kuliah 6 isu-isu kontemporari
DESCRIPTION
isuTRANSCRIPT
ISU – ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN BARAT
HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI
ISU - ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT
HEGEMONI BARAT DAN
GLOBALISASI
MEDIAEKONOMIPOLITIKSOSIALHAK ASASI MANUSIA
KRISIS ALAM SEKITAR
PERSEPSI JIHAD
ETIKA DALAM SAINS KESAN
PERKEMBANGAN KONTEMPORARI
KEPADA MASYARAKAT DAN
NEGARA
PENGENALAN
• Globalisasi adalah satu transformasi yang telah melanda dunia iaitu era dunia tanpa sempadan.
• Proses globalisasi mula berkembang melalui penciptaan dan pencapaian terkini dalam sejarah peradaban manusia.
APA ITU HEGEMONI?APA ITU GLOBALISASI?
HEGEMONI
• Satu konsep yang datangnya daripada pemikiran Barat.
• Berasal dari perkataan Greek hegemon (ἡγεμών) yang bererti ‘ketua’.
• Merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) ataupun kepimpinan satu negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas negara atau kumpulan yang lain.
GLOBALISASI
• Merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan seolah-olahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan atau jauh.
• Menurut Giddens (2000), globalisasi boleh didefinisikan sebagai “hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya”.
• Motif globalisasi adalah untuk meletakkan dunia ini dibawah satu unit yang seragam, menggunakan undang-undang globalisasi yang sama dan membentuk satu unit kuasa yang tidak dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi.
ISU –ISU KONTEMPORARI
ISU –ISU KONTEMPORARI
• Kita dapat melihat betapa meluasnya usaha hegemoni dan globalisasi Barat dalam beberapa aspek kehidupan seharian kita.
• Antara aspek-aspek berkenaan adalah:Politikmedia ekonomi
sosial Hak asasi manusia
HEGEMONI BARAT - MEDIA
• Hampir keseluruhan media cetak dan media elektronik penting pada hari ini.
• Semua berita yg disebarkan kpd masyarakat pada hari ini cepat
• Kepantasan perpindahan maklumat.• Boleh menjatuhkan/menaikkan seseorang.• Membentuk pandangan & sikap masyarakat
(dunia/tempatan).
• Agensi berita Barat seperti CNN, BBC dan sebagainya mempunyai pengaruh yang besar
• Bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka.
• Melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka.
• Tragedi 11 September juga menjadi modal mereka memerangi negara-negara Islam melalui media massa.
• Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah telah menjadi mangsa media Barat.
• Media Barat sering mengagung-agungkan industri hiburan Barat.
HEGEMONI BARAT – EKONOMI
• Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis dan sistem ekonomi komunis semuanya hasil pemikiran bijak pandai Barat yang menolak sistem ekonomi kapitalis ataupun pasaran bebas .
• Terdapat banyak sistem ekonomi yang bukannya hasil ciptaan masyarakat Barat.– TELAH LAMA PUPUS
• Sistem ekonomi pasaran bebas pada mulanya dilakukan oleh masyarakat Eropah untuk mengubah sistem ekonomi feudal yang terdapat di Eropah pada awal zaman kebangkitan semula (atau renaissance).
• Hegemoni Barat juga tampak kelihatan dalam sistem perbankan Barat. Barat kini menguasai persatuan-persatuan kewangan terutama dunia.– IMF & WORLD BANK
• Kegiatan menyimpan rizab dalam bentuk USD juga contoh hegemoni Barat dalam ekonomi.
HEGEMONI BARAT – POLITIK
• Bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun.
• Memberi impak secara langsung dalam politik, struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya negara-negara terbabit.
• Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi.
• Pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB.
• Banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan ekonomi, perang, pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik negara-negara Islam.
• Kuasa veto dalam kalangan kuasa-kuasa utama dunia juga diungguli oleh pihak Barat.
HEGEMONI BARAT – SOSIAL
• Citarasa berpakaian, muzik serta perlakuan serta adab.
• Kebanyakan orang beranggapan bahawa fesyen Barat menampilkan kelas tinggi serta bergaya.
• Fesyen jeans adalah antara fesyen yang paling digilai ramai, terutama sekali dalam kalangan golongan muda remaja.
• Golongan Timur selalu mengagungkan rentak irama muzik Barat seperti rock, heavy metal, technopop serta banyak lagi.
• Orang-orang Timur yang terpengaruh dengan cara hidup Barat seperti pergaulan bebas serta seks sebelum nikah.
HEGEMONI BARAT – HAK ASASI MANUSIA
• Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya daripada warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah.– Bermula dari zaman penindasan masyarakat oleh
golongan bangsawan Eropah.
• Tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak-hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh Tuhan.
TERIMA KASIH