laporan - asnb.com.my · pdf fileg. nota-nota berkenaan penyata kewangan 19 v maklumat...

36
www.asnb.com.my BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 TAHUNAN LAPORAN

Upload: donhi

Post on 06-Feb-2018

262 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

www.asnb.com.my

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013

PENGURUS Amanah Saham Nasional Berhad (47457-V)

Anak syarikat milik penuh: Permodalan Nasional Berhad (38218-X)

PEJABAT BERDAFTARTingkat 4, Balai PNB,

201-A, Jalan Tun Razak,50400 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 5500

LEMBAGA PENGARAHTun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (Pengerusi)

Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che OthmanTan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin

Tan Sri Dato’ Md. Desa bin PachiTan Sri Dato’ Seri Ainum binti Mohamed Saaid

Dato’ Idris bin Kechot

PRESIDEN DAN KETUA EKSEKUTIF KUMPULANTan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman

PENGARAH EKSEKUTIFDato’ Idris bin Kechot

SETIAUSAHA SYARIKATPuan Adibah Khairiah binti Ismail @ Daud

(MIA 13755)

PEGAWAI KANAN PEMATUHANEncik Paisol bin Ahmad

PEMEGANG AMANAHAmanahRaya Trustees Berhad

JURUAUDITTetuan Hanafiah Raslan & Mohamad

BANKMalayan Banking Berhad

CIMB Bank Berhad

PEGUAMBELA & PEGUAMCARATetuan Zain & Co.

Tetuan Zainal Abidin & Co.Tetuan Marzuki Spawi & Co. (Sabah)

Tetuan Hamzah & Ong Advocates (Sarawak)

EJENMalayan Banking BerhadMaybank Islamic Berhad

CIMB Bank BerhadRHB Bank Berhad

Pos Malaysia Berhad

Atau LayariMaybank2u.com

CIMB ClicksaffinOnline.com

RHBNow

TAHUNANLAPORAN

Page 2: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13
Page 3: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

ISI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA SURAT

I Maklumat Tabung 2

II Prestasi Tabung 2

III Laporan Pengurus 6

IV Penyata Kewangan

A. Penyata Pengurus 12

B. Penyataan Pemegang Amanah 13

C. Laporan Juruaudit 14

D. Penyata Untung Rugi 16

E. Penyata Pendapatan Komprehensif 17

F. Penyata Aliran Tunai 18

G. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19

V Maklumat Korporat 34

1

Page 4: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

Pemegang – pemegang unit Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dihormati, AmanahRaya Trustees Berhad (ART) selaku Pemegang Amanah dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) selaku Pengurus ASB, dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

a. Nama Tabung

b. Kategori dan Jenis Tabung

c. Objektif Pelaburan Tabung

d. Tahun Kewangan Berakhir

e. Penanda Aras Tabung

f. Polisi Pengagihan Pendapatan Tabung

g. Pegangan Unit

a. Perumpukan Aset

Skim Amanah Saham Bumiputera

Ekuiti / Pendapatan

Objektif pelaburan ASB adalah untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada toleransi risiko yang minima.

31 Disember.

ASB menggunakan penanda aras Kadar Faedah Pasaran Wang Antara Bank 3-Bulan (KLIBOR 3-Bulan) bagi tujuan perbandingan prestasinya.

ASB akan mengagihkan perolehan daripada pendapatannya, jika ada, tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan daripada pemegang amanah.

Pada 31 Disember 2013, seramai 8,262,542 individu telah menyertai ASB. Pecahan pegangan unit adalah seperti berikut:

(i) Perumpukan Aset Mengikut Sektor Pada Nilai Pasaran Berdasarkan Nilai Aset Bersih Tabung

I. MAKLUMAT TABUNG

II. PRESTASI TABUNG

5,000 ke bawah 5,902,438 71.4 3,268,747,931 2.65,001 - 10,000 511,921 6.2 2,950,537,797 2.310,001 - 50,000 1,117,270 13.5 24,115,078,712 18.950,001 - 500,000 716,597 8.7 86,549,749,887 68.0500,001 ke atas 14,316 0.2 10,380,856,347 8.2Jumlah 8,262,542 100.0 127,264,970,674 100.0

PecahanPeganganUnit

BilanganPemegang

Unit

BilanganUnit

Dilanggan

% %

2

LAPORAN PENGURUSSKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 5: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

(ii) Senarai 20 Pelaburan Terbesar Pada Nilai Pasaran Berbanding Nilai Aset Bersih Tabung Pada 31 Disember 2013.

Sektor Tahun Kewangan Berakhir 31.12.2013 31.12.2012 31.12.2011 % % %Pelaburan di Pasaran EkuitiPerkhidmatan / Perdagangan 29.85 30.62 33.09Kewangan 25.01 25.99 29.45Barangan Pengguna 6.37 6.69 5.69Hartanah dan Pembangunan 5.76 3.77 4.33Barangan Industri 2.80 2.59 1.90Perladangan 1.86 1.90 1.79Lain-lain sektor 0.77 0.52 0.54Jumlah 72.42 72.08 76.79Pelaburan di lain-laininstrumen pasaran modal:(i) Sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang disebut harga 0.05 0.02 0.04(ii) Pelaburan dalam sekuriti modal bercantum 1.20 1.43 1.68(iii) Lain-lain pelaburan dan aset bersih 26.33 26.47 21.49Jumlah 100.00 100.00 100.00

Bil Syarikat % Dari Nilai Aset Bersih Tabung1 Malayan Banking Berhad 21.332 Sime Darby Berhad 12.773 UMW Holdings Berhad 3.814 Axiata Group Berhad 3.365 Maxis Berhad 2.746 Tenaga Nasional Berhad 2.707 Telekom Malaysia Berhad 1.658 I&P Group Sdn Berhad 1.609 Digi.Com Berhad 1.2710 Petronas Chemicals Group Berhad 1.2411 MMC Corporation Berhad 1.1312 Petronas Gas Berhad 1.1213 CIMB Group Holdings Berhad 1.0414 MISC Berhad 0.9415 Fraser & Neave Holdings Berhad 0.8116 IOI Corporation Berhad 0.8017 Malaysia Airports Holdings Berhad 0.7618 SP Setia Berhad 0.7119 Kuala Lumpur Kepong Berhad 0.6920 Public Bank Berhad 0.66

II. PRESTASI TABUNG

3LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 6: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

Nota:1. Bonus dibayar kepada pemegang unit berdasarkan purata

baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula Januari 2004 sehingga Disember 2013.

2. Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (NPP) adalah nisbah di antara jumlah bayaran pengurusan dan perbelanjaan ASB dengan purata NAB ASB untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian. Perubahan antara NPP pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2012 adalah tidak ketara.

3. Pusing Ganti Portfolio (PGP) adalah nisbah purata bagi jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan dalam tahun kewangan dengan purata NAB ASB untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian. Perubahan antara PGP pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2012 adalah tidak ketara.

ASB telah berupaya mencapai objektif pelaburannya dalam menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, ASB telah memperuntukan sejumlah RM9,220.05 juta (2012: RM7,990.10 juta) untuk pembayaran pengagihan pendapatan, iaitu bersamaan dengan 7.70 sen seunit.(2012: 7.75 sen seunit). Pengagihan ini dikira berdasarkan jumlah unit minima bulanan yang dipegang oleh pemegang-pemegang unit dalam tempoh kewangan tersebut.BonusPada tahun ini, Permodalan Nasional Berhad telah memperuntukkan sebanyak RM675.93 juta (2012: RM680.73 juta) bersamaan 1.00 sen seunit (2012: 1.15 sen seunit)Sumber PendapatanASB telah memperoleh pendapatan dari sumber dividen kasar dari syarikat-syarikat pelaburan yang disebutharga dan tidak disebutharga, keuntungan ternyata dan jualan pelaburan dan pendapatan dari lain-lain instrumen pasaran modal.

c. Pengagihan Pendapatan

d. Maklumat Kewangan

b. Pencapaian Objektif Tabung

Sumber Pendapatan Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2013 2012 2011 RM (Juta) RM (Juta) RM (Juta)Dividen Kasar 4,416.40 4,831.22 5,035.90Keuntungan Bersih Ternyata

3,985.82 2,684.42 1,587.76Dari Jualan PelaburanLain-lain pendapatan 1,519.37 1,109.34 892.00Jumlah Pendapatan 9,921.59 8,624.98 7,515.66

Selepas Pengagihan Tahun Kewangan Berakhir 31 DisemberPendapatan 2013 2012 2011Unit Dalam Edaran (Juta) 127,373 110,298 96,343Jumlah Pengagihan (RM juta) 9,220.05 7,990.10 6,919.69Kadar Pengagihan Pendapatan (sen seunit) 7.70 7.75 7.65Bonus (RM juta) 675.93 680.73 600.41Bonus1 (sen seunit) 1.00 1.15 1.15Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (%)2 0.39 0.39 0.37Pusing Ganti Portfolio (kali)3 0.13 0.11 0.16

Perbandingan Prestasi Maklumat Kewangan Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Terdahulu:

4LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 7: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

Nota:1. a) 1 tahun ialah pengagihan pendapatan bagi tahun tersebut. b) 3 tahun ialah pengagihan pendapatan tahun tersebut

ditambah dengan pengagihan pendapatan bagi tahun sebelumnya dan dibahagikan dengan 3.

c) 5 tahun ialah pengagihan pendapatan tahun tersebut ditambah dengan pengagihan pendapatan bagi 4 tahun sebelumnya dan dibahagikan dengan 5.

