laporan jahitan
DESCRIPTION
RBT 3203ETRANSCRIPT
1.0PENGENALAN
1.0 PENGENALAN
Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang
berbagai bentuk dan warna. Walaubagaimanapun, pakaian kasual turut
diminati oleh kebanyakan masyarakat di negara ini selain ia mudah dijahit dan
mudah untuk didapati. Kemeja bermaksud baju pendek bagi lelaki dan
perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Kemeja direka
dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal
bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan. Kepelbagaian corak dan bentuk
dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki kemeja.
Semasa proses penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu
perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan dilakukan dengan
menyediakan rekod kerja, alatan dan bahan jahitan dan seterusnya
pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan
dengan menilai hasil kerja. Rekod kerja mengandungi lakaran stail pakaian
hadapan dan belakang, fabrik yang digunakan, ukuran badan, proses
menjahit, melakar pola, mengubahsuai pola, langkah menjahit dan pengiraan
kos.
2.0LAKARAN STAIL
PAKAIAN
2.0 HURAIAN STAIL PAKAIAN
2.1 Lisu PemadanLisu dibuat pada pakaian untuk mendapatkan bentuk padanan yang elok
sebagai hiasan. Lisu yang digunakan pada rekaan stail pakaian ini ialah lisu
setentang. Ia dibuat pada bahagian tengah belakang blaus.
2.2 BelahFungsi belah pada pakaian ialah untuk memudahkan pemakai memakai dan
menanggalkan pakaian. Rekaan stail pakaian ini menggunakan belah kelepet
sama lebar yang dibuat pada bahagian tengah hadapan blaus. Belah jenis ini
memerlukan lapik dalam nipis dan lembut untuk memberikan bentuk yang
elok dan rata. Lapik ini akan ditetapkan pada pakaian dengan jahitan silang
pangkah.
2.3 Bahu mendatangBahu mendatang digunakan pada pakaian sebagai stail atau memberi gaya.
Bagi pakaian ini, bahu mendatang selapis berbentuk lurus dibuat pada
bahagian atas belakang blaus. Ia digunting pada selapis fabrik dengan ira
melintang.
2.4 KolarAntara kegunaan kolar pada pakaian ialah sebagai penyudah garis leher,
perhiasan, memberi kepanasan, menutup kecacatan pada leher dan memberi
gaya. Kolar lurus berkancing rapat telah dijadikan pelengkap gaya pada
pakaian ini.
2.5 LenganLengan dibuat pada pakaian untuk mengemas lubang lengan. Selain itu, ia
juga memberi gaya kepada pakaian bagi rekaan stail pakaian ini dengan
padanan rata. Ini menekankan lagi kekemasan pada bahagian lengan blaus
ini.
2.6 KelimKelim yang digunakan adalah jahit mesin. Kegunaan kelim pada pakaian ini
ialah untuk memberi bentuk dan juga sebagai hiasan.
2.7 KancingKancing dibuat pada pakaian untuk menutup dan membuka belah pada
pakaian. Kancing juga berfungsi sebagai hiasan. Oleh itu butang berlubang
empat digunakan dan lubang butang melintang digunakan untuk blaus ini.
2.8 CorakOleh kerana fabrik yang saya pilih untuk rekaan kemeja ini adalah kosong,
maka tidak terdapat corak pada fabrik. Bagaimanapun, saya telah
menggunakan campuran warna (biru dan hijau) iaitu pada kolar dan lengan.
Campuran warna ini dapat menyerlahkan lagi personaliti si pemakai.
2.9 WarnaWarna dasar untuk fabrik yang saya pilih adalah biru muda. Ini akan
menimbulkan lagi keceriaan yang ada pada fabrik yang saya pilih.
2.10 Tekstur fabrikTekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan, dan kemasan yang
diberikan. Saya memilih fabrik yang bertekstur tampak dan sentuh iaitu kita
dapat melihat dan juga merasa ketebalan, nipis atau gelap fabrik tersebut.
Fabrik yang saya pilih adalah dari jenis cotton yang ringan dipakai dan
tampak kemas.
2.11 Garisan dan cantumanSaya memilih fabrik yang dasarnya tiada corak dan garisan. Saya memilih
fabrik ini kerana ia tampak lebih ringkas. Namun demikian, untuk bahagian
kolar dan lengan, saya menggunakan fabrik yang bercorak petak, ini adalah
untuk menonjolkan keistimewaan personaliti pemakai.
