langkah2

6
Langkah2 / tindakan -oleh kerajaan -(ngo) badan berkanun atau pihak swasta -individu/ masyarakat Penguatkuasaan undang-undang 1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) Seperti peruntukkan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, salah satu tugas utama pihak Polis Diraja Malaysia ialah untuk mencegah dan mengesan jenayah. 2. Sistem Keadilan Jenayah Sistem Keadilan Jenayah yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Mahkamah, Penjara (Rawatan / Pemulihan) memainkan peranan yang penting dalam mencegah jenayah di mana,pihak Polis akan mencegah dan mengesan jenayah, menangkap serta mendakwa penjenayah. Jabatan Peguam Negara akan mengkaji serta mengubal undang-undang selari dengan trend jenayah masa kini. Pihak Mahkamah hendaklah memastikan setiap kes atau penjenayah yang dituduh di mahkamah dibicara secepat mungkin agar kes tidak tertangguh dengan lamanya. Hukuman yang dijatuhkan kepada penjenayah hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Tugas pihak Penjara pula ialah untuk menginsafkan serta menyedarkan banduan yang dibebaskan setelah menjalani hukuman, agar mereka tidak akan terjebak atau melakukan kesalahan jenayah lagi. Kaunselling Salah satu langkah pencegahan yang baik ialah melalui khidmat nasihat. Kaunselling di peringkat sekolah atauIPT, memainkan perana penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu kaunselling juga boleh dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang

Upload: wawa

Post on 28-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

::)

TRANSCRIPT

Page 1: Langkah2

Langkah2 / tindakan

-oleh kerajaan

-(ngo) badan berkanun atau pihak swasta

-individu/ masyarakat

Penguatkuasaan undang-undang

1 .   Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Seperti peruntukkan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, salah satu  tugas utama pihak Polis   Diraja Malaysia ialah untuk mencegah dan  mengesan jenayah.

 2.    Sistem Keadilan Jenayah                        Sistem Keadilan Jenayah yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Mahkamah, Penjara (Rawatan / Pemulihan) memainkan peranan yang penting dalam mencegah jenayah di mana,pihak Polis akan mencegah dan mengesan jenayah, menangkap serta mendakwa penjenayah. Jabatan Peguam Negara akan mengkaji serta   mengubal undang-undang selari dengan trend jenayah masa kini. Pihak Mahkamah hendaklah memastikan setiap kes atau penjenayah yang dituduh di mahkamah dibicara secepat mungkin agar kes tidak tertangguh dengan lamanya. Hukuman yang dijatuhkan kepada penjenayah hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Tugas pihak Penjara pula ialah untuk menginsafkan serta menyedarkan banduan yang dibebaskan setelah menjalani hukuman, agar mereka tidak akan terjebak atau melakukan kesalahan jenayah lagi.

Kaunselling

Salah satu langkah pencegahan yang baik ialah melalui khidmat nasihat. Kaunselling di peringkat sekolah       atauIPT, memainkan perana penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu kaunselling juga boleh dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang patut dituju oleh remaja. Selain itu para guru kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan ‘Peer Kaunselling” di kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah jalan yang baik untuk membantu hubungan yang sihat di kalangan remaja dan memupuk rasa tanggungjawab di antara satu sama lain. Menurut kajian seperti dicatatkan dalam Cohen (1975) dan Phelps (1976), remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka di kalangan rakan sebaya dengan mereka.Oleh itu  program ini bermanfaatkan jika dirancang dengan teliti dan mengambil mereka yang berpengalaman dan mempunyai asas-asas kaunselling remaja untukmenganjurkan dan memantapkan program tersebut.

Page 2: Langkah2

Selain itu, pihak-pihak NGO juga memainkan peranan yang penting dalam memulihkan balik semangat mangsa-mangsa kes-kes penderaan, rogol dan lain-lain kes jenayah. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah dengan memberi khidmat nasihat dan ceramah motivasi agar mangsa-mangsa                       ini berupaya untuk keluar dari pompongan trauma yang dialami.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui program pemulihan dalam komuniti dan pemulihan di Institusi dapat memberi peluang kepada para penjenayah juvana untuk hidup bersama masyarakat tanpa menyisihkan mereka dari aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

 Pendidikan

Jenayah adalah produk proses pendidikan yang tidak selesai dan ia adalah pelakuan lahiriah yang bermula dari dalam diri, yang berkait soal kejiwaan, perasaan dan pemikiran. Ia disebabkan oleh sifat-sifat dalaman yang   negatif. Misalnya rogol, bunuh, rompak adalah lahir daripada sifat-sifat buruk dalam diri pelaku akibat daripada sikap tamak, buas, marah, hasad dengki, kecewa dan rakus. Dengan ini jelaslah sifat-sifat buruk  yang menjadi punca  berlakunya jenayah yang tidak dapat diatasi oleh penguatkuasaan undang- undang semata-mata. Justeru undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan pada perlakuan-perlakuan lahiriah yang ‘telah’ berlaku, sedangkan sifat-sifat buruk yang menjadi punca, tidak boleh diatasi sebelum ia diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Jabatan Pelajaran 

Melalui pendekatan akademik iaitu dengan menambahkan lagi aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah dan IPT. Ceramah-ceramah sivik yang menekankan pengetahuan agama, kesedaran mengenai jenayah dan bahaya pengambilan dadah akan memberi gari panduan kepada para pelajar untuk bertindak. Sistem pendidikan merupakan wadah yang paling baik untuk menetapkan nilai-nilai akhlak dan moral yang baik. Pendidikan moral dapat memberi pengaruh sangat besar dalam mencorak sikap dan akhlak seseorang yang akan mempengaruhi nilai-nilai sosialnya.                        

