langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

3
Langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar Lapisan atmosfera dan litosfera dicemari pelbagai bahan yang dihasilkan oleh aktiviti manusia. Bahan seperti karbon monoksida dan hirokarbon merupakan kesan sampingan daripada aktiviti pembakaran petrol enjin kenderaan. Racun makhluk perosak yang digunakan secara meluas juga mencemari udara dan air. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, alam sekitar kita akan menghadapi pelbagai kesan langsung dan tidak langsung susulan sikap tamak manusia. Justeru, langkah segera wajar diambil untuk menyelamatkan bumi kita daripada terus dicemari. Kempen kesedaran mengenai program kitaran semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun ini•melibatkan kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam. Racun makhluk perosak patut dielakkan penggunaannya kerana ia menyebabkan barah dan merosakkan buah pinggang. Racun serangga dalam bentuk semburan yang mengandungi gas metana (methane) perlu dielakkan sama sekali kerana ia boleh mencemarkan dan membocorkan lapisan ozon. Sebaliknya,

Upload: windy-ng-wm

Post on 21-Jul-2016

158 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar

Langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar

Lapisan atmosfera dan litosfera dicemari pelbagai bahan yang dihasilkan oleh

aktiviti manusia. Bahan seperti karbon monoksida dan hirokarbon merupakan

kesan sampingan daripada aktiviti pembakaran petrol enjin kenderaan. Racun

makhluk perosak yang digunakan secara meluas juga mencemari udara dan air.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, alam sekitar kita akan menghadapi

pelbagai kesan langsung dan tidak langsung susulan sikap tamak manusia.

Justeru, langkah segera wajar diambil untuk menyelamatkan bumi kita daripada

terus dicemari.

Kempen kesedaran mengenai program kitaran semula perlu diperluas kepada

semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-tempat khas harus

disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh

dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai,

tayar buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun ini•melibatkan

kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu

pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam.

Racun makhluk perosak patut dielakkan penggunaannya kerana ia

menyebabkan barah dan merosakkan buah pinggang. Racun serangga dalam

bentuk semburan yang mengandungi gas metana (methane) perlu dielakkan

sama sekali kerana ia boleh mencemarkan dan membocorkan lapisan ozon.

Sebaliknya, kaedah-kaedah alternatif pengawalan serangga seperti pertanian

organik dan pertanian dalam rumah kaca patut diperluas. Ini dapat mengelakkan

pencemaran alam. Selain itu, pengawalan serangga secara biologi boleh

digunakan tanpa menjejaskan alam sekitar.

Dalam keghairahan menjadi negara industri, Malaysia tidak patut mengabaikan

masalah penebangan hutan. Negara-negara maju telah memusnahkan

sebahagian besar hutan simpanan mereka sehingga kawasan tadahan mereka

telah berkurang. Pengurangan kawasan tadahan ataupun hutan simpanan bukan

sahaja telah meningkatkan suhu, malahan menimbulkan masalah kekurangan air

Page 2: Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar

bersih. Dengan mengekalkan kawasan hutan simpanan, kawasankawasan

tadahan air adalah terlindung. Ini amat penting untuk tujuan penghasilan hujan.

Selain itu, pemaju perumahan perlu menanam seberapa banyak pokok yang

boleh di tapak projek mereka. Ini penting untuk keseimbangan ekologi kawasan

perumahan. Selain membekalkan oksigen, pokok-pokok ini juga dapat menyerap

karbon dioksida dan membantu dalam proses pemeluwapan.

Kerajaan juga perlu mengkaji setiap permohonan untuk mendirikan kilang

dengan teliti. Pihak kerajaan hares memastikan agar tidak meluluskan permit

kepada pihak yang ingin mendirikan kilang atau industri yang berbahaya atau

yang boleh mencemarkan alam sekitar. Ini penting kerana buangan industri

seperti bahan kimia, gas beracun, asap kotor dan pencemaran bunyi boleh

mencemarkan alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Stesen-stesen janakuasa di Malaysia menggunakan bahan api seperti gas asli,

disel dan batu arang. Permintaan yang tinggi untuk elektrik menyebabkan

stesen-stesen jana kuasa beroperasi lama dan menggunakan bahan api yang

melepaskan sulfur dioksida. Sulfur dioksida menjejaskan atmosfera dan segala

kehidupan di bumf. Langkah paling bijak adalah dengan mencari sumber

alternatif seperti tenaga suria, kuasa angin ataupun kuasa ombak yang tidak

menjejaskan alam sekitar kita.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang perlu diberi

perhatian serius dan segera. Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan

alam sekitar, selain menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain. Jika

kemusnahan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak

dibendung, segala kehidupan di planet ini pasti akan menghadapi kepupusan.