lamp iran

35
LAMPIRAN

Upload: evelyn-leona

Post on 06-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

gerko

TRANSCRIPT

LAMPIRAN

1.2Sejarah Penubuhan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah1.2.1Peperangan di SolferinoPada tahun 25 Jun 1859, Jean Henry Dunant berada di Solferino dan menyaksi pertempuran antara Austria dengan Perikatan Tentera Perancis dengan Sardinia. Kampung itu didapati dalam keadaan kelam-kabut dengan 40,000 askar yang tercedera dan terbunuh. Dunant telah pergi ke gereja utama di tempat itu dan mendapati ianya dipenuhi dengan askar-askar yang tercedera. Peperangan Sofferino 1859 menyebabkan lebih daripada 300,000 askar telah berperang dan 40,000 tercedera meninggal dunia. Menurut Dunant," Austrian and allied troops trampled on one another over the bleeding corpses, felling their adversaries with rifle butts ... it was butchery". Walau bagaimanapun, bantuan perubatan adalah tidak lengkap dan tidak mencukupi. Oleh itu, beliau mula mengetepikan perniagaan dan menumpukan perhatian kepada usaha membantu orang yang cedera. Beliau telah berusaha untuk merawat luka askar-askar yang tercedera dan memberi semangat kepada mereka. Dunant juga memujuk dan meminta pertolongan daripada penduduk-penduduk tempatan. Dunant berkata, "Semua manusia adalah bersaudara . Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Walaupun manusia terpaksa berperang, mereka hendaklah bertimbang rasa dan memberi rawatan mereka yang tercedera.". Persatuan Palang Merah ditubuhkan hasil cetusan idea Jean Henry Dunant semasa berada dalam perang di Solferino, Itali pada 1859.1.2.2Kenangan di SolferinoSelama 3 tahun, kekejaman dan penderitaan peperangan telah menghantui fikiran Dunant. Jean Henry menulis dan menerbitkan buku Kenangan di Solferino yang menceritakan penderitaan dan kesengsaraan mangsa peperangan. Buku tersebut mengangkat 2 gagasan: Membentuk organisasi sukarela yang disiapkan di masa damai untuk menolong korban perang Membuat perjanjian internasional untuk melindungi korban perang (serta melindungi para relawan yang membantu dinas kesihatan militer)Sasarannya adalah seperti berikut:Persatuan-persatuan yang mengandungi sukarelawan-sukarelawan yang terlatih oatuty ditubuhkan di semua negara untuk menolong menjaga anggota-anggota tentera yang cedera di medan perang.Sasaran beliau telah diterima oleh orang ramai. Dunant bertanya: Mengapakah kita tidak menubuhkan satu pasukan penyelamat di tiap-tiap negeri untuk memberi rawatan kepada mereka yang tercedera dalam peperangan sama ada musuh atau kawan.Di samping itu, Dunant juga mencadangkan supaya satu persidangan antarabangsa diadakan untuk menghasilkan satu perjanjian antarabangsa yang akan melindungi mereka yang tercedera semasa peperangan.1.2.3Kesan-kesan peperangan di SolferinoBuku Dunant telah mendapat sambutan yang hebat di kalangan masyarakat Eropah.1.2.4Penubuhan Jawatankuasa AntarabangsaBuku Dunant telah mendapat sambutan yang hebat di kalangan masyarakat Eropah. Seorang peguam terkenal di Geneva, Gustave Moynier telah melawat Dunant setelah membaca buku Kenangan di Sofferino dan menawarkan bantuan. Menurut beliau, Dunant mempunyai idea-idea yang baik dan tindakan-tindakan positif perlu diambil untuk mewujudkan pasukan- pasukan penyelamat di setiap negara. Beliau mencadangkan supaya Dunant memperkenalkan idea-idea beliau dalam mesyuarat Persatuan Kebajikan Orang-Orang Awam Geneva. [Geneva Society for Public Weffare]. Beliau juga merupakan pengerusi The Societe Genevoise dUtilite Publigue. Pada 9 Februari 1863, Jawatankuasa Khas (Jawatankuasa Berlima) ditubuhkan dengan terdiri daripada Gustave Moynier, Dr. Louis Appia, Dr. Theodore maunoir, Jend. Guillame-Henri Dufour dan Henry Dunant untuk mengkaji cadangan-cadangan Dunant. Pada 17 februari 1863, ditubuhkan Jawatankuasa Antrabangsa untuk membantu orang yang tercedera. Kemudian, ia dikenali sebagai International Committee of the Red Cross (ICRC). Jawatankuasa ini atau delegat Jawatankuasa ini dibenarkan melawat tawanan-tawanan perang dan berbincang dengan mereka tanpa sebarang saksi. Pada 26 29 Oktober 1863, satu persidangan seramai 16 negara Eropah diadakan di Geneva dan kemudian Resolusi Jawatankuasa Geneva telah diluluskan. Pasukan perkhidmatan perubatan tentera dengan lambing Palang Merah telah ditubuhkan dengan persetujuan. Pada Februari 1864, peperangan berlaku antara Prussia dan Denmark. ICRC telah menghantar Dr. Louis Appia bertugas dengan tentera Prussia. Mereka menghadapi masalah kerana memerlukan pengiktirafan secara rasmi. Pada bulan Ogos 1864, kerajaan Switzerland telah mengadakan Persidangan Diplomatik. 1.2.5Konvesyen GenevaPada 22 Ogos 1864, Konvesyen Geneva ditandatangani pada 22 Ogos 1864 oleh 12 buah negara untuk mengiktiraf Pergerakan Palang Merah sebagai badan berkecuali yang memberi bantuan dan menyelamat mangsa peperangan. Konvesyen Geneva merupakan pertubuhan pertama yang menjadi asas bagi kerja-kerja kemanusiaan bagi perang Perancis-Prussia (1870-1871), Sepanyol Amerika (1898) dan Rusia-Jepun (1904).