Masyarakat

Masyarakat memainkan peranan paling penting dalam membantu dalam mencegah atau mengurangkan jenayah dari berlaku. Dua pendekatan yang perlu diambil oleh masyarakat dalam        pencegahan jenayah;                                                  1. Komitmen orang ramai iaitu dengan mengurangkan peluang penjenayah, memperketatkan  keselamatan sasaran dan melibatkan diri dalam aktiviti RELA dan Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK).

Page 3: Langkah2

2. Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan personaliti remaja. Apabila nilai- nilai dan norma-norma masyarakat sihat, remaja yang membesar dalam situasi ini turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dan sedia berkorban untuk menolong orang lain.

Ibubapa

Ibubapa merupakan penentu pola-pola tingkah laku remaja. Ibubapa yang sentiasa member dorongan dan bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi (T. Marimuthu, 1990). Disiplin yang berterusan dan hubungan yang baik antara ibubapa dengan remaja dapat meningkatkan motivasi di dalam pelajaran. Keutuhan keluarga dapat menjamin kecemerlangan remaja khususnya dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti. Cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi personaliti remaja.

Langkah-langkah   Mengatasi   Gejala   Jenayah

1. Penguatkuasaan Undang -undang

Semua agensi yang berkaitan dengan keselamatan dan keharmonian negara telah bekerjasama rapat bagi mencegah jenayah seperti polis, RELA, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, dan lain-lain lagi.  Semua agensi bekerjasama dalam membanteras jenayah seperti rompakan, rogol, kegiatan pelanunan, penyeludupan, pemerdagangan manusia dan lain-lain lagi Rondaan yang berterusan dan kawalan yang ketat di pintu masuj negara dapat mengurangkan jenayah tersebut.

2. Kempen-kempen Pencegahan Jenayah

Kempen-kempen pecegahan jenayah hendaklah digiatkan dalam media massa untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang pentingnya menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda mereka. Kempen-kempen juga boleh diadakan pada peringkat sekolah untuk memberi kesedaran kepada pelajar -pelajar tentang cara -cara mencegah jenayah dan kesan -kesannya sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti jenayah.

3. Peranan Masyarakat

Page 4: Langkah2

Masyarakat boleh menubuhkan kelab Rukun Tetangga untuk nenjaga keselamatan kawasan mereka sebagai tambahan kepada rondaan pihak polis Masyarakat mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencegah jenayah dengan melaporkan aktiviti -aktiviti yang mencurigakan di kawasan mereka kepada polis.

4. Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Negara Lain

Kerajaan hendaklah bekerjasama dan menyeleraskan dengan kerajaan dan organisasi antara-bangsa dalam membendung  kegiatan jenayah seperti kes -kes penipuan,.penyelewengan   pemerdagangan manusia, penyeludupan dan keganasan. Kerjasama yang erat Malaysia dengan negara-negara lain dapat membendung kegiatan jenayah dari berleluasa

5. Kerajaan Harus Memperkasa Ekonomi Negara

Kerajaan hendaklah memperkasa ekonomi negara bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia Ekonomi negara yang kukuh dapat mengurangkan kegiatan jenayah Peluang pekerjaan dapat ditingkatkan dan hal ini dapat mengelakkan mereka terlibat dengan kongsi gelap, pengedaran dadah, meragut, menyamun,merompak dan sebagainya.

KESIMPULANjenayah merupakan satucabaran yang dialami oleh semua rakyat Malaysia. Secara semula jadinya, jenayah merupakansatu fenomena yang kompleks yang tidak membolehkan hanya satu pihak sahaja iaitu pihakkerajaan untuk memberantas jenayah. Ia tidak boleh diatasi tanpa kerjasama semua pihak.Pelbagai kaedah dan usaha telah cuba dilaksanakan, namun masih belum mencapai tahap yangmemuaskan. Penyelidikan tentang rasa kebimbangan terhadap jenayah telah banyak dilakukanhampir di seluruh dunia. Namun, tiada kajian dilakukan dalam konteks negara Malaysia.Berdasarkan literatur kebanyakan penyelidikan kebimbangan terhadap jenayah yang dilakukanlebih memfokuskan kepada kawasan kejiranan dan persekitaran. Namun belum adapenyelidikan rasa kebimbangan di kawasan kediaman berpagar dan bagaimana komunitiberinteraksi dengan situasi tersebut. Antara isu lain adalah pencegahan jenayah melalui rekabentuk persekitaran ataupunCrime Prevention Through Environmental Design (CPTED)dikatakan sebagai satu kaedah yang ideal dan efektif untuk mengurangkan kadar jenayah.Namun kaedah tersebut masih belum diselidiki dalam konteks Malaysia terutamanya sekalikawasan kediaman berpagar. Oleh itu, satu tindakan perlu dilakukan oleh para penyelidik diMalaysia untuk melakukan penyelidikan ke atas rasa kebimbangan rasa selamat terhadap jenayah dan kesannya kepada rakyat Malaysia.

Page 5: Langkah2