3.0SENARAI
ALATAN DAN BAHAN
3.0 SENARAI ALATAN DAN BAHAN
3.1 Pemilihan FabrikFabrik yang digunakan dalam membuat kemeja adalah fabrik cotton.
Pemiilihan fabrik ini kerana fabrik cotton adalah antara kain yang sesuai untuk
negara kita yang panas. Penggunaannya di Malaysia adalah sangat meluas
dalam baju Melayu, baju kurung, blaus, pakaian sekolah dan sebagainya.
Fabrik cotton mudah menyerap peluh dan berasa amat selesa untuk
dipakai dan biasanya agak keras serta cepat berkedut. Pemilihan fabrik
cotton juga tidak licin dan memudahkan saya untuk membuat ukuran dengan
tepat semasa menggunting selain ia mudah dijahit. Struktur fabrik cotton juga
tidak mudah tertanggal dan memudahkan saya untuk menjahit berbanding
dengan fabrik lain yang strukturnya mudah tertanggal dan koyak. Fabrik
cotton yang digunakan juga murah berbanding dengan fabrik lain dan secara
tidak langsung ia dapat menjimatkan kos kemeja yang ditugaskan. Selain itu,
fabrik yang digunakan pada dasar baju adalah tidak bercorak bagi
memudahkan saya untuk memotong fabrik tanpa memikirkan corak yang
diperlukan pada fabrik. Pemilihan fabrik amat penting kerana hasil yang
cantik, kemas dan berkualiti adalah bergantung pada fabrik yang dipilih.
3.2 Pemilihan Bahan
Benang jahit
Butang
Fabrik
3.3 Pemilihan Alatan Jahit
ALATAN KEGUNAANRoda surih Digunakan bersama kertas
karbon untuk memindahkan
garisan pemadan ke atas fabrik
ataupun pola
Kapur Membuat dan memindahkan
garisan pemadan
Pensel Digunakan untuk menanda
garisan pemadan pada
permukaan fabrik
Membuat dan juga memindahkan
tanda pola
Kertas karbon Digunakan untuk memindahkan
motif sulaman ke atas fabrik
Jarum peniti Menyemat pola pada fabrik
supaya tidak mudah lari terutama
sekali pada fabrik yang licin
Menyemat kepingan fabric
sebelum menjahit
Digunakan untuk kerja mengacu
pakaian
Gunting fabrik Untuk menggunting fabrik
Mesin jahit Menjahit lurus
Menjahit sulaman
Menjahit lubang butang dan
semua kerja mencantum fabrik
Penetas Menetas mata jahitan dan
menanggalkan benang jahitan
Bod seterika Memudahkan kerja-kerja
menyeterika dan menekan fabrik
Seterika Menekan dan menyeterika fabrik
supaya kemas dan rata
Pita ukur Mengukur dengan tepat ukuran
badan
Pembaris sesiku Membuat garisan bersudut tepat
dan garisan lurus pada pola atau
fabrik
Bahagian melengkung digunakan
untuk membentuk garis leher dan
lubang lengan
Pembaris lurus Mengukur dan menanda garisan
lurus pada kertas pola
Mengukur fabrik
4.0PENGIRAAN KOS
4.0 PENGIRAAN KOS
4.1 Kos Bahan
BIL BAHAN HARGA SEUNIT (RM)
KUANTITI HARGA (RM)
1 Kain cotton 4.50 semeter 1.5 meter 6.75
2 Butang 0.40 sebiji 6 2.40
3 Benang 0.80 segelung 1 0.80
4 Brown paper 0.20 sehelai 1 0.20
JUMLAH 10.15
4.2 Kos Upah
BIL BAHAN UPAH SEBIJI LUBANG (RM)
KUANTITI HARGA (RM)
1 Menjahit 0.20 6 1.20
4.3 Kos Peralatan Menjahit
BIL PERALATAN HARGA SEUNIT
(RM)
KUANTITI HARGA (RM)
1 Pembaris sesiku 2.90 1 2.90
2 Pembaris lurus 2.90 1 2.90
3 Gunting fabrik 9.00 1 9.00
4 Jarum peniti 0.80 1 0.80
5 Kapur jahitan 0.60 1 0.60
6 Pensel jahitan 2.50 1 2.50
7 Penetas benang 1.00 1 1.00
8 Pedeti/set gelendung/
sekoci
5.00 1 5.00
9 Jarum mesin 1.20 1 1.20
JUMLAH 25.90
4.4 Kos PakaianKOS BAHAN + KOS UPAH + KOS PERALATAN MENJAHIT = KOS KEMEJA
RM 10.15 + RM 1.20 + RM 25.90 = RM 37.20
5.0UKURAN BADAN
5.0 UKURAN BADAN
5.1 Ukuran Badan
Garisan Mendatar
Bahagian Keterangan GambarBahu Ukur dari sendi bahu
kanan ke sendi bahu
kiri melalui tulang
tengkuk.