Pergerakan Palang Merah dan Bulat Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 komponen, iaitu: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah Bulan Sabit Merah (FRC). Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan

2.0Struktur dan Organisasi Pertubuhan2.1Struktur dan Organisasi Peringkat AntarabangsaBulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan, iaitu: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah ( JAPM ) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah Bulan Sabit Merah ( IFRC ) Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan 2.1.1 Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah ( JAPM ) ICRC ( International Committee of The Red Cross ) Komponen ynag prihatin pada pembangunan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Ditubuh pada 1863 Ditubuh oleh 5 warganegara swiss Organisasi Swiss bebas dan persendirian Tugas : membantu orang yang cedera Diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agung PBB pada 16 Oktober 1990 Keputusan mereka berasaskan kepada pertimbangan kemanusiaan 2.1.1.1 Peranan JAPM Pemaju Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa Menjaga prinsip-prinsip asas Palang Merah Mengiktirafkan penubuhan persatuan, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan Agensi pengesanan pusat Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan, perang saudara / rusuhan Menyampaikan mesej-mesej orang awam Memberi bekalan kepada mangsa peperangan seperti makanan, ubatan, pakaian, buku

2.1.1.2Badan dan Pentadbir JAPM

2.1.2Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) IFRC ( International Federation of Red Cross ) 1919 Dahulu : Liga persatuan Antarabangsa Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Bebas daripada pengaruh kerajaan Tujuan : memberi semangat, galakan dan promosi kepada semua bentuk aktiviti kemanusiaan bagi mencegah dan meringankan penderitaan manusia2.1.2.1Fungsi IFRC Mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa Menggalakkan penyertaan persatuan kebangsaan dalam aktiviti menjaga kesihatan umum Membantu JAPM memaju dan membangunkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa Menjadi perwakilan rasmi dalam urusan perakuan yang diterima pakai serta menjadi penjaga kepada kepentingan mereka Melaksanakan mandat yang diamanahkan.2.1.2.2Badan Pentadbir IFRC

2.1.3Persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Kebangsaan (PBSMK) Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam dan persatuan-persatuan kebangsaan menjalankan tugasnya Memberi bantuan kepasa mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan Melantik anggota-anggota pertolongan cemas Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan Membantu orang-orang tawanan perang, menghantar perutusan orang awam.2.1.4 Persidangan Palang Merah Antarabangsa JAPM, IFRC, PBSMK dan kerajaan yang menandatangani Konvensyen Geneva berjumpa 4 tahun sekali Badan yang membuat keputusan yang tertinggi Semua terikat dengan keputusan dan resolusi ( pembaharuan ) yang dibuat