Nota:1. Pengagihan pendapatan bagi tahun tersebut.2. Bonus adalah pengagihan pendapatan yang dibayar oleh PNB

(jika ada) dan berdasarkan kepada baki minima bulanan 10 tahun. Pemberian Bonus tahunan adalah berdasarkan budi bicara oleh pihak PNB.

3. Penanda aras iaitu KLIBOR 3-Bulan adalah berdasarkan kepada faedah penghujung bulan bagi sesuatu tahun kewangan.

Sila ambil perhatian bahawa Pengurus tidak menjamin pulangan pelaburan. Pengagihan pendapatan, jika dibayar, mungkin turun atau naik. Prestasi tabung masa lalu tidak semestinya mencerminkan prestasi masa hadapan.

Tiada perubahan ketara terhadap kedudukan tabung sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

ASNB dan Pengurus Pelaburan tabung unit amanahnya tidak menerima komisyen ringan daripada broker dan/atau wakil urus niaga yang dikendalikan untuk unit amanah.

ASNB dan ASB tidak mengalami situasi-situasi yang boleh menjejaskan kepentingan pemegang unit.

Sumber: Normandy

f. Perubahan Ketara Terhadap Kedudukan Tabung

g. Komisyen Ringan

h. Situasi Yang Boleh menjejaskan Kepentingan Pengegang Unit

Pada 31 Disember 2013 1 Tahun 3 Tahun 5 TahunPengagihan Pendapatan (%)1 7.70 7.70 7.58Bonus (%)2 1.00 1.10 1.16KLIBOR 3-bulan (%) 3.32 3.25 2.98

Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2013 2012 2011 2010 2009Pengagihan pendapatan (%)1 7.70 7.75 7.65 7.50 7.30Bonus (%)2 1.00 1.15 1.15 1.25 1.25KLIBOR 3-Bulan (%)3 3.32 3.21 3.22 2.98 2.17

(i) Purata Pulangan Tahunan bagi ASB berbanding penanda aras adalah seperti berikut:

(ii) Perbandingan Prestasi Pulangan Tahunan ASB Berbanding Penanda Aras

Sumber: Normandy

e. Pulangan Tabung

5LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 8: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

III. LAPORAN PENGURUS

a. Polisi Pelaburan Polisi pelaburan ASB adalah melabur dalam portfolio

pelaburan yang dipelbagaikan terutamanya sekuriti, saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia, sekuriti yang tidak disenaraikan, instrumen berpendapatan tetap dan pasaran wang serta lain-lain instrumen pasaran modal, seperti yang dibenarkan dalam Suratikatan ASB. Walau bagaimanapun, ASB boleh mengambil strategi defensif mengikut kesesuaian pasaran.

b. Strategi Pelaburan Sepanjang Tahun Kewangani. Ekuiti Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, strategi

pelaburan ASB telah dilaksanakan dengan perumpukan aset antara ekuiti dan sekuriti berpendapatan tetap mengikut keadaan ekonomi dan pasaran modal global dan tempatan.Tumpuan lebih diberikan kepada aset ekuiti berbanding dengan aset sekuriti berpendapatan tetap untuk menjana pulangan yang lebih tinggi dalam bentuk pulangan modal dan juga dividen, sejajar dengan risiko pasaran yang diambil.

Pelaburan ASB dalam ekuiti telah ditumpukan kepada sektor-sektor dan saham-saham syarikat yang mempunyai kekuatan asas yang kukuh dan prospek perniagaan yang cerah, yang mendapat sokongan dan insentif daripada Kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan juga kurang dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi global. Antara sektor-sektor yang menjadi tumpuan ialah sektor kewangan dan perladangan. Pada masa yang sama, pelaburan saham juga memberi penekanan pada sektor-sektor dan saham-saham yang mempunyai pulangan dividen yang tinggi dan konsisten seperti sektor telekomunikasi, kepenggunaan dan Dana Pelaburan Hartanah (REIT). Penekanan khusus juga diberikan kepada sektor minyak dan gas yang menjadi tunjang kepada ETP. Pelaburan di dalam sektor-sektor dan saham-saham tersebut membolehkan ASB mencapai pulangan yang lebih tinggi berbanding penanda arasnya.

ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Wang Tunai Sepanjang tahun kewangan 2013, ASB telah membuat

pelaburan yang lebih dalam pasaran wang berbanding sekuriti berpendapatan tetap. Ini bagi membolehkan ASB mempunyai aliran yang secukupnya bagi memasuki pasaran saham pada masa yang bersesuaian. ASB turut melabur dalam sekuriti berpendapatan tetap sekuriti hutang swasta dan sekuriti modal bercantum untuk mempelbagaikan pelaburan di samping mengurangkan risiko portfolio. Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap dilakukan setelah pengurus dana melakukan analisa kredit. Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap mementingkan penarafan kredit sekurang-kurangnya taraf

6LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 9: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

‘A’ yang diberikan oleh RAM Rating Services Berhad (RAM Ratings) atau setaraf dengannya yang diberikan oleh agensi penarafan di Malaysia.

c. Ulasan Pasaran Ekuiti Bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013, penanda

aras utama Bursa Malaysia iaitu Financial Times Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBM KLCI) telah mencatatkan kenaikan sebanyak 178.01 mata atau 10.54% untuk ditutup pada 1,866.96 mata pada 31 Disember 2013, berbanding 1,688.95 mata yang dicatatkan pada 31 Disember 2012. Bagi tempoh yang sama, FBM KLCI telah mencatat paras tertinggi 1,872.52 mata pada 30 Disember 2013, manakala paras terendah 1,613.33 mata dicatatkan pada 20 Februari 2013. Semua penanda aras sektor di dalam pasaran saham Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan sejajar dengan prestasi positif FBM KLCI. Sektor teknologi mencatatkan kenaikan tertinggi sebanyak 25.27%, diikuti oleh sektor hartanah yang mencatatkan kenaikan sebanyak 22.74%. Manakala sektor perladangan pula mencatatkan kenaikan paling rendah iaitu sebanyak 7.60%, berbanding pada 31 Disember 2012.

Bagi tempoh Januari sehingga Jun 2013, pasaran saham berada dalam persekitaran yang mencabar disebabkan ketidaktentuan terhadap isu ekonomi Amerika Syarikat yang lemah, krisis hutang Kesatuan Eropah yang berpanjangan dan pertumbuhan ekonomi China yang perlahan yang dikhuatiritidak mampu menyokong harga komoditi serta perdagangan serantau. Tambahan pula, kebimbangan kesan daripada pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat bagi pengurangan dasar kuantitif (Quantitative easing, QE) yang akan dilaksanakan secara berperingkat dijangka akan meningkatkan kestabilan kewangan dan mata wang akibat pengeluaran wang ke luar negara. Walaubagaimanapun, peningkatan aliran masuk pelabur asing yang tinggi membolehkan pasaran FBM KLCI berada di paras yang stabil.

Pasaran saham kembali aktif bagi tempoh Julai sehingga Disember 2013 berikutan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih tinggi sebanyak 5.00% (Sumber: Bank Negara Malaysia, BNM) pada suku ketiga 2013 berbanding 4.40% pada suku kedua 2013, disokong oleh permintaan dalam negeri yang mengggalakkan dengan peningkatan sebanyak 8.30% berbanding 7.40% pada suku kedua 2013. Eksport negara kembali pulih dengan berkembang sebanyak 1.70% berbanding - 5.20% pada suku kedua 2013. Petunjuk ekonomi utama dunia turut menggambarkan prospek yang lebih baik berikutan pertumbuhan yang lebih baik di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.Tambahan pula, kebimbangan mengenai kemerosotan ekonomi di China telah berkurangan berikutan peningkatan Indeks Pengurusan Pembelian (PMI) negara berkenaan. Manakala, inflasi negara masih berada pada tahap yang rendah iaitu sebanyak 2.90% pada bulan November

7LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 10: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

2013, berbanding 2.80% pada bulan Oktober 2013.

Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan telah mengumumkan langkah pelarasan subsidi bermula dengan pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen pada 3 September 2013 serta akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (Goods and Services Tax, GST) bagi menggantikan cukai jualan dan cukai pekhidmatan pada tahun 2015 di dalam bajet 2014. Langkah ini telah meningkatkan semula keyakinan para pelabur serta agensi penarafan antarabangsa terhadap kedudukan kewangan dan kemantapan ekonomi negara.

Secara keseluruhannya, FBM KLCI telah menunjukkan prestasi yang positif, dan saham-saham yang melonjak tinggi ialah sektor utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (63.98%) dan Petronas Gas Berhad (24.39%), sektor minyak dan gas seperti SapuraKencana Berhad (55.56%) dan Petronas Dagangan Berhad (33.79%), dan sektor perbankan seperti Public Bank Berhad (19.16%) telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Kenaikan saham-saham tersebut mencerminkan keyakinan pelabur kepada syarikat-syarikat yang lebih tertumpu kepada permintaan dalam negeri serta prospek pertumbuhan yang jelas di kala ketidaktentuan persekitaran luar negara.

d. Ulasan Pasaran Wang dan Kadar Faedah BNM telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman

(Overnight Policy Rate, OPR) pada tahap 3.00% pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) pada 7 November 2013. Kali terakhir BNM melakukan perubahan ialah pada 5 Mei 2011, iaitu kenaikan sebanyak 0.25% kepada 3.00%. Keputusan yang dibuat BNM adalah berikutan dasar monetari masih pada tahap yang bersesuaian dan dijangka dapat menyokong aktiviti ekonomi dalaman semasa, memandangkan prospek pertumbuhan positif dan kadar inflasi yang masih terkawal.

Pasaran Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) secara dasarnya adalah lemah terutamanya bagi bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang atas aktiviti pengurangan dasar kuantitatif QE, pengaliran keluar dana asing dan penurunan prospek penarafan kredit oleh agensi penarafan antarabangsa (Fitch Rating Agency). Kadar hasil MGS 10 tahun meningkat sebanyak 43 mata asas kepada 4.13% pada 31 Disember 2013 berbanding tahun berakhir 2012.Pasaran bon korporat juga diniagakan rendah selaras dengan aktiviti pasaran Sekuriti Kerajaan Malaysia. Kadar hasil bagi 10 tahun bon korporat AAA meningkat sebanyak 17 mata asas kepada 4.46% berbanding tahun berakhir 2012.

8LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 11: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

e. Prospek Ekonomi dan Pasaran Saham Secara keseluruhannya, prospek ekonomi global dijangka

berada dalam keadaan lebih baik pada tahun 2014 berbanding tahun sebelumnya.Berdasarkan laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF) Oktober 2013, pemulihan ekonomi global dijangka akan berterusan dengan IMF mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia pada kadar yang lebih tinggi bagi tahun 2014, iaitu sebanyak 3.6% berbanding 2.9% pada tahun 2013 dan 3.2% bagi tahun 2012 (Sumber: IMF, Oktober 2013). Ini berikutan kadar pertumbuhan ekonomi-ekonomi utama dunia yang kebanyakannya juga diunjurkan beransur pulih meskipun pada kadar yang perlahan pada tahun 2014 seperti Amerika Syarikat sebanyak 2.6% (2013: 1.6%), dan Kesatuan Eropah sebanyak 1.0% (2013: -0.4%) (Sumber: IMF, Oktober 2013). Pertumbuhan ekonomi negara-negara membangun untuk 2014 juga dijangka lebih baik pada kadar 5.1% berbanding 4.5% untuk tahun 2013. Ini disebabkan oleh keadaan ekonomi dan pasaran pekerjaan yang semakin stabil, namun masih dipengaruhi oleh perdagangan dunia yang sederhana serta krisis hutang negara Eropah yang dijangka berpanjangan.

Pada 18 Disember 2013, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat telah membuat pengumuman penarikan balik dasar pelonggaran kuantitatif secara perlahan-lahan. Jangkaan keputusan ini telah pun menyebabkan aliran keluar dana dari pasaran serantau sejak beberapa bulan yang lalu dan dijangka akan berterusan. Kadar hasil bon di Amerika Syarikat, UK dan Eropah turut diperhatikan telah naik dan akan terus meningkat. Namun, kadar faedah masih berada pada paras yang rendah di negara-negara maju dan dianggarkan akan kekal buat tahun 2014 sehingga keadaan ekonomi cukup mampan.

Bagi ekonomi Malaysia pula, permintaan dalam negeri daripada sektor swasta akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Aktiviti pelaburan domestik dan penggunaan swasta yang menggalakkan dijangka akan menyokong pertumbuhan pada tahun 2014 dengan pelaksanaan projek-projek di bawah ETP terutamanya sektor-sektor pembinaan, serta minyak dan gas. Walau bagaimanapun, berikutan langkah kerajaan mengurangkan subsidi dalam usaha penambahbaikan kedudukan defisit fiskal dan hutang negara, pengguna dijangka akan mengawal perbelanjaan mereka dengan lebih cermat. Namun begitu, pertumbuhan ekonomi global yang dijangka lebih baik untuk tahun 2014 akan terus menyokong pemulihan eksport seperti mana diperhatikan pada suku ketiga 2013. Melangkah ke hadapan, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar 5.0% hingga 5.5% untuk 2014 (Sumber: BNM).

Untuk tahun 2014, pasaran saham tempatan dijangka akan

9LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 12: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

dipengaruhi oleh keadaan ketidaktentuan luar negara, terutamanya dasar penarikan balik pelonggaran kuantitatif Amerika Syarikat. Pengaliran keluar dana oleh pelabur asing turut akan terus meningkat jika keadaan ekonomi negara-negara maju kian pulih. Namun, ekonomi negara yang stabil dan kukuh akan menarik minat dan mengekalkan keyakinan pelabur dalam pasaran saham tempatan yang disokong oleh kecairan domestik yang tinggi daripada pelabur institusi seperti Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (Government Linked Investment Companies, GLIC). Menurut konsensus firma-firma broker, FBM KLCI dijangka akan mencatatkan sedikit peningkatan untuk ditutup pada 1,935 mata bagi tahun 2014.

Bagi pasaran bon, kadar hasil MGS dijangka meningkat disebabkan aliran keluar oleh pelabur asing secara berperingkat ekoran daripada keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk mengurangkan kadar pembelian bon mulai Januari 2014. Spekulasi terhadap peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) disebabkan kenaikan kadar inflasi turut mempengaruhi kadar pasaran bon.

Melangkah ke hadapan, kadar inflasi dijangka akan meningkat untuk tahun 2014 didorong oleh faktor kos dalam negeri akibat penyelarasan subsidi. Namun, MPC akan terus membuat penilaian yang teliti terhadap perkembangan ekonomi dan kewangan global serta implikasinya ke atas keseluruhan prospek inflasi dan pertumbuhan ekonomi Malaysia sebelum sebarang keputusan dibuat untuk mengubah OPR yang kini berada pada paras 3.0% (Sumber: BNM).

f. Strategi Pelaburan Masa Hadapan Bagi tahun kewangan 2014, strategi pelaburan ASB adalah

untuk memberi fokus kepada saham-saham di dalam sektor-sektor yang dijangka dapat memberikan pulangan yang lebih baik daripada penanda aras, disamping mengekalkan perumpukan aset yang aktif. Pelaburan ASB dalam ekuiti akan ditumpukan kepada saham-saham syarikat yang mempunyai asas yang kukuh berdasarkan prospek ekonomi, prestasi syarikat serta mengambilkira tema pelaburan semasa. Untuk mengekalkan keseimbangan antara pertumbuhan dan pulangan dividen yang tinggi, pengurusan ASB akan turut memberi fokus kepada saham-saham yang mempunyai prospek dividen yang tinggi, yang diniagakan dibawah harga wajar. Di samping itu, pengurusan ASB akan sentiasa mengambil peluang untuk menjual saham-saham yang sudah mencapai nilai penuh pada tahap pasaran yang menguntungkan.

Pengurus ASB akan terus memberi tumpuan pada sektor minyak dan gas atas prospek perniagaan yang masih cerah dan kukuh. Kenaikan tarif elektrik yang diumumkan oleh

10LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 13: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

kerajaan selepas penstrukturan semula sektor tenaga juga kelihatan positif pada saham-saham dalam sektor utiliti.Kadar dividen saham-saham dalam sektor Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) juga dilihat kembali kompetitif, setelah harga pasaran jatuh berikutan aliran keluar pelabur asing. Sektor telekomunikasi dijangka kekal berdaya saing dengan pengenalan 4G LTE disamping kadar dividen yang agak tinggi. Tidak ketinggalan, pelaburan dalam sektor minyak dan gas akan terus dipertingkatkan selaras dengan perlaksanaan pelbagai projek, kesan dari kesinambungan ETP. Pengurus ASB juga akan terus mencari peluang untuk menjual beli saham-saham yang dijangkakan dapat memberi keuntungan jangka pendek mengikut keadaan pasaran saham.

