lapo 4

Upload: ramesh-nathan

Post on 08-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ANATOMI

TRANSCRIPT

Laporan Amali Anatomi dan Fisiologi (Bilangan 4)

Nama: KARIMAH BINTI OTHMANAININ SOFIA BINTI AHMAD SUKRI Unit:PJ/SN/BM

Objektif:1. Untuk mengenalpasti kelenjar dan homon dalam badan manusia2. Untuk mengenalpasti kesan kelebihan dan kekurangan hormon dalam badan

Prosedur:1. Pembentangan power point. Guru pelatih membuat pembentangan tentang sistem endokrin dan menerangkan setiap jenis kelenjar dan hormon yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Pengurusan grafik telah digunakan untuk memudahkan semua guru pelatih jelas dan faham tentang sistem endokrin Pelbagai jenis gambar tentang lokasi dan nama kelenjar dan hormon telah diterangkan oleh para pembentang bagi memastikan semua guru pelatih dapat mengenalpasti setiap hormon dan kedudukannya yang terdapat dalam badan manusia.

Para guru pelatih diberi peluang untuk menanyakan sebarang soalan kepada para pembentang jika mereka mempunyai sebarang kemusykilan atau tidak faham.

2. Pelabelan kelenjar hormon pada gambar rajah Guru pelatih dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan mendapat satu lembaran kerja Guru pelatih diminta melabel dan menulis kelenjar pada gambar rajah yang disediakan dalam satu lembaran kerja. Para pembentang memantau dan membantu guru pelatih yang lain dalam menyelesaikan tugasan ini. Setiap guru pelatih telah berjaya menyelesaikan setiap lembaran kerja dengan jayanya. Guru pelatih diberi kebebasan untuk berbincang dengan rakan sekelas bagi menyelesaikan soalan-soalan yang diberi. Selepas menjawab sesi menjawab soalan, guru pelatih dan pembentang bersama-sama memeriksa jawapan.

3. Permainan Cari Pasangan Anda Setiap guru pelatih diberi satu kad yang tertulis sama ada hormon atau fungsinya Guru pelatih diberi masa 5 minit untuk mencari pasangan masing-masing Selepas guru pelatih berjumpa dan bersama dengan pasangan mereka, setiap pasangan dikehendaki menerangkan hormon serta fungsi yang mereka perolehi. Pensyarah telah memberi ulasan dan penambaikkan setiap gerakan yangtelah ditunjukkan oleh semua kumpulan.

Keputusan:Semua guru pelatih mampu menguasai dengan sebaiknya tentang jenis-jenis hormon dan kedudukan kelenjarnya dalam badan manusia serta mampu memberi contoh yang tepat tentang fungsi bagi setiap jenis hormon. Pembentang juga berjaya menyampai maklumat dan mencipta permainan yang bersesuaian dengan tajuk ini.

Kesimpulan:Semua guru pelatih dapat mencapai objektif pembelajaran dalam tajuk sistem endokrin ini.