Bidang
belakang
Ukur dari pangkal
ketiak kanan ke
pangkal ketiak kiri
(lebih kurang 15cm
bawah tulang tengkuk)
Keliling leher Ukur keliling pangkal
leher.
Dada Ukur keliling dada
yang paling penuh.
Bidang
hadapan
Ukur dari pangkal
ketiak kanan ke
pangkal ketiak kiri
(lebih kurang 7cm di
bawah garis leher)
Jarak mercu
dada
Ukur dari mercu dada
ke mercu dada kiri.
Pinggang Ukur keliling bahagian
yang telah diikat
dengan tali.
Pinggul /
Punggung
Ukur keliling bahagian
pinggul yang paling
penuh.
Keliling lengan Ukur keliling lengan.
Ukuran Menegak
Bahagian Keterangan GambarLabuh tengah
belakang
Ukur dari tulang
tengkuk ke paras
pinggang yang diikat.
Labuh mercu
dada
Ukur dari pangkal
bahu ke mercu dada.
Labuh baju Ukur dari tulang
tengkuk ke paras
labuh yang
dikehendaki.
Pinggang ke
pinggul
Ukur dari pinggang ke
pinggul (lebih kurang
20cm ke bawah)
Labuh lengan Letakkan tangan ke
pinggul.
6.0PROSES
MENJAHIT
6.0 PROSES MENJAHIT
Keterangan Gambar1. PENGHILANG GEMBUNG
a) Lisu terbalik Dibuat dengan dua lisu
yang bertemu di tengah
pada SL pakaian.
Tandakan garisan
lipatan lisu pada fabrik.
Lipat lisu mengikut “a”
ke “b”.
Tekan dan semat peniti.
Jahit jelujur tegak pada
tengah lisu untuk
menetapnya.
b) Lisu setentang2. BAHU MENDATANG
a) Kelim bahu mendatang
Cantumkan bahu
mendatang pada badan
belakang dengan kelim
lipat tindih
Bahagian lipatan atas
lisu setentang dijahit
sekali semasa menjahit
bahu mendatang.
3. KELIMa) Kelim belah kangkung
Temukan kedua
bahagian luar fabrik.
Jelujur dan jahit mesin
di atas garis pamadan.
Tanggalkan jelujur,
tekan, dan buka kelim.
Kemaskan tepi fabrik
dengan jahitan insang
pari, jahitan mesin,
jahitan lilit kemas atau
mesin pengemas tepi.
b) Kelim bahu
Cantumkan bahu
mendatang pada badan
hadapan dengan kelim
belah kangkung
Gunting basi kelim yang
berlebihan dan
kemaskan dengan
jahitan mesin pengemas
tepi.
c) Kelim rasuk
Temukan sebelah luar
badan hadapan dengan
sebelah luar badan
belakang.
Cantumkan dengan
kelim belah kangkung.
Tekan kelim terbuka.
d) Kelim lengan
4. BELAHa) Belah bertindih kelepet
5. LENGANa) Lengan padanan rata
Buatkan kedut lepas di
kepala dan di hujung
lengan.
Cantumkan kelim
lengan dengan kelim
belah kangkung.
Jahitkan ben di hujung
lengan
Cantumkan lengan ke
lubang lengan dengan
jahit mesin
Gunting basi kelim yang
berlebihan dan
kemaskan dengan
jahitan pengemas tepi.
6. GARIS LEHERa) Kolar lurus
Sediakan kolar lurus.
Lekatkan lapik tebal dalam
berperekat pada sebelah
dalam lapisa atas fabrik
kolar.
Jahit mesin di sekeliling
bahagian atas kolar
Gunting basi kelim yang
berlebihan dan snip
bahagian yang
melengkung. Balikkannya
ke sebelah luar.
Cantumkan kolar ke garis
leher dengan jahit mesin
7. KELEPETa) Kelepet lurus
Lipat kelepet di dalam
garisan lipatan
Lekatkan pada pakaian
dengan jahitan mesin.
8. KANCINGa) Butang dan lubang
Letakkan butang pada
kedudukanya. Buatkan
tangkai/kaki pada
bahagian bawah butang
berlubang empat
Sudahkan dengan jahit
ulat-ulat pada sebelah
dalam pakaian
9. TEKANAN AKHIR Seterika keseluruhan
pakaian untuk mereta serta
melicinkannya.