kumpulan dan fungsi kumpulan dinamik dalam perniagaan

4
KUMPULAN DAN FUNGSI KUMPULAN DINAMIK DALAM PERNIAGAAN 1. Ciri-Ciri Dan Elemen-Elemen Dalam Kumpulan Apa Itu Kumpulan? Ahmed et. al (2004) mendefinisikan kumpulan sebagai dua (2) atau lebih individu yang berinteraksi dan tidak bergantung antara satu sama lain ke arah pencapaian matlamat tertentu. Kumpulan kerja merupakan kumpulan yang secara amnya berkongsi maklumat dan membuat keputusan bagi membantu setiap ahli menjalankan tugas dengan baik dalam bidang yang ia dipertanggungjawabkan. Kumpulan kerja tidak perlu tahu atau berpeluang untuk terlibat di dalam koleksi kerja yang melibatkan penggabungan dan penyatuan usaha. Prestasi dinilai atas sumbangan

Upload: anis-syakira-bidres

Post on 26-Dec-2015

104 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dinamik kumpulan

TRANSCRIPT

Page 1: Kumpulan Dan Fungsi Kumpulan Dinamik Dalam Perniagaan

KUMPULAN DAN FUNGSI KUMPULAN DINAMIK DALAM PERNIAGAAN

1.              Ciri-Ciri Dan Elemen-Elemen Dalam  Kumpulan

Apa Itu Kumpulan?

Ahmed et. al (2004) mendefinisikan kumpulan sebagai dua (2) atau lebih individu yang

berinteraksi dan tidak bergantung antara satu sama lain ke arah pencapaian matlamat tertentu.

Kumpulan kerja merupakan kumpulan yang secara amnya berkongsi maklumat dan membuat

keputusan bagi membantu setiap ahli menjalankan tugas dengan baik dalam bidang yang ia

dipertanggungjawabkan. Kumpulan kerja tidak perlu tahu atau berpeluang untuk terlibat di

dalam koleksi kerja yang melibatkan penggabungan dan penyatuan usaha. Prestasi dinilai atas

sumbangan individu dalam kumpulan. Dengan kata lain, prestasi kumpulan adalah hasil

campur sumbangan setiap ahli dalam kumpulan.

Page 2: Kumpulan Dan Fungsi Kumpulan Dinamik Dalam Perniagaan

Robbins dan Coulter (2002) mentakrifkan kumpulan sebagai dua (2) orang atau lebih individu

yang bebas berinteraksi secara bersama-sama untuk mencapai matlamat tertentu. Kumpulan

juga boleh didefinisikan sebagai dua (2) atau lebih individu yang berinteraksi dan

mempengaruhi antara satu sama lain, saling berkongsi tujuan yang sama  dan juga identiti. 

Menurut Long (2005), salah satu ciri kumpulan ialah sekumpulan individu yang saling

berkomunikasi antara sesame kumpulan untuk mencapai tujuan yang sama.

Secara ringkasnya kumpulan mengandungi dua (2) orang atau lebih, wujud dalam jangka

masa tertentu, setiap anggota kumpulan mempunyai matlamat yang sama, saling

berkomunikasi dan berinteraksi, berfungsi mengikut garis panduan yang dipersetujui bersama

dan setiap ahli kumpulan mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menjayakan

matlamat kumpulan. Contohnya dengan perlantikkan jawatankuasa kerja, jawatankuasa

kualiti dan sebagainya.

Kumpulan boleh dibahagikan kepada kumpulan formal dan kumpulan tidak

formal.  Kumpulan formal ialah kumpulan yang memang telah dirancang kewujudannya bagi

memenuhi matlamat dan objektif penubuhan. Wujud dalam jangka masa yang lama tetapi

ianya tidak semesti kekal dalam jangkawaktu tersebut atau mungkin sebaliknya. Kumpulan

Page 3: Kumpulan Dan Fungsi Kumpulan Dinamik Dalam Perniagaan

formal yang biasa ada dalam sesebuah organisasi atau syarikat ialah kumpulan perintah,

pasukan petugas dan jawatankuasa. Kewujudan kumpulan ini diakui oleh semua pihak yang

terlibat dan kebanyakkannya menggunakan komunikasi formal di dalam komunikasi yang

digunakan.

Manakala kumpulan tidak formal pula ialah terbentuk apabila anggotanya berkumpul dan

sering berinteraksi antara sesame mereka. Mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya

di dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Sebagai contoh ialah penubuhan pasukan futsal

bagi sesuatu syarikat tersebut di mana ahli-ahlinya mungkin terdiri daripada setiap peringkat

pengurusan dan subordinat. Ianya akan mengeratkan lagi silaturahim dalam syarikat tersebut.

Namun begitu ahli kumpulan ini lebih mementingkan keperluan kumpulan mereka sendiri jika

hendak dibandingkan dengan keperluan lain dan kumpulan ini tidak mempunyai struktur

rasmi jika hendak dibandingkan dengan kumpulan formal.