Untuk mempelbagaikan aset di dalam portfolio, ASB akan turut melabur di dalam sekuriti berpendapatan tetap dan pasaran wang. Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap dan pasaran wang dibuat dengan pemilihan instrumen - instrumen yang bermutu seperti sekuriti hutang swasta jangka masa sederhana dan sekuriti Islam berpendapatan tetap dengan mengambil kira faktor-faktor seperti perolehan, kecairan, tempoh matang dan juga kupon yang berpatutan dengan risiko yang ditanggung oleh ASB.

Pengurus ASB sentiasa mengkaji semula strategi pelaburan secara berkala dan mengikut keperluan semasa bagi mengekalkan keupayaan ASB untuk mengagihkan kadar pengagihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang-pemegang unit dan mengekalkan modal jangka panjang dengan mengambilkira keadaan ekonomi dan juga persekitaran pelaburan yang sentiasa berubah.

11LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 14: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

PENYATA PENGURUS

Kepada Pemegang-pemegang UnitSKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Kami, sebagai Pengarah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, iaitu Pengurus kepada SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (“Unit Amanah”), dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat Pengurus, penyata kewangan bagi Unit Amanah pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, berserta dengan nota-nota yang dikepilkan padanya telah disediakan dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia, yang telah diubahsuai mengikut preskripsi khusus yang telah diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti berkenaan di Malaysia, setelah mengambilkira pengecualian yang telah diberikan kepada SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA,bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 31 Disember 2013, dan keputusan serta aliran tunai bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut.

Ditandatangani bagi pihak AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD selaku Pengurus kepada SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA, menurut resolusi para Pengarah bertarikh 29 Januari 2014.

TUN AHMAD SARJIBIN ABDUL HAMID

Pengerusi

TAN SRI DATO’ SRI HAMAD KAMA PIAHBIN CHE OTHMAN

Pengarah

Kuala Lumpur, Malaysia

12

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 15: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

PENYATAAN PEMEGANG AMANAHBagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2013

Kepada Pemegang-pemegang UnitSKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Kami, AmanahRaya Trustees Berhad telah bertindak selaku Pemegang Amanah kepada SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Pada pendapat kami, AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, selaku Pengurus telah mengurus SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA selaras dengan had-had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus dan Pemegang Amanah mengikut Suratikatan, lain-lain peruntukan Suratikatan, Garispanduan Tabung Unit Amanah yang diterimapakai, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan undang-undang lain yang berkuatkuasa dengan mengambil kira segala pengecualian yang telah diberikan kepada SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Kami juga berpendapat bahawa:

(a) prosedur dan proses yang digunakan oleh Pengurus untuk menilai dan/atau menentukan harga unit SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA adalah mencukupi dan penilaian/penggunaan harga adalah dibuat selaras dengan Suratikatan dan mana-mana kehendak kawalseliaan;

(b) penjadian dan perlucutan unit dilaksanakan adalah selaras dengan Suratikatan dan Garispanduan dan lain-lain peruntukan undang-undang berkaitan; dan

(c) pengagihan kepada pemegang-pemegang unit SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA sepertimana yang diisytiharkan oleh Pengurus adalah selaras dengan objektif pelaburan SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Yang Benar,AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD

HABSAH BINTI BAKARKetua Pegawai Eksekutif

Kuala Lumpur, Malaysia7 Februari 2014

13LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Page 16: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA PEMEGANG-PEMEGANG UNIT SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (“Unit Amanah”)

Laporan penyata kewangan

Kami telah mengaudit penyata kewangan SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (“unit Amanah”), yang mengandungi Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2013, Penyata Untung atau Rugi, Penyata Pendapatan Komprehensif, Penyata Perubahan dalam Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut, dan rumusan dasar-dasar perakaunan dan lain-lain nota keterangan yang dibentangkan pada muka surat 16 hingga 29.

Tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah terhadap laporan kewangan

Pengurus adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan penyata kewangan berdasarkan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Reporting Standards - MFRSs) disesuaikan mengikut preskripsi khusus yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia. Tanggungjawab ini termasuk: penyediaan, perlaksanaan dan mengekalkan kawalan dalaman berkaitan penyediaan dan persembahan yang saksama penyata kewangan, yang bebas dari kesilapan yang material, samada disebabkan kesilapan atau pecah amanah; memilih dan melaksanakan polisi perakaunan yang bersesuaian; dan membuat anggaran perakaunan yang bersesuaian berdasarkan situasi semasa. Pemegang Amanah adalah bertanggungjawab untuk memastikan Pengurus menyimpan rekod perakaunan dan lain-lain rekod yang diperlukan untuk persembahan penyata kewangan yang saksama.

Tanggungjawab Juruaudit

Tanggungjawab kami ialah untuk menyatakan pendapat mengenai penyata kewangan tersebut, berdasarkan audit kami. Kami telah menjalankan audit menurut Piawaian Pengauditan berkenaan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut memerlukan kami merancang dan melaksanakan audit untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada penyata kewangan ini bebas dari kesilapan yang material.

Audit merangkumi pelaksanaan prosedur-prosedur bagi memperoleh bukti yang menyokong jumlah dan pendedahan di dalam penyata kewangan. Prosedur-prosedur yang dipilih adalah berdasarkan kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian keatas risiko kesilapan yang material pada penyata kewangan; sama ada disebabkan oleh pecah amanah atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko terbabit, kami mengambil kira kawalan dalaman yang relevan kepada penyediaan dan persembahan yang saksama Unit Amanah, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat terhadap keberkesanan kawalan dalaman Unit Amanah. Audit juga termasuk menilai prinsip-prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran-anggaran penting yang Kami percaya bahawa audit kami telah memberikan asas yang munasabah untuk menyatakan pendapat kami.

14

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 17: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA PEMEGANG-PEMEGANG UNIT AMANAH SAHAM MALAYSIA (SAMB.)

Hanafiah Raslan & MohamadAF: 0002Akauntan Bertauliah

Ahmad Zahirudin bin Abdul RahimNo. 2607/12/14(J)Akauntan Bertauliah

Kuala Lumpur, Malaysia

Pendapat

Pada pendapat kami, penyata kewangan tersebut telah disediakan dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia, preskripsi khusus Suruhanjaya Sekuriti dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia, kecuali untuk pengecualian yang telah diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti, bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 31 Disember 2013 dan prestasi kewangannya, penyata perubahan dalam ekuiti serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

Lain-lain perkara

1. Laporan ini dibuat semata-mata untuk pemegang unit Amanah, sebagaimana sebuah badan, dan bukan untuk tujuan lain. Kami tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak lain untuk kandungan laporan ini.

15LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Page 18: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

PENYATA UNTUNG ATAU RUGIBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013

31.12.2013 31.12.2012 Nota RM RM

PENDAPATAN

Faedah dan lain-lain pendapatan 1,519,375,276 1,109,341,942 Pendapatan dividen 4,416,397,685 4,831,219,702 Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan 3,985,822,574 2,684,422,648 9,921,595,535 8,624,984,292

PERBELANJAAN

Yuran pengurusan 5 454,745,300 393,811,700 Yuran pemegang amanah 6 500,000 500,000 Ganjaran juruaudit 25,000 25,000 Perbelanjaan pentadbiran 56,759,598 44,628,793 512,029,898 438,965,493

PENDAPATAN BERSIH SEBELUM CUKAI 9,409,565,637 8,186,018,799 CUKAI 7 - - PENDAPATAN BERSIH SELEPAS CUKAI 9,409,565,637 8,186,018,799

Pengagihan pelaburan 8 9,220,053,849 7,990,096,967 Pengagihan kasar dan bersih seunit 7.70 sen 7.75 sen Tarikh pengagihan 1 Januari 2014 1 Januari 2013

Polisi perakaunan dan nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini.

16

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 19: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013

31.12.2013 31.12.2012 Nota RM RM

PENDAPATAN BERSIH SELEPAS CUKAI 9,409,565,637 8,186,018,799

Lain-lain pendapatan komprehensif - -

JUMLAH PENDAPATAN KOMPREHENSIF UNTUK TAHUN KEWANGAN 9,409,565,637 8,186,018,799

Jumlah pendapatan komprehensif terdiri daripada berikut: Ternyata 9,409,565,637 8,186,018,799

Tidak ternyata - -

9,409,565,637 8,186,018,799

Polisi perakaunan dan nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini.

17LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Page 20: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 2013 2012 RM RMALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI DAN PELABURANHasil daripada jualan pelaburan 18,380,202,040 11,178,673,089 Pembelian pelaburan (35,416,400,307) (16,441,267,821)Faedah dan lain-lain pendapatan diterima 1,227,963,035 1,087,400,189 Pendapatan dividen diterima 2,254,382,380 4,208,921,648

Pembayaran yuran pengurusan (454,745,300) (393,811,700)Pembayaran yuran pemegang amanah (500,000) (500,000)Pembayaran lain-lain perbelanjaan (54,504,199) (48,513,425)Cukai dikembalikan 409,382,558 - Tunai bersih dihasilkan daripada aktiviti operasi dan pelaburan (13,654,219,793) (409,098,020)

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN

Tunai diterima daripada penjadian unit 9,584,903,033 8,135,312,313 Tunai dibayar untuk pembatalan unit (500,000,000) (1,100,000,000)Tunai bersih dihasilkan daripada aktviti pembiayaan 9,084,903,033 7,035,312,313

PERTAMBAHAN BERSIH DALAM TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI (4,569,316,760) 6,626,214,293 TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA AWAL TAHUN 34,402,338,078 27,776,123,785 TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 29,833,021,318 34,402,338,078

TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI TERDIRI DARIPADA:

Tunai di bank 97,596,089 5,000 Instrumen pasaran kewangan 1,578,204,862 1,026,557,496 Deposit dengan institusi kewangan 28,157,220,367 33,375,775,582 29,833,021,318 34,402,338,078

Polisi perakaunan dan nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini.

18

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 21: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN - 31 DISEMBER 2013

1. UNIT AMANAH, PENGURUS DAN KEGIATAN-KEGIATAN UTAMA

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (berikutnya dirujuk sebagai “Unit Amanah”) ditubuhkan selaras dengan perlaksanaan Suratikatan bertarikh 21 Oktober 1989, di antara Pengurus, Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”), Pemegang Amanah, AmanahRaya Trustees Berhad dan Pemegang Unit Berdaftar Unit Amanah.

Kegiatan utama Unit Amanah ialah melabur dalam “Pelaburan Dibenarkan” seperti yang didefinasikan di bawah Klausa 1 Suratikatan. “Pelaburan Dibenarkan” termasuk pelaburan jangka pendek dan ekuiti, saham atau debentur syarikat yang disenaraikan di mana-mana bursa saham atau mana-mana syarikat yang disyorkan oleh Pengurus dan dipersetujui oleh Pemegang Amanah. Unit Amanah ini mula beroperasi pada 21 Oktober 1989 dan akan meneruskan operasinya sehingga ditamatkan oleh Pemegang Amanah seperti yang diperuntukkan di bawah Klausa 23 Suratikatan.

ASNB adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (“PNB”). Kegiatan utama ASNB ialah mengurus unit amanah.

PNB ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia. Kegiatan utama Syarikat ialah membeli dan memegang saham untuk meningkatkan hakmilik pegangan modal saham oleh masyarakat Bumiputera di dalam sektor korporat di Malaysia. PNB telah dilantik sebagai Pengurus Pelaburan bagi Unit Amanah pada 14 Mei 2001.

Penyata kewangan ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah ASNB untuk diterbit menurut resolusi para Pengarah pada 29 Januari 2014

2. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN

Pendedahan kepada risiko ekuiti/pelaburan, risiko pasaran, kecairan/pembiayaan dana, kadar faedah dan kredit, timbul dalam perjalanan biasa urusan Unit Amanah. Unit Amanah mempunyai garis panduan dan polisi pelaburan yang diluluskan berserta kawalan dalaman yang menentukan strategi perniagaan keseluruhan bagi mengurus risiko-risiko ini bagi memaksimumkan pulangan dan mengekalkan modal pemegang unit, selari dengan objektif jangka panjang Unit Amanah.

19LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Page 22: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

2. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (SAMB.) Risiko Ekuiti/Pelaburan

Risiko ekuiti adalah pendedahan kepada perubahan nilai saham ekuiti atau aliran pendapatan yang datangnya daripada pemilikan ekuiti di dalam sebuah entiti yang diperbadankan.

Risiko pelaburan adalah risiko daripada pelaburan yang tidak dapat menyediakan kadar pulangan yang setara dengan tahap risikonya

Pengurusan risiko ekuiti/pelaburan termasuk penelitian di dalam penapisan cadangan pelaburan menurut garis panduan dan prosedur pelaburan, komunikasi yang berterusan dan pengawasan yang teliti bagi prestasi syarikat-syarikat yang dilabur

Risiko Pasaran

Pendedahan kepada risiko pasaran terhasil dari perjalanan biasa perniagaan Unit Amanah akibat ketidakpastian dalam harga pasaran instrumen kewangan yang dilaburkan.

Unit Amanah menguruskan risiko pasaran secara aktif melalui garis panduan dan polisi pelaburan yang disediakan dan juga strategi pengagihan portfolio aset dan pelbagaian. Unit Amanah tidak mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti-aktiviti spekulatif

Risiko Kecairan/Pembiayaan Dana

Risiko kecairan atau pembiayaan dana adalah risiko apabila Unit Amanah tidak mampu untuk memenuhi komitmen kewangan apabila ia perlu dijelaskan.

Unit Amanah menguruskan aliran tunai operasi bagi memastikan kesemua keperluan dananya dipenuhi. Sebahagian daripada kaedah pengurusan dananya, Unit Amanah mengekalkan tahap tunai dan pelaburan yang boleh ditukar kepada tunai yang mencukupi bagi memenuhi keperluan modal kerjanya

Risiko Kadar Faedah

Risiko kadar faedah adalah risiko nilai instrumen kewangan Unit Amanah yang sensitif terhadap kadar faedah yang berubah-ubah disebabkan oleh perubahan dalam kadar faedah pasaran.

Unit Amanah menguruskan risiko kadar faedah secara aktif dengan mengekalkan potfolio instrumen kewangan berdasarkan garis panduan dan polisi pelaburan, dan semakan yang kerap ke atas kadar faedah dan jangkaan pasaran.

20LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 23: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

2. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (SAMB.) Risiko Kredit

Risiko kredit ialah risiko dimana kegagalan dari pihak yang berurusniaga untuk menunaikan kewajipan perdagangan yang muncul daripada perantara-perantara seperti broker saham dan institusi-institusi kewangan.

Unit Amanah menguruskan risiko kreditnya dengan penetapan polisi dan garis panduan bagi pelaburan dan had pendedahan pihak lain bagi mengurangkan konsentrasi risiko tersebut. Penilaian kredit dari semasa ke semasa dijalankan ke atas pihak-pihak tersebut.

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING

(a) Asas penyediaan Penyata kewangan ini telah disediakan menurut Piawaian

Laporan Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Reporting Standards), disesuaikan mengikut preskripsi khusus yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia, kecuali untuk pengecualian yang telah diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Suruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan preskripsi khusus di bawah mana Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) dan tabung harga tetap yang diuruskan oleh PNB dikecualikan daripada tetapi dibenarkan untuk menggunapakai MFRS 139 Financial Instruments dan MFRS 7 Financial Instruments Disclosures. Berdasarkan pada preskripsi ini, Unit Amanah telah memilih untuk tidak menggunapakai MFRS 139 bagi pengiraan instrumen kewangan dan MFRS 7 bagi tujuan pendedahan yang berkaitan dengan instrumen kewangan. Dasar perakaunan Unit Amanah bagi instrumen kewangan dinyatakan dalam Nota 3 (h).

Penyata kewangan ini telah disediakan mengikut piawaian kos sejarah.

(b) Pelaburan(i) Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Sekuriti

Hutang Tidak Disebut Harga dan Sekuriti Modal Bercantum

Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga dan sekuriti modal bercantum adalah sekuriti yang dibeli dan dipegang untuk pendapatan atau peningkatan nilai dan kebiasaannya dipegang hingga tarikh matang. Pelaburan ini dinyatakan pada kos dan dimana berkenaan, diselaraskan untuk pelunasan premium atau akreasi diskaun, yang dikira daripada tarikh

21LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 24: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

pembelian hingga tarikh matang.Peruntukan rosot nilai yang kekal akan diktirafkan di dalam penyata untung atau rugi.

