kuliah 3-1 hubungan etnik
DESCRIPTION
notaTRANSCRIPT
![Page 1: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/1.jpg)
KULIAH 3
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA
![Page 2: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/2.jpg)
PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH
- Dua konsep yg sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah pluraliti dan masyarakat plural (plural society).
Pluraliti: istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam
Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yg terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.
![Page 3: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/3.jpg)
Masyarakat Plural:Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yg wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yg hidup terasing daripada kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk)
- Penjajahan Barat : menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan masyarakat Plural.
![Page 4: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/4.jpg)
- Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan pluraliti sosial dan alam sekitar.
- Pluraliti sosial dapat dilihat berdasarkan realiti kehidupan masyarakat yang ada.
- Pluraliti alam sekitar merujuk kepada keadaan alam sekitar dan muka bumi alam Melayu yang begitu mudah berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di dunia.
- Cth: Bunga raya – dibawa dari kepulauan Pasifik. Getah – dibawa dari Brazil.
![Page 5: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/5.jpg)
Pembentukan Pluraliti di alam Melayu
1. Hubungan dengan Cina dan India.- Hubungan antara alam Melayu dengan Cina dan India
telah lama berlaku.- faktor perdagangan- alam Melayu menjadi persinggahan
para pedagang dari kedua-dua benua tersebut.- Abad ke-7 Masehi - kewujudan institusi pengajian agama
di alam Melayu pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan.
![Page 6: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/6.jpg)
2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.- Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg
besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naguib Al-Attas).
- Bukti: tidak terdapat kitab-kitab yg membincangkan idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dll yg berasaskan Hinduisme & Buddhisme di alam Melayu, yg ada Cuma kitab-kitab yg bersifat kesenian.
- Hinduisme & Buddhisme diterima baik di kalangan pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja di alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yg didirikan.
![Page 7: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/7.jpg)
3. Penjelmaan dari segi material dan non-material.- Dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yg
bersifat epistemologikal yg dibawa oleh penjajah Inggeris.Epistemologikal: iaitu asal mula sesuatu ilmu pengetahuan. Perubahan epistemologikal: perubahan dari segi ilmu pengetahuan yg melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yg seterusnya akan melibatkan perubahan terhadap cara memahami sesuatu.
- Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yg bercorak metafizik atau ilmu yg bersumberkan alam ghaib.
![Page 8: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/8.jpg)
- Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yg menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yg jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu.
- Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yg bersifat non-material ini kepada epistemologi fizikal yg bersifat rasional saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu material menerusi panca indera dan kemudiannya dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik.
- Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.
![Page 9: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/9.jpg)
Puncak Pluraliti: Empayar Melaka Mercu Hubungan Etnik Pra-Penjajahan.
- Zaman empayar Melaka: zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu.
- Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga digelar “The Venice of the East”.
Dari segi pemerintahan- Para pegawai istana terdiri drp campuran orang-orang
Melayu tempatan dengan bangsa-bangsa asing yg datang berdagang dan menetap di istana.
- Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China dll.
![Page 10: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/10.jpg)
- Pemerintah Melaka mengambil kira keharmonian di antara kaum.
- Perlembagaan Melaka yg berasaskan ajaran Islam (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka) menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka.
Dari aspek perdagangan.- Perdagangan Melaka berjalan dengan lancar hasil
daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yg cekap.
- Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka menjamin tahap keselamatan yg tinggi kepada ribuan kapal pedagang.
![Page 11: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/11.jpg)
- Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus yg menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang asing.
Kependudukan.- Zaman empayar Melaka – zaman pluraliti. Berlaku
penghijrahan secara alamiah tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan.
- Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak.
- Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka.
![Page 12: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/12.jpg)
Kebudayaan.- Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima
kehadiran para pedagang daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yg menyulitkan memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sbg pelabuhan penting dunia.
- Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan Melaka wujud sebagai kota multi-budaya, setiap budaya mempunyai tempat masing-masing.
