laporan hari guru 2013
TRANSCRIPT
LAPORAN HARI GURU 2013
TARIKH : 16 MEI 2013
HARI: KHAMIS
TEMPAT : DATARAN PUTERI SMK CONVENT KLANG
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013
Pada setiap tahun, apabila tiba tarikh keramat iaitu 16 Mei, semua warga pendidik akan menyambut hari yang bermakna iaitu Hari Guru sebagai penghormatan dan pengiktirafan kepada profesion keguruan atas jasa mereka selama ini yang mendidik pelajar. Sehubungan dengan itu, pihak SMK Convent Klang telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 16 Mei 2013.
Pelbagai acara telah dilangsungkan pada hari tersebut sempena sambutan Hari Guru. Antaranya ialah perarakan masuk para guru dan jemputan ke Dataran puteri, ucapan alu- aluan Pengetua, YDP PIBG dan Ketua Pengawas. Seterusnya, ikrar guru, nyanyian lagu ‘Guru Malaysia”, upacara pemotongan kek dan penyampaian hadiah wakil guru kepada murid dan penyampaian hadiah wakil murid kepada guru.Selepas itu, Pn Teoh Wong Hooi pula memberikan ucapan sempena perpisahan beliau kerana telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Matapelajaran Teknik dan Vokasional di SMK Raja Lumu. Turut dijalankan ialah acara penyampaian hadiah oleh pihak SMK Convent sempena majlis perpisahan Pn. Teoh Wong Hooi.
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan jamuan makan pagi kepada semua guru . Selepas selesai jamuan semua guru dan murid berkumpul di dataran puteri bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang dilakukan oleh murid dan guru. Antaranya ialah nyanyian, tarian, sketsa, dan dikir barat yang di persembahkan oleh guru.Guruyng telah menerima ‘Tokoh Guru’ pada tahun ini ialah Ustaz Ahmad Faisal Bin Yazid dan Pn. Sara Spencer. Manakala Encik Afrisofian pula telah mendapat pengiktirafan sebagai Anugerah Khas tahun 2013.