PengerusiNaib Pengerusi ISetiausaha KehormatBendahari KehormatPegawai SerantaKuartermasterPJKK Kutipan DermaPJKK UUKAPenasihatNaib Pengerusi IIPegawai PerubatanPegawai Penjaga LatihanPengawai Penjaga PBSPegawai Penjaga Belia/LinkPenguasa JururawatPJKK Reaksi KecemasanPJKK Program Darah,HIV/AIDS2.4Struktur Organisasi Peringkat Cabang

Pengerusi Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan Cabang. Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang. Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan. Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Cabang dalam pelaksanaan tugas mereka. Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan. Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan Cabang tersusun rapi. Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, Jabatan Kerajaan dan BSMM.

Naib Pengerusi I Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik. Bertaggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan Cabang. Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang.

Naib Pengerusi II Bergantung pada keperluan Cabang dan tugas-tugasnya seperti Naib Pengerusi

Setiausaha Kehormat Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit. Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungan dengan Badan-badan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain di peringkat Cabang. Bertanggungjawab memberi bantuan secretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Cabang terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. Menyelaras semua kegiatan Cabang. Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan. Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat Cabang termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang.

Bendahari Kehormat Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan. Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Cabang dan Unit. Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Cabang. Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke Cawangan. Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan dan audit. Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain. Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum 30 Mac setiap tahun.

Pegawai Perubatan Bertanggungjawab mengenai pelbagai aspek perubatan dan kesihatan dalam program-program Cabang. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskinikan cara-cara latihan pertolongan cemas, rawatan rumah, pemulihan pernafasan dan lain-lain perkara yang bersangkutan di peringkat Cabang.

Penguasa Jururawat Bertanggungjawab dalam segala aspek kegiatan rawatan dan kejururawatan di Cabang. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskini cara-cara rawatan.Pegawai Penjaga Latihan Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Latihan Cawangan mengenai semua hal latihan di Cabang. Bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Latihan Cabang. Bekerjasama dengan Penolong Pengarah Latihan Cawangan dalam usaha menyelaras, merancang dan mengimplimentasi program latihan untuk Cabang dan Unit. Bertanggungjawab dalam merancang dan mengadakan semua program latihan untuk Cabang. Bertanggungjawab memajukan Laporan Latihan Cabang kepada Penolong Pengarah Latihan Cawangan.

Pegawai Penjaga PBS Bertangungjawab kepada Penolong Pengarah PBS Cawangan, Pengerusi/ Naib Pengerusi Cabang dalam semua hal kebajikan am, pengurusan dan kegiatan PBS di Cabang. Bekerjasama dengan Penolong Pengarah PBS dalam penubuhan dan pembangunan PBS di Cabang. Bekerjasama dengan Pengerusi JKK Bantuan Bencana dalam pengerahan dan memobilisasikan anggota PBs semasa bencana alam peringkat Cabang. Bertanggungjawab menyediakan laporan aktiviti PBS peringkat Cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah PBS dari semasa ke semasa. Bertanggungjawab menyediakan laporan berhubung kenaikan pangkat Pasukan PBS, pertukaran pemimpin dan alamat melalui Pengerusi / Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Cabang. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari pasukan PBS yang mana di dalam bidang dan tugas beliau. Disyorkan jika terdapat masalah atau keraguan, hendaklah merujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong Pengarah PBS. Mempengerusi, menasihat dan menyelaras mesyuarat Pegawai-pegawai PBS. Bersama Pegawai Latihan menentukan pasukan PBS mendapat latihan yang sewajarnya.

