laporan biro laporan dokumentasi kot
DESCRIPTION
KOTTRANSCRIPT
LAPORAN BIRO LAPORAN & DOKUMENTASI
Ketua Biro: CHIAM SHIN YING
Ahli Biro: WONG SOON HENG
HWANG CHING YING
LEE YAN SIANG
SHARON LAI SIN YEE
Isi laporan dikehendaki merangkumi:
Laporan sepanjang pengurusan dan pengelolaan KOT
Sebelum
Semasa
Selepas
Masalah yang telah dihadapi
Refleksi kendiri (Kekuatan & kelemahan)
Cadangan penambahbaikan
Perkara lain yang berkaitan
LAPORAN SEBELUM KOT
Tarikh: 1 Januari 2015
Tempat: Kafe IPG Kampus Perlis
Aktiviti: Mesyuarat Pertama AJK Induk
Semua Ahli Jawatankuasa Induk mengadakan mesyuarat kali pertama untuk memastikan perkembangan setiap biro. Dalam mesyuarat tersebut, tarikh membuat lakaran padang dan balapan telah ditetapkan oleh biro persiapan tempat. Satu salinan mengenai senarai nama ahli jawatankuasa juga diserahkan agar semua ahli bertugas dapat menginteraksi dengan pensyarah pembimbing masing-masing bagi memastikan kelancaran tugas-tugas setiap biro.
Mesyuarat kali pertama ahli jawatankuasa induk.
Tarikh: 19/1/15 6/2/15
Tempat: Padang ASTAKA
Aktiviti: Persiapan Padang ASTAKA
Biro persiapan tempat telah memulakan kerja-kerja membersihkan padang seperti pasir lompat jauh, lorong larian, dan astaka. Tugas membuat lakaran padang dan balapan berlangsung selama tiga minggu dengan kerjasama setiap guru pelatih Sem 5 di bawah bimbingan pensyarah-pensyarah yang pakar. Guru pelatih Sem 5 menggunakan waktu petang setiap hari dan waktu pagi dan pentang hujung minggu untuk menyiapkan kerja tersebut.
Dalam proses pelaksanaan kerja membuat lakaran padang dan balapan, kami mendapati bahawa kerjasama antara satu sama lain amat diperlukan. Tambahan pula, seorang pemimpin yang bertanggungjawab juga amat dipentingkan. Pengerusi KOT kita telah menunjukkan satu teladan yang baik dan perlu dipelajari semua dalam proses ini. Beliau telah memberi pimpinan dan bimbingan yang terbaik sehingga membolehkan ahli setiap jawatankuasa rela menyumbangkan tenaga masing-masing dalam kerja yang begitu besar dan berat ini.
Selepas waktu GERKO, kelas Pendidikan Jasmani Sem 5 membersihkan kawasan lompat jauh untuk persiapan tempat bagi sukantara.
Semua guru pelatih Sem 5 bekerjasama mencari penanda padang untuk mengukur garisan padang.
Kerja persiapan padang dan balapan dilaksanakan di bawah pimpinan pengerusi projek KOT dengan baik.
Kerja membuat lakaran padang dan balapan mendapat bantuan dan bimbingan oleh pensyarah-pensyarah pakar.
Tarikh: 14/1/15
Tempat: BS PJ 1
Aktiviti: Mesyuarat Kedua AJK Induk dengan Pensyarah Pembimbing
Pada hari Rabu petang, satu mesyuarat antara AJK Induk KOT dengan pensyarah pembimbing, Encik Muftar
Tarikh: 16/1/15 5/2/2015
Tempat: Padang Astaka
Aktiviti: Latihan Rumah Sukan
Sebelum latihan rumah sukan dimulakan, biro peralatan telah menyediakan peralatan yang perlu di setiap acara. Peralatan seperti blok permulaan, bendera, peluru, pita pengukur dan lain-lain juga telah letak di dalam bakul berdasarkan dengan acara. Selepas itu, biro persiapan tempat menyusunkan peralatan dengan betul.
Setiap hari, kelas yang berbeza akan menjadi pegawai bertugas di setiap stesen. Ketika ketidakcukupan pegawai bertugas, maka kelas yang tidak bertugas pada hari yang tersebut akan memberi pertolongan. Selain itu, pegawai perubatan iaitu JPAM juga akan mengagihkan ahli untuk menjaga setiap stesen bagi memastikan dapat memberi pertolongan cemas dengan cepat ketika terdapat pelajar yang cedera.
Manakala biro dokumentasi telah mengagihkan ahli-ahlinya di setiap stesen untuk mengambil gambar perlaksanaan latihan setiap rumah sukan. Disebabkan terdapat 3 jenis latihan yang dijalankan dalam sehari, maka setiap stesen terdapat sekurang-kurangnya seorang ahli biro dokumentasi yang mengambil gambar suasana perlaksaan latihan acara. Pada hari yang pertama dan hari yang kedua dalam minggu latihan rumah sukan adalah melaksanakan latihan acara 100m, lontar peluru dan lompat jauh Hari yang ketiga dan keempat merupakan perlaksanaan latihan acara lompat tinggi dan lempar cakera.
Selepas latihan rumah sukan ini, kami juga melakukan pemilihan dan dokumentasi gambar. Selepas mengemas gambar, ketua mengumpulkan semua gambar daripada ahli-ahli dan serah kepada biro siaraya pada hari tersebut.
tika terdapat pelajar yang cedera.an cepat sebelumengagihkan ahli untuk menjaga setiap stesen bagi memastikan longan. rlaksana
Keadaan semasa perlangsungan latihan rumah sukan
Pengawai bertugas yang terdiri daripada PISMP Semster 5 memberi komitent yang tinggi dalam melaksanakan tugas
Masalah yang kami menghadapi semasa melaksanakan tugas adalah ketidakcukupan kamera DSLR di mana kamera tersebut dapat menangkap pergerakan guru pelatih menjalankan aktiviti dengan cepat dan tidak kabur. Tambahan lagi, kamera DSLR juga dapat menangkap gambar dengan jelas walaupun berada di jarak yang jauh. Hal ini lebih menjamin keselamatan ahli biro dokumentasi kerana ketika mengambil gambar acara lontar peluru dan lempar cakera, kami tidak perlu berdiri dengan dekat bagi menangkap gambar yang jelas.
Sebelum ini, kami juga meminta pertolongan daripada biro peralatan untuk meminjam kamera DSLR daripada Jabatan Teknologi dan Maklumat. Malangnya pemohonan ditolak. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah tersebut, kami mengadakan perbincangan selepas latihan sukan. Selepas melakukan perbincangan antara biro ahli dokumentasi, maka kami telah membuat keputusan iaitu meminjam kamera DSLR daripada guru pelatih yang mempunyai kamera DSLR.
Selain itu, kami menerima aduan daripada biro siaraya menyatakan bahawa gambar yang kami tangkap tidak cantik dan tidak dapat dijadikan background kepada banner. Oleh itu, kami cuba mencari sudut yang sesuai untuk menangkap gambar yang cantik. Walupun hasilnya tidak secantik seperti hasil tangkapan daripada jurugambar yang berpakar, malah kami juga semakin hari semakin menguasai teknik penggambaran. Selain itu, penggunaan kamera DSLR merupakan masalah yang dihadapi oleh sesetengah ahli biro dokumentasi. Sehubungan dengan itu, sebelum melakukan penggambaran, ahli-ahli biro dokumentasi juga perlu mengkaji terlebih dahulu kamera DSLR yang dipinjam. Secara tidak langsungnya, kami dapat mendalami ilmu berkenaan dengan penggunaan kamera DSLR.