kuman dan virus adalah jin
TRANSCRIPT
-
7/23/2019 Kuman Dan Virus Adalah Jin
1/2
KUMAN DAN VIRUS ADALAH JIN?
Dalam tulisan seorang pensyarah USM baru-baru ini saya tukar tajuknya kepada "Jin bukan alam
ghaib" mengambil kira bahawa ciptaan jin adalah dari unsur api yang terkandung padanya gas.
Gas adalah bahan atau jirim atau matter yang mempunyai berat dan jisim. Gas ada mass dan
size kerana dia adalah komposisi udara. Saya tak tahulah kalau ada orang yang mengatakan
bahawa oksigen, hidrogen, carbon dioxide itu sebagai perkara ghaib. Dua molekul Hidrogen jika
digabungkan dengan satu molekul Oksigen akan membentuk air. Air pada suhu tinggi akan
berpecah kepada molekul2 asalnya, pada suhu biasa menjadi cecair dan pada suhu beku
menjadi ais. Faktur suhu merubah bentuk air.
Teori ini juga mungkin benar bagi jin, jin boleh merubah bentuknya mengikut "faktur tertentu" dan
akan kekal dalam bentuk demikian sehinggalah "faktur" itu diubah.
Dua orang ulamak Islam pula mengatakan bahawa kuman dan virus adalah juga jin.
Syeikh Mohd Abduh dan muridnya Syeikh Saiyid al-Reda mengatakan bahawa jin yang begitu
dikenal dalam Islam yang hidup dan bertubuh halus itu adalah kuman dan virus seperti yang
dikenali dalam perubatan barat. Syeikh Saiyid al-Reda menyebutkan pandangnnya mengenai jin
dalam kitab tafsirnya, al-Manar dengan katanya:
: : , : &% $"# "! ' ) *( ++ +!, $
.-, , /0 1!2 3 *( $"# 456 ) 2+ +, 78$,8 &$ 5, 97 :;+8 > => 42:
Maksudnya:
Dan ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata, sesungguhnya jin itu adalah (kejadian Allah) yang
bertubuh halus dan hidup yang tidak boleh dilihat. Sesungguhnya telah pun kita katakan berkali-
kali dalam kitab Tafsir al-Manar bahawa boleh disebutkan (kejadian Allah) yang hidup, bertubuh
halus yang dapat dipastikan dan dikenal di zaman ini menerusi mikroskop sebagai virus itu
adalah sebenarnya sejenis jin. Dan telah diketahui secara pasti ianya adalah merupakan punca
bagi kebanyakan penyakit.
Ini meyakiNkan saya kenapa kedapatan ulamak yang menghalusi masalah kesihatan dan
rawatan meletakan bahawa rawatan secara terapi zikir adalah lebih aula berbanding rawatan
allopathy, homeopathy dan lain-lain rawatan yang berasaskan kepada naqli tanpa sandaran aqli.
Ada setengah virus yang tidak boleh dibunuh walaupun suhu mencapai 10,000 darjah celcius
dan hanya boleh dimatikan secara pancaran (unsur malaikat) seperti sinar gamma dalam teknik
penyahkuman. Saya diberitahu adanya virus chikukungya yang menyerang-balas bagi sesiapa
yang cuba membantu pesakit berkenaan.
Doa saya semoga semua guru2 dan pengamal rawatan Islam agar istiqamah dalam
mendaulatkan rawatan sebegini. Begitu juga masyarakat tidak memandang serong dan remeh
terhadap kaedah rawatan ini
-
7/23/2019 Kuman Dan Virus Adalah Jin
2/2