Pegawai Penjaga Belia / Link Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Belia dalam semua hal kebajikan am, pengurusan dan kegiatan unit-unit Belia / Kanak-kanak di Cabang. Bekerjasama dengan Penolong Pengarah Belia dalam penubuhan dan pembangunan unit Belia / Kanak-kanak di Cabang. Bertanggungjawab dalam menyediakan laporan aktiviti Belia / Kanak-kanak peringkat Cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah Belia dari semasa ke semasa. Bertanggungjawab menyelesaikan laporan berhubung kenaikan pangkat pasukan Belia, pertukaran pemimpin dan alamat melalui Pengerusi / Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cabang. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari pasukan Belia / Kanak-kanak yang mana di dalam bidang dan tugas beliau. Disyorkan jika terdapat masalah dan keraguan hendaklah dirujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong Pengarah Belia. Mempengerusi, menasihat dan menyelaras mesyuarat Pegawai-pegawai Belia dan Kanak-kanak. Bersama-sama Pegawai Latihan menentukan pasukan Belia dan Kanak-kanak mendapat latihan yang sewajarnya.

Pegawai Seranta Bertanggungjwab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam memberi informasi mengenai kegiatan Cabang. Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam menerbitkan semua bahan berita, bahan bercetak atau elektronik dan penerangan mengenai kegiatan Cabang. Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam membangunkan satu system perhubungan antara pelbagai Jawatankuasa Cabang dengan Cawangan dan pasukan-pasukan.

Kuartermaster Bertanggungjwab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dan Kuartermaster Cawangan untuk semua asset (peralatan dan bekalan) yang dipunyai oleh Cabang. Bertanggungjawab mengenai stor dan inventori Cabang dan menyediakan laporan harta benda dan lain-lain yang berkaitan kepada Cawangan dari semasa ke semasa melalui Setiausaha Kehormat Cabang.

Pengerusi JKK Bantuan Bencana Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dan Penegrusi JKK Bantuan Bencana Cawangan di dlam aktiviti Bantuan Bencana. Bertanggungjawab dalam memberi arahan bergerak (movement orders), arahan pentadbiran dan operasi dalam gerakan bantuan bencana di perigkat Cabang dengan kerjasama Pengerusi JKK Bantuan Bencana Cawangan. Bertanggungjawab mengendalikan Pusat Kawalan Bantuan Bencana BSMM Cabang dan dengan kerjasama Pegawai Penjaga PBS / Belia dalam pengerahan serta tenaga manusia dalam masa bencana. Bekerjasama dengan Kuartermaster dalam mengganti kembali bekalan barang-barang bantuan bencana. Bertanggungjawab dalam merangka, membangunkan dan kemaskinikan Rancangan Persediaan / Bantuan Bencana peringkat Cabang dengan kerjasama Cawangan. Bertanggungjawab menyediakan laporan bencana / persediaan / bantuan dari masa ke masa dan memajukan kepada Pengerusi JKK Bantuan Bencana Cawangan melalui Setiausaha Kehormat Cabang. Mewakili Cabang di dalam Jawatankuasa Bantuan Bencana Kerajaan di peringkat Cabang.

Pengerusi JKK Kutipan Derma Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKK Kutipan Derma Cawangan dan Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam merancang, melaksanakan dan menilai kegiatan kutipan derma peringkat Cabang. Bertanggungjawab dalam program kutipan derma peringkat Cabang. Berhubung dengan Cawangan dalam merangka projek kutipan derma peringkat Cabang. Berhubung dengan Pegawai Penjaga Latihan / PBS / Belia untuk keperluan ahli dan bantuan. Bertanggungjawab dalam menghantar semua laporan kegiatan yang telah dijalankan mengikut kelulusan Cawangan dan perlembagaan persatuan dan memajukan semua laporan berkaitan melalui Setiausaha Kehormat Cabang.

Pengerusi JKK Anti Dadah Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKK Anti Dadah Cawangan dan Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam merancang, melaksanakan dan menilai kegiatan anti dadah peringkat Cabang. Berhubung degan Jawatankuasa Program Anti Dadah peringkat Cawangan untuk mengendalikan kempen anti dadah serta menarik perhatian ahli terhadap penyalahgunaan dadah.