(ii) Saham Disebut Harga, Saham Tidak Disebut Harga, Saham Pinjaman/Waran, Pelaburan Amanah Hartanah (“REITs”) dan Skim Pelaburan Kolektif Tidak Disebut Harga

Pelaburan dalam saham disebut harga, pelaburan tidak disebut harga, saham pinjaman/waran, REITs dan skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan dinyatakan pada kos tolak peruntukan rosot nilai yang kekal. Kos ditentukan berdasarkan asas purata wajaran. Peruntukan rosot nilai yang kekal akan diiktirafkan di dalam penyata untung atau rugi.

Termasuk dalam pelaburan disebut harga dan tidak disebut harga adalah syarikat-syarikat dimana Unit Amanah memegang lebih dari 20% tetapi tidak melebihi 50% kepentingan ekuiti. Walau bagaimanapun, kaedah ekuiti perakaunan tidak di gunakan kerana Unit Amanah tidak mempunyai keupayaan untuk menggunakan kuasa dan mempengaruhi syarikat-syarikat tersebut disebabkan perkara-perkara berikut:

(a) Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia menyatakan bahawa hak untuk mengundi yang mewakili saham-saham yang dipegang oleh Unit Amanah, pada bila-bila masa pemilihan untuk pelantikan mana-mana pengarah didalam syarikat yang dipegang, boleh diputuskan oleh Pengurus Unit Amanah atau Pemegang Amanah dengan syarat pemegang-pemegang unit memberi kuasa melalui resolusi majoriti dalam mesyuarat pemegang-pemegang unit yang diadakan untuk tujuan ini sahaja, seperti yang diperuntukkan oleh suratikatan.

(b) Suratikatan menyatakan bahawa korum bagi mesyuarat perlu dihadiri oleh pemegang-pemegang unit atau wakil-wakil yang didaftarkan dimana pegangan unit mereka yang hadir berjumlah tidak kurang dari satu per-empat daripada unit dalam edaran. Memandangkan jumlah pemegang-pemegang unit Unit Amanah yang terlalu ramai, adalah tidak munasabah untuk

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)

(b) Pelaburan (samb.)(i) Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Sekuriti

Hutang Tidak Disebut Harga dan Sekuriti Modal Bercantum (samb.)

22LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 25: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

memanggil mesyuarat pemegang unit bagi tujuan memberi kuasa kepada Pengurus dan Pemegang amanah menggunakan kuasa untuk mengundi pada mana-mana pemilihan untuk pelantikan pengarah disyarikat-syarikat berkenaan.

Memandangkan Unit Amanah tidak berupaya untuk membuat undian bagi tujuan mendapatkan wakil didalam lembaga pegarah, Unit Amanah dianggap tidak berkeupayaan untuk menggunakan kuasa dan pengaruh yang signifikan keatas syarikat-syarikat berkenaan.

(iii) Instrumen Pasaran Kewangan Sijil hutang Islam boleh niaga dinyatakan menurut

harga kos diselaraskan untuk kadar faedah efektif, tolak sebarang kerugian rosot nilai yang kekal. Peruntukan rosot nilai yang kekal akan diiktirafkan di dalam penyata untung atau rugi.

(iv) Deposit dengan Institusi Kewangan Deposit dengan institusi kewangan adalah

dinyatakan pada kos.

(c) Jumlah Terhutang daripada/(kepada) Broker Saham Jumlah terhutang daripada/(kepada) broker saham

dibawa pada nilai kontrak.

(d) Pendapatan Belum Terima Pendapatan belum terima dinyatakan pada nilai

saksama yang boleh diperolehi

(e) Pelbagai Pemiutang Pelbagai pemiutang dinyatakan pada nilai kos iaitu nilai

saksama yang akan dibayar di masa hadapan untuk pembelian dan perkhidmatan yang diterima.

(f) Pengiktirafan Pendapatan Pendapatan dividen kasar daripada pelaburan disebut

harga dan sekim pelaburan kolektif tidak tersenarai diambil kira mengikut asas pengisytiharan, apabila hak untuk menerima dividen telah dipastikan. Untuk pelaburan tidak disebutharga, pendapatan dividen diisytiharkan pada dan bila ianya diterima.

Keuntungan/pendapatan daripada instrumen pasaran

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)

(b) Pelaburan (samb.)(ii) Saham Disebut Harga, Saham Tidak Disebut

Harga, Saham Pinjaman/Waran, Pelaburan Amanah Hartanah (“REITs”) dan Skim Pelaburan Kolektif Tidak Disebut Harga (samb.)

23LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 26: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

kewangan, simpanan dengan institusi kewangan diambil kira mengikut asas akruan menggunakan kaedah kadar faedah atau keuntungan efektif.

Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan diambil kira berdasarkan perbezaan di antara pendapatan bersih dengan nilai dibawa oleh pelaburan tersebut

(g) Tunai dan Persamaan Tunai Bagi tujuan Penyata Aliran Tunai, tunai dan persamaan

tunai terdiri daripada tunai di bank, simpanan dalam panggilan dan simpanan jangka pendek berkecairan tinggi dimana risiko dalam perubahan nilai adalah tidak ketara.

(h) Instrumen Kewangan Aset dan liabiliti kewangan di dalam penyata kedudukan

kewangan, merangkumi sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga, sekuriti modal bercantum, skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan, saham disebut harga, instrumen pasaran kewangan, deposit dengan institusi kewangan, penghutang dan pemiutang. Dasar-dasar perakaunan atas pengiktirafan dan ukuran bagi perkara-perkara tersebut dinyatakan dalam dasar perakaunan masing-masing.

Instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai aset atau liabiliti berdasarkan butiran perjanjian kontrak. Faedah, manfaat, dividen, keuntungan dan kerugian berkaitan instrumen kewangan yang diklasifikasikan sebagai aset, dilaporkan sebagai pendapatan

4. ANGGARAN DAN PENILAIAN PERAKAUNAN PENTING

(a) Penilaian Kritikal Dibuat dalam Mengaplikasi Polisi Perakaunan

Penilaian dibuat oleh Pengurus Pelaburan dalam proses mengaplikasi polisi perakaunan Unit amanah berkaitan pelaburan adalah seperti berikut:

(i) Pengurus pelaburan mengenalpasti samada pelaburan-pelaburannya adalah dirosot nilai mengikut beberapa indikasi-indikasi rosot nilai seperti, antara lain, kekurangan yang berpanjangan diantara harga pasaran dan jumlah yang dibawa, perubahan yang penting dengan kesan-kesan negatif terhadap pelaburan dan persembahan kewangan pelaburan merosot.

(ii) Bergantung kepada asas dan industri yang berkaitan dengan pelaburan tersebut, penilaian dibuat oleh Pengurus Pelaburan untuk memilih cara-cara penilaian yang sesuai seperti, antara lain, aliran

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)

(f) Pengiktirafan Pendapatan (samb.)

24LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 27: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

4. ANGGARAN DAN PENILAIAN PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)

tunai yang didiskaunkan, aset nyata bersih, nilai aset ternyata bersih dan cara-cara purata nisbah harga pendapat sektor.

(b) Sumber Utama Ketidakpastian Anggaran Setelah cara penilaian yang sesuai dipilih, Pengurus

Pelaburan membuat beberapa andaian berkenaan masa depan bagi menganggar jumlah pelaburan yang boleh dituntut. Andaian ini dan sumber utama ketidakpastian anggaran yang lain pada tarikh penyata aset dan liabiliti, mungkin mengandungi risiko penting yang mengakibatkan perubahan yang material terhadap jumlah pelaburan yang dibawa ke tahun kewangan seterusnya, bergantung kepada pelaburan-pelaburan tertentu, andaian yang dibuat oleh Pengurus Pelaburan termasuk, antara lain, andaian terhadap aliran tunai masa hadapan yang dijangka, pertumbuhan pendapatan, kadar diskaun yang digunakan bagi tujuan aliran tunai yang didiskaunkan yang mana melibatkan risiko-risiko yang relevan, dan keputusan masa hadapan yang dijangka terhadap beberapa peristiwa lepas.

Sensitiviti terhadap perubahan dalam andaian

Pengurus Pelaburan percaya bahawa tiada kemungkinan perubahan dalam kunci andaian yang disebutkan di atas yang mana boleh menyebabkan jumlah pelaburan yang di bawa secara materialnya melebihi jumlah yang boleh dituntut.

5. YURAN PENGURUSAN

Klausa 25(8) Suratikatan memperuntukkan bahawa Pengurus berhak menerima yuran tidak melebihi 1% setahun daripada Nilai Aset Bersih pada kos (“VOF”) boleh agih kepada pemegang-pemegang Unit Amanah, dikira dan diakru secara harian seperti yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah.

Yuran pengurusan yang dikenakan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 ialah 0.35% (2012: 0.35%) setahun daripada VOF Unit Amanah.

