laporan alma

2
Laporan Kajian Terhadap Suasana Bilik Darjah Multiper Di dalam bilik darjah Multiper, kami mendapati bahawa murid-murid yang terlibat ialah murid yang bukan sahaja mempunyai masalah penglihatan malahan mempunyai masalah yang lain seperti masalah pembelajaran. Terdapat tiga orang murid yang terdapat dalam kelas Multiper ini. Antara mereka terdiri daripada murid berbangsa Cina, murid berbangsa India dan murid berbangsa Melayu. Seiring dengan itu, keadaan bagi murid berbangsa Cina dan berbangsa Melayu agak ringan. Walaupun mereka menghadapi masalah penglihatan dan masalah pembelajaran namun mereka masih boleh bercakap dan berkomunikasi dengan guru-guru. Sebaliknya, bagi murid berbangsa India menghadapi masalah yang agak serius. Murid tersebut bukan sahaja menghadapi kedua-dua masalah tersebut malahan tidak mampu bercakap atau berkomunikasi dengan para guru serta masih menggunakan pampers . Walau bagaimanapun, murid tersebut boleh mengenal pasti waktu mula sekolah dan waktu lepas sekolah. Tambahan pula, dua orang guru disediakan untuk mengajar murid-murid kelas Multiper. Hal ini disebabkan pembelajaran murid-murid tersebut agak lambat berbanding dengan murid-murid biasa. Jadi, guru yang ramai perlu disediakan bagi murid-murid tersebut agak mereka boleh belajar dengan cepat dan berkesan. Susunan meja dan kerusi di dalam bilik darjah Multiper agak berbeza dengan susunan bagi bilik darjah sekolah biasa. Bagi bilik darjah Multiper, meja yang digunakan berbentuk bulat dan hanya satu meja digunakan sahaja serta lima kerusi digunakan dalam bilik darjah tersebut. Kerusi yang digunakan sama ada bagi murid Multiper atau guru-guru ialah kerusi berbentuk kecil yang digunakan oleh murid-murid. Selain itu, para guru dan murid akan menggunakan satu meja yang berbentuk bulat tersebut semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Kami turut mendapati bahawa ruang bagi bilik darjah ini sangat besar. Ruang yang besar ini disediakan bagi memudahkan pergerakan para murid yang bermasalah Multiper dan mengelakkan kecederaan. Di sekitar bilik darjah bagi kelas Multiper, kami mendapati bahawa pelbagai papan kenyataan berkenaan maklumat seperti kod Braille telah disediakan. Satu meja yang panjang juga disediakan untuk meletak bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkenaan.

Upload: ceciliachan

Post on 24-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Alma

Laporan Kajian Terhadap Suasana Bilik Darjah Multiper

Di dalam bilik darjah Multiper, kami mendapati bahawa murid-murid

yang terlibat ialah murid yang bukan sahaja mempunyai masalah penglihatan

malahan mempunyai masalah yang lain seperti masalah pembelajaran.

Terdapat tiga orang murid yang terdapat dalam kelas Multiper ini. Antara

mereka terdiri daripada murid berbangsa Cina, murid berbangsa India dan

murid berbangsa Melayu. Seiring dengan itu, keadaan bagi murid berbangsa

Cina dan berbangsa Melayu agak ringan. Walaupun mereka menghadapi

masalah penglihatan dan masalah pembelajaran namun mereka masih boleh

bercakap dan berkomunikasi dengan guru-guru. Sebaliknya, bagi murid

berbangsa India menghadapi masalah yang agak serius. Murid tersebut

bukan sahaja menghadapi kedua-dua masalah tersebut malahan tidak

mampu bercakap atau berkomunikasi dengan para guru serta masih

menggunakan ‘pampers’. Walau bagaimanapun, murid tersebut boleh

mengenal pasti waktu mula sekolah dan waktu lepas sekolah. Tambahan

pula, dua orang guru disediakan untuk mengajar murid-murid kelas Multiper.

Hal ini disebabkan pembelajaran murid-murid tersebut agak lambat

berbanding dengan murid-murid biasa. Jadi, guru yang ramai perlu

disediakan bagi murid-murid tersebut agak mereka boleh belajar dengan

cepat dan berkesan.

Susunan meja dan kerusi di dalam bilik darjah Multiper agak berbeza

dengan susunan bagi bilik darjah sekolah biasa. Bagi bilik darjah Multiper,

meja yang digunakan berbentuk bulat dan hanya satu meja digunakan sahaja

serta lima kerusi digunakan dalam bilik darjah tersebut. Kerusi yang

digunakan sama ada bagi murid Multiper atau guru-guru ialah kerusi

berbentuk kecil yang digunakan oleh murid-murid. Selain itu, para guru dan

murid akan menggunakan satu meja yang berbentuk bulat tersebut semasa

menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Kami turut mendapati bahawa

ruang bagi bilik darjah ini sangat besar. Ruang yang besar ini disediakan bagi

memudahkan pergerakan para murid yang bermasalah Multiper dan

mengelakkan kecederaan. Di sekitar bilik darjah bagi kelas Multiper, kami

mendapati bahawa pelbagai papan kenyataan berkenaan maklumat seperti

Page 2: Laporan Alma

kod Braille telah disediakan. Satu meja yang panjang juga disediakan untuk

meletak bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkenaan.

Di samping itu, cara pengajaran kelas Multiper ini berlainan berbanding

dengan cara pengajaran di sekolah biasa. Oleh sebab murid bagi kelas ini

terdiri daripada murid yang bermasalah pembelajaran, jadi pengajaran yang

berlainan juga perlu diberikan. Sepanjang lawatan di bilik darjah Multiper ini,

kami mendapati bahawa guru-guru akan menggunakan bahan maujud

semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Misalnya, alat permainan

yang mempunyai pelbagai bentuk seperti segi empat, bulat atau segi tiga bagi

pengajaran bentuk. Guru-guru tersebut memberi satu tali bagi setiap murid

dan memberi peluang kepada mereka memilih bentuk yang disukai serta

meletak ke dalam tali sehingga tali yang diberikan penuh dengan pelbagai

alat permainan yang dipilih. Para guru juga akan membimbing mereka

sekiranya mereka gagal meletakkan alat permainan tersebut ke dalam tali.

Penggunaan bahan-bahan maujud ini secara tidak langsung dapat

mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini

memandangkan murid-murid yang bermasalah Multiper tersebut menyukai

bahan-bahan maujud yang boleh disentuh.

Kesimpulannya, lawatan di bilik darjah Multiper ini memang membuka

minda kami dan menimba pengetahuan kami berkenaan suasana di bilik

darjah Multiper. Biasanya, guru-guru di sekolah biasa jarang menggunakan

bahan-bahan maujud semasa pengajaran dan pembelajaran sebaliknya kerap

menggunakan buku teks sahaja. Namun, bagi guru-guru kelas Multiper,

bahan-bahan maujud merupakan salah satu barang keperluan yang akan

digunakan setiap hari. Susunan meja dan kerusi bagi kelas Multiper turut

berbeza dengan susunan di sekolah biasa. Meja dan kerusi yang disusun di

bilik darjah Multiper lebih cenderung kepada permudah pergerakan murid-

murid Multiper serta proses pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh

Page 3: Laporan Alma

----------------------------------

(KHOO JOE SING)