Lain-lain JKK Pentadbiran Anugerah Program Darah Bangunan Perkhidmatan Masyarakat Kebajikan Disiplin Undang-undang Kemunusiaan Antarabangsa HIV/AIDS Hari Palang Merah & Bulan Sabit Merah

4.0Pengurusan Dan Pentadbiran4.2 Pakaian Seragam Ahli

PAKAIAN KANAK-KANAK PEREMPUAN

PAKAIAN KANAK-KANAK LELAKI

PAKAIAN KERJA PBS/BELIA(WANITA) SELUAR

PAKAIAN SERAGAM PBSM (WANITA)

PAKAIAN KERJA PBS/BELIA (WANITA)-SKIRT

PAKAIAN KERJA PBS/BELIA (WANITA)-SELUAR

4.3Pakaian Seragam Pemimpin

PAKAIAN KERJA PEGAWAI WANITA (SKIRT)

PAKAIAN KERJA PEGAWAI WANITA (SARONG)

4.4 AnugerahPingat dan Anugerah yang diterima oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

Senarai Anugerah Bulan Sabit Merah MalaysiaKATEGORIANUGERAHKRITERIA PENCALONAN

IAhli Kehormat Seumur Hidup(Honorary Life Membership)

Dianugerahi oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Pengurusan Kebangsaan kepada orang-orang kehormat yang telah mencurahkan khidmat yang bernilai sejajar dengan prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah. Tidak lebih daripada empat (4) anugerah dikeluarkan dalam setiap tahun.

IIPingat Perkhidmatan Cemerlang(Distinguished Service Medal)

Dianugerahi oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Pengurusan Kebangsaan kepada ahli-ahli yang telah memberikan perkhidmatan yang bernilai kepada Persatuan dalam tempoh tidak kurang daripada sepuluh (10) tahun.

III

Pingat Kebaktian Terpilih(Excellent Service Medal)

Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan terpilih sekurang-kurangnya selama sepuluh(10) tahun perkhidmatan selepas melepasi had umur 18 tahun.

IV

Pingat Jasa Terpuji(Meritorious Service Medal)

Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan yang terpuji sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun selepas melepasi had umur 18 tahun.

VSijil Kepujian(Certificate of Merit) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan khusus kepada Persatuan sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun selepas melepasi had umur 18 tahun.

Senarai Anugerah Bulan Sabit Merah MalaysiaKATEGORIANUGERAHKRITERIA PENCALONAN

KHAS. A

Pingat Keberanian(Gallantry Award)

Dianugerahi oleh Pengerusi Kebangsaan kepada mana-mana ahli di atas keberaniannya.

KHAS. B

Pingat Perkhidmatan Lama(Long Service Medal)

Melengkapi perkhidmatan yang berterusan selama sepuluh (10) tahun setelah melepasi had umur LAPAN BELAS (18) tahun dan satu BAR akan dianugerahkan bagi setiap lima (5) tahun selepasnya. (Diluluskan pada 04-04-1971)

KHAS. C

Anugerah Khas Dermawan(Special Award for Benefactors)

Dianugerahi oleh Pengerusi Kebangsaan kepada syarikat perdagangan, industri, firma persendirian atau orang perseorangan yang bermurah hati memberikan sokongan kepada Persatuan di mana Jawatankuasa Pengurusan Kebangsaan berpendapat bahawa mereka berhak menerima anugerah.

KHAS. D

Anugerah Khas Istimewa (Special Award for Remarkable Services) Dianugerahkan kepada ahli-ali yang telah memberi khidmat istimewa khusus untuk sesuatu tugas yang menaikkan imej Persatuan dan menepati sepenuhnya keperluan 7 prinsip asas BSMM.

Senarai Anugerah Bulan Sabit Merah MalaysiaKATEGORIANUGERAHKRITERIA PENCALONAN

I

Pingat Jasa Terpuji(Meritorious Service Medal Youth)

Dianugerahi oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Pengurusan Kebangsaan / Jawatankuasa Anugerah Cawangan kepada ahli-ahli Belia yang telah melengkapi perkhidmatan yang terpuji sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun.

II

Sijil Kepujian(Certificate of Merit Youth)

Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM/Jawatankuasa Anugerah Cawangan kepada ahli-ahli Belia yang telah memberikan perkhidmatan khusus kepada Persatuan.

4.5 Penilaian - Lencana

Pangkat