6. YURAN PEMEGANG AMANAH

Klausa 25(7) Suratikatan memperuntukkan bahawa Pemegang Amanah berhak menerima yuran pada kadar yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah dari semasa ke semasa. Telah dipersetujui bahawa yuran Pemegang Amanah akan dikenakan sebanyak RM500,000 setahun, dikira dan diakru secara harian.

Yuran Pemegang Amanah yang dikenakan bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 ditetapkan pada RM500,000 (2012: RM500,000) setahun.

25LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 28: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

7. CUKAI

Unit Amanah telah diberikan pengecualian daripada cukai pendapatan oleh Menteri Kewangan mengikut bidangkuasa yang diberikan kepadanya di bawah Seksyen 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan, 1967, dari tahun taksiran 1991 hingga tahun berikutnya.

Tuntutan cukai merupakan cukai yang ditolak daripada punca atas pendapatan dividen yang diperolehi di Malaysia dan boleh dituntut daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Akta Cukai Pendapatan, 1967 telah dipinda bagi memperkenalkan sistem cukai korporat “single-tier” bermula dari tahun taksiran 2008. Menurut sistem cukai korporat “single-tier”, pengagihan dividen kepada pemegang-pemegang saham adalah dikecualikan daripada cukai.

Walaubagaimanapun, akan terdapat tempoh peralihan selama 6 tahun (tahun taksiran 2008 hingga 31 Disember 2013) bagi membolehkan syarikat-syarikat yang mana memenuhi syarat-syarat tertentu, untuk meneruskan pembayaran dividen mengikut sistem imputasi terhad (peralihan). Dividen-dividen dibayar dalam sistem imputasi terhad (peralihan) tertakluk kepada cukai ditangan pemegang-pemegang saham. Pemegang-pemegang saham boleh menuntut cukai yang ditolak daripada sumber pembayaran dividen sebagai kredit cukai.

Syarikat-syarikat yang tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi membuat bayaran dividen mengikut sistem imputasi terhad (peralihan) diperlukan membuat bayaran dividen mengikut sistem cukai “single-tier”. Bermula dari 1 Januari 2014, semua syarikat perlu membayar dividen mengikut sistem cukai “single-tier”.

Jangkaan kesan terhadap Unit Amanah adalah seperti berikut:

Dalam tempoh peralihan, jika Unit Amanah menerima pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat yang dilaburkan yang membayar dividen dalam sistem imputasi terhad (peralihan), Unit Amanah boleh terus membuat tuntutan bagi cukai yang ditolak daripada sumber sebagai tuntutan semula daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, dengan syarat Unit Amanah memenuhi syarat-syarat tertentu.

Walaubagaimanapun, tidak akan ada tuntutan cukai yang boleh dituntut oleh Unit Amanah jika dividen yang diterima melalui sistem cukai “single-tier” kerana dividen tersebut adalah dikecualikan darpada cukai dan maka dengan itu tiada cukai boleh ditolak daripada sumber pembayaran dividen.

26LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 29: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

8. PERUNTUKAN PENGAGIHAN 31.12.2013 31.12.2012 RM RM

Peruntukan pengagihan 9,220,053,849 7,990,096,967

Peruntukan tersebut merupakan pengagihan yang disyorkan pada tahun berakhir 31 Disember 2013 sebanyak 7.70sen (2012: 7.75 sen) seunit yang akan diagihkan kepada pemegang-pemegang unit. Pengagihan ini dikira berasaskan purata baki minima bulanan yang dipegang oleh pemegang-pemegang unit sepanjang tempoh 12 bulan sehingga akhir tahun kewangan.

Sumber Pengagihan

Pengagihan kepada pemegang-pemegang unit adalah daripada sumber-sumber berikut: 31.12.2013 31.12.2012 RM RM

Faedah dan lain-lain pendapatan 1,519,375,276 1,109,341,942 Pendapatan dividen 4,416,397,685 4,831,219,702 Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan 3,796,310,786 2,488,500,816 9,732,083,747 8,429,062,460 Tolak: Perbelanjaan (512,029,898) (438,965,493)Jumlah pengagihan 9,220,053,849 7,990,096,967

Pengagihan kasar dan bersih seunit 7.70 sen 7.75 sen

9. UNIT DALAM EDARAN 31.12.2013 31.12.2012 RM RM Unit RM1 setiap satu dibayar penuh: Pada awal tahun 110,298,000,000 96,343,000,000 Penjadian unit untuk : Jualan 8,950,000,000 7,573,958,026 Pelaburan semula pengagihan 7,944,268,672 6,880,627,309 Pelaburan semula bonus 680,731,328 600,414,665 17,575,000,000 15,055,000,000

Pembatalan unit (500,000,000) (1,100,000,000)

Pada akhir tahun 127,373,000,000 110,298,000,000

Sepanjang tahun berakhir 31 Disember 2013, Pengurus tidak memegang sebarang unit di dalam Unit Amanah. Pada 31 Disember 2013, PNB secara sah memegang 108,029,326 (31 Disember 2012: 809,836) unit, merangkumi 0.08% (31 Disember 2012: 0.001%) daripada jumlah unit yang telah diterbitkan.

27LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 30: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

10. PENDAPATAN BELUM DIAGIHKAN 31.12.2013 31.12.2012 RM RM

Pada 1 Januari 3,428,824,374 3,232,902,542 Pendapatan bersih selepas cukai 9,409,565,637 8,186,018,799 Tolak: Pengagihan tahun semasa (9,220,053,849) (7,990,096,967) Pada 31 Disember 3,618,336,162 3,428,824,374

11. URUS NIAGA DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT BROKER SAHAM/ BROKER/ DEALER/ INSTITUSI KEWANGAN

Sepuluh syarikat broker saham/broker/dealer/intitusi kewangan terbesar mengikut nilai urus niaga ialah seperti berikut:

Nilai Urus Niaga Yuran BrokerSyarikat Broker RM’000 % RM’000 %Maybank Investment Bank Berhad ** 5,191,920 17.17 7,935 22.00 MIDF Amanah Investment Bank Berhad ** 2,914,938 9.64 4,971 13.77 CIMB Bank Berhad ** 2,003,763 6.63 - - Public Bank Berhad * 2,003,363 6.62 - - Hong Leong Bank Berhad * 1,806,266 5.97 - - CIMB Investment Bank Berhad ** 1,410,979 4.67 2,654 7.36 AmInvestment Bank Berhad** 1,313,742 4.34 2,081 5.77 RHB Investment Bank Berhad ** 1,300,270 4.30 2,027 5.62 Affin Investment Bank Berhad 1,281,917 4.24 2,010 5.57 KAF-Seagroatt & Campbell Securities Sdn Berhad 1,225,961 4.05 1,915 5.31 Lain-lain 9,791,483 32.37 12,481 34.60 30,244,602 100.00 36,074 100.00

ASNB dan PNB tidak mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat-syarikat broker saham tersebut.

* PNB dan/atau tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat-syarikat broker berkenaan.

** PNB dan/atau tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat induk terakhir bagi syarikat-syarikat broker berkenaan.

Segala urusan dengan syarikat-syarikat broker saham telah dilaksanakan menurut perjalanan biasa berdasarkan syarat-syarat di dalam industri broker saham.

28LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 31: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

12. PUSING GANTI PORTFOLIO 31.12.2013 31.12.2012

Pusing Ganti Portfolio (“PGP”) 0.13 kali 0.11 kali

PGP adalah dikira berdasarkan pada nisbah purata bagi jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan di dalam tahun kewangan dengan purata NAB Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian

13. NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN 31.12.2013 31.12.2012

Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (“NPP”) 0.39% 0.39%

NPP adalah dikira berdasarkan pada nisbah di antara jumlah bayaran pengurusan dan perbelanjaan Unit Amanah yang dikembalikan dengan purata NAB Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian.

14. MATA WANG Semua jumlah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (“RM”) .

29LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 32: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

KUALA LUMPURASNB Kaunter Utama Tingkat 1, Balai PNB201-A, Jalan Tun Razak50400 Kuala LumpurTel: 03-2050 5100Faks: 03-2161 8852

PUTRAJAYAAmanah Saham Nasional BerhadLot 27, Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 362675 PutrajayaSelangorTel : 03-8890 4880Faks : 03-8890 4890

PERLISAmanah Saham Nasional BerhadLot 7, Jalan Indera Kayangan01000 KangarPerlisTel: 04-9775 702/9778 332Faks: 04-976 0800

NEGERI SEMBILANAmanah Saham Nasional Bhd36, Jalan Tunku Hassan70000 SerembanNegeri SembilanTel: 06-762 6239/763 8546Faks: 06-763 3384

KELANTANAmanah Saham Nasional Berhad2983-V, Jalan Parit Dalam15000 Kota BharuKelantanTel: 09-741 9900/741 9909Faks: 09-744 6663

Amanah Saham Nasional BerhadLot PT601, Jalan Che Yem16800 Pasir Puteh,KelantanTel: 09-785 5750/785 5751Faks: 09-785 5757

PAHANGAmanah Saham Nasional BerhadNo. 73, Tingkat Bawah Jalan Tun Ismail25000 KuantanPahangTel: 09-517 8340/517 8341 Faks: 09-513 6694

Amanah Saham Nasional BerhadNo. 8, Jalan Ahmad Shah Bandar Seri Semantan28000 Temerloh, PahangTel: 09-290 1460/290 1461Faks: 09-290 1466

SELANGORAmanah Saham Nasional BerhadLot 2-1 & 2-2Pusat Dagangan UMNO Shah AlamPersiaran Damai40000 Shah AlamSelangorTel: 03-5512 1366/5510 3155Faks: 03-5513 7155

Amanah Saham Nasional BerhadNo.7 Jalan Medan Niaga 2Medan Niaga Kuala Selangor 45000 Kuala SelangorSelangor Tel: 03-3281 4121/03-3289 4121Faks: 03-3281 3221

KEDAHAmanah Saham Nasional Berhad27, Kompleks Shahab PerdanaJalan Sultanah Sambungan05250 Alor SetarKedahTel: 04-731 0770/731 1012 Faks: 04-731 4140

JOHORAmanah Saham Nasional Berhad49, Bangunan Tabung Haji, Jalan Segget, 80000 Johor Bahru JohorTel: 07-224 0077/227 2277Faks: 07-223 2533

Amanah Saham Nasional BerhadNo.12 Jalan Maju, Taman Maju83000 Batu Pahat, JohorTel: 07-4331 709/700/701Faks: 07-4331 712

TERENGGANUAmanah Saham Nasional BerhadNo 15, Jalan Batas Baru20300 Kuala TerengganuTerengganuTel: 09-630 1500/630 1501Faks: 09-630 1506

PULAU PINANG Amanah Saham Nasional Berhad2777, Jalan Chain FerryTaman Inderawasih 13600 PeraiPulau PinangTel: 04-399 4378/399 4381Faks: 04-399 4404

30

ALAMAT PEJABAT-PEJABAT ASNB

LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 33: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

Amanah Saham Nasional BerhadA-12A-1Lorong Bayan Indah 411900 Bayan LepasPulau PinangTel: 04-640 6522/640 6523Faks: 04-640 6520

PERAKAmanah Saham Nasional BerhadNo.8 & 8A, Persiaran Greentown 1Greentown Business Centre 30450 IpohPerakTel: 05-255 5500/255 5505 Faks: 05-255 5506

Amanah Saham Nasional BerhadNo. 273 Jalan Intan 12Bandar Baru Teluk Intan36000 Teluk IntanPerakTel: 05-621 5153/621 5163Faks: 05-621 5150

SABAHAmanah Saham Nasional BerhadLot 55, Tingkat Bawah & 1, Blok GAsiacity Phase 1B88000 Kota Kinabalu SabahTel: 088-257 725/241 011Faks: 088-218 814

Amanah Saham Nasional BerhadLot 6, Blok C, SEDCO Shophouse89008 KeningauSabahTel: 087-336 629/618Faks: 087-336 619

Amanah Saham Nasional BerhadLot 15, Tingkat BawahBandar Pasaraya Fasa 190000 Sandakan, SabahTel: 089-210486/223530Faks: 089-210597

Amanah Saham Nasional BerhadTB 4287 & TB 4280Tkt Bawah & 1 Town Ext IIJalan Masjid, Kompleks Fajar Tawau,91000 TawauSabahTel: 089-779 389Faks: 089-776 600

SARAWAKAmanah Saham Nasional BerhadNo. 58, Bintulu TownBDA/Shahida Commercial Centre,97008, Bintulu, SarawakTel : 086-317 461 / 468Faks : 086-317 485

Amanah Saham Nasional BerhadTingkat Bawah, Lot 499,Al-Idrus Commercial Centre,Seksyen 6, Jalan Kulas,93400 Kuching, SarawakTel: 082-250 389/410 210Faks : 082-250 313

Amanah Saham Nasional BerhadLot 886, Block 9 MCLD Miri Waterfront Commercial Centre 98000 Miri SarawakTel: 085-423 746/419 984Faks : 085-423 384

Amanah Saham Nasional Berhad4C, Tingkat BawahJalan Sabu95000 Sri AmanSarawakTel: 083-321 742 Faks : 083-323 233

Amanah Saham Nasional Berhad Lot 1007 & 1008 Jalan Kampung Nyabor 96000 Sibu SarawakTel: 084-314 967 Faks : 084-322 497

MELAKAAmanah Saham Nasional BerhadNo. 12 & 13Kompleks Perniagaan Al-AzimJln KPAA 1, Bukit Baru 75150MelakaTel : 06-282 7361 / 06-284 0690Faks : 06-283 9940

31LAPORAN TAHUNAN ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DECEMBER 2013

Page 34: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

Pihak ASNB kini dalam proses menaiktaraf sistem ASNB di mana butir peribadi pemegang unit akan disatukan bagi semua unit amanah yang telah didaftarkan. Kami memohon kerjasama tuan/puan untuk mengemaskini maklumat-maklumat dibawah bagi melancarkan inisiatif ini. %

BORANG KEMASKINI MAKLUMAT PEMEGANG UNIT

1. Jenis Akaun Dewasa Remaja/Bijak

2. Maklumat Pemegang Unit Nama : No. Ahli: No. K/P :

No. Telefon: (Pejabat) (Rumah) (Bimbit) E-mel : *Nama Bank: *No akaun:* Tuan/Puan adalah diminta menghantar bersama salinan buku akaun

simpanan atau penyata akaun semasa sebagai pengesahan akaun pemegang unit.

3. Permohonan Pertukaran Alamat Surat-menyurat :

Poskod : Bandar/Negeri : Pekerjaan :

PENGESAHAN PEMEGANG UNIT

Dengan ini saya mengesahkan bahawa butir-butir yang telah diberikan adalah benar. Saya membenarkan pihak ASNB mengemaskini semua butiran tersebut bagi semua unit amanah saya yang telah berdaftar dengan pihak ASNB.

Tandatangan Pemohon/Tandatangan Tarikh Penjaga Berdaftar

Sila hantarkan ke pejabat ASNB yang berhampiran atau ke:

JABATAN PERHUBUNGAN PELANGGAN DAN EJENUG, Balai PNB, 201-A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Tel: 03 - 2057 3000 Faks: 03 - 2050 5220E-mel: [email protected]

UNTUK KEGUNAAN ASNB SAHAJA

Diterima Oleh : Disahkan Oleh :Nama : Nama :Tarikh : Tarikh :

32

Page 35: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13
Page 36: LAPORAN - asnb.com.my · PDF fileG. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan 19 V Maklumat Korporat 34 1. ... 10 Petronas Chemicals Group Berhad 1.24 11 MMC Corporation Berhad 1.13

www.asnb.com.my

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013

PENGURUS Amanah Saham Nasional Berhad (47457-V)

Anak syarikat milik penuh: Permodalan Nasional Berhad (38218-X)

PEJABAT BERDAFTARTingkat 4, Balai PNB,

201-A, Jalan Tun Razak,50400 Kuala Lumpur

Tel: 03-2050 5500

LEMBAGA PENGARAHTun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (Pengerusi)

Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che OthmanTan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin

Tan Sri Dato’ Md. Desa bin PachiTan Sri Dato’ Seri Ainum binti Mohamed Saaid

Dato’ Idris bin Kechot

PRESIDEN DAN KETUA EKSEKUTIF KUMPULANTan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman

PENGARAH EKSEKUTIFDato’ Idris bin Kechot

SETIAUSAHA SYARIKATPuan Adibah Khairiah binti Ismail @ Daud

(MIA 13755)

PEGAWAI KANAN PEMATUHANEncik Paisol bin Ahmad

PEMEGANG AMANAHAmanahRaya Trustees Berhad

JURUAUDITTetuan Hanafiah Raslan & Mohamad

BANKMalayan Banking Berhad

CIMB Bank Berhad

PEGUAMBELA & PEGUAMCARATetuan Zain & Co.

Tetuan Zainal Abidin & Co.Tetuan Marzuki Spawi & Co. (Sabah)

Tetuan Hamzah & Ong Advocates (Sarawak)

EJENMalayan Banking BerhadMaybank Islamic Berhad

CIMB Bank BerhadRHB Bank Berhad

Pos Malaysia Berhad

Atau LayariMaybank2u.com

CIMB ClicksaffinOnline.com

RHBNow

TAHUNANLAPORAN