![Page 13: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/13.jpg)
- Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dlm alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (Portugis, Sepanyol, Belanda & British) dgn budaya alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi.
- Pertemuan & pertembungan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yg istimewa dlm alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya
![Page 14: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/14.jpg)
Pengasasan Masyarakat Plural.
- Penjajahan British membawa bersama-sama dasar pentadbiran yg selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan.
- Prinsip, sistem, struktur dan dasar yg diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yg ada di alam Melayu.
- Perubahan epistemologikal yg besar ialah dari segi pemisahan di antara Negara dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan negara dikawal oleh penjajah manakala agama & adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan Melayu.
![Page 15: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/15.jpg)
- Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsur penting: Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman diperkenalkan. Berbeza dengan kuasa mutlak raja yg tiada agihan kuasa.
- Hasil daripada pemerintahan moden itu berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yg berasaskan ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung kepada pasaran, modal dan buruh.
- Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yg mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan kemasukan bangsa asing yg dibawa oleh penjajah untuk tujuan pengeksploitasian ekonomi dengan segera dan menguntungkan.
![Page 16: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/16.jpg)
LATAR BELAKANG BANGSA MALAYSIA DALAM KONTEKS KEPULAUAN MELAYU.
• Aspek Geo.budaya.– Kepulauan Melayu (Nusantara): Semenanjung Tanah
Melayu, Pulau Borneo, selatan Filipina, gugusan Kepulauan Maluku, Jawa & Sumatera.
– Penduduk - masyarakat terawal ialah orang Melayu yg terdiri daripada pelbagai suku etnik & mempunyai pelbagai kepercayaan & cara hidup.
![Page 17: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/17.jpg)
• Mereka terangkum sebagai Rumpun Melayu (mempunyai ciri-ciri persamaan budaya yg jelas antara satu suku dgn suku yg lain)
• Aspek Rumpun Bangsa.– Di Semenanjung Tanah Melayu: Penduduknya ialah
kelompok Melayu yg bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup orang Melayu & beragama Islam.
– Sebahagiannya datang dari sekitar Kepulauan Melayu (cth: Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau, Melayu-Patani)
– Suku asli - Jakun, Sakai, Senoi dll.
![Page 18: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/18.jpg)
• Sabah.– Penduduknya lebih heterogenes & dikenali sebagai
bumiputera.– Terdapat pelbagai suku peribumi: Kadazandusun,
Murut, Bajau, Bisaya, Suluk, Iranun, Idahan, Melayu-Brunei, Kedayan dll.
– Bajau, Brunei, Bisaya, Suluk - masyarakat bumiputera Islam.
– Kadazandusun dan Murut - masyarakat bumiputera bukan Islam (beragama Kristian & fahaman animisme) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.
![Page 19: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/19.jpg)
• Sarawak.– Penduduknya lebih heterogenes & dikenali sebagai
bumiputera.– Terdapat pelbagai suku peribumi: Iban, Melanau,
Kelabit, Bidayuh, Penan, Melayu, Murut, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kedayan dll.
– Melayu, Melanau & Kedayan- masyarakat bumiputera Islam.
– Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan & Bisaya - masyarakat bumiputera bukan Islam (beragama Kristian & fahaman animisme) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.
![Page 20: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/20.jpg)
• Aspek Bahasa.– Bahasa Melayu - berasal drp bahasa Austronesia /
dikenali sebagai bahasa Malay-Polinesia. BM berkembang menjadi 150 cabang bahasa lain mengikut suku yg ada di Kepulauan Melayu.
– Kedatangan ajaran Hindu - pengaruh bahasa Sanskrit dalam BM kuno.
– Pengaruh Islam (Abad ke-13 & ke-14 M) - BM berkembang pesat, pengenalan tulisan Jawi menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan, Teologi, Falsafah & Tasawuf)
![Page 21: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/21.jpg)
– BM bersifat dinamik - menjadi Lingua-franca di alam Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
– Kerajaan Tradisi Melayu.• Zaman Hindu-Buddha - pemerintahan beraja. Cth:
Kerajaan Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya & Majapahit.
