat masih di tahap yang tinggi dan untuk memperbaiki
perkara ini perlu kepada usaha memperjelaskan dengan lebih mendalam bagi perkara
berkaitan supaya tanggapan mereka selama ini pada golongan asnaf yang layak
menerima zakat biarlah tepat mengikut pentakrifan syarak.
Rumusan ini dibuat berdasarkan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan
dengan kefahaman mengenai zakat emas dan profil mereka.
6.3 Objektif Ketiga.
Hasil kajian terhadap perbezaan antara tahap sosio ekonomi dan pemakaian
emas menunjukkan 1/3 daripada responden yang diambil memakai emas di atas kadar
nisab iaitu 85 gram.
Hanya 6% sahaja memakai emas di atas paras uruf semasa (200 gram). Melalui
data ini, jelas menunjukkan bahawa nilai 200 gram ini tinggi bagi pandangan masyarakat
wanita Islam negeri Pahang. Ini memberi penjelasan bahawa tidak ramai wanita Islam di
negeri ini yang memiliki emas dengan kadar yang banyak sehingga mencecah 200 gram
atau lebih. Situasi ini terjadi boleh dikaitkan dengan rumusan yang diberikan pada
objektif satu dan dua.
Perkara ini boleh juga dikaitkan dengan peningkatan harga emas dipasaran yang
mana semakin meninggi dan naik berbanding tahun-tahun kebelakangan ini. Faktor ini
sedikit sebanyak telah mempengaruhi cara pemakaian emas di kalangan wanita di
negeri ini.
Berdasarkan daripada analisa kajian ini, uruf kebiasaan pemakaian emas di
kalangan wanita Islam negeri ini sekiranya bersandarkan kepada hasil kajian, kadar
yang sesuai bagi uruf pemakaian emas boleh bermula dari 50 gram hingga ke 85 gram
ataupun hingga ke 100 gram. Ini bersandarkan kepada hasil kajian yang diperolehi
bersandarkan jadual-jadual di atas.
Sekiranya pemakaian emas yang layak untuk dizakatkan itu hanya kepada
mereka yang memakai emas di luar daripada kebiasaan, maka kadar 200 gram adalah
sesuai. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 6% iaitu seramai 63 responden ada
memakai emas di atas paras tersebut.
Bagaimanapun, penetapan kadar uruf pemakaian emas ini perlu merujuk kepada
kaedah yang menepati syarak bersandarkan kepada hukum fiqh dan perkara yang
berkaitan dengannya.
◊Penutup ◊
BAB 7
PENUTUP
Kajian secara menyeluruh untuk penentuan uruf ini amat penting. Ini kerana ia
menentukan ketepatan pelaksanaan hukum Islam semasa. Sungguhpun kajian ini
melibatkan jumlah responden yang amat besar, namun kos yang dibelanjakan dalam
kajian ini adalah amat bersesuaian. Kajian ini memberikan impak yang besar terhadap
pelaksanaan hukum Islam. Ini kerana ia didasarkan kepada proses penyelidikan
berkenaan dijalankan daripada merangka alat kajian sehingga kepada penyediaan
laporan kajian. Hasil kajian amat penting untuk mendapatkan keputusan yang mantap
terhadap pelaksanaan hukum fiqh semasa.
Wallahu alam bis sowab. Felza zulrrafaaee b. Abd Hamid Unit Dakwah Dan Penyelidikan
Pusat Kutipan Zakat Pahang Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
26 Ramadhan 1429 Hijrah
4.00 petang
Lampiran
Data Kajian Borang Soal Selidik Gambar-gambar Yang Berkaitan dengan Kajian
◊Data Kajian ◊
◊Borang Soal Selidik ◊
◊Gambar – gambar ◊ ◊Yang Berkaitan Dengan Kajian ◊
Gambar-gambar Kajian Soal Selidik Uruf Pemakaian Emas Di Negeri Pahang
Gambar-gambar Kajian Soal Selidik Uruf Pemakaian Emas Di Negeri Pahang
Gambar-gambar Kajian Soal Selidik Uruf Pemakaian Emas Di Negeri Pahang
◊Penghargaan ◊
Penghargaan Setinggi - tinggi penghargaan diberikan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat
Resam Melayu Pahang atas pembiayaan kewangan untuk projek kajian ini, Jabatan
Mufti dalam menjadi penaung kepada projek ini, khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang
diberikan oleh Universiti Malaysia Pahang dan kerjasama yang diberikan oleh jabatan –
jabatan kerajaan, badan – badan berkanun, pihak swasta, badan bukan kerajaan, JKKK,
persatuan – persatuan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung
atau tidak dalam menjayakan kajian ini. Semoga kerjasama yang diberikan mendapat
balasan yang baik dan setimpal di sisi Allah SWT.
Rujukan 1. Mushaf Tajwid Berserta Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia, Cetakan Ath
Tharya - Damsyik Darul Fikir Kuala Lumpur
2. Al Majmuk Syarh Al – Muhazzab – Imam An Nawawi
3. Fiqh Zakah – Prof Dr Muhammad Yusuf Al Qardhawi, Cetakan Muassasah Ar
Resalah Beirut – Lubnan
4. Hukum Zakat – Dr. M. Yusuf Qardawi, (Terjemahan) – Drs. Salman Harun, Drs.
Didin Hafidhuddin, Drs. Hassanuddin, Pustaka Nasional PTE LTD Singapura
5. Usul Fiqh Al Islami – Dr Wahbah Az Zuhaily, Cetakan Darul Al-Fikir Beirut -
Lubnan
5. Arkib Pusat Kutipan Zakat Pahang 1996