• Zaman Islam- kerajaan Melaka, Aceh.• Selepas Melaka - kerajaan Johor-Riau, Brunei.
![Page 22: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/22.jpg)
CAMPUR TANGAN BRITISH & KELAHIRAN MASYARAKAT PLURALISTIK
• Penguasaan ke atas Melaka: Portugis - 1511, Belanda -1641.
• Penguasaan British ke atas pelabuhan P.Pinang -1786, Melaka - 1824 & Singapura - 1826.
• Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 - Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda.
• 1874 - Pengenalan Sistem Residen di Negeri2 Melayu Bersekutu & Sistem Penasihat di NNMTB.
![Page 23: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/23.jpg)
• Di Sarawak - Penguasaan keluarga Brooke (1841-1946.• Di Sabah - Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo
Utara (SBBU) -(1881-1946)• Dalam proses campur tangan ke atas kerajaan Melayu,
kuasa Barat (British) mengiktiraf orang Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya. British berhubung dgn sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan persetujuan mereka.
• Penjajahan - mengakibatkan penentangan tokoh/masyarakat tempatan.
• Penjajahan British - meninggalkan kesan yg besar dlm politik, demografik & sosioekonomi T.Melayu.
![Page 24: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/24.jpg)
KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK/PLURALISTIK
• Berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi T. Melayu untuk keuntungan yg cepat dan maksimum.
• Migrasi orang Cina - dari Kwangtung & Fukien - dibawa masuk melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara berkumpulan & persendirian.
• Bertumpu di sekitar P.Pinang hingga ke Singapura (negeri2 pantai barat)
![Page 25: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/25.jpg)
• 1895-1927 - lebih drp 6 juta org Cina berhijrah ke T.Melayu.
• 1931 - 34% drp penduduk T.Melayu ialah org Cina.• Di Sarawak - org Cina bertumpu di kawasan bandar Sibu,
Miri & Bintulu.• Di Sabah - SBBU membawa masuk buruh asing spt org
Cina, Filipina, Jawa & Jepun - bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa, pembalakan & pemeliharaan mutiara.
![Page 26: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/26.jpg)
• Migrasi orang India - dari India Selatan & dibawa melalui sistem Kangani
• Bermula pada th 1880-an & pesat pada abad ke-20.• 1911- org India - 10% drp penduduk T.Melayu. &
meningkat kpd 15% pd th 1921.• Mereka bekerja di ladang2 getah, sektor perkhidmatan &
kerja raya.
• Migrasi penduduk Melayu dr Indonesia, Jawa & Sumatera: bekerja dlm sektor pertanian & tinggal di luar bandar.
• Terdapat juga migrasi penduduk Arab-Parsi & Ceylon.
![Page 27: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/27.jpg)
• Imigran yg masih tinggal di T.Melayu membentuk satu masyarakat yg tetap & mengasaskan organisasi sosial masing-masing.
• Cth: orang-orang Cina membentuk persatuan & pertubuhan sosial masyarakat mereka (Huatuan).
• British melaksanakan dasar Pecah dan Perintah bagi memudahkan kawalan ke atas imigran tersebut.
• Kesannya: Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi, pengasingan tempat tinggal dan pengasingan sistem pendidikan
![Page 28: Kuliah 3-1 hubungan etnik](https://reader035.vdocuments.site/reader035/viewer/2022062315/55cf98b1550346d033991e95/html5/thumbnails/28.jpg)
• Kumpulan etnik menceburi sektor ekonomi yg berbeza:• Melayu - nelayan & petani (sektor luar bandar)• Cina - perlombongan dan perdagangan• India - perladangan dan kerja raya.• Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme Ekonomi:
Perkembangan sistem Ekonomi Moden & Ekonomi Tradisional tidak seimbang.
• Sistem pendidikan: Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil.
• Hubungan kaum baik dalam konteks ‘bercampur tetapi